Beban membuktikan Tidaklah menjadi perlu dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang untuk suatu kesalahan terhadap Akta ini, untuk menyangkal dengan keterangan apa-apa lesen, kebenaran, kuasa, atau lain-lain perkara kecualian atau pembelaan, dan beban membuktikan mana-mana perkara itu hendaklah terletak pada orang yang hendak membela dirinya itu. [34] Mahkamah mendapati kedua-dua Tertuduh tiada kuasa di bawah undang-undang untuk memiliki dadah tersebut. Mahkamah juga berpuas hati rantaian barang kes tidak terputus dan penandaan yang dibuat oleh arwah Pengadu adalah sempurna walaupun beliau tidak memberikan keterangan secara langsung di Mahkamah. Mahkamah berpuas hati elemen ketiga ini telah dibuktikan pihak Pendakwan. [35] Selepas selesai kes pendakwaan, dalam membuat pertimbangan, Mahkamah telah merujuk semula kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 (supra) di mana jika keterangan pihak pendakwaan adalah mencukupi untuk Tertuduh-Tertuduh dipanggil menjawab pertuduhan, maka kes prima facie telah dibuktikan. Mahkamah berpendapat keterangan pihak pendakwaan dalam kes ini hanya dapat dipatahkan melalui keterangan balas daripada pihak pembelaan. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan pihak Pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh dan sebagaimana S.173(h)(i) KTJ, Tertuduh-Tertuduh dipanggil membela diri. Tertuduh-Tertuduh memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan disoal balas pihak Pendakwaan. [36] Di peringkat ini sebagaimana Seksyen 173(m) KTJ, Mahkamah akan menimbangkan semula kesemua keterangan serta bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga pihak pembelaan untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh adalah melampaui keraguan yang munasabah. Pembuktian kes kekal di tangan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan tidak perlu membuktikan bahawa Tertuduh-Tertuduh tidak bersalah. Mahkamah akan membebaskan dan melepaskan Tertuduh-Tertuduh daripada pertuduhan sekiranya pembelaan ada membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, sebagaimana prinsip undang-undang mapan yang disebut dalam Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 dan Mohamad Radhi Bin Yaacob v PP [1991] 3 MLJ 169. [37] Dalam membangkitkan keraguan yang munasabah tersebut, pembelaan tidak boleh mengemukakan keterangan yang berbentuk fictitious, mere denials ataupun afterthought kerana keterangan-keterangan sedemikian tidak akan diterima oleh Mahkamah sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Liew Kaling v PP (1960) 26 MLJ 306 – “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable,' the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice… You will not, I am sure, allow yourselves to be bewildered or troubled by such a phrase. What it means is not some whimsical or fanciful doubt, which a person might conjure up for the purpose of creating a difficulty but such a doubt as would govern a man's course of action in some private affair of moment of his own.” [38] Tertuduh-Tertuduh pada peringkat pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ - “Although the burden of proof in criminal trial lies throughout in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt”. FAKTA KES PEMBELAAN [39] Tertuduh Pertama (SD1) dan Tertuduh Kedua (SD2) memberi keterangan secara konsisten tentang aktiviti mereka pada hari kejadian. Menurut SD1 pada 3-11- 2021 di antara jam 12 hingga 1 petang, SD1 telah meminjam kereta kawannya yang bernama Burn dengan tujuan untuk bersiar-siar bersama SD2 dan teman wanita masing-masing sempena Deepavali. SD1 dan SD2 telah berkawan baik sejak 5 tahun lalu kerana sebelum ini mereka tinggal berjiran di Flat Pandamaran, Klang. Jadi, selepas mendapat kereta tersebut, kira-kira jam 4 petang, SD1 telah mengambil SD2 dari rumahnya di Pandamaran dan berpatah balik ke rumah SD1 di i-City Kondo Seksyen 7 Shah Alam. SD1, SD2 dan teman wanita masing-masing telah menghabiskan masa di rumah SD1 sehingga jam 9 malam kemudian barulah SD1 dan SD2 keluar berdua menuju ke rumah nenek SD1 di Port Klang untuk sembahyang dan makan malam. Selepas itu, mereka pulang semula ke rumah SD1 di i-City Kondo di Seksyen 7 Shah Alam. Dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, SD1 yang memandu kereta tersebut telah berhenti di Shell Seksyen 7 (tempat kejadian) untuk mengisi angin tayar kereta tersebut. Ketika di stesen Shell, SD1 dan SD2 telah diserbu pihak polis dan selepas pemeriksaan ke atas mereka dan kereta tersebut, polis telah menemui dadah dalam kereta tersebut. SD1 dan SD2 menafikan ada pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut kerana SD1 telah meminjam kereta tersebut daripada rakannya, Burn yang tinggal di Kapar, Selangor. SD1 tidak mengetahui nama sebenar Burn. Namun, semasa di Penjara Sg. Buloh, SD1 ada berjumpa dengan Burn yang telah ditangkap untuk satu kes dadah yang lain, kira-kira 3 bulan sebelum hari perbicaraan kes ini. Apabila mendapat tahu nama sebenar Burn, SD1 telah memaklumkan peguamnya. [41] Mengenai hubungan SD1 dengan Burn, atau nama sebenarnya Kogolan Moorthy (SD3), keterangan SD1 dan SD3 adalah konsisten. Mereka berkenalan melalui rakan masing-masing yan bernama Tiagu dan telah berkawan sejak setahun sebelum tarikh kejadian dan sering berjumpa. SD3 hanya akan memperkenalkan dirinya sebagai Burn saja kepada rakan-rakannya termasuk SD1. Oleh itu SD1 tidak tahu namanya yang sebenar. Pada 3-11-2021 kira-kira jam 1 tengahari, SD3 telah meminjamkan keretanya iaitu Honda Stream Putih no. pendaftaran WWB 8327 kepada SD1 kerana SD3 memiliki 2 buah kereta dan meminjamkan salah satu kepada SD1. SD3 tahu SD1 meminjam kereta tersebut untuk digunakan pada hari Deepavali iaitu keesokan harinya. SD3 telah pergi ke rumah SD1 di Shah Alam dengan memandu kereta tersebut untuk mengambil SD1 di rumahnya. Kemudian SD1 menghantar semula SD3 ke rumah SD3 yang terletak di Kapar, Klang. Sejak hari itu, SD3 tidak berjumpa lagi dengan SD1 sehinggalah berjumpa semula ketika mendapat rawatan di klinik dalam Penjara Sg. Buloh kira-kira 3 bulan sebelum perbicaraan kes ini. [42] SD3 telah mengecamkan kunci kereta dan gambar kereta tersebut sebagai kereta miliknya namun mengakui kereta tersebut tidak didaftarkan atas namanya. SD3 mengakui telah membeli kereta tersebut tanpa dokumen daripada seorang penjual kereta berbangsa Cina sekitar September 2021. SD3 juga setuju no. pendaftaran yang diletakkan pada kereta tersebut juga bukan no. pendaftaran sebenar kereta tersebut dan setuju jika kereta tersebut mempunyai no. enjin dan no. chassis palsu. SD3 juga mengecamkan keadaan kereta tersebut yang pernah kemalangan dan mempunyai kesan calar di pintu belakang penumpang. [43] SD3 mengakui semasa pemeriksaan utama bahawa dia sememangnya menyimpan dadah syabu dalam kereta tersebut dan lupa memberitahu SD1 apabila meminjamkan kereta tersebut kepada SD1 pada 3-11-2021. : Apabila kamu meminjamkan kereta tersebut kepada Neshwin, adakah apa-apa barang salah dalam kereta tersebut? : Ya, ada. Saya lupa bagitahu Neshwin tentang perkara tersebut : Apakah barang salah tersebut? : Ice, syabu : Di manakah ianya disimpan? : Di poket kerusi penumpang sebelah driver : Ada berapa paket yang disimpan di belakang? : Ada 4 paket : Bagaimana 4 paket tersebut disimpan? : Saya simpan dalam plastik bag, plastik biasa berwarna biru. : Kalau saya tunjukkan gambar, boleh camkan? : Boleh : Saya rujuk kepada P4 (A-D). Apakah barang ini? : Ini adalah syabu yang saya simpan PB : Mohon direkodkan MAH : Pengecaman barang kes direkodkan melalui gambar : Bila kamu simpan barang itu dalam pocket seat kereta tersebut? : Pada 1/11/2021 : Kamu tak maklumkan kepada Neshwin perkara ini? : Ya : Kenapa? : Saya terlupa : Adakah mana-mana polis memanggil kamu untuk siasatan? : Tidak [44] SD3 juga fasih tentang nilai pasaran syabu pada ketika itu apabila menjawab pertanyaan peguam. Reaksi SD3 ini menimbulkan inferens yang dia sememangnya bercakap benar dan sememangnya dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut adalah miliknya. : Rujuk P4 gambar (D) - 4 paket plastik lutsinar. Harga pasaran bagi 1 paket itu berapa pada masa tersebut, jika kamu tahu? : RM500 1 paket [45] SD3 kini sedang menjalani reman sementara kesnya dibicarakan. Menurut SD3 dia telah ditangkap pada 24-1-2025 dan sedang direman untuk kes yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Klang. : Tadi kamu kata alamat tinggal kamu di Kapar, sekarang kamu di penjara Sg Buloh? : Ya : Kamu di penjara Sg Buloh ini untuk kes apa? : Atas kesalahan S.39B tapi dikurangkan ke S.39A(2), kesalahan menyimpan syabu. Masih reman, kes di Mahkamah Sesyen Klang. Tarikh akan datang pada 24/1/2025. Saya diwakili peguam dalam kes di sana. : Untuk kes di Klang itu kamu ditangkap bila? : 20/5/2024 : Dari 3/11/2021 hingga 20/5/2024 rumah kamu, masih sama di Kapar? : Betul [46] Mahkamah mendapati, penjelasan oleh pembelaan adalah munasabah kerana keterangan SD1 dan SD2 konsisten antara satu sama lain, manakala keterangan SD3 menyokong keterangan SD1. SD3 juga telah mengakui bahawa kereta tersebut adalah miliknya yang dipinjamkan kepada SD1 dan dadah dalam kereta tersebut adalah miliknya. Walaupun tiada keterangan dokumentari yang dikemukakan seperti rakaman percakapan Tertuduh-Tertuduh, geran kenderaan atau gambar CCTV untuk menyokong keseluruhan keterangan pembelaan, namun, keterangan saksi-saksi pembelaan yang saling menyokong ini membangkitkan penglibatan SD3 dalam kes ini sebagai pihak sebenar yang memiliki dadah dalam pertuduhan ini, oleh itu menimbulkan keraguan bagi elemen milikan dan pengetahuan. Tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa SD3 dikemukakan semata-mata untuk menyelamatkan Tertuduh-Tertuduh daripada pertuduhan di sini. Oleh itu keterangan SD3 adalah diterima sebagai keterangan yang kredible. Tambahan pula SD3 sedang berhadapan dengan suatu pertuduhan yang juga melibatkan pemilikan dadah. Tidak ada kewajaran bagi SD3 untuk berbohong dan menjadi pak sanggup bagi pemilikan dadah dalam kes di sini kerana pengakuan SD3 ini hanya akan menyusahkan dirinya sendiri. Mahkamah akur bahawa pihak pendakwaan telah tidak menyiasat kewujudan Burn di peringkat awal sebelum kes dibicarakan kerana tiada maklumat yang diperlukan untuk memulakan siasatan terhadap Burn. Mahkamah juga telah menyimpulkan di peringkat kes pendakwaan bahawa ketiadaan siasatan terhadap Burn tidak menjejaskan kes pendakwaan secara keseluruhannya. Namun, selepas mendengar kes pembelaan, Mahkamah mendapati, kewujudan Burn menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, kerana jika Burn disiasat dan dipastikan, bermakna terdapat akses terhadap kereta tersebut oleh orang lain selain Tertuduh-Tertuduh. Oleh itu sudah pasti Burn yang akan dituduh dan bukannya Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini. [47] Mahkamah akhirnya merujuk semula prinsip perundangan mapan selepas kes pembelaan iaitu Mat v PP [1963] LNS 82 tentang apakah yang perlu dilakukan oleh Mahkamah selepas mendengar kes pembelaan iaitu –