a
(a) Liabiliti dipinda daripada 100% Perayu kepada 80% Perayu : 20% Responden (sumbang cuai); dan
/akn/my/judgment/high-court/2026/5ed00c11-20a7-4417-824f-206810720a6f
High Court of Malaysia24 Feb 2026JA-12B-28-05/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“16. Perayu seterusnya memohon pembetulan pertindanan award dengan potongan 15%, merujuk kes Yasin bin Wahab v Loo Kok Wai [1979] CLJU 129 yang mengiktiraf keperluan menolak jumlah tertentu apabila kecederaan ‘interconnected’ dan berlaku ‘overlapping’.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. JA-12B-28-05/2025 ANTARA
section
1. MUHAMMAD IQMAL HAFIDZI BIN JAMALUDIN (NO. KP:991104-10-6003)
section
2. UNICOM EVENT MARKETING (NO. DAFTAR PERNIAGAAN: NS0060861-M) … PERAYU-PERAYU DAN SYAMZY ADAM BIN SHAMSUDIN (NO. KP:050524-01-1487) ..… RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim Guaman No. JA-B53KJ-106-07/2023 Antara SYAMZY ADAM BIN SHAMSUDIN (NO. KP:050524-01-1487) … Plaintif 17/03/2026 09:40:19 JA-12B-28-05/2025 Kand. 26 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Dan
section
1. MUHAMMAD IQMAL HAFIDZI BIN JAMALUDIN (NO. KP:991104-10-6003)
section
2. UNICOM EVENT MARKETING (NO. DAFTAR PERNIAGAAN: NS0060861-M) … Defendan-Defendan) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN
section
1. Ini ialah rayuan Perayu-Perayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 21.4.2025 yang secara ringkasnya meletakkan liabiliti 100% ke atas Perayu-Perayu bagi kemalangan jalan raya pada 28.05.2022 lebih kurang
section
12.30 malam di KM 42.7 Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan melibatkan motorlori WRX 3509 (dipandu Perayu Pertama) dan motosikal JPT 1192 (ditunggang Responden).
section
2. Rayuan ini, berdasarkan dokumen-dokumen yang dirujuk oleh pihak-pihak, dibawa atas dua teras besar: (i) liabiliti (termasuk sumbang cuai), dan (ii) kuantum (termasuk gangguan terhadap beberapa award dan isu pertindanan/overlapping).
section
3. Selepas meneliti Rekod Rayuan, Rekod Rayuan Tambahan, hujahan bertulis dan ikatan autoriti pihak-pihak, Mahkamah ini membenarkan rayuan sebahagian: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
a
(a) Liabiliti dipinda daripada 100% Perayu kepada 80% Perayu : 20% Responden (sumbang cuai); dan
b
(b) Kuantum dipinda pada dua bahagian utama: award No.1 dikurangkan daripada RM180,000 kepada RM100,000 atas pertimbangan laporan pakar terkini Perayu (Dr Xavier), dan award No.3 hingga No.7 tertakluk kepada potongan 15% sebagaimana dihujahkan Perayu. Kos keseluruhan yang ditetapkan oleh Mahkamah adalah RM5000.00 dibayar oleh Responden kepada Perayu-Perayu. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ini Responden telah memfailkan Notis Rayuan pada 26.2.2026.
section
4. Selain itu, isu terakhir yang memerlukan penetapan jelas ialah kos rayuan, sama ada kepada Perayu atau Responden, memandangkan keputusan ini “mengubah sebahagian dan mengekalkan sebahagian”. LATAR BELAKANG FAKTA & PROSEDUR
section
5. Tidak dipertikaikan bahawa kemalangan melibatkan pertembungan motosikal Responden dengan bahagian belakang motorlori Perayu. Dalam dokumen rayuan, Perayu menekankan mekanisme ‘rear impact’ sebagai bukti fizikal penting untuk menilai versi yang bercanggah. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
section
6. Versi Perayu (Defendan Pertama di Mahkamah Sesyen) adalah Perayu Pertama menyatakan beliau sedang memandu dan beliau hanya menyedari motorlori dilanggar dari belakang selepas dimaklumkan pihak lain (SD2) dan kemudian berhenti di lorong kecemasan.
section
7. Versi Responden (Plaintif di Mahkamah Sesyen) adalah Responden, melalui laporan polisnya, mendakwa bahawa ketika beliau menunggang dan hendak menukar laluan, sebuah motorlori (WRX 3509) “tiba-tiba” memasuki laluannya dan kemalangan berlaku.
section
8. Isu pertentangan versi ini turut terkait dengan keterangan pegawai penyiasat (SP2) yang, menurut ringkasan Perayu, menyandarkan dapatan bahawa kemalangan berlaku apabila motorlori “menukar haluan” daripada lorong kiri/lorong kecemasan ke lorong kanan.
section
9. Dalam masa yang sama, Perayu menegaskan mahkamah bicara telah terkhilaf kerana tidak menilai “bukti senyap” (‘silent evidence’) seperti gambar kerosakan kenderaan, sedangkan autoriti yang mereka rujuk menekankan foto/plan/ukuran dan sifat kerosakan sebagai panduan paling relevan apabila dua versi bertentangan.
section
10. Mahkamah Sesyen (mengikut dapatan yang kini dirayu) telah menerima versi Responden sehingga meletakkan liabiliti sepenuhnya kepada Perayu. Namun Mahkamah Tinggi ini **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 berdasarkan penilaian semula terhadap kebarangkalian dan bukti fizikal mendapati Responden juga menyumbang kepada kemalangan. HUJAHAN PIHAK-PIHAK
i
(i) Hujahan Perayu-Perayu 11. Perayu berhujah bahawa apabila wujud dua versi yang ‘diametrically opposed’, mahkamah wajib menguji versi-versi itu dengan bukti objektif, khususnya foto/plan/ukuran tempat kejadian dan sifat kerosakan kenderaan. Perayu merujuk prinsip dalam kes Mohd Yusof bin Abdul Ghani v Tee Song Kee & Anor [1995] 3 CLJ 738 dan Lee Ewe Teik v Ariffin Hussain [1990] 2 CLJ (Rep) 332, yang menekankan foto/plan/kerosakan sebagai ‘most reliable guide’ untuk menguji versi bertentangan.
section
12. Perayu menegaskan bukti fizikal “impact di belakang” tidak selari dengan naratif bahawa motorlori memotong/masuk secara tiba-tiba sehingga dilanggar dan jika benar motorlori memotong masuk secara mengejut, perlanggaran lebih munasabah berlaku pada bahagian sisi, bukan bahagian belakang.
section
13. Perayu juga mengkritik pergantungan mahkamah bicara kepada kesimpulan SP2 tanpa dokumen rasmi yang mengesahkan “pengakuan lisan” Perayu Pertama, serta menegaskan SD1 mengekalkan versi bahawa beliau tidak pernah menukar lorong. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
section
14. Secara alternatif, Perayu menghujahkan jika mahkamah kekal “dalam keraguan” tentang bagaimana kemalangan berlaku, pembahagian liabiliti 50:50 wajar diaplikasi, dan Perayu merujuk kes Peraganathan a/l Karpaya v Choong Yuk Sang & Anor [1996] 1 CLJ 622 (prinsip Baker v Harborough) apabila mahkamah ‘left in doubt’ tentang mekanisme kemalangan.
section
15. Bagi kuantum, Perayu berhujah Mahkamah Sesyen gagal menilai semua laporan pakar termasuk laporan lebih terkini Perayu (Dr Xavier) dan merujuk kes Saidin Mohd Noor v Noor Afiqah Khairazmy (2019 CLJU198) bahawa laporan pakar yang lebih terkini mewakili keadaan semasa plaintif dan kegagalan menghargainya boleh menjadikan award ‘manifestly excessive’ lalu mahkamah yang mendengar rayuan berhak mengganggu award.
section
16. Perayu seterusnya memohon pembetulan pertindanan award dengan potongan 15%, merujuk kes Yasin bin Wahab v Loo Kok Wai [1979] CLJU 129 yang mengiktiraf keperluan menolak jumlah tertentu apabila kecederaan ‘interconnected’ dan berlaku ‘overlapping’.
subparagraph
(ii) Hujahan Responden 17. Melalui ringkasan yang dinyatakan dalam hujahan balas Perayu (yang merumuskan kandungan hujahan Responden), pendirian Responden ialah dapatan Mahkamah Sesyen wajar dikekalkan kerana: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
a
(a) SP2 menyatakan kemalangan berlaku apabila Perayu Pertama bertukar haluan dari lorong kecemasan ke lorong perlahan/kanan;
b
(b) Perayu Pertama mengesahkan beliau memberi keterangan kepada SP2;
c
(c) SD2 tiada dokumen sokongan; dan
d
(d) terdapat saranan bahawa keterangan SD2 “direka”.
section
18. Berkenaan kuantum, Responden (secara prinsip) mempertahankan award Mahkamah Sesyen dan menolak gangguan melainkan kehendak undang-undang gangguan kuantum dipenuhi, dengan rujukan kepada autoriti gangguan kuantum seperti yang muncul dalam petikan hujahan Responden (contohnya pendekatan ‘appellate restraint’ terhadap penilaian ganti rugi). ISU UNTUK DIPUTUSKAN
section
19. Mahkamah ini merumuskan isu-isu yang perlu diputuskan seperti berikut: Isu 1 (Liabiliti / Sumbang Cuai):
a
(a) Dalam pertentangan dua versi, apakah versi yang lebih berkemungkinan benar apabila diuji dengan bukti objektif khususnya sifat kerosakan kenderaan? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
b
(b) Sama ada wajar dapatan liabiliti dipinda kepada pembahagian (dan jika ya, nisbah yang sesuai). Isu 2 (Kuantum / Gangguan Award):
a
(a) Sama ada award No.1 (kecederaan kepala) wajar dikurangkan berdasarkan laporan pakar terkini Perayu; dan
b
(b) Sama ada award No.9–No.11 wajar dikenakan potongan 15% kerana pertindanan. Isu 3 (Kos Rayuan): Siapakah “pihak berjaya” secara keseluruhan dalam rayuan separa ini dan apakah perintah kos yang adil. PRINSIP CAMPUR TANGAN MAHKAMAH YANG MENDENGAR RAYUAN
section
20. Mahkamah ini bertindak sebagai Mahkamah yang mendengar rayuan daripada keputusan Mahkamah Sesyen. Oleh itu, sebelum Mahkamah ini menilai semula dapatan liabiliti dan kuantum, adalah perlu ditegaskan terlebih dahulu prinsip undang-undang yang mengawal skop dan had campur tangan mahkamah ini.
section
21. Prinsip asasnya adalah bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak bertindak sebagai “perbicaraan baharu” (trial de novo’). Mahkamah ini tidak menggantikan penilaian fakta oleh hakim bicara semata-mata kerana ia mungkin mencapai kesimpulan yang berbeza. Campur tangan hanya wajar apabila terbukti bahawa: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
a
(a) terdapat salah arah prinsip undang-undang;
b
(b) dapatan fakta adalah bertentangan dengan berat kebarangkalian;
c
(c) hakim bicara gagal mengambil kira keterangan material; atau
d
(d) award adalah ‘manifestly excessive’ atau ‘inadequate’.
a
(A) Campur Tangan Terhadap Dapatan Fakta dan Liabiliti 22. Dalam konteks kemalangan jalan raya dengan versi bercanggah, Perayu sendiri merujuk kepada kes Mohd Yusof bin Abdul Ghani (supra) yang menekankan bahawa apabila dua versi bercanggah, bukti objektif seperti foto, pelan dan sifat kerosakan adalah ‘the most reliable guide’.
section
23. Prinsip ini bukan sahaja panduan penilaian fakta di peringkat bicara, tetapi juga menjadi asas campur tangan rayuan apabila hakim bicara gagal memberi pertimbangan sewajarnya kepada bukti objektif tersebut.
section
24. Mahkamah ini boleh campur tangan apabila dapatan liabiliti dibuat tanpa menguji kebarangkalian versi dengan bukti fizikal yang tersedia. Dalam kes ini, hujahan Perayu adalah bahawa Mahkamah Sesyen terlalu bergantung kepada keterangan lisan dan kesimpulan SP2 tanpa menilai sepenuhnya implikasi titik impak dan sifat kerosakan kenderaan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
section
25. Jika benar dapatan dibuat tanpa memberi berat sewajarnya kepada bukti objektif, maka itu merupakan kesilapan pendekatan (error of approach), dan Mahkamah ini berhak campur tangan.
b
(B) Prinsip ‘Left in Doubt’ dan Pembahagian Liabiliti 26. Perayu merujuk kepada kes Peraganathan (supra) yang mengiktiraf bahawa apabila mahkamah benar-benar berada dalam keraguan tentang bagaimana kemalangan berlaku, pembahagian liabiliti secara sama rata boleh digunakan.
section
27. Autoriti ini penting kerana ia menunjukkan bahawa campur tangan rayuan terhadap peratusan liabiliti adalah dibenarkan apabila pembahagian asal tidak selari dengan tahap keraguan atau kebarangkalian sebenar. Namun prinsip tersebut tidak mewajibkan 50:50 secara automatik tetapi ia bergantung kepada tahap ketidaktentuan yang sebenar.
c
(C) Campur Tangan Terhadap Kuantum 28. Berkenaan kuantum, prinsip campur tangan adalah lebih terkawal. Mahkamah yang mendengar rayuan hanya akan mengganggu award apabila terdapat salah prinsip atau award itu ‘manifestly ‘excessive’ atau ‘inadequate’.
section
29. Perayu merujuk kepada kes Saidin Mohd Noor (supra) yang menegaskan bahawa kegagalan hakim bicara mengambil kira laporan pakar terkini boleh menjadikan award tidak lagi selari **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 dengan keadaan semasa plaintif, dan dalam keadaan sedemikian mahkamah rayuan berhak campur tangan.
section
30. Autoriti ini menunjukkan bahawa campur tangan terhadap kuantum bukan kerana mahkamah rayuan tidak bersetuju dengan angka, tetapi kerana terdapat kegagalan menilai bahan bukti material yang relevan.
d
(D) Prinsip Mengelakkan Pertindanan Award 31. Perayu juga merujuk kepada kes Yasin bin Wahab (supra) yang mengiktiraf bahawa apabila kecederaan saling berkait dan award diberi secara berasingan tanpa pelarasan, mahkamah boleh membuat penolakan bagi mengelakkan pertindanan. Sekiranya Mahkamah Sesyen gagal membuat pelarasan tersebut, maka itu adalah kesilapan prinsip dalam penilaian kuantum yang membuka ruang campur tangan rayuan. APLIKASI PRINSIP CAMPUR TANGAN DALAM KES INI
section
32. Setelah meletakkan prinsip di atas, Mahkamah ini menilai rayuan ini bukan atas asas menggantikan dapatan secara bebas, tetapi atas asas berikut: i. Adakah Mahkamah Sesyen gagal menilai bukti objektif secara memadai dalam menentukan liabiliti? ii. Adakah Mahkamah Sesyen gagal memberi berat kepada laporan pakar terkini dalam menentukan award kecederaan kepala? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 iii. Adakah wujud pertindanan award tanpa pelarasan?
section
33. Dalam ketiga-tiga aspek ini, Mahkamah mendapati terdapat asas undang-undang yang mencukupi untuk campur tangan secara terhad dan bersasar. Oleh itu, campur tangan Mahkamah ini adalah selaras dengan prinsip rayuan dan bukan suatu penilaian semula secara menyeluruh tanpa asas.
section
34. Adalah penting ditegaskan bahawa Mahkamah ini tidak menggantikan dapatan fakta Mahkamah Sesyen secara total, dan tidak mengadakan perbicaraan baharu. Campur tangan dibuat hanya setakat mana terdapat kesilapan pendekatan terhadap bukti objektif dan kegagalan mengambil kira bahan perubatan terkini yang material. Selebihnya, dapatan Mahkamah Sesyen adalah dihormati dan dikekalkan. ANALISIS & DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Liabiliti dan Sumbang Cuai (80:20 atau 50:50?)
a
(a) Prinsip menilai versi bercanggah melalui bukti objektif 35. Mahkamah menerima sebagai titik mula prinsip yang dirujuk Perayu iaitu apabila kedua-dua pihak memberikan versi yang bertentangan tentang bagaimana perlanggaran berlaku, mahkamah tidak boleh berhenti pada kredibiliti lisan semata-mata, sebaliknya mahkamah perlu menguji versi-versi itu dengan bukti objektif seperti foto/plan/ukuran dan sifat kerosakan (‘nature of the damage’). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13
section
36. Prinsip ini penting khususnya apabila unsur yang dipertikaikan ialah “penukaran lorong” dan “titik impak”, kerana mekanisme kerosakan sering memberi petunjuk kebarangkalian yang lebih neutral daripada naratif pihak berkepentingan.
b
(b) Aplikasi kepada fakta: titik impak dan kebarangkalian 37. Dalam dokumen rayuan, Perayu menegaskan bahawa versi Responden “tidak selari dengan bukti fizikal” kerana titik impak ialah pada bahagian belakang motorlori, dan jika benar motorlori memotong masuk secara mengejut, perlanggaran lebih logik terjadi pada bahagian sisi motorlori, bukan bahagian belakang.
section
38. Mahkamah juga mengambil perhatian bahawa Responden menunggang motosikal dan perlanggaran melibatkan bahagian hadapan motosikal dengan bahagian belakang motorlori. Secara umum, ini konsisten dengan kegagalan mengekalkan jarak selamat/kelajuan sesuai/’reaction time’ oleh kenderaan di belakang, walaupun ia tidak secara automatik menafikan kemungkinan kecuaian kenderaan di hadapan (misalnya menukar lorong tanpa memastikan selamat).
section
39. Di sinilah Mahkamah perlu berhati-hati dan bukti ‘rear impact’ menguatkan hujahan sumbang cuai Responden, tetapi ia tidak semestinya menghapuskan kemungkinan bahawa motorlori juga telah mencetuskan keadaan bahaya (contohnya memasuki lorong tanpa ruang selamat). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14
section
40. Keterangan SP2 (sebagaimana dihujahkan pihak-pihak) menyokong versi bahawa motorlori menukar haluan dari lorong kecemasan/kiri ke lorong kanan. Namun Perayu mempertikaikan asasnya sebagai bergantung kepada “pengakuan lisan” tanpa dokumen rasmi, dan menegaskan SD1 mengekalkan versi beliau tidak pernah menukar lorong.
section
41. Mahkamah mendapati pertentangan ini tidak boleh diselesaikan semata-mata dengan memilih satu naratif secara total sehingga menolak sebarang sumbangan pihak satu lagi, kerana terdapat indikator objektif yang sekurang-kurangnya menunjukkan Responden tidak mengelak perlanggaran belakang.
c
(c) Mengapa bukan 50:50?
section
42. Perayu berhujah liabliiti 50:50 patut jika mahkamah ‘left in doubt’ tentang bagaimana kemalangan berlaku, merujuk kes Peraganathan a/l Karpaya (supra).
section
43. Mahkamah ini menerima prinsip tersebut, tetapi tidak bersetuju bahawa fakta kes ini berada pada tahap ‘doubt’ yang sama rata sehingga mengunci kepada 50:50. Sebabnya:
i
(i) terdapat bukti fizikal mengenai mekanisme perlanggaran belakang yang secara munasabah menunjuk kepada kecuaian pihak di belakang; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
subparagraph
(ii) hujahan Perayu sendiri menekankan bahawa bukti kerosakan perlu menjadi ‘guide’ paling relevan, maka apabila ‘guide’ itu menunjukkan sekurang-kurangnya unsur kecuaian pihak belakang, maka ‘equal blame’ tidak lagi satu-satunya pilihan.
section
44. Dengan kata lain, pembahagian liabiliti 50:50 lazim apabila mahkamah benar-benar tidak mampu memilih kebarangkalian versi mana yang lebih munasabah selepas menilai semua bukti relevan. Di sini, Mahkamah boleh (dan patut) membuat penilaian bergraduasi iaitu menerima bahawa motorlori mungkin memainkan peranan utama (contohnya cara memasuki lorong/posisi), tetapi tetap mengenakan sumbang cuai kepada penunggang motosikal yang melanggar bahagian belakang.
d
(d) Dapatan liabiliti: 80:20 adalah nisbah yang munasabah 45. Mahkamah ini mendapati pembahagian 80% (Perayu): 20% (Responden) adalah munasabah untuk mencerminkan dua penemuan serentak berikut:
a
(a) terdapat asas untuk tidak mengekalkan dapatan 100% terhadap Perayu kerana bukti fizikal ‘rear impact’ menuntut dapatan sumbang cuai terhadap Responden;
b
(b) namun, berdasarkan keseluruhan bahan yang dirujuk (termasuk keterangan SP2 mengenai penukaran haluan, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 yang diterima mahkamah bicara pada tahap tertentu), Perayu masih memikul liabiliti dominan. Maka, Mahkamah ini mengubah dapatan liabiliti daripada 100% kepada 80:20. Isu 2: Kuantum—Gangguan Award No.1 (kecederaan kepala) dan Potongan 15% bagi Award No.3–No.7 (sebagaimana susunan di dalam Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen)
a
(a) Prinsip gangguan kuantum dan laporan pakar terkini 46. Mahkamah memulakan dengan prinsip yang dirujuk Perayu bahawa mahkamah rayuan boleh mengganggu award jika penilaian mahkamah bicara dibuat tanpa menghargai bahan relevan yang material, termasuk laporan pakar yang lebih terkini, sehingga award menjadi ‘manifestly excessive’. Perayu merujuk kes Saidin Mohd Noor (supra) yang menegaskan laporan pakar yang dibuat lebih lewat mewakili keadaan semasa plaintif dan kegagalannya diambil kira membolehkan campur tangan rayuan.
section
47. Pada fakta kes ini, Perayu menekankan wujud dua kategori laporan pakar iaitu laporan pakar Responden (Neuro-HSAJB bertarikh 30.12.2022 oleh Dr. Low Shu Wen (MD)) dan laporan pakar Perayu yang lebih terkini oleh Dr Xavier (pemeriksaan
section
02.11.2023 dan laporan bertarikh 19.12.2023) yang menyatakan Responden tidak mengalami gangguan kebimbangan, kemurungan atau PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) serta CT scan otak pada 28.5.2022 tidak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 menunjukkan sebarang pendarahan ‘intracranial’ atau patah tengkorak, dan Responden mampu bekerja dan berfungsi normal.
section
48. Perayu juga menekankan bahawa laporan pakar Responden sendiri (Dr Low Shu Wen) menyatakan pemulihan lengkap dan ‘prognosis’ sangat baik kembali ke keadaan ‘premorbid’.
b
(b) Dapatan terhadap Award No.1 (RM180,000 kepada RM100,000)
section
49. Dengan mengambil kira laporan-laporan perubatan yang dirujuk pihak-pihak, Mahkamah mendapati award RM180,000 bagi kecederaan kepala adalah tidak seimbang dengan gambaran perubatan terkini dan ‘prognosis’ yang baik seperti yang dikemukakan Perayu.
section
50. Mahkamah juga bersetuju bahawa laporan pakar terkini wajar diberi pertimbangan lebih berat sebagai mencerminkan keadaan Responden pada atau hampir tarikh perbicaraan, sejajar prinsip dalam kes Saidin Mohd Noor(supra)
section
51. Justeru, Mahkamah mengurangkan award No.1 daripada RM180,000 kepada RM100,000 (bukan menolak keseluruhan), bagi mengekalkan pampasan yang munasabah tanpa menjadikannya mekanisme pengayaan, selari dengan prinsip ganti rugi yang dihujahkan Perayu. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18
c
(c) Pertindanan award dan potongan 15% (Award No.3 hingga No.7 susunan sebagaimana di dalam Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen)
section
52. Perayu mengadu bahawa Mahkamah Sesyen memberi award berasingan untuk kecederaan dan rawatan pada anggota badan yang sama tanpa membuat potongan pertindanan, dan menyatakan kegagalan itu menyebabkan jumlah award “berlebihan” dan tidak sejajar amalan penilaian ganti rugi yang betul.
section
53. Mahkamah ini menerima prinsip ‘overlapping’ sebagaimana dirujuk Perayu melalui kes Yasin bin Wahab (supra), di mana mahkamah membuat penolakan apabila kecederaan saling berkait dan berlaku ‘overlapping’.
section
54. Pada fakta rayuan ini, Mahkamah bersetuju bahawa award No.3 hingga No.7 sebagaimana susunan di dalam Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah diselaraskan dengan potongan 15% bagi mengelakkan ‘double counting’ pada komponen yang bertindan dan ini selaras dengan hujahan Perayu. Kecederaan yang sepatutnya dikategorikan sebagai satu kumpulan tersebut adalah: i. Left maxillary sinus fracture/fracture bilateral maxilla with split palate and need a bone augmentation to enhance the enterior maxillary dentoaveolar segment (RM40,000.00); ii. fracture of left lateral wall of orbit (RM10,000.00); **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 iii. fracture of nasal bone with nasal asymmetry, frequent blocks and nasal deformity (RM12,000.00); iv. comminuted fracture of left zygomatic arch (RM10,000.00); and v. fracture of medial displaced left coronoid process of mandible (RM30,000.00).
section
55. Selain perubahan kepada award-award ini (award No.1 dan potongan 15% bagi No.3 hingga No.7), Mahkamah mengekalkan award-award lain seperti diputuskan Mahkamah Sesyen. Isu 3: Kos Rayuan (Kepada Perayu atau Responden?)
section
56. Mahkamah menilai kos rayuan berdasarkan “kejayaan substantif” (‘substantial success’) dan bukan semata-mata diputuskan ‘allowed’/’dismissed’. Dalam rayuan ini, Perayu berjaya memperoleh dua pindaan material:
a
(a) liabiliti diturunkan daripada 100% kepada 80% (pengurangan tanggungan 20%); dan
b
(b) kuantum dikurangkan pada award No.1 (RM180,000.00 kepada RM100,000.00) serta pelarasan 15% bagi award No.3 hingga No.7. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20
section
57. Pindaan-pindaan ini bukan kosmetik tetapi ia memberi impak nyata kepada amaun penghakiman akhir yang perlu ditanggung pihak-pihak. Maka, dari segi ‘event’ yang utama dalam rayuan, iaitu pembetulan liabiliti dan kuantum, Perayu adalah pihak yang lebih berjaya.
section
58. Namun, Mahkamah juga mengambil kira bahawa Responden masih mengekalkan kejayaan sebahagian dapatan liabiliti dominan kekal pada Perayu (80%) dan award-award lain dikekalkan. Dalam imbangan tersebut, Mahkamah mendapati perintah kos yang adil ialah kos rayuan kepada Perayu-Perayu tetapi pada kadar terhad untuk mencerminkan kejayaan separa kedua-dua pihak.
section
59. Maka, Mahkamah memerintahkan kos rayuan kepada Perayu-Perayu oleh Responden bagi mencerminkan bahawa Perayu menang pada isu teras (liabiliti/kuantum) tetapi tidak mematahkan keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen. RUMUSAN
section
60. Secara rumusannya, Mahkamah memutuskan seperti berikut:
a
(a) Liabiliti: Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila meletakkan 100% liabiliti ke atas Perayu tanpa mengambil kira implikasi bukti objektif ‘rear impact’ yang wajar membawa kepada dapatan sumbang cuai terhadap Responden. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21
b
(b) Nisbah liabiliti: Mahkamah tidak menerima liabliti 50:50 sebagaimana rayuan Perayu-Perayu kerana kes ini tidak berada pada tahap “left in doubt” yang sama rata setelah diuji dengan panduan foto berdasarkan kerosakan seperti ditekankan dalam autoriti Perayu. Sebaliknya, nisbah liabiliti yang munasabah ialah 80:20.
c
(c) Kuantum:
i
(i) award No.1 wajar dikurangkan kepada RM100,000 kerana laporan pakar terkini dan laporan perubatan relevan tidak menyokong award RM180,000, selaras prinsip kes Saidin Mohd Noor(supra).
subparagraph
(ii) award No.3 hingga No.7 (susunan sebagaimana di dalam Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen) tertakluk kepada potongan 15% bagi pertindanan, selaras kes Yasin bin Wahab (supra).
d
(d) Kos rayuan: Kos rayuan kepada Perayu-Perayu RM5000.00 oleh Responden. PERINTAH MAHKAMAH
section
61. Perintah: i. Rayuan dibenarkan sebahagian. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 21.4.2025. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 ii. Dapatan liabiliti dipinda kepada 80% (Perayu-Perayu):20% (Responden) atas asas sumbang cuai Responden. iii. Award No.1 dipinda daripada RM180,000 kepada RM100,000. iv. Award No.3 hingga No.7 tertakluk kepada potongan 15% kerana pertindanan. v. Award-award lain adalah dikekalkan. vi. Kos rayuan diberikan kepada Perayu-Perayu RM5000.00 oleh Responden. BERTARIKH: 3 MAC 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 Peguam Bagi Pihak Perayu Sri Wahyuni binti Habib Tetuan Sri Habib Chambers Johor Bahru Peguam Bagi Responden Munjeet Kaur a/p Waalib Singh Tetuan Munjeet Waalib & Assoc. Batu Pahat **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.