Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) RAYUAN SIVIL NO.: BA-11B-20-11/2022 _________________________________________________________
BA-11B-20-11/2022
High Court of Malaysia3 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) RAYUAN SIVIL NO.: BA-11B-20-11/2022 _________________________________________________________
1
MUHD SYAFIQ BIN ROSLAN [NO. KAD PENGENALAN : 860625-10-5277]
2
SUHANA HANI BINTI BASTANI [NO. KAD PENGENALAN : 830423-10-5182] ..... PERAYU
1
ZUL HANAFI ANAK REIMY [NO. KAD PENGENALAN : 000428-10-1823] (c/o TETUAN P.S. SOHANPAL & SIDHU No. 15A, Jalan Seri Sarawak 20B Taman Sri Andalas, 42100 Klang
2
SITI NURUL HASANAN BINTI MAD KAMAL ..... RESPONDEN-RESPONDEN Dalam Mahkamah Majistret di Shah Alam Dalam Negeri Selangor, Malaysia
1
Zul Hanafi Anak Reimy [No. Kad Pengenalan : 000428-10-1823] (C/O Tetuan P.S. Sohanpal & Sidhu No. 15A, Jalan Seri Sarawak 20B Taman Sri Andalas, 42100 Klang Selangor Darul Ehsan) ..... Plaintif 2
1
Muhd Syafiq Bin Roslan [No. Kad Pengenalan : 860625-10-5277]
2
Suhana Hani Binti Bastani [No. Kad Pengenalan : 830423-10-5182] ..... Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN Latar belakang 1. Mahkamah Majistret dalam kes kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan ini menaksirkan gantirugi-gantirugi am sejumlah RM45,000.00 dan gantirugi khas sejumlah RM45.00 dan menghakimi liabiliti ialah 80% terhadap Defendan-Defendan dan 20% terhadap Plaintif. Tiada liabiliti yang diperintahkan oleh Majistret terhadap Pihak Ketiga.
2
Defendan-Defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret berkaitan dengan liabiliti sahaja dan memasukkan Plaintif dan juga Pihak Ketiga sebagai Responden Pertama dan Responden Kedua.
3
Pada 3hb Ogos 2023 Mahkamah ini membenarkan sebahagian rayuan liabiliti dan perintahkan bahawa:
1
Bahagian rayuan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan terhadap Responden Kedua/Pihak Ketiga mengenai liabilitii dibenarkan; 3
2
Responden Kedua/Pihak Ketiga hendaklah menanggung liabilitii 30% dalam kemalangan tersebut;
3
Akibat dari keputusan Mahkamah Tinggi dalam rayuan ini, Perayu-Perayu/Defendan-Defendan bertanggungjawab 50% dan Responden Kedua/Pihak Ketiga bertanggungjawab 30% untuk membayar gantirugi-gantirugi yang diawadkan kepada Responden Pertama /Plaintif;
4
Bahagian rayuan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan terhadap RespondenPertama/Plaintif ditolak;
5
Perayu-Perayu/Defendan-Defendan hendaklah bayar kos rayuan sejumlah RM3,000 kepada Responden Pertama/Plaintif, tertakluk kepada alokatur; dan
6
Responden Kedua/Pihak Ketiga hendaklah bayar kos RM3,000 kepada Perayu-Perayu/Defendan-Defendan, tertakluk kepada alokatur.
4
Memandangkan bahawa jumlah gantirugi yang Responden Kedua/Pihak Ketiga diperintahkan untuk menyumbang hanya lebih kurang RM15,000 (iaitu 30% dalam RM45,045) sahaja, Responden Kedua/Pihak Ketiga telah memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk kebenaran untuk memfailkan rayaun.
5
Melalui surat Pendafatran Mahkamah Rayuan, Mahkamah ini dikehendaki untuk memyediakan Alasan Penghakiman. 4 Prinsip undang-undang 6. Prinsip undang-undang mengenai rayuan terhadap keputusan mahkamah selepas perbicaraan penuh ialah Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengusik atau mengubah keputusan fakta mahkamah rendah kecuali jika mahkamah rendah melakukan kesilapan prinsip undang-undang (“erred in principle”) atau keputusan faktanya adalah jelaslah salah (“plainly wrong”). Analisa oleh Mahkamah ini 7. Dalam kes ini, Responden Kedua/Pihak Ketiga tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan pada masa perbicaraan penuh.
8
Oleh yang demikian, dari segi prinsip undang-undang, anggapan buruk (“adverse inference”) akan dibuat terhadap kegagalan atau keengganan untuk memberi keterangan. Tambahan pula, apa-apa versi keterangan yang diberi oleh saksi-saksi lain terhadap Responden Kedua/Pihak Ketiga akan disifatkan sebagai telah diakui oleh Responden Kedua/Pihak Ketiga.
9
Dalam keterangan Plaintif, beliau nyatakan bahawa semasa keadaan trafik yang sibuk, Pihak Ketiga memberek kereta dengan mengejut dan menyebabkan Defendan pun berek keretanya dan menyusur ke kiri, dan mengakibatkan kereta Defendan melanggar belakang kereta Pihak Ketiga dan juga motosikal Plaintif melanggar belakang kereta Defendan.
10
Versi Plantif mengenai bagaimana kemalangan berlaku ini telah diterima oleh Majistret yang medengar keterangan dan melihat 5 saksi-saksi dalam perbicaraan penuh.
11
Dalam dapatan fakta mengenai bagaimana kemalangan berlaku ini, Majistret tidak terkhilaf dari segi prinsip dan juga tidak jelasnya salah (“the Magistrate Court did not err in principle and the Sessions Court’s findings of fact and factual decision on liability issues are not plainly wrong”).
12
Oleh itu, tiada alasan yang mencukupi bahawa Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan ini untuk campur tangan dalam keputusan fakta Majistret dalam menerima versi bagaimana berlakunya kemalangan ini.
13
Oleh kerana Pihak Ketiga tidak hadir Mahkamah pada perbicaraan penuh untuk memberi penjelasan mengapa beliau memberek keretanya secara mengejut dalam keadaan trafik sibuk, versi kemalangan yang berlaku begini juga membuktikan sumbangan kecuaian Pihak Ketiga dalam menyebabkan kemalangan tersebut. Ini adalah kerana memberek kereta secara mengejut tanpa penjelasan yang wajar adalah pemecahan tugas berhati-hati (“breach of duty of care”) dalam memandu kereta di kawasan bandar dalam keadaan trafik yang sibuk. Perbuatan memberek kereta dengan mengejut tanpa penjelasan yang wajar adalah menumbang cuai dalam menyebabkan kemalangan jalanraya yang melibatkan 3 buah kenderaan ini.
14
Oleh itu, Majistret terkhilaf dari segi prinsip undang-undang dan/atau telah gagal memahami keterangan-keterangan dalam keputusan bahawa Pihak Ketiga yang memberek keretanya tanpa 6 memberi apa-apa alasan adalah langsung tidak menyumbang cuai.
15
Dalam perhitungan dan analisa Mahkamah Tinggi, Pihak Ketiga yang memberek keretanya secara mengejut dalam keadaan trafik sibuk di kawasan bandar dan tanpa memberi alasan yang wajar bagi memberek secara mengejut itu harus bertanggungjawab 30% sumbang cuai dalam menyebabkan kemalangan jalanraya ini yang melibatkan tiga (3) kenderaan.
16
Dalam rayuan ini, Mahkamah Tinggi dapati bahawa dalam keputusan Mahkamah Majistret yang mendapati Plaintif yang mengikut terlalu dekat di belakang kereta Defendan adalah 20% sumbang cuai itu, Majistret tidak melakukan kesilapan prinsip undang-undang dan juga dapatan-dapatan dan keputusan fakta yang Mahkamah Majistret buat itu tidak terkhilaf dari segi prinsip dan juga tidak jelasnya salah (the Magistrate Court did not err in principle and the Sessions Court’s findings of fact and factual decision on liability issues are not plainly wrong”). Oleh itu, Mahkamah kekalkan keputusan Mahkamah Majistret mengenai 20% sumbang liabiliti terhadap Plaintif. Kesimpulan 17. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menghakimi bahawa kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan ini disebabkan oleh sumbang cuai ketiga-tiga pemandu, iaitu Defendan 50%, Plaintif 20% and Pihak Ketiga 30%.
18
Justeru, Mahkamah membenarkan dengan kos bahagian rayuan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan terhadap Responden 7 Kedua/Pihak Ketiga mengenai liabilitii dan menolak dengan kos bahagian rayuan Defedan-Defendan terhadap Plaintif. Dated : 6th Oktober 2023 Signed ….............................................................. TEE GEOK HOCK JUDGE HIGH COURT OF MALAYA AT SHAH ALAM (NCVC 10) Kepada peguamcara-peguamcara yang mewakili pihak-pihak :
1
Peguam Perayu Pertama : Chew Shufei & Rathnadevi Peguam Perayu Kedua Messrs S G Lingam & Co. (Kuala Lumpur)
2
Peguam Perayu Ketiga : Nor Suhaida binti Ibrahim Messrs Naicker & Association (Kuala Lumpur)
2
Peguam Responden : Patwant Singh Sohanpal Messrs P S Sohanpal & Sidhu (Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.