Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-86-10 / 2019
NA-22NCvC-86-10/2019
High Court of Malaysia19 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“In each of the above cases, the consideration of object of an agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void…The provisions of s 24 of our Contracts Act 1950 referred earlier are explicit statuory injunctions. The statute provides expressly that the considerat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-86-10 / 2019
1
1.
2
2.
3
3.
4
TAN GOH & ASSOCIATES …PERAYU-PERAYU
2
…RESPONDEN-RESPONDEN 30/08/2024 08:56:32 NA-22NCvC-86-10/2019 Kand. 144 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 2 [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: NA-22NCVC-86-10/2019]
2
2.
3
…PLAINTIF-PLAINTIF
2
…DEFENDAN-DEFENDAN (Melalui Tindakan Asal)
1
1.
2
…PLAINTIF-PLAINTIF
2
2.
3
3.
4
TAN GOH & ASSOCIATES …DEFENDAN-DEFENDAN (Melaui Tindakan Tuntutan Balas) ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 4 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Plaintif-Plaintif (Perayu-Perayu) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 9.5.2024 (Lampiran - 143) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh pada 19.4.2024 di mana Mahkamah ini telah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif (Perayu-Perayu) telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan (Responden-Responden). Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif-Plaintif (Perayu-Perayu) terhadap pihak Defendan-Defendan (Responden-Responden) dengan kos. [2] Selanjutnya, Mahkamah ini juga telah memutuskan untuk membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan (Responden-Responden) terhadap Plaintif dan Defendan Keempat (Perayu-Perayu) dengan kos. Seterusnya, Mahkamah telah menetapkan kos keseluruhan tindakan ini sebanyak RM30,000.00 dan jumlah tersebut mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan Keempat ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 5 (Perayu-Perayu) kepada Defendan-Defendan (Responden-Responden) di dalam kes ini tertakluk kepada bayaran fi alokatur. [3] Plaintif-Plaintif dan Defendan Keempat (Perayu-Perayu) merasa tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh pada 19.04.2024 tersebut di atas dan telah merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan berkenaan. [4] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk di dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu akan dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif. Manakala, Responden-Responden akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan. Ringkasan Kes Plaintif-Plaintif [5] Plaintif Pertama adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di No. 50, Jalan Kajang Impian 1/10, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 6 [6] Plaintif ke-2 adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di Lot 4576, Batu 8 Mantin, 71700 Mantin, Negeri Sembilan. [7] Plaintif ke-3 adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di No. 92.1, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Plaintif ke-3 adalah seorang peguambela dan peguamcara yang menjalankan amalan guaman di Tetuan Tan, Goh & Associates. [8] Defendan Pertama adalah sebuah syarikat sendirian berhad dan mempunyai alamat perniagaan utama di No. 22, Jalan USJ 10/1, Taipan Triangle, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor dan alamat berdaftar di 9-7 (Level 7), Jalan USJ 9/5Q, Subang Business Centre, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor. [9] Defendan ke-2 adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di No. 9, Jalan Teluk 5/31, Taman Mawar, KM13, Jalan Puchong, 47100 Puchong, ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 7 Selangor. Defendan ke-2 adalah pengarah syarikat Defendan Pertama. [10] UCM Construction Sdn Bhd telah mendapat suatu Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Kota Setar, Kedah Darul Aman (Reka dan Bina) (selepas ini dirujuk sebagai ‘projek tersebut’) daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air melalui suatu surat setuju terima bertarikh 26 Januari 2018 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Surat Setuju Terima tersebut’). [11] Jumlah nilai kontrak yang diperuntukkan di bawah Surat Setuju Terima tersebut adalah RM225,290,160.38 (tidak termasuk 6% GST yang berkuatkuasa pada ketika itu). [12] Melalui Letter of Award bertarikh 29 Januari 2018, UCM Construction Sdn Bhd telah melantik Defendan Pertama sebagai sub-kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan di bawah projek tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 8 [13] Selepas peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan pada 9 Mei 2018, Kerajaan Persekutuan baru telah mengkaji semula nilai kontrak di bawah Surat Setuju Terima tersebut dan bercadang untuk mengurangkan nilai kontrak yang diperuntukkan bawah Surat Setuju Terima tersebut. [14] Memandangkan UCM Construction Sdn Bhd telah melantik Defendan Pertama sebagai sub-kontraktor, Defendan Pertama telah melantik Plaintif-Plaintif untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan baru agar nilai kontrak asal bawah Surat Setuju Terima tersebut dikekalkan dan bersetuju membayar RM11,264,508.02 kepada Plaintif-Plaintif jika Plaintif-Plaintif berjaya dalam rundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan Kementerian Kewangan melalui perjanjian bertarikh 20 Disember 2018 (‘perjanjian tersebut’).
a
Defendan Kedua iaitu pengarah Defendan Pertama juga memberikan suatu akujanji (‘undertaking’) dan jaminan (‘guarantee’) bahawa Defendan Pertama akan membayar RM11,264,508.02 kepada Plaintif-Plaintif dengan sepenuhnya sekiranya Plaintif-Plaintif berjaya dalam ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 9 perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan. [15] Plaintif Pertama telahpun mengeluarkan surat bertarikh 17 Oktober 2018 kepada Kementerian Kewangan untuk merayu agar nilai projek tersebut dikekalkan dan Plaintif-Plaintif telahpun menghadiri mesyuarat-mesyuarat dengan Kerajaan untuk berunding agar nilai projek tersebut dikekalkan. [16] Plaintif-Plaintif telah berjaya dalam perundingan dan ‘Letter of Award’ dengan pengekalan nilai asal telah dikeluarkan pada 28 Februari 2019. [17] Defendan Pertama telahpun melaksanakan terma-terma perjanjian tersebut dengan membayar RM1,500,000.00 melalui cek AmBank bertarikh 6 Mac 2019 dan memberi 20 keping post dated cheque yang merupakan baki wang sebanyak RM9,764,508.02. Dua keping post dated cheque telahpun ditunaikan manakala 18 keping post dated cheque yang berjumlah 8,764,508.02 tidak dapat ditunaikan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 10 [18] Plaintif-Plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa Defendan-Defendan telah memungkiri perjanjian tersebut dan Defendan Kedua telah memungkiri akujanji (‘undertaking’) dan jaminan (‘guarantee’). Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan [19] Melalui Writ dan Pernyataan Tuntutan, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:-
a
Suatu pengisytiharan bahawa Defendan Pertama telah memungkiri perjanjian bertarikh 20 Disember 2018;
b
Suatu pengisytiharan bahawa Defendan Pertama telah melanggar Seksyen 55(1)(a) Akta Bil Pertukaran (Akta 204);
c
Suatu pengisytiharan bahawa Defendan Kedua telah memungkiri akujanji (‘undertaking) dan jaminan (‘guarantee’) yang terangkum dalam perjanjian bertarikh 20 Disember 2018; Terhadap Defendan Pertama:- ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 11
d
Gantirugi khas sebanyak RM8,764,508.02;
e
Gantirugi am untuk kemungkiran kontrak;
f
Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah-jumlah di prayer (d) dan (e) di atas daripada tarikh pemfailan writ saman sehingga penyelesaian sepenuhnya; Secara alternatif terhadap Defendan Kedua:-
g
Gantirugi khas sebanyak RM8,764,508.02;
h
Gantirugi am untuk kemungkiran akujanji (‘undertaking’) dan jaminan (‘guarantee’);
i
Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah-jumlah di prayer (g) dan (h) di atas daripada tarikh pemfaillan writ saman sehingga penyelesaian sepenuhnya; Terhadap Defendan Pertama dan / atau Defendan Kedua
j
Kos; dan
k
Relif-relif lanjutan dan lain yang dianggap wajar dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 12 Ringkasan Kes Defendan-Defendan [20] UCM Construction Sdn Bhd (“UCM”) telah diawadkan satu Projek Pembinaan di Kedah (“Projek tersebut”) dengan nilai kontrak berjumlah RM225,290,160.38 menurut Surat Setuju Terima bertarikh 26.1.2018 (“Surat Setuju Terima”). [21] UCM telah melantik Defendan Pertama (“D1”) sebagai sub-kontraktor bagi Projek tersebut. [22] Defendan Kedua mendapat makluman bahawa Kerajaan Persekutuan baru akan mengkaji semula nilai kontrak bawah Surat Setuju Terima tersebut dan bercadang untuk mengurangkan nilai kontrak yang diperuntukkan. [23] Berdasarkan representasi yang dibuat oleh Plaintif Pertama (“P1”) bahawa beliau dan rakan-rakan sekerjanya mempunyai pengaruh (‘influence’) dan hubungan dalaman (‘contacts’) di dalam Kerajaan. D1 melalui surat bertarikh 20.12.2018 (“Perjanjian”) telah melantik P1 untuk berunding dengan Kementerian Kewangan Malaysia agar ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 13 jumlah nilai harga kontrak di bawah Surat Setuju Terima tersebut dikekalkan. [24] Terma-terma yang penting (‘salient’) dalam Perjanjian tersebut adalah, inter alia, seperti berikut:-
a
P1 akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk mengekalkan nilai harga kontrak sebanyak RM225,290,160.39 sepertimana yang dinyatakan di bawah Surat Setuju Terima tersebut;
b
Setelah perundingan berjaya, P1 hendaklah dibayar 5% nilai harga kontrak, di mana ia setara dengan RM11,264,508.02;
c
RM11,264,508.02 tersebut hendaklah dibayar kepada Defendan Keempat (“D4”) dalam Tuntutan Balas untuk memegang sebagai pemegang amanah harta (‘stakeholder’) di mana:-
i
RM1,500,000.00 hendaklah dibayar selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan; ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 14
II
(ii) Baki sebanyak RM8,764,508.02 hendaklah dibayar melalui ansuran bulanan sebanyak RM500,000.00 sebulan. [25] Menurut Perjanjian tersebut, D1 mengeluarkan sekeping cek dengan nilai sebanyak RM1,500,000.00 dan 20 keping cek lewat tarikh berjumlah RM8,764,508.02 kepada D4 atas kepercayaan dan maklumat yang diberikan P1. [26] Selepas dua ansuran bulanan telah dibayar, D1 telah membatalkan segala cek lewat tarikh yang masih belum ditunaikan berdasarkan, inter alia, alasan seperti berikut:-
a
P1 dan / atau Plaintif Ketiga (“P3”) tidak dapat membekalkan apa-apa bukti kukuh bahawa mereka telah kononnya berunding dan / atau berbincang dengan
b
Sekitar Jun 2019, D1 telah dimaklumkan oleh UCM bahawa nilai harga kontrak telah dikurangkan sebenarnya. Selanjutnya, rayuan UCM terhadap ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 15 pengurangan tersebut telah ditolak oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan bagi pihak Kerajaan;
c
P3 telah mengakui bahawa beliau tidak pernah berunding dan / atau berbincang dan tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan Menteri Kewangan Malaysia dan / atau Kementerian Kewangan tetapi hanya mengenali pegawai di Jabatan Perkhidmatan Pembentungan. [27] Justeru, Plaintif-Plaintif tidak berhak untuk menuntut apa-apa bayaran berdasarkan alasan-alasan berikut:-
a
Perjanjian tersebut adalah terbatal dan tidak sah, dan / atau tidak boleh dikuatkuasakan atas alasan bahawa ia adalah memungkiri undang-undang (‘illegal’) dan / atau bertentangan dengan polisi awam (‘public policy’). Defendan-Defendan pada masa tersebut tidak sedar atas perkara ‘illegality’ atau kemungkiran ‘public policy’ mengenai perjanjian tersebut.
b
Perjanjian tersebut adalah terbatal dan tidak sah atas alasan bahawa ianya adalah tidak tentu (‘uncertain’); ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 16
c
Representasi yang dibuat oleh P1 dan / atau P3 adalah palsu dan tidak benar;
d
Representasi yang dibuat oleh P1 dan / atau P3 adalah penipuan dengan pengetahuan bahawa ianya adalah tidak benar; dan
e
Terdapat kegagalan balasan sepenuhnya (‘total failure of consideration’) dan / atau tuntutan sedemikian adalah satu pengkayaan yang tidak patut (‘unjust enrichment’). [28] Seterusnya Plaintif Kedua (“P2”) dan P3 tidak berhak atas apa-apa bayaran yang dituntut kerana mereka adalah orang yang tidak dikenali (‘strangers’) kepada Perjanjian tersebut. Perjanjian tersebut adalah berkenaan perlantikan P1 mengenai kononnya pengekalan harga nilai kontrak tersebut sahaja. [29] Disebabkan Perjanjian tersebut adalah terbatal dan tidak sah, Defendan-Defendan adalah berhak kepada bayaran balik (‘refund’) sebanyak RM2,500,000.00 yang telah dibayar secara salah kepada Plaintif-Plaintif dan / atau D4. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 17 Tuntutan Balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif dan / atau Defendan Keempat [30] Seterusnya, melalui Pernyataan Pembelaan Terpinda dan Tuntutan Balas Terpinda Defendan-Defendan menuntut balas terhadap Plaintif-Plaintif dan / atau Defendan Keempat untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:-
a
Satu deklarasi bahawa surat tersebut bertarikh 20.12.2018 adalah tidak sah, terbatal dan / atau tidak berkuatkuasa;
b
Plaintif-Plaintif (dalam tindakan asal) dan / atau Defendan Keempat (dalam tindakan Tuntutan Balas) secara bersesama dan / atau secara berasingan (jointly / severally’) memulangkan kepada Defendan Pertama wang sebanyak RM2,500,000.00 dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penghakiman;
c
Faedah pada kadar 5% setahun dibayar ke atas jumlah RM2,500,000.00 tersebut dan gantirugi yang ditaksir dari tarikh 7.3.2019 dan / atau dari satu tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah yang Mulia ini sehingga tarikh penyelesaian penuh;
d
Kos tindakan ini; dan ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 18
e
Lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini. Analisis dan Penemuan Mahkamah Isu Pertama Sama ada surat bertarikh 20.12.2018 dari Defendan Pertama kepada Plaintif adalah suatu kontrak yang sah dari segi undang-undang [31] Di dalam kes ini setelah Mahkamah meneliti surat bertarikh 20.12.2018 tersebut iaitu dari Defendan Pertama kepada Plaintif, Mahkamah mendapati, di antara lain kandungannya adalah bahawa Plaintif dikehendaki untuk mempengaruhi pihak kerajaan agar nilai kontrak asal di bawah Surat Setuju Terima bertarikh 26.1.2018 daripada Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air Malaysia kepada pihak UCM Construction Sdn Bhd tersebut iaitu yang bernilai sebanyak RM225,290,160.38 dapat dikekalkan tanpa sebarang pemotongan atau apa-apa pengurangan oleh kerajaan. [32] Merujuk kepada kes Merong Mahawangsa Sdn Bhd & Anor v. Dato’ Shazryl Eskay bin Abdullah [2015] 5 MLJ 619, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan sepertimana berikut: ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 19 [16] Section 24 of the Act stipulates five circumstances in which the consideration or object is unlawful, namely, where (a) it is forbidden by a law; (b) it is such a nature that, if permitted, it would defeat any law; (c) it is fraudulent; (d) it involves or implies injury to the person or property of another; or, (e) the court regards it as immoral, or opposed to public policy. ‘In each of the above cases, the consideration of object of an agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void…The provisions of s 24 of our Contracts Act 1950 referred earlier are explicit statuory injunctions. The statute provides expressly that the considerations or objects reffered to in paras (a), (b) and (e) of s 24 shall be unlawful and void. Paragraph
a
deals with what is forbidden or prohibited by law; para (b) deals with what could defeat the object of any law; and para (e) deals with public policy (Chung Khiaw Bank Ltd v Hotel Rasa Sayang Sdn Bhd & Anor [1990] 1 MLJ 356 per Hashim Yeop Sani CJ (Malaya), delivering the judgment of the court), which statements ‘continue to be good law’ (Fusing Construction Sdn Bhd v EON Finance Bhd & Ors [2000] 3 MLJ 95, at p 105 per Gopal Sri Ram JCA, as he then was, delivering the judgement of the court)…consideration is unlawful if it is forbidden by law, or is of such a nature that, if permitted, would defeat the provisions of any law or is immoral or opposed to public policy. Unlawful consideration is a defence against the plaintiff. Consideration opposed to public policy is illegal, and contracts founded on them are condemned by law. An agreement ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 20 to be at variance with public interest it is said, must be clearly and indubitably in contravention of public policy (Chong Kow v Kesavan Govindasamy [2009] 8 MLJ 41, Mohd Ghazali J. as he then was).” [33] Seterusnya, di dalam kes John Ambrose v. Peter Anthony & Anor [2017] 4 MLJ 374, Mahkamah Rayuan telah memutuskan sepertimana berikut:
2
The most pertinent principle encapsulated in the Merong Mahawangsa’s case was that the courts were bound at all stages to take notice of illegality, whether ex facie or which later appeared, even though not pleaded, and that it was contrary to public policy that a person should be hired for money or valuable consideration, to use his position and interest to procure a benefit from the government. Although the plaintiff in the instant appeal had not stated that he had used his position and influence to procure the projects for the second defendant, it was not necessary that the exact words of ‘used the position and influence and good relationship with the Government of Malaysia’ should emerge the evidence. In the instant appeal, it was clear from the evidence that the plaintiff had the position, influence and good relationship with Prime Minister cum Minister of Finance, Minister of Higher Education and various officers and that it was through the plaintiff’s acquantaince and good relationship with the above personalities that he succeeded in procuring the projects for ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 21 the second defendant. Hence, notwithstanding the fact that the plaintiff had not stated expressly in his evidence that he had used his influence or good relationship with the government, the principles enunciated in the Merong Mahawangsa’s case were applicable to the instant appeal. Hence, the oral agreements were illegal under s 24(e) of the Act (see paras 41-44 & 51). [34] Selanjutnya, merujuk kepada Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: What considerations and objects are lawful, and what not 24.The consideration or object of an agreement is lawful, unless –
a
it is forbidden by a law;
b
it is of such a nature that, if permitted, it would defeat any law;
c
it is fraudulent;
d
it involves or implies injury to the person or property of another; or
e
the court regards it as immoral, or opposed to public policy. In each of the above cases, the consideration or object of an agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 22 [35] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa surat bertarikh 20.12.2018 tersebut adalah merupakan suatu kontrak yang tidak sah dari segi undang-undang memandangkan terdapat unsur-unsur atau elemen melobi atau cuba mempengaruhi pihak kerajaan oleh Plaintif-Plaintif agar nilai kontrak asal kepada pihak UCM Construction Sdn Bhd tersebut tidak dikurangkan nilai ataupun jumlahnya. Dalam lain perkataan, balasan (“consideration”) yang terdapat di bawah kontrak tersebut adalah merupakan suatu balasan yang tidak sah dan bertentangan dengan polisi awam serta menyalahi undang-undang yang boleh membawa kepada berlakunya perbuatan rasuah ataupun apa-apa unsur berkenaan penyalahgunaan kuasa. [36] Selain itu, jika dirujuk kepada surat Defendan Pertama kepada Plaintif Pertama bertarikh 20.12.2018 iaitu kontrak yang dikatakan telah dimasuki di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan ini, Mahkamah mendapati ianya adalah amat meragukan akan kewujudan kontrak tersebut. Ini adalah kerana surat tersebut hanya mempunyai satu keping atau satu helaian mukasurat sahaja dan cuma ditandatangani oleh Defendan Kedua sahaja. Tidak ada terdapat tandatangan Plaintif-Plaintif di dalam surat tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 23 Tambahan juga, di dalam surat yang bertarikh pada 20.12.2018 tersebut hanya menyatakan nama Plaintif Pertama sahaja dan tidak ada menyebut langsung nama-nama Plaintif-Plaintif yang lain. [37] Begitu juga, tidak ada terdapat terma-terma dan syarat-syarat yang jelas dan terang yang terkandung di dalam surat yang bertarikh pada 20.12.2018 tersebut bagi menunjukkan dan membuktikan tentang niat dan hasrat pihak-pihak bahawa Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan di dalam kes ini ingin berkontrak di bawahnya. [38] Oleh itu, kontrak yang dikatakan telah dimasuki di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan melalui surat bertarikh 20.12.2018 tersebut adalah merupakan suatu kontrak yang tidak mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang, terbatal dan tidak sah memandangkan ianya adalah berlawanan atau bercanggahan dengan polisi awam serta menyalahi dan bertentangan dengan undang-undang. Tambahan pula, kandungan yang terdapat di dalam surat tersebut adalah tidak jelas, kabur dan juga meragukan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 24 Isu Kedua Sama ada nilai kontrak asal yang diawardkan kepada UCM Construction Sd Bhd masih dikekalkan atau pun telah dikurangkan [39] Seterusnya, di dalam kes ini, Mahkamah juga mendapati bahawa nilai atau jumlah kontrak yang bernilai sebanyak RM225,290,160.38 tersebut telah dikurangkan nilainya sebanyak RM11,290,160.38 atau 5.1% menjadikan harga kontrak baru sebanyak RM214,000,000.00. Kewujudan fakta ini telah dibuktikan melalui surat daripada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) kepada UCM Construction Sdn Bhd bertarikh 22.03.2019, surat daripada JPP kepada UCM Construction Sdn Bhd bertarikh 15.07.2019, surat rayuan daripada UCM Construction Sdn Bhd bertarikh 20.11.2019 kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang merayu terhadap pengurangan nilai kontrak sebanyak 5.1%, surat dari JPP kepada UCM yang melampirkan balasan dari MOF terhadap surat rayuan oleh UCM bertarikh 20.11.2019 dan surat MOF kepada UCM bertarikh pada 3.1.2020 yang telah menolak rayuan yang telah dikemukakan oleh UCM kepada MOF. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 25 [40] Di samping itu, fakta berkenaan nilai kontrak ini telah dikurangkan telah disokong melalui keterangan yang telah diberikan oleh Puan Noor Azwati binti Mohd Noor (SD-1) yang merupakan seorang Technical Executive dari UCM. SD-1 telah mengesahkan akan fakta bahawa terdapatnya pengurangan terhadap nilai kontrak yang telah diawardkan kepada pihak UCM Construction Sdn Bhd iaitu harga kontrak telah dikurangkan sebanyak 5.1% iaitu daripada RM225,290,160.38 kepada RM214,000,000.00. Keterangan yang telah diberikan oleh SD-1 ini telah gagal untuk dicabar, disangkal, dipertikaikan dan dinafikan oleh Plaintif-Plaintif semasa SD-1 ini memberikan keterangan beliau sewaktu dalam perbicaraan kes ini. [41] Oleh itu, adalah jelas terbukti di dalam kes ini bahawa nilai kontrak yang telah diawardkan kepada pihak UCM Construction Sdn Bhd yang bernilai RM225,290,160.38 menurut Surat Setuju Terima bertarikh 26.1.2018 (‘Surat Setuju Terima”) itu tidak dikekalkan. Sebaliknya nilai kontrak tersebut telah dikurangkan sebanyak 5.1% menjadikan harga kontrak baru adalah bernilai RM214,000,000.00. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 26 Isu Ketiga Sama ada Plaintif-Plaintif telah berjaya berunding dengan kerajaan untuk mengekalkan nilai kontrak asal sebanyak RM225,290,160.38 yang telah diawardkan kepada pihak UCM Construction Sdn Bhd [42] Selanjutnya, di dalam kes ini Plaintif-Plaintif terutamanya Plaintif Pertama telah gagal untuk mengemukakan kepada Mahkamah ini sebarang bukti tentang apa-apa tindakan dan langkah-langkah yang beliau telah ambil bagi membuktikan kepada Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif telah menjalankan pelbagai usaha demi untuk memastikan agar nilai kontrak asal kepada pihak UCM Construction Sdn Bhd yang bernilai sebanyak RM225,290,160.38 tersebut dapat dikekalkan oleh kerajaan dan ia tidak dikurangkan. [43] Tidak ada terdapat sebarang minit mesyuarat, bukti perjumpaan atau apa-apa memo atau notis pertemuan samada dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) ataupun dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang telah dikemukakan kepada Mahkamah untuk menujukkan bahawa Plaintif-Plaintif telah melaksanakan kerja-kerja ataupun tugas-tugas mereka agar kerajaan mengekalkan harga kontrak asal sebanyak ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 27 RM225,290,160.38 yang telah diberikan kepada UCM Construction Sdn Bhd melalui Surat Setuju Terima bertarikh 26.1.2018 tersebut. [44] Seterusnya, merujuk kepada Seksyen 66 Akta Kontrak 1950 di mana ianya memperuntukan seperti berikut: Obligation of person who has received advantage under void agreement, or contract that becomes void
66
When an agreement is discovered to be void or when a contract become void, any person who has received any advantage under the agreement or contract is bound to restore it, or to make compensation for it, to the person from whom he received it. [45] Selanjutnya, merujuk kepada kes Lori (M) Bhd (interim receiver) v. Arab-Malaysian Finance Bhd [1999] 3 MLJ 81, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: Professor Visu Sinnadurai in his helpful work on the Law of Contracts in Malaysia and Singapore (2nd Ed) has neatly summarized the effect of s 66 thus: …section 66 is a restitutionary provision and any remedy granted under the section is not based strictly on contract. The general principle under English law is that the courts will not enforce nor grant any remedy under an illegal contract. However, one of the ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 28 main exceptions to this rule is that an innocent party may obtain certain remedies, whereas no remedy is available to a guilty party. Section 66 is a wide provision which has no direct parallel under English law. English cases are, therefore, not relevant in determining the scope of s 66. If the agreement ‘is discovered to be void’, s 66 will apply. ‘Discovered’ has been interpreted to mean that the illegality must not have been known to the party seeking restitution under s 66 at the time the agreement was made. In other words, no remedy will be granted to the guilty party under s 66. In each case, therefore, the courts have to examine the facts of the case to determine whether the party was aware of the illegality at the time the agreement was entered into. Kesimpulan [46] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diberikan tersebut, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Justeru itu, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dengan kos. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 29 [47] Selanjutnya, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif dan Defendan Keempat. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif dan Defendan Keempat dengan kos. [48] Seterusnya, Mahkamah telah menetapkan kos keseluruhan tindakan ini sebanyak RM30,000.00 dan jumlah kos sebanyak RM30,000.00 ini mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan Keempat kepada Defendan-Defendan tertakluk kepada fi alokatur. Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 29 haribulan Ogos 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-86-10/2019 30 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN ASLIZAN, INTAN, RUWAIDA & PARTNERS No. 26, Jalan Dataran Kemuning 3 Dataran Kemuning 70450 Seremban Negeri Sembilan. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / DEFENDAN-DEFENDAN: TETUAN MING, YEE & CO C-2-45, Aras 2, IOI Boulevard Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya 47170 Puchong Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.