Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: WA-22NCvC-527-08/2024
WA-22NCvC-527-08/2024
High Court of Malaysia16 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: WA-22NCvC-527-08/2024
1
ANTARA MUKHLIS BIN HOMAIDI (No. K/P: 890905-14-5683)
2
MUHAMMAD HELMI BIN MAT ALIB (No. K/P: 870107-29-5005) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini merupakan permohonan Defendan menurut Aturan 18 Kaedah 19(a), (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk membatalkan Writ Terpinda bertarikh 15.10.2024 dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 15.10.2024 oleh Plaintif-plaintif terhadap Defendan (Lampiran 10). 29/08/2025 08:37:53 WA-22NCvC-527-08/2024 Kand. 27 [2] Mahkamah ini telah membenarkan Lampiran 10 tersebut dan berikut adalah alasan-alasan Mahkamah ini atas keputusan tersebut. RINGKASAN KES [3] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua merupakan Pembantu Penguatkuasa KP19, di Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa tindakan Tatatertib diambil oleh Jabatan Intergriti DBKL. [4] Pada 11.04.2023, Jabatan Integriti DBKL telah menghantar surat-surat kepada Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berkenaan “Permohonan Pengesahan Pegawai Kerajaan Yang Dalam Proses Siasatan Pihak Polis” terhadap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua masing-masing. Bahagian Siasatan Jenayah Daerah melalui surat bertarikh 20.04.2023 telah membalas dengan mengesahkan bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah ditangkap, direman dan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. [5] Lanjutan itu, Jabatan Integriti DBKL telah memohon kepada Majistret, Mahkamah Majistret Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur melalui surat-surat bertarikh 19.05.2023 untuk Mahkamah mengemukakan sesalinan laporan yang mengandungi butir-butir berkenaan kes tangkapan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua serta surat-surat Pertuduhan (Laporan-laporan Majistret). Majistret juga melalui surat-surat bertarikh 24.07.2023 telah mengemukakan Status Prosiding Jenayah yang mengesahkan bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan dihukum denda. [6] Seterusnya berdasarkan Laporan-laporan Majistret tersebut, Jabatan Integriti DBKL telah menjalankan proses pengesanan dan pengesahan dan Laporan proses tersebut telah diangkat kepada Lembaga Tatatertib Bebas (Lembaga Tatatertib Bebas). Lembaga Tatatertib Bebas tersebut berdasarkan Laporan Jabatan Integriti dan juga Laporan-laporan Majistret, telah memutuskan untuk mengeluarkan Surat-surat Pertuduhan bertarikh 30.11.2023 untuk tindakan Tatatertib terhadap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua yang mana telah diakui terima oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua pada 04.01.2024. [7] Selepas menerima Surat-surat Pertuduhan tersebut, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah mengemukakan Surat Representasi Pertuduhan masing-masing dan diterima oleh Jabatan Integriti, DBKL pada 15.12.2023. [8] Seterusnya, Jabatan Integriti DBKL telah memajukan Notis Prosiding Lembaga Tatatertib Bebas Bil 11/2023 bertarikh 20.12.2023 (Notis Prosiding) kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua untuk memaklumkan tarikh, masa dan tempat prosiding ditetapkan. Notis Prosiding tersebut telah diserahkan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua pada 20.12.2023 secara serahan tangan. [9] Prosiding Lembaga Tatatertib Bebas telah bersidang pada 22.12.2023 di mana Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah hadir bagi pendengaran tersebut. Selepas meneliti laporan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Mahkamah, kertas kes dan pertuduhan terhadap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua, Lembaga Tatatertib Bebas DBKL telah mendapati bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Kaedah 32 dan Kaedah 34(1), (2) dibaca bersama Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Pegawai Penguatkuasa DBKL (Kelakuan dan Tatatertib) 1992 (Kaedah) kerana telah melanggar tatakelakuan di bawah Kaedah 4(2)(d) Kaedah tersebut. [10] Prosiding Lembaga Tatatertib Bebas tersebut kemudiannya telah ditangguhkan ke 16.01.2024 untuk keputusan. Pada 16.01.2024 Lembaga Tatatertib Bebas telah mendapati bahawa tiada justifikasi munasabah dikemukakan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. Pengakuan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua sendiri di Mahkamah Jenayah serta sabitan kes jenayah yang direkodkan adalah faktor utama yang diambil kira apabila Lembaga Tatatertib Bebas membuat keputusan untuk membuang kerja Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua (Keputusan). [11] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua yang tidak berpuashati dengan Keputusan tersebut telah mengemukakan Representasi Rayuan bertarikh 29.01.2024 dan Jabatan Integriti, DBKL telah menetapkan Prosiding Lembaga Tatatertib Rayuan Bil 1/2024 pada 04.04.2024. [12] Pada 20.03.2024, Lembaga Tatatertib Bebas telah menerima Surat Bantahan bertarikh 18.03.2024 daripada Tetuan P. Sunthara Jothi, Asma’I & Partners, peguamcara bagi Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. [13] Prosiding Lembaga Tatatertib Rayuan Bil 1/2024 telah dijalankan pada 04.04.2024 dan Lembaga Tatatertib Rayuan telah membuat Keputusan untuk mengekalkan Keputusan tersebut terhadap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. Keputusan Lembaga Tatatertib Rayuan tersebut telah dimaklumkan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua melalui surat bertarikh 04.04.2024. [14] Plaintif-plaintif kemudiannya telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan ini untuk memohon- “a) Perakuan bahawa Keputusan pembuangan kerja oleh Defendan adalah tidak mengikut peruntukan dan/atau prosidur undang-undang, tidak adil, tidak rasional dan/atau ultra vires; b) Perintah Deklarasi bahawa penamatan perkhidmatan kerja plaintif-plaintif adalah tidak sah dan terbatal; c) Perakuan bahawa terdapat kesilapan pada kertas pertuduhan/charge sheet yang disabitkan dengan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 160 kanun keseksaan dalam kes No. WA-83-4332-05/2023 dan adalah tidak sah; d) Perintah Deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif tidak melakukan kesalahan sepertimana terkandung di dalam kertas pertuduhan dan/atau kesalahan yang boleh dibuang kerja; e) Satu perintah untuk pengembalian semula atau penguatkuasaan semula pekerjaan dan/atau perkhidmatan dengan Defendan dengan gaji yang sama; f) Perintah bahawa pampasan dan/atau ganti rugi (termasuk kehilangan sumbangan KWSP) dan/atau kos dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-plaintif; g) Secara Alternatif, Pampasan Ganturugi akibat kehilangan pekerjaan dan kesukaran Gantirugi akibat kehilangan dan kesukaran mencari pekerjaan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif masing-masing; h) Bayaran gaji kebelakangan (back wages) dalam mengambil kira pengeluaran gaji terakhir; i) Pampasan Ganti Rugi Am dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif masing-masing; j) Pampasan Ganti Rugi Teladan dan/atau ganti rugi tambahan (aggravated damages) dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif masing-masing; k) Gantirugi akibat kehilangan tempat tinggal dibayar oleh Defendan kepada Plaintif; l) faedah pada kadar 8% dari tarikh pemfailan sama sehingga penghakiman; m) kos; n) Apa-apa relief lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.” Hujahan Pihak-Pihak [15] Defendan berhujah bahawa Plaintif-plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan. Berdasarkan pengataan di dalam Afidavit Sokongan yang menyokong Lampiran 10, Defendan telah berhujah bahawa- “Menurut Kaedah 25(7), 32, 34(1) dan (2) Kaedah tersebut, Lembaga Tatatertib Bebas DBKL mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja sekiranya didapati seorang pegawai penguatkuasa disabitkan dengan kesalahan jenayah” ‘Dalam kes ini Plaintif-plaintif telah mengaku salah dan membayar denda” [16] Defendan turut berhujah bahawa tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Defendan adalah berpandukan Keputusan yang telah dibuat oleh Defendan pada 16.01.2024 untuk membuang kerja Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua berkuatkuasa 19.01.2024 menurut Kaedah-Kaedah Pegawai Penguatkuasa DBKL (Kelakuan dan Tatatertib) 1992. [17] Defendan selanjutnya berhujah bahawa butir-butir berkenaan tingkah laku dan ketidakpatuhan prosedur undang-undang serta perintah-perintah yang diplidkan dan dipohon oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua tidak dapat dipertahankan kerana relif-relif yang dipohon adalah untuk mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa dan sewajarnya dirujuk melalui semakan kehakiman. [18] Oleh itu, Defendan akhirnya berhujah bahawa tuntutan Plaintif-plaintif adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan. Plaintif-plaintif sepatutnya memohon semakan kehakiman atas keputusan Lembaga Tatatertib Bebas sekiranya ingin mencabar Keputusan tersebut. [19] Plaintif-plaintif pula berhujah bahawa mereka telah memplidkan fakta-fakta di dalam Writ Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif-Plaintif, tambahan pula Plaintif-plaintif memplidkan butir-butir tingkah laku Defendan serta butir-butir berkenaan pemecatan Plaintif-plaintif. [20] Plaintif-plaintif juga berhujah bahawa kesalahan tersebut tidak selaras dan setimpal dengan hukuman buang kerja yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Bebas memandangkan kesalahan yang disabitkan adalah satu kesalahan yang tidak boleh dianggap serius dan berat sehingga boleh dibuang kerja. Maka, hukuman buang kerja adalah tidak sah dari segi undang-undang. [21] Plaintif seterusnya berhujah bahawa terdapat ketidakpatuhan prosedur kerana Plaintif-plaintif hanya dikemukakan notis siasatan tetapi Defendan tidak mengadakan sesi pendengaran siasatan dalaman sepertimana didakwa oleh Defendan pada tarikh tersebut untuk mendengar keterangan Plaintif-plaintif, keterangan saksi-saksi pengadu dan laporan-laporan polis pengadu, Notis bertarikh 20.12.2023 tidak secara jelas memaklumkan siasatan dalaman, Notis tersebut juga tidak dinyatakan plaintif-plaintif perlu membawa saksi-saksi dan bukti-bukti dokumen untuk dibawa kepada pengetahuan Plaintif-plaintif. [22] Pihak Defendan telah membangkitkan isu pengakuan untuk berhujah bahawa Plaintif-plaintif diestop daripada menuntut daripada Defendan atas alasan pembuangan kerja yang tidak sah. Plaintif-plaintif di dalam representasi telah pun menafikan penglibatan dalam melakukan kesalahan jenayah tersebut malahan pengakuan dibuat di Mahkamah kerana “keberadaan di tempat kejadian”. Akan tetapi, plaintif-plaintif berhujah isu-isu tersebut tidak pun dibicarakan dan didengar semasa siasatan dalaman yang telah mengakibatkan DBKL terus menjatuhkan hukuman buang kerja kepada plaintif-plaintif. [23] Oleh itu, Plaintif-plaintif menafikan pengataan Defendan kononnya tindakan Plaintif-plaintif tidak mendedahkan kausa Tindakan yang munasabah atau bercanggah dengan undang-undang. ANALISA DAN DAPATAN [24] Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 memperuntukkan- “(1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that—
a
it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
b
it is scandalous, frivolous or vexatious;
c
it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or
d
it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.
2
No evidence shall be admissible on an application under subparagraph
1
(1)(a).
3
This rule shall, as far as applicable, apply to an originating summons as if it were a pleading.” [25] Kes-kes berkaitan Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah mantap. Rujuk antaranya Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 1 MLRA 611; [1993] 3 MLJ 36; [1993] 4 CLJ 7; [1993] 2 AMR 1969, Sim Kie Choon v. Superintendent of Pudu Prison & Ors [1985] 1 MLRA 167; [1985] 2 MLJ 385; [1985] CLJ (Rep) 293, Middy Industries Sdn Bhd & Ors v. Arensi Marley (M) Sdn Bhd [2012] 1 LNS 830; [2013] 3 MLRA 114; [2013] 3 MLJ 511 dan Gasing Heights Sdn Bhd v. Aloyah bte Abd Rahman & Ors [1996] 2 MLRH 631; [1996] 3 MLJ 259; [1996] 3 CLJ 695; [1996] 3 AMR 3000). [26] Seterusnya di dalam kes Middy Industries Sdn Bhd & Ors v. Arensi Marley (M) Sdn Bhd [2012] 1 LNS 830; [2013] 3 MLRA 114; [2013] 3 MLJ 511, Mahkamah Rayuan memutuskan- “[7] The words "frivolous or vexatious" generally refer to a groundless action or statement with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action. [10] In short, the words "frivolous or vexatious" under r. 19(1)(b) refer to cases which are obviously unsustainable or wrong. The words connote purposelessness in relation to the process or a lack of seriousness or truth and a lack of bona fide; they also include proceedings where a party is not acting bona fide and merely wishes to annoy or embarrass his opponent, or when it is not calculated to lead to any practical result”. [27] Selanjutnya dalam kes Serac Asia Sdn Bhd v. Sepakat Insurance Brokers Sdn Bhd [2013] 5 MLRA 175; [2013] 5 MLJ 1; [2013] 6 CLJ 673; [2013] 4 AMR 385 (FC), Mahkamah telah memutuskan bahawa ‘where the claim on the face of it is obviously unsustainable, the claim should be struck out’. [28] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa Plaintif-plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan dengan merujuk kes Indah Desa Saujana Corporation Sdn Bhd & Ors v. James Foong Cheng Yuen & Anor [2007] 3 MLRA 22; [2008] 2 MLJ 11; [2008] 1 CLJ 651; [2006] 2 AMR 157, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan- "[39] A reasonable cause of action means simply a factual situation the existence of which entitles one person to obtain from the court a remedy against another person: per Diplock LJ in Letang v. Cooper [1965] 1 QB 222 at 242. This definition was followed in Lim Kean v. Choo Koon [1969] 1 MLRH 562; [1970] 1 MLJ 158; Nasri v. Mesah [1970] 1 MLRA 363; [1971] 1 MLJ 32; Saw Gaik Beow v. Cheong Yew Weng & Ors [1989] 4 MLRH 393; [1989] 3 MLJ 301; Newacres Sdn Bhd v. Sri Alam Sdn Bhd [1991] 1 MLRA 163; [1991] 3 MLJ 474; [1991] 1 CLJ (Rep) 321; and Credit Corp (M) Bhd v. Fong Tak Sin [1991] 1 MLRA 293; [1991] 1 MLJ 409; [1991] 1 CLJ (Rep) 69.”. [29] Mahkamah ini seterusnya turut bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa perintah yang dipohon Plaintif-plaintif sewajarnya dirujuk melalui permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 KKM 2012, memandangkan Plaintif-plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib Bebas (Lihat kes Ahmad Jefri Mohd Jahri v. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors [2010] 5 CLJ 865; [2010] 3 MLJ 145; [2010] 1 MLRA 524). [30] Selain itu, Plaintif-plaintif turut mempertikaikan keputusan dan pengakuan salahnya di Mahkamah Majistret. Adalah fakta yang tidak dinafikan bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah disabitkan di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan di mana Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah mengaku salah dan membayar denda. Selain itu, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua juga telah mengaku akan kesalahan dan sabitan tersebut dalam surat-surat representasi mereka masing-masing. [31] Kesalahan yang disabitkan atas Plaintif-plaintif jelas menunjukkan bahawa Plaintif-plaintif telah terlibat dalam pergaduhan di tempat awam semasa bertugas dan ianya adalah satu kesalahan yang serius. [32] Dalam kes Ahmad Jefri Mohd Jahri v. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors [2010] 5 CLJ 865; [2010] 3 MLJ 145; [2010] 1 MLRA 524, Mahkamah Persekutuan memutuskan- “[37] Thus, it is our considered opinion that the decision to dismiss the appellant was made under a statutory law by a body which acted within the scope of such statutory power. Though this decision involves the dismissal of an employee by an employer, much like a master dismissing his servant, which is a private law matter, the fact that there are statutory conditions and restrictions imposed by the Regulations on the conduct and dismissal of the appellant underpins the public law element in this case. This is not a case of a public authority being delegated with authority to hire and fire like what has occurred in Regina v. East Birkshire Health Authority, Ex-parte Walsh and Wendal Swann v. Attorney General of the Turks and Caicos Islands. Here, a special statutory provision bears directly upon the right of a public authority to dismiss the appellant. This injects the element of public law necessary in this context to attract the remedies of administrative law making it amenable for judicial review.” [33] Dalam hal ini, Mahkamah ini akhirnya bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua tidak mempunyai satu kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan berdasarkan Kaedah 25(7), 32, 34(1) dan (2) Kaedah tersebut, di mana adalah jelas Lembaga Tatatertib Bebas mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja sekiranya mendapati seorang pegawai penguatkuasa disabitkan dengan kesalahan jenayah. Kaedah 25(7), 32, 34(1) dan (2) Kaedah tersebut memperuntukkan- “25 Procedure in disciplinary proceedings
7
If the enforcement officer admits the charge, the plea shall be recorded and the Disciplinary Board may impose any one or more of the punishments specified in rule 35. 32 Procedure in case of conviction Where criminal proceedings against an enforcement officer result in his conviction, or where his appeal against his conviction has been dismissed, the Head of the Enforcement Directorate shall apply to the Registrar or Senior Assistant Registrar of the relevant Court for a copy of the judgement of the Court Upon receipt of the said judgement, the Head of Enforcement Directorate shall submit the same to the Disciplinary Board together with full particulars of the enforcement officer's past record of service and recommendation of the Head of the Enforcement Directorate as to whether the enforcement officer should be dismissed from the service or otherwise dealt with depending on the nature and gravity of the offence committed in relation to the degree of disrepute which it brings to the service. 34 Power of Disciplinary Board in cases of conviction, detention, etc.
1
Notwithstanding anything in rule 23, if after considering the report and documents submitted by the Head of the Enforcement Directorate in rules 32 and 33 (1), the Disciplinary Board is of the opinion that the enforcement officer merits dismissal or reduction in rank, it may forthwith direct accordingly, or if it is of the opinion that the enforcement officer should be inflicted with a lesser punishment or otherwise dealt with, the Disciplinary Board may forthwith inflict upon the enforcement officer such lesser punishment or deal with him in such manner as it may deem fit.
2
If as a result of the lesser punishment the enforcement officer is not dismissed, the question of his emoluments during the period of his suspension shall be at the discretion of the Commissioner.” KESIMPULAN [34] Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka Lampiran 10 dibenarkan dengan kos. Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah dibatalkan. Bertarikh: 27 OGOS 2025 -SGD- (SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur PEGUAM Plaintif-plaintif : P. Sunthara Jothi Messrs P. Sunthara Jothi, Asma’i & Partners Defendan : Kathiravan Messrs Che Mokhtar & Ling
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.