Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A53KJ-435-06/2023
DA-A53KJ-435-06/2023
Sessions Court of Malaysia23 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A53KJ-435-06/2023
1
MUHAMMAD HANIF BIN
2
NUR AIN BINTI MOHD YUSOFF ... PLAINTIF
1
SYAIDATUL AKHMA BINTI
2
SALMIAH BINTI HAMAT ... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif 1: Muhammad Hanif bin Mohamad Ali (penunggang motorsikal). Plaintif 2: Nur Ain binti Mohd Yusoff (pemilik motorsikal).
2
Defendan 1: Syaidatul Akhma binti Shaari (pemandu motorkar). Defendan 2: Salmiah binti Hamat (pemilik motorkar).
3
Seramai 3 orang saksi Plaintif telah memberikan keterangan seperti yang berikut:
a
SP1 (Penolong Pegawai Penyiasat);
b
SP2 (Plaintif 1); dan
c
SP3 (Majikan Plaintif 1).
4
Pada 31/3/2022 jam lebih kurang 2.30 petang satu kemalangan telah berlaku antara Plaintif 1 yang menunggang motorsikal no. PEA 3291 jenis Honda EX-5 dari arah Pasir Puteh menghala ke Batu Melintang. Apabila sampai di KM 101.5 Jalan KB-Machang-Gerik, Plaintif 1 telah berlanggar dengan Defendan 1 yang memandu motorkar no. TAD 645 jenis Proton Waja yang keluar dari simpang sebelah kiri secara tiba-tiba. Memandangkan jarak yang terlalu dekat, Plaintif 1 telah cuba membrek dan menyebabkan hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kanan (belakang) motorkar Defendan 1.
5
Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2, pihak Plaintif telah berhujah bahawa kemalangan berlaku akibat kecuaian Defendan 1 yang telah keluar simpang secara tiba-tiba dan menghalang laluan sah Plaintif 1 yang sedang melalui jalan tersebut. Ini konsisten dengan kesan kerosakan di bahagian bumper belakang sebelah kanan.
6
Oleh itu pihak Plaintif berhujah bahawa kemalangan ini disebabkan oleh 100% kecuaian pihak Defendan.
7
Hanya seorang saksi sahaja yang memberikan keterangan bagi pihak Defendan iaitu SD1 (Defendan 1).
8
Defendan 1 menyatakan bahawa, selepas selesai servis kenderaan di Bengkel Kampung Bukit Pak Mud, pada masa hendak keluar dari persimpangan yang berselekoh, telah pastikan tiada kenderaan dari kedua-dua arah, telah keluar simpang untuk balik ke rumah di Kampung Bese Camp, Plaintif yang datang dari arah Jeli telah terbabas dan melanggar bahagian belakang sisi sebelah kanan motorkar Defendan 1.
9
Pihak Defendan telah berhujah bahawa pihak Plaintif tidak membuktikan tuntutan melalui keterangan SP1, SP2 dan SP3 dan piahk Defendan tidak mempunyai beban untuk membuktikan atau mengemukakan bukti bagi menafikan tuntutan Plaintif.
10
Oleh itu pihak Defendan berhujah bahawa pihak Plaintif tidak berjaya membuktikan kemalangan berlaku akibat kecuaian Defendan 1 dan tuntutan pihak Plaintif harus ditolak dengan kos.
11
Pihak Defendan turut berhujah bahawa memandangkan pihak Plaintif gagal membuktikan kecuaian Defendan 1 sepenuhnya, maka pengagihan liabiliti adalah 50% Plaintif 1 dan 50% Defendan 1.
12
Isu-isu yang ditimbulkan adalah seperti berikut:
a
sama ada pihak Plaintif telah membuktikan kecuaian Defendan dalam kemalangan tersebut;
b
sekiranya Defendan didapati cuai yang menyebabkan kemalangan tersebut, sama ada pihak Defendan bertanggungan 100% atau terdapat sumbang cuai di pihak Plaintif; dan
c
Jumlah ganti rugi am dan khas yang sesuai dan wajar. E.
13
Prinsip undang-undang yang diguna pakai adalah seperti yang berikut:
a
Beban pembuktian (burden of proof) di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950;
b
Res ipsa loquitur;
c
Imbangan kebarangkalian (balance of probability);
d
Liabiliti; dan
e
Ganti rugi. F.
14
Penemuan Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
a
Beban pembuktian (burden of proof) Mahkamah mendapati pihak Plaintif berjaya membuktikan kecuaian atau tuntutan terhadap Defendan.
b
Res ipsa loquitur Mahkamah mendapati bahawa gambar kerosakan motorkar yang dipandu oleh SD1 tidak konsisten atau bercanggah dengan keterangan SD1 dan laporan polis yang dibuat oleh SD1.
c
Imbangan kebarangkalian (balance of probability) Mahkamah mendapati bahawa atas imbangan kebarangkalian versi keterangan Plaintif adalah lebih dipercayai berbanding versi keterangan Defendan.
d
Liabiliti Mahkamah mendapati bahawa Defendan 100% bertanggungan. Plaintif tiada sumbang cuai.
15
Keputusan Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
a
Berdasarkan keterangan saksi-saksi, hujahan dan ikatan autoriti oleh pihak-pihak, atas imbangan kebarangkalian (on balance of probability), Mahkamah membuat keputusan seperti yang berikut:
i
Tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos dan faedah seperti dalam pernyataan tuntutan.
II
(ii) Liabiliti: Defendan 100%.
III
(iii) Jumlah keseluruhan ganti rugi: RM101,714.55 (Ganti Rugi Am: RM54,000 dan Ganti Rugi Khas: RM47,714.55). G. Alasan Yang Diberikan Bagi Penemuan/Keputusan Tersebut
16
Beban pembuktian (burden of proof)
a
Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2 serta gambar kerosakan kenderaan yang terlibat, pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kecuaian Defendan 1 kerana tidak berhati-hati apabila hendak keluar simpang dan tidak memberi perhatian kepada kenderaan yang berada di jalan utama.
17
Imbangan kebarangkalian (balance of probability)
a
Mahkamah mendapati bahawa atas imbangan kebarangkalian versi keterangan Plaintif adalah lebih dipercayai berbanding versi keterangan Defendan.
b
Keterangan SP2 adalah konsisten dengan laporan polis yang dibuat oleh SP2.
c
Keterangan SD1 bercanggah dengan laporan polis yang dibuat oleh SD1.
18
Res ipsa loquitur
a
Gambar kerosakan motorkar yang dipandu oleh SD1 adalah pada bahagian belakang sebelah kanan dan lampu belakang sebelah kanan.
b
Sekiranya motorsikal yang ditunggang oleh SP2 telah terseret dan terbabas dan melanggar motorkar yang dipandu oleh SD1, kerosakan pada motorkar sepatutnya di bahagian bawah belakang (bumper) dan tidak akan terkena pada lampu motorkar pada sebelah belakang kanan.
19
Liabiliti
a
Mahkamah ini mendapati bahawa SD1 sebagai pemandu motorkar yang hendak masuk ke jalan utama dari simpang hendaklah memberi perhatian kepada jalan utama dan kenderaan yang berada di laluan utama tersebut di bawah Rule 17 Road Traffic Rules 1959 [LN 166/1959].
b
Oleh itu Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan telah bertanggungan 100% terhadap kemalangan ini.
20
Ganti Rugi
a
Berdasarkan hujahan bertulis dan ikatan autoriti yang dikemukakan oleh pihak-pihak serta berpandukan Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018, Mahkamah ini membuat keputusan ganti rugi seperti yang berikut: Ganti Rugi Am Plaintif 1 Burst fracture over L1 with disabilities. Hujahan Plaintif: Compendium/case law: RM30,000-RM65,000 dan jumlah RM40,000 adalah sesuai dan munasabah. Hujahan Defendan: Compendium: RM14,500-RM18,000 dan jumlah RM18,000 adalah sesuai dan munasabah. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif. 40,000 Ganti Rugi Am Plaintif 1 Abrasion wound over right knee and right elbow. Hujahan Plaintif: Compendium/case law: RM1,300-RM5,000 dan jumlah RM5,000 adalah sesuai dan munasabah. Hujahan Defendan: Compendium: RM1,300- RM5,000 dan jumlah RM3,000 adalah sesuai dan munasabah. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif tetapi memutuskan jumlah RM4,000 adalah lebih sesuai dan munasabah. 4,000 Scarring (3 scars). Hujahan Plaintif: Compendium/case law: RM2,750-RM12,000 dan jumlah RM15,000 adalah sesuai dan munasabah mengambil 10,000 Ganti Rugi Am Plaintif 1 RM kira compendium berdasarkan nilai tahun 2018. Hujahan Defendan: Compendium: RM2,750- RM12,000 dan jumlah RM7,000 adalah sesuai dan munasabah. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif tetapi memutuskan jumlah RM10,000 adalah lebih sesuai dan munasabah. Jumlah Kecil 54,000
1
Laporan Perubatan. Hujahan Plaintif: Hanya memohon kos RM80.00. 80 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 Hujahan Defendan: Dijadikan kos tindakan. Mahkamah: Tidak bersetuju dengan hujahan Defendan. Tidak boleh dijadikan kos tindakan. Walaupun Plainntif tidak berhujah, Mahkamah mengambil judicial notice bahawa jumlah RM80.00 adalah kos untuk dapatkan laporan perubatan. Resit dikemukakan.
2
Kerosakan pakaian dan kasut dan barang-barang berharga yang berkaitan. Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan. 0
3
Kos makanan dan minuman berkhasiat. Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan. 0
4
Laporan polis, rajah kasar dan kunci. Hujahan Plaintif: Hanya memohon RM200. Hujahan Defendan: Dijadikan kos tindakan. Mahkamah: Tidak bersetuju dengan hujahan Defendan. Tidak boleh dijadikan kos tindakan. Mahkamah mengambil judicial notice dan laporan polis, rajah kasar dan 50 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 RM kunci serta gambar melibatkan kos. Kos dibenarkan mengikut pliding iaitu RM50.00.
5
Carian JPJ. Hujahan Plaintif: Hanya memohon kos RM10.00. Hujahan Defendan: Dijadikan kos tindakan Mahkamah: Tidak bersetuju dengan hujahan Defendan. Tidak boleh dijadikan kos tindakan. Mahkamah mengambil judicial notice dan carian JPJ melibatkan kos. Kos dibenarkan ialah RM10.00. Resit dikemukakan. 10
6
Kos perjalanan ulang alik daripada rumah ke hospital dan sebaliknya oleh keluarga 0 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 Plaintif selama ..... hari dengan kadar RM200.00 sehari. Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan huajahan Defendan.
7
Kos makan minum dan perjalanan ahli keluarga Plaintif yang menjaga dan menziarahi Plaintif semasa Plaintif berada di dalam wad hospital selama ..... hari dengan kadar RM200 sehari. Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. 0 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 Mahkamah: Bersetuju dengan huajahan Defendan.
8
Kos perjalanan bagi Plaintif untuk rawatan di hospital/atau klinik. Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan. 0
9
Laporan perubatan pakar. Hujahan Plaintif: Hanya memohon kos RM1,894.55 (RM800 + RM1,094.55). Hujahan Defendan: Laporan polis, rajah kasar dan kunci, laporan JPJ, laporan 1,894.55 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 RM perubatan hospital dan laporan pakar di bawah kos tindakan. Mahkamah: Tidak bersetuju dengan hujahan Defendan. Tidak boleh dijadikan kos tindakan. Mahkamah mengambil judicial notice. Resit dikemukakan.
10
Kos rawatan di hospital. Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan. 0
11
Kos membeli ubat-ubatan pada kadar RM...... sebulan dan masih berterusan. 0 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan.
12
Kos rawatan masa hadapan. Hujahan Plaintif: Dipersetujui sebanyak RM3,000. Hujahan Defendan: Dipersetujui RM2,000. Mahkamah: Rujuk minit Mahkamah pada 13/5/2024: Dipersetujui RM2,000. 2,000
13
Kos rawatan dan pembedahan masa hadapan. 0 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan.
14
Rawatan Tradisional. Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan. 0
15
Perbelanjaan ‘domestic help’ pada kadar RM1,000.00 sebulan daripada tarikh kemalangan dan masih berterusan. 0 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan.
16
Kehilangan pendapatan (akan dikemukakan). Hujahan Plaintif: Tidak berhujah. Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan. Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan. 0
17
Kehilangan pendapatan bagi Plaintif Pertama sebanyak RM70.00 sehari dan masih berterusan akibat ketidakupayaan 43,680 Ganti Rugi Khas Plaintif 1 RM dan mengalami kekurangan kesenangan dan kesanggupan untuk mendapatkan upah. Hujahan Plaintif: RM70.00 x 26 hari = RM1,820.00 x 24 bulan = RM43,680.00 Hujahan Defendan: Tidak dibuktikan Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif berdasarkan keterangan saksi-saksi (SP2 dan SP3) dan jumlah kiraan. Jumlah Kecil 47,714.55 JUMLAH KESELURUHAN Jumlah Kecil Ganti Rugi Am RM54,000 + Jumlah Kecil Ganti Rugi Khas RM47,714.55 = RM101,714.55 Bertarikh 13 Julai 2025. .................................................................... (AMIR AFFENDY BIN HAMZAH) Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan Peguam Plaintif: Puan Zatul Nazifah binti Mohamed@Omar (Tetuan Nor Ainy Ibrahim & Co.) Peguam Defendan: Encik Denesh (Tetuan Silva Velu & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.