(1)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956. [24] Dalam perbicaraan, pihak plaintif telah memanggil saksi dari KPJ Specialist Selangor dan amaun yang dikenakan bagi perbelanjaan perubatan plaintif adalah RM19,178.90 sebagai kos rawatan “In-Patient” manakala kos rawatan bagi “Out-Patient” ialah sebanyak RM1,043.25. [25] Berkenaan dengan perbelanjaan perubatan plaintif yang cedera akibat daripada terjatuh dari motorsikal akibat pertembungan dengan motorsikal defendan pertama, adalah fakta bahawa plaintif pertama seklai dihantar ke Hospital Shah Alam selepas kemalangan tersebut iaitu pada jam lebih kurang 6.30 petang hingga jam 2 pagi. Memandangkan plaintif tidak menerima apa-apa rawatan maka plaintif meminta untuk dipindahkan ke KPJ Selangor Specialist di Shah Alam bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan dengan segera. [26] Peguam cara Responden/plaintif berhujah bahawa keputusan Mahkamah Majistret adalah betul dari segi undang-undang berkenaan dengan kos rawatan dengan mengaplikasikan prinsip stare decisis dengan mengikuti keputusan dalam kes Dr Kok Choong Seng & Anor v. Soo Cheng Lin & Another Appeal (supra). [27] Peguam cara Perayu-Perayu/defendan-defendan berhujah bahawa keputusan Mahkamah Majistret adalah khilaf kerana alasan plaintif untuk dipindahkan dari Hospital Shah Alam (hospital awam) atas alasan rawatan lambat ke KPJ Selangor Specialist di Shah Alam (hospital swasta) bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan dengan segera adalah atas tanggungjawab dan risiko plaintif sendiri. Peguam cara Perayu-Perayu/defendan-defendan merujuk kepada keputusan dalam kes Hong Teng Yong v. Khaw Kim Seng & Anor [2010] 9 MLJ 448 yang membenarkan tuntutan bagi kos rawatan perubatan di hospital swasta sekiranya it is not available within a reasonable period considering the urgency of the treatment… dan that treatment at the government hospital though available is grossly inadequate. Peguam cara Perayu-Perayu/defendan-defendan berhujah bahawa plaintif tidak memenuhi kriteria tersebut memandangkan plaintif yang telah membuat pilihan atas risiko sendiri untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta dan bukan disebabkan kekurangan fasiliti/saranan daripada doktor. [28] Mahkamah ini berpendapat petikan dan rujukan kepada sesuatu prinsip undang-undang dalam keputusan Mahkamah Atasan perlulah tepat dan bersesuaian dengan isu di hadapan Mahkamah bicara. Dalam kes ini, plaintif tidak membayar kepada kos “In-Patient” kerana bayaran dijelaskan oleh pihak syarikat insurans. Hanya bagi kos “Out-Patient” sahaja dibayar oleh plaintif. Kos rawatan bagi kecuaian perubatan dan kos rawatan bagi kecederaan akibat kemalangan adalah berbeza. Dalam kes kemalangan ini, kecederaan yang dialami oleh plaintif iaitu cerebral concussion, fracture nasl bone & fracture nasal spectrum, compound fracture middle phalang 2nd toe right foot, laceration over plantar of the 2nd toe, and abrasion over anterior distal leg yang berjumlah RM26,000.00 yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret adalah dikekalkan dan tidak diganggu dalam rayuan ini. [29] Berdasarkan kepada rawatan perubatan yang dijalani oleh plaintif adalah rawatan biasa bagi sesuatu kes kemalangan jalanraya yang mana kemudahan rawatan juga boleh diperoleh di hospital awam. Saksi plaintif iaitu pegawai dari KPJ Selangor Specialist di Shah Alam hanya menentusahkan jumlah invois yang kena dibayar dan bukan menghuraikan kepantasan rawatan di KPJ Selangor Specialist di Shah Alam. Mahkamah ini hanya membenarkan kos rawatan yang dibayar oleh plaintif sahaja dibenarkan menjadi Ganti rugi Khas kepada plaintif. Manakala, kos sebanyak RM19,178.70 yang ditanggung dan dibayar oleh Metronic Icares Sdn Bhd (syarikat insurans) hendaklah ditolak daripada Ganti rugi Khas. Ini selaras dengan prinsip dalam kes Khairul Sham bin Ahmad & Anor v Yesudass a/l Michaelsamy [2005] 2 MLJ 679; [2005] 2 CLJ 195 yang memutuskan bahawa − “Therefore, it is a clear principle that the purpose of damages is to put an injured party to the same position has had the tort not been committed, and recovery of damages is definitely not a mechanism for enriching the injured party … I think special damages means and out-of-pocket expenses and which consists of money incurred or paid by the plaintiff, which amounts to a loss to the plaintiff … He did not pay the bill himself … Therefore, he has no right to be compensated for the said bill. The plaintiff is refrained from claiming more than what he has lost.”. Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [30] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada undang-undang. [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 memutuskan – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.”. [32] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 1 MLJ 170 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa “an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. [33] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1 memutuskan “the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is ‘the plainly wrong test’ principle”. [34] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the SCj is erred (Kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). [35] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence test” (the case of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99). [36] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demean our and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [37] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. [38] Selepas meneliti keseluruhan keterangan dalam perbicaraan melalui rekod rayuan dan hujahan peguam-peguam di peringkat rayuan, Mahkamah ini mengakaskan dapatan liabiliti oleh Pn HMS. Mahkamah ini berpuas hati bahawa Responden/plaintif adalah cuai sumbang (contributory negligence) dalam kemalangan ini. [39] Dalam rayuan kepada Mahkamah ini, Perayu Pertama/defendan pertama yang memplidkan mengenai kemalangan di antara motorsikalnya dan motorlori Responden/plaintif adalah jelas dan Perayu Pertama/defendan pertama telah melaksanakan beban pembuktiannya on a balance of probability. Kesimpulan [40] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa Pada peringkat rayuan, Mahkamah ini memutuskan bahawa Liabiliti adalah 60% terhadap Perayu Pertama/defendan pertama dan bukannya 100% sebagaimana keputusan Mahkamah Majistret itu. Responden/plaintif adalah cuai sumbang dan dengan itu bertanggungan 40% terhadap kemalangan ini. [41] Bagi isu Kuantum pula, Mahkamah ini memutuskan bahawa kos rawatan yang dibayar oleh Plaintif sahaja dibenarkan menjadi Ganti rugi Khas kepada Plaintif. Manakala, kos rawatan di KPJ Selangor yang dibayar oleh pihak insurans hendaklah ditolak daripada Ganti rugi Khas. [42] Mahkamah juga membenarkan kos sebanyak RM3000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Responden/plaintif kepada Perayu-Perayu/defendan-defendan. [43] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu, Mahkamah ini perlu campur tangan dengan dapatan fakta yang dicapai oleh Mahkamah Majistret. Bertarikh: 3 September 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Perayu-Perayu/defendan-defendan: En. Kunalan A/L Seevalingam Tetuan Kenneth William & Associates, Petaling Jaya Bagi Pihak Responden/plaintif: En Muhamad Iqbal bin Ismail Tetuan Ranizan Abdullah & Associates, Batu Caves, Selangor