Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCvC-317-05/2025
WA-22NCvC-317-05/2025
High Court of Malaysia6 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCvC-317-05/2025
1
NAZLAN BIN BAHARUDIN (No. K/P: 570519-05-5871)
2
IZYAN LIYANA BINTI AZHAR (NO. K/P: 870703-56-5112) dan MUHAMMAD AFIQ BIN AZHAR (NO. K/P: 900311-14-6159) [Pentadbir harta pusaka AZHAR BIN AHMAT (NO. K/P: 650904- 07-5115), si mati yang telah meninggal dunia pada 17hb Januari, 2023]
3
TAN TOH NGUANG (No. K/P: 700205-13-5679)
4
DATIN RUPAWAN BINTI MOHD SHARIF (No. K/P: 711208-10-5110)
5
NIK MOHD ZAIDI BIN NIK MOHD ZAIN (No. K/P: 630130-03-5305)
6
AKIRA MORIWAKI
7
NOORHASYIMAWATI BINTI JALALUDIN (sebagai Pentadbir Harta Pusaka AHMAD AIDEI BIN JALALUDDIN, simati) (No. K/P: 770310-08-5988) 10/11/2025 12:41:18
8
YUSOFF BIN SAAD (No. K/P: 490712-02-5287)
9
LOW PEI FENG (No. K/P: 760429-14-5512)
10
SHIMATUL AIDA BINTI YUSOFF (No. K/P: 780815-14-5068)
11
MUN WENG SUM (No. K/P: 720604-14-5629)
12
RUBIAH BINTI A BAKAR (No. K/P: 760908-10-5470)
13
SARAHATUL BAHIAH BINTI YUSOFF (No. K/P: 740827-03-6014)
14
TAIB BIN AYOB (No. K/P: 620212-01-5085)
15
ALIZAH BINTI ALI (No. K/P: 580701-01-6202)
16
INDERJIT SINGH A/L SAUDAGAR SINGH (No. K/P: 461111-10-5959)
17
INDARJIT KAUR MUKER A/P LALL SINGH (No. K/P: 490508-10 -5810) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN MID QUANTUM SDN BHD (dahulu dikenali sebagai Nandex Development Sdn Bhd) (dalam Penggulungan) …DEFENDAN S/N GkiCRtxdrke0QUhsMvnnw ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 6 – Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan (d) KKM 2012)
1
Ini ialah alasan penghakiman saya berhubung dengan permohonan Defendan di Lampiran 6, iaitu permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 26 Mei 2025.
2
Defendan berhujah atas isu bahawa tindakan Plaintif adalah res judicata kerana isu yang sama telah diputuskan dalam Guaman No. WA-22NCvC-535-09/2022 (“Guaman 535”). Plaintif pula menegaskan bahawa tindakan ini bukan relitigation, tetapi pelaksanaan relif (consequential relief) atas deklarasi terdahulu.
3
Setelah meneliti Affidavit dan Penghujahan pihak-pihak, Mahkamah telah menolak permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan (d) KKM 2012.
4
Pada masa yang sama, Mahkamah telah seterusnya memutuskan bahawa tindakan utama Plaintif dalam Writ bertarikh 26 Mei 2025 ini telah diselesaikan sepenuhnya dan tiada lagi keperluan untuk perbicaraan penuh kerana Mahkamah mendapati bahawa isu substantif dalam Writ ini S/N GkiCRtxdrke0QUhsMvnnw telah pun selesai dari mula, iaitu apabila ia telah diputuskan dalam Guaman No. WA-22NCvC-535-09/2022 (“Guaman 535”) dan dianggap telah dilaksanakan secara muktamad melalui perintah pelaksanaan ini.
5
Defendan-Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan Notis Rayuan pada 4 November 2025.
6
Pada 28 September 2022, Plaintif telah memfailkan Guaman 535 terhadap Defendan, yang ketika itu berada dalam proses penggulungan.
7
Guaman 535 tersebut telah melalui suatu perbicaraan penuh, dan pada 20 Mac 2025, Mahkamah Tinggi telah memberikan penghakiman yang memihak kepada Plaintif. Antara lain, Mahkamah mengisytiharkan bahawa: “Plaintif-Plaintif telah membuat bayaran sepenuhnya kepada pihak Defendan berkenaan pembelian hartanah-hartanah Plaintif-Plaintif.”
8
Pada 15 April 2025, Defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. Walau bagaimanapun, tiada permohonan atau perintah penggantungan (stay of execution) diperoleh.
9
Dalam tindakan baharu ini (Guaman 317/2025), Plaintif menuntut relif-relif yang berikut:
a
supaya Defendan menyerahkan hak milik asal kepada
b
supaya Defendan menandatangani Borang 14A untuk memindahkan hakmilik strata kepada Plaintif masing-masing;
c
dan sekiranya Defendan enggan, supaya Penolong Kanan Pendaftar diberi kuasa menandatangani Borang 14A bagi pihak Defendan.
10
Defendan telah memfailkan Lampiran 6 ini untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif dengan alasan ia adalah remeh, menyusahkan dan dihalang oleh prinsip res judicata.
11
Isu utama yang timbul untuk keputusan Mahkamah adalah seperti yang berikut:
a
Sama ada tindakan Plaintif dalam Guaman 317 adalah dihalang oleh prinsip res judicata kerana ia dikatakan S/N GkiCRtxdrke0QUhsMvnnw berdasarkan kausa tindakan yang sama dengan Guaman 535; dan
b
Sama ada tindakan Plaintif ini sebenarnya adalah relif lanjutan (pelaksanaan) yang timbul daripada penghakiman deklaratori dalam Guaman 535. D. DAPATAN DAN ANALISIS MAHKAMAH
a
Prinsip Res Judicata - Sama ada tindakan Plaintif dalam Guaman 317 adalah dihalang oleh prinsip res judicata kerana ia dikatakan berdasarkan kausa tindakan yang sama dengan Guaman 535; dan
12
Undang-undang adalah mantap berkaitan dengan doktrin res judicata yang menghalang pihak daripada membangkitkan semula sesuatu kausa tindakan atau isu yang telah diputuskan secara muktamad.
13
Ia wujud dalam dua bentuk utama:
a
Cause of action estoppel – apabila suatu kausa tindakan telah diputuskan sepenuhnya dalam penghakiman terdahulu.
b
Issue estoppel – apabila sesuatu isu khusus telah diputuskan, maka pihak tidak boleh membangkitkannya semula.
14
Prinsip ini bertujuan memastikan kepastian dalam litigasi dan menghalang penyalahgunaan proses. Rujuk Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 MLJ 189.
15
Dalam hal ini, Mahkamah berpandangan bahawa relif yang dituntut dalam Guaman 317 ini merupakan suatu lanjutan (consequence) daripada deklarasi terdahulu. Ia tidak mewujudkan kausa tindakan baharu, sebaliknya menguatkuasakan keputusan yang telah diberikan dalam Guaman 535.
16
Sehubungan dengan itu, dalam keadaan ini, Mahkamah berpandangan bahawa tindakan Plaintif tidak boleh dianggap sebagai res judicata. Sebaliknya, ia adalah langkah yang wajar bagi menzahirkan hak yang telah diiktiraf.
b
Sama ada tindakan Plaintif ini sebenarnya adalah relif lanjutan (pelaksanaan) yang timbul daripada penghakiman deklaratori dalam Guaman 535.
17
Penghakiman bertarikh 20 Mac 2025 bagi Guaman 535 telah mengisytiharkan dengan jelas bahawa Plaintif telah melunaskan bayaran penuh harga pembelian di mana antara lain Mahkamah memutuskan bahawa – S/N GkiCRtxdrke0QUhsMvnnw “Plaintif-Plaintif telah membuat bayaran sepenuhnya kepada pihak Defendan berkenaan pembelian hartanah-hartanah Plaintif-Plaintif.”
18
Mahkamah mendapati ini ialah suatu penentuan fakta yang muktamad antara pihak-pihak. Maka, kesan penghakiman dalam Guaman 535 adalah kekal.
19
Dalam Guaman 317 ini, Plaintif tidak menuntut semula deklarasi pembayaran, sebaliknya menuntut relif pelaksanaan, iaitu supaya hak milik strata dipindahkan melalui Borang 14A.
20
Sehubungan dengan itu, Mahkamah selanjutnya berpandangan bahawa relif yang dituntut adalah lanjutan (consequence) daripada deklarasi terdahulu. Ia tidak mewujudkan kausa tindakan baharu, sebaliknya menguatkuasakan keputusan yang telah diberikan dalam Guaman 535.
21
Walaupun rayuan telah difailkan terhadap keputusan tersebut, tanpa perintah penggantungan, penghakiman tersebut terus kekal berkuat kuasa. Prinsip ini adalah selaras dengan prinsip yang telah diputuskan dalam kes Boustead Trading (1983) Sdn Bhd v Arab-Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 3 MLJ 331, di mana Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa sesuatu penghakiman adalah mengikat selagi tidak diketepikan atau digantung.
22
Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Defendan terikat dengan dapatan tersebut dan tidak boleh lagi menuntut bukti pembayaran tambahan sebagai syarat untuk menandatangani Borang 14A. Tindakan sedemikian adalah bercanggah dengan doktrin “finality” litigasi.
23
Dalam keadaan ini, Mahkamah memutuskan bahawa tindakan Plaintif tidak boleh dianggap sebagai res judicata. Sebaliknya, ia adalah langkah yang wajar bagi menzahirkan hak yang telah diiktiraf.
24
Sehubungan dengan itu, Mahkamah percaya bahawa hujahan Defendan yang menyatakan tindakan ini adalah remeh, menyusahkan dan membuang masa adalah tidak berasas. Defendan sepatutnya mematuhi penghakiman yang telah diberikan selagi tiada keputusan dan arahan Mahkamah Rayuan yang berlawanan berhubung dengan rayuan yang telah diputuskan.
25
Berdasarkan alasan yang dinyatakan tersebut, Mahkamah memutuskan seperti yang berikut:
a
Permohonan Defendan dalam Lampiran 6 adalah ditolak.
b
Mahkamah dengan ini memberi perintah muktamad bahawa Defendan, melalui pelikuidasinya, hendaklah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Perintah ini:
i
menyerahkan dokumen hakmilik asal hartanah kepada Pejabat Tanah; dan
II
(ii) menandatangani Borang 14A untuk memindahkan hakmilik strata kepada Plaintif-Plaintif;
III
(iii) Sekiranya Defendan atau pelikuidasi gagal berbuat demikian, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi ini diberi kuasa untuk menandatangani Borang 14A tersebut bagi pihak Defendan.
c
Dengan keputusan ini juga, tindakan utama Plaintif dalam Writ bertarikh 26 Mei 2025 ini telah diselesaikan sepenuhnya dan tiada lagi keperluan untuk perbicaraan penuh. Mahkamah mememutuskan bahawa isu substantif dalam Writ ini telah selesai melalui keputusan dalam Guaman 535 dan tindakan Writ dalam Guaman 317 ini hanyalah suatu platform untuk mendapatkan perintah pelaksanaan ke atas deklarasi bagi relif pelaksanaan kepada penghakiman Guaman 535 tersebut. Maka, Mahkamah memutuskan bahawa tiada lagi keperluan bicara penuh dan Writ ini dianggap S/N GkiCRtxdrke0QUhsMvnnw telah diputuskan secara muktamad melalui perintah pelaksanaan ini.
d
Kos permohonan ini diperintahkan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif sebanyak RM3,000.00. Bertarikh : 10 November 2025 ……………………………………………… (YA PUAN MAHAZAN BINTI MAT TAIB) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam Plaintif : Clinton Nicholas Gomez Tetuan Rajindar Singh Veriah & Co. Peguambela & Peguamcara Peguam Defendan :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.