Content
JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 206 – 03/2024
JA-A53KJ-206-03/2024
Sessions Court of Malaysia28 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 206 – 03/2024
1
ANTARA MUHAMMAD KUMAR BIN ABDULLAH (Plaintif adalah BAPA yang sah dan adalah tanggungan MUHAMAD SA'ABAN
2
MAINARNI (Plaintif adalah IBU yang sah dan adalah tanggungan MUHAMAD SA'ABAN BIN MUHAMMAD KUMAR(Si Mati)) ..
1
1.
2
TANABALAN A/L JIWABALAN SHENG LEE RESOURCES & TRADING … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan terbit daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 21.6.2023 yang melibatkan sebuah motorsikal no. pendaftaran JUM 4495 yang ditunggang oleh Muhamad Saában bin Muhammad Kumar (simati) dan mototreler no. BJP 3245 yang dipandu oleh defendan pertama (D1) dengan keizinan defendan kedua (D2). JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 2
2
Pada 28.2.2035 Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif-plaintif dengan kos di mana liability ialah defendan-defendan bertanggungan cuai 70% dan simati menyumbang cuai 30%. Mahkamah juga membuat taksiran gantirugi sebagaimana yang diplidkan oleh plaintif-plaintif.
3
Plaintif-plaintif tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan tersebut dan merayu ke Mahkamah Tinggi.
4
Alasan-alasan Mahkamah adalah seperti berikut.
5
Kemalangan di dalam kes ini dikatakan berlaku pada 21.6.2023 jam lebih kurang 6.45 pagi. Simati meninggal dunia pada jam 10.30 pagi keesokan harinya 22.6.2023.
6
Plaintif-plaintif merupakan ibu bapa sah kepada si mati membawa tuntutan ini di bawah seksyen 7 dan/atau seksyen 8 Akta Undang-undang Sivil 1956 bagi kehilangan tanggungan dan gantirugi kesedihan (bereavement).
7
Saksi-saksi yang dipanggil semasa perbicaraan adalah seperti berikut: i. Insp. Siti Najwa binti Abdul Latif (SP1) – pegawai penyiasat kes; ii. Pushpalatha a/p Gobalan (SP2) – wakil majikan VS Industry Sdn Bhd; iii. Mainarni (SP3/Plaintif kedua); JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 3 iv. Muhammad Kumar bin Abdullah (SP4/ plaintif ketiga); v. Wan Arief Haikal bin Wan Zulkainee (SP5 / wakil majikan Jagung House Enterprise); vi. Tanabalan a/l Jiwabalan (SD1 / D1) Versi plaintif 8. Pada 21.06.2023, jam lebih kurang pukul 06.45 pagi, Si Mati telah menunggang motorsikal No. pendaftaran JUM 4495 menuju ke tempat kerja. Apabila Si Mati sampai di KM 17 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, tiba-tiba motorlori No. BJP 3245 yang dipandu oleh Defendan Pertama mengubah laluan dari Lorong kiri ke kanan dengan secara mengejut. Ini menyebabkan Si Mati tidak dapat mengelak lalu terlanggar belakang motorlori No. BJP 3245 tersebut dan menyebabkan Si Mati mengalami kecederaan parah.
9
Akibat kemalangan tersebut, Si Mati telah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 21.06.2023 dan pada 22.06.2023, Si Mati telah disahkan meninggal dunia (rujuk pada Sijil Kematian Simati dimukasurat 4 Ikatan B).
10
SP1 menyiasat kes ini dan secara ringkas keterangan SP1 seperti berikut: i. SP1 mengambil alih siasatan daripada SM Irene apabil simati meninggal dunia; ii. Rajah kasar (P1 dan P1K) dan gambar-gambar (P2a-m) disediakan oleh SM Irene dan SP1 mempunyai pengetahuan mengenainya; JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 4 iii. Kerosakan motorlori ialah pada bahagian belakang besi penghadang kanan; iv. Kerosakan motorsikal tertumpu pada bahagian depan kiri; v. Tempat kejadian mempunyai 3 lorong dengan garis putus-putus di mana motorlori dibenarkan menukar haluan; vi. Pada masa kejadian, trafik tidak sesak dan jalan tiada halangan; vii. Had laju jalan ialah 70 km/j; viii. Tempat kemalangan ialah pada lorong tengah di mana terdapat kesan seretan putih; ix. Tiada kesan kemalangan yang lain ditemui melainkan kesan seretan putih; x. Motorlori membawa muatan buah semasa kemalangan; xi. Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motorlori menukar haluan dari kiri ke kanan dan motorsikal simati melanggar motorlori dari arah belakang kanan;
11
SP1 memberi keterangan: S13: Secara keseluruhan, sila maklumkan kepada Mahkamah, apakah hasil siasatan kamu? Saya telah siasat kesemua aspek dan mendapati Pemandu motorlori No. BJP 3245 telah mengubah laluan menyebabkan kemalangan yang berlaku. Saya juga mendapati melalui hasil siasatan saya, Pemandu Motorlori BJP 3245 telah mengubah Haluan walaupun ketahui adanya motorsikal di belakang beliau. (Penyata Saksi WS-SP1 di mukasurat 1) JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 5
12
Plaintif – Plaintif menghujahkan bahawa berdasarkan pada kesan kerosakan yang dialami oleh motorlori yang dipandu oleh D1 yang menunjukkan bahawa kesan kerosakan adalah di bahagian belakang kanan motorlori yang menunjukkan kemalangan yang berlaku adalah sememangnya adalah semasa motorlori sedang menukar Lorong dari kiri ke kanan.
13
Seterusnya, bukti senyap iaitu kesan sereta yang terdapat dijalan raya di lorong tengah dari kiri ke kanan adalah konsisten dengan siasatan dan dapatan SP1. Versi defendan
14
SD1 memberi keterangan dan secara ringkasnya keterangan SD1 adalah seperti berikut: i. SD1 dari Kuala Lumpur hendak ke Taman Sri Skudai dengan muatan buatan; ii. D1 bergerak dari lorong kiri mengubah haluan ke lorong tengah (ke kanan) dengan memasang lampu isyarat dan Nampak motorsikal jauh dari sisi cermin kanan tiba-tiba motorsikal melanggar belakang motorlori; iii. Masa kemalangan, motorlori sudah masuk ke lorong tengah; iv. Jalan sesak kerana waktu kerja dan SD1 ubah haluan kerana ingin elak kesesakan lalu lintas; v. Kerosakan motorlori di bahagian belakang kanan; vi. SD1 mengaku salah kerana pada hari dituduh di Mahkamah beliau dimaklumkan jika tidak mengaku salah SD1 akan JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 6 dimasukkan ke lokap dan perlu dapatkan peguam. Untuk elak perkara tersebut SD1 mengaku salah.
15
Hujahan defendan ialah defendan tidak menafikan motorlori menukar lorong namun semasa kemalangan kepala motorlori sudah masuk ke lorong tengah dan hanya bahagian belakang yang berada separuh di lorong kiri dan lorong tengah. Ini dibuktikan dengan kesan seretan yang didapati di lorong tengah.
16
Simati turut menyumbang cuai kerana menunggang dengan laju, gagal memberi perhatian kepada motorlori yang berada di hadapan sedangkan motorlori merupakan kenderaan yang besar (tinggi 14 kaki) dan boleh dilihat dari jauh. Selain itu motorlori tidak dapat ubah haluan dengan tiba-tiba kerana besar dan berat.
17
Di dalam mana-mana kes kemalangan jalan raya yang bersandarkan kepada kecuaian sebagai kausa tindakan, beban pembuktian kecuaian adalah ke atas plaintif. Prinsip undang-undang matan ini dinyatakan dengan jelas di dalam locus classicus Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 7 if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.”; see 15 Halsbury (3rd Edn.) p. 260.”
18
Mahkamah juga merujuk kepada kes Ng Chui Sai v. Maimon Bt. Ali [1983] 1 MLJ 110 di mana Hashim Yeop A. Sani H (pada masa itu) telah menyatakan: “In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favour of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or genuine duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail.”
19
Beban pembuktian yang diletakkan ke atas plaintif untuk membuktian kesnya adalah selari dengan peruntukan seksyen-seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 (rujuk MGI Securities Sdn Bhd v. Teong Teck Leng & Ors [2000] 5 CLJ 163; [2000] 1 MLJ 354).
20
Fakta kes ini menunjukkan kemalangan berlaku akibat tindakan D1 menukar motorlorinya daripada lorong kiri ke lorong kanan. Ini adalah jelas daripada hasil siasatan SP1 dan juga pengakuan D1 sendiri.
21
Mahkamah merujuk kepada kesan sereta berwarna putih (rujuk gambar P1(l) dibawah) yang berada di tengah lorong tengah sebagai tempat pelanggaran iaitu di mana motorsikal simati berlanggar dengan motorlori D1 dan terjatuh di atas jalan raya. JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 8
22
Pada pendapat Mahkamah ini bermakna semasa pelanggaran, sebahagian kepala motorlori sudah memasuki laluan tengah dan bahagian belakang motorlori berada separuh di lorong kiri separuh di lorong tengah. Ini adalah konsisten dengan kerosakan motorlori yang berada di bahagian belakang kanan motorlori tersebut (rujuk gambar (P1(g) di bawah). JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 9
23
D1 mengakui bahawa sebelum menukar lorong dari kiri ke kanan, D1 menyedari kehadiran motorsikal di belakangnya. Keterangan SD1 ialah: PP: Dalam laporan polis kamu, kamu nyatakan yang kamu Nampak arwah daripada sisi kanan cermin? PP: Dengan keadaan sedemikian setuju atau tidak walaupun nampak motosikal di belakang, kamu masih cuba ubah haluan dari kiri ke kanan jalan betul atau tidak? PP: Dalam laporan polis juga, Encik berangapan bahawa motosikal itu jauh, masa kamu nampak? JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 10 PP: Saya cadangkan kepada Encik, kamu nyatakan bahawa motosikal itu jauh belakang itu adakah andaian kamu setuju atau tidak?
24
Mahkamah telah meneliti semua keterangan yang dikemukakan dan memutuskan D1 menanggung kecuaian lebih berbanding simati. Pengakuan D1 sendiri beliau menukar haluan dari kiri ke tengah walaupun telah melihat motorsikal berada di belakang. Memandangkan motorlori D1 merupakan kenderaan berat maka motorlori D1 tidak sepenuhnya Berjaya masuk ke lorong tengah sebelum kemalangan berlaku. D1 mengambil risiko untuk mengubah haluan walaupun tahu tentang adanya motorsikal di belakang.
25
D1 sebagai pemandu motorlori yang mempunyai kenderaan yang lebar mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Di dalam kes Mariam binti Ahad v. Ernesto A Gacad & Anor [1984] 2 MLRH 151; [1986] 1 MLJ 266 Mahkamah telah memutuskan bahawa: "It is obvious that somebody in charge of vehicle of such size on road with limited width, is under a duty to maintain a very high degree of care in his driving.”
26
D1 turut mengaku salah di bawah pertuduhan pilihan s 43(1) APJ 1987 semasa di Mahkamah Majistret. Pada pendapat Mahkamah pengakuan salah D1 ini juga boleh diambil kira sebagai faktta yang relevan di dalam penentuan liability pihak-pihak (rujuk Noor Mohamed v Palanivelu & Anor (1995) 1 MLRH 698). JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 11
27
Namun begitu Mahkamah percaya simati turut cuai di dalam kes ini. Motorlori D1 sebagai kenderaan berat dan besar dapat dilihat dari jauh memandangkan tiada halangan pandangan pada jalan tersebut semasa kejadian. Motorlori yang besar dan berat juga sudah pasti tidak dapat bergerak secara tiba-tiba. Mahkamah berpendapat kecuaian disumbang oleh simati kerana gagal memberikan perhatian wajar kepada kenderaan-kenderaan lain di jalan raya sehingga tidak dapat menyedari pergerakan motorlori D1.
28
Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan D1 berjaya membuktian kecuaian D1 di dalam kes ini. D1 bertanggungan cuai 70% dan simati menyumbang cuai 30%. KUANTUM ATAS DASAR 100%
29
Tuntutan plaintif-plaintif ialah untuk gantirugi kesedihan sebanyak RM30,000-00. Plaintif merujuk pada Seksyen 7(3B) Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang memperuntukkan:
3B
A claim for damages for bereavement shall only be for the benefit of:
a
the spouse of the person deceased;
b
the child of the person deceased; and
c
the parents of the person deceased.
3C
Where there is a claim for damages under subsection (3B), the sum awarded shall be divided equally between them subject to any JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 12 deduction likely to be made in respect of all costs and expenses including costs not recovered from the defendant.
30
Plaintif-plaintif sebagai ibu bapa simati sudah pasti berhak kepada gantirugi kesedihan yang diperuntukkan di bawah seksyen 7(3B)(c) Akta Undang-undang Sibil 1987 tersebut.
31
Mahkamah membenarkan RM30,000.00 bagi gantirugi ini. Kehilangan Tanggungan 32. Semasa kemalangan berlaku, Si Mati bekerja sebagai “Direct Labour II” di V.S. Industry Berhad bermula pada 13.06.2023 sehingga tarikh kemalangan (Surat Pengesahan Pekerjaa ekshibit P6) dengan pendapatan sebanyak RM 1,500-00 sebulan tidak termasuk elaun syif harian penuh dan insentif kedatangan bulanan sebanyak RM 100-00 dimana sebulan akan mendapat RM 1,605-00 sebelum kematiannya (Salinan Slip gaji Jun 2023 Ekshibit P7). Simati bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat tersebut.
33
Plaintif-plaintif juga berhujah bahawa simati turut bekerja secara sambilan di Jagung House Johor Bahru bermula pada 1.5.2023 sehingga 12.06.2023 secara sepenuh masa, dan bermula pada 13.06.2023 hingga 20.06.2023 secara separuh masa.
34
Plaintif-plaintif memanggil SP5 sebagai wakil daripada Jagung House Enterprise untuk memberi keterangan. Menurut keterangan SP5, simati merupakan adik angkatnya. Perniagaan Jagung House ialah menjual jagung rebus dan si mati bekerja sebagai pembantu jualan. JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 13 Perniagaan ini mempunyai kiosk di tepi Jalan Kebun Teh Johor Bahru. Waktu kerja simati ialah pada jam 6 petang sehingga 2 pagi sekiranya bekerja sepenuh masa dan 8 malam hingga 11 malam sekiranya kerja sambilan.
35
Keterangan SP5 lagi ialah gaji simati ialah RM80/jam bagi kerja penuh masa dan RM40/jam bagi kerja separuh masa. SP5 mengemukakan surat pengesahan jawatan bertarikh 21.4.2024 daripada Jagung House Enterprise yang ditandatangani oleh SP5 sebagai pengurus Jagung House Enterprise (eksibit P10).
36
36.
Preamble
Menurut SP5 lagi pada bulan Mei 2023 simati bekerja penuh sebulan sebagai pekerja tetap dan menerima pendapatan sebanyak RM2,480.00. Bagi bulan Jun 2023 pula simati bekerja dari 12.6.2023 hingga 20.6.2023 sebagai pekerja sambilan dan diberi gaji RM900.00. Walaupun di dalam surat pengesahan Jagung House Enterprise menyatakan gaji bekerja sambilan ialah RM40/sehari, namun penjelasan SP5 ialah simati dibayar RM100/sehari dalam tempoh tersebut kerana simati mahu menggunakan duit dan SP5 membayar gaji lebih RM60/sehari.
37
Plaintif-plaintif berhujah bahawa pada masa kemalangan simati bekerja dan memperoleh pendapatan berjumlah RM1,605.00 + RM2,480.00 = RM4,085.00/sebulan.
38
Plaintif kedua (SP3) ibu simati memberi keterangan bahawa simati memberikan RM700.00 sebulan untuk kegunaannya. Keterangan SP2 ialah: JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 14 S6: Puan, setiap bulan arwah anak kamu memberikan berapa untuk tanggungan bulanan kepada kamu? Arwah anak saya telah memberikan sejumlah RM 700-00 kepada saya sebulan. Duit tersebut saya akan gunakan untuk membeli barangan perubatan (‘medication’) disebabkan saya telah dalam kerusi roda sejak tahun 2019. Setiap bulan duit perbelanjaan saya untuk membeli perubatan dan barangan lain bagi saya akan mencecaki sejumlah RM 1,500-00 hingga RM 2,000-00. Maka, duit yang Arwah anak saya berikan akan saya gunakan untuk pembelian perubatan dan duit yang Arwah anak saya bagi kepada suami saya juga akan kadang-kadang digunakan oleh suami saya bagi kegunaan perubatan saya dan untuk kegunaan barangan dapur. (Penyata Saksi WSSP3).
39
Manakala plaintif pertama bapa simati (SP4) turut menyatakan simati memberikan RM700/sebulan untuk kegunaan SP4. Keterangan SP4 ialah: S6: Encik, setiap bulan anak kamu memberikan berapa untuk tanggungan bulanan kepada kamu? Anak saya memberikan sejumlah RM 700-00 kepada saya sebulan. Duit tersebut saya gunakan untuk perbelanjaan rumah macam beli barang dapur apabila berkurang dan untuk kegunaan sendiri saya. (Penyata Saksi WSSP4) JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 15
40
Plaintif-plaintif menuntut RM1,400 x 12 x 16 = RM268,800.00 sebagai kehilangan tanggungan mengambil kira pendapatan simati berjumlah lebih kurang RM4,000.00 sebulan daripada kedua-dua pekerjaan yang dilakukannya.
41
Mahkamah menerima keterangan SP2 sebagai wakil majikan VS Industry mengenai pekerjaan dan pendapatan simati semasa kemalangan berlaku.
42
Namun begitu Mahkamah menolak keterangan SP5 mengenai pekerjaan dan pendapatan simati di Jagung House Enterprise bagi bulan Mei 2023 dan Jun 2023. Menurut Carian SSM yang dikemukakan Jagung House Enterprise ini dimiliki oleh Nurul Hidayah binti Jasni. SP5 mendakwa pemilik ini merupakan bekas teman wanitanya. SP5 juga mendakwa diberikan kuasa untuk mewakili Jagung House Enterprise dan memberikan keterangan semasa perbicaraan.
43
Keterangan SP5 ini bertentangan dengan Carian SSM yang menunjukkan Jagung House Enterprise ini telah tamat perniagaannya pada 29.8.2023. Jika Jagung House Enterprise ini sudah ditutup pada 29.8.2023, bagaimana SP5 boleh mendakwa mendapat kebenaran dan kuasa mewakili Jagung House Enterprise untuk memberi keterangan di Mahkamah pada 26.11.2024?
44
Selain itu surat pengesahan bertarikh 21.2.2024 di atas nama Jagung House Enterprise juga dibuat selepas perniagaan tersebut telah ditamatkan. JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 16
45
Mahkamah menerima hujahan defendan bahawa surat pengesahan P10 tersebut sebagai tidak sah kerana perniagaan Jagung House Enterprise tersebut sudah tidak wujud lagi pada masa tarikh surat tersebut. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan defendan bahawa SP5 bukan wakil sah yang boleh memberi keterangan bagi pihak Jagung Hosue Enterprise kerana surat wakil eksibit P9 juga bertarikh selepas Jagung House Enterprise ditutup.
46
SP5 memberikan penjelasan bahawa Jagung House Enterprise telah ditukar kepada JH Delisha Empire selepas Jagung House Enterprise ditutup namun tiada apa-apa bukti pendaftaran SSM atau bukti-bukti dokumentar dikemukakan bagi menyokong keterangannya.
47
Selain itu, terdapat percanggahan-percanggahan di dalam keterangan SP5 dan slip gaji simati P11b di mana simati ditunjukkan dibayar RM100/sehari semasa bekerja sambilan selama 9 hari sedangkan keterangan awal SP5 ialah semasa simati kerja lebih masa, simati dibayar gaji hanya RM40/sehari. Selain itu surat pengesahkan merekodkan simati bekerja penuh masa mulai 1.5.2023 – 12.6.2023 namun SP5 di Mahkamah memberitahu simati bekerja sepenuh masa pada 1.5.2023 – 31.5.2023 sahaja dan SP5 tidak tahu dimana simati bekerja pada tarikh 1.6.2023 hingga 11.6.2023.
48
Sungguhpun SP5 membuat pembetulan dan penjelasan semasa memberi keterangan di Mahkamah, Mahkamah meragui keterangan SP5 dan berpendapat pembetulan di Mahkamah hanyalah pemikiran semula dan direka agar keterangan SP5 tidak bercanggah dengan dokumen yang dikemukakan. JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 17
49
Perniagaan Jagung Hosue Enterprise bukanlah satu perniagaan yang besar. Seperti keterangan SP5, tapak perniagaan hanya merupakan kedai tepi jalan sahaja. Adalah mustahil bagi perniagaan sedemikian mampu menggajikan pembantu jualan dengan bayaran lumayan RM2,480/sebulan tanpa apa-apa bukti sokongan menunjukkan keuntungan dan hasil kutipan perniagaan. Selain itu, sekiranya benar simati memperoleh RM2,480 / sebulan untuk pekerjaan dari 6.00 pm sehingga 2.00 pagi ianya adalah lebih lumayan berbanding bekerja di VS Industry dan tiada keperluan untuk simati berhenti kerja di Jagung House dan bekerja di VS Industry.
50
Mahkamah berpendapat keterangan SP5 memgenai pekerjaan dan pendapatan simati di Jagung Hosue adalah keterangan yang tidak benar dan ditokok tambah dari yang sebenarnya. Sungguhpun mungkin simati bekerja dengan Jagung House Mahkamah berpendapat ianya tidak lebih simati sekadar menolong SP5 sahaja. Tambahan pula SP5 mendakwa simati merupakan adik angkatnya. Simati mungkin diberikan upah dari masa ke semasa oleh namun bukanlah berstatus bekerja sepenuh masa ataupun bekerja sambilan.
51
Mahkamah juga menolak keterangan plaintif-plaintif bahawa simati memberikan sumbangan RM700.00 masing-masing. Pertamanya simati tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi memberi sumbangan RM700.00 kepada kedua-dua plaintif. Keduanya plaintif pertama SP4 masih bekerja dan memperoleh pendapatan sebanyak RM3,000.00 sebulan. Plaintif pertama adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab menyediakan perbelanjaan bagi keluarganya bukannya simati. Ketiga plaintif kedua SP3 telah lumpuh sejak 2019 JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 18 iaitu pada simati berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Tidak benar keterangan SP3 bahawa simati bekerja untuk menanggung perbelanjaan perubatan dan penjagaan SP3 sejak SP3 lumpuh. Keempat ialah apa jua perbelanjaan dan perubatan yang diperlukan oleh SP3 tidak dibuktikan oleh apa-apa dokumen sokongan. Adalah sukar untuk mengesahkan kebenaran perbelanjaan yang didakwa ditanggung oleh simati.
52
Mahkamah juga merujuk kepada peringatan yang diberikan di dalam kes Siti Ajar Mat Zain v. Cindy Teoh & Anor. [1997] 2 CLJ SUPP 282 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan: “In my experience in this type of cases, I notice that more often than not, the amount of contribution by a son, etc. who died in road accidents tend to be exaggerated for obvious reasons. And it is almost impossible for the defendants to disprove it. Indeed, if we were to believe all the evidence adduced in Court by parents of deceased sons as to how generous they were to their parents, it appears that only exceptionally good sons die in road accidents”.
53
Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada Mahkamah berpendapat dengan gaji simati di VS Industry dan usia simati yang masih muda adalah mustahil simati dapat memberi sumbangan RM700/seorang kepada kedua-dua plaintif. Jumlah sumbangan RM300.00 secara global kepada kedua-dua plaintif adalah lebih munasabah dan wajar. Oleh yang demikian Mahkamah membenarkan kehilangan tanggungan sebanyak RM300 x 12 x 16 tahun. JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 19 GANTIRUGI KHAS Perbelanjaan pengkebumian
54
Mahkamah berpendapat jumlah RM4,000.00 adalah munasabah bagi kos pengebumian bagi seorang Muslim pada masa sekarang. Mahkamah membenarkan RM4,000.00 bagi tuntutan ini. Kos baiki kenderaan
55
Mahkamah membenarkan RM280.00 sebagaimana resit yang dilampirkan.
56
Berdasarkan di atas, atas imbangan kebarangkalian, tuntutan plaintif-plaintif dibenarkan dengan kos. Kos mengikut skala. Bertarikh pada 29 April 2025 ………………………………… LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu JA-A53KJ-206-03/2024 Alasan Penghakiman 20 Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.