Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-26-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
BL-45A-26-12/2023
High Court of Malaysia4 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ts case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided for under s 182A(1) of the Criminal Procedure Code”. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA **Note : Serial number will be used to verify the originality of th”
“r the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible - even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they we”
“is case, are relevant for an inference that he knew about the drugs seized by the police in the car and in the house not far from the car. The appellant’s conduct is admissible under section 8 of the Evidence Act 1950 and the appellant need to explain his conduct as required under section 9 of the same Act which the ap”
“dalah amatt relevan untuk menunjukkan pengetahuan OKT-OKT. Isu perlakuan OKT-OKT apabila bertemu dengan pihak polis diperjelaskan oleh Mahkamah Rayuan didalam Roichand bin Maasum v Public Prosecutor [2022] MLJU 99 dimana YA Datuk Nordin Hassan memutuskan: “[26] Now, with regards the appellant’s knowledge of the impugne”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-26-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
4
BAMBANG HERMAWAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] OKT-OKT telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. “Bahawa kamu pada 19 Mei 2023 jam lebih kurang 10.00 malam di Jeti Ikan tidak bernombor di Lorong 11, Bagan Sekinchan dalam daerah Sekinchan di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methampetamine seberat 23,143.40 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] OKT-OKT tidak mengaku salah dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat (4) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. B. FAKTA KES PENDAKWAAN [3] Pada 19.5.2023 jam lebih kurang 10 malam, SP2 (ASP Saifulazre bin Ghazali) telah mengetuai sepasukan anggota dari BSJND IPPD Sabak Bernam ke jeti ikan tidak bernombor di Lorong 11, Bagan Sekinchan, Selangor. Kehadiran SP2 dan pasukan serbuan ke jeti ikan berkenaan kerana terdapatnya maklumat ada kegiatan menjual dadah secara aktif di kawasan tersebut. Sebelum serbuan dibuat, S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA SP2 dan pasukannya telah membuat pemerhatian selama 15 minit terhadap 1 bot ikan dengan nombor pendaftaran SLFA 4528. [4] Pemerhatian yang dilakukan tidak menunjukkan terdapatnya sebarang pergerakan keluar masuk dari atau ke dalam bot itu. Setelah 15 minit berlalu, SP2 dan pasukannya telah menyerbu bot tersebut dan menahan (4) lelaki Indonesia yang sedang bersila atas lantai bahagian bot belakang. Keempat-empat lelaki Indonesia ini dicamkan sebagai OKT 1 hingga OKT 4 oleh SP2. [5] Ketika SP2 memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis, kesemua OKT cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan. OKT 1 telah terjun dari bot dan mengalami kecederaan. OKT 1 berjaya diselamatkan oleh anggota serbuan. SP2 kemudiannya bertanya kepada keempat-empat OKT sama ada mereka ada menyimpan apa-apa barang salah. Keempat-empat mereka hanya mendiamkan diri. Setelah beberapa kali bertanya, mereka akhirnya telah memandu arah kepada SP2 dan pasukan serbuan ke satu bahagian di bahagian bawah bot (ekshibit P4 (4) dan 5). [6] Hasil pemeriksaan oleh SP2 didapati dua (2) bungkusan besar plastik sampah bewarna hitam dan serangkai anak kunci bot S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA bernombor SLFA 4528 (ekshibit P12). OKT 1 telah membuka plastik hitam itu dan di dalamnya ada (3) plastik hitam yang ditandakan A, B, C (plastic hitam pertama) (ekshibit P7A (1-3). Di dalam plastic hitam ini ada (15) bungkusan plastik bewarna hijau bertulis “Chinese Pin Wei” (ekshibit P9 (1-15). Seterusnya di dalam plastik hitam kedua ada (3) plastik yang ditandakan D, E, F (ekshibit P7A(4-6). Di dalamnya ada (15) bungkusan plastik bewarna hijau bertulis “Chinese Pin Wei” (ekshibit P11 (1-15). Di dalam setiap bungkusan plastik bewarna hijau ini ada (1) paket plastik lutsinar yang di dalamnya ada ketulan kristal mampat disyaki dadah jenis syabu yang kesemuanya dianggarkan berat 15 kg. Untuk kedua-dua bungkusan plastik hitam itu dadah yang ditemui dianggarkan 30kg. SP2 telah merampas barang kes dan menahan keempat-empat OKT. Tangkapan dan barang kes telah dibawa ke pejabat narkotik IPD Sabak Bernam. [7] SP2 kemudian membuat laporan polis (ekshibit P6). Setelah selesai semua dokumentasi yang melibatkan barang kes dan OKT-OKT, SP2 telah menyerahkan OKT-OKT dan barang kes kepada pegawai penyiasat iaitu SP4 (Insp. Muhamad Iqbal bin Ahmad Zawawi). S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA [8] SP4 telah menerima OKT-OKT dan barang-barang kes dari SP2 pada 20.5.2023 jam lebih kurang 3.40 pagi. SP4 kemudian menyimpan barang-barang kes di dalam almari besi di biliknya yang berkunci. Pada 21.5.2023 jam lebih kurang 10.30 pagi dan jam lebih kurang 10 malam, SP4 bersama dengan SP2 telah pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar sebanyak (18) keping (ekshibit P4 (1 -18). [9] Pada 24.5.2023, SP4 telah menghantar barang kes beserta Borang Pol 31 ke Jabatan Kimia Petaling Jaya dan diterima oleh ahli kimia iaitu SP3 (Puan Harlisa binti Haidhir Harminder). SP3 telah membuat analisis atas barang kes yang dihantar oleh SP4 dan hasil analisis adalah Methamphetamine dengan berat bersih 23,143.40 untuk kedua-dua beg plastik hitam yang dihantar oleh SP4. SP2 telah menyediakan laporan kimia (ekshibit P17) atas analisis yang dilakukan olehnya. Methamphetamine adalah disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. C. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Undang-undang adalah mantap dan jelas bahawa Mahkamah perlu memutuskan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di akhir kes pendakwaan selaras S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA dengan Seksyen 180 (1) Kanun Prosedur Jenayah di mana penilaian maksimum atas keterangan saksi-saksi pendakwaan perlu dibuat oleh Mahkamah. Prinsip ini seperti yang dijelaskan di dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301. D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [11] Intipati yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan berkaitan pertuduhan dibawah s. 39B(1) (a) ADB 1952 adalah: a) Dadah jenis Methamphetamine merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta; b) OKT-OKT mempunyai pemilikan serta pengetahuan akan dadah tersebut; c) Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT-OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan didalam pertuduhan. (a) Dadah jenis Methamphetamine merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta itu S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA [13] Bagi membuktikan ini, pihak pendakwaan telah memanggil ahli kimia iaitu Puan Harlisa binti Haidhir Harminder (SP3) dari Seksyen Narkotik Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya. Beliau telah menganalisa barang-barang kes ini dan mengeluarkan laporan kimia (P17) dan mengesahkan bahan-bahan yang dirampas itu adalah Methamphetamine dengan berat bersih 23,143.40 gram. [14] SP3 telah mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya. Berdasarkan kepada kelulusan dan kepakaran SP3, Mahkamah menerima keterangan beliau sebagai seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisa berkaitan dengan indentiti dan kuantiti dadah tersebut. Mahkamah ini menerima keterangan SP3 secara prima facie seperti yang diputuskan didalam kes Tarmizi bin Yacoob & 1 lagi v PP [2006] 4 CLJ 472 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “[25] Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah perbicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmal….” [penekanan ditambah] [15] Mahkamah ini mendapati tiada keraguan mengenai identiti dadah-dadah tersebut yang telah dianalisa oleh SP3 seorang ahli kimia yang berpengalaman. (b) OKT-OKT mempunyai pemilikan, serta pengetahuan akan dadah-dadah tersebut. [16] Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai bukan sekadar pemilikan, kawalan tetapi pengetahuan akan kewujudan dadah-dadah tersebut. [17] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan gagal untuk membuktikan pemilikan serta pengetahuan OKT-OKT akan dadah tersebut dan anggapan pengetahuan telah berjaya disangkal. Ini adalah kerana dadah itu tidak dijumpai bersama dengan OKT-OKT tetapi di suatu ruang iaitu tempat penyimpanan alat-alat menangkap ikan di bahagian bawah bot tersebut. Selain itu, kedudukan jeti dan bot juga boleh diakses oleh orang lain. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA [18] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan melalui keterangan SP2 yang merupakan pegawai serbuan yang telah menahan OKT-OKT yang pada ketika itu sedang bersila di atas bot tersebut. Sebaik sahaja SP2 memperkenalkan diri, kesemua OKT cuba melarikan diri dan OKT 1 telah terjun ke laut namun berjaya diselamatkan oleh salah seorang anggota pasukan serbuan dan dibawa naik ke bot. SP2 telah bertanya kepada OKT-OKT samada ada menyimpan barang salah; pada awalnya mereka mendiamkan diri, kemudian OKT-OKT telah memandu arah SP2 dan pasukan ke satu tempat penyimpanan barang-barang menangkap ikan di bahagian bawah bot. Apabila SP2 memeriksa ruang itu, maka beliau menjumpai 2 beg plastik hitam dan apabila dibuka didapati ada bahan disyaki dadah. [18] OKT-OKT sentiasa mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes tersebut dan boleh menyimpan atau melupuskannya seperti yang diinginkan. Keterangan sebagai pemilik bot menyatakan dia telah menggajikan OKT 2, 3 dan 4 sebagai nelayan. Menurut SP1, kesemua mereka tinggal di atas bot. SP1 di dalam keterangannya menyatakan ruang dimana dadah itu ditemui diketahui oleh OKT-OKT kerana disitu tempat alat-alat menangkap S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA ikan seperti jaring disimpan. Ini dibuktikan melalui ekshibit P4 gambar 6 dan 7. SP1 sebagai pemilik bot tidak tinggal disitu. Dia hanya akan datang apabila bot dan OKT-OKT tiba di jeti dengan membawa tangkapan. Setelah selesai mengambil tangkapan laut, SP1 akan balik ke rumahnya. Keterangan menunjukkan bahawa semua OKT sentiasa mempunyai kawalan dan jagaan terhadap bot tersebut dan kandungannya. Mahkamah Rayuan didalam Sahrul Mazlee Mohd Khalid v PP [2022] 1 LNS 4 YA Datuk Vazeer Alam (ketika menjadi HMR) memutuskan: “[59] Learned trial judge found that the circumstances showed that the appellant was so situated with respect to the impugned drugs that he had the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons. See: Chan Pean Leon v Public Prosecutor (supra). In the final analysis, the facts and circumstances of the case gives rise to an irresistible inference that the appellant had knowledge of the drugs in the bag. See: PP v Abdul Rahman Akiff [2007] 4CLJ 337, FC” [19] Di dalam kes ini, pemerhatian dilakukan oleh SP2 dan pasukannya selama 15 minit dan tiada sesiapapun keluar atau masuk ke jeti ikan tersebut dan tiada sesiapa masuk dan keluar dari bot. Barang kes dijumpai di bahagian bawah bot selepas ditunjukkan oleh OKT-OKT kepada SP2. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA [20] Justeru berdasarkan keterangan dan otoriti di atas, Mahkamah ini berpuashati melalui keterangan terus bahawa OKT mempunyai kawalan dan pemilikan ke atas dadah yang dijumpai di bahagian bawah bot tersebut berdasarkan keterangan saksi pendakwaan khususnya SP2 yang merupakan pegawai tangkapan dalam kes ini. (c) OKT-OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dirampas; [21] Setelah dibuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai milikan atas dadah yang dijumpai di dalam ruang bahagian bawah bot; isu seterusnya adakah OKT mempunyai pengetahuan atas dadah tersebut. [22] Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337; [2007] 1 MLRA 568 Arifin Zakaria FCJ membuat rujukan kepada satu keputusan Mahkamah Atasan Singapura dan England yang memutuskan isu niat bagi pemilikan: S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA “[18] In Ramis a/l Muniandy v Public Prosecutor [2001] 3 SLR 534, the Singapore Court Of Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at p. 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs were already on Ramis’s motorcycles when he entered the vicinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, there facts were sufficient to lead to a strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs. In Tan Ah Tee (supra), Wee Ching Jin CJ, delivering the judgement of the court, said [1978 - 1979] SLR 211 at 217 -218 [1980] 1 MLJ 49 at pg 52) Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within then meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in their minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.” S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA [23] Mahkamah dalam memutuskan isu pengetahuan OKT-OKT akan dadah yang dijumpai di dalam beg kertas di dalam kereta tersebut, turut Mahkamah merujuk kepada kes Shahrul Mazlee bin Mohd Khalid (supra) Mahkamah YA Dato’ Vazeer Alam memutuskan: - “[51] The mental element of knowledge of the thing possessed is rarely proved by direct evidence. Knowledge is usually inferred from the surrounding circumstances. This was reiterated by this Court in Simon Savarimuthu Thevarajah v PP [2020] 5 CLJ 105 in the following terms: “On the facts before us, we were in as good a position as the trial judge to draw the inference whether the appellant had knowledge of the drugs. It Is trite that proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It is sufficient for the prosecution to prove facts from which it can be properly inferred that an accused person had the necessary knowledge. The court is not concerned with the knowledge of a reasonable man but is concerned with reasonable inferences to be drawn from a concrete situation as disclosed in the evidence as it affects a particular person whose knowledge is in issue (see PP v Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649: [2000] 6 MLJ 705; Parlan Dadeh v PP (supra)” [penekanan ditambah] S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA [24] Menurut keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Shahrul Mazlee, elemen pengetahuan ini jarang dibuktikan melalui keterangan terus tetapi lebih melalui keterangan keadaan. Keterangan keadaan apakah yang boleh dilihat dalam kes ini. Terdapat beberapa keadaan boleh dirangkumkan dan dikatakan OKT-OKT mempunyai pengetahuan akan dadah itu. [25] Apabila SP2 dan pasukan menyerbu OKT-OKT, kesemua mereka telah melarikan diri dan OKT 1 telah terjun ke laut dan mengalami kecederaan sebelum dia diselamatkan oleh salah seorang anggota pasukan serbuan. Tindakan OKT-OKT melarikan diri menunjukkan mereka sedar mereka melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Dalam hal ini Mahkamah mendapati Seksyen 8 Akta Keterangan adalah amatt relevan untuk menunjukkan pengetahuan OKT-OKT. Isu perlakuan OKT-OKT apabila bertemu dengan pihak polis diperjelaskan oleh Mahkamah Rayuan didalam Roichand bin Maasum v Public Prosecutor [2022] MLJU 99 dimana YA Datuk Nordin Hassan memutuskan: “[26] Now, with regards the appellant’s knowledge of the impugned drugs, the appellant’s conduct acted suspiciously when was first S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA sighted by the police and was nervous when PW2 introduced himself as police officer, considered with other relevant facts in this case, are relevant for an inference that he knew about the drugs seized by the police in the car and in the house not far from the car. The appellant’s conduct is admissible under section 8 of the Evidence Act 1950 and the appellant need to explain his conduct as required under section 9 of the same Act which the appellant failed to do.” Mahkamah Persekutuan di Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717, menjelaskan mengenai isu kelakuan dalam menentukan elemen pengetahuan di para 25: “[25] The law is clear and well settled. Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.” Di para 36: - “[36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s. 9. Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. Stephenson [1904) 68 JP 524)." [34] HMT telah membuat dapatan bahawa kelakuan Perayu di dalam kes ini telah membuktikan Perayu mempunyai mens rea possession dan perbuatan/tindakan tersebut adalah relevan di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan memerlukan penjelasan daripada Perayu sepertimana peruntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Keterangan 1950. [35] HMT berpendapat kelakuan tertuduh yang berseorangan melawan dan mengelak daripada SP3 dan SP4 yang diketahuinya pegawai polis (kerana memakai uniform) dari memeriksa plastik hitam (eksibit P8A) adalah relevan bahawa dia mempunyai pengetahuan bahawa ada dadah dalam plastik hitam tersebut. Kelakuan Perayu yang merampas plastic hitam tersebut daripada SP3 dan mengatakan “tak ada apa-apa, tak payah periksa” dan kemudiannya bergelut dengan SP3 dan SP4 menyokong pendapat S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA HMT. Kami bersetuju dengan pendapat HMT bahawa kelakuan ini menunjukkan pengetahuan mens rea Perayu bahawa adanya dadah di dalam plastik hitam yang disimpan dalam raga motosikal yang berada bersama Perayu. [26] Selain itu, tempat dimana barang kes disembunyikan telah ditunjukkan oleh OKT-OKT kepada SP2. Ruang di mana barang kes disembunyikan tidak boleh diketahui oleh sesiapa kerana ianya berada di bawah bot (lihat tanda X di ekshibit P4 (gambar 4 dan 5). Papan perlu diangkat seperti di gambar 6 dan 7 maka baru kelihatan 2 plastik hitam yang mengandungi dadah itu. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu ruang ini. OKT-OKT kecuali OKT 1 adalah nelayan yang bekerja dengan SP1 dan tindakan OKT-OKT menunjukan ruang simpanan di mana dadah dijumpai kepada SP2 turut dikategorikan sebagai “information” di bawah s. 27 Akta Keterangan 1950 setelah menimbang fakta keterangan saksi-saksi Pendakwaan, seperti yang diputuskan dalam kes Siew Yoke Keong v. Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630 oleh Mahkamah Persekutuan: “(1) Information admissible under s 27 of the Act included an accused’s statement, or his act or conduct such as pointing out which led distinctly to the discovery of a fact. For such information to be admissible, there was no duty on the prosecution to prove voluntariness S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA of the information. Although there was no evidence to show that Siew had given any statement to PW6 when asked where the key was, Siew pointed to the bunch of keys at a location that one would not be able to see it if one was entering the bathroom. In other words, if Siew had not pointed it to PW6, the latter would not be able to retrieve the keys. Siew’s act of pointing amounted to information, and that information related distinctly to the discovery of a fact and was admissible under s. 27 of the Act. The fact discovered embraced the place where the bunch of eight keys was kept and Siew’s knowledge as to that. The evidence of Siew leading PW6 and the police team to the first house and pointing to the place where the keys were found, and later pointing out the place where the key to the safe was found would also be relevant and admissible as conduct under s. of the Act (see para 28).” [penekanan ditambah] Mahkamah ini mengambil perhatian bahawa SP2 dan pasukannya tidak pernah menaiki bot tersebut sebelum serbuan. Sekiranya tanpa dipandu arah oleh OKT-OKT, SP2 dan pasukannya tidak mungkin boleh menemui barang kes dadah yang berkenaan. Dengan ini, perlakuan OKT-OKT yang mendedahkan barang kes dadah kepada SP2 adalah sesuatu “maklumat” yang membolehkan pihak polis menemui dadah. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA Di dalam kes Public Prosecutor v. Azilah bin Hadri & Anor [2015] 1 MLJ 617, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[75] We are of the considered view that the correct test was applied in Public Prosecutor v. Krishna Rao a/l Gurumurthi & Ors [2000] 1 MLJ 274, as applied in Chong Soon Koy v. Public Prosecutor [1977] 2 MLJ 78 when Suffian LP formulated a two questions test, viz: (a) what was the fact discovered? and (b) what was the information supplied by the accused relating distinctly to the facts thereby discovered? [76] The above two questions tests indicate that the focus is on the supplied fact discovered and not on the extraneous factors to make the information acceptable. Applying the above test to the current case, (as opposed to the first respondent’s position), the prosecution’s version was that PW20 and PW21 were taken by him to the scene. The first respondent never mentioned the word ‘Puncak Alam’ to PW20 and PW21 but had merely brought them to that location. The act of the first respondent pointing to the place where the deceased’s remains were found amounted to information. That information was the distinct cause of the discovery of the remains of the deceased before the second respondent arrived with another set of officers. We observed that nowhere was it shown or established by the first S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA respondent that the police already knew the exact location.” [penekanan ditambah] Bagi kedudukan barang kes yang tersorok dari pandangan mata kasar yang terjumlah kepada elemen pengetahuan; Mahkamah Rayuan di dalam Bong Sing Seng v PP [2023] 8 CLJ 505; [2023] 1LNS 1507 memutuskan: “[56] Secondly, we agree with the learned trial judge that the fact the drugs were hidden from view is no ground for saying that inference could not be drawn against the appellant that he had the requisite knowledge. To the contrary, the manner in which the five plastics packets were concealed in the box may furnish evidence of knowledge (see PP v Zulfikar bin Mustaffah, supra) the Singapore Court of Appeal said: “21…. In the course of the appeal before us, counsel for the appellant relied heavily on the fact that the contents of the bundles were securely wrapped in newspapers and could not be identified. We were accordingly invited to draw the inference that the appellant had no knowledge of the contents of the bundles. 22. We were unable to accede to this request. While the fact that the contents of the bundles were hidden from view may have been relevant in determining whether the requisite knowledge was absent, this factor should still not be given too S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA much weight. Otherwise drug peddlers could escape liability simply by ensuring that any drugs coming into their possession are first securely sealed in opaque wrappings”. [57] In the present case, the trial judge found that the drugs were wrapped and packed in such a way that they were not easily visible to anyone. Furthermore, the drugs were carefully packed in transparent plastic packages. Three of these plastic packages were kept in the green bag (P28(b)) whereas two plastic packages were found in the blue bag (exhibit P29(b)) nicely placed in a box (exhibit P29(a)). All these items were packed inside the “Chemicare” box (exhibit P27) which was later wrapped with a transparent plasctic wrapper. We find that the judge was not plainly wrong when he drew an inference of knowledge from this as this is clearly a method employed to avoid detection. [27] Berdasarkan alasan di atas, melalui keterangan SP2, kelakuan OKT di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan dan maklumat yang diterima oleh SP2 bersesuaian dengan Seksyen 27 Akta Keterangan, Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT-OKT mempunyai milikan pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai berdasarkan keterangan terus. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA (d) Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT-OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [28] Persoalan seterusnya adalah samada wujudnya keterangan mengedar dadah tersebut dibuktikan atas OKT-OKT. Pihak pendakwaan telah membuktikan keterangan yang menjurus kepada elemen pengedaran dadah seperti yang didefinisikan dibawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana definisi pengedaran dibawah Seksyen 2 Akta terjumlah juga kepada perbuatan “concealing, keeping’ dadah tersebut. Mahkamah ini juga berpendapat dengan berat dadah Methamphetamine seberat 23,143.40-gram adalah mustahil untuk kegunaan peribadi OKT-OKT kecuali ianya untuk pengedaran. Merujuk kepada penghakiman di dalam kes Teh Geok Hock v. PP [1989] 1 CLJ Rep 160; [1989] 2 CLJ 977; [1989] 3 MLJ 162 yang menjelaskan maksud "pengedaran" seperti berikut: "True, the definition in the Act sounds artificial and not according to the ordinary meaning of the word 'trafficking' which is normally understood to mean to trade in, buy or sell, any commodity, albeit often with sinister implication. See also the Shorter Oxford English Dictionary. The S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA definition of 'trafficking' in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping. " [penekanan ditambah] [29] Mahkamah ini setelah menilai keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini dan mendapati tindakan OKT-OKT menyimpan dadah di dalam 2 beg plastik hitam di dalam ruang di bawah bot itu itu adalah tergolong di bawah takrifan "pengedaran" di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi Methamphetaminbe yang dinyatakan dalam pertuduhan. Untuk apa dadah seberat itu di simpan di tempat tersorok kecuali untuk diedarkan. Mahkamah telah dipandukan dengan kes Mohamed Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65 di mana Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) telah menyatakan bahawa: “Proof of the purpose for which an act is done, where such purpose is a necessary ingredient of the offence with which an accused is charged, presents a problem with which criminal courts are very familiar. Generally, in the absence of an express admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act of conveying from one place to another controlled drugs in a quantity much S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible - even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it…” [penekanan ditambah] [30] Kesimpulannya,setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti hujah pihak-pihak, Mahkamah memutuskan selepas penilaian maksimum dibuat atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bahawa dadah yang dijumpai bersama OKT-OKT merupakan dadah berbahaya sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT-OKT mempunyai milikan ke atas dadah yang dijumpai berdasarkan keterangan terus pihak pendakwaan dan wujudnya keterangan terus yang menunjukkan milikan dan pengetahuan OKT-OKT ke atas dadah yang ditemui bersamanya dan tindakan OKT-OKT menyimpan dadah tersebut S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA terjumlah kepada aktiviti pengedaran sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta yang sama. [31] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu, OKT-OKT dengan ini dipanggil untuk membela diri di bawah pertuduhan ini. E. PEMBELAAN OKT-OKT [32] OKT-OKT telah diterangkan oleh Mahkamah (3) pilihan untuk membela diri dan kesemua mereka memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan secara memberi keterangan bersumpah. [33] Pembelaan OKT-OKT adalah seperti berikut: i. Menurut OKT 1, pada tarikh kejadian pada jam lebih kurang 10 malam, dia sedang duduk di atas motosikal milik bosnya yang bernama Abe. Dia pada masa itu berada di Lorong 12, Bagan Sekinchan. Tiba-tiba datang beberapa lelaki memperkenalkan diri mereka polis; OKT 1 terus melarikan diri S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA kerana dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri iaitu paspot. OKT 1 telah terjun ke laut dan seorang polis telah selamatkan dirinya dan membawanya naik ke atas jeti. Menurut OKT 1, dia kemudaian dibawa ke hospital. OKT 1 menafikan dia dibawa ke bot ikan seperti yang didakwa oleh saksi-saksi pendakwaan. OKT 1 juga menafikan dadah-dadah itu miliknya. ii. Keterangan OKT 2 pula adalah pada hari kejadian jam lebih kurang pukul 10 malam, dia dan OKT 4 berada dalam bilik enjin untuk membuat persediaan ke laut pada pukul 2 atau 3 pagi nanti. Ketika OKT 2 dan OKT 4 sedang mengisi minyak di bilik enjin, mereka terdengar seseorang menjerit polis. Oleh kerana OKT 2 tidak mempunyai passport dan dokumen pengenalan diri, maka dia telah bersembunyi di dalam bilik enjin tersebut. Tidak lama kemudian, salah seorang anggota polis telah menjumpai OKT 2 dan membawanya keluar dari bilik enjin S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA dan membawanya keluar dari bilik enjin dan mengumpulkan OKT 2 bersama dengan OKT 3 dan 4. Waktu itu OKT 2 melihat 2 bungkusan plastik hitam sudah ada di hadapan mereka. Menurut OKT 2, kesemua mereka dikumpulkan di belakang bot dan polis telah menyuruh mereka membuka bungkusan plastik hitam dan di dalamnya ada banyak bungkusan plastik warna hijau dan OKT 2 tidak pasti apakah kandungan plastik-plastik tersebut dan dia menafikan pernah melihat plastic-plastik itu sebelum ini. iii. Keterangan OKT 3 pula adalah pada hari kejadian, pada jam lebih kurang pukul 10 malam, dia berada di tingkat atas bot manakala OKT 2 dan OKT 4 ada di bilik enjin. Menurut OKT 3, OKT 3 dan OKT 4 berada di bilik enjin untuk memeriksa minyak enjin sebagai persediaan untuk turun ke laut pada pukul 2 atau 3 pagi nanti. Mengikut keterangan OKT 3, OKT 4 telah naik ke tingkat atas bot untuk mengambil barang. Tiba-tiba OKT 3 nampak ada orang suluh lampu keatas bot. OKT 4 dan OKT 3 telah turun S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA ke bawah untuk melihat apa yang berlaku. Tiba-tiba OKT 3 ditahan dan digari oleh polis. Pihak polis telah bertanya kepada OKT 3 dan OKT 4 dimana barang itu disembunyikan namun mereka tidak tahu barang apa yang dimaksudkan oleh polis. Pihak polis telah membuat panggilan telefon dan bertanyakan di mana barang itu disembunyikan. Pihak polis telah memeriksa ats bot dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Selepas membuat panggilan telefon itu, polis telah membuat pemeriksaan dan menjumpai 2 bungkusan beg hitam di salah satu ruang di bawah lantai bot. Kemudian seorang anggota polis membawa OKT 2 dari bilik enjin dan mengumpulkan dia dengan OKT 3 dan OKT 4 serta membawa 2 bungkusan hitam itu di hadapan OKT-OKT. Pihak polis telah menyuruh OKT 3 membuka ikatan beg itu dan apabila ikatan beg itu dan dia melihat plastic hijau di dalamnya. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA iv. Dadah-dadah itu dijumpai di satu ruang di dalam bot tersebut yang menurut OKT 2, 3 dan 4 adalah tempat menyimpan pukat ikan (ekshibit P4 (gambar no 5 tempat tanda X). Gambar lebih jelas adalah di P4 (gambar no 6 dan 7). Menurut OKT 3, ruang ini juga turut digunakan untuk menyimpan tali dan jarring dan ruang ini tidak berkunci. [34] Beban pembuktian sesuatu kes adalah sentiasa dengan pihak pendakwaan dan beban di pihak pembelaan di akhir kes pembelaan adalah hanya untuk menimbulkan satu keraguan munasabah sahaja. Ini diperjelaskan di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Balachandran v PP [2005] 1CLJ 85: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raised a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided for under s 182A(1) of the Criminal Procedure Code”. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA [35] Mahkamah mendapati keterangan OKT-OKT ini adalah sama seperti keterangan mereka ketika memberi percakapan beramaran kepada pegawai perakam iaitu Insp. Muhamad Iqbal (ekshibit D24, 25, 26 dan 27). Pihak pembelaan telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam Prasit Punyang v PP [2014] 7CLJ 392, di mana YA Azahar Mohamed, HMR (pada ketika itu) memutuskan: “[11] ……the appellant’s cautioned statement was recorded a day after the arrest of the appellant. It is important, therefore to point out that the appellant had mentioned the basic facts of his defence at a very early stage of the police investigation against him. It follows from this that the defence of the appellant in the present case was not something that sprung for the first time in the defence case [see: Public Prosecutor v Lin Lian Chen [1992] 4CLJ 2086; [1992] 1CLJ (Rep) 285; [1992] 2MLJ 561] [penekanan ditambah] [36] Versi pembelaan ini telah diletakkan kepada saksi-saksi pendakwaan tetapi mereka cuma menafikannya sahaja dan mengatakan versi pendakwaan adalah fakta yang sebenarnya. Di dalam kes ini tiada keterangan sokongan lain seperti rakaman kamera litar tertutup untuk merakam apa yang berlaku sebelum, ketika dan selepas serbuan. Ada 2 versi berlainan dikemukakan di S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA Mahkamah. Persoalan yang timbul adakah versi pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan [37] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chan King Yu v PP [2009] 1 CLJ 601, YA Hashim Yusoff, HMP (ketika itu) memutuskan: “[44] However in his defence, the appellant did not merely deny the allegation, but afforded an explanation which if accepted would raise a reasonable doubt in the prosecution case. It is trite law that even if the court does not believe the accused’s explanation but nevertheless it raises a reasonable as to his guilt then he should be acquitted. (see: Mat v Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 263) “[penekanan ditambah] OKT-OKT terutamanya OKT 2 hingga 4 adalah nelayan, dan mereka berada di atas bot tersebut untuk membuat persediaan untuk turun ke laut pada awal pagi. Atas sebab itu, OKT 3 dan OKT 4 ada di bilik enjin untuk memeriksa minyak enjin dan OKT 2 berada di atas dek di bot itu. Ruang “X” di ekshibit P4 (gambar no. 5,6,7) tidak berkunci dan kelihatan rata; dan ianya boleh dibuka oleh sesiapa untuk meletakkan dadah di situ. Benar juga hanya mereka yang bekerja di bot itu tahu tempat itu adalah tempat menyimpan jaring dan pukat serta tali. Ini juga disahkan oleh pemilik boti iaitu SP1 (Heng Wah Keat); menurutnya tempat menyimpan jaring dan S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA pukat itu tiada kunci dan perlu diangkat papannya jika ingin membuka ruang itu. [38] Bot itu juga diletakkan di kawasan jeti yang terbuka dan jika dilihat pada ekshibit P4(gambar No. 1, 4,9) ; sesiapa boleh masuk ke jeti dan naik keatas bot itu dan meletakkan dadah di dalam ruang yang bertanda “X”. Ketika OKT 2 hingga 4 memberi keterangan, mereka memberitahu pada sekitar jam 7 malam, mereka keluar ke Pekan Sekinchan untuk makan malam dan pulang semula ke bot pada pukul 9 malam. Pemantauan di kawasan bot itu dibuat pada pukul 10 malam oleh SP2. Antara pukul 7 malam dan 10 malam, tiada pemantauan dibuat dan jika ada sesiapa yang menaiki bot itu pada waktu tiada siapa yang tahu. Selain itu, maklumat yang diterima oleh SP2 berkenaan dengan aktiviti dadah di bot tersebut adalah diterima adalah dari maklumat awam. Kemungkinan ada pihak lain terlibat dan menunding jari kepada OKT-OKT seperti yang dihujjahkan oleh pihak pembelaan adalah boleh berlaku. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung dalam Abdullah Zawawi bin Yusiff v PP [1993] 3 MLJ 1 dimana diputuskan: S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA “ Given the fact that this was a case where the police were acting on a tip-off, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility”. [39] Mahkamah dalam meneliti pembelaan OKT-OKT, dapat disimpulkan ianya bukan rekaan cerita semata-mata untuk melepaskan diri. Samada versi mereka ini benar atau sebaliknya ianya adalah munasabah dan telah menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. Ianya bukan persoalan samada Mahkamah percaya atau tidak versi mereka tetapi adakah keterangan pembelaan mereka telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah atas kes pendakwaan; jawapannya adalah positif. [40] Kesimpulannya, setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan, Mahkamah memutuskan OKT-OKT berjaya menimbulkan keraguan munasabah atas kes pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah melepaskan dan membebaskan OKT-OKT dari pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA Bertarikh 4 Jun 2026 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Farah Aqilah Binti Ahmad Fuad Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Aras 11,12 dan 13 Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Gooi & Azura, Peguambela & Peguamcara 12-1 & 14-1, Jalan Serkut, Taman Pertama, Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur S/N KklYmu8SakqK3x0sFqo2xA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.