Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: NA-21NCvC-1-02/2024
NA-21NCvC-1-02/2024
High Court of Malaysia13 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: NA-21NCvC-1-02/2024
1
MUNIANDY A/L MATHURAO
2
ILANGKANI A/P MATHURAI
3
WARIS KEPADA NANDAGOPAL A/L MATHURAI
4
KAMBAR A/L MATHURAI
5
PAULAIYANAN A/L MUTHURAIRASAN
6
MANIMUTHU A/L RAMASAMY WARIS KEPADA RAMASAMY A/L MATHURAI (NO. K/P: 671009-05-5495) 18/10/2024 09:18:15 NA-21NCvC-1-02/2024 Kand. 79 S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA
7
LACHIMY A/P SISIBALAM WARIS KEPADA SISUBALAM A/L MATHURAI
8
MUNIANDY A/L MATHURAO (NO. K/P: 481014-10-5373) DAN PAULAIYANAN A/P MATHURASAN (NO. K/P: 600406-05-5247) (PENTADBIR HARTAPUSAKA SI MATI, MUTHEE A/P PERUMAL) …PERAYU-PERAYU
1
MAMUNIRASAN A/L MATHURAI
2
PENGARAH TANAH & GALIAN, NEGERI SEMBILAN (BAHAGIAN HARTA PESAKA KECIL, SEREMBAN) …RESPONDEN-RESPONDEN S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 3 [Dalam Mahkamah Tinggi Di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
1
Muniandy A/L Mathurao (No. K/P: 481014-10-5373)
2
Ilangkani A/P Mathurai (No. K/P: 521124-05-5108)
3
Waris Kepada Nandagopal A/L Mathurai (No. K/P: 550620-05-5149)
4
Kambar A/L Mathurai (No. K/P: 570717-05-5477)
5
Paulaiyanan A/L Muthurairasan (No. K/P: 600406-05-5247)
6
Manimuthu A/L Ramasamy Waris Kepada Ramasamy A/L Mathurai (No. K/P: 671009-05-5495)
7
Lachimy A/P Sisibalam Waris Kepada Sisubalam A/L Mathurai (No. K/P: 750609-05-5558) S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA
8
Muniandy A/L Mathurao (No. K/P: 481014-10-5373) Dan Paulaiyanan A/P Mathurasan (No. K/P: 600406-05-5247) (Pentadbir Hartapusaka Si Mati, Muthee A/P Perumal) …Plaintif-Plaintif
1
Mamunirasan A/L Mathurai (No. K/P: 500811-05-5103/786331)
2
Pengarah Tanah & Galian, Negeri Sembilan (Bahagian Harta Pesaka Kecil, Seremban) …Defendan-Defendan S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 5 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 23.08.2024 (Lampiran - 65) terhadap keputusan Mahkamah ini bertarikh 13.08.2024 di mana Mahkamah ini telah memutuskan untuk membenarkan Notis Permohonan yang difailkan oleh Responden Pertama (Defendan Pertama) untuk membatalkan Writ Saman bertarikh 21.02.2024 dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 20.02.2024 terhadap Responden Pertama (Defendan Pertama) di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1)
b
atau (c) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos. Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan bahawa kos permohonan ini adalah sebanyak RM3,000.00 dan jumlah kos RM3,000.00 ini mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif (Perayu-Perayu) kepada Responden Pertama (Defendan Pertama) tertakluk kepada bayaran fi alokatur. S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 6 [2] Oleh itu Notis Rayuan di bawah Lampiran - 65 yang difailkan oleh Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) di dalam tindakan ini adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini yang bertarikh pada 13.08.2024 tersebut. [3] Seterusnya, bagi tujuan kemudahan kesemua pihak, pihak-pihak akan dirujuk di dalam kapasiti mereka yang asal iaitu pihak Perayu-Perayu akan dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif. Manakala, Responden Pertama pula akan dirujuk sebagai Defendan Pertama. Notis Permohonan Defendan Pertama (Lampiran - 21) [4] Di dalam Lampiran - 21, Defendan Pertama memohon di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b) atau (c) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:-
a
bahawa Defendan 1 diberi kebenaran untuk membuat permohonan kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk membatalkan Writ Saman bertarikh 21.2.2024 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 20.2.2024 yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif dalam kes ini atas alasan bahawa : S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 7
i
ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan; atau
II
(ii) ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau
III
(iii) ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
b
Pihak Defendan 1 pohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk membatalkan Writ Saman bertarikh 21.2.2024 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 20.2.2024 yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif selaras dengan Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b) atau (c) atau (d) dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
c
Kos permohonan ini ditanggung dan dibayar serta merta oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan 1; dan
d
Lain-lain relif / dan atau perintah yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [5] Notis Permohonan Defendan Pertama ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Defendan Pertama sendiri iaitu Mamunirasan a/l Mathurai yang bertarikh pada 25.4.2024 iaitu di bawah
Lampiran
Lampiran - 22. S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 8 Alasan-Alasan Permohonan ini [6] Di antara alasan-alasan yang disandarkan oleh Defendan Pertama di dalam membuat permohonan ini adalah seperti berikut:- (a) Pihak Plaintif telah pun hadir secara Kediri untuk pendengaran di Pejabat Tanah Daerah Seremban semasa Perintah Pembahagian Harta Pusaka bertarikh 23.8.1989. Pihak Plaintif tidak memfailkan rayuan terhadap Perintah Pembahagian Harta Pusaka bertarikh 23.8.1989; (b) Perenggan 14 dalam Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif adalah jelas mengaku bahawa pihak Plaintif tidak memfailkan rayuan terhadap Perintah Harta Pusaka Bertarikh 23.8.1989 tersebut. (c) Pihak Defendan 1 mempunyai pembelaan yang bermerit (isu had masa) dan kukuh untuk menentang Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif di Mahkamah Yang Mulia ini; dan (d) Pihak Plaintif hanya memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Yang Mulia ini setelah 34 tahun berlalu dan pihak Plaintif tidak memfailkan rayuan 14 hari dari tarikh Perintah bertarikh 23.8.1989 (had masa). S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 9 Analisis dan penemuan Mahkamah Sama ada tuntutan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah [7] Di dalam kes ini adalah merupakan suatu fakta yang tidak dipertikaikan oleh kesemua pihak bahawa Plaintif-Plaintif telah pun hadir secara kediri untuk pendengaran di Pejabat Tanah Daerah Seremban semasa Perintah Pembahagian Harta Pusaka bertarikh pada 23.8.1989 tersebut diberikan. Plaintif-Plaintif tidak ada memfailkan sebarang rayuan terhadap Perintah Pembahagian Harta Pusaka yang telah diberikan bertarikh 23.8.1989 tersebut. [8] Di dalam perenggan 14 dalam Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif adalah jelas Plaintif-Plaintif mengakui bahawa mereka tidak memfailkan rayuan terhadap perintah pembahagian harta pusaka yang bertarikh pada 23.8.1989 tersebut [9] Selanjutnya, Defendan Kelima di dalam tindakan ini ada memfailkan Saman Pemula terhadap Defendan Pertama di bawah Kes No: NA-24NCvC-122-03/2024 bagi mendapatkan perintah-perintah untuk melanjutkan tempoh keesahan kaveat persendirian S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 10 ke atas Hartanah Geran GM 549, Lot 5564 Daerah Seremban Negeri Sembilan tersebut dan untuk menghalang Defendan Pertama daripada mendaftarkan apa-apa urusniaga pindahmilik atau gadaian atau apa-apa urusniaga terhadap hartanah tersebut. [10] Setelah Mahkamah Tinggi Seremban mendengar dan meneliti kesemua dokumen-dokumen, Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk menolak permohonan Saman Pemula pihak Plaintif Kelima terhadap Defendan Pertama tersebut dengan kos RM4,000.00. Alasan utama yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Seremban adalah kerana rayuan atau permohonan untuk mengenepikan tidak difailkan oleh Plaintif Kelima terhadap perintah pembahagian harta pusaka yang telah diberikan bertarikh pada 23.8.1989 tersebut. [11] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pemfailan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan di dalam kes ini adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah oleh kerana rayuan adalah langkah yang sepatutnya diambil / difailkan oleh Plaintif-Plaintif tetapi mereka hanya memfailkan Writ Saman bagi mengelakkan isu rayuan yang telah luput tempoh masa yang ditetapkan tersebut. S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 11 [12] Oleh itu, berdasarkan kepada alasan-alasan yang tersebut di atas, Mahkamah mendapati bahawa tindakan guaman yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama di dalam kes ini adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan serta ianya adalah merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah ini. [13] Merujuk kepada Kes PANG SHYIAN JUANG [sebagai pentadbir dan waris kepada Pang Seng Hee] v Pentadbir Tanah Segamat Unit Pembahagian Pusaka & PHANG SIN KIEN [sebagai pentadbir dan wakil kepada waris lain], [2020] 1 LNS 2068, di mana Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memutuskan seperti berikut: “[18] The burden was therefore on the Plaintiff to provide a satisfactory explanation for the delay. In the present case, it was undisputed that the Plaintiff had full knowledge of the Orders granted as he was present at the Hearing. Since the Orders were granted on 15 October 2019, the Plaintiff had until 29 October 2019 to file his appeal. However, he filed this Application only in June 2020, claiming that the delay of eight months was due to misconception that he had to wait for the sealed order before proceeding further. S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 12 [19] I was unable to accept this argument, as ignorance of the law is no excuse for such delay. Reference is made to Saeed U Khan v Lee Kok Hooi [2001] 5 MLJ 416…..” [14] Oleh itu, dengan mengguna pakai prinsip undang-undang di dalam kes Pang Shyian Juang tersebut diatas, Mahkamah mendapati bahawa Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif ini adalah merupakan satu isu yang telah pun diputuskan oleh Pejabat Tanah Seremban melalui Perintah Pembahagian Harta Pusaka yang telah diberikan bertarikh pada 23.8.1989 tersebut. Justeru itu, selepas sahaja mendapat Perintah Pembahagian dari Pentadbir Tanah Seremban tersebut Plaintif-Plaintif sepatutnya memfailkan Notis Rayuan terhadap Perintah Pembahagian Harta berkenaan. [15] Tambahan juga, Defendan Pertama sebagai pemilik berdaftar Hartanah GM 549, Lot 5564, Mukim Labu, Daerah Seremban, Negeri Sembilan tersebut, tidak pernah memberikan kebenaran kepada sesiapa pun untuk menghuni di atas hartanah tersebut. S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 13 [16] Justeru itu, Defendan Pertama adalah berhak dan layak untuk mendapat milikan kosong hartanah yang dikenali sebagai GM 549, Lot 5564, Mukim Labu, Daerah Seremban tersebut yang masih dihuni oleh Plaintif-Plaintif didalam tindakan ini sehingga ke hari ini. [17] Seterusnya, di dalam kes, ECH DEVELOPMENT & MANAGEMENT SDN BHD v PRABAGARAN PERUMAL & ANOR, AND ANOTHER APPEAL [2020] 5 MLRA 266, dimana Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan seperti berikut:- “(5) Pursuant to s 341 NLC, adverse possession could not be raised against a registered proprietor of the land in question….. (11) The principle of res judicata in its amplified and wider sense would apply in the instant case to prevent a re-litigating of the same issue. In the instant case, there had not been sufficient judicial appreciation of the evidence of the witnesses supported from the documentary evidence not seriously in dispute….” [18] Dengan mengguna pakai prinsip undang-undang yang diputuskan di dalam kes Ech Development yang tersebut di atas, memandangkan terdapat Perintah Pembahagian Harta bertarikh 23.8.1989 tersebut dan tiada sebarang rayuan yang telah difailkan S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 14 oleh Plaintif-Plaintif terhadap Perintah Pembahagian Harta tersebut sehingga kini, maka Prinsip “Res Judicata” yang diputuskan dalam kes ECH Development tersebut adalah terpakai di dalam kes ini. [19] Dalam erti kata yang lain, Writ Saman dan Penyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif adalah bertujuan untuk “relitigating” isu yang sama seperti di dalam Perintah Pembahagian Harta tersebut. Kesimpulan [20] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang tersebut di atas, Mahkamah mendapati bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama di dalam kes ini adalah merupakan tuntutan yang mengaibkan, remeh dan menyusahkan atau pun ia merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [21] Justeru itu, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk membenarkan Notis Permohonan yang difailkan oleh Defendan Pertama untuk membatalkan Writ Saman bertarikh 21.02.2024 dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 20.02.2024 terhadap S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 15 Defendan Pertama di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) (b) atau (c) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 berserta dengan kos. [22] Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan bahawa kos untuk permohonan ini adalah sebanyak RM3,000.00 dan jumlah kos sebanyak RM3,000.00 ini mesti dibayar oleh pihak Plaintif-Plaintif kepada Defendan Pertama tertakluk kepada bayaran fi alokatur. Disediakan oleh: t.t Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 17 haribulan Oktober 2024. S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-1-02/2024 16 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN MATHEWS & ASSOCIATES No. 27, Jalan S2 D39 Magistrates Square 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. PEGUAMCARA RESPONDEN / DEFENDAN-PERTAMA: TETUAN S.THEVAR & CO No. 401, 1st Floor Jalan Haruan 4/2 Oakland Commercial Centre 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. S/N YyWKkIigq0qaPhLyacstMA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.