Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-24-04/2024
BA-23NCvC-24-04/2024
High Court of Malaysia11 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“quo pihak-pihak tidak terjejas seperti mana diputuskan dalam kes Rohaizat Holding (M) Sdn Bhd lwn Tekad Urus Sdn Bhd dan satu lagi [2009] 9 MLJ 210 yang memetik kes American Cyanamid Co v Ethicon Ltd [1975] AC 396, HL di mana Lord Diplock menjelaskan seperti berikut: “(5) Then one goes on to consider all other matters”
“liti semua penjelasan semasa peringkat pendengaran inter parte seperti diputuskan dalam kes Dato’ Oon Ah Baa @ Boon Pak Leong & Others v Eagle & Pagoda Brand Teck Aun Medical Factory Sdn Bhd & Others [2003] MLJU 291; [2003] 7 CLJ 81 iaitu − “Be that as it may, the approach of the court in an application for leave which”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-24-04/2024
1
MUTIARA SECURITY SERVICES SDN BHD (No. Syarikat: 301734-V)
2
RAYAN SANJEV BARR KUMARAKULASINGHE (No. K/P: 820825-10-5661)
3
SANTHI R. MAHENDRA RAJAH (No. K/P: 830217-14-6186) − PLAINTIF-PLAINTIF DAN STEVEN GREGORY (No. K/P: 670423-02-5879) − DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kandungan 36 ialah Notis Permohonan oleh Plaintif-Plaintif menurut Aturan 52 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah Yang Mulia ini untuk perintah-perintah seperti berikut: a) bahawa Steven Gregory (No. K/P: 670423-02-5879), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dengan alamat penyampaian terakhir diketahui di No. 10, Jalan 5/31, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor dan merupakan 31/10/2025 21:55:11 BA-23NCvC-24-04/2024 Kand. 98 Defendan yang dinamakan di atas diberikan denda setimpal dengan perbuatan penghinaannya terhadap Mahkamah; b) Kos permohonan ini dan juga kos untuk mengeluarkan dan melaksanakan mana-mana perintah yang akan dibuat di sini ditanggung atas dasar peguam dan anak guam oleh Defendan; dan c) Relief lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah ini. [2] Pada 11-8-2025, Mahkamah ini menolak Notis Permohonan Plaintif-Plaintif bertarikh 4-7-2024 (Kand. 36) dengan kos sebanyak RM3,500.00 tertakluk kepada fi alokatur dibayar oleh Plaintif-Plaintif secara bersesama kepada Defendan. Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut. [3] Pada 25-4-2025, Defendan pula memfailkan Notis Permohonan seperti pada Kand. 73 di bawah Aturan 32 kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah untuk kebenaran mengetepikan Perintah Mahkamah yang diberikan secara ex-parte kepada Plaintif-Plaintif pada 3.7.2024. Defendan juga memohon agar segala prosiding komital Plaintif-Plaintif terhadap Defendan di bawah tindakan ini adalah digantungkan sementara sehingga pelupusan penuh Notis Permohonan ini (Kand. 73); dan kos harus dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan dengan serta-merta. [4] Pada 11-8-2025, Mahkamah ini membenarkan Notis Permohonan Defendan (Kand. 73) dengan kos sebanyak RM3,500.00 tertakluk kepada fi alokatur dibayar oleh Plaintif-Plaintif secara bersesama kepada Defendan. Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Pernyataan dan afidavit Plaintif untuk menyokong permohonannya bagi Kand. 36 dan hujahan bertulis peguam cara Plaintif-Plaintif: [5] Dalam Pernyataan menurut Aturan 52 kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan adalah Penghina yang Dicadang atas alasan bahawa Defendan adalah pemilik, pentadbir, penyunting dan/atau hos akaun-akaun media sosial i.e. − • akaun TikTok Defendan yang didaftar di bawah nama “steven_stone10”, “steven_pgf”, “discosisters800k”, “steven.stone2323”; • akaun Instagram Defendan yang didaftar di bawah nama “steven23_gregory” [6] Plaintif-Plaintif menyatakan bermula dari sekitar 9-10-2023, Penghina yang Dicadang telah mengarang, menerbit dan/atau telah menyebabkan untuk diterbit pelbagai video pada platform media sosial yang bersifat fitnah terhadap Plaintif-Plaintif. Kesemua Video TikTok tersebut telah diplidkan di dalam perenggan 10 Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif bertarikh 5.04.2024 adalah Kata-Kata yang Dipertikaikan. Kata-Kata yang Dipertikaikan tersebut dalam makna biasanya dan semula jadinya atau secara alternatifnya melalui cara sindiran, adalah dimaksudkan dan difahami untuk mempunyai maksud yang telah diplidkan dalam perenggan 14 Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif bertarikh 5-4-2024. Pada setiap masa material, Video TikTok Penghina yang Dicadang tersebut boleh diakses oleh mana-mana orang awam yang mempunyai akses kepada internet. [7] Plaintif-Plaintif menyatakan dalam Video TikTok tersebut, Penghina yang Dicadang tersebut telah sama ada secara jelas − a) menamakan Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan/atau Plaintif Ketiga atau membolehkan pembuatan kesimpulan secara mudah daripada konteks kandungannya bahawa kenyataan-kenyataan fitnah tersebut merujuk kepada Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan/atau Plaintif Ketiga. b) merujuk Plaintif Pertama sebagai “Pearl Security” yang diterjemahkan kepada Mutiara Security dalam Bahasa Melayu, di mana yang sama merupakan nama Plaintif Pertama. c) merujuk kepada Plaintif Kedua sebagai “kutu potong”. d) merujuk kepada Plaintif Ketiga sebagai “disco sister”. [8] Pada 26-1-2024, Plaintif Ketiga telah melantik peguam cara untuk mengeluarkan surat kepada Penghina yang Dicadang, bagi menuntut bahawa beliau, antara lain, menarik balik Kata-Kata yang Dipertikaikan tersebut dan meminta maaf untuk perkara yang sama. Walau bagaimanapun, Penghina yang Dicadang telah enggan berbuat demikian. Oleh itu, Plaintif-Plaintif telah memfailkan tuntutan sivil terhadap Penghina yang Dicadang. [9] Pada 5-4-2024 Plaintif-Plaintif juga telah memfailkan permohonan bagi injunksi interim terhadap Penghina yang Dicadang. Pada 5-4-2024, Mahkamah Tinggi ini telah memberi Perintah Ex Parte terhadap Penghina yang Dicadang. Seterusnya, sementara menunggu pelupusan Permohonan Kandungan 3, Mahkamah Tinggi juga telah membenarkan Perintah Ad Interim bertarikh 19-4-2024 terhadap Penghina yang Dicadang. Perintah Ex Parte dan Perintah Ad Interim tersebut telah dibawa kepada perhatian Penghina yang Dicadang dan telah diserahkan kepada Penghina yang Dicadang. [10] Walau pun Penghina yang Dicadang mempunyai pengetahuan tentang Perintah Ex Parte dan Perintah Ad Interim tersebut dan yang sama telah diserahkan pada 18-4-2024 dan 26-4-2024, Penghina yang Dicadang masih terus mengarang, menerbit dan/atau menyebabkan untuk diterbit video-video TikTok yang lanjut sehingga 7-5-2024. [11] Penghina yang Dicadang juga telah gagal, enggan dan/atau mengabaikan untuk mengarkibkan, menyembunyikan, dan/atau sebaliknya memastikan bahawa semua penerbitan yang dibuatnya mengenai Plaintif-Plaintif tidak dapat diakses oleh orang awam di akaun-akaun media sosialnya [12] Plaintif-Plaintif menyatakan Penghina yang Dicadang tersebut masih telah terus mengarang, menerbit dan/atau menyebabkan untuk diterbit video-video TikTok yang lanjut dengan Perkataan-Perkataan Lanjut yang Dipertikaikan dalam makna biasa dan semulajadinya, dan seterusnya atau secara alternatif melalui cara sindiran, bermaksud dan difahami untuk bermaksud − a) Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan/atau Plaintif Ketiga menjalankan perniagaan yang tidak jujur dan korup di mana amalan-amalan perniagaan yang tidak berprinsip dijalankan. b) Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga, adalah tidak jujur dan tidak bermoral kerana memberi rasuah kepada pekerja-pekerja syarikat yang mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan sekuriti Plaintif Pertama. c) Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga menggunakan wang yang diperolehi daripada amalan-amalan perniagaan korup mereka untuk mengekalkan gaya hidup yang mewah. d) Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan/atau Plaintif Ketiga adalah tidak bermoral, penipu dan/atau adalah terlibat dalam aktiviti-aktiviti haram yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan penipuan. [13] Plaintif Kedua mengikrarkan afidavit untuk menyokong Kand. 36 ini. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Plaintif Pertama, tindakan dan kelakuan Defendan adalah suatu gangguan pentadbiran keadilan yang sewajarnya dan halangan aliran keadilan dalam gagal, enggan dan/atau abai untuk mematuhi terma-terma Perintah Ex Parte bertarikh 5-4-2024 dan Perintah Injuksi Ad Interim bertarikh 19-4-2024. Oleh itu, relief yang dituntut terhadap Defendan adalah seperti berikut: a) Untuk satu perintah bahawa Plaintif-Plaintif diberi kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Penghina yang Dicadang dan jika kebenaran diberi, satu perintah komital atas Penghina yang Dicadang untuk dipenjarakan dan/atau didenda sewajarnya berdasarkan kelakuan penghinaannya; b) Apa-apa perintah lain yang difikirkan wajar dan perlu kerana penghinaan yang telah dilakukan oleh Penghina yang Dicadang telah dilakukan terhadap Mahkamah ini; c) Kos permohonan ini dibiayai oleh Penghina yang Dicadang. Kandungan 73 − Notis Permohonan Defendan untuk mengetepikan Perintah-Perintah Mahkamah [14] Notis Permohonan oleh Defendan di bawah Aturan 32 kaedah 6 KaedahKaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah ini ialah bagi perintah-perintah yang berikut: a) Kebenaran ex-parte yang diberikan di bawah Tindakan ini kepada Plaintif-Plaintif pada 3.7.2024 adalah diketepikan; b) Segala prosiding komital Plaintif-Plaintif terhadap Defendan di bawah tindakan ini adalah digantungkan sementara sehingga pelupusan penuh Notis Permohonan ini; c) Kos harus dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan dengan serta-merta; [15] Alasan permohonan Defendan adalah − a) Perintah Injunksi Ad Interim bertarikh 19-4-2024 tidak diserahkan ke atas Defendan secara kediri sehingga 26.3.2025. b) rakaman video-video yang kononnya berbentuk fitnah yang didakwa dan juga rakaman video-video yang dikatakan memungkiri Perintah Injunksi Ad Interim tidak diserahkan ke atas Defendan atau pun peguam cara Defendan sehingga kini. c) Defendan tidak mungkin dapat memungkiri Perintah Injunksi Ad Interim dalam tempoh 19.4.2024 sehingga 6.5.2024 seperti yang didakwa apabila Perintah Injunksi Ad Interim hanya diserahkan pada 26.3.2025. d) Tidak ada surat tunjuk sebab dikeluarkan terhadap Defendan menurut Aturan 52 kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. e) Terma Perintah Injunksi Ad Interim adalah sangat tidak jelas (ambiguous) dan hampir mustahil untuk dipatuhi. f) Kata-Kata yang Dipertikaikan dan kononnya perkataan-perkataan yang diadukan di dalam prosiding komital di sini serta makna-makna mereka yang dideposkan oleh Plaintif-Plaintif adalah berbeza dan berlainan dan tidak serupa. Oleh itu tidak mungkin terdapat kemungkiran Perintah Injunksi Ad Interim tersebut. g) Defendan tidak merujuk kepada Plaintif-Plaintif di dalam perkataan-perkataan yang diadukan oleh Plaintif-Plaintif di dalam prosiding pengkomitan. h) Defendan langsung tidak memungkiri terma-terma Perintah Injunksi Ad Interim seperti yang didakwa secara salah oleh Plaintif-Plaintif. i) Perintah bertarikh 3.7.2024 adalah dibuat di dalam Kamar yang bertentangan dengan Aturan 52 kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. j) Isu sama ada Defendan telah memfitnah Plaintif-Plaintif adalah suatu isu penting yang akan diputuskan di dalam Guaman di sini yang mana ditetapkan untuk perbicaraan pada tahun hadapan. Penetapan tarikh perbicaraan: [16] Mahkamah ini telah menetapkan tempoh perbicaraan selama 3 hari iaitu pada 8, 9 dan 10 Jun 2026 dan arahan pemfailan Ikatan Pliding dll telah diberikan dengan jelas. [17] Keputusan Mahkamah ini pada 11-8-2025 bagi kedua-dua permohonan interlokutori ini (Kand. 36 dan Kand. 73) juga mengandungi perintah iaitu − “Kedua-dua pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan tidak memuatnaik apa-apa perkara berkaitan dengan kes fitnah di media sosial, di mana-mana platform sama ada akaun Plaintif-Plaintif dan juga Defendan sehingga pelupusan muktamad tindakan undang-undang ini melalui perbicaraan penuh pada 8 sehingga 10 Jun 2026.”. Alasan Mahkamah [18] Mahkamah ini menghargai dan memuji hujahan peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif yang menghuraikan dengan baik mengenai prinsip undang-undang yang relevan mengenai ketidakpatuhan kepada Perintah Mahkamah adalah terjumlah kepada suatu penghinaan Mahkamah. Undang-undang kes yang dipetik dan dirujuk oleh peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif − • Supreme Court’s seminal decision in Wee Choo Keong v MBF Holdings Bhd & Anor and Another Appeal [1993] 3 CLJ 210, LP Abdul Hamid bin Omar said − “It is established law that a person against whom an order of Court has been issued is duty bound to obey that order until it is set aside. It is not open for him to decide for himself whether the order was wrongly issued and therefore does not require obedience. His duty is one of obedience until such time as the order may be set aside or varied. Any person who fails to obey an order of Court runs the risk of being held in contempt with all its attendant consequences.”. • Golden Star & Ors v Ling Peek Hoe & Ors [2021] 2 MLJ 259, the Federal Court held that non-compliance of a court order, being an injunction in that case, demonstrates a complete disregard and disrespect to the court. [19] Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh pihak Defendan mengenai penyampaian kertas kausa, peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa − “The relevant cause papers in relation to Enclosure 36 have been served on the Proposed Contemnor’s solicitors, which constitutes proper service. This is especially so when the Proposed Contemnor broadcasted a “live stream” session on TikTok on 8.04.2024 wherein he acknowledged that a ‘celebrity couple’ had obtained a Court Order restraining him from speaking on the platform This puts it beyond doubt that he at all times had knowledge of the interim injunction Order.”. [20] Peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif berhujah bahawa walau pun Mahkamah ini telah mengeluarkan Perintah sejak 16-4-2024, Defendan masih enggan untuk mematuhi terma yang dinyatakan dalam Perintah dan masih meneruskan menerbitkan video yang memfitnah Plaintif-Plaintif dan video terkini ialah pada 6-9-2024, 22-7-2024 hingga 6-9-2024. Maka, peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa Defendan langsung tidak menunjukkan kekesalan dan tiada niat untuk mematuhi Perintah Mahkamah ini. Disebabkan itu, Kand. 36 ini difailkan untuk menghadapkan Defendan kepada prosiding penghinaan Mahkamah. [21] Berlandaskan kepada fakta dan hal keadaan yang dinyatakan maka peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif memohon agar Mahkamah ini mengkomitkan Defendan kepada pemenjaraan dan pengenaan denda disebabkan jenis dan gravity kemungkiran yang dilakukan oleh Defendan. Plaintiff-Plaintif memohon agar Mahkamah ini memerintahkan Defendan sebagai “Proposed Contemnor” dikenakan dan dijatuhkan hukuman yang berikut: a) dipenjarakan selama tempoh 30 hari; dan b) dikenakan denda sebanyak RM150,000.00 yang dibayar dalam masa 7 hari dari tarikh Perintah dan jika gagal maka pemenjaraan selama tempoh 100 hari. Peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif berhujah bahawa hukuman pemenjaraan dapat menyampaikan mesej deterrent kepada orang ramai berkenaan dengan perlanggaran Perintah Mahkamah. Kes yang dirujuk oleh peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif ialah Dong Yang Elevator (M) Sdn Bhd v MCX Elevator Sdn Bhd & Ors [2023] 8 MLJ 488. Berkenaan dengan permohonan hukuman pengenaan denda sebanyak RM150,000.00 itu adalah disebabkan tindakan sengaja oleh Defendan yang masih berterusan mengeluarkan/menerbitkan 34 video selepas Perintah Mahkamah ini. Peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa Defendan tidak memandang serius kepada perkara ini. [22] Selanjutnya, peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa hal keadaan yang dinyatakan ini menunjukkan Defendan sama sekali tidak menghiraukan dan tidak menghormati sistem kehakiman. Oleh itu, peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif menyatakan − “Such flagrant actions warrant a fine of RM150,000.00 to commensurate the serious consequence of breaching a Court Order intentionally. If the fine imposed is insubstantial, the general public will have no fear of breaching Court Orders.”. Kandungan 73 oleh Defendan dan penyangkalan kepada permohonan Plaintif [23] Dalam notis permohonan oleh Defendan, peguam cara terpelajar Defendan menyatakan bahawa keseluruhan prosiding pengkomitan adalah cacat dan sepatutnya kebenaran untuk memulakan prosiding pengkomitan tidak seharusnya diberikan oleh Mahkamah ini memandangkan Perintah-Perintah berkenaan TIDAK diserahkan ke atas Defendan secara kediri seperti yang diperuntukan di bawah undang-undang yang terpakai mahupun menurut terma-terma Perintah Injunksi Ad Interim yang dipohon dan diperoleh oleh Plaintif-Plaintif sendiri. Pengecualian di bawah Aturan 45 kaedah 7(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 juga adalah tidak terpakai dan TIADA sebarang permohonan di bawah Aturan 45 kaedah 7(7) dibuat oleh Plaintif-Plaintif untuk pengecualian serahan secara kediri. [24] Selanjutnya, peguam cara terpelajar Defendan menyatakan bahawa Perintah Injunksi Ad Interim Tidak Mungkin Dimungkiri oleh Defendan dalam tempoh antara 19-4-2024 hingga 6-5-2024 seperti yang didakwa di dalam prosiding pengkomitan di sini apabila Perintah Injunksi Ad Interim tersebut hanya diserahkan ke atas Defendan pada 26-3-2025. Perintah Injunksi Ad Interim tersebut diserahkan kepada peguam cara Defendan hanya pada 26-4-2024 dan tidak ada keterangan bahawa terma-terma Perintah Injunksi Ad Interim telah dimaklumkan kepada Defendan dalam tempoh 19-4-2024 sehingga 6-5-2024 iaitu tempoh kononnya Defendan memungkiri Perintah Injunksi Ad Interim tersebut. Ianya adalah suatu tempoh yang sangat singkat. Ianya hanya selang 10 hari di antara 26-4-2024 (tarikh Perintah Injunksi Ad Interim die-melkan kepada peguam cara Defendan) dan 6-5-2024 (tarikh terakhir penerbitan-penerbitan yang diadukan). [25] Selain daripada itu, peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa Tiada Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan oleh Plaintif-Plaintif atau diserahkan kepada Defendan mengapa prosiding pengkomitan tidak harus dimulakan ke atas Defendan menurut Aturan 52 kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebelum memulakan prosiding pengkomitan di sini. Surat tunjuk sebab yang dieksibitkan oleh Plaintif-Plaintif (Eksibit “RBSK-8” dalam Afidavit tersebut) adalah sebenarnya dialamatkan kepada peguam cara Defendan dan bukannya kepada Defendan yang mana seharusnya dialamatkan dan diserahkan secara kediri ke atas Defendan. Maka, surat tunjuk sebab tersebut adalah juga defektif dan tidak mematuhi peruntukan Aturan 52 kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012. [26] Terma-Terma Perintah Injunksi Ad Interim adalah kabur yang mendakwa Defendan telah memungkiri Perintah. Peguam cara terpelajar Defendan menyatakan − “… adalah undang-undang yang tetap bahawa terma-terma Perintah Injunksi Ad Interim tersebut dengan sendirinya harus diteliti dalam menentukan obligasi-obligasi di dalamnya. Apabila seseorang membaca terma Perintah Injunksi Ad Interim yang diadukan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 44 di atas, ianya adalah tidak dapat dinafikan bahawa terma-terma berkenaan adalah tidak jelas sama sekali atau kabur (vague) dan tidak boleh menjadi asas suatu prosiding komital. Tiada Pembuktian Tanpa Keraguan Yang Munasabah. Ianya adalah undang-undang yang tetap bahawa Plaintif-Plaintif harus membuktikan bahawa Defendan telah memungkiri terma-terma …”. [27] Mahkamah ini telah meneliti perjalanan prosiding untuk mengkomitkan Defendan kepada suatu penghinaan Mahkamah dan untuk membolehkan Mahkamh ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Defendan. [28] Berdasarkan kronologi prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah didapati bahawa peguam cara Defendan tidak hadir atas alasan kesihatan. Peguam cara terpelajar Plaintif-Plaintif juga mengemukakan keterangan bahawa Defendan mengelak dan/atau bertindak secara agresif untuk menerima penyampaian kertas kausa. [29] Pada tarikh pendengaran prosiding “contempt of Court” ini iaitu selepas arahan tegas oleh Mahkamah untuk menghendaki semua pihak hadir secara fizikal di Mahkamah ini, baharulah Plaintif-Plaintif Kedua dan Ketiga serta Defendan hadir. [30] Mahkamah ini perlu mengimbangi tujuan “law of contempt” yang bukan sahaja untuk melindungi Hakim dan “dignity” Badan kehakiman malahan juga untuk melindungi hak awam dengan memastikan bahawa pentadbiran keadilan tidak dihalang atau dielakkan. Ujian yang perlu diteliti dalam menentukan suatu kes penghinaan Mahkamah ialah “whether the risk of prejudice to a fair and proper trial of the pending legal proceedings is serious or real or substantial. This is an application of the ordinary de minimis non curat lex principle−the law does not concern itself with trifles. Intent alone is insufficient to establish contempt.” (rujukan/sumber: White Book/Malaysian Civil Procedure 2021 Vol. 1 page 772). [31] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini ialah berkenaan dengan saman fitnah siber yang tuntutan Plaintif-Plaintif menjurus kepada kerosakan yang dialami akibat perbuatan-perbuatan Defendan yang menerbitkan video-video di media sosial. Plaintif-Plaintif juga menuntut ganti rugi am dan teladan. Plaintif Kedua memplidkan bahawa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Plaintif Pertama yang bereputasi dan boleh dipercayai telah dicemarkan atas sebab penerbitan Kata-Kata Yang Dipertikaikan. Manakala reputasi Plaintif Ketiga sebagai individu pengaruh media sosial yang bereputasi dan boleh dipercayai telah dicemarkan atas sebab penerbitan Kata-kata Yang Dipertikaikan; [32] Mahkamah ini berpendapat dan memutuskan adalah wajar dan adil Mahkamah ini memutuskan keseluruhan permohonan perintah injunksi terhadap Defendan sama ada dengan sendirinya, pekhidmatnya, pekerja, dan/atau ejennya, dihalang daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan dalam apa jua cara sekalipun Kata-Kata yang Dipertikaikan atau perkataan-perkataan serupa yang memfitnah Plaintif-Plaintif; injunksi yang memaksa Defendan membuang atau menyebabkan untuk dibuang semua penerbitannya yang memfitnah Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan/atau Ketiga dalam masa satu (1) hari dari tarikh Penghakiman; injunksi yang memaksa Defendan menyiarkan permohonan maaf kepada Plaintif-Plaintif, dalam perkataan-perkataan yang akan ditentukan oleh Mahkamah ini, di semua platform media sosialnya dalam masa satu (1) hari dari tarikh Penghakiman; Ganti rugi am; Ganti rugi tambahan dan/atau teladan, dalam suatu perbicaraan yang telah ditetapkan. [33] Mahkamah ini juga telah memerintahkan bahawa kedua-dua pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan tidak memuatnaik apa-apa perkara berkaitan dengan kes fitnah di media sosial, di mana-mana platform sama ada akaun Plaintif-Plaintif dan juga Defendan sehingga pelupusan muktamad tindakan undang-undang ini melalui perbicaraan penuh pada 8 sehingga 10 Jun 2026. Ini adalah untuk memastikan status quo pihak-pihak tidak terjejas seperti mana diputuskan dalam kes Rohaizat Holding (M) Sdn Bhd lwn Tekad Urus Sdn Bhd dan satu lagi [2009] 9 MLJ 210 yang memetik kes American Cyanamid Co v Ethicon Ltd [1975] AC 396, HL di mana Lord Diplock menjelaskan seperti berikut: “(5) Then one goes on to consider all other matters relevant to the balance of convenience, an important factor in the balance, should this otherwise be even, being preservation of the status quo. By the expression ‘status quo’ I understand to be meant the position prevailing when the defendant embarked upon the activity sought to be restrained. Different consideration might apply if the plaintiff delays unduly his application for relief.”. [34] Dengan perintah yang diberikan Mahkamah ini pasti setiap Plaintif-Plaintif dan Defendan dapat bersedia dengan beban pembuktian masing-masing. Untuk memenjarakan dan mengenakan denda terhadap Defendan pada peringkat ini adalah suatu yang tidak perlu. Penjelasan daripada Defendan sendiri telah memuaskan hati Mahkamah. Tambahan pula semasa kebenaran diberikan ianya adalah secara ex-parte dan ini tidak menghalang Mahkamah untuk meneliti semua penjelasan semasa peringkat pendengaran inter parte seperti diputuskan dalam kes Dato’ Oon Ah Baa @ Boon Pak Leong & Others v Eagle & Pagoda Brand Teck Aun Medical Factory Sdn Bhd & Others [2003] MLJU 291; [2003] 7 CLJ 81 iaitu − “Be that as it may, the approach of the court in an application for leave which is actually permission stage was to consider whether the applicant has shown or demonstrated a prima facie case of contempt and this process is conducted ex parte and in the absence of the alleged contemnor. It is important to state at this stage that the hearing of the ex parte application for leave is not an adjudication on the merits of the case …”. [35] Seperti yang dihuraikan sebelum ini, dan ditegaskan sekali lagi, Mahkamah hendaklah berhati-hati kerana permohonan ini melibatkan kebebasan asasi Defendan sepertimana panduan dalam kes Electrical Angels MSC Sdn Bhd lwn Proton Edar Sdn Bhd [2016] 10 MLJ 414 yang memtuskan bahawa − “[24] Adalah suatu prinsip undang-undang yang tersohor bahawa beban bukti pihak yang mendakwa dalam kes perbuatan penghinaan (act of contempt) adalah melepasi tahap keraguan munasabah (beyond reasonable doubt). Ini adalah kerana ianya melibatkan kebebasan seseorang manusia dan memerlukan pematuhan prosedur yang ketat. Ini jelas dinyatakan oleh Arifin Zakaria CJ dalam kes Mahkamah Persekutuan Tan Sri Dato’ (Dr) Rozali Ismail & Ors v Lim Pang Cheong @ George Lim & Ors [2012] 3 MLJ 458; [2012] 2 CLJ 849 di ms 860–861.”. Penutup [36] Mahkamah ini menolak Kand. 36 yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif dengan kos dan membenarkan Kand. 73 yang difailkan oleh Defendan dengan kos. Kos (tertakluk kepada fi alokatur) hendaklah dibayar oleh Plaintif-Plaintif secara bersesama kepada Defendan. Bertarikh: 31 Oktober 2025 RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam Cara: Bagi Plaintif-Plaintif: En. Clinton Tan Kian Seng bersama-samanya En. Haris Hilman bin Hasnizam Tetuan Clinton Tan, Kuala Lumpur Bagi Defendan: En. R Thayalan S/O Retanavalu Tetuan R Thayalan & Co., Shah Alam, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.