18.1.2016, kuasa pentadbiran yang diberikan kepada kedua-dua pentadbir ini bagi mentadbir pusaka Kamin adalah bagi perkara – perkara yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam Senarai Aset & Tanggungan [33] Di dalam Senarai Aset dan Tanggungan jelas tertera seperti berikut: SENARAI ASET & TANGGUNGAN ASET A.HARTA TAK BOLEH ALIH B.HARTA BOLEH ALIH Wang Pampasan hasil daripada pengambilan RM836,595.00 setakat Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1969 9.6.2015 oleh Pihak Berkuasa Negeri yang disimpan di Amanah Raya Berhad Cawangan Shah Alam ke atas hartanah yang dikenali sebagai GM2749, Lot 2231, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Tempat Sungai Sub Negeri Selangor. C.TANGGUNGAN 33 [34] Oleh itu, pada tarikh 18.1.2016, geran dikeluarkan, pentadbiran yang diberi kuasa kepad Defendan dan Roslan adalah hanya berhubung Wang Pampasan hasil setakat 9.6.2015 RM836,595.00 daripada pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1969 oleh Pihak Berkuasa Negeri yang disimpan di Amanah Raya Berhad Cawangan Shah Alam ke atas hartanah yang dikenali sebagai GM2749,Lot 2231, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Tempat Sungai Sub Negeri Selangor. [35] Hartanah tersebut (GM 864. Lot 2242) tidak disenaraikan. Kaveat persendirian Defendan atas kapasiti pentadbir ekoran geran bertarikh 18.1.2016 telah dimasukkan oleh Defendan pada 2.3.2016. Oleh yang demikian, pada masa kaveat persendirian tersebut dimasukkan, Defendan tidak mempunyai sebarang kuasa/kapasiti undang-undang untuk bertindak sebagai Pentadbir pusaka Kamin terhadap hartanah tersebut kerana jelas kuasa Defendan dan Roslan tidak termasuk hartanah tersebut. [36] Menyedari keadaan ini, enam bulan kemudian kemudian Defendan telah memfailkan satu permohonan di dalam petisyen, di mana pada 2.8.2016 memohon untuk meminda Senarai Aset dan Tanggungan di dalam Geran Pentadbirannya untuk memasukkan hartanah tersebut. 34 [37] Walau apapun, apa yang jelas pada masa memasukkan Borang 19B pada 2.3.2016 dan membuat Akuan Berkanunnya pada 2.3.2016 Defendan tidak mempunyai kapasit / lokus sebagai Pentadbir Pusaka Kamin dan dalam keadaan ini, amatlah nyata dan jelas bahawa berdasarkan Borang 19B dan Surat Akuan Berkanun Defendan tersebut sahaja Defendan tidak layak untuk memasukkan Kaveat Sendirian tersebut atas hartanah tersebut. Defendan sememangnya tidak mempunyai kepentingan berkaveat ke atas hartanah tersebut. [38] Malahan di dalam kes ini apa dicerminkan oleh Defendan di dalam Borang 19B dan Surat Akuan Berkanunnya adalah membuat dakwaan terus terhadap si Mati 1 dan bukannya membangkitkan hak dan/atau kepentingan berkaveat di atas hartanah tersebut. [39] Di samping itu jika dilihat pindaan yang dipohon oleh Defendan, Defendan sebenarnya bukannya berminat kepada hartanah tersebut tetapi hanya berminat kepda wang pampasan yang akan diperolehi dari pengambilan tanah yang dilaksanakan kerajaan. Motif Defendan adalah semata-mata berbentuk kewangan. 35 CADANGAN PINDAAN SENARAI ASET & TANGGUNGAN ASET A.HARTA TAK BOLEH ALIH Setengah (1/2) bahagian hartanah yang dikenali sebagai GM 2242, Lot 864, Mukim Hulu Langat, yang bernilai lebih kurang Daerah Hulu Langat, Tempat Batu 13 ½, Sungai RM1,600,000.00 Sub Negeri Selangor. B.HARTA BOLEH ALIH Wang Pampasan hasil daripada pengambilan RM836,595.00 setakat Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1969 9.6.2015 oleh Pihak Berkuasa Negeri yang disimpan di Amanah Raya Berhad Cawangan Shah Alam ke atas hartanah yang dikenali sebagai GM2749, Lot 2231, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Tempat Sungai Sub Negeri Selangor. Jumlah Keseluruhan : RM2,436,595.00 C.TANGGUNGAN [40] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa telah menjadi prinsip-prinsip undang-undang mantap bahawa faktor 36 atau sebab kewangan bukan terjumlah sebagai suatu Kepentingan Berkaveat. (Sila lihat: Taipan Focus Sdn Bhd v Baiduri PJ Sdn Bhd [2005] 3 CLJ 73, yang mana Hakim Suriyadi telah menyatakan seperti yang berikut: “…suffice to say that a mere debt being monetarily based does not fall within the purview of an interest in land, and hence falls outside the realm of caveatable interest. Such debt does not relate to the land.)” G. Saman Pemula (BA-24-1371-12/2016 – Guaman 1371) [41] Berhubung hartanah tersebut, Mahkamah ini telah menyatakan di awal penghakiman perenggan 4.1 dan 4.2 bahawa: