Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AG-62-12-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
AG-62-12-10/2021
Sessions Court of Malaysia26 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“19] MLJU 927 yang telah membincangkan prinsip “crushing effect” ke atas tertuduh sekiranya hukuman penjara terlalu lama dikenakan. [39] The Appellant was charged pursuant to Section 39C (1)(b)of the Dangerous Drugs Act 1952. The sentence for an offence under Section 39C (1)(b) is imprisonment for a term which shall not”
“of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v PP [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita llal Hazra v Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236). The rule, however, is not absolute. As per Yong Pung How CJ said in Kanagasuntharam v PP [1992] 1 SLR 81”
“(d) Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405 ) [13] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman B”
“1987] 2 CLJ 405 ) [13] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, perbicaraan penuh telah dijalankan dan saksi saksi telah dipanggil untuk memberikan kete”
“ksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas tertuduh. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docume”
“an tersebut ke atas tertuduh. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 Mahkamah merujuk kepada kes Rahmat bin Razali v Public Prosecutor [2019] MLJU 927 yang telah membincangkan prinsip “crushing effect” ke atas tertuduh sekiranya hukuman penjara terlalu lama”
“” [Emphasis added] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 [23] Begitu juga di dalam kes Prevendren a/l Subramaniam v Public Prosecutor [2021] MLJU 1863 yang mana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: [30] The facts reveal that there were tw”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AG-62-12-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
NAGENDRAN A/L RAMAN
2
YUVARAJESAN A/L OTHMAN (KPT: - 971228-02-6031) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Kedua dua tertuduh di dalam kes ini telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357] yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Pertuduhan yang dikemukakan terhadap kedua dua tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan BAHAWA KAMU BAGI MENCAPAI NIAT BERSAMA PADA 11/09/2020 JAM
11
KURANG 15 MALAM BERTEMPAT DI SEKATAN JALANRAYA PADANG TAMAT PENGKALAN HULU, DI DALAM DAERAH HULU PERAK, DI DALAM NEGERI PERAK TELAH DI DAPATI DALAM MILIKAN KAMU SUATU SENJATA YANG BERJADUAL, IAITU SATU BILAH PEDANG TANPA MAKSUD YANG SAH. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 7[1] AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN, DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 DAN DIBACAKAN BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. [3] Kedua dua tertuduh tidak mengaku salah atas pertuduhan dan pohon dibicarakan. Tertuduh pertama diwakili oleh Encik Guha manakala tertuduh kedua diwakili oleh Encik Nathan. [4] Perbicaraan penuh telah selesai dijalankan yang mana kedua dua tertuduh akhirnya telah disabitkan bersalah ke atas pertuduhan dan dijatuhkan hukuman berikut: OKT 1 dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun dari tarikh sabitan manakala bagi OKT 2, Mahkamah mengambil kira tempoh reman yang dilalui dan mahkamah juga mendapati OKT tidak ada rekod kesalahan lampau maka OKT 2 dilepaskan dengan syarat perlu menandatangani 1 bon kelakuan baik selama 3 tahun dengan memasukkan wang jaminan sebanyak RM5,000. Sekiranya OKT gagal mematuhi syarat bon yang ditetapkan dalam tempoh 3 tahun bermula hari ini maka wang jaminan tersebut akan dirampas. [5] Pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas kedua dua tertuduh dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah dengan ini mengemukakan alasan penghakiman bagi menjelaskan mengapa hukuman tersebut dikenakan ke atas kedua dua tertuduh. ALASAN MAHKAMAH [6] Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang diijatuhkan ke atas kedua dua OKT adalah adil (impartially) dan munasabah. Ini adalah kerana mahkamah telah pun membuat penilaian dan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta yang dibentangkan dan mengikuti prinsip prinsip keadilan dan peruntukan undang undang yang telah ditetapkan (established judicial principles). Mahkamah juga menjatuhkan hukuman tersebut tanpa dipengaruhi atau ditekan oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Jafa bi Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 yang mana YA Mohamed Azmi H telah memutuskan seperti berikut: "A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles…..” [7] Adalah undang undang mantap bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah terletak di bawah budibicara mahkamah yang membicarakan kes tersebut (trial court). Ini adalah kerana mahkamah bicara telah mendengar dan dapat menilai serta menimbangkan keterangan keterangan saksi tersebut. Mahkamah bicara juga berpeluang meneliti demenour saksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas tertuduh. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: "[9] In any event, sentencing is an exercise of discretion by the trial Judge. The law simply provides, as in most cases, a spectrum of sentences - from the minimum to the maximum. The trial Court has to choose the appropriate sentence in each case within the spectrum by giving consideration to the peculiar circumstances of each case and all the relevant factors." [8] Prinsip yang sama juga telah dipakai di dalam kes R v. Ball [1951] 35Cr App R 164: "....our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe...." [9] Satu lagi kes yang mengguna pakai prinsip yang sama adalah kes New Tuck Shen v. PP [1982] CLJ Rep 606; [1982] 1 MLJ 27: "The right to impose punishment on a guilty party is absolutely the discretion of the court. It will exercise that power judicially but will not tolerate any encroachment or even semblance of encroachment either by the prosecution or the defendant in respect of such right". [10] Merujuk kembali kepada kes di hadapan mahkamah ini, kedua dua OKT di dalam kes ini telah dituduh secara bersama melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 (1) Akta Bahan- Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357]. Hukuman bagi kesalahan tersebut sekiranya disabitkan bersalah adalah penjara selama tempoh tidak kurang tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun [11] Melihat kepada lingkungan hukuman yang ditetapkan, adalah jelas bahawa hukuman yang Mahkamah jatuhkan adalah masih lagi di dalam lingkungan hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan yang dilakukan oleh OKT 1 iaitu minima penjara selama 5 tahun. Bagi OKT 2 mahkamah ini mengguna pakai peruntukan di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan:
294
Pesalah kali pertama
1
Apabila mana-mana orang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa setelah diambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau sifat remeh kesalahan itu atau kepada apa-apa hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suai manfaat bahawa pesalah itu dilepaskan atas percubaan akhlak bagi kelakuan baik, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti menghukumnya dengan serta-merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia mengikat suatu bon dengan atau tanpa penjamin dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk hadir dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu untuk memelihara keamanan dan berkelakuan baik. [12] Di dalam menentukan berapa lama hukuman penjara yang akan dikenakan ke atas OKT, Mahkamah telah menimbangkan beberapa faktor seperti berikut:
a
jenis kesalahan dan keseriusannya (gravity of the offence);
b
fakta kes;
c
rayuan yang dikemukakan oleh OKT untuk meringankan hukuman; dan
d
Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405 ) [13] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, perbicaraan penuh telah dijalankan dan saksi saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Mahkamah juga telah mensabitkan kedua dua tertuduh bersalah selepas mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes yang melampaui keraguan yang munasabah. [14] Mahkamah juga telah mendengar dan menimbangkan rayuan peringanan hukuman yang dikemukakan oleh peguambela bagi kedua dua tertuduh dan juga hujahan pemberatan hukuman dari pihak pendakwaan. Bagi OKT 1, beliau sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan lain (Seksyen 395 Kanun Kesiksaan) dan jumlah hukuman penjara yang sedang dijalani adalah lebih kurang selama 20 tahun. OKT 1 telah dituduh bagi kesalahan ini bermula pada 21.10.2021 dan OKT 1 telah berada di dalam reman sehingga perbicaraan kes ini selesai. Hukuman penjara selama 5 tahun yang mahkamah jatuhkan adalah bermula dari tarikh sabitan iaitu 26.7.2024. Oleh itu jika diambil kira keseluruhan tempoh reman yang OKT jalani adalah melebihi dari 5 tahun yang mana mahkamah berpendapat adalah memadai untuk menjadi pengajaran kepada OKT 1. [15] Bagi OKT 2, hasil maklumat dari pihak pendakwaan sendiri menunjukkan OKT tidak mempunyai rekod sabitan lampau kes jenayah.
Preamble
Menurut peguambela, OKT 2 berumur 27 tahun, masih bujang dan akan melangsungkan perkahwinan selepas perbicaraan kes ini selesai. OKT juga sedang bekerja sebagai seorang operator pengeluaran di sebuah kilang. OKT 2 telah dijamin dan di sepanjang tempoh perbicaraan, beliau tidak pernah tidak hadir ke makamah bagi tujuan perbicaraan. Tidak ada juga maklumat yang menunjukkan OKT 2 ada terlibat dalam mana mana kes jenayah yang lain selepas kes ini. [16] Mahkamah merujuk kepada keputusan di dalam kes Pendakwaraya V Peter a/l Arokiam (2019) 10 MLJ 780 yang mana fakta kes ini menunjukkan OKT telah dituduh di bawah Seksyen 61 (1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya kerana memiliki senjata berbahaya iaitu dua bilah pisau. Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan Timbalan Pendakwaraya atas keputusan Hakim Sesyen yang melepas dan membebaskan OKT di akhir kes pembelaan dan memerintahkan OKT memasuki bon kelakuan baik dengan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin untuk tempoh 3 tahun. Antara alasan yang dikemukakan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi dalam melepaskan OKT dengan bon kelakuan baik adalah kerana tiada apa apa bukti yang dikemukakan kepada mahkamah bahawa kedua dua pisau yang dijumpai dalam milikan responden (OKT) digunakan bagi apa apa maksud yang menyalahi undang undang. [17] Merujuk pula kepada kes rayuan Mahkamah Tinggi Muhammad Alif Hayyun Che Asdi V Pendakwaraya (2024) CLJU 1332, pertuduhan pertuduhan yag dikemukakan ke atas OKT adalah di bawah Seksyen 7
1
Akta Bahan Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 yang mana pada 11.11.2020 jam lebih kurang 11.45 malam, OKT telah ditangkap kerana ada dalam milikannya sebatang ekor pari berukuran lebih kurang 104 cm dan dua belah pedang berukuran 97 dan 60cm tanpa maksud yang sah. OKT di dalam kes ini telah mengaku salah atas kedua dua pertuduhan dan Hakim Sesyen telah mensabitkan OKT bersalah dan membuat perintah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dan melepaskan OKT dengan bon kelakuan baik dengan 1 jaminan sebanyak RM5,000 dan 1 orang penjamin untuk tempoh selama 3 tahun bagi setiap pertuduhan. Pihak pendakwaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dan YA Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Hakim Sesyen tidak tersilap apabila melepaskan OKT dengan bon kelakuan baik di bawah Seksyen 294 KTJ dan perintah yang diberikan adalah bersesuaian dengan keadaan kes. YA Hakim juga bersetuju dengan alasan Hakim Sesyen bahawa tidak ada apa apa keterangan yang menunjukkan senjata itu digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang undang. [18] Berkenaan dengan faktor kepentingan awam, mahkamah turut memandang serius berkenaan faktor ini dan ia menjadi salah satu faktor penting yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Mahkamah merujuk kepada kes yang tidak asing lagi iaitu Rex v Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164 yang telah memutuskan berkenaan prinsip kepentingan awam ini. In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. [19] Dalam menjatuhkan hukuman, fakta kes dan semua keterangan yang dibentangkan di mahkamah adalah sangat penting untuk dipertimbangkan. Keseriusan kesalahan, impak ke atas mangsa, kecederaan mangsa, keterangan tertuduh dan bagaimana kesalahan boleh dilakukan samada terdapat niat dan perancangan, semuanya akan dinilai oleh mahkamah. Sekiranya kes melibatkan mangsa yang lemah seperti kanak kanak dan wanita, orang tua dan kecederaan yang dialami adalah begitu teruk maka hukuman penjara yang akan dijatuhkan oleh mahkamah pasti lebih lama yang dimaksudkan sebagai pengajaran dan hukuman kepada OKT dan juga untuk mengasingkan OKT dari dunia luar untuk menjamin keselamatan orang awam yang lain dari pesalah kejam ini. [20] Berbanding fakta di dalam kes ini, tidak ada mangsa yang dicederakan dengan menggunakan pedang yang dirampas. Kesalahan kedua dua OKT adalah kerana memiliki pedang tersebut semasa Sekatan Jalanraya (SJR) yang diadakan oleh pihak polis. Jika mengikut keterangan bela diri OKT, pedang itu hendak dibuang kerana telah patah. Oleh kerana tidak ada keterangan dan maklumat lain yang menunjukkan bahawa akan ada pergaduhan besar atau telah pun berlaku pergaduhan yang mana OKT telah dilihat menggunakan senjata tersebut, maka pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pedang patah itu digunakan untuk sesuatu yang menyalahi undang undang. [21] Berkenaan dengan hukuman penjara mandatori minima 5 tahun yang ditetapkan oleh undang undang, mahkamah juga perlu mempertimbangkan kesan hukuman tersebut ke atas tertuduh. Mahkamah merujuk kepada kes Rahmat bin Razali v Public Prosecutor [2019] MLJU 927 yang telah membincangkan prinsip “crushing effect” ke atas tertuduh sekiranya hukuman penjara terlalu lama dikenakan. [39] The Appellant was charged pursuant to Section 39C (1)(b)of the Dangerous Drugs Act 1952. The sentence for an offence under Section 39C (1)(b) is imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years and shall be punished with whipping of not more than three strokes. [40] Based on the facts of this case, if the sentence is consecutive, the total number of years of imprisonment the Appellant would serve is 10 years. This would have a crushing effect on the Appellant and may not enable the Appellant to be rehabilitated and return to society. [41] A 10 year imprisonment term may turn the Appellant into a hardened criminal. This in turn would result in the Appellant not being able to return to society and assimilate with society. The Appellant would not have the opportunity to be reformed and rehabilitated. [42] Thus, this court is of the view that public interest would best be served if the Appellant is given the opportunity to rehabilitate and return to society. [43] Hashim Yeop Sani J in Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 1 MLRH 23 held : “The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living.” [22] Seterusnya berhubung dengan hukuman bagi OKT 1 yang bermula dari tarikh sabitan dan bukannya selepas hukuman penjara yang dijalani sekarang selesai, mahkamah juga merujuk kepada keputusan kes Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572: “In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle. Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive (see R v Saleem (1964) Crim LR 482; R v Walsh [1965] Crim LR 248). For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v PP [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita llal Hazra v Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236). The rule, however, is not absolute. As per Yong Pung How CJ said in Kanagasuntharam v PP [1992] 1 SLR 81 at p 83: The English courts have recognized that there are situations where consecutive sentences are necessary to discourage the type of criminal conduct being punished: see R v Faulkner (1972) 56 Cr App R 594, R v Wheatley (1983) 5 Cr App R (S) 417 and R v Skinner (1986) 8 Cr App R
s
(S) 166. The applicability of the exception is said to depend on the facts of the case and the circumstances of the offence. It is stated in broad and general terms and although it may be criticized as vague, it is necessary in such terms in order that the sentencer may impose an appropriate sentence in each particular case upon each particular offender at the particular time the case is heard. In explaining the totality principle His Lordship referred (at p 85) to the view of DA Thomas in Principles of Sentencing (2nd Ed) at pp57-58: The many decisions of the court in which the totality principle has been applied to explain the reduction of a cumulative sentence made up of correctly calculated individual parts suggest that the principle has two limbs. A cumulative sentence may offend the totality principle if the aggregate sentence is substantially above the normal level of sentence for the most serious of the individual offences involved, or if its effect is to impose on the offender a ‘crushing sentence’ not in keeping with his record and prospects. In this regard, reference is also made to Emmins on Sentencing, 2nd edn, p 151: It is well established that sentences must have regard to the total length of sentenced passed, particularly where consecutive sentences have been imposed, to ensure that the sentence properly reflects the overall seriousness of the behavior. There will be cases properly described as crushing the hope in the offender of reformation and a return to a desirable life but in which the offender has, by his criminal acts, forfeited any right to have his sentence reduced on that account (see Crowley and Garner v R [1991] 55 A Crim R 201). As O’Bryan J said in Vaitos v R [1981] 4 A Crim R 238 at p 301: I have some difficulty appreciating the concept that a richly deserved sentence not manifestly excessive, should be disturbed because the person upon whom the sentence is imposed may feel crushed by it. It is quite true that the applicant has to face a very long term of imprisonment before he will be released and because he is a comparatively young man, many of the best years of his life will be spent in custody. However, from the community point of view, his detention for a substantial period is necessary to protect females from his criminal behavior. Young CJ said in that case that the question of whether the sentence imposed is crushing cannot be answered mathematically by reference to the offender’s age and the length of sentence to be served but by the circumstances of the case.” [Emphasis added] [23] Begitu juga di dalam kes Prevendren a/l Subramaniam v Public Prosecutor [2021] MLJU 1863 yang mana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: [30] The facts reveal that there were two separate offences, heard before two different Sessions Court Judges. The facts of this case are that the total number of years the appellant would be imprisoned is 15 years. The appellant is currently 31 years old. After serving the 15 years sentence, the appellant would be 46 years old. … [32] In arriving at this decision, this court has considered factors to be taken into consideration before sentencing as provided in Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864 where the court stated: “[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” [32] Having heard, read and carefully considered the submissions of both the appellant and the respondent, this court allowed the appeal of the appellant. This court ordered that the imprisonment sentences for JA-62RS-7-03/2021 and JA-62RS-8-03/2021 be served concurrently. The total number of six strokes for both cases is to remain. [24] OKT 2 di dalam kes ini masih muda, berumur 27 tahun. Beliau tidak mempunyai rekod lampau jenayah yang lain dan sedang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Beliau menanggung ibunya dan juga bercadang untuk mendirikan rumahtangga. Mahkamah dapati OKT 2 juga tidak pernah gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes ini. Oleh itu mahkamah berpendapat peluang boleh diberikan kepada OKT untuk memulihkan diri di luar bersama keluarga dan cuba mengubah kehidupannya agar menjadi seorang insan yang lebib baik di masa hadapan. Sekiranya OKT 2 dimasukkan ke dalam penjara selama 5 tahun, ia boleh menyebabkan OKT terdedah dengan penjenayah penjenayah tegar yang lain dan mungkin menyebabkan dia belajar perkara perkara yang lebih buruk. [25] Bagi OKT 1 pula, beliau sedang menjalani hukuman penjara untuk tempoh yang lama bagi kesalahan lain. Jika mahkamah memerintahkan hukuman penjara 5 tahun bagi kes ini berjalan selepas hukuman penjara sekarang selesai, ia akan menjadi crushing effect ke atas OKT. Mahkamah berharap hukuman penjara sedia ada ini akan memberikan pengajaran dan keinsafan kepada OKT agar mengubah diri menjadi masyarakat yang lebih baik di masa hadapan. Sekiranya OKT dibiarkan terlalu lama di dalam penjara dan mungkin beliau telah insaf sekarang, ia akan membuatkan kehidupan OKT sia sia kerana hanya terkurung di dalam penjara. [26] Oleh itu berdasarkan kesemua alasan di atas, Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas kedua dua tertuduh adalah adil, wajar, dan munasabah setelah mahkamah mengambil kira keseluruhan keterangan dan fakta kes. Mahkamah berharap tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atas OKT 1 dan juga perintah bon kelakuan baik ke atas OKT 2 akan dapat memberikan keinsafan kepada kedua dua OKT untuk menjadi masyarakat yang lebih berguna kepada negara di masa hadapan. Bertarikh: 23.9.2024 Rohaida (ROHAIDA BINTI ISHAK) Hakim Sesyen Mahkamah Kuala Kangsar Perak.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.