Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NO: WA-62RS-150-09/2024] PENDAKWA RAYA
WA-62RS-150-09/2024
Sessions Court of Malaysia29 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“i juga merujuk kepada kes Frankie anak lagi v. PP [2023] CLJU 2750 yang mengiktiraf keseriusan kesalahan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan – “…The offence of gang robbery under section 395 of the Penal Code is undoubtedly a serious and grave offence. It is a crime that poses significant threats to public safety and”
“ak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8”
“faktor untuk keringanan. Sewajarnya kepentingan peribadi OKt harus difikir sebelum melakukan kesalahan dan bukannya selepas melakukan kesalahan. [27] Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Amir Hamzah [2003] CLJU 736;[2003] 1 LNS 736; [2003] 3 AMR 626, Mahkamah telah menyatakan- “... The needs of the accused are far outw”
“n penjara dengan sebat. Berpandukan kepada kes Pendakwa Raya lwn. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 Muhammad Ridzuan bin Mohd Zul [2022] MLJU 2374,, adalah jelas ditunjukkan bahawa kesalahan merompak di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dikategorikan se”
“bagai salah satu kesalahan jenayah yang serius, di mana di dalam kes Perayu ini melibatkan kekerasan, ancaman nyawa dan harta benda. [21] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Frankie anak lagi v. PP [2023] CLJU 2750 yang mengiktiraf keseriusan kesalahan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan – “…The offence of gang robbe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NO: WA-62RS-150-09/2024] PENDAKWA RAYA
1
Rayuan ini telah difailkan hanya oleh Orang Kena Tuduh (T1) melalui Notis Rayuan yang bertarikh 3/6/2025 kerana tidak berpuas hati dengan hukuman yang Mahkamah ini telah jatuhkan terhadap OKT pada 29/5/2025 di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu penjara (4) empat tahun dari tarikh tangkap (15/9/2024) dan satu (3) sebatan. Pertuduhan asal ke atas dua orang OKT (Kandungan 1) adalah seperti yang berikut: PERTUDUHAN: “…BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA, PADA 15/09/2024 JAM LEBIH KURANG 03.50 PAGI DI HENTIAN BAS HADAPAN BERJAYA TIMES SQUARE, JALAN IMBI, DALAM DAERAH DANG WANGI, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, DENGAN NIAT BERSAMA TELAH MELAKUKAN ROMPAK BERKUMPULAN KE ATAS DAYVAAN A/L NAGAPPAN WARGANEGARA MALAYSA NO.KAD PENGENALAN 990528089193 IAITU SEBUAH TELEFON BIMBIT JENIS REDMI NOTE 9S, JUMLAH KERUGIAN RM700.00. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 395 KANUN KESEKSAAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN YANG SAMA. HUKUMAN: JIKA DISABITKAN DENGAN KESALAHAN HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI DUA PULUH TAHUN, DAN BOLEHLAH JUGA DIKENAKAN SEBAT...”
2
Kedua-dua OKT telah di bawa ke hadapan Mahkamah ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan di atas pertama kali pada 18/9/2024 dan kedua-duanya telah minta bicara. Bagi kes ini, pengurusan kes telah dijalankan (4) empat kali iaitu pada 22/10/2024, 12/11/2024, 11/12/2024, 15/1/2025 atas alasan lantikan peguam oleh kedua-dua OKT dan serahan dokumen-dokumen bagi perbicaraan oleh pihak pendakwaan.
3
Perbicaraan kes ini telah dimulakan pada 27/5/2025 dengan kedua-dua OKT di wakili peguambela dari Yayasan Bantuan Guaman. Pada tarikh yang sama, pihak pendakwaan telah memohon kepada Mahkamah ini untuk membuat pindaan ke atas pertuduhan asal. Peguambela yang bijaksana tiada bantahan dan Mahkamah ini juga membenarkan pindaan tersebut. Mahkamah ini membenarkan pertuduhan pindaan tersebut berdasarkan peruntukan undang-undang dalam seksyen 158 Kanun Acara Jenayah yang juga ia tidak akan memprejudiskan kedua-dua OKT. Diperturunkan pertuduhan pindaan yang tersebut di sini: PERTUDUHAN PINDAAN: “…BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA TARIKH 15/09/2024 JAM LEBIH KURANG 3:52 PAGI, BERTEMPAT DI HENTIAN BAS DI HADAPAN BERJAYA TIMES SQUARE, JALAN IMBI, DI DALAM DAERAH DANG WANGI, DI DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, KAMU BERSAMA-SAMA TELAH DIDAPATI MELAKUKAN ROMPAK BERKUMPULAN TERHADAP PENAMA DAYVAAN A/L NAGAPPAN NOMBOR KAD PENGENALAN: 990528089193 DENGAN MEROMPAK HARTA MILIK PENAMA IAITU SEBUAH TELEFON BIMBIT JENIS REDMI NOTE 9S BERWARNA BIRU DARIPADA PENAMA YANG BERNILAI ANGGARAN LEBIH KURANG RM 899. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU BERSAMASAMA TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 395 KANUN KESEKSAAN HUKUMAN: JIKA SABIT KESALAHAN HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN UNTUK SUATU TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI DUA PULUH TAHUN DAN BOLEHLAH JUGA BERTANGGUNGAN KEPADA SEBATAN...”
4
Pada hari yang sama, pihak pendakwaan telah memulakan kes dengan memanggil pengadu atau mangsa rompakan (SP1) dan beliau 5 telah memberikan keterangan yang terpaksa disambung pada tarikh selanjutnya iaitu pada 29/5/2025.
5
Pada tarikh sambung bicara kali kedua iaitu pada 29/5/2025 tersebut, Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan makluman daripada peguambela yang bertugas bahawa dalam kes ini telah ada perkembangan terbaru iaitu kedua-dua OKT ingin menukar pengakuan mereka kepada pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pindaan. Apabila pertuduhan pindaan dibacakan dalam Bahasa Melayu sekali lagi, dan ianya diterangkan dan difahami oleh kedua-dua OKT, kedua-duanya telah mengaku salah dan faham sifat dan akibat pengakuannya. Natijahnya, mereka telah dihukum dengan empat (4) tahun penjara dan tiga (3) sebat.
6
Kamu bersama-sama pada tarikh 15/09/2024 jam lebih kurang 3:52 pagi, bertempat di hentian bas di hadapan Berjaya Times Square, Jalan Imbi, di dalam Daerah Dang Wangi, di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kamu bersama-sama telah didapati melakukan rompak berkumpulan terhadap penama Dayvaan a/l Nagappan nombor kad pengenalan: 990528089193 dengan merompak harta milik penama iaitu sebuah telefon bimbit jenis Redmi Note 9S berwarna biru daripada penama yang bernilai anggaran lebih kurang RM899 dengan cara kamu bersama-sama telah meragut telefon bimbit milik penama lalu telah bersama-sama melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam bernombor pendaftaran BLN 1277. Oleh yang demikian, kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan. SENARAI EKSIBIT P1 – Laporan Polis Pengadu THSL/040459/24 P2 (A – D) – Gambar Tempat Kejadian P3 (1 – 5) – 5 keping gambar pengecaman handphone P4 – Handphone P4 (a) – Casing Handphone P5 – Fakta Kes P6 – Laporan Polis Orang Awam yang bantu ketika kejadian THSL/040463/24 P7 – Laporan Polis Tangkapan THSL/040468/24 P8 (1 – 6) – Gambar Pegun CCTV Kejadian P9 (1 – 6) – Gambar Rampasan Barang Kes Kesemua eksibit kes telah dicamkan dan diakui oleh kedua-dua OKT.
7
Mahkamah ini berpuas hati pengakuan salah oleh OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua eksibit adalah “unreserved, unequivocal and unqualified” dan telah merekodkan bahawa kedua-dua OKT bersalah terhadap pertuduhan setelah mengambil kira pengakuan mereka berdua terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua eksibit di dalam kes ini.
8
Mahkamah ini sentiasa mengingatkan diri bahawa kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621. Adalah prinsip am undang-undang jenayah bahawa kepentingan awam harus diutamakan apabila mempertimbangkan hukuman ke atas seseorang pesalah (sila lihat Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr.App.R.164; Fan Yew Teng v. PP [1975] 2 MLJ 235. RAYUAN PERINGANAN HUKUMAN T1- MUHAMMAD SUHAIRY BIN OSMAN [9] Berumur 31 tahun, merupakan anak ke 9 dari 10 adik beradik. Bantu keluarga kecil-kecilan jual jagung. Pendidikan tertinggi OKT Form 1. OKT 1 telah kerja sejak meninggalkan sekolah. T2- MUHAMMAD NORHANDIGA BIN NORCHOLES [10] Berumur 25 tahun, merupakan bekas penghantar makanan Shopee, Anak kedua dari 4 adik beradik, Pendidikan tertinggi Darjah 3 Sekolah Kebangsaan.
11
Kedua-dua OKT bujang dan telah mengaku salah hari ini. Tiada hasrat membuang masa dan kos mahkamah dan pihak Timbalan Pendakwa Raya. Kejadian adalah on the spot di mana OKT-OKT ditangkap dan kedua-dua OKT telah dipukul semasa ditangkap.
12
Sejak ditangkap telah memberi kerjasama penuh. Keduanya Ditahan reman sejak 15/9/2024. Barang kes telah dijumpai dalam keadaan baik. Mangsa tiada kecederaan. OKT-OKT masih boleh dikira sihat dan muda jadi lebih baik rehabilitasi dikembalikan kepada masyarakat dan OKT-OKT insaf dan mohon maaf kepada mahkamah.
13
OKT tiada rekod lampau dan tiada kes-kes lain di mahkamah cuma kes ini sahaja yangg berjalan. Keduanya memohon hukuman berbentuk penjara dari tarikh tangkap, cadangan hukuman adalah penjara 3 tahun dari tarikh tangkap dengan 3 sebatan. Mohon budibicara mahkamah.
14
Mohon satu hukuman setimpal kepada OKT-OKT. Hukuman berbentuk pengajaran kepada mereka untuk tidak mengulang kesalahan sama di samping ia juga sebagai pengajaran kepada orang awam untuk tidak sama sekali melakukan kesalahan sama. Mahkamah perlu juga 10 mengambil kira semua eksibit dikemukakan dan perbicaraan juga telah bermula.
15
Mengenai fakta OKT-OKT dipukul, perkara yang berlaku adalah pergelutan OKT-OKT dengan orang awam. Rekod lampau tidak dapat dibekalkan (RJ2B) pada hari ini. Hukuman adalah budibicara mahkamah, Cuma setuju dengan cadangan pembelaan. Walaupun demikian, mahkamah punya budibicara hukuman. Mohon hukuman setimpal.
16
Setelah mendengar rayuan peringanan hukuman OKT dan rayuan pemberatan hukuman dari Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah mensabitkan OKT-OKT dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman (4) empat tahun penjara dan (3) tiga sebat. ALASAN MAHKAMAH Hukuman menurut undang-undang.
17
Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) seperti yang berikut:
173
Prosedur dalam perbicaraan terus. Prosedur berikut hendaklah diikuti oleh majistret-majistret dalam perbicaraan terus:
a
(a)...;
b
Jikalau tertuduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada pertuduhan yang asal ataupun yang dipinda itu maka pengakuannya itu hendaklah direkodkan dan dengan itu ia bolehlah disabitkan dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang;
c
(c)... [18] Prinsip hukuman menurut undang-undang telah dijelaskan di dalam kes Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [ 1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 di mana Hakim telah memutuskan, "a sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles". [19] Hukuman menurut undang-undang seperti termaktub dalam seksyen 395 Kanun Keseksaan ialah – Jika disabitkan dengan kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat...” Kesalahan serius dan kepentingan awam. [20] Mahkamah mendapati kesalahan OKT-OKT lakukan satu kesalahan yang serius kerana keduanya ditangkap on the spot oleh orang awam. Mujur kedua-dua OKT ditangkap on the spot ketika melakukan kesalahan. Tindakan bersama-sama meragut mangsa menunjukkan keberanian dan secara serius mereka berdua melakukan kesalahan. Malahan, ia adalah kesalahan serius kerana hukuman maksimum bagi kesalahan sepertimana kedua-dua OKT dituduh adalah 20 tahun penjara dengan sebat. Berpandukan kepada kes Pendakwa Raya lwn. Muhammad Ridzuan bin Mohd Zul [2022] MLJU 2374,, adalah jelas ditunjukkan bahawa kesalahan merompak di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dikategorikan sebagai salah satu kesalahan jenayah yang serius, di mana di dalam kes Perayu ini melibatkan kekerasan, ancaman nyawa dan harta benda. [21] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Frankie anak lagi v. PP [2023] CLJU 2750 yang mengiktiraf keseriusan kesalahan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan – “…The offence of gang robbery under section 395 of the Penal Code is undoubtedly a serious and grave offence. It is a crime that poses significant threats to public safety and security. Gang robberies often involve multiple offenders acting together, which can lead to extreme violence and harm to victims…” [22] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman penjara sebagai pengajaran kepada OKT-OKT dan untuk menghantar mesej kepada orang awam bahawa Mahkamah melihat kesalahan tersebut sebagai suatu kesalahan yang serius. Keseriusan hukuman yang dijatuhkan harus memberi kesan dan mesej kepada bakal pesalah atau yang melakukan kesalahan serupa agar berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. Pengakuan Salah. [23] Secara amnya pengakuan salah oleh OKT sememangnya menjimatkan masa mahkamah dan kos. Di sini Mahkamah telah merujuk kepada kes PP v. Wan Hasrul Nizam [2017] 4 CLJ 389, Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "[16] In the criminal justice system, the court should give the appropriate discount to the sentence supposed to be imposed at the end of a full trial after having heard the mitigation. In the present case, this court takes into account the plea of guilty and the respondent being a first offender as relevant mitigating factors, and acknowledged that the learned trial judge had correctly considered these factors in her grounds of judgment." [24] Oleh yang demikian, mengambil kira pengakuan salah OKT pada awal perbicaraaan harus diberi satu diskaun kerana ini membuktikan OKT telah merasa insaf dan pengakuan tersebut juga telah menjimatkan masa serta kos. Hukuman pemenjaraan yang bermula dari tarikh tangkap adalah sesuai dalam kes ini. [25] Di dalam kes ini, di mana mengambil kira faktor pengakuan salah bersama faktor-faktor yang lain, Mahkamah telah memberikan hukuman tersebut kerana selain daripada membantu Mahkamah untuk melupuskan kes tersebut dengan secepat mungkin, menjimatkan masa serta kos. Mahkamah ini juga percaya mesej telah disampaikan bahawa keseriusan kesalahan serupa kepada bakal pesalah atau yang akan melakukan kesalahan serupa untuk berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. Latarbelakang OKT [26] Mahkamah ini juga mengambil pengetahuan tentang latarbelakang OKT bagi menyeimbangkan kepentingan OKT dengan kepentingan awam. Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan faktor untuk keringanan dengan faktor pemberatan. Namun rayuan OKT mengenai latarbelakangnya di dalam kes ini bukanlah satu faktor untuk keringanan. Sewajarnya kepentingan peribadi OKt harus difikir sebelum melakukan kesalahan dan bukannya selepas melakukan kesalahan. [27] Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Amir Hamzah [2003] CLJU 736;[2003] 1 LNS 736; [2003] 3 AMR 626, Mahkamah telah menyatakan- “... The needs of the accused are far outweighed by issues of public interest." [28] Mahkamah telah membandingkan kesemua faktor di atas dengan faktor public interest dan Mahkamah mendapati di dalam kes ini the scale of justice kepentingan awam mengatasi kepentingan OKT. Tidak ada justifikasi kedua-dua OKT melakukan rompak. Mereka masih sihat dan masih muda dan boleh bekerja untuk mencari rezeki halal. [29] Di dalam kes ini Mahkamah telah mengambil kira faktor hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu maksimum dengan
20
dua puluh tahun penjara, keseriusan kesalahan, imbangan kepentingan awam dan kepentingan OKT, pengakuan salah OKT, latarbelakang OKT, rayuan peringanan hukuman oleh OKT dan rayuan pemberatan hukuman pihak Timbalan Pendakwa Raya serta tempoh penahanan reman OKT sebelum menjatuhkan hukuman tersebut. KESIMPULAN [30] Setelah mengambil kira faktor prinsip hukuman di atas, Mahkamah mendapati hukuman tersebut adalah berkadaran dengan jenayah yang telah dilakukan oleh OKT. Mahkamah juga berpendapat hukuman tersebut adalah suatu hukuman yang sesuai dan wajar sepertimana alasan-alasan di atas. Bertarikh 31hb Julai 2025 Mohd Zaki bin Mohd Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah No 12 Kuala Lumpur Nama Peguam dan Firma Guaman- 1) TPR Ravindejit Kaur Jabatan Peguam Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; 2) OKT 1 diwakili Rajsurian Pillai (YBGK) [TETUAN SURIAN]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.