Schedule
Jadual Pertama. Senarai kesalahan-kesalahan tersebut termasuklah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan khasnya Bab VI – Kesalahan Terhadap Negara, bermula daripada seksyen 121 hingga seksyen 130A seperti yang berikut: “JADUAL PERTAMA (Seksyen 3) KESALAHAN KESELAMATAN Kanun Keseksaan [Akta 574]: (i) Kesalahan di bawah Bab VI (ii) Kesalahan di bawah Bab VIA (iii) Kesalahan di bawah Bab VIB Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]: Kesalahan di bawah Bab IIIA Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770]” [18] Daripada peruntukan di atas, jelas menunjukkan bahawa kesalahan seksyen 124K KK sebagai salah satu ‘kesalahan keselamatan” di bawah SOSMA. PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 149 FASAL 1 [19] Bagi memahami lebih lanjut saling kaitan SOSMA, Kanun Keseksaan dan kesalahan keselamatan, Mahkamah ingin merujuk kepada peruntukan di bawah Perkara 149 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut: “(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar persekutuan: (a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau (b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap yang diPertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau (c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau (d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau (e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam persekutuan atau mana-maan bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya; atau (f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya, Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.” [20] Perkara 149 Fasal 1 telah menyenaraikan sebanyak 6 perkara (a hingga f) yang dianggap sebagai tindakan mengancam keselamatan negara. Walau bagaimana pun hanya 4 perkara (a, b, d, f) sahaja yang dimuatnaik ke dalam SOSMA di ruangan mukadimah Akta. [21] Diperturunkan mukadimah SOSMA sebagai rujukan seperti yang berikut: “Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan kententeraman awam dan keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Bahawasanya tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia- (1) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; (2) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap yang diPertuan Agong; (3) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau (4) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; Dan bahawasanya Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan; Maka, oleh yang demikian, menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan diperbuat oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: … [22] Merujuk kepada mukadimah SOSMA ini, apabila disilang rujuk kepada Perkara 149 Fasal 1, mendapati perenggan c dan e telah dikecualikan daripada menjadi sebahagian daripada SOSMA. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat, disebabkan oleh pengecualian ini, (perenggan c dan e), maka dapat disimpulkan bahawa perenggan c dan e ini tidak ditakdirkan menjadi salah satu daripada perkara yang dapat dihubungkaitkan dengan kesalahan keselamatan, bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam di dalam Malaysia. [23] Untuk menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut, Mahkamah merujuk kepada pendekatan yang digunakan dalam kes Public Prosecutor v. Khairuddin Abu Hassan & Anor [2017] MLRAU 90 yang diputuskan oleh YA Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan (pada masa itu) seperti berikut: “[28] Further, we agreed with the learned judge that in determining whether the offence under s 124L of the Penal Code is a security offence under SOSMA, the proper approach to be adopted is the purposive approach. … [33] From the statements by the Minister, it is clear that the purpose and objective of SOSMA is to combat terrorism.” [24] Dengan berbekalkan perkara di atas dalam fikiran, dan kes di hadapan Mahkamah ini, adakah peruntukan seksyen 124K KK, yang mana dianggap sebagai satu perbuatan ‘sabotaj terhadap perkhidmatan air’ tertakluk kepada definisi ‘terrorism’? Sekiranya jawapan (+), adakah ia secara automatik membolehkan SOSMA dikuatkuasakan terhadap Pemohon-Pemohon, maka kes ini perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, bukanlah di Mahkamah Sesyen. [25] Bagi menjawab persoalan ini, Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes yang diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan iaitu Zaidi Kanapiah v. ASP Khairul Fairoz bin Rozzuan & 3 Ors (and 2 Other Appeals) [2021] 4 MLRA 518. Di dalam kes ini, ia melibatkan pertuduhan di bawah seksyen 124L KK iaitu melakukan percubaan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. ‘Minority judgement’ oleh YAA Tengku Maimun Tuan Mat CJ adalah seperti berikut: “[26] To recapitulate, the charge against the respondents is for attempting to sabotage the banking and finacial servicesof the country. Under s 124L of the Penal Code, it is an offence to sabotange essential services. Banking and financial services is included in the definition of essential services. [27] … We therefore agreed with the learned judge that the offence under s 124 of the Penal Code for which the respondents are charge fall within Art 149(1)(e) of the Federal Constitution, namely an act “which is prejudicial to the maintenance or the functioning of any supply or services to the public or any class of the public in the Federation or any part thereof”. [28] Further, we agreedwith the learned judge that in determining whether the offence under s 124L of the Penal Code is a security offence under SOSMA, the proper approach to be adopted is the purposive approach … [29] … In this regard, the learned judge was of the view that ini interpreting SOSMA the court should be guided by the principle of giving full recognition to the fundamental rights and freedoms. We found no error in the approach taken by the learned judge. … [36] To reiterate, the preamble of SOSMA recites the action under paras (a), (b), (d) and (f) of Art 149 and not the action under paras (c) and (e) of cl (1) of Art 149 of the Federal Constitution. Whilst we found no ambiguity that SOSMA was enacted under Art 149(1)(a), (b), (d) and (f) of the Federal Constitution, we found ambiguity whether the charge against the respondents under s 124L of the Penal Code was intended by Parliament to be categorized as secruity offences under Art 149(1) of the Federal Constitution. … [38] The incorporation or the presence of s 124L in the First Schedule of SOSMA must not be looked at in isolation. Notwithstanding 2 124L being listed in the First Schedule of SOSMA, regard must be given to the overall scope, purpose and object of SOSMA. In our judgment, the inclusion of s 124L in the First Schedule does little to clarify the ambiguity as s 124L cannot change the scope, purpose and object of the enactment of SOSMA. SOSMA being a law which prescribes limitations on the liberty clauses must be construed religiously and any ambiguity must be resolved in favour of the respondents. … [43] The position is different though in the instant appeal. Given that s 124L of the Penal Code falls undere cl 1(e) of Art 149 of the Federal Constitution and in the light of the express exclusion of para (e) of the cl (1) of Art 149 of the Federal Constitution in the preamble of SOSMA, we found ambiguity whether Parliament had intended to categorize an offence under s 124L of the Penal Code as a security offence. Conclusion [44] Applying the principles of statutory interpretation as alluded to earlier, we agreed with the learned judge that the action which the respondents were alleged to attempt to commit falls within the ambit and purview of para (e) of Art 149(1) in the recital of SOSMA, Parliament could not have intended to designate such act as a security offence.” [26] Berdasarkan kepada keputusan kes Zaidi Kanapiah ini, Mahkamah tidak dapat lari daripada bersetuju dengan prinsip yang diketengahkan dalam kes tersebut bahawa kesalahan yang dipertuduhkan di bawah seksyen 124L KK dikecualikan sebagai salah satu kesalahan berhubung kait dengan SOSMA. Sekiranya terdapat sebarang kesamaran yang memungkinkan dua atau beberapa tafsiran (ambiguity) kepada niat Parlimen semasa SOSMA digubal, hendaklah memihak kepada Responden. [27] Begitu juga jika dilihat melalui tafsiran statut (‘statutory interpretation’), pengecualian perenggan (e) dalam Perkara 149 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan di mukadimah SOSMA, juga menunjukkan bahawa Parlimen sememangnya tidak mempunyai niat untuk memasukkannya sebagai salah satu perkara yang sepatutnya disenaraikan sebagai kesalahan keselamatan, di bawah SOSMA. [28] Seterusnya, keputusan kes Zaidi Kanapiah ini telah diikuti di dalam kes Nathan Rajandran v. PP [2022] 1 MLRA 707, di mana secara kebetulannya menyerupai fakta yang sama di dalam kes di hadapan Mahkamah ini. Ia melibatkan pencemaran air di Selangor. Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 124K KK di atas kesalahan sabotaj dengan niat mendatangkan mudarat kepada perkhidmatan air, yang mana berdasarkan seksyen 130A KK merupakan perkhidmatan utama. [29] Mahkamah di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa SOSMA tidak terpakai terhadap kesalahan di bawah seksyen 124K KK kerana perkhidmatan air terletak di bawah Perkara 149 Fasal 1(e) Perlembagaan Pesekutuan. “[10] From a reading of the above passages which we feel compelled to quote in extenso as it shows the comprehensive rationale of the Court, it is clear that SOSMA was enacted pursuant to art 149(1)(a), (b), (d) and (f) of the Federal Constitution. These pertained to actions to cause ciitzens to fear organized violance against persons, excite disffection, to procure the allteration of law and prejudicial to public order or security. However art 149(1)(e) was not recited in the pramble to SOSMA. That provisions reads: “Which is prejudicial to the maintenance or the functioning of any supply or service to the public or any class of the public in the Federation or any part thereof.” [11] The court then found that the offence created by s 124L of the Penal Code involved an action which fell under art 149(1)(e) and as it had been excluded in the pramble, there was ambiguity whether Parliament had intended to categorise an offence under s 124L of the Penal Code as a security offence. It also found that the presence of that section in the First Schedule must not be looked at in isolation where regard must be given to the overall scope, purpose and object of SOSMA. The purpose and objective of SOSMA was to combat terrorism. [12] We would adpot the approach taken in Khairuddin. Section 124K of the Penal Code under which the Applicant is charged, relates to sabotage of water services which the Applicant is charged, relates to sabotage of water services which is an essential service defined in s 130A (d)(a) of the Penal Code. It is an action which falls under art 149(1)(e) of the Federal Constitution “which is prejudicial to the maintenance of the functioning of any supply or service to …”. In the same vein as Khairuddin, when this has been excluded in the pramble, it follows that there is the same ambiguity as to whether s 124K is intended to be categorised as a security offence notwithstanding its inclusion in the First Schedule to SOSMA. [13] Further, the mere presence of s 124K of the Penal Code in the First Schedule to SOSMA must be looked at in the overall scheme of the purpose and object of SOSMA which has always been to combat terrorism. [14] We gratefully adopt the words in Khairuddin that: “SOSMA being a law which prescribes limitation on the liberty caluses must be constured religiously and any ambiguity must be resolved in favour of the respondents.” [15] We thus find that s 124K of the Penal Code does not fall within the ambit of SOSMA. It follows too that s 13 SOSMA does not apply and it does not behove on us to make any finding on its constitutionality otherwise. Section 388 CPC would apply in determining whether bail ought to be ganted.” [30] Dengan mengambil secara kolektif prinsip dan keputusan kedua-dua kes ini yang telah diputuskan di peringkat Mahkamah tertinggi di negara ini, (Zaidi Kanapiah v. ASP Khairul Fairoz bin Rozzuan & 3 Ors (and 2 Other Appeals) dan kes Nathan Rajandran v. PP), adalah selamat bagi Mahkamah menyimpulkan bahawa SOSMA tidak terpakai bagi kesalahan yang dituduh di bawah seksyen 124L dan 124K Kanun Keseksaan, walaupun ia melibatkan kemudaratan perkhidmatan awam. Penghakiman yang sama dalam kes Nivesh Nair a/l Mohan v. Dato’ Abdul Razak Bin Musa, Pengerusi Lembaga Pencegah Jenayah & 2 Ors [Rayuan Jenayah No.: 05(HC)-7-01/2020(W)] yang juga diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. [31] Tambahan lagi, walaupun kedudukan kedua-dua seksyen tersebut (124K dan 124L) terletak di bawah Bahagian Bab VI, di mana termasuk di bawah senarai Jadual Pertama SOSMA, namun selaras dengan ‘purposive approach’ yang telah digunapakai di dalam kes Public Prosecutor v. Khairuddin Abu Hassan & Anor, perbuatan sabotaj yang dikatakan itu, telah dikecualikan kuatkuasanya di bawah SOSMA berikutan daripada pengecualian perenggan (e). [32] Keputusan di dalam kedua-dua kes tersebut merupakan satu ‘good law’ hingga ke hari ini, memandangkan tiada sebarang rayuan difaikan untuk menggugat kedudukan kes-kes tersebut. Lagipula, ia merupakan kes yang telah diputuskan di peringkat Mahkamah Rayuan yang mana merupakan otoriti yang tertinggi sekaligus mengikat Mahkamah ini dan Mahkamah-Mahkamah bawahan. ADAKAH SEKSYEN 12 SOSMA TERPAKAI TERHADAP KESALAHAN YANG DITUDUH TERHADAP PEMOHON-PEMOHON [33] Peruntukan seksyen 12 SOSMA diperturunkan seperti yang di bawah: 12. Perbicaraan kesalahan keselamatan Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. [34] Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan dengan mendalam di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa kesalahan di bawah seksyen 124K Kanun Keseksaan ini tidak boleh dibiacarakan di Mahkamah Tinggi. Pandangan ini selaras dengan keputusan kes Nathan Rajandran v. PP, bilamana kes terhadap tertuduh telah dipindahkan daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam ke Mahkamah Sesyen Selayang Baru. [35] Oleh yang demikian, sewajarnya tindakan yang sama patut dilakukan terhadap Pemohon-Pemohon dalam kes di hadapan Makamah ini. Sewajarnya kes terhadap mereka dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor yang sememangnya mempunyai bidang kuasa wilayah untuk mendegar dan membicarakan kes tersebut, serta memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan prosiding dan pengurusan kes. KEPUTUSAN [36] Kesimpulannya, Mahkamah berpandangan SOSMA tidak terpakai untuk kesalahan di bawah seksyen 124K Kanun Keseksaan iaitu melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan air kerana ia adalah tertakluk di bawah Perkara 149(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang telah dikecualikan pemakaiannya di dalam SOSMA; [37] Secara automatiknya, peruntukan s. 12 SOSMA juga tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Pemohon-pemohon. Perbicaraan kes Pemohon-pemohon terhadap pertuduhan di bawah s. 124K Kanun Seksaan kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor. [38] Sehubungan dengan itu, permohonan Pemohon-pemohon adalah dibenarkan. Bertarikh 30 MEI 2025. tt Suriyati Hasimah Binti Mohd Hashim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 3 (Jenayah) Johor Bharu KAUNSEL Bagi pihak Pemohon-pemohon PEGUAMBELA PEGUAMCARA Natasha Parvena Loh Velu Tetuan Loh Velu & Partners Bagi pihak Responden TIMBALAN PENDAKWA RAYA Nor Azizah binti Aling Nadia binti Mohd Izhar Jabatan Peguam Negara