Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES SAMAN NOMBOR: JC-85-68-04/2025
JC-85-68-04/2025
Magistrates Court of Malaysia18 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Would it make sense for a child to be ordered to pay a fine of more than RM2,000 for the same offence?... [37] It is the humble of view of this court that this cannot be the intention of Parliament. Although Child Act 2001 is the specific legislation in this revision application, however it cannot stand independently w”
“2] 1 MLRH 63; [2022] 1 CLJ 163; [2022] 1 AMEJ 1691 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[33] Section 323 of the Penal Code provides for a maximum fine of RM2,000, while para. 91(1)(d) of the Child Act 2001 allows the learned Magistrate to impose a fine. Paragraph 91(1)(d) of the Child Act 2001, does not however”
“the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be de”
“who are also first offenders, should be kept out of prison, if possible...". This principle must be reviewed after taking into account the nature of the offence committed by the appellant, the Age of Majority Act 1971, and the increase in the crime rate committed by young offenders between the ages of 18 years - 21 yea”
“ni, Mahkamah merujuk kepada kes KN (A Child) & Anor v PP [2022] 8 MLJ 191; [2022] 1 MLRH 63; [2022] 1 CLJ 163; [2022] 1 AMEJ 1691 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[33] Section 323 of the Penal Code provides for a maximum fine of RM2,000, while para. 91(1)(d) of the Child Act 2001 allows the learned Magistra”
“hukuman yang ringan dan Mahkamah seharusnya turut perlu mengimbangi faktor kepentingan awam dengan menilai keseriusan kesalahan. Dalam memberi amaran ini, Mahkamah dalam kes Veerian T Latchmanen v PP [2001] MLJU 499; [2001] 3 MLRH 236; [2001] 7 CLJ 466; [2001] 4 AMR 4286 memutuskan bahawa:- “Thus, this court is of the”
“21. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan sokongan YA Datuk Abdul Malik Ishak JCA dalam kes Mahkamah Rayuan Sinnathurai Subramaniam v PP [2011] MLJU 1582; [2011] 1 MLRA 229; [2011] 5 CLJ 56; [2011] 4 AMR 312 di mana Yang Arif memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality o”
“bukan sahaja menjimatkan masa kesemua pihak malah telah menjimatkan kos pendakwaan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Shuk Dev Oli (Warganegara Nepal) v PP [2014] MLRHU 70; [2014] 1 LNS 103; [2014] AMEJ 0246 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[18] Mahkamah ini tidak menafikan kepentingan awam hendaklah mend”
“bacakan kepada mereka. Perkara ini bukan sahaja menjimatkan masa kesemua pihak malah telah menjimatkan kos pendakwaan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Shuk Dev Oli (Warganegara Nepal) v PP [2014] MLRHU 70; [2014] 1 LNS 103; [2014] AMEJ 0246 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[18] Mahkamah ini tidak menafi”
“k langsung akan menyebabkan peningkatan kes-kes tertunggak, yang nyata akan bertentangan dengan kepentingan awam. Perkara ini ada dinyatakan dalam kes PP v Khairil Anwar Abdul Rahim [2016] 3 MLJ 458; [2016] MLRAU 201; [2016] 1 LNS 403; [2016] 3 AMR 821 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:- “[16] Neverthe”
“34. Faktor ini merupakan faktor relevan untuk dipertimbangkan Mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes Stanley Layang Nyandang v Deputy Public Prosecutor [2018] MLJU 1623; [2018] MLRHU 1317; [2018] CLJU 1661. Menurut fakta kes tersebut, Tertuduh telah melakukan kesalahan merogol pada tahun 2013 ketika berusia 16 tahun”
“34. Faktor ini merupakan faktor relevan untuk dipertimbangkan Mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes Stanley Layang Nyandang v Deputy Public Prosecutor [2018] MLJU 1623; [2018] MLRHU 1317; [2018] CLJU 1661. Menurut fakta kes tersebut, Tertuduh telah melakukan kesalahan merogol pada tahun 2013 ketika berusia 16 tahun”
“34. Faktor ini merupakan faktor relevan untuk dipertimbangkan Mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes Stanley Layang Nyandang v Deputy Public Prosecutor [2018] MLJU 1623; [2018] MLRHU 1317; [2018] CLJU 1661. Menurut fakta kes tersebut, Tertuduh telah melakukan kesalahan merogol pada tahun 2013 ketika berusia 16 tahun”
“28. Malah, perkara sama diputuskan Mahkamah dalam kes PP v Hidayatul Akmal Azman [2020] 7 MLJ 447; [2019] MLRHU 882; [2020] 1 CLJ 562, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[47] This court is of the view that it is in public interest the respondent should be given the opportunity to be a good citizen and r”
“S-OKS adalah pesalah pertama, maka hukuman pemenjaraan adalah tidak sesuai dalam kes ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v PP [2020] MLRHU 1002; [2020] 1 LNS 349; [2020] AMEJ 0279 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “21. Hukuman denda sepatutnya diberikan keutamaan dalam kes ini. M”
“kodkan sabitan bagi OKS-OKS yang dituduh di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan setelah mempertimbangkan fakta kes secara menyeluruh sebagaimana dilaporkan sebagai PP v Muhammad Fiqry Jafri & Satu Lagi [2020] MLJU 1017; [2020] MLRSU 30; [2020] SMCU 12. Keputusan tersebut kemudiannya disahkan dalam rayuan ke Mahkamah Ting”
“usia muda OKS-OKS dan fakta bahawa OKS-OKS adalah pesalah pertama, maka hukuman pemenjaraan adalah tidak sesuai dalam kes ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v PP [2020] MLRHU 1002; [2020] 1 LNS 349; [2020] AMEJ 0279 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “21. Hukuman denda sepatutnya”
“mengambil kira kemampuan OKS-OKS dalam membayar denda sekiranya Mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman denda terhadap pesalah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Baharudin Mat Nor v PP [2020] MLRHU 601; [2020] 7 CLJ 388 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- **Note : Serial number will be used to v”
“i OKS-OKS yang dituduh di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan setelah mempertimbangkan fakta kes secara menyeluruh sebagaimana dilaporkan sebagai PP v Muhammad Fiqry Jafri & Satu Lagi [2020] MLJU 1017; [2020] MLRSU 30; [2020] SMCU 12. Keputusan tersebut kemudiannya disahkan dalam rayuan ke Mahkamah Tinggi sebagaimana dil”
“tuduh di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan setelah mempertimbangkan fakta kes secara menyeluruh sebagaimana dilaporkan sebagai PP v Muhammad Fiqry Jafri & Satu Lagi [2020] MLJU 1017; [2020] MLRSU 30; [2020] SMCU 12. Keputusan tersebut kemudiannya disahkan dalam rayuan ke Mahkamah Tinggi sebagaimana dilaporkan sebagai P”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES SAMAN NOMBOR: JC-85-68-04/2025
1
1.
2
2.
3
NG JIA XIN LIM SONG YIN ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ALASAN PENGHAKIMAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------
1
Orang kena saman-orang kena saman (selepas ini dirujuk sebagai “OKS-OKS”) dalam kes ini disaman ke Mahkamah ini pada 18.4.2025 di atas satu pertuduhan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan seperti berikut:- PERTUDUHAN:- "Bahawa kamu bersama-sama dan seorang yang masih bebas, pada 2.12.2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, bertempat di Kedai Makan & Minuman alamat Jalan Setia Jaya, Taman Setia Jaya, 83000 dalam Daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor Darul Takzim dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Ching Yonshin KPT:xxxxx-xx-xxxx. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman-Penjara selama tempoh yang boleh sampai satu tahun, atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000.00 atau dengan kedua-duanya.”
2
Pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada OKS-OKS dan diterangkan kepada OKS-OKS. OKS-OKS telah mengaku bersalah terhadap Pertuduhan tersebut. Mahkamah telah berpuas hati bahawa OKS-OKS memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah, terutama mengenai hukuman yang bakal dikenakan sebagaimana dinyatakan di bawah undang-undang.
3
Seterusnya, fakta kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan ditandakan sebagai eksibit P1. Setelah dibacakan dan diterangkan kepada OKS-OKS, OKS-OKS mengaku benar fakta kes tersebut. Fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah seperti berikut:- “Pada 2/12/2020 jam lebih kurang 4.16 petang, pengadu membuat laporan polis menyatakan telah dipukul oleh 4 lelaki cina di kedai makan & minuman alamat Jalan Setia Jaya, Taman Setia Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor. Pengadu mengalami kesakitan di bahagian kepala, mulut, hidung dan tangan. Siasatan mendapati pada 2/12/2020 jam lebih kurang 12.30 tengah malam, semasa pengadu berada di kedai Makan & Minuman beralamat Jalan Setia Jaya, Taman Setia Jaya, Batu Pahat telah didatangi oleh Tertuduh dan terus memukul pengadu di bahagian kepala dan anggota badan. Hasil siasatan mendapati Tertuduh mengaku telah memukul pengadu sehingga menyebabkan kecederaan. Laporan Perubatan mengesahkan pengadu mengalami kecederaan “Mild Head Injury & Displaced Fracture CF Blu Nasal Bone & Comminuted Frat of the Nasal Septum”. Kawad cam juga telah dilakukan dan pengadu camkan kesemua Tertuduh. Oleh yang demikian, Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
4
OKS-OKS juga telah mengakui benar kesemua eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah berpuas hati bahawa OKS-OKS mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah OKS-OKS diterima dan OKS-OKS didapati bersalah atas 1 kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
5
Dalam rayuan mitigasinya, OKS-OKS melalui Peguam mereka berhujah bahawa semasa kejadian, ketiga-tiga OKS masih kanak-kanak, iaitu masing-masing 17, 16 dan 15 tahun. Peguam berhujah bahawa pada masa ini, OKS pertama berusia 22 tahun, telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak serta bekerja sebagai penjual nasi ayam. Peguam berhujah bahawa OKS pertama adalah penanggung utama keluarga memandangkan isteri tidak bekerja.
6
OKS kedua pula berusia 21 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai kopi dengan pendapatan RM1,800.00. OKS ketiga berusia 20 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai telefon dengan pendapatan RM1,800.00 sebulan.
Preamble
Menurut peguam, OKS ketiga dibesarkan oleh ibu tunggal dan OKS ketiga kini menanggung ibunya. Peguam merujuk kepada seksyen 83 Akta Kanak-kanak 2001, dimana sekiranya OKS-OKS adalah kanak-kanak pada waktu kejadian tetapi dituduh setelah mereka mencapai usia dewasa, Mahkamah mempunyai budi bicara di bawah seksyen tersebut untuk memerintahkan sebarang perintah bersesuaian sebagaimana dinyatakan dalam seksyen tersebut.
7
Peguam juga memohon Mahkamah untuk mempertimbangkan fakta kes di mana kejadian ini berlaku pada tahun 2020 dan walaupun 5 tahun telah berlalu, ketiga-tiga OKS telah mematuhi arahan Pegawai Penyiasat Warisan untuk menghadirkan diri ke Mahkamah menghadapi pertuduhan terhadap mereka dan tidak melarikan diri dari tanggungjawab mereka. Peguam berhujah bahawa memandangkan kejadian adalah pada masa mereka masih kanak-kanak, maka OKS-OKS memohon Mahkamah untuk mengenakan denda yang minima sebagai pengajaran. Peguam OKS-OKS juga merujuk kepada seksyen 83(3) Akta Kanak-kanak 2001 yang membolehkan Mahkamah mengenakan perintah di bawah seksyen 91(1) Akta Kanak-kanak 2001. Dengan demikian, OKS-OKS tidak sepatutnya disabitkan atas satu kesalahan.
8
Pihak pendakwaan berhujah bahawa pertuduhan terhadap OKS-OKS dibacakan apabila OKS-OKS bukan lagi kanak-kanak dan walaupun kes telah berlaku pada tahun 2020, pihak pendakwaan memohon Mahkamah melihat kepada keseriusan kecederaan dan memohon Mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran. Pihak pendakwaan mengesahkan bahawa OKS-OKS tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.
9
Setelah mempertimbangkan rayuan mitigasi OKS-OKS dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan, dan setelah mengambil kira fakta kes secara menyeluruh, Mahkamah telah mensabitkan OKS-OKS di atas satu kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan seterusnya memerintahkan setiap OKS dikenakan denda RM1,200.00 gagal bayar 1 bulan penjara. SAMA ADA PEMAKAIAN SEKSYEN 83 AKTA KANAK-KANAK 2001 MENGHALANG MAHKAMAH DARI MEMERINTAHKAN SABITAN KE ATAS
10
Sebagaimana fakta yang tidak dipertikaikan, semasa kejadian ini berlaku, kesemua OKS masih lagi kanak-kanak. Cuma, kesemua mereka dituduh setelah mencapai umur dewasa masing-masing 22 tahun, 21 tahun dan 20 tahun. Dalam hal ini, seksyen 83(3) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan bahawa:- “(3) When an offence is committed by a child but a charge in respect of that offence is made against the child after he has attained the age of eighteen years, the charge shall be heard by a Court other than a Court For Children and that other Court may exercise the power mentioned in paragraph
2
(a), (b) or (c).
11
Maka, apabila sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak hanya dituduh setelah kanak-kanak tersebut telah mencapai usia dewasa, Mahkamah boleh menggunakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 83(2)(a),(b) dan (c) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu:-
a
exercise the power under section 76; (iaitu kuasa menghantar ke sekolah Henry Gurney);
b
exercise the power under paragraph 91(1)(a), (b), (c), (d) or (da); (iaitu:-
a
memberikan amaran kepada dan melepaskan kanak-kanak itu;
b
melepaskan kanak-kanak itu apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
c
memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan sesuai-
i
selama apa-apa tempoh yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah; dan
II
(ii) dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
d
memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos; (da) membuat perintah khidmat masyarakat); or
c
if the offence is punishable with imprisonment, impose any term of imprisonment which could be awarded by a Sessions Court.”
12
Mahkamah merujuk kepada hujahan peguambela bahawa memandangkan seksyen 83(3) Akta Kanak-kanak 2001 membolehkan Mahkamah memberi perintah di bawah seksyen 91(1) Akta yang sama, maka Mahkamah tidak seharusnya memerintahkan sabitan terhadap
13
Mahkamah kurang bersetuju degan hujahan peguambela kerana pertamanya, pembacaan seksyen 83(3) Akta Kanak-kanak 2001 menunjukkan bahawa Mahkamah boleh (“may”) menggunakan kuasa-kuasa di bawah seksyen 83(2) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu antara lain mengeluarkan mana-mana perintah di bawah seksyen 91(1)(a),(b),(c),
d
dan (da). Namun, penggunaan perkataan boleh (may) menunjukkan perkara tersebut bukan mandatori dan adalah atas budi bicara Mahkamah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Perbadanan Nasional Insurans Sdn Bhd v Pua Lai Ong [1996] 3 MLJ 85; [1996] 1 MLRA 308; [1996] 3 CLJ 321; [1996] 3 AMR 2869 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “The word 'must' as opposed to 'may' is used in the rule, and we interpret that to mean as implying a peremptory mandate as opposed to a mere direction or discretion as the word "may" implies. We equate the meaning of the word "must" as that given to the word "shall" and for that reason the choice of the word "must" in the rule does not create the existence of any discretion or empowers the Court to exercise such a discretion.”
14
Malah, jikapun Mahkamah memutuskan untuk menggunakan kuasa untuk mengeluarkan sebarang perintah di bawah seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001, Mahkamah masih tidak terikat dengan seksyen 91(2) Akta Kanak-kanak 2001 yang melarang Mahkamah Kanak-kanak dari mengeluarkan sebarang perintah sabitan terhadap seseorang kanak-kanak yang dituduh di bawah Akta Tersebut. Seksyen 91(2) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan bahawa:- “(2) The words "conviction" and "sentence" shall not be used in relation to a child dealt with by the Court For Children and any reference in any written law to a person convicted, a conviction and a sentence shall, in the case of a child, be construed as a child found guilty, a finding of guilt and an order made upon a finding of guilt respectively.”
15
Sekiranya diteliti seksyen 83(3) Akta Kanak-kanak 2001, apabila seseorang Tertuduh dituduh di Mahkamah setelah Tertuduh mencapai usia dewasa walaupun kesalahan tersebut dilakukan semasa dalam usia kanak-kanak, maka Mahkamah selain dari Mahkamah Kanak-kanak yang perlu mendengar kes tersebut (shall be heard by a Court other than a Court For Children), dalam konteks kes ini, Mahkamah Majistret. Maka, walaupun Mahkamah putuskan untuk mengeluarkan mana-mana perintah di bawah seksyen 91(1) Akta Kanak-kanak 2001, halangan bagi Mahkamah Kanak-kanak dari rekodkan sabitan di bawah seksyen 91(2) Akta Kanak-kanak 2001 tidak terpakai bagi Mahkamah ini.
16
Maka, sekiranya peguambela berhasrat memohon kepada Mahkamah untuk tidak merekodkan sabitan terhadap OKS-OKS dalam kes ini, maka peguambela seharusnya memohon kepada Mahkamah menggunakan kuasa di bawah seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan Mahkamah mengeluarkan bon berkelakuan baik tanpa merekodkan sabitan terhadap OKS-OKS. Seksyen 173A(2) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa:- “(2) When any person is charged before the Court with an offence punishable by such Court, and the Court finds that the charge is proved, but is of opinion that, having regard to the character, antecedents, age, health or mental condition of the person charged, or to the trivial nature of the offence, or to the extenuating circumstances under which the offence was committed, it is inexpedient to inflict any punishment or any other than a nominal punishment or that it is expedient to release the offender on probation, the Court may, without proceeding to record a conviction, make an order either-
a
dismissing the charge or complaint after an admonition or a caution to the offender as the Court seems fit; or
b
discharge the offender conditionally on his entering into a bond with or without sureties, to be of good behaviour and to appear for the conviction to be recorded and for sentence when called upon at any time during such period, not exceeding three years, as may be specified in the order.” SAMA ADA KES INI SESUAI UNTUK DIPERTIMBANGKAN BON BERKELAKUAN BAIK TANPA SABITAN DIREKODKAN MENURUT SEKSYEN 173A KANUN TATACARA JENAYAH?
17
Undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah perlu berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menggunakan kuasa budi bicara di bawah seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah dan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat perintah tersebut. Mahkamah perlu mengambil kira pelbagai faktor yang dinyatakan dalam seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah dan senarai tersebut adalah tidak terhad (not exhaustive). Antara faktor yang dinyatakan adalah kelakuan Tertuduh, rekod lampau, umur, kesihatan atau keadaan akal Tertuduh, kesalahan itu adalah kecil atau ada keadaan yang meringankan di bawah mana kesalahan itu dilakukan. Dalam menjelaskan prinsip ini, Mahkamah dalam kes Re Badri Bin Abas [1971] 1 MLJ 202; [1970] 1 MLRH 144; [1970] 1 LNS 133 memutuskan bahawa:- “Section 173A, I think, is primarily aimed at dealing leniently with first offenders who are not guilty of offences which are not so serious by giving such persons a chance of reformation which they would lose if they were sent to prison. A person convicted of an offence cannot, however, as of right claim the benefit of section 173A. The exercise of the power is entirely in the discretion of the court and can only be exercised according to the circumstances of each case. The legislature has very clearly enumerated that the age, character, antecedents of the offender, the circumstances in which the offence was committed, the physical or mental condition of the offender, the trivial nature of the offence if it be so, or other extenuating circumstances under which the offence was committed should be taken into consideration while exercising the discretion under this section. An exercise of discretion under this section requires a considerable sense of responsibility and courts should not allow themselves to be misled into applying this section by any misplaced sense of leniency or sympathy. The public must not be led to suppose that any offender may commit any crime without any fear of punishment. If there are circumstances which indicate that the accused had succumbed to a sudden temptation, or the offence committed by him was committed only as a result of a sudden uncontrollable impulse, or it was the result of sheer thoughtlessness, it may afford some reason to exercise discretion under section 173A. These are quite a few of the considerations which may be taken into account. The list can never be exhaustive. There may be innumerable situations and circumstances depending on the facts of a particular case and it is upon those circumstances that the court should exercise its proper judgment.”
18
Dalam hal ini, saya pernah mengeluarkan suatu bon berkelakuan baik tanpa merekodkan sabitan bagi OKS-OKS yang dituduh di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan setelah mempertimbangkan fakta kes secara menyeluruh sebagaimana dilaporkan sebagai PP v Muhammad Fiqry Jafri & Satu Lagi [2020] MLJU 1017; [2020] MLRSU 30; [2020] SMCU 12. Keputusan tersebut kemudiannya disahkan dalam rayuan ke Mahkamah Tinggi sebagaimana dilaporkan sebagai PP v Muhammad Fiqry Jafri & Anor [2021] 3 MLRH 703 ; [2021] 9 MLJ 915; [2021] 4 CLJ 552.
19
Walaupun OKS-OKS dalam kes tersebut yang juga pesalah pertama, telah membuat pengakuan bersalah dan dalam usia muda sebagaimana dalam kes ini, Mahkamah telah turut mempertimbangkan fakta kes tersebut bersesama faktor-faktor lain dalam mempertimbangkan untuk memerintahkan bon berkelakuan baik menurut seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah iaitu tindakan OKS-OKS yang tertimbul akibat perselisihan faham antara Pengadu dan Ibu OKS-OKS. Dalam menjelaskan perkara ini, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[49] I found in the mitigation that not only the two offenders are young but they were defending their mother from the complainant. Yes, they went overboard but not in the sense of overwhelmingly aggressive but in a manner sufficient to secure safety. It does not fall within private defence when a person goes over the necessary force to secure safety but who are we to say, in the comfort and tranquillity of the courtroom, as against the judgment call of the respondents during the tense moments when the complainant was attacking the mother of the two respondents. On the face of the police report lodged by the respondents' mother, I find sufficient facts to understand that the complainant is not as innocuous as he is made out to be.”
20
Fakta kes di hadapan Mahkamah adalah berbeza dengan fakta kes yang dinyatakan di atas. Dalam kes di hadapan Mahkamah, di samping usia muda OKS-OKS, pengakuan salah OKS-OKS dan faktor bahawa OKS-OKS adalah pesalah pertama, tiada sebarang justifikasi yang dapat dilihat Mahkamah berkenaan serangan yang telah dibuat oleh OKS-OKS terhadap pengadu sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pengadu. Sebagaimana fakta kes di hadapan Mahkamah, OKS-OKS bersama seorang yang masih bebas telah memukul Pengadu di bahagian kepala dan anggota badan. Perbuatan OKS-OKS dilakukan pada tengah malam di tempat awam iaitu di kedai makan dan minum. Malah, laporan polis pengadu, laporan pandu arah dan gambar-gambar menunjukkan bahawa semasa serangan, topi keledar juga ada digunakan bagi mencederakan pengadu. Akibat perbuatan OKS-OKS, Pengadu telah mengalami “mild head injury & displaced fracture CF Blu Nasal Bone & Comminuted Frat of the Nasal Septum”. Berdasarkan fakta ini, sekiranya Mahkamah memberi perintah yang ringan iaitu bon berkelakuan baik tanpa sebarang sabitan direkodkan di bawah seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah, maka perkara tersebut akan memberi signal yang salah kepada masyarakat awam bahawa Mahkamah akan bersifat simpati hanya semata-mata kerana usia pesalah walau apa jua kesalahan jenayah dilakukan, tanpa mengambil kira graviti kesalahan tersebut.
21
Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan sokongan YA Datuk Abdul Malik Ishak JCA dalam kes Mahkamah Rayuan Sinnathurai Subramaniam v PP [2011] MLJU 1582; [2011] 1 MLRA 229; [2011] 5 CLJ 56; [2011] 4 AMR 312 di mana Yang Arif memutuskan bahawa:- “[35] The sentences imposed by the sentencing judges have a signalling effect. If the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be deduced that when a judge imposes a sentence he is making a statement whether the offence is serious or trivial. It is in these contexts that sentencing judges must be very cautious and must weigh in a balance the gravity of the offence with the proposed sentence. The sentence imposed must always reflect public interest after taking into account the mitigation advanced by the accused.”
22
Mengeruhkan lagi keadaan, berbeza dengan kejadian kes Muhammad Fiqry (supra) yang berlaku di rumah Pengadu, kes ini berlaku di tempat awam iaitu di kedai makan dan minum yang mempunyai akses orang awam, maka Mahkamah mestilah membuat keputusan berkenaan hukuman yang dapat memberi gambaran bahawa kepentingan awam akan sentiasa mendahului kepentingan OKS-OKS. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Datuk Conrad Mojuntin & Anor [2009] 2 MLJ 745; [2009] 2 MLRH 16; [2009] 7 CLJ 635 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “It is well established principle that the public interest must override all other considerations in passing sentence. What the first respondent did is unacceptable and cannot be taken lightly. It was done in a public place and in full view of everyone present including his son and nieces. Instead of showing them a good example he showed them how to take the law into their own hands What happened at Dongonggon town that early morning is a picture of lawlessness not unlike the cowboy days of a bygone era. The sentence to be effective deterrent must be severe enough to give sufficient warning to gun owners that under no circumstances should they use their weapons for an unlawful purpose.”
23
Mahkamah tidak menafikan usia muda OKS-OKS sememangnya salah satu faktor relevan untuk pertimbangan Mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes Tukiran Taib v PP [1955] 21 MLJ 24; [1955] 1 MLRH 480; [1955] 1 LNS 166 seperti berikut:- “It has been stressed by this Court that it is very desirable that young offenders, that is, offenders between the ages of 17 and 21 years, who are also first offenders, should be kept out of prison, if possible.”
24
Namun, faktor usia muda secara ipso facto tidak mewajarkan hukuman yang ringan dan Mahkamah seharusnya turut perlu mengimbangi faktor kepentingan awam dengan menilai keseriusan kesalahan. Dalam memberi amaran ini, Mahkamah dalam kes Veerian T Latchmanen v PP [2001] MLJU 499; [2001] 3 MLRH 236; [2001] 7 CLJ 466; [2001] 4 AMR 4286 memutuskan bahawa:- “Thus, this court is of the view that the time is ripe for a rethink of the general principle in Tukiran which states that "... It has been stressed by this court that it is very desirable that young offenders, that is, offenders between the ages of 17 and 21 years, who are also first offenders, should be kept out of prison, if possible...". This principle must be reviewed after taking into account the nature of the offence committed by the appellant, the Age of Majority Act 1971, and the increase in the crime rate committed by young offenders between the ages of 18 years - 21 years notwithstanding the serious crimes committed by juvenile offenders. This court is of the view that young offenders who commit serious crimes involving violence should not be spared the sentence of imprisonment and be allowed to hide under the cover that they are young offenders and hence they should be spared the custodial sentence… However, it is important to make it clear that the observation by this court that young offenders should not be spared the custodial sentence is not intended as a general application and should perhaps be limited to serious offences such as rape, outraging modesty, robbery, house breaking and voluntarily causing grievous hurt. Nevertheless, each case will depend on the nature of the offence, the facts of the case, the plea of guilt, the co-operation extended by the offender to the police, the facts contained in the probation report, the circumstances in which the offence was committed, the age, the family background and antecedents of the offender and if the crime involves violence, provocation if any, the character and the plea in mitigation put forward on his behalf and the opposing views put forward on behalf of the prosecution (see Mohamed Jusoh Abdullah & Anor v. PP[1947] 1 LNS 66; [1947] 13 MLJ 130). Therefore, these observations by this court should not be misconstrued as intending to have blanket application or applying to all cases involving young offenders. Each case should be considered based on its own special facts and circumstances.”
25
Maka, sebagaimana diperincikan di atas, kesalahan yang dilakukan oleh OKS-OKS adalah kesalahan serius dan dengan demikian, walaupun Mahkamah mengambil kira usia muda OKS-OKS, namun fakta kes di hadapan Mahkamah tidak mewajarkan perintah bon berkelakuan baik dikeluarkan terhadap OKS-OKS menurut seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah tanpa sabitan direkodkan. APAKAH HUKUMAN YANG BERSESUAIAN DALAM KES INI?
26
Maka, persoalan seterusnya yang perlu diputuskan Mahkamah adalah apakah hukuman yang wajar diperintahkan dalam kes ini. Sebagaimana dinyatakan terdahulu, keseriusan kesalahan dalam kes ini tidak mewajarkan perintah bon berkelakuan baik menurut seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah, atau bon berkelakuan baik menurut seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah mahupun perintah amaran menurut seksyen 91(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atau melepaskan atas bon menurut seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001.
27
Namun, mengambil kira usia muda OKS-OKS dan fakta bahawa OKS-OKS adalah pesalah pertama, maka hukuman pemenjaraan adalah tidak sesuai dalam kes ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v PP [2020] MLRHU 1002; [2020] 1 LNS 349; [2020] AMEJ 0279 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “21. Hukuman denda sepatutnya diberikan keutamaan dalam kes ini. Majistret sewajarnya mengambil kira faktor bahawa Tertuduh/Pemohon merupakan seorang pesalah pertama dan tidak mempunyai apa-apa rekod sabitan lampau sebelum ini dan sepatutnya diberi peluang untuk berubah menjadi seorang manusia yang lebih berguna kepada masyarakat dan keluarganya sendiri.
22
Hukuman penjara adalah tidak sesuai bagi pesalah pertama yang mana suatu tempoh pemenjaraan bukanlah jalan penyelesaian tetapi akan menimbulkan kesan yang berat pada Tertuduh/Pemohon memandangkan dia bukanlah seorang pesalah ‘hardcore’ yang sering keluar masuk penjara…
26
Pesalah pertama sewajarnya dijauhkan daripada penjara dan bergaul dengan banduan-banduan yang lain yang berlatarbelakang pelbagai kesalahan jenayah yang serius… Seperti mana diputuskan di dalam kes Chan Sit Hoon v PP
1975
1 MLJ 261 (muka surat 262) di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: ‘...In all the circumstances of this case, therefore, I was of the view that the sentence of imprisonment imposed on the Appellant was unduly harsh. This was his first offence. Sending him to prison where he would have mixed with other prisoners convicted of all sorts of offences might well have produced an adverse effect on the Appellant and instead of coming out of the prison a better man he might well have developed more criminal and antisocial tendencies. The public interest in case of R v Ball supra, may best be served if the offender is turned from his criminal ways to honest living. Treating the Appellant leniently in the circumstances of this case and thus giving him a chance to turn away from crime was certainly not against but very much in the public interest...”
28
Malah, perkara sama diputuskan Mahkamah dalam kes PP v Hidayatul Akmal Azman [2020] 7 MLJ 447; [2019] MLRHU 882; [2020] 1 CLJ 562, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[47] This court is of the view that it is in public interest the respondent should be given the opportunity to be a good citizen and rehabilitate himself. In the event the respondent be imprisoned at a young age, the respondent be turned into a hardened criminal.”
29
Maka, Mahkamah dapati hukuman denda sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 91(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001 adalah memadai dalam kes ini bagi memulihkan OKS-OKS ke pangkal jalan yang benar. Dalam menentukan jumlah denda yang sewajarnya dikenakan terhadap OKS-OKS, undang-undang adalah mantap bahawa walaupun seksyen 91(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001 adalah senyap berkenaan jumlah denda yang seharusnya dikenakan, namun peruntukan tersebut perlu dibaca secara harmoni dengan peruntukan jenayah yang khusus yang seseorang pesalah dituduh di Mahkamah, yakni bagi maksud kes ini seksyen 323 Kanun Keseksaan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes KN (A Child) & Anor v PP [2022] 8 MLJ 191; [2022] 1 MLRH 63; [2022] 1 CLJ 163; [2022] 1 AMEJ 1691 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[33] Section 323 of the Penal Code provides for a maximum fine of RM2,000, while para. 91(1)(d) of the Child Act 2001 allows the learned Magistrate to impose a fine. Paragraph 91(1)(d) of the Child Act 2001, does not however accord a maximum amount that may be imposed. [34] As para. 91(1)(d) of the Child Act 2001 does not provide a maximum amount for a fine, does this mean a Magistrate may impose a fine willy nilly? [35] An adult convicted under s. 323 of the Penal Code shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one year or with fine which may extend to RM2,000 or with both. Would it make sense for a child to be ordered to pay a fine of more than RM2,000 for the same offence?... [37] It is the humble of view of this court that this cannot be the intention of Parliament. Although Child Act 2001 is the specific legislation in this revision application, however it cannot stand independently when it comes to the sentencing of the applicants for an offence committed under s. 323 of the Penal Code. Instead, the court opines that s. 323 of the Penal Code and para. 91(1)(d) of the Child Act 2001 should be read harmoniously. [38] This is because this court is of the view that para. 91(1)(d) of the Child Act 2001 provides for fines for all offences and therefore does not have a cap or limit to the fine. Section 323 of the Penal Code on the other hand provides for the sentence of the specific offence. Therefore, to avoid an absurd result the provisions should be read together harmoniously. For this reason, this court is of the humble view that a child found guilty under s. 323 of the Penal Code should not be ordered to pay a fine more than RM2,000 even though the learned Magistrate had invoked para. 91(1)(d) of the Child Act 2001 when imposing the fine on the applicants.”
30
Maka, OKS-OKS dalam kes ini boleh dikenakan denda yang boleh sampai RM2,000.00 sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan. Dalam menentukan jumlah denda yang sewajarnya dikenakan terhadap OKS-OKS, Mahkamah telah mengambil kira bahawa OKS-OKS telah membuat pengakuan bersalah pada tarikh sebutan pertama setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka. Perkara ini bukan sahaja menjimatkan masa kesemua pihak malah telah menjimatkan kos pendakwaan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Shuk Dev Oli (Warganegara Nepal) v PP [2014] MLRHU 70; [2014] 1 LNS 103; [2014] AMEJ 0246 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[18] Mahkamah ini tidak menafikan kepentingan awam hendaklah mendahulukan kepentingan peribadi perayu terutamanya dalam kes melibatkan kesalahan serius di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Namun begitu pengakuan bersalah Perayu di peringkat seawal perbicaraan tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ianya merupakan salah satu faktor peringanan hukuman yang baik. Kredit serta diskaun boleh diberikan atas pengakuan sedemikian. Prinsip ini menjadi amalan kepada Mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal bagi menggalakkan Perayu mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibuat supaya masa, tenaga dan kos semua pihak yang terlibat dapat dijimatkan. Saksi-saksi juga tidak perlu dipanggil. [19] Justeru ini jelas sekali menunjukkan bahawa terdapatnya budi bicara Mahkamah untuk memberikan sebarang kredit atau diskaun terhadap pengakuan bersalah Perayu kes jenayah itu. Mahkamah sedia maklum pengakuan bersalah tidak secara automatik membawa kepada diskaun hukuman tetapi demi menegakkan keadilan kepada Perayu ianya perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya.”
31
Sekiranya Mahkamah langsung tidak memberi sebarang pertimbangan terhadap pengakuan salah OKS-OKS, maka perkara ini tidak akan menggalakkan pesalah-pesalah lain untuk turut menimbang untuk membuat pengakuan salah, kerana pengakuan salah mereka tidak akan bermanfaat dalam mengurangkan hukuman mereka.
32
Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan kes-kes tertunggak, yang nyata akan bertentangan dengan kepentingan awam. Perkara ini ada dinyatakan dalam kes PP v Khairil Anwar Abdul Rahim [2016] 3 MLJ 458; [2016] MLRAU 201; [2016] 1 LNS 403; [2016] 3 AMR 821 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:- “[16] Nevertheless, it is an accepted policy of the courts that a plea of guilty should in most cases be treated as a mitigating factor. The reasons for this are obvious. A guilty plea avoids the expense and inconvenience of a trial. A discount for a guilty plea serves as a strong incentive and encourages such pleas. On the other hand, if there is no such incentive, accused persons may then all insist on a trial as they have nothing to lose since the sentence will be the same. (Sau Soon Kim v. PP [1975] 2 MLJ 134; Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] CLJ Rep 209; [1988] 1 MLJ 167; R v. Boyd [1989] 2 Cr App(S) 234).”
33
Di samping mengambil kira pengakuan bersalah OKS-OKS, Mahkamah juga telah mengambil kira bahawa walaupun kesalahan tersebut telah dilakukan ketika OKS-OKS masih kanak-kanak iaitu pada 2.12.2020, pertuduhan terhadap OKS-OKS hanya dibuat pada 18.4.2025 iaitu selepas hampir 5 tahun. Tiada sebarang penjelasan dalam rekod Mahkamah berkenaan alasan kelewatan pertuduhan terhadap OKS-OKS, namun Mahkamah percaya besar kemungkinan kelewatan berlaku akibat pertukaran pegawai penyiasat kes, di mana Pegawai Penyiasat Warisan membawa pertuduhan ke Mahkamah. Mahkamah juga dapati tiada sebarang keterangan di hadapan Mahkamah bahawa kelewatan pertuduhan terhadap OKS-OKS timbul akibat perbuatan OKS-OKS. Sebagaimana dihujahkan peguam OKS-OKS, ketiga-tiga OKS telah mematuhi arahan Pegawai Penyiasat untuk hadirkan diri ke Mahkamah untuk menghadapi pertuduhan terhadap mereka.
34
Faktor ini merupakan faktor relevan untuk dipertimbangkan Mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes Stanley Layang Nyandang v Deputy Public Prosecutor [2018] MLJU 1623; [2018] MLRHU 1317; [2018] CLJU 1661. Menurut fakta kes tersebut, Tertuduh telah melakukan kesalahan merogol pada tahun 2013 ketika berusia 16 tahun, iaitu semasa Tertuduh masih lagi seorang kanak-kanak. Arahan pertuduhan terhadap Tertuduh telah diberikan pada tahun 2014, namun Tertuduh hanya dituduh di Mahkamah pada tahun 2017 iaitu setelah Tertuduh telah mecapai usia 20 tahun. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Tertuduh. Dalam rayuan ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara ke 5 tahun dan dalam memutuskan sedemikian, Mahkamah memutuskan bahawa:- “[12] The court had enquired of the learned Deputy as to why the Appellant was only charged in 2017 whereas the offence was committed in 2013. Not only would the Appellant's age be a factor then, the punishment which would have been meted out then would have been different given the fact that Section 376 then had a minimum imprisonment term of five (5) years and the maximum being thirty (30) years. An accused person then shall also be liable to whipping, unlike mandatory whipping after the amendments…. [20] There was no evidence that the Appellant had absconded or was evading arrest. There was no information that he was released on bail pending prosecution. It was just that, when the charge was registered in court, he could not be located. It must be borne in mind that the court below was no apprised of this fact. The information was only made available in this appeal. As such, his non-appearance in court ought not to be held against him. He, however, surrendered himself to the police immediately prior to being charge. This ought to have bearing on the sentence passed against him… [22] The court below also ought to have considered the fact that the Appellant was a minor when he committed the offence. Although, it was open for the court below to exercise the power mentioned in paragraph (2) (a), (b) or (c) of section 83 (2) of the Child Act 2001 (Act 611), it must first ask what would have been the appropriate sentence or order for the offence committed had the Appellant been dealt with while he was still a minor and appearing before the Court For Children. [23] In view of the circumstances in this case, an imprisonment term of fifteen (15) years was not appropriate. It ought to be reserved for an adult offender… [25] In the premises, the appeal was allowed in part. The imprisonment term of fifteen
15
years was thereby substituted with a sentence of five (5) years imprisonment with effect from 31 January 2018.”
35
Di samping faktor tersebut, Mahkamah juga telah mempertimbangkan rayuan mitigasi yang dihujahkan peguambela OKS-OKS. Undang-undang adalah mantap bahawa rayuan mitigasi Tertuduh juga perlu dipertimbangkan Mahkamah dengan sewajarnya dan tidak seharusnya diketepikan tanpa pertimbangan. Saya merujuk kepada kes Raja Izzuddin Shah v Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270; [1978] 1 MLRH 248; [1978] 1 LNS 165 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “In his grounds of judgment the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of Counsel for the prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.”
36
Dalam hal ini, adalah juga prinsip yang mantap bahawa Mahkamah juga seharusnya mengambil kira kemampuan OKS-OKS dalam membayar denda sekiranya Mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman denda terhadap pesalah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Baharudin Mat Nor v PP [2020] MLRHU 601; [2020] 7 CLJ 388 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “Financial circumstance of the accused has been given its due consideration, when this court metes out the sentence of fine only (see the case of Zakariya Musa v. PP [1984] 1 LNS 93; [1985] 2 MLJ 221). It is stark that he is a pensioner who is earning a meagre pension which is utilised to support himself and his families. He is supposed to have more than one wife. SP3 is his third wife. His financial commitment extends to supporting the victim and her family. If he is incarcerated in prison, he will lose financial support for himself, his families and victim and her family.”
37
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, Mahkamah telah mempertimbangkan rayuan mitigasi OKS-OKS dengan sewajarnya. Mahkamah telah mengambil kira bahawa OKS pertama telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak serta bekerja sebagai penjual nasi ayam dan merupakan penanggung utama keluarga memandangkan isteri tidak bekerja. Mahkamah juga mengambil kira bahawa OKS kedua bekerja sebagai pembantu kedai kopi dengan pendapatan RM1,800.00 manakala OKS ketiga bekerja sebagai pembantu kedai telefon dengan pendapatan RM1,800.00 sebulan dan menanggung ibu tunggal.
38
Berdasarkan fakta-fakta ini dan setelah mempertimbangkan kesemua faktor yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman denda RM1,200.00 gagal bayar 1 bulan penjara adalah setimpal dan berpatutan dalam kes ini. Malah, hukuman tersebut juga adalah tidak keterlaluan tinggi berbanding kes KN (A Child) (Supra) di mana Mahkamah mengenakan perintah denda RM1,000.00 gagal bayar 1 bulan penjara terhadap setiap pesalah kanak-kanak yang telah dituduh menurut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menampar pengadu.
39
Secara kesimpulannya, Mahakamah berpendapat bahawa walaupun usia muda pesalah adalah salah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan Mahkamah, faktor tersebut semata-mata tidak seharusnya dijadikan kayu ukur tunggal dalam menentukan sesuatu hukuman atau perintah dalam sesuatu kes. Sebagaimana diputuskan Mahkamah dalam kes Veerian (supra), Mahkamah perlu mempertimbangkan faktor usia pesalah bersama kesemua faktor lain dengan seimbang terutama keseriusan kesalahan dan perlu memastikan hukuman/ perintah yang dibuat Mahkamah bukan sahaja memenuhi kepentingan Tertuduh, malah turut memenuhi kepentingan awam.
40
Maka, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman denda RM1,200.00 gagal bayar 1 bulan penjara terhadap setiap OKS yang diperintahkan, setelah mensabitkan OKS-OKS di atas satu kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dalam kes ini adalah berpatutan dan berlandaskan kepada prinsip undang-undang yang dibincangkan di atas. Bertarikh: 25 April 2025 Disediakan oleh, …………………………………. ARUN A/L NOVAL DASS Majistret Mahkamah Majistret Batu Pahat Johor Pendakwaan: Puan Farah Wahida Binti Mohd Sharip Timbalan Pendakwa Raya Johor Peguambela: Tetuan Song Yang & Tan Peguambela dan Peguamcara No.1-24, Jalan Maju 1, Taman Maju, 83000 Batu Pahat Johor ... Encik Tan Song Yan (S.Y. Tan) Kes-kes yang dirujuk:-
1
Perbadanan Nasional Insurans Sdn Bhd v Pua Lai Ong [1996] 3 MLJ 85; [1996] 1 MLRA 308; [1996] 3 CLJ 321; [1996] 3 AMR 2869
2
Re Badri Bin Abas [1971] 1 MLJ 202; [1970] 1 MLRH 144; [1970] 1 LNS 133
3
PP v Muhammad Fiqry Jafri & Satu Lagi [2020] MLJU 1017; [2020] MLRSU 30; [2020] SMCU 12
4
PP v Muhammad Fiqry Jafri & Anor [2021] 3 MLRH 703 ; [2021] 9 MLJ 915; [2021]
5
Sinnathurai Subramaniam v PP [2011] MLJU 1582; [2011] 1 MLRA 229; [2011] 5
6
CLJ 56; [2011] 4 AMR 312 PP v Datuk Conrad Mojuntin & Anor [2009] 2 MLJ 745; [2009] 2 MLRH 16; [2009]
7
Tukiran Taib v PP [1955] 21 MLJ 24; [1955] 1 MLRH 480; [1955] 1 LNS 166
8
Veerian T Latchmanen v PP [2001] MLJU 499; [2001] 3 MLRH 236; [2001] 7 CLJ 466; [2001] 4 AMR 4286
9
Lisa Christina A/P Balan v PP [2020] MLRHU 1002; [2020] 1 LNS 349; [2020]
10
AMEJ 0279 PP v Hidayatul Akmal Azman [2020] 7 MLJ 447; [2019] MLRHU 882; [2020] 1 CLJ 562PP v Sainin Sidon [2009] 1 MLRH 564; [2009] 3 CLJ 181
11
KN (A Child) & Anor v PP [2022] 8 MLJ 191; [2022] 1 MLRH 63; [2022] 1 CLJ 163; [2022] 1 AMEJ 1691
12
Shuk Dev Oli (Warganegara Nepal) v PP [2014] MLRHU 70; [2014] 1 LNS 103; [2014] AMEJ 0246
13
PP v Khairil Anwar Abdul Rahim [2016] 3 MLJ 458; [2016] MLRAU 201; [2016] 1
14
LNS 403; [2016] 3 AMR 821 Stanley Layang Nyandang v Deputy Public Prosecutor [2018] MLJU 1623; [2018]
15
MLRHU 1317; [2018] CLJU 1661 Raja Izzuddin Shah v Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270; [1978] 1 MLRH 248; [1978] 1 LNS 165
16
Baharudin Mat Nor v PP [2020] MLRHU 601; [2020] 7 CLJ 388
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.