Masa Ana dalam kereta masa berapa lama sebelum sampai ke tempat rumah ini? Tak ingat berapa lama duduk dalam kereta sebab saya rasa tidak larat dan tidak berdaya. Saya tidak tidur tetapi 49 menangis. Dia suruh masuk bilik, dia suruh mandi saya tidak mahu. Selepas itu Ewan cakap dia hendak balik. Saya tidak bagi dia balik tetapi Ewan cakap sekejap saja dia balik nanti dia datang lagi. Selepas Ewan keluar, Fadhil masuk , saya tak ingat Fadhil tanya apa. Fadhil keluar ada kawan dia hok kurus-kurus jaga kat pintu, masa saya hendak keluar dia suruh masuk balik. Saya duduk. Dia kata ho mung la tino yang aku pecah dara. Dia pun suruh saya buka seluar. Dia buat serupa tadi juga dia suruh saya kangkang dia buat masuk kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. Sekejap saja dia buat.” [64] Selepas SP6 dibawa ke tempat kedua di mana SP6 dirogol oleh Faiz sekali lagi dan Fadhil. Di muka surat 577 hingga 578, SP6 berkata: “S: Ana pasti yang masuk adalah kemaluan dia? Sebab saya cam dia pakai topi dia gemuk-gemuk. Masa dia kata, “ho, mung la tino tadi aku buat pecah dara”, macam mana Ana tahu? J: Saya cam suara dia. Saya cam bentuk badan dia gemuk. Dia pakai topi. Masa kejadian pertama pun Faiz pakai topi. Lepas sudah dia pergi, Fadhil pula masuk. Dia pun sama Faiz juga, suruh saya kangkang, dia buat masuk kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. Lama dia buat masuk. Lama dari Faiz. Lepas tu kawan dia yang kurus-kurus yang tidak bagi saya keluar tu pula buat macam Fadhil buat. 50 S: Berapa orang yang buat Ana? J: Semua 8 orang yang rogol saya. S: Ana tidak Nampak siapa? J: Saya tak boleh buka mata. Saya tidak larat rasa hendak mati di situ. S: Lepas daripada tempat kedua yang 8 orang rogol Ana, apa yang telah berlaku kepada Ana? J: Faiz masuk bilik suruh saya mandi. Dia bagi tuala masa mula-mula mandi. Lepas tu saya ambil tuala pergi mandi. Masa itu boleh bangun? Boleh. Lepas itu? J: Halif hendak pergi hantar Mira (SP1) balik ke rumah kakak angkat dia. Saya pun hendak balik juga, Mira suruh Ewan hantar. Saya rasa tidak sedap badan cakap pada Ewan saya hendak mandi, Ewan bawa pergi ke rumah Pak Wa. Sampai dekat rumah Pak Wa, saya tengok bapa saudara Pak Wa, yang buat saya juga ada di situ, saya cam sebab dia pakai rantai. Masa kejadian pertama dia orang yang keberapa merogol Ana? Selepas Faiz rogol. Saya cam sebab masa rogol saya, saya tersentuh tangan dia dan lepas itu saya nampak rantai dia yang dia pakai. Saya tanya Pak Wa siapa. Pak Wa kata itu bapa saudara dia. 51 Lepas Ana buat report, Ana kata ada Inspektor Alina minta baju pakaian Ana, ada atau tidak selepas kejadian, ada atau tidak mana-mana Pegawai Penyiasat meminta Ana hadir ke Balai Polis untuk sesi kawad cam? Ada. Di Balai Polis Pengkalan Chepa.” Keterangan Sokongan [65] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di dalam kes seksual seperti rogol, keterangan sokongan adalah tidak perlu. Namun di dalam kes ini terdapat banyak keterangan sokongan yang melimpah ruah yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya. Mahkamah ini telah menyentuh sebelum ini bahawa keterangan sokongan pertamanya datangnya daripada 2 orang saksi mata di tempat kejadian iaitu Alif (SP2) dan Iwan (SP3) yang mana keterangan mereka adalah konsisten dengan keterangan-keterangan mangsa SP1 dan SP6. [66] Keterangan sokongan kedua ialah proses dan Laporan Kawad Cam yang telah diadakan yang telah disentuh sebelum ini di mana mangsa-mangsa telah berjaya mengecam Tertuduh-Tertuduh yang berkenaan. [67] Keterangan sokongan ketiga datangnya daripada kehadiran air mani Tertuduh Pertama dan Kedua di tempat kejadian yang diperolehi melalui proses DNA. Ini dengan sendiri membuktikan keberadaan mereka di tempat kejadian dan menyokong keterangan mangsa bahawa mereka dirogol oleh Tertuduh-Tertuduh. 52 [68] Keterangan sokongan seterusnya datangnya daripada Doktor-Doktor yang telah memeriksa kedua-dua mangsa SP1 dan SP6. Keterangan SP1 disahkan oleh Doktor Perubatan, SP7 iaitu Doktor yang memeriksa kemaluan SP1 yang telah mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada hymen SP1 di kedudukan jam 3 dan 9, juga "loose area" pada kedudukan jam 12 di mana satu jari boleh dimasukkan dengan mudah dan SP7 juga telah mengesahkan bahawa koyakan itu berlaku di dalam tempoh lebih daripada 72 jam serta koyakan itu boleh disebabkan oleh kemasukan kemaluan lelaki (penis). [Kes Sanusi Mat Karto v. PP [2009] 7 CLJ 236 dirujuk mengenai isu ini]. Laporan perubatan SP1 ("P21") telah disediakan oleh SP7 berhubung pemeriksaan yang dibuat oleh SP7 terhadap SP1 dan juga percakapan Awal Pemeriksaan Pegawai Perubatan ("P20"). SP7 telah memberitahu Mahkamah bahawa sekiranya terdapat kesan koyakan lama pada hymen mangsa, walaupun terdapat kemasukan baru, ada kemungkinan ianya tidak menimbulkan sebarang kesan baru kerana ada kemungkinan saiz kemasukan baru adalah kecil atau sama saiz. [69] Berdasarkan keterangan sokongan daripada SP7 ini, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan SP1 adalah konsisten dengan keterangan Doktor SP7 ini dan sekaligus menyokong dapatan pemeriksaan yang dijalankan terhadap mangsa SP1 bahawa beliau telah dirogol. Malahan SP1 telah mengakui pernah melakukan hubungan seks sebelum kejadian dan meskipun kejadian berlaku di dalam tempoh 72 jam, ia tidak meninggalkan sebarang kesan baru. [70] Berikut adalah sedutan daripada keterangan SP7: 53 “J: Pada 28.5.2014 saya menerima satu kes OSCC melibatkan pesakit Nor Ezatul Amira binti Ahmad Zaki. Saya terima pada 28.5.2014. Saya telah semak rekod. Pemeriksaan pada asasnya pada genitalia. Hasil pemeriksaan terdapat hymenal tear. Terdapat koyakan dara pada pukul 3.00 dan 9.00. Ada loose area di pukul 12.00 termasuk posterior fourchette. Ketika menjalankan pemeriksaan saya bersama seorang staf nurse bertugas dan seorang pegawai polis. Mohon tandakan Borang Percakapan dan Pemeriksaan Awal Pegawai Perubatan. Mahkamah: P20 Terdapat koyakan lama pada hymen penama pada pukul 3, 6, 9. Saya ada tandakan pada diagram. Old tear ini untuk menentukan masa pemeriksaan tidak inflammasi, tanda merah/radang pada hymen tersebut semasa pemeriksaan untuk pesakit ini semasa saya periksa, tiada kesan kemerahan saya simpulkan, koyakan lama. Tidak teruk kerana tiada pendarahan. Loose area posterior fourchette menunjukkan teruk. Penetration berlaku banyak kali. Tiada hymeneral residual.” [71] Bagi mangsa SP6 pula, keterangannya disokong oleh Doktor SP8, iaitu Doktor yang membuat pemeriksaan ke atas kemaluan SP6. SP8 54 telah mengesahkan terdapat kesan lebam pada labia minora kanan dan kiri dan juga kesan kesan lecetan pada bahagian posterior forchette mangsa. Pemeriksaan yang dijalankan oleh SP8 ke atas hymen SP6 mendapati bahawa hanya sisa hymen yang kelihatan. SP8 telah ditanya apakah punca dapatan beliau, SP8 menjelaskan bahawa ianya boleh berlaku apabila terdapat kemasukan objek tumpul berulang-ulang ke dalam kemaluan mangsa. Namun SP8 tidak dapat mengesahkan sama ada kemasukan terjadi pada satu masa ataupun terjadi beberapa kali di dalam tempoh yang panjang, tetapi kemungkinan ia berlaku pada satu masa yang sama tetap ada. [72] SP8 juga turut mengesahkan bahawa koyakan tersebut adalah koyakan lama dan berlaku di dalam tempoh 72 jam, serta koyakan tersebut boleh disebabkan oleh kemaluan lelaki (penis). [73] Mengenai kesan lebam, SP8 mengatakan bahawa ianya terjadi di dalam tempoh 2 hingga 5 jam di dalam tempoh kecederaan. Mengenai kesan luka lecetan, SP8 mengatakan bahawa ia biasanya terjadi di dalam tempoh 2 ke 7 hari selepas berlakunya kecederaan. Laporan Perubatan SP6 yang disediakan oleh SP8 telah ditandakan sebagai P23 oleh Mahkamah bicara. [74] Mahkamah mendapati bahawa bahagian “sejarah” di dalam Laporan Perubatan yang disediakan oleh SP8 adalah konsisten dengan keterangan SP6. [75] Sedutan keterangan SP8 adalah seperti berikut: 55 “J: Pada 25.5.2014 saya bertugas. Saya menerima rujukan kes OSCC daripada kecemasan pesakit bernama Mazni Nazira binti Muhamad. Saya dirujuk untuk melakukan pemeriksaan di bahagian vagina. Saya mengisi Borang Percakapan dan Pemeriksaan Awal. Saya buat pemeriksaan pada vagina, pada posterior perineum terdapat kesan lebam, hematoma labia minora kanan dan kiri dan kesan luka lecetan pada bahagian posterior fourchette. Pemeriksaan hymen mendapati hanya terdapat sisa hymen pada vagina. Biasanya pemeriksaan sebegini akan dibuat apabila terdapat kemasukan objek tumpul yang berulang ke dalam vagina mangsa. Pertama, kesan lebam hematoma biasanya terjadi dalam tempoh 2 hingga 5 hari daripada kecederaan dan kedua luka lecetan biasanya terjadi dalam tempoh 2-7 hari daripada tempoh kecederaan. Bahagian kanan dan kiri labia minora terdapat kesan dan lebam dan di bahagian posterior fourchette terdapat abrasion wounds dan di bahagian hymen hanya sisa hymen kelihatan. Untuk merujuk luar vagina, labia minora dan labia majora. Hematoma boleh terjadi apabila terdapat pendarahan di dalam tisu. Saya tulis di sini luaran minora dan majora yang mana kita nampak kesan bengkak dan lebam. 56 Berdasarkan laporan Doktor, Doktor katakan di muka surat pertama, kemasukan objek tumpul. Adakah objek tumpul yang boleh sebab koyakan? Sebagai contoh seperti jari dan penis. Kes selepas 72 jam kemasukan objek tumpul berulang-ulang. Saya ada dapatkan sejarah daripada mangsa. Saya telah menanyakan mangsa berkenaan butir-butir mangsa, sebab kenapa datang hospital dan apakah kejadian yang telah menimpa mangsa. Saya telah diberitahu mangsa dirogol di sebuah rumah. Dia tidak dapat memberikan lokasi rumah itu, oleh 20-30 orang lelaki dan kejadian telah terjadi pada 20 Mei. Sejarah yang mangsa ceritakan adalah bersesuaian dengan kesan koyakan pada hymen mangsa. Kesan koyakan hanya sisa hymen diakibatkan oleh mangsa dirogol. Saya tidak dapat nyatakan bilangan orang yang terlibat. Hasil pemeriksaan saya, biasanya kemasukan objek tumpul yang berulang-ulang dalam vagina mangsa. Apakah yang menyebabkan bruises labia minora? Boleh disebabkan kemasukan objek tumpul pada vagina mangsa. Abrasion wound juga disebabkan kemasukan objek tumpul pada vagina mangsa. Objek tumpul boleh menyebabkan koyakan.” [76] Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan SP8 yang menyatakan terdapat “peninggalan sisa hymen sahaja” dan objek tumpul yang 57 masuk berulang-ulang di dalam vagina mangsa (SP6) menyokong keterangan SP6 bahawa beliau dirogol secara kekerasan berulang kali oleh ramai perogol. [77] Keterangan sokongan lain ialah Laporan Polis yang dibuat oleh mangsa SP1 iaitu P11 dan Laporan Polis P15 yang dibuat oleh SP6, di mana ianya adalah dokumen bertulis yang diterima bagi menyokong keterangan saksi di bawah Seksyen 157 Akta Keterangan 1950. Udang-udang menganggap apa yang ditulis oleh Pengadu di dalam Laporan Polis adalah benar kerana Pengadu-Pengadu tidak akan bersusah-payah untuk datang ke Balai Polis untuk membuat satu laporan yang akan menjejaskan nama baiknya serta keluarga melainkan perkara itu adalah benar belaka. [78] Sehubungan dengan ini, Mahkamah ingin merujuk kepada "Sarkar on the Law of Evidence", 16th edn, vol. 2, ms. 2844 yang menyatakan: “Statement that she was raped some time or shortly after the crime though not admissible under s. 6 is admissible under s. 157 for corroboration (Md Afzal v. R, A 1950 L 151; Bechu v. R, A 1949 C 613 (not following Chamuddin v. R, A 1936 C 18; Sikandar v. R 41 CWN 641; Taser v. R, 44 CWN 835: Nur Md v. R, 38 CWN 108; S v. Pichika, A 1963 Or 58).” [79] Kelewatan SP1 membuat Laporan Polis telah dijelaskan mangsa-mangsa. SP1 menjelaskan beliau tidak membuat Laporan Polis lebih awal kerana takut setelah menerima mesej ugutan. SP6 menjelaskan 58 kelewatan beliau membuat Laporan Polis adalah juga kerana beliau takut hendak pulang ke rumah setelah kejadian tersebut. [80] Keterangan sokongan seterusnya boleh diperolehi dari fakta kes itu sendiri yang menunjukkan keprobebelan yang tinggi bahawa kejadian ini benar-benar berlaku. [81] Ke arah itu Mahkamah ingin merujuk kepada kes Brabakaran v. Public Prosecutor (1966) 1 MLJ 64 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: “Corroborative evidence is not necessarily restricted to the oral evidence of an independent witness. Corroboration can equally well be afforded by established facts and the logic of established facts sometimes speaks even more eloquently than words. We are of the opinion that if, during the period of her elder sister’s confinement, it was necessary for the girl to remain in her sister’s house in order to help look after her sister’s children, when the appellant’s mother had to go to hospital again and the girl’s services were again called for, it was more than probable that what she said was true and that she, in fact, went to assist her sister’s family during the absence of the appellant’s mother in hospital from April to May.” [82] Apapun, andaikata prosedur kawad cam tidak boleh diterima, Mahkamah masih boleh menerima pengecaman saksi-saksi terhadap Tertuduh-Tertuduh melalui pengecaman mereka di Mahkamah, kerana 59 mereka telah mengecam Tertuduh-Tertuduh ini semasa kejadian rogol berlaku. [83] Di akhir kes Pendakwaan, dengan menggunakan pendekatan yang telah Mahkamah terangkan pada awal Alasan Penghakiman ini dan setelah membuat penganalisaan maksima, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap Tertuduh-Tertuduh dan Tertuduh-Tertuduh dipanggil untuk membela diri. F. KES PEMBELAAN [84] Tertuduh-Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Berikut adalah penganalisaan Mahkamah secara “judicial appreciation of evidence” terhadap keterangan-keterangan mereka. i) Pembelaan Tertuduh Pertama, Muhmed Azroel bin Hassan [85] Di dalam keterangannya, Tertuduh Pertama mengakui telah pergi ke tempat kejadian selepas balik dari kerja dan mengesahkan telah melihat SPI bersama Alif, kawan kepada anak saudara Tertuduh Pertama dan tempat kejadian itu dikatakan tempat Tertuduh Pertama selalu "lepak" bersama kawan-kawannya. Tertuduh Pertama juga telah mengesahkan melihat SP1 sekali lagi apabila SP1 ingin menumpang mandi di rumahnya. 60 [86] Ini dengan sendirinya mengesahkan lagi keterangan mangsa SP1 bahawa beliau telah melihat Tertuduh Pertama pada sebelah petang sebelum kejadian. Ini juga bermakna SP1 mampu mengecam Tertuduh Pertama dengan baik kerana telah melihat Tertuduh Pertama dalam jangka masa yang agak lama (“recognition” bukan “identification” lagi). Tambah-tambah lagi SP1, dengan menggunakan cahaya daripada telefon bimbitnya, telah dapat melihat dan mengecam Tertuduh Pertama, sebagai orang yang telah merogol beliau dan SP6 pada malam kejadian. Ini membuktikan bahawa SP1 telah bercakap benar dan beliau adalah saksi yang kredibel. [87] Di dalam pembelaan penafian merogol mangsa, Tertuduh Pertama menafikan telah pergi semula ke tempat kejadian pada malam tersebut. Sebaliknya Tertuduh Pertama menceritakan bahawa dia bersama Anas Mustaqim (Tertuduh Keempat) telah keluar pergi beriadah iaitu minum air di sebuah kedai di Bandar Melor selepas Maghrib. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa ini adalah penafian semata-mata kerana Tertuduh Pertama tidak pernah mengemukakan pembelaan alibi untuk mengesahkan Tertuduh Pertama tidak berada di tempat kejadian pada waktu kejadian seperti di dalam pertuduhan. [88] Oleh itu Mahkamah bersetuju dengan dapatan fakta HMS seperti berikut: “Oleh yang demikian Mahkamah tidak menerima keterangan Tertuduh pertama yang beliau tidak berada di tempat kejadian, satu keterangan 61 yang berbentuk penafian semata-mata. Ini adalah kerana sewaktu disoal balas oleh pihak pendakwaan, Tertuduh pertama bersetuju bahawa lwan dan Alif berada di tempat kejadian. Melihat kembali kepada keteangan di peringkat pendakwaan, lwan dan Alif telah mengatakan yang sama, iaitu Tertuduh Pertama turut berada di tempat kejadian. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa SP1 juga telah camkan Teftuduh Pertama di Mahkamah dan mengesahkan bahawa Tertuduh Pertama telah merogol beliau di tempat kejadian sebagaimana pertuduhan”. [89] Mengenai pembelaan Tertuduh Pertama bahawa kehadiran air maninya di tempat kejadian adalah disebabkan bahawa dia pernah beronani semasa "lepak-lepak" di tempat kejadian bersama-sama rakan-rakannya, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa ia merupakan penafian Tertuduh yang bersifat "afterthought". Ini adalah kerana sewaktu di peringkat pendakwaan Tertuduh Pertama tidak pernah menimbulkan perkara ini. Keterangan DNA yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah turut menyokong keterangan mangsa-mangsa bahawa Tertuduh Pertama telah merogol mangsa-mangsa (SP1 dan SP6) di tempat kejadian sehingga mengeluarkan air mani. Keterangan ini juga mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa telah memberi keterangan yang benar sekaligus membuktikan mereka adalah saksi-saksi yang kredibel. [90] HMS juga telah membuat dapatan fakta bahawa, Tertuduh Pertama turut mengenali Tertuduh lain. HMS juga berpendapat bahawa pembelaan Tertuduh Pertama telah gagal mencabar keterangan saksi- 62 saksi pendakwaan tetapi memasukkan pembelaan penafian dan “afterthought”. Di muka surat 221 Rekod Rayuan, HMS berkata: “Pihak Pendakwaan merujuk kepada keterangan Tertuduh Pertama yang telah menyatakan di dalam keterangannya bahawa beliau telah mengenali Faiz kerana mereka satu sekolah di Sekolah Menengah Ketereh dan Tertuduh Pertama adalah setahun lebih tua daripada Faiz. Tertuduh Pertama turut mengenali Yusry, Anas, kerana telah berkawan sebelum itu. Kes Shamim Reza bin Abdul Samad v. PP [2009] 2 MLJ yang dirujuk oleh pihak pendakwaan mengenai kegagalan pihak pembelaaan untuk mencabar keterangan di pihak pendakwaan dan pembelaan yang bersifat "afterthought", adalah terpakai di dalam kes ini.” [91] Mahkamah ini mendapati bahawa HMS tidak tersilap di dalam membuat dapatan fakta mengenai pembelaan Tertuduh Pertama ini. Beliau telah meneliti keterangan pembelaan Tertuduh Pertama ini secara teliti dan secara “judicial appreciation of evidence”. Mahkamah berpendapat tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu dapatannya. ii) Pembelaan Tertuduh Kedua, Che Azuan bin Che Hassan [92] Tertuduh Kedua juga turut mengakui berada di tempat kejadian pada malam kejadian dan mengaku telah melihat ramai orang lelaki merogol kedua-dua mangsa. Walaupun Tertuduh Kedua mengatakan dia tidak pasti siapa mereka itu, namun apabila ditanya adakah semua 63 Tertuduh-Tertuduh yang berada di kandang tertuduh ada bersama ketika itu, Tertuduh Kedua telah mengesahkannya. Dari pengakuan Tertuduh Kedua ini sendiri, sekali lagi membuktikan bahawa kedua-dua mangsa telah bercakap benar mengenai kejadian, sekaligus mengesahkan bahawa mereka adalah saksi yang kredibel. [93] Namun Tertuduh Kedua sendiri telah menafikan bahawa dia telah merogol kedua-dua mangsa. Walau bagaimanapun, kedua-dua mangsa telah mengecam Tertuduh Kedua ketika berada di kawad cam dan juga di Mahkamah ketika memberi keterangan sebagai orang yang telah merogol mereka. Penemuan DNA Tertuduh Kedua di tempat kejadian pada ekshibit yang dirampas, telah menguatkan lagi keterangan mangsa-mangsa, SP1 dan SP6 bahawa Tertuduh Kedua telah merogol mereka. Mengenai perkara ini, HMS telah membuat dapatan yang betul apabila mendapati pembelaan Tertuduh Kedua bahawa dia telah melakukan onani di tempat kejadian sehingga kesan DNA air maninya dijumpai di atas item yang dirampas daripada tempat kejadian, adalah merupakan penafian semata-mata dan bersifat "afterthought". Mahkamah mendapati sedemikian kerana Tertuduh Kedua tidak pernah menimbulkan isu melakukan onani ini di peringkat kes pendakwaan. [94] Tertuduh Kedua telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah bahawa Tertuduh Kedua telah melakukan rogol terhadap SP1 dan SP6 dan di dalam melakukan rogol tersebut terdapat kehadiran orang lain di tempat kejadian. 64 iii) Pembelaan Tertuduh Ketiga, Muhamad Adib bin Che Harun [95] Tertuduh Ketiga tidak menafikan bahawa dia berada di tempat kejadian namun telah menafikan merogol SP6 walaupun SP6 telah berjaya mengecamnya ketika kawad cam dan juga di dalam Mahkamah. [96] Mahkamah ini telah meneliti alasan penghakiman HMS dan bersetuju dengan dapatan bahawa keterangan Tertuduh Ketiga juga bersifat penafian semata-mata tanpa keterangan sokongan. Kegagalan Tertuduh Ketiga memanggil kawan-kawannya yang dikatakan "lepak" sehingga pukul 2.00 pagi dan berbuat onani di rumah "Fadhil" melemahkan lagi kes pembelaan walaupun Mahkamah perlu menimbangkannya. Apa-apa keterangan sokongan adalah perlu untuk menyokong penafian Tertuduh bagi tujuan menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa sebaliknya keterangan Tertuduh Ketiga telah menyokong keterangan mangsa, SP6, bahawa ketika kejadian, "Fadhil" juga turut berada di tempat kejadian dan turut merogol mangsa. [97] Mahkamah juga mendapati bahawa tindakan HMS meminda pertuduhan terhadap Tertuduh Ketiga adalah betul. Di muka surat 223 Alasan Penghakiman/Rekod Rayuan HMS telah menyatakan: “Pihak Pendakwaan menyatakan setelah menutup kes pembelaan dan setelah mendengar kesemua keterangan saksi-saksi, pihak 65 pendakwaan telah membuat pindaan secara lisan kepada petuduhan terhadap Tertuduh Ketiga, iaitu dengan meminda kepada pertuduhan di bawah seksyen 376(1) Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman boleh dipenjara selama 20 tahun dan sebatan dan perkataan "dengan kehadiran orang lain" dipotong daripada pertuduhan. Ini adalah selaras dengan keterangan yang dikemukakan, iaitu Tertuduh Ketiga didapati telah merogol SP6 dan ketika itu hanya Tertuduh Ketiga dan SP6 berada di dalam bilik tersebut. Setelah pertuduhan pindaan itu dibacakan, Tertuduh Ketiga masih minta dibicarakan dan pihak Pendakwaan perlu mengambil kira semua keterangan-keterangan sebelum ini bagi pertuduhan pindaan tersebut.” iv) Pembelaan Tertuduh Keempat, Anas Mustaqim bin Zainun [98] Tertuduh Keempat di dalam pembelaannya menyatakan bahawa dia tidak berada di tempat kejadian kerana telah pergi minum air di kedai Melor bersama Tertuduh Pertama selepas Maghrib. Dengan ertikata lain Tertuduh Keempat telah menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan bahawa dia berada di tempat lain, satu bentuk pembelaan yang bersifat alibi. Memandangkan Tertuduh Keempat tidak mengemukakan apa-apa Notis Alibi dan juga pembelaan ini bersifat "afterthought", maka ianya tidak memberi significant kepada pembelaan Tertuduh ini walaupun Mahkamah perlu juga menimbangkannya. Pembelaan Tertuduh Keempat kekal sebagai pembelaan penafian semata-mata. 66 [99] Malahan Tertuduh Keempat telah dicamkan oleh SP1 kerana Tertuduh Keempat merupakan kawan sekolah SP1 di Sekolah Menengah Ketereh dan SP1 juga telah dapat mengenapasti Tertuduh Keempat melalui cahaya telefon yang disuluh ke muka Tertuduh Keempat semasa Tertuduh Keempat merogolnya. v) Pembelaan Tertuduh Kelima, Eris bin Che Azmi [100] Tertuduh Kelima juga menafikan dia berada di tempat kejadian tetapi berada di tempat lain, iaitu pembelaan berbentuk alibi yang Mahkamah mendapati adalah bersifat penafian, memandangkan tiada terdapat apa-apa Notis Alibi dikemukakan di peringkat kes Pendakwaan. Justeru pembelaan ini tidak dapat pertimbangan yang kuat dari kacamata Mahkamah terhadap pembelaan Tertuduh Kelima ini. [101] Malahan Tertuduh Kelima telah dicamkan oleh SP1 sebagai orang pertama yang merogolnya. Tertuduh Kelima di dalam keterangannya mengakui ada pergi ke tempat kejadian namun telah pulang setelah memanggil Alif, setelah diarahkan oleh kawannya yang bernama “Faiz”. Tertuduh Kelima ini juga telah menafikan “Faiz” yang dimaksudkan adalah “Faiz” yang dituduh ie Tertuduh Ketujuh tetapi merupakan “Faiz” yang lain. [102] Ini juga merupakan keterangan “afterthought” kerana tidak ditimbulkan di peringkat kes pendakwaan. Malahan Mahkamah ini bersependapat dengan HMS dan mendapati bahawa apabila pihak pendakwaan meminta Tertuduh Kelima untuk memberikan butiran lanjut mengenai 67 "Faiz" tersebut, Tertuduh Kelima gagal memberikannya. Adalah jelas bahawa ini menunjukkan bahawa cerita tersebut adalah rekaan Tertuduh Kelima semata-mata untuk melindungi rakannya Faiz, Tertuduh Ketujuh yang turut dituduh di dalam kes ini dan dibicarakan bersama. vi) Pembelaan Tertuduh Keenam, Che Muhamad Farhan Isyrif bin Che Mat dan Tertuduh Ketujuh, Mohamad Faiz bin Azahan [103] Mahkamah telah mengambil maklum Notis Alibi di bawah Seksyen 402A(3) dan (4) Kanun Tatacara Jenayah telah dimasukkan oleh Tertuduh-Tertuduh Keenam dan Ketujuh bagi kegunaan pembelaan mereka. Ekoran daripada itu, siasatan telah dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Siti Alina bt Mohd Adil Kutnasingam (SP27) dan beliau telah merakamkan percakapan saksi yang diberikan di dalam Notis Alibi tersebut. SP27, telah menjelaskan bahawa beliau telah merakam percakapan "Pak Da Zani", tukang urut yang didakwa Tertuduh Keenam dan Ketujuh bahawa mereka telah pergi berurut pada malam kejadian. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya bahawa walaupun siasatan dilakukan mengenai dakwaan Tertuduh Keenam dan Ketujuh yang mengatakan mereka tidak berada di tempat kejadian, saksi alibi yang dicadangkan tersebut tidak dapat memastikan bahawa Tertuduh Keenam dan Ketujuh berada di rumahnya kerana tidak menyimpan rekod siapa yang datang berurut di rumahnya sejak 20 tahun menjadi tukang urut. 68 [104] SP27 telah dipanggil semula untuk memberi keterangan "rebuttal". Setelah meneliti alasan penghakiman HMS mengenai pembelaan SP6 dan SP7 ini, Mahkamah mendapati dapatan fakta yang dibuat oleh HMS adalah betul dan tidak wajar Mahkamah ini mengganggu dapatan fakta ini. Berikut adalah alasan HMS di muka surat 253 hingga 254 Rekod Rayuan: “Setelah dipanggil semula SP27 untuk “rebuttal evidence”, Mahkamah mendapati keterangan beliau telah berjaya mematahkan dakwaan Tertuduh Keenam dan Ketujuh bahawa mereka tiada di tempat kejadian pada malam tersebut. Mahkamah mendapati bahawa keterangan Tertuduh Keenam dan Ketujuh juga bersifat fikir semula dan tidak wajar diterima oleh Mahkamah. Di sebaliknya SP27 telah menjelaskan di dalam keterangannya bahawa pertuduhan masih dibuat walaupun di dalam rakaman percakapan, Tertuduh-tertuduh Keenam dan Ketujuh mengatakan mereka berada di tempat lain. Ini menunjukkan dakwaan pihak pembelaan bahawa SP27 langsung tidak menyiasat dakwaan Tertuduh Keenam dan Ketujuh selepas mengambil percakapan mereka di peringkat siasatan awal adalah tidak benar. SP27 telah menyatakan bahawa tiada bukti-bukti yang memihak kepada Tertuduh-Tertuduh kerana bukti-bukti yang ada telah jelas menunjukkan penglibatan Tertuduh-tertuduh Keenam dan Ketujuh di dalam kes rogol ini. Mahkamah mendapati bahawa pembelaan alibi Tertuduh Keenam dan Ketujuh tidak boleh diterima dan wajar ditolak oleh Mahkamah ini dan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap 69 kes Pendakwaan. Pembelaan Tertuduh Keenam dan Ketujuh juga didapati bersifat penafian walaupun pembelaan alibi cuba ditimbulkan. Ini adalah kerana setelah SP27 dipanggil, siasatan SP27 mendedahkan bahawa pembelaan tersebut bersifat penafian kosong dan tidak disokong oleh sebarang bukti dan tiada sesiapa yang boleh mengesahkan bahawa Tertuduh Keenam dan Ketujuh ada di tempat lain, khususnya di rumah “Pak Da Zani” pada malam tersebut dan “Pak Da Zani” juga gagal hadir ke Mahkamah untuk mengesahkan pembelaan alibi tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Duis Akim & Ors v. PP [2014] 1 MLJ yang telah menggariskan prinsip untuk pembelaan Alibi di mana Mahkamah di antara lain telah memutuskan bahawa pembelaan alibi hendaklah dinilai dengan melihat kembali keterangan di dalam keseluruhan kes dan menimbangkan samada alibi yang dibangkitkan itu berkemungkinan benar atau di sebaliknya. Dengan berpandukan kes tersebut Mahkamah mendapati bahawa pembelaan Tertuduh-Tertuduh adalah tidak berasas dan tidak memberikan kesan kepada pertuduhan dan tidak menyokong dakwaan Tertuduh Keenam dan Ketujuh bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian”. [105] Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa jikapun benar Tertuduh Keenam dan Ketujuh pergi ke rumah “Pak Da Zani” pada malam tersebut, keterangan tersebut masih tidak berupaya menimbulkan keraguan yang munasabah dan melepaskan mereka daripada pertuduhan. lni adalah kerana mereka masih berpeluang untuk melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan kerana masa 70 yang diambil untuk ke tempat kejadian ke tempat berurut di Melor adalah setengah jam sahaja dengan menaiki motorsikal. Ini adalah dengan mengambilkira, butir-butir di dalam pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh Keenam dan Ketujuh menyatakan, "pada 20.5.2014, di antara jam 7.30 malam hingga 11.00 malam." [106] Pembelaan Tertuduh Keenam dan Ketujuh adalah lebih kurang pukul 8.00 malam mereka telah pergi ke rumah "Pak Da Zani" untuk berurut. Mengambil kira jarak tempat kejadian dengan tempat yang dikatakan oleh Tertuduh Keenam dan Ketujuh tempat mereka berurut adalah dekat, peluang untuk Tertuduh Keenam dan Ketujuh berada di tempat kejadian dan merogol mangsa-mangsa pada masa di dalam pertuduhan adalah sangat luas. Malahan keterangan SP1 dan SP6 mengesahkan keberadaan Tertuduh Ketujuh ini di tempat kejadian kerana SP6 telah mengesahkan bahawa Tertuduh Ketujuh adalah orang yang pertama merogolnya dan keterangan SP1 telah menyokong keterangan SP6 ini. [107] Malahan SP1 juga telah mengenalpasti Tertuduh Keenam sebagai "Yusry" yang turut merogolnya kerana Tertuduh Keenam adalah rakan sekolah dengan SP1, iaitu di Sekolah Menengah Ketereh. Walaupun Tertuduh Keenam menafikan mengenali SP1, namun bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan bahawa hanya terdapat satu sahaja Sekolah Menengah Ketereh. [108] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa pembelaan Alibi oleh Tertuduh Keenam dan Ketujuh telah dapat dipatahkan oleh 71 pihak Pendakwaan dengan memanggil SP27, yang telah melakukan siasatan dan pembelaan alibi itu yang tidak diterima oleh Mahkamah bicara, menjadikan pembelaan mereka sebagai penafian semata-mata. Seperti penjelasan Mahkamah tadi, Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa ini adalah kerana peluang untuk Tertuduh Keenam dan Ketujuh melakukan kesalahan rogol terhadap mangsa-mangsa pada tarikh dan waktu sepertimana di dalam pertuduhan tetap ada dan gagal dipatahkan dengan pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh-Tertuduh. Penganalisaan Pembelaan Tertuduh-Tertuduh [109] Setelah meneliti keterangan-keterangan pembelaan Tertuduh-Tertuduh, Mahkamah bersetuju dengan Hakim bicara bahawa keterangan Pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh-Tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata yang tidak disokong oleh keterangan sokongan dan gagal menyangkal kes Pendakwaan. Mahkamah ini berpendapat HMS telah berhati-hati dan telah membuat penganalisaan dengan teliti secara “judicial appreciation of evidence” terhadap keseluruhan keterangan. [110] Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa kedua-dua mangsa iaitu SP1 dan SP6 merupakan saksi-saksi yang kredibel, manakala Tertuduh-Tertuduh adalah sebaliknya. Dari segi prinsipnya, jika seseorang saksi itu telah diputuskan sebagai saksi yang tidak kredibel oleh Mahkamah, maka isu keterangan sokongan tidak timbul kerana keterangan sokongan (jika ada) hanya terpakai kepada saksi 72 yang kredibel sahaja. [Lihat kes Sabarudin bin Man vs PP (2005) 4 MLJ 37; Yap Ee Kong vs PP (1981) 1 MLJ 144]. [111] Lebih parah lagi apabila keterangan penafian semata-mata itu sendiri tidak diiktiraf sebagai pembelaan oleh Mahkamah. Di dalam kes Morteza Hosseinkhani Mostafa Lwn. PP & Satu Rayuan Lain [2017] 1 LNS 78 mahkamah telah menjelaskan berkenaan penafian kosong sebagaimana berikut: “Pada pendapat kami, Hakim bicara tidak khilaf apabila mendapati bahawa pembelaan kedua-dua perayu adalah penafian semata-mata. Dalam hubungan ini petikan berikut dalam penghakiman Mahkamah ini dalam kes Mr Losali v. PP [2012] 2 CLJ 178; [2011] 4 MLJ 694 adalah berkaitan: [53] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to take. [54] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in D.A. Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: 73 "The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." [112] Di dalam kes PP v. Ku Lip See [1980] 1 LNS 166; [1981] 1 MLJ 258 Mahkamah memutuskan seperti berikut: “A bare denial should not create a reasonable doubt in the mind of the trial judge.” [113] Mahkamah juga mendapati bahawa pembelaan sesetengah Tertuduh adalah bersifat “atferthought” kerana dikemukakan di peringkat pembelaan buat pertama kali. Di dalam kes Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154; [2008] 1 LNS 547, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case .” (lihat kes Wong Swee Chin v. PP juga). 74 [114] Di akhir kes Pembelaan adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk meneliti keseluruhan keterangan berdasarkan kepada Peruntukan 173 m(ii) Kanun Acara Jenayah. Setelah membuat penelitian dan penganalisaan maksima terhadap segala keterangan-keterangan yang ada dan membandingkan kes Pendakwaan dengan kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim bicara (HMS) tidak terkhilaf apabila di atas penilaian maksima tersebut mendapati Tertuduh/Perayu gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah, dan mendapati Tertuduh-Tertuduh bersalah dan seterusnya mensabitkan Tertuduh-Tertuduh sebagaimana Pertuduhan. [115] Dengan alasan-alasan yang diberikan di atas, Mahkamah mendapati bahawa Hakim bicara adalah betul di dalam keputusannya dan ianya adalah selamat dan tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengganggunya. Justeru itu, rayuan Tertuduh-Tertuduh terhadap sabitan adalah ditolak dan keputusan HMS disahkan. G. RAYUAN TERHADAP HUKUMAN [116] Tertuduh-Tertuduh turut memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh HMS seperti berikut: Tertuduh Pertama Muhmed Azroel bin Hassan