Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KA-B53KJ-25-11/2021
KA-B53KJ-25-11/2021
Sessions Court of Malaysia14 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Menurut budi bicara tetapi tidak melebihi RM40,000 [7] Mahkamah turut merujuk kepada keputusan kes Tumbung Anak Nakis & Anor V. Christopher Anak Bandi @ Josny [2018] CLJU 1514 yang menggariskan had kos skala di Mahkamah Rendah - “...23. Scale of costs for trial in the Subordinate Courts (O. 59 r. 23)”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KA-B53KJ-25-11/2021
1
MUHAMMAD NAFIS BIN JOHARI (sebagai orang ketidakupayaan yang mendakwa melalui wakil litigasi JOHARI BIN SAAD)
2
SAUDAH BINTI DIN
1
DAN MOHD FAIZAL BIN ROMLI
2
ROMLI BIN HARSH ...DEFENDAN KEDUA ALASAN KEPUTUSAN (Berkaitan Notis Permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 93) LATAR BELAKANG [1] Plaintif-Plaintif telah memfailkan Writ Saman di Mahkamah bagi menuntut gantirugi akibat kecuaian kemalangan jalanraya oleh Defendan-Defendan. Selepas perbicaraan penuh, Mahkamah pada 25 Mac 2025 telah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dengan penentuan liabiliti pada kadar 70% ditanggung oleh Defendan-Defendan dan 30% ditanggung oleh Plaintif-Plaintif. Kuantum gantirugi am dan khas ditetapkan atas imbangan kebarangkalian pada dasar 100% dan kos mengikut skala turut dibenarkan kepada Plaintif-Plaintif. [2] Selanjutnya, peguamcara Plaintif-Plaintif telah memfailkan draf penghakiman di Lampiran 87 dan Lampiran 89 untuk semakan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah. Berdasarkan surat peguamcara Plaintif-Plaintif di Lampiran 88 dan Lampiran 90, draf penghakiman tersebut telah turut dikemukakan kepada peguamcara Defendan-Defendan untuk semakan. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumbalas semakan draf penghakiman diterima daripada peguamcara Defendan-Defendan selepas tempoh 48 jam. [3] Berdasarkan fakta tersebut, dan di bawah peruntukan Aturan 59 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012), Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah telah menyemak draf penghakiman (Lampiran 87 dan Lampiran 89). Selaras dengan itu, Penghakiman Bersih (Lampiran 92) telah difailkan oleh peguamcara Plaintif-Plaintif dan diluluskan meterai oleh Mahkamah. [4] Setelah menerima salinan Penghakiman Bersih (Lampiran 92), peguamcara Defendan-Defendan telah memfailkan Notis Permohonan (Lampiran 93) berserta Affidavit Sokongan (Lampiran 94). Permohonan ini memohon agar Penghakiman Bersih tersebut dipinda di bawah Aturan 42 Kaedah 13 KKM 2012 atas alasan terdapat kesilapan undang-undang yang ketara berhubung kos skala/ kos tindakan. Khususnya, jumlah kos membawa guaman/ kepeguaman (item (z) dan (aa)) telah dibenarkan sebanyak RM80,000 (Jumlah Penghakiman = RM1,446,283.00), sedangkan kos maksimum yang ditetapkan di bawah Aturan 59 Kaedah 23 KKM 2012 adalah ‘menurut budi bicara tetapi tidak melebihi RM40,000’. [5] Pengurusan kes bagi tujuan klarifikasi dan pendengaran Notis Permohonan di Lampiran 93 (dengan arahan daripada Yang Arif Hakim bertarikh 07 Ogos 2025), telah ditetapkan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah untuk penghujahan pihak-pihak. KEPUTUSAN DAN ALASAN MAHKAMAH [6] Setelah meneliti hujahan pihak-pihak, Notis Permohonan (Lampiran 93) dan Affidavit Sokongan (Lampiran 94), Mahkamah berpuashati bahawa isu yang dibangkitkan adalah merupakan isu 'point of law' (persoalan undang-undang). Sebagaimana yang termaktub di bawah peruntukan Aturan 59 Kaedah 23 KKM 2012, had maksimum yang dibenarkan untuk kos membawa guaman/ kepeguaman (dibaca bersekali) adalah sebanyak RM40,000 sahaja - Jumlah Wang Penghakiman Membawa Guaman/ Membela Kepeguaman Melebihi RM500,000
Preamble
Menurut budi bicara tetapi tidak melebihi RM40,000 [7] Mahkamah turut merujuk kepada keputusan kes Tumbung Anak Nakis & Anor V. Christopher Anak Bandi @ Josny [2018] CLJU 1514 yang menggariskan had kos skala di Mahkamah Rendah - “...23. Scale of costs for trial in the Subordinate Courts (O. 59 r. 23)
1
Subject to the provisions hereunder, upon the conclusion and determination of any trial in the Subordinate Courts, the party entitled to costs shall, unless the Court otherwise orders, be paid fixed costs in accordance with the following scale: Judgement Sum Suing/ Defending Advocacy Exceeds RM485,000 but not RM490.000 RM 3,325 RM 13,250 Exceeds RM490,000 but not RM495,000 RM 3,350 RM 13,350 Exceeds RM495,000 but not RM500,000 RM 3,375 RM 13,450 Exceeds RM500,000 Discretionary but shall not exceed RM40,000 [158] Learned counsel for the Defendants submitted the total quantum is RM507,143.33. As such, the costs awarded in the sum of RM150,000.00 is excessive and the learned Sessions Court Judge had erred in law and in fact and had misdirected himself when he awarded costs that is not in accordance with the Rules of Court 2012 which ought to be set aside.” [penekanan ditambah] KESIMPULAN [8] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Permohonan peguamcara Defendan-Defendan di
Lampiran
Lampiran 93 dibenarkan. Perintah ini dibenarkan tanpa kos. Bertarikh pada 1 September 2025 SITI NORHIDAYAH BINTI MOHD. NOOR Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Alor Setar Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 14 Ogos 2025 Peguamcara Plaintif : Tetuan Jega Kumar & Partners Peguamcara Defendan : Tetuan Shan & Su
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.