Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: PA-22NCVC-143-08/2020
PA-22NCVC-143-08/2020
High Court of Malaysia10 Nov 2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: PA-22NCVC-143-08/2020
1
1.
2
ENAPAK MARKETING SDN. BHD. (No. Syarikat: 1236087-A) ….. PLAINTIF-PLAINTIF
1
YEOH SENG ZHI (No. K/P: 880217-35-5119)
2
2.
3
SECK WEI WEN (No. K/P: 890902-14-6306)
4
QADIRA & QUESTA CONSULTING PLT (No. Syarikat: LLP0018077-LGN) ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kedua-dua plaintif melalui
Lampiran
Lampiran 7 memohon untuk membatalkan tuntutan balas defendan-defendan menurut Aturan 18 kaedah 19 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) dan juga untuk membenarkan relif perenggan 19 (i) dan (ii) Lampiran 2 jika mahkamah membatalkan tuntutan balas defendan-defendan tersebut. 2 Fakta [2] Dalam tuntutan substantif Plaintif pertama menyatakan dia telah dipujuk, didorong dan diperdayakan untuk melaburkan wang di dalam skim spekulasi pertukaran asing yang dikendalikan oleh defendan kedua yang merupakan isteri kepada defendan pertama. Bagi tujuan tersebut plaintif kedua perlu membuat pinjaman sebanyak RM350,000.00 daripada defendan pertama di bawah satu perjanjian bertarikh 15.1.2019 di mana plaintif pertama bertindak sebagai penjamin. Perjanjian ini memperuntukkan defendan pertama boleh meminta plaintif membayar kembali wang pinjaman ini dengan mengisukan dua bulan notis dan plaintif hendaklah membuat bayaran dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh notis tersebut. Faedah sebanyak 1.5% sebulan akan dikenakan hanya jika plaintif gagal menyelesaikan pinjaman dalam tempoh tersebut. [3] Pada 31.1.2019 plaintif pertama telah menandatangani satu surat melantik defendan keempat bagi memberikan perkhidmatan perunding pemasaran bagi tempoh setahun. Plaintif dikenakan bayaran fi sebanyak RM10,500.00 sebulan dan boleh dinaikkan bergantung kepada skop tugasan. Plaintif menyatakan kesemua wang tersebut diserahkan kepada defendan kedua untuk pelaburan spekulasi tersebut dan tambahan kepada itu plaintif dikehendaki membayar RM10,500.00 yang dikatakan sebagai fi tetapi sebenarnya faedah ke atas pinjaman tersebut. Plaintiff juga mengatakan bahawa mereka telah mengeluarkan wang sendiri berjumlah RM350,000.00 kepada defendan pertama, kedua dan ketiga bagi tujuan yang sama. Menurut plaintif lagi kesemua wang tersebut telah habis digunakan oleh defendan-defendan. 3 [4] Plaintif mengatakan bahawa perjanjian bertarikh 15.1.2019 itu merupakan satu perjanjian pinjaman wang yang bertentangan dengan undang-undang kerana defendan-defendan tidak mempunyai lesen meminjam wang dan bukan merupakan pelabur yang sah. Plaintif menuntut tabir korporat diangkat dan mengatakan dia ditipu serta defendan-defendan telah melakukan pecah amanah ke atas wang yang dilaburkan. Plaintif turut mengatakan defendan pertama telah memfitnahnya sebagai seorang yang penipu dan penjenayah. [5] Menurut pernyataan tuntutan plaintif, plaintif menuntut di antara lainnya, perjanjian bertarikh 15.1.2019 itu tak sah di bawah seksyen 17 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (“Akta 400”) dan perjanjian konsultasi bertarikh 31.1.2019 juga tak sah; pemulangan wang RM10,500.00 dan RM700,000.00 dan pampasan kerugian sebanyak RM35,000,000.00. [6] Defendan pertama di dalam pembelaannya menyatakan plaintif sebenarnya telah meminta pinjaman secara berperingkat dan keseluruhan jumlah pinjaman ialah RM900,000.00 dan hanya telah membayar RM100,000.00 dan masih berhutang sebanyak RM800,000.00 dan bersama-sama defendan-defendan lain menafikan lain-lain pengataan plaintif. Defendan pertama mengemukakan tuntutan balas menuntut plaintif-plaintif membayar baki pinjaman dan gantirugi. Defendan-defendan kedua, ketiga dan keempat di dalam tuntutan balas mereka menuntut gantirugi. 4 Lampiran 7 [7] Plaintif-plaintif memohon untuk membatalkan kesemua tuntutan balas yang dikemukakan oleh defendan-defendan berdasarkan perjanjian bertarikh 15.1.2019 merupakan perjanjian pinjaman wang yang tak sah dan perjanjian konsultasi tersebut sebenarnya bagi pembayaran faedah kepada pinjaman tersebut. Plaintif-plaintif juga mengatakan bahawa pinjaman hanya berjumlah RM350,000.00 sahaja. [8] Peguam terpelajar bagi pihak plaintif menghujahkan tiada bukti dikemukakan bagi menyokong pinjaman selain daripada perjanjian bertarikh 15.1.2019 ynag berjumlah RM350,000.00 dan bentuk konsultasi yang diberikan kepada plaintif-plaintif. Beliau juga menghujahkan memberi pinjaman tanpa lesen dan mengenakan faedah 1.5% sebulan melanggari Akta 400. Rujukan dibuat kepada kes Soh Eng Keng v. Lim Chin Wah [1979] 2 MLJ 91 dan Suu Lin Chong v. Lee Yaw Seong [1979] 2 MLJ 48 di mana plaintif di dalam kes-kes ini tidak boleh menuntut wang pinjaman berdasarkan perjanjian yang tak sah. Oleh itu beliau menghujahkan tuntutan balas defendan-defendan tidak boleh dikemukakan atau dipertahankan. [9] Peguam terpelajar bagi pihak defendan-defendan menghujahkan pinjaman-pinjaman yang diberikan keseluruhannya berjumlah RM900,000.00 tersebut adalah satu pinjaman persahabatan. Plaintif juga meminta defendan-defendan memberikan perkhidmatan konsultasi untuk memperbaiki perniagaannya. Sama ada pinjaman tersebut melanggari Akta 400, plaintif mempunyai beban untuk membuktikannya begitu juga dengan sama ada perkhidmatan konsultasi ada diberikan. Rujukan dibuat kepada kes BBC Estate V Sdn Bhd & Ors v TR Madel anak Kandou & 5 Ors [2008] 6 MLJ 285. Isu-isu ini harus dibicarakan dan ini merupakan persoalan fakta. Rujukan dibuat kepada kes Pan Global Equities Sdn Bhd & Anor v. Taisho Company Sdn Bhd [2005] 3 CLJ 734. Keputusan [10] Dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 MLJ 1 di ms.15 Ramly Ali HMP menyatakan: “The tests for striking out application under O 18 r 19 of the ROC, as adopted by the Supreme Court in Bandar Builder are, inter alia, as follows: (a) it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under the rule; (b) this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable ’(Emphasis added); (c) it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence; and (d) if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 of the ROC; and (e) the court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. 6 The Court of Appeal, in Sivarasa Rasiah & Ors v Che Hamzah Che Ismail & Ors [2012] 1 MLJ 473, had adopted the well settled principle of striking out in the following passage: A striking out order should not be made summarily by the court if there is issue of law that requires lengthy argument and mature consideration. It should also not be made if there is issue of fact that is capable of resolution only after taking viva voce evidence during trial, (see Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 2 MLJ 565 (Federal Court))… The basic test for striking out as laid down by the Supreme Court in Bandar Builder is that the claim on the face of it must be ‘obviously unsustainable’. The stress is not only on the word ‘unsustainable’ but also on the word ‘obviously’ i.e. the degree of unsustainability must appear on the face of the claim without having to go into lengthy and mature consideration in detail. If one has to go into lengthy and mature consideration in detail of the issues of law and/or fact, then the matter is not appropriate to be struck out summarily. It must be determined at trial.”. Dalam kes Middy Industries Sdn Bhd v. Arensi-Marley (M) Sdn Bhd [2013] 3 MLJ 511 di ms. 516 Ramly Ali HMR (beliau ketika itu) menyatakan: The words 'frivolous or vexatious' generally refer to a groundless action or statement with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action. In considering whether any proceedings were vexatious or frivolous, one is entitled to and ought to look at the whole history of the matter and it is not to be determined by whether the pleading discloses a cause of action or not (see Attorney General of Duchy of Lancaster v London & North Western Railway Co [1892] 3 Ch 274; and Re Vernazza [1959] 2 All ER 200). It was decided in the above cases that 'frivolous or vexatious actions mean cases which are obviously frivolous or vexatious or obviously unsustainable'.”. 7 Di ms.517 beliau menyatakan: “The phrase 'abuse of process' under r 19(1)(d) signifies that the process of the court must be used bona fide and properly and must not be abused. It includes consideration of public policy and interest of justice. The court will prevent any improper use of its machinery. It will prevent the judicial process from being used as a means of vexation and oppression in the process of litigation. The categories of conduct rendering a claim frivolous, vexatious or an abuse of process are not closed and will depend on all the relevant circumstances of the case. If an action was not brought bona fide for the purpose of obtaining relief but for some other ulterior or collateral purpose, it might be struck out as an abuse of the process of the court (see Gabriel Peter & Partners (Suing as a Firm) v Wee Chong Jin& Ors [1998] 1 SLR 374 and Lonrho plc v Fayed (No 5) [1993] 1 WLR 1489).”. [11] Jika jelas sesuatu kontrak itu bertentangan dengan undang-undang dan pihak-pihak tidak menafikan mahkamah boleh membatalkan tuntutan ataupun tuntutan balas. Mahkamah Rayuan di dalam Norihan Talib & Ors v. Mohd Nasir Hassan & Ors [2018] 2 CLJ 66 di mana Mary Lim HMR (beliau ketika itu) menyatakan di ms 75: “[21] Further, an application to strike out a claim will be allowed where it is successfully shown that it is a plain and obviously unsustainable case to proceed to trial; where such a trial will yield no other answers or concerns other than what is patently already before the court at this interlocutory stage of the proceedings. [22] Thus, when considering such applications, the court is actually invited to consider whether, on the face of the pleadings, the contents of which are assumed to be true, the court is prepared to say that the plaintiffs ’claim or cause of action is obviously unsustainable. If the answer is in the affirmative, the court must strike out the claim. In Harapan Permai Sdn Bhd v. Sabah Forest Industries Sdn Bhd [2011] 1 CLJ 285, the Court of Appeal, citing Diplock LJ in 8 Letang v. Cooper [1965] 1 QB 222 explained that the expression “reasonable cause of action” means “… simply a factual situation the existence of which entitles one person to obtain from the court a remedy against another person”. Otherwise, the claim, however weak, must be allowed to proceed.”. [12] Tanpa perlu merujuk kepada afidavit-afidavit yang difailkan adalah jelas bagi saya berdasarkan pernyataan tuntutan plaintif dan pernyataan pembelaan serta tuntutan balas terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan. Isu ketaksahan perlu dibicarakan lebih-lebih lagi sama ada perjanjian bertarikh 15.1.2019 itu suatu perjanjian yang melanggar undang-undang begitu juga sama ada ada terdapat perkhidmatan konsultasi diberikan. Begitu juga sama ada perjanjian konsultasi tersebut sebenarnya bagi faedah ke atas pinjaman tersebut atau sebaliknya. Fakta di dalam kes ini dipertikaikan oleh kedua-dua pihak terutamanya jumlah pinjaman. [13] Berdasarkan alasan-alasan di atas saya memutuskan untuk menolak Lampiran 7 dengan kos. (TUN ABD MAJID BIN DATO’ HAJI TUN HAMZAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang Tarikh: 9 Januari 2022 9 Peguamcara-Peguamcara:- Peguamcara Pihak Plaintif TETUAN ISMAIL, KHOO & ASSOCIATES Peguambela dan Peguamcara Unit 9-11, Tingkat 4, Premier Centre No. 253G, Jalan Burmah 10050 Georgetown PULAU PINANG Tel : 04-2263363 Faks : 04-2260522 Peguamcara Pihak Defendan-Defendan TETUAN VIVIAN & SHIN Peguambela dan Peguamcara No. 31-8-11, THE CEO Lebuh Nipah 5, Jalan Sungai Nibong 11950 Bayan Lepas PULAU PINANG Tel : 04-6885118/016-5251811 Faks : 03-62076747
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.