Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83D-206-03/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
AJ-83D-206-03/2025
Magistrates Court of Malaysia14 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“assed unless the Court passing the sentence otherwise directs." [32] Merujuk kes TUAN MAT TUAN LONIK V. PP [2009] 4 CLJ 638 Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: "Under s. 282(d) of the Criminal Procedure Code it is provided that 'every sentence of imprisonment shall take effect from the date on **Note : Se”
“the date on **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 which the same was passed unless the court passing such sentence otherwise directs'. The Criminal Procedure Code thus empowers the judge with the necessary discretion when a sentence should begin. Apart from”
“atu yang perlu memuaskan hati OKT2. [27] Mahkamah mengambil pendekatan bahawa kepentingan awam harus diutamakan berbanding kepentingan OKT2. Kes R v BALL [1951] 35 CR APP 164 dan PP v LOW CHOON FATT [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256 adalah dirujuk. [28] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di”
“n sedar penggunaan dadah semasa hari kejadian. Oleh yang demikian, OKT2 telah melakukan satu kesalahan serius berkaitan dadah. Kepentingan Awam [25] Merujuk kes PP V. GUNASEKARAN A/L ARJUNAN & ANOR [2006] CLJU 70; [2006] 5 MLJ 527 yang memutuskan bahawa; "The Courts of justice are not market place. The word discount in”
“64 dan PP v LOW CHOON FATT [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256 adalah dirujuk. [28] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes IWAN BUJANG DARA & LAIN v PENDAKWA RAYA [2017] CLJU 285; [2017] 3 MLJ 630 yang telah menyatakan; "But the court is not only concerned with the plea in mitigation”
“ihukum di bawah seksyen 12(3) akta yang sama, dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Analisis dan dapatan Mahkamah Prinsip Penghukuman [12] Merujuk kes MOHD SULAIMAN BIN MISKON V. PENDAKWA RAYA [2020] MLJU 1222 di mana memutuskan seperti berikut; “Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence al”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83D-206-03/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD [NO. KP: 951009-08-5463]
2
AZMEEL ZUHAIR BIN NORIZAN [NO. KP: 951231-08-5755] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pada 4.3.2025, OKT 1 dan OKT 2 telah dituduh di Mahkamah Majistret Parit Buntar di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dibacakan bersama dibawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] OKT1 mengaku tidak bersalah dan pohon bicara. Manakala OKT2 telah mengaku salah. OKT1 dan OKT 2 dibenarkan jaminan sebanyak RM 2 000 setiap seorang dengan 1 penjamin. Kes ditangguhkan kerana laporan kimia masih belum diperolehi. [3] Pada 14.7.2025, laporan kima telah diperolehi. Pertuduhan Pindaan telah dikemukakan dan dibaca semula kepada OKT1 dan OKT2 seperti berikut; PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu bersama-sama pada 28.02.2025 jam lebih kurang 8.00 malam bertempat di rumah beralamat: No. 4, Jln Serai Permai 11 Tmn Serai 34300 Bagan Serai, didalam Daerah Kerian, didalam Negeri Perak, telah didapati dalam milikan kamu bahan seberat 0.07 gram yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12(3) Akta yang sama dibacakan bersama dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [4] OKT1 mengaku tidak bersalah dan pohon bicara. Manakala OKT2 telah mengaku salah. [5] Setelah mendengar hujahan mitigasi peguam OKT2 dan faktor pemberatan TPR, Mahkamah mendapati bahawa OKT2 bersalah. OKT2 telah disabitkan dengan Pertuduhan Pindaan dan dijatuhkan hukuman 15 bulan penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 28.2.2025. [6] OKT 2 tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan pada 15.7.2025 ke Mahkamah Tinggi Taiping terhadap hukuman tersebut. Fakta kes [7] Pada 28.2.2025 jam lebih kurang 8.00 malam, satu serbuan telah dijalankan oleh pihak polis di sebuah rumah di Taman Serai Permai, Bagan Serai, Perak. [8] OKT1 dan OKT2 telah ditahan ketika berada di dalam bilik, duduk secara berhadapan dan disyaki sedang menghisap dadah. [9] Pemeriksaan lanjut menemukan satu tiub kaca berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine bersama alat menghisap dadah. [10] Bahan tersebut kemudiannya telah dihantar untuk analisa ke Jabatan Kimia dan keputusan menunjukkan bahawa bahan kristal tersebut mengandungi Methamphetamine seberat 0.07 gram. [11] Hasil siasatan juga menunjukkan OKT1 dan OKT2 tidak mempunyai kuasa sah untuk memiliki dadah tersebut. Justeru, mereka telah dituduh secara bersama atas satu pertuduhan mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) akta yang sama, dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Analisis dan dapatan Mahkamah Prinsip Penghukuman [12] Merujuk kes MOHD SULAIMAN BIN MISKON V. PENDAKWA RAYA [2020] MLJU 1222 di mana memutuskan seperti berikut; “Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving “discounts” for less than the most serious manner of commission” [penekanan ditambah] [13] Jelas disini, hukuman yang wajar dipertimbangkan kepada OKT 2 adalah hukuman yang paling maksimum seperti yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut di bawah undang-undang apabila seseorang itu disabitkan, samada perbicaraan penuh ataupun mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan. [14] Kemudian barulah diberikan pengurangan atau diskaun kepada hukuman tersebut setelah mengambilkira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan OKT 2 semasa rayuannya terhadap hukuman. [15] Walau bagaimanapun, pengurangan hukuman atau diskaun tersebut bukanlah sesuatu yang automatik memandangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan itu masih atas budibicara Mahkamah yang mendengar pertuduhannya setelah menilai keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan serta faktor-faktor lain yang menjadi aras pertimbangannya. Augustine Paul, Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan di dalam BACHIK BIN ABDUL RAHMAN V. PENDAKWA RAYA [2004] 2 CLJ 572; [2004] 2 MLJ 534, seperti berikut; "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so, may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment. In the instant case, the sessions judge had considered all these factors before deciding that the accused's plea of guilty could not operate as a mitigating factor. Hence, the High Court ought not to have interfered and reduced the sentence of imprisonment from 18 years to 15 years. Nevertheless, it was not necessary for the instant court to reinstate the sentence originally imposed by the sessions judge as it would not make a material difference to the consecutive terms the accused would already have to serve." [penekanan ditambah] [16] Berbalik semula dalam kes ini, Mahkamah telah berpuashati bahawa OKT2 faham dan telah mengaku salah terhadap Pertuduhan Pindaan tersebut. OKT 2 juga telah diterangkan sifat dan akibat pengakuan dan masih ingin mengekalkan pengakuan bersalah. [17] Fakta kes juga telah dibacakan dan diakui oleh OKT2 serta ditandakan sebagai eksibit P2. Seterusnya mahkamah telah mensabitkan tertuduh ke atas Pertuduhan Pindaan tersebut. [18] Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah telah mendengar kedua-dua pihak membuat hujahan. Di dalam mitigasi melalui peguam YBGK berhujah OKT2 berumur 30 tahun dan bekerja kampung dengan pendapatan sebanyak RM 1000. OKT2 juga masih bujang dan membantu ibu bapa. Pengakuan salah OKT2 telah menjimatkan masa Mahkamah. OKT2 memohon hukuman yang ringan. [19] Manakala, TPR pula telah memohon agar hukuman setimpal diberikan kepada OKT2 dan memaklumkan beliau tiada rekod lampau. [20] Dalam kes ini, Mahkamah telah mempertimbangkan hukuman Pertuduhan Pindaan OKT2 yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi (5) tahun atau kedua-duanya sekali. [21] Selain itu, Mahkamah juga telah mengambil kira situasi penahanan OKT2 yang ditahan bersama OKT1 di dalam bilik, duduk secara berhadapan dan disyaki sedang menghisap dadah semasa kejadian. [22] Rampasan barang kes juga telah dibuat di dalam bilik itu iaitu tiub kaca (P11) berisi bahan dadah jenis Methamphetamine, alat botol menghisap dadah yang telah diubahsuai (P13) dan pemetik api jenama Aladdin (P14) yang jelas digunakan bagi tujuan untuk menghisap dadah. Perhatian dan penekanan perlu diberikan kepada kesemua barang kes ini kerana kesemuanya diakui oleh OKT2 semasa jatuh hukum. [penekanan ditambah] [23] Hasil analisa Jabatan Kimia Malaysia dan Laporan Kimia [P8] mengesahkan dadah Methamphetamine: 0.07 gram tersebut dikategorikan dadah berbahaya yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta. [24] Mahkamah mendapati OKT2 mempunyai penglibatan yang aktif dan sedar penggunaan dadah semasa hari kejadian. Oleh yang demikian, OKT2 telah melakukan satu kesalahan serius berkaitan dadah. Kepentingan Awam [25] Merujuk kes PP V. GUNASEKARAN A/L ARJUNAN & ANOR [2006] CLJU 70; [2006] 5 MLJ 527 yang memutuskan bahawa; "The Courts of justice are not market place. The word discount in relation to sentences, upon a plea of guilty, should not be used indiscriminately; as it gives the impression that the accused can 'bargain' over his sentence, as one bargains over a price at a market place. The threat on inconvenience to the court by the prolonged trial and expense, in the event the court does not accede to pass a particular sentence or a lesser sentence than the maximum, upon a pleas of guilty, should never prevail. The appropriate sentence in every case, the peculiar facts of the case, after taking into consideration public interest, as paramount, at all times, bearing in mind current needs and demand of state, society, and individuals for realistic punishment and rehabilitation of offenders who have no respect for the law or human life?” [penekanan ditambah] [26] Jelaslah di sini hukuman adalah budi bicara mahkamah dan ianya tidak seharusnya menjadi sesuatu yang perlu memuaskan hati OKT2. [27] Mahkamah mengambil pendekatan bahawa kepentingan awam harus diutamakan berbanding kepentingan OKT2. Kes R v BALL [1951] 35 CR APP 164 dan PP v LOW CHOON FATT [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256 adalah dirujuk. [28] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes IWAN BUJANG DARA & LAIN v PENDAKWA RAYA [2017] CLJU 285; [2017] 3 MLJ 630 yang telah menyatakan; "But the court is not only concerned with the plea in mitigation in passing sentence. No matter how strong the plea in mitigation is in favour of a lenient sentence, the court's overriding consideration has always been and will always be the public interest.". [penekanan ditambah] [29] Mahkamah mengambil pendekatan kepentingan awam harus diutamakan dan didahulukan menandingi kepentingan OKT2. Hukuman yang dikenakan ini bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman negara bahkan memelihara dan melindungi kepentingan mereka melalui undang-undang. Hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran [30] Merujuk kepada kes ONG LAI KIM & ORS v PP [1991] 3 CLJ (REP) 376; [1991] 2 CLJ 1568 di mana YA Zakaria Yatim H (pada ketika itu) menyatakan antara lain seperti berikut; "The punishment must not only deter the appellants from committing a similar offence in the future but it must also deter others from committing such an offence. The punishment inflicted for grave offences including the crime of rape should adequately reflect the revulsion felt by the great majority of society. See JC Smith & B Hogan Criminal Law (5th Ed) at p 6. In this case therefore the punishment has to be sufficiently harsh and proportionate to the harm done, otherwise society will feel that the punishment is manifestly inadequate. The punishment must also reflect public disapproval of the crime committed by the appellants." [penekanan ditambah] [31] Mahkamah mendapati hukuman berat patut dikenakan ke atas OKT2 agar dapat mencegah serta menginsafkan beliau dan masyarakat di luar sana agar tidak terlibat atau melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. [32] Hukuman yang dijatuhkan kepada OKT2 bukan sahaja sebagai pengajaran kepada beliau bahkan secara tidak langsung kepada masyarakat di luar sana yang mana jelas menunjukkan Mahkamah memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan terutamanya yang melibatkan penyalahgunaan dadah Hukuman dari tarikh tangkap [31] Merujuk seksyen 282(d) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan: "(d) every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which it was passed unless the Court passing the sentence otherwise directs." [32] Merujuk kes TUAN MAT TUAN LONIK V. PP [2009] 4 CLJ 638 Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: "Under s. 282(d) of the Criminal Procedure Code it is provided that 'every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which the same was passed unless the court passing such sentence otherwise directs'. The Criminal Procedure Code thus empowers the judge with the necessary discretion when a sentence should begin. Apart from the statutory provision, a rule has evolved whereby when the offences piled against an accused person are distinct offences, let alone that they do not emanate from the same transaction, the imprisonment sentences will invariably run consecutively. The purpose of it to run consecutively here is to discourage the type of criminal conduct, reflect the overall seriousness of the behavior, and the need to protect females..." [penekanan ditambah] [32] Mahkamah berpendapat pemakaian seksyen 282(d) KPJ adalah budibicara untuk menetapkan bilakah tarikh kuatkuasa sesuatu hukuman penjara itu dan ianya tidak semestinya bermula pada tarikh hukuman dijatuhkan. [33] Peruntukan ini dilihat memberikan peluang kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara dari tarikh tangkap kepada OKT2 setelah mempertimbangkan keseluruhan faktor mitigasi, pemberatan dan kepentingan awam. Kesimpulan [35] Berdasarkan kepada alasan-alasan diatas Mahkamah ini memutuskan hukuman 15 bulan penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 28.2.2025 ke atas OKT2. Bertarikh: 26 Julai 2025 (SALWA ASMARY BINTI ABDUL RAHIM) Majistret Mahkamah Majistret Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tarikh Keputusan: 14 Julai 2025 KAUNSEL: Bagi pihak pendakwaan - TPR Amirah Nabihah Bagi pihak tertuduh - Mukhsin (YBGK) Kes-kes yang dirujuk: Bachik Bin Abdul Rahman v Pendakwa Raya [2004] 2 CLJ 572; [2004] 2 MLJ 534; Iwan Bujang Dara & Lain v Pendakwa Raya [2017] CLJU 285; [2017] 3 MLJ 630; R v Ball [1951] 35 Cr App 164; Mohd Sulaiman Bin Miskon v Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222; Ong Lai Kim & Ors v. PP [1991] 3 CLJ (REP) 376; [1991] 2 CLJ 1568; PP v Low Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256; PP v Gunasekaran a/l Arjunan & Lain [2006] CLJU 70; [2006] 5 MLJ 527; dan Tuan Mat Tuan Lonik v PP [2009] 4 CLJ 638. Perundangan yang dirujuk: Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, s. 12(2); Kanun Prosedur Jenayah, s. 282(d); dan Kanun Keseksaan, s. 34.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.