Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-83D-2357-12/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
BA-83D-2357-12/2021
Magistrates Court of Malaysia10 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“zikal kawalan atau jagaan ke atas dadah tersebut dan mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah tersebut (Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237; Leow Nghee Lim v. PP [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 22 MLJ 28). Elemen fizikal kawalan dan jagaan merujuk kepada keadaan dimana sese”
“ikan pemilikan, pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai elemen fizikal kawalan atau jagaan ke atas dadah tersebut dan mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah tersebut (Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237; Leow Nghee Lim v. PP [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 22 MLJ”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”.”
“ang itu mempunyai kuasa untuk berurusan dengan sesuatu barang itu sebagai kepunyaannya dan bukan orang lain. Bukti pengetahuan biasanya suatu perkara inferen (Parlan bin Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717; [2008] CLJU 506; [2008] 1 LNS 506; [2008] 6 MLJ 19)..."”
“ang memihak kepada tertuduh. Analisa Mahkamah 14. Pihak pendakwaan perlu memenuhi elemen-elemen berikut bagi kedua-dua tuduhan milikan yang dihadapi oleh OKT-OKT. Berdasarkan kes PP v. Tan Kee Cheng [2016] CLJU 674; [2016] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
“ng dihadapi oleh OKT-OKT. Berdasarkan kes PP v. Tan Kee Cheng [2016] CLJU 674; [2016] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 1 LNS 674; [2016] MLRHU 715, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- "...manakala bagi pertuduhan kedua hingga pertuduhan keenam (”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-83D-2357-12/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
LAWAN MUTHU A/L BATUMALAI @ MANICKAM …ORANG KENA TUDUH (NO IC: 781031-14-5531)
2
PARTHIBAN A/L PERUMAL
2
HARIHARAN A/L S. RAVI (961115-14-5879)
4
MOHD IDRIS BIN MOHD NOOR (UNHCR-354-12C07647)
1
Pihak Pendakwa Raya (PP) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah yang telah melepas dan membebaskan OKT1, OKT2 dan OKT3 di akhir kes pendakwaan. OKT4 telah mengaku salah pada 18 September 2023 dan telah dijatuhkan hukuman.
2
OKT-OKT menghadapi dua pertuduhan berikut iaitu: PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA Bahawa kamu bersama-sama pada 07/12/2021 jam lebih kurang 4.45 petang bertempat di tempat letak kereta dalam kawasan Kilang Kien Safety Glass Sdn. Bhd, Lot. 2235, Kampung Jaya Industrial Area, Off Jalan Hospital Sg. Buloh, 47000 Sg. Buloh, Selangor Dalam Daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Didapati dalam milikkan/kawalan kamu bersama-sama dadah jenis “Cannabis” (Berat Bersih bahan tersebut ialah: 39.27 gram). Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA Bahawa kamu bersama-sama pada 07/12/2021 jam lebih kurang 4.45 petang bertempat di tempat letak kereta dalam kawasan Kilang Kien Safety Glass Sdn. Bhd, Lot. 2235, Kampung Jaya Industrial Area, Off Jalan Hospital Sg. Buloh, 47000 Sg. Buloh, Selangor Dalam Daerah Petaling, Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Didapati dalam milikkan/kawalan kamu bersama-sama dadah jenis “Methamphetamine” (berat bersih bahan tersebut ialah: 0.19 gram). Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun
3
Dalam kes ini seramai 7 orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan iaitu: No. Nama Saksi Peranan SP1 Sarjan Azman bin Md Noh Pegawai Tangkapan SP2 Mohd Ridwan bin Mohd Yasim Pegawai Penyiasat SP3 Renuka A/P Vitapamoorthy Ahli Kimia SP4 Inspektor Kaslizaani binti Abidin Penerima Barang Kes SP5 Sarjan Wilt Jemat Penghantar Barang Kes SP6 D/L/Kpl. Muhammad Azman bin Magtar Jurufoto SP7 Inspektor Mohamed Saiful bin
4
Bagi kes ini keterangan SP1 dan sebahagian keterangan SP2 telah didengar di hadapan Puan Majistret terdahulu yang kemudian telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara. Kes ini telah diambil alih dan disambung dengar oleh saya daripada sambung keterangan SP2 sehingga akhir perbicaraan.
5
Saya telah meneruskan perbicaraan kes ini dengan meneliti nota keterangan disediakan Puan Majistret terdahulu dan melihat dan mendengar keterangan SP1 dan SP2 melalui rakaman RVT mahkamah. Saya telah meneruskan perbicaraan tanpa memanggil semula saksi-saksi memandangkan nota keterangan dan rakaman RVT adalah jelas. Pihak-pihak juga tiada sebarang bantahan. Fakta kes
6
Berdasarkan naratif pihak pendakwaan, pada 07.12.2021 jam lebih kurang 4.45 petang, bertindak atas maklumat dadah, pengadu yang merupakan SP7 mengetuai sepasukan anggota serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sungai Buloh Selangor dan beberapa orang anggota lagi telah membuat serbuan di tempat letak kereta di dalam kawasan Kilang Kien Safety Glass Sdn Bhd beralamat Lot 2235, Kampung Jaya Industrial Area, Off Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh Selangor dan telah menahan tiga (3) lelaki India dikenali OKT1 hingga OKT3 dan juga satu (1) lelaki warganegara Myanmar iaitu OKT4.
7
SP7 telah perkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada OKT-OKT. SP7 ada bertanya kepada kesemua OKT sama ada menyimpan apa-apa barang salah dan OKT1 (Muthu) telah menjawab ada. OKT1 telah mengambil satu (1) beg warna hitam dari atas meja kayu di hadapan tempat kesemua OKT duduk dan telah serah kepada SP7 dengan menggunakan tangan kanannya. Kesemua OKT dan saksi polis yang hadir telah melihat kejadian ini berlaku.
8
SP7 telah membuat pemeriksaan di dalam beg warna hitam tersebut dan dapati di dalamnya terdapat tujuh (7) peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat:
43
43.46 gram) dan (1) peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu (anggaran berat: 0.35 gram).
9
Barang kes telah dirampas oleh SP7 dan dibawa balik ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.
10
Barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya untuk dianalisa sebagai No. Makmal 21-FR-B-23933. Hasil Analisa oleh ahli kimia (SP3) mendapati: a. Peket plastik Jabatan Kimia dengan tandaan “W-a” yang mengandungi ketulan mampat bahan tumbuhan adalah cannabis berat bersih 38.04 gram sebagaimana P9. b. Peket plastik Jabatan Kimia dengan tandaan “W-b” yang mengandungi leraian bahan tumbuhan adalah cannabis berat bersih 1.23 gram sebagaimana P10. c. Peket plastik Jabatan Kimia dengan tandaan “W-c” yang mengandungi bahan kristal jernih adalah methamphetamine berat bersih 0.19 gram sebagaimana P13.
11
OKT4 iaitu Mohd Idris bin Mohd Noor telah mengaku salah pada 18 September 2023 dan dijatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama, 28 bulan penjara dari tarikh tangkap serta 5 sebatan dan bagi pertuduhan kedua, 5 bulan penjara dari tarikh tangkap. Oleh itu, perbicaraan hanya melibatkan OKT1, OKT2 dan OK3 sahaja. Beban Pembuktian di akhir kes pendakwaan
12
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
13
Mahkamah ini berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka mahkamah ini perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada tertuduh. Analisa Mahkamah 14. Pihak pendakwaan perlu memenuhi elemen-elemen berikut bagi kedua-dua tuduhan milikan yang dihadapi oleh OKT-OKT. Berdasarkan kes PP v. Tan Kee Cheng [2016] CLJU 674; [2016] 1 LNS 674; [2016] MLRHU 715, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- "...manakala bagi pertuduhan kedua hingga pertuduhan keenam (memiliki) elemen-elemen kesalahan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan adalah: i) dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya. ii) tertuduh memiliki dadah-dadah berbahaya tersebut....
15
Bagi elemen pertama untuk pertuduhan pertama hingga pertuduhan keenam, adalah tidak dipertikaikan bahawa dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya. Ahli Kimia (SP6) yang membuat pemeriksaan dan analisis ke atas barang kes disyaki dadah yang dirampas oleh SP3 dari bilik ketiga premis tersebut mendapati ianya adalah... dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB... Mahkamah menerima keterangan Ahli Kimia
16
Tidak ada keraguan serius mengenai identiti dadah tersebut dan rantaian keterangan mengenai dadah tersebut tidak terputus...
21
Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah sama ada tertuduh mempunyai pemilikan ke atas dadah tersebut untuk membolehkan anggapan pengedaran dibawah seksyen 37(da) ADB diguna pakai. Bagi membuktikan pemilikan, pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai elemen fizikal kawalan atau jagaan ke atas dadah tersebut dan mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah tersebut (Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237; Leow Nghee Lim v. PP [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 22 MLJ 28). Elemen fizikal kawalan dan jagaan merujuk kepada keadaan dimana seseorang itu mempunyai kuasa untuk berurusan dengan sesuatu barang itu sebagai kepunyaannya dan bukan orang lain. Bukti pengetahuan biasanya suatu perkara inferen (Parlan bin Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717; [2008] CLJU 506; [2008] 1 LNS 506; [2008] 6 MLJ 19)..."
15
Berdasarkan kes-kes di atas, pihak pendakwaan perlulah membuktikan elemen-elemen berikut:
a
Dadah-dadah tersebut adalah dadah-dadah berbahaya. Pihak pendakwaan juga turut perlu membuktikan rantaian keterangan barang kes yang tidak terputus, terutama dari masa barang kes tersebut dirampas dari OKT sehingga dianalisis oleh pegawai kimia.
b
Dadah-dadah tersebut berada dalam milikan OKT-OKT; Dalam membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa:
i
OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut; dan
II
(ii) OKT mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut. Kewujudan pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut. Elemen 1: Dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya 16. Mahkamah ini telah mendengar keterangan SP3, pegawai kimia dan merujuk kepada eksibit P6 yang merupakan laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia, berdasarkan kepada hasil keputusan analisis tersebut mengesahkan bahawa P7A-E adalah ketulan mampat bahan tumbuhan dengan mengandungi berat bersih cannabis 38.04 gram (P9) dan P11A-B adalah leraian bahan tumbuhan dengan mengandungi berat bersih cannabis 1.23 gram (P10) iaitu sepertimana yang terdapat dalam Bahagian II Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
17
Seterusnya, eksibit P12 adalah bahan kristal jernih dengan mengandungi berat bersih Methamphetamine 0.19 gram (P13) iaitu sepertimana yang terdapat dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
18
Mahkamah ini juga telah meneliti hujahan pihak peguam bela. Tiada sebarang isu dibangkitkan bagi elemen pertama ini. Mahkamah ini juga rantaian pengendalian barang kes juga tidak terputus. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati elemen pertama ini telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Elemen kedua: Dadah berada di dalam milikan, kawalan dan pengetahuan okt-okt dan ketiga-tiga okt mempunyai niat bersama
19
Mahkamah ini telah mendengar keterangan SP7, pegawai tangkapan mengenai penemuan beg hitam semasa melakukan pemeriksaan terhadap keempat-kempat tertuduh semasa serbuan dan tangkapan dilakukan.
20
Berdasarkan kepada eksibit P2, gambar tempat kejadian dan merujuk kepada gambar B, C dan D, terdapat tandaan X yang dibuat oleh SP1 bagi kedudukan barang kes ditemui.
21
Berdasarkan keterangan SP7, yang merupakan pegawai tangkapan dalam kes ini. Kesemua 4 orang tertuduh ditangkap sedang duduk di atas kerusi sofa di kawasan garaj parking kenderaan yang telah dijadikan tempat rehat di dalam kawasan Kilang Kien Safety Glass Sdn Bhd.
22
Setelah penelitian Mahkamah ini terhadap eksibit P2, gambar tempat kejadian, Mahkamah ini dapati lokasi kejadian adalah garaj parking kenderaan di kilang tersebut. Terdapat kerusi, sofa dan kipas di situ. Meja terletak di hadapan kerusi. Di atas meja tersebut terdapat botol air minuman, cawan dan bekas plastik makanan bertutup.
23
Di atas meja juga tidak terdapat sebarang peralatan menghisap dadah. Dadah tersebut hanya berada dalam beg hitam yang berada di atas meja tersebut.
24
Memandangkan kawasan garaj tersebut adalah terbuka dan turut dijadikan kawasan rehat pekerja di kilang tersebut, semua pekerja di kilang tersebut juga mempunyai akses terhadap tempat kejadian tersebut.
25
Mahkamah ini merujuk kepada pernyataan bertulis SP7, di perenggan 4, ketika serbuan dilakukan oleh SP7 bersama pasukannya pada jam 4.45 petang terhadap semua 4 okt. Mahkamah ini dapati berdasarkan pernyataan bertulis SP7 tersebut didapati okt-okt tidak cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan.
26
Ketika pemeriksaan utama pendakwaan terhadap SP7 tentang keberadaan okt-okt ketika operasi dijalankan adalah seperti berikut: Pemeriksaaan utama SP7: Q: semasa operasi dan penangkapan. Di mana keberadaan okt tersebut A: okt duduk di kawasan kerusi keliling meja.
27
Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa OKT4 telah mengaku salah di hadapan Puan Majistret terdahulu terhadap kedua-dua pertuduhan kes ini dan telah dijatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama, 28 bulan penjara dari tarikh tangkap dan 5 sebatan. Manakala bagi pertuduhan kedua, 5 bulan penjara dari tarikh tangkap.
28
Mahkamah ini mendapati dalam kes ini, OKT keempat telah mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan. Ini bermakna okt keempat mengakui memiliki dadah-dadah tersebut.
29
Keberadaan OKT1, OKT2 dan OKT3 di kawasan garaj tempat rehat tersebut tidak membuktikan sebarang pemilikan, kawalan dan pengetahuan OKT1, OKT2 dan OKT3 terhadap beg hitam yang mengandungi dadah tersebut.
30
Tambahan pula, kawasan garaj tempat kejadian memang telah dijadikan sebagai tempat berehat pekerja di kilang tersebut. Mahkamah ini tidak dapat menolak kemungkinan OKT1, OKT2 dan OKT3 hanya berada di tempat kejadian untuk berehat memandangkan waktu serbuan adalah jam 4.45 petang.
31
Mahkamah ini mendapati OKT1, OKT2, OKT3 telah ditangkap oleh SP7 disebabkan ketiga-tiga OKT tersebut turut berada di tempat kejadian. Tiada keterangan lain yang dapat mengaitkan ketiga-tiga OKT tersebut dengan dadah yang ditemui.
32
Mahkamah ini mendapati adalah tidak selamat untuk menyatakan OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui.
33
Dalam memberi pertimbangan pada akhir kes pendakwaan ini, Mahkamah sekali lagi merujuk kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti yang berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”.
34
Berdasarkan penilaian maksimum terhadap kes ini, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh OKT1, OKT2, OKT3 bagi kedua-dua pertuduhan.
35
Oleh yang demikian, OKT1, OKT2 dan OKT3 dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pindaan pertama di bawah seksyen 6 dan hukuman dibawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pertuduhan pindaan kedua di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. Wang jaminan dikembalikan kepada penjamin OKT1, OKT2, OKT3. Bertarikh 14 September 2025 (MUHAMMAD SYAFIQ BIN SULAIMAN) Majistret Mahkamah Majistret Shah Alam Selangor Pihak pendakwaan: Muaz Khawarizmi bin Azfar Timbalan Pendakwa Raya Selangor. Pihak peguam bela: Swinder Singh a/l Ram Singh
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.