Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A53KJ-442-06/2023
DA-A53KJ-442-06/2023
Sessions Court of Malaysia2 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A53KJ-442-06/2023
1
MUHAMMAD SYAZWAN HAKIM
2
AHMAD ALIF BIN HASROL MIZAN (Seorang kanak-kanak di bawah umur yang menuntut melalui Ibu dan sahabat wakilnya yang sah, Roslina Binti
3
ROSLINA BINTI GHAZALI ... PLAINTIF
2
ANUAR BIN ABDULLAH ... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif 1: Muhammad Syazwan Hakim bin Khairul Azmi (penunggang motorsikal). Plaintif 2: Ahmad Alif bin Hasrol Mizan (Seorang kanak-kanak di bawah umur yang menuntut melalui Ibu dan sahabat wakilnya yang sah, Roslina binti Ghazali) (pembonceng motorsikal) Plaintif 3: Roslina binti Ghazali.
2
Defendan 1: Rohana binti Ibrahim (pemandu motorkar). Defendan 2: Anuar bin Abdullah (pemilik motorkar).
3
Pada 18/5/2018 jam lebih kurang 6.00 petang satu kemalangan telah berlaku antara Plaintif 1 yang menunggang motorsikal no. JRQ 312 dan Plaintif 2 sebagai pembonceng dengan Defendan 1 yang memandu motorkar no. CBF 610 yang dimiliki oleh Defendan 2 di Jalan Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.
4
Seramai 5 orang saksi Plaintif telah memberikan keterangan seperti yang berikut:
a
SP1 (Penolong Pegawai Penyiasat);
b
SP2 (Plaintif 2);
c
SP3 (Bapa Plaintif 2);
d
SP4 (Plaintif 1); dan
e
SP5 (Mak saudara Plaintif 1 dan 2).
5
Berdasarkan keterangan SP1 dan SP4, pihak Plaintif telah berhujah bahawa kemalangan berlaku akibat kecuaian Defendan 1 yang telah berhenti sebelum terus membelok ke kiri dan telah masuk ke laluan Plaintif 1 dan 2. Plaintif 1 cuba mengelak ke kanan tetapi telah terlanggar bahagian tengah pintu dan belakang sebelah kanan motorkar yang dipandu oleh Defendan 1.
6
Oleh itu pihak Plaintif berhujah bahawa kemalangan ini disebabkan oleh 100% kecuaian pihak Defendan.
7
Pihak Defendan telah memfailkan tuntutan balas terhadap Plaintif 1 dan 2 seperti yang berikut:
a
Pihak Defendan menuntut balas sumbangan Plaintif 1 dan 2 untuk ganti rugi am dan khas akibat kemalangan tersebut; dan
b
Pihak Defendan menuntut ganti rugi dan/atau sumbangan daripada Plaintif 1 terhadap ganti rugi yang dituntut oleh Plaintif 2 supaya ditolak terus (set off) daripada jumlah ganti rugi yang harus dibayar kepada Plaintif 2.
8
Pihak Defendan tidak mengemukakan saksi. Defendan 1 tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan.
9
Pihak Defendan telah berhujah bahawa keterangan Plaintif 1 dan keterangan Plaintif 2 adalah bertentangan dan berbeza.
10
Pihak Defendan selanjutnya berhujah bahawa Plaintif 1 telah menunggang motorsikal di bawah umur, secara berbahaya dengan tidak mengikuti motorkar yang dipandu oleh Defendan 1 dengan penjarakan yang selamat.
11
Pihak Defendan juga berhujah bahawa Plaintif 1 dan 2 telah gagal membuktikan kes kecuaian ini terhadap pihak Defendan di atas imbangan kebarangkalian.
12
Oleh itu pihak Defendan seterusnya berhujah bahawa tuntutan pihak Plaintif hendaklah ditolak dengan kos.
13
Isu-isu yang ditimbulkan adalah seperti berikut:
a
Sama ada pihak Plaintif telah membuktikan kecuaian Defendan dalam kemalangan tersebut;
b
Sekiranya Defendan didapati cuai yang menyebabkan kemalangan tersebut, sama ada pihak Defendan bertanggungan 100% atau terdapat sumbang cuai di pihak
c
Jumlah ganti rugi am dan khas yang sesuai dan wajar; dan
d
Sama ada Defendan telah membuktikan tuntutan balas atau tolakan seperti yang dituntut dalam Tuntutan Balas. E.
14
Prinsip undang-undang yang diguna pakai adalah seperti yang berikut:
a
Beban pembuktian (burden of proof) di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950;
b
Res ipsa loquitur;
c
Imbangan kebarangkalian (balance of probability);
d
Liabiliti; dan
e
Ganti rugi. F.
15
Penemuan Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
a
Beban pembuktian (burden of proof) Mahkamah mendapati pihak Plaintif berjaya membuktikan kecuaian atau tuntutan terhadap Defendan.
b
Res ipsa loquitur Mahkamah mendapati bahawa gambar kerosakan motorkar yang dipandu oleh SD1 konsisten atau tidak bercanggah dengan keterangan SP2 dan SP4 dan laporan polis yang dibuat oleh SP2.
c
Imbangan kebarangkalian (balance of probability) Mahkamah mendapati bahawa atas imbangan kebarangkalian versi keterangan Plaintif adalah lebih dipercayai kerana Defendan tidak memberi keterangan.
d
Liabiliti Mahkamah mendapati bahawa Defendan 100% bertanggungan. Plaintif 1 tiada sumbang cuai.
16
Keputusan Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
a
Berdasarkan keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan tidak memberikan keterangan, eksibit yang dikemukakan serta hujahan bertulis dan ikatan autoriti yang dikemukakan oleh pihak-pihak, atas imbangan kebarangkalian (balance of probability), keputusan Mahkamah adalah seperti yang berikut: LIABILITI Plaintif Pertama: 0% Plaintif Kedua: 0% Defendan: 100% Jumlah Keseluruhan Ganti Rugi Plaintif Pertama: RM70,050.00 [RM68,000.00 (Ganti Rugi Am) + RM2,050.00 (Ganti Rugi Khas)] Jumlah Keseluruhan Ganti Rugi Plaintif Kedua: RM223,530.00 [RM165,000.00 (Ganti Rugi Am) + RM58,530.00 (Ganti Rugi Khas)] Tuntutan Plaintif Pertama dan Kedua dibenarkan dengan kos mengikut skala dan faedah 5% setahun untuk ganti rugi am dari tarikh serahan saman hingga tarikh penghakiman dan faedah 2.5% setahun bagi ganti rugi khas dari tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman. Tuntutan Balas dan Tolakan Defendan ditolak dengan kos mengikut skala. G.
17
Beban pembuktian (burden of proof)
a
Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2 serta gambar kerosakan kenderaan yang terlibat, pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kecuaian Defendan 1 kerana tidak berhati-hati apabila hendak masuk ke simpang dan tidak memberi perhatian kepada kenderaan yang berada di jalan utama.
b
Defendan 1 tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan.
18
Imbangan kebarangkalian (balance of probability)
a
Mahkamah mendapati bahawa atas imbangan kebarangkalian hanya terdapat versi keterangan Plaintif 1 dan 2 sahaja. Defendan tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan.
b
Keterangan SP2 adalah konsisten dengan laporan polis yang dibuat oleh SP2.
c
Keterangan SP4 menyokong keterangan SP4.
19
Res ipsa loquitur
a
Gambar kerosakan motorkar yang dipandu oleh Defendan 1 adalah pada bahagian tengah pintu dan belakang sebelah kanan motorkar.
b
Ini konsisten dengan keterangan SP2 dan laporan polis oleh SP2 serta keterangan SP4.
20
Liabiliti
a
Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan telah bertanggungan 100% terhadap kemalangan ini kerana Defendan tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan.
21
Ganti Rugi
a
Berdasarkan hujahan bertulis dan ikatan autoriti yang dikemukakan oleh pihak-pihak serta berpandukan Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018, Mahkamah ini membuat keputusan ganti rugi seperti yang berikut:
a
Loss of consciousness + retrograde amnesia Plaintif berhujah: RM50,000; Case law: RM20,000-RM40,000 Defendan berhujah: RM25,000; Case law: RM25,000-RM40,000 Compendium: Loss of conciousness: RM6,000 Memory impairment: RM24,000-RM55,000 50,000 Ganti Rugi Am Intellectual impairment: RM60,000-RM180,000 Mild personality or behavioural changes: RM24,500-RM48,500 Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif.
b
Superficial laceration wound (below nose 2.5 x 0.5 cm)
c
Superficial laceration wound (at neck 5 x 1 cm) Plaintif berhujah: RM10,000 Defendan berhujah: RM5,000; Case law: RM3,000 Compendium: Lacerations (single to multiple): RM2,500-RM9,500 Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan 5,000
d
Multiple abrasion wounds at left knee
e
Multiple abrasion wounds at left foot 5,000 Ganti Rugi Am Plaintif berhujah: RM3,000 setiap abrasion (RM3,000 x 2 abrasions = RM6,000) Defendan berhujah: Dikira bersekali RM5,000 (2 abrasions) Compendium: Abrasions (single to multiple): RM1,300-RM5,000 Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan
f
Soft tissue injury Plaintif berhujah: Setuju dengan hujahan Defendan RM3,000 Defendan berhujah: RM3,000 Compendium: RM3,000-RM5,000 Mahkamah: Pihak Plaintif bersetuju dengan hujahan Defendan 3,000
g
Multiple scars (neck & left elbow) 5,000 Ganti Rugi Am Plaintif berhujah: RM8,000; Case law: RM18,000 Defendan berhujah: RM5,000; Case law: RM8,000 (multiple scars) Compendium: Minor scarring to arm: RM2,200- RM3,800 Extensive scarring to arm: RM12,000-RM24,000 Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan Jumlah Kecil 68,000 Ganti Rugi Khas a) Carian JPJ Plaintif berhujah: Dipersetujui Defendan berhujah: Bersetuju Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak 10 b) Laporan Perubatan Hospital Tumpat Plaintif berhujah: Dipersetujui Defendan berhujah: Bersetuju Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak 40 c) Kos perjalanan ulang-alik daripada hospital ke rumah dan sebaliknya oleh keluarga Plaintif Pertama semasa berada di hospital Plaintif berhujah: RM50 sehari x 3 hari = RM150. Mohon mahkamah ambil judicial notice. Defendan berhujah: Tidak dibuktikan 0 Ganti Rugi Khas Mahkamah: Tidak dibuktikan. Tidak dapat mengambil judicial notice kerana tiada keterangan ahli keluarga Plaintif 1 telah pergi ke hospital. d) Kos perjalanan bagi Plaintif Pertama untuk menerima rawatan susulan di hospital dan/atau klinik dan masih berterusan Plaintif berhujah: Tarik balik Defendan berhujah: Mahkamah: Plaintif tarik balik tuntutan kos ini. 0 e) Perbelanjaan penambahan makanan berkhasiat Plaintif berhujah: Tarik balik Defendan berhujah: Mahkamah: Plaintif tarik balik tuntutan kos ini. 0 Ganti Rugi Khas f) Kerosakan pakaian dan kehilangan barang-barang persendirian Plaintif berhujah: Tarik balik Defendan berhujah: Mahkamah: Plaintif tarik balik tuntutan kos ini. 0 g) Perbelanjaan perubatan untuk rawatan di hospital/atau klinik untuk rawatan susulan dan masih berterusan. Plaintif berhujah: Tarik balik Defendan berhujah: Mahkamah: Plaintif tarik balik tuntutan kos ini. 0 h) Kos membeli dokumen (tidak termasuk laporan pakar) Plaintif berhujah: Tarik balik 0 Ganti Rugi Khas Defendan berhujah: Mahkamah: Plaintif tarik balik tuntutan kos ini. i) Kos rawatan tradisional Plaintif berhujah: Tarik balik Defendan berhujah: Mahkamah: Plaintif tarik balik tuntutan kos ini. 0 j) Kos mendapatkan laporan pakar Neurosurgeri Plaintif berhujah: Dipersetujui Defendan berhujah: Setuju Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak 2,000 k) Kos rawatan perubatan/pembedahan masa hadapan (akan ditaksirkan) Plaintif berhujah: Tarik balik 0 Ganti Rugi Khas Defendan berhujah: Mahkamah: Plaintif tarik balik tuntutan kos ini. Jumlah Kecil 2,050
a
Closed fracture distal end of left radius physis injury (Salter Harris type 2) Plaintif berhujah: RM25,000; Case law: RM20,000-RM25,000 20,000 Ganti Rugi Am Defendan berhujah: RM15,000 Compendium: RM12,000-RM30,000 Mahkamah: RM20,000 adalah lebih sesuai
b
Non-union fracture left ulna styloid Plaintif berhujah: RM20,000; Case law: RM18,000-RM20,000 Defendan berhujah: RM15,000 Compendium: RM9,500-RM27,500 Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan 15,000
c
United fracture proximal third of left femur with impending compartment syndrome - 1 cm left lower limb lengthening and limping gait - Open reduction and plating Plaintif berhujah: Case law: RM45,000-RM50,000 Defendan berhujah: RM30,000 40,000 Ganti Rugi Am Compendium: Femur with shortening (RM21,500- RM48,500) Mahkamah: RM40,000 adalah lebih sesuai
d
compartment syndrome Plaintif berhujah: Case law: RM20,000 Defendan berhujah: Tidak berhujah Compendium: - Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif 20,000
e
United fracture midshaft of left tibia with impending compartment syndrome – external fixation Plaintif berhujah: Setuju dengan hujahan Defendan RM25,000 Defendan berhujah: RM25,000 Compendium: RM3,000-RM5,000 25,000 Ganti Rugi Am Mahkamah: Pihak-pihak bersetuju compartment syndrome Plaintif berhujah: Case law: RM20,000 Defendan berhujah: Tidak berhujah. Compendium: - Mahkamah: Setuju dengan hujahan Plaintif 20,000
f
Extensive unsightly hypertrophic scar over left thigh & left leg - 29 x 3 cm; - 26 x 4 cm; - 2 x 2 cm raised scar over left shoulder; - healed 4 pins sites scars over left leg. Plaintif berhujah: Case law: RM5,000-RM20,000 (7-15 scars) 15,000 Ganti Rugi Am Defendan berhujah: RM15,000; Case law: RM8,000 (multiple scars) Compendium: Minor scarring to leg: RM1,300- RM3,300 Extensive scarring to leg: RM9,500-RM18,000 Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif dan
g
Musclew wasting Plaintif berhujah: Case law: RM5,000-RM25,000 Defendan berhujah: Tidak berhujah Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif 5,000
h
Abrasion wound over left face
i
Abrasion wound over left shoulder
j
Abrasion wound over left knee Plaintif berhujah: RM8,000 5,000 Ganti Rugi Am Defendan berhujah: RM5,000; Case law: RM3,000-RM5,000 Compendium: Abrasions (single to multiple): RM1,300-RM5,000 Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Defendan Jumlah Kecil 165,000 Ganti Rugi Khas a) Laporan Perubatan HRPZ II 40 Ganti Rugi Khas Plaintif berhujah: Dipersetujui RM40 Defendan berhujah: Bersetuju Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak b) Kos perjalanan ulang-alik daripada hospital ke rumah dan sebaliknya oleh keluarga Plaintif Kedua semasa berada di hospital Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan. 0 c) Kos perjalanan bagi Plaintif Kedua untuk menerima rawatan susulan di hospital dan/atau klinik dan masih berterusan Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 Ganti Rugi Khas d) Perbelanjaan penambahan makanan berkhasiat Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 e) Kerosakan pakaian dan kehilangan barang-barang persendirian Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 f) Perbelanjaan perubatan untuk rawatan di hospital/atau klinik untuk rawatan susulan dan masih berterusan. Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan 0 Ganti Rugi Khas Mahkamah: Tidak dibuktikan g) Kos membeli dokumen (tidak termasuk laporan pakar) Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 h) Kos mendapatkan laporan pakar Ortopedik Plaintif berhujah: Dipersetujui Defendan berhujah: Bersetuju Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak 900 i) Kos “6 monthly follow up & review by ortopaedic specialist until skeletal maturity at 18 years old” 3,000 Ganti Rugi Khas (dari tarikh kemalangan hingga berumur 18 tahun) RM250-RM350/sesi x 12 kali sesi Plaintif berhujah: RM250 x 12 sesi Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif untuk RM250 x 12 sesi j) Kos Fisioterapi (RM80-RM100 untuk 2 kali seminggu selama 6 bulan) Plaintif berhujah: RM80 x 16 minggu Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Bersetuju dengan hujahan Plaintif untuk RM80 x 16 minggu 1,280 k) Kos mendapatkan sebut harga “shoe raise” Plaintif berhujah: Dipersetujui Defendan berhujah: Bersetuju 3,000 Ganti Rugi Khas Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak l) Kos “Double rocker shoe raise and Schein actiflex for daily use over the next 61 years” Plaintif berhujah: Setuju dengan hujahan Defendan RM48,800 Defendan berhujah: RM48,800 Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak 48,800 m) Kos membeli “Shoe Raise” & sepasang kasut Germany Actiflex Comfort Shoes” Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 Ganti Rugi Khas n) Kos mendapatkan laporan pakar Plastic Surgery Plaintif berhujah: Dipersetujui Defendan berhujah: Bersetuju Mahkamah: Dipersetujui oleh pihak-pihak 1,510 o) Kos “improve scar revision” Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 p) Kos “Fractional CO Laser” Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 Ganti Rugi Khas q) Kos rawatan tradisional Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 r) Kos rawatan perubatan/pembedahan masa hadapan (akan ditaksirkan) Plaintif berhujah: Tidak berhujah Defendan berhujah: Tidak dibuktikan Mahkamah: Tidak dibuktikan 0 Jumlah Kecil 58,530 JUMLAH KESELURUHAN Plaintif 1 Jumlah Kecil Ganti Rugi Am RM68,000 + Jumlah Kecil Ganti Rugi Khas RM2,050 = RM70,050 JUMLAH KESELURUHAN Plaintif 2 Jumlah Kecil Ganti Rugi Am RM165,000 + Jumlah Kecil Ganti Rugi Khas RM58,530 = RM223,530
22
Mahkamah ini menolak tuntutan balas dan tolakan kerana tidak dibuktikan dan Defendan tidak hadir untuk memberi keterangan. Bertarikh 15 Julai 2025. .................................................................... (AMIR AFFENDY BIN HAMZAH) Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan Peguam Plaintif: Encik Yusriman bin Yusof (Tetuan Yusriman & Co.) Peguam Defendan: Puan Zaimah Binti Hussin (bersama Encik Chin Teik Ming) (Tetuan Zaid Ibrahim & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.