Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO: RA-44-1-06/2025
RA-44-1-06/2025
High Court of Malaysia16 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO: RA-44-1-06/2025
1
MUHAMMAD SHAFIQ BIN MANSOR
2
MUHAMMAD AIMAN BIN MAHAMAD
3
MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN AMMAR AFFENDI
4
MUHAMMAD AMIR BIN ABDUL RAHMAN (NO.K/P: 040530090047) ... PEMOHON-PEMOHON LAWAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN
1
Pemohon-Pemohon telah memfailkan Notis Usul seperti di Kandungan 1 untuk mendapatkan perintah-perintah seperti yang berikut:
a
satu Perintah agar penangguhan hukuman diberikan kepada kesemua Pemohon-Pemohon yang telah disabitkan di bawah seksyen 375B Kanun Keseksaan sementara menunggu pendengaran rayuan;
b
Pemohon-Pemohon dilepaskan dengan satu jaminan sementara menunggu pendengaran kes rayuan Pemohon-Pemohon di Mahkamah Tinggi; dan
c
perintah lain yang difikirkan suai manfaat demi terlaksananya keadilan mengikut keadaan kes oleh Mahkamah yang Mulia ini.
2
Responden/Timbalan Pendakwa Raya walau bagaimanapun telah membantah permohonan Pemohon-Pemohon tersebut untuk mendapatkan penangguhan hukuman sementara menunggu pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi.
3
Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh Pemohon-Pemohon seperti dalam Afidavit Sokongan Pemohon-Pemohon (Kandungan 2) dan oleh Responden seperti dalam Afidavit Jawapan Responden (Kandungan 9) serta hujahan kedua-dua pihak tersebut, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa permohonan Pemohon-Pemohon tersebut adalah tidak bermerit. Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak permohonan Notis Usul tersebut.
4
Alasan Mahkamah ini menolak permohonan Notis Usul Pemohon-Pemohon tersebut adalah seperti di bawah.
5
Pertama, berdasarkan subseksyen 57(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] dan kes Sharma Kumari a/p Oam Parkash v Public Prosecutor [2000] 6 MLJ 847, walaupun rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan (appeal not to operate as stay of execution) ke atas apa-apa penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, namun Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan mempunyai kuasa budi bicara untuk menggantung pelaksanaan suatu penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan tersebut sekiranya Mahkamah mendapati ia adalah munasabah dan terdapat sebab-sebab atau keadaan-keadaan khas untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, semata-mata fakta bahawa suatu notis rayuan telah diberikan adalah tidak memadai.
6
Dalam kes Sharma Kumari a/p Oam Parkash v Public Prosecutor (supra) tersebut, Abdul Wahab J (pada ketika itu) telah memutuskan seperti yang berikut: “Held, dismissing the application for a stay of execution of the sentence of imprisonment:
1
The court has a discretion in granting a stay of execution. However, a stay of execution should not be granted and will not be granted unless there are special reasons for so doing, and the mere fact that a notice of appeal has been given is not sufficient reason (see p 853C).
2
The mere fact that an applicant had been advised and verily believed he had good reasons for appeal does not constitute grounds for releasing an appellant pending appeal. An applicant must show the grounds and particulars for his good reasons for appeal, so that the court to which the application was made would be able to decide for itself whether the applicant has good reasons: (i) for his appeal; and (ii) for releasing him pending appeal (see p 853C-D, F).”. [Penekanan ditambah]
7
Dalam permohonan Notis Usul tersebut, alasan-alasan yang diberikan oleh Pemohon-Pemohon untuk memohon penangguhan atau penggantungan pelaksanaan hukuman penjara tersebut, inter alia, adalah seperti yang berikut:
a
Pemohon-Pemohon hendak merayakan Hari Raya Haji;
b
umur Pemohon-Pemohon yang masih muda; dan
c
Pemohon-Pemohon akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis.
8
Setelah Mahkamah ini mempertimbangkan alasan-alasan Pemohon-Pemohon tersebut dengan sedalamnya dan mengambil kira prinsip undang-undang dalam subseksyen 57(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan kes Sharma Kumari a/p Oam Parkash v Public Prosecutor (supra) tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
alasan-alasan yang diberikan oleh Pemohon-Pemohon tersebut bukan alasan yang munasabah untuk mewajarkan dan/atau membenarkan penangguhan atau penggantungan pelaksanaan hukuman penjara tersebut ke atas Pemohon-Pemohon; dan
b
alasan-alasan yang diberikan oleh Pemohon-Pemohon tersebut bukan merupakan sebab-sebab atau keadaan-keadaan khas atau istimewa yang mewajarkan dan/atau membenarkan penangguhan atau penggantungan pelaksanaan hukuman penjara tersebut ke atas Pemohon-Pemohon.
9
Selanjutnya, Mahkamah ini berpendapat bahawa memandangkan kesemua Pemohon tersebut telahpun disabitkan dengan kesalahan rogol berkumpulan di bawah seksyen 375B Kanun Keseksaan, yang mana merupakan suatu kesalahan yang serius, maka adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini membenarkan penangguhan atau penggantungan pelaksanaan hukuman penjara tersebut ke atas Pemohon-Pemohon.
10
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak permohonan Notis Usul Pemohon-Pemohon tersebut. Bertarikh : 20 OKTOBER 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar Negeri Perlis (NEGERI PERLIS) Peguam bagi pihak Perayu: Encik Muhamad Aiman Haziq Bin Saiful Kamal Tetuan Naran Singh & Co Peguam Bela & Peguam Cara No. 39, First Floor Market Street 30000 Ipoh Perak Peguam bagi pihak Responden: TPR Tuan Mohd Alif Farhan Bin Hassan bersama TPR Tuan Mohd Hadi Hakimi Bin Harun Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Aras 3, Blok B Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.