Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SIVIL KES NO.: AA-24NCVC-276-06/2023
AA-24NCvC-276-06/2023
High Court of Malaysia28 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n Perpetuity). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 KESIMPULAN [36] Dalam kes Wong Sew Ling & Ors v Pendaftar Hakmilik Negeri Perak [2023] MLJU 437 telah dirayu oleh Defendan Pendaftar Hakmilik Negeri Perak ke Mahkamah Rayuan Malaysia (Rayuan Sivil No.: A-”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SIVIL KES NO.: AA-24NCVC-276-06/2023
1
NGO KEE ONG
2
CHIOH TING SOON
3
MEAH MEE CHING
4
MANAHARAN A/L PYDI
5
TOLACHINMA A/P VARTHARAJOO
6
SEA HUA ING
7
HING WIN NEE
8
TAN PHAIK CHU
9
CELVIN HONG WEA SIANG
10
TAN SEE PENG
11
TAN HUA ING
12
YOH HONG WAH
13
CHRISTINA PHANG HSIAO PEI 20/01/2025 08:47:48 AA-24NCvC-276-06/2023 Kand. 21
14
LOH SEE CHENG
15
SIAH MEE TING
16
LIM LAY KENG
17
GOH THIAN HOK
18
KOH MA MEE
19
LIM SWEE SENG
20
SIEW KAW KUANG @ SIEW GOH DOONG
21
YONG SHENG KAI
22
KEW KAI WEI
23
YOU LEE PING
24
DING CHIN SIEW
25
KOK AI ING
26
LIEW SWEE MEE
27
LEE PING
28
RANJEETHAM A/P KANNAN
29
RAMASAMY A/L RAMANATAH
30
JOYCE LEE SZE TYNN
31
KU HENG SENG
32
TAN LEE FONG
33
KUAY SWEE ENG
34
LIM THEAM SIEW
35
TONG CHEW LEE
36
HONG CHIN HO
37
TING LEE THING
38
SIN AH KUAN
39
DING JIN XIN
40
40.
41
41.
42
42.
43
DING MING HOOI SEBAGAI PEMEGANG AMANAH 3
44
PANG KUO HUAT (NO. K/P: 650310-08-5973) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN PENDAFTAR HAKMILIK NEGERI PERAK …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ngo Kee Ong dan 43 Plaintif (selepas ini disebut sebagai Plaintif-Plaintif) yang lain memohon satu Deklarasi bahawa Tanah-tanah yang dinyatakan di bawah ini yang didaftarkan pajakan 99 tahun adalah tidak sah dan terbatal; [2] No. Suratan Hakmilik adalah seperti berikut:-
1
PN 47772 Lot 17601 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
2
PN 47751 Lot 17580 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
3
PN 47753 Lot 17582 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
4
PN 47740 Lot 17569 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
5
PN 47747 Lot 17576 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
6
PN 47748 Lot 17577 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
7
PN 47780 Lot 17609 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
8
PN 47781 Lot 17610 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
9
PN 47886 Lot 18210 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
10
PN 47827 Lot 17656 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
11
PN 47882 Lot 18206 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
12
PN 47824 Lot 17653 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
13
PN 47835 Lot 18159 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
14
PN 47750 Lot 17579 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
15
PN 47752 Lot 17581 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
16
PN 47843 Lot 18167 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
17
PN 47774 Lot 17603 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
18
PN 47768 Lot 17597 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
19
PN 47715 Lot 17544 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
20
PN 47718 Lot 17547 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
21
PN 47719 Lot 17548 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
22
PN 47756 Lot 17585 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
23
PN 26990 Lot 20348 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
24
PN 26971 Lot 20329 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
25
PN 26986 Lot 20344 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
26
PN 27011 Lot 20369 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
27
PN 26913 Lot 20271 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
28
PN 26921 Lot 20279 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
29
PN 26915 Lot 20273 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
30
PN 26899 Lot 20257 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
31
PN 26903 Lot 20261 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
32
PN 29484 Lot 21421 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung;
33
PN 29471 Lot 21408 Mukim Sitiawan, Daerah Manjung. [3] Plaintif-Plaintif memohon supaya Pendaftar Hakmilik Negeri Perak iaitu (Defendan) hendaklah membatalkan Hakmilik-Hakmilik yang didaftarkan di bawah Pajakan Negeri bagi Tanah-Tanah tersebut dan selanjutnya menggantikan taraf pegangan Pajakan 99 tahun bagi Tanah-Tanah tersebut dengan mengeluarkan Geran bertaraf pegangan selama-lamanya (In Perpetuity). [4] Alasan-alasan ringkas permohonan ini adalah bahawa telah berlaku satu kesilapan oleh pihak Defendan apabila hakmilik individu dikeluarkan ke atas tanah-tanah yang merupakan subjek utama di dalam prosiding ini taraf pegangan telah berubah daripada selama-lamanya (In perpetuity) kepada tempoh pajakan tempoh 99 tahun. FAKTA RINGKAS [5] Plaintif Pertama adalah pemilik berdaftar kepada tanah yang dipegang di bawah Pajakan Negeri 47772 Lot 17601, Mukim Sitiawan, Daerah Manjung, Perak (dilampirkan sesalinan Hakmilik kepada tanah-tanah yang ditandakan sebagai Eksibit “NKO-1”) dan telah diberi kuasa oleh Plaintif-Plaintif ke-2 hingga ke-44 untuk mengikrarkan Afidavit dalam Saman Pemula ini. [6] Suratan Hakmilik yang dipegang dibawah CT 18750 Lot 10436, CT 18751 Lot 10437, CT 28470 Lot 12141, CT 28476 Lot 12147 dan CT 28496 LOT 12459 Daerah Manjung Negeri Perak dirujuk. Pada asalnya taraf pegangan bagi Suratan Hakmilik yang dipegang dibawah Master Title Certificate of Title No. CT 18750 Lot 10436, CT 18751 Lot 10437, CT 28470 Lot 12141 dan CT 28476 Lot 12147 CT 28496 Lot 12459 Daerah Manjung, Negeri Perak adalah selama-lamanya (in Perpetuity) (selepas dirujuk sebagai ''Master Title'' tersebut). [7] ''Master Title'' tersebut telah diserahkan kepada Defendan bagi tujuan memajukan tanah-tanah tersebut untuk Skim Perumahan dan seterusnya pecah sempadan telah di lakukan seperti berikut:
i
“Certificate of Title” No. CT 18750 Lot 10436, Daerah Manjung, Negeri Perak telah dipecahkan kepada lot-lot seperti berikut: Lot 17601, Lot 17580, Lot 17582, Lot 17569, Lot 17576, Lot 17577, Lot 17609, Lot 17610, Lot 17656, Lot 17653, Lot 17579, Lot 17581, Lot 17603, Lot 17597, Lot 17544, Lot 17547, Lot 17548 dan Lot 17585.
II
(ii) “Certificate of Title” No. CT 18751 Lot 10437, Daerah Manjung, Negeri Perak telah dipecahkan kepada lot-lot seperti berikut: Lot 18210, Lot 18206, Lot 18159 dan Lot 18167.
III
(iii) “Certificate of Title” No. CT 28470 Lot 12141, Daerah Manjung, Negeri Perak telah dipecahkan kepada lot-lot seperti berikut: Lot 20348, Lot 20344, dan Lot 20369.
IV
(iv) “Certificate of Title” No. CT 28476 Lot 12147, Daerah Manjung, Negeri Perak telah dipecahkan kepada lot-lot seperti berikut: Lot 20329, Lot 20271, Lot 20279, Lot 20273, Lot 20257 dan Lot 20261.
v
“Certificate of Title” No. CT 28496 Lot 12459, Daerah Manjung, Negeri Perak telah dipecahkan kepada lot-lot seperti berikut: Lot 21421 dan 21408. [8] Pelan yang menunjukkan lot-lot yang telah dipecah sempadan adalah di tanda sebagai Ekshibit ''NKO-3''. [9] Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah meluluskan tanah tersebut bagi tujuan skim perumahan dan pembangunan perniagaan. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik tanah adalah pemilik tanah hendaklah menyerahkan tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri untuk dijadikan tanah Kerajaan dan kemudiannya tanah tersebut akan diberikan semula kepada pemilik tanah. [10] Setelah itu, tanah-tanah tersebut telah diberikan semula kepada pemiliknya dengan tempoh pegangan pajakan selama 99 tahun dan pemilik tanah juga telah bersetuju dengan semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PBN. [11] Plaintif menegaskan bahawa apabila Hakmilik-Hakmilik individu dikeluarkan selepas pecah sepadan dilakukan kesilapan telah berlaku dimana taraf selama-lamanya ditukarkan kepada Pajakan 99 tahun. Manakala pembeli-pembeli yang lain dalam kawasan perumahan yang sama iaitu dibawah “Master Title” yang sama bahawa mereka telah diberi hakmilik oleh Defendan bertaraf selama-lamanya. Pihak pemilik berdaftar kepada Hakmilik di kawasan yang sama iaitu dibawa ''Master Title'' yang sama bahawa mereka telah memperolehi Perintah Mahkamah supaya taraf pegangan Hakmilik mereka ditukarkan daripada pajakan 99 tahun kepada selama-lamanya (In Perpetuity). ISU-ISU 1) Sama ada Plaintif-Plaintif menggunakan mode yang betul; 2) Sama ada tindakan Defendan betul dengan memberikan hakmilik 99 tahun kepada Plaintif-Plaintif selaku pemilik-pemilik tanah tersebut. Sama ada Plaintif-Plaintif menggunakan mode yang betul [12] Pihak Defendan menghujahkan bahawa memandangkan Plaintif-Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan PBN, permohonan yang perlu difailkan di Mahkamah adalah Permohonan Semakan Kehakiman. Jelas bahawa apabila permohonan dibuat untuk mencabar keputusan pihak berkuasa awam, seperti yang berlaku dalam kes ini, maka peruntukan di bawah Aturan 53 KKM 2012 dengan sendirinya akan terpakai. [13] Berkaitan dengan isu ini Mahkamah berpendapat bahawa tindakan ini sepatutnya dimulakan melalui Semakan Kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah tidak relevan kerana permohonan Plaintif-Plaintif adalah berkenaan pembetulan kesilapan di dalam Hakmilik-Hakmilik Tanah tersebut, sedangkan Semakan Kehakiman adalah berkenaan kekhilafan dari segi “irregularity” atau “illegality” dalam proses membuat keputusan oleh pihak berkuasa (authority body). [14] Berdasarkan kes Leo Leslie Armstrong (as the President and Committee of The Young Men’s Christian Association of Kuala Lumpur) (Persatuan Pemuda Kristian Kuala Lumpur) v Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (previously held by Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor) [2015] 1 MLJ 255, Mahkamah Rayuan memutuskan:- “[43] In the present case, though the appellant was challenging the decision of the land administrator who is a public authority, the rights that were affected by the decision are the private rights of the appellant, namely, the right to ownership and enjoyment of land. Before the decision, the appellant would able to enjoy tenure of freehold land; however, after the decision, that enjoyment was somehow affected in that the enjoyment is now limited only to the number of years approved by the land administrator. Therefore, the dominant issue in this case is the issue of a private rights. Accordingly, the appellant has the option of either proceeding under O 53 of the Rules of the High Court 1980 (now O53 of the Rules of Court 2012) or by ordinary action by way of originating summons.” (penekanan diberikan) [15] Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif adalah berhak untuk memulakan tindakan ini melalui Saman Pemula kerana hak-hak yang terjejas atas tindakan Defendan dalam mengeluarkan suratan hakmilik Tanah tersebut bagi Pajakan 99 tahun merupakan suatu hak peribadi Plaintif-Plaintif iaitu hak untuk menikmati ciri-ciri ekslusif Tanah tersebut. Maka, hujahan Defendan bagi isu pertama adalah tidak bermerit. Sama ada tindakan Defendan betul dengan memberikan hakmilik 99 tahun kepada Plaintif-Plaintif selaku pemilik-pemilik tanah tesebut [16] Defendan berhujah bahawa setelah penyerahkan tersebut dibuat kepada PBN, status tanah tersebut kembali menjadi tanah milik kerajaan. PBN kemudiannya telah meluluskan pemberimilikan tanah tersebut untuk dimajukan sebagai tapak skim perumahan. Pemaju / pemilik asal juga telah bersetuju untuk mematuhi seperti yang telah ditetapkan oleh PBN. Semasa Plaintif-Plaintif membeli tanah tersebut daripada pemaju / pemilik asal, hakmilik tanah tersebut adalah berstatus pajakan bagi tempoh 99 tahun memandangkan ia masih kekal menjadi milik PBN. Plaintif-Plaintif seharusnya menyemak perkara ini dengan pemaju / pemilik asal sewaktu membuat urusan pembelian tanah tersebut. Plaintif-Plaintif mempunyai pengetahuan bahawa hakmilik yang dibeli atau diperolehi mereka mempunyai pegangan pajakan 99 tahun. Ini adalah dilihat melalui tempoh pegangan yang tercatat pada hakmilik-hakmilik semasa dibeli oleh Plaintif-Plaintif. [17] Bukan menjadi tanggungjawab Defendan untuk memaklumkan mengenai tempoh pajakan tersebut kepada Plaintif-Plaintif memandangkan tanah tersebut dibeli daripada pemaju / pemilik asal dan Defendan tidak terlibat dalam sebarang urusan pembelian tanah tersebut daripada pemaju / pemilik asal tersebut. [18] Defendan menegaskan bahawa kedua-dua peruntukan undang-undang telah jelas menyatakan bahawa sekiranya tuanpunya tanah ingin membuat skim perumahan terhadap tanah kepunyaannya, pemilik tanah perlulah menyerahkan tanah tersebut kepada PBN dan setelah penyerahan tersebut dilakukan, PBN berhak untuk menetapkan syarat-syarat yang difikirkan bersesuaian. Setelah penyerahan dibuat kepada PBN juga, PBN berhak untuk memberikan pajakan tempoh tanah tersebut kepada 99 tahun. Defendan tidak boleh menukar tempoh pegangan pajakan tersebut memandangkan segalanya telah dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukkan undang-undang sedia ada. [19] Defendan juga menyatakan bahawa tidak wujud sama sekali sebarang kesilapan pada suratan hakmilik tersebut dan tiada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Defendan memandangkan apabila hakmilik-hakmilik asal didaftarkan, ia sememangnya bertaraf pajakan bagi tempoh 99 tahun. Sehubungan itu, tiada sebarang kesilapan yang telah dilakukan oleh Defendan berdasarkan kepada alasan-alasan peruntukan undang-undang yang telah dinyatakan di atas. [20] Mahkamah merujuk kepada fakta kes ini di mana Plaintif-Plaintif (seramai 44 orang) merupakan pemilik berdaftar bagi Tanah-tanah yang disenaraikan dalam Perenggan 3 Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif. Tanah-tanah milik Plaintif-Plaintif pada asalnya dipegang dibawah “Master Title Certificate” dimana taraf pegangannya adalah ‘Selama-lamanya (In Perpetuity)’ (selepas ini dirujuk sebagai “Master Title tersebut”). “Master Title” tersebut diserahkan kepada Defendan bagi tujuan memajukan Tanah-tanah bagi Skim Perumahan yang kemudian dilakukan pecah sempadan tanah oleh Defendan. [21] Defendan kemudiannya telah mengeluarkan Hakmilik-hakmilik individu setelah pecah sempadan dilakukan. Pada masa inilah Mahkamah berpendapat bahawa kesilapan telah dilakukan oleh Defendan apabila hakmilik yang dikeluarkan menyatakan taraf pegangan tanah kini menjadi ‘Pajakan 99 tahun’ (Leasehold). [22] Mahkamah berpendapat bahawa bidang kuasa Defendan untuk menukarkan taraf tanah kepada Pajakan 99 tahun adalah terhalang di bawah KTN. Di bawah KTN, Defendan tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan tuanpunya tanah berdaftar untuk menyerahkan (surrender) hakmilik tanah KECUALI surrender tersebut dilakukan atas dua (2) alasan:
i
kegagalan tuanpunya tanah untuk membayar cukai tanah – s. 130 KTN; atau
II
(ii) tuanpunya tanah telah melanggar syarat-syarat tanah – s.134 KTN. [23] Selain daripada alasan di atas, sekiranya terdapat keperluan tuanpunya tanah berdaftar untuk “surrender the land”, maka penyerahan tersebut hendaklah dikembalikan semula kepada tuanpunya tanah berserta dengan hak-hak dan syarat-syarat tanah yang asal. [24] Dalam kes ini, penyerahan tanah kepada Defendan adalah disebabkan oleh pembangunan Skim Perumahan dan kemudiannya pecah sempadan telah dilakukan. Tiada keterangan menunjukkan bahawa tuanpunya tanah atau Plaintif-Plaintif telah melakukan apa-apa perlanggaran di bawah s.130 dan s.134 KTN. Oleh yang demikian, Defendan adalah terhalang di bawah KTN untuk menukarkan taraf pegangan tanah semasa hakmilik-hakmilik individu dikeluarkan kepada Plaintif-Plaintif, mahupun tuanpunya-tuanpunya asal tanah-tanah tersebut sebelum Plaintif-Plaintif. [25] Selain daripada itu, tindakan Defendan adalah melanggar / “ultra vires” dengan Perlembagaan Persekutuan dan KTN. Berdasarkan kepada peruntukan Artikel 13(1) Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan di bawah KTN, maka adalah dihujahkan bahawa tindakan Defendan menukarkan taraf pegangan tanah Plaintif-plaintif kepada Pajakan 99 tahun (Leasehold) adalah “ultra vires” terhadap kedua-dua Perlembagaan Persekutuan dan KTN. [26] Kes Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan v. Sri Lempah Enterprise Sdn. Bhd. [1979] 1 MLJ 135 (FC) dan kes Ipoh Garden Bhd. v. Pengarah Tanah dan Galian, Perak [1979] 1 MLJ 271 (HC) yang merupakan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah mengikat Mahkamah ini di mana tindakan mengurangkan pemegangan Tanah daripada taraf pegangan Selama-lamanya (In Perpetuity) kepada Pajakan 99 tahun (Leasehold) adalah “ultra vires” dan bertentangan dengan Artikel 13(1) Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara. [27] Mahkamah ini berpendapat bahawa penyerahan balik Tanah ini tidak menyebabkan Tanah tersebut kembali secara mutlak pada PBN serta tidak memberi kuasa seperti dalam seksyen 79 KTN bagi menukar dan/atau menentukan taraf pegangan Tanah yang dipecahkan sempadan itu. [28] Rujukan dibuat pada Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Peruntukan-Peruntukan Khas di bawah seksyen 204A sehingga 204H Kanun Tanah Negara. [29] Dalam seksyen 204E (3A) KTN, telah dinyatakan seperti berikut: “(3A) Di mana hakmilik asal adalah suatu hakmilik untuk selama-lamanya, melainkan tuan punya memohon supaya tanah itu diberi milik semula kepadanya bagi tempoh beberapa tahun, tempoh yang mana tanah itu diberi milik semula hendaklah juga untuk selama-lamanya,…” [30] Walaupun penyerahan balik Tanah dalam permohonan Plaintif-Plaintif adalah dibuat berdasarkan seksyen 197 KTN, namun harus diteliti bahawa pada masa penyerahan balik dilakukan, KTN masih belum dipinda bagi memasukkan peruntukan-peruntukan khas tersebut dan hanya selepas isu berkaitan “ultra vires” di dalam kes Sri Lempah diputuskan pada 1978, maka pindaan ke atas KTN dilakukan dengan memasukkan borang statutori (Borang 12D) yang berkuatkuasa pada 01.12.2001. [31] Berdasarkan kes Golden Approach Sdn Bhd v Pengarah Tanah dan Galian [2001] 1 MLJ 411 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan – “ With that, I turn to consider first whether the director was correct to take the view that because the said lands had been surrendered pursuant to s 197 of the NLC and had reverted to State land, they could be disposed of at will by the state authority under s 42 of the NLC, whereas if the said lands had been surrendered under s 204D of the NLC, they would, by virtue of s 204B of the NLC, be immediately re-alienated to the proprietor. I find that for the reasons hereafter stated, the director was not:
a
while it is true that generally speaking on a surrender of land under s 197 of the NLC, it reverts to state land and may be disposed off at will by the state authority, each case must be decided according to its own particular facts. In this case, the director had offered to re-alienate the said lands back to Ulu Behrang on the terms and conditions set out in his letter of 23 January 1996, and such offer had been accepted. Therefore, on their surrender, although the said lands vested in the state authority as state land, they were not available for disposal at will as contended by learned senior federal counsel but had to be treated as being approved for re-alienation in sub-divisional lots: a position no different than a surrender under ss 204B and 204G of the NLC.” (penekanan diberikan) [32] Dengan mengambilkira seksyen 204E KTN dan kes Golden Approach, Mahkamah berpendapat bahawa penyerahan balik Tanah bagi “Master Title” yang disenaraikan dalam permohonan Plaintif-Plaintif di Lampiran 1 dibuat di bawah seksyen 197 KTN, tetapi telah menggunapakai prinsip yang sama dengan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Peruntukan-Peruntukan Khas di bawah seksyen 204A sehingga 204H Kanun Tanah Negara atas sebab pembangunan Skim Perumahan. Sehubungan dengan itu, pemberimilikan semula atas tempoh pegangan yang sama iaitu taraf pegangan selama-lamanya seperti dalam “Master Title” perlu diberikan selari dengan maksud seksyen 204E KTN. [33] Mahkamah berpendapat bahawa kesilapan yang dilakukan oleh Defendan iaitu menukarkan taraf pegangan tanah-tanah milik Plaintif-Plaintif daripada selama-lamanya (In Perpetuity) kepada taraf Pajakan 99 tahun boleh diperbetulkan dibawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara (“KTN”) yang memperuntukkan seperti berikut – “380. Correction of errors in documents of title, etc.
1
Where the Registrar is satisfied –
a
that any document of title has been registered or issued in the wrong name, or contains any misdescription of land or boundaries, or other error or omission; or
b
that any memorial or other entry has been made in error on any document of title or other instrument relating to land; or
c
that any memorial or other entry made on any such document of title or instrument itself contains any error or omission, he may, subject to sub-section (2) and (3), make such correction on the document or interest in question as may be appropriate in the circumstances of the case.” [34] Seksyen 380 KTN memperuntukkan bahawa Defendan sebagai Pendaftar Hakmilik boleh melakukan apa-apa pembetulan (correction) ke atas hakmilik-hakmilik yang dikeluarkan. [35] Memandangkan Defendan mempunyai kuasa di bawah s.380 KTN tersebut, maka Mahkamah berpendapat adalah wajar Defendan membuat pembetulan ke atas hakmilik-hakmilik tanah dengan meminda taraf pegangan tanah daripada Pajakan 99 tahun (Leasehold) kepada taraf pegangan asal, iaitu taraf Selama-lamanya (In Perpetuity). KESIMPULAN [36] Dalam kes Wong Sew Ling & Ors v Pendaftar Hakmilik Negeri Perak [2023] MLJU 437 telah dirayu oleh Defendan Pendaftar Hakmilik Negeri Perak ke Mahkamah Rayuan Malaysia (Rayuan Sivil No.: A- 01(NCVC)(A)-102-03/2023). [37] Selanjutnya pada 13.08.2024, Mahkamah Rayuan Malaysia dalam kes tersebut telah membuat keputusan sebulat suara berkenaan isu-isu undang-undang yang sama sebagaimana dalam tindakan ini dan telah berpihak kepada Plaintif-Plaintif dalam kes tersebut. [38] Sehubungan dengan kedudukan di atas, permohonan Plaintif-Plaintif sebagaimana di Lampiran 1 adalah bermerit dan dibenarkan dengan kos sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Tarikh:
09
09.01.2025 Pihak-pihak: Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri bagi pihak Perayu Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30512 Ipoh Perak Peguam Persekutuan: Puan Sharifah Izura binti Mashor Tetuan Azura Mokhtar & Low bagi pihak Responden-Responden Peguamcara & Peguambela No. 4A, Bangunan MBI Jalan Ghazali Jawi 31400 Ipoh Perak Tel: Faks: Emel: Peguamcara: Puan Nurareena binti Said
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.