Content
DA-22NCvC-65-12/2020 Kand. 82 31/05/2026 06:40:21 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-22NCvC-65-12/2020
DA-22NCvC-65-12/2020
High Court of Malaysia14 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ngth of time whatsoever shall not constitute a bar to the bringing of any action for the recovery thereof by the proprietor or any person or body entitled to an interest therein, and accordingly, the Limitation Act 1953, shall in no circumstances operate to extinguish any title to, or interest in, land." [39] Dalam kes”
“ocument of title of the Lands is conclusive evidence of the conditions, restrictions in interest and other provisions which the Lands are subject to. In this regard, reference is made to s. 89 of the National Land Code 1965 ("NLC") which reads: Section 89 - Conclusiveness of register documents of title Every register d”
“interest therein, and accordingly, the Limitation Act 1953, shall in no circumstances operate to extinguish any title to, or interest in, land." [39] Dalam kes Masri Ahmad v. Teoh Tong Hock & 1 lagi [2014] CLJU 1929, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: [24] The submission was bereft of any merit. Section”
“konklusif penama yang didaftarkan dalam geran hakmilik tanah adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut. [24] Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Bank Berhad v. LH Bintang Development Sdn & Anor [2020] CLJU 3 di mana Mahkamah memutuskan seperti yang berikut: "It is trite law that the register document of title of th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DA-22NCvC-65-12/2020 Kand. 82 31/05/2026 06:40:21 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-22NCvC-65-12/2020
1
NIK NURUL HASLINA BINTI ZAKARIA (NO. K/P: 820720-03-5660) (SEBAGAI WAKIL DIRI SI MATI) TUAN ZAHARAH BINTI TUAN MAT
2
TENGKU NORMA BINTI TUAN MAT (NO. K/P: 610928-03-5568) ...PLAINTIF-PLAINTIF
3
MOHD ASRUL AFFENDI BIN AWANG AHMAD (NO. K/P: 800323-03-5566) ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Plaintif-Plaintif di dalam kes ini telah memfailkan writ Saman Terpinda [kandungan 43] dan Pernyataan Tuntutan Terpinda [kandungan 44] menuntut terhadap Defendan-Defendan, antara lain: a) Plaintif-Plaintif mendapat milikan kosong hartanah yang dipegang di bawah hakmilik GM 831, Lot 15, Mukim Tujoh, Jajahan Tumpat, Kelantan ("Hartanah tersebut") dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman; b) Defendan-Defendan hendaklah mengosongkan dan menyerahkan milikan kosong Hartanah tersebut dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman; c) Defendan-Defendan hendaklah memastikan semua binaan yang didirikan tanpa izin atau persetujuan Plaintif-Plaintif di atas Hartanah tersebut dialih dan dirobohkan dengan kos dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Defendan-Defendan; dan d) RM25,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Ribu) Sahaja sebagai gantirugi kesusahan penafian hak untuk menikmati dan/ atau menggunakan Hartanah tersebut. [2] Defendan-Defendan telah memfailkan Pembelaan Terpinda dan Tuntutan Balas Terpinda [kandungan 31] memohon, antara lain - a) Bahawa Engku Raham bin Tuan Mat serta Defendan-Defendan bukannya penceroboh ke atas Hartanah tersebut; b) Bahawa Engku Raham bin Tuan Mat (No. K/P:570122-03- 5557) mempunyai hak pendaftaran (registrable right) kepada 1/3 bahagian daripada Hartanah tersebut; c) Bahawa Defendan-Defendan selaku pewaris-pewaris yang sah kepada Engku Raham bin Tuan Mat mempunyai hak benefisial dan/atau pendaftaran daripada bahagian tanah yang dimiliki oleh Engku Raham bin Tuan Mat atas Hartanah tersebut; d) Pemilikan berdaftar Plaintif-Plaintif sebanyak $ \frac{1}{2} $ bahagian atas Hartanah tersebut melalui No. Perserahan 3287/2012 adalah dibatalkan, manakala pemilikan berdaftar Plaintif-Plaintif sebanyak 1/3 bahagian melalui No. Perserahan 2259/2009 adalah dikekalkan; dan e) Bahawa Pentadbir Tanah Pejabat Tanah dan Jajahan berkaitan hendaklah membatalkan pemilikan berdaftar Plaintif Pertama Tuan Zaharah binti Tuan Mat dan Plaintif Kedua Tengku Norma binti Tuan Mat sebagaimana prayer (d) di atas dan seterusnya mendaftarkan nama Engku Raham bin Tuan Mat (No. K/P:570122-03-5557) sebagai pemilik berdaftar sebanyak 1/3 bahagian atas Hartanah tersebut. [3] Perbicaraan kes ini telah berlangsung selama lima (5) hari di mana Plaintif-Plaintif telah memanggil seramai dua (2) orang saksi untuk memberikan keterangan. Manakala, Defendan-Defendan masing-masing telah memanggil seramai tiga (3) orang saksi. Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, keterangan lisan dan dokumentar serta penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini pada 14.12.2025 telah memutuskan seperti berikut:
a
Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah dibenarkan sebagaimana berikut:
i
Plaintif-Plaintif dibenarkan untuk mendapat milikan kosong Hartanah tersebut selaku pemilik-pemilik berdaftar berdasarkan dokumen hak milik Hartanah tersebut;
II
(ii) Defendan-Defendan diperintahkan untuk mengosongkan atau menyerahkan milikan kosong Hartanah tersebut dalam masa 6 bulan dari tarikh Penghakiman ini atau penyelesaian bayaran gantirugi (mana yang terdahulu);
III
(iii) Plaintif-Plaintif untuk bayar gantirugi bangunan rumah kediaman Defendan-Defendan atas sebahagian Hartanah tersebut yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah.
b
Tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif adalah dibenarkan sebagaimana berikut:
i
Pengisytiharan bahawa Defendan-Defendan bukanlah penceroboh atas Hartanah tersebut;
II
(ii) Bahawa Engku Raham bin Tuan Mat atau warisnya (Defendan-Defendan) mempunyai hak ekuiti (equitable rights) ke atas bangunan/rumah kediaman yang didirikan atas sebahagian 1/3 Hartanah tersebut;
III
(iii) Defendan-Defendan berhak ke atas gantirugi bangunan/rumah kediaman yang telah didirikan oleh arwah Engku Raham bin Tuan Mat atau warisnya tertakluk kepada gantirugi yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah. [4] Terkilan dengan keputusan tersebut, Defendan-Defendan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 11.1.2026 [kandungan 78] ke Mahkamah Rayuan. [5] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan dalam Mahkamah ini. Latar belakang kes [6] Hartanah tersebut yang menjadi pertikaian dalam tindakan ini pada asalnya adalah milik Tuan Mat bin Tuan Senik yang telah meninggal dunia pada 11.2.2019 ("si mati"). [7] Plaintif-Plaintif di dalam kes ini merupakan anak si mati. Tuan Zaharah binti Tuan Mat (Plaintif Pertama) telah meninggal dunia pada 1.4.2023 dan anaknya dijadikan sebagai wakil diri iaitu Nik Nurul Haslina binti Zakaria. Si mati juga mempunyai anak lelaki bernama Engku Raham bin Tuan Mat. Engku Raham bin Tuan Mat telah meninggal dunia pada 28.8.2012. [8] Manakala, Defendan-Defendan ialah isteri dan anak menantukepada Engku Raham bin Tuan Mat yang sedang mendiami rumahkediaman di atas sebahagian daripada Hartanah tersebut sehinggasekarang. [9] Plaintif-Plaintif adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut berdasarkan dokumen hak milik. Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Tuan Mat bin Tuan Senik telah memindahmilik Hartanah tersebut pada 6.10.2009 menjadikan bahagian Tuan Mat bin Tuan Senik kepada 1/3 bahagian, Tuan Zaharah binti Tuan Mat (Plaintif Pertama) 1/3 bahagian dan Tengku Norma binti Tuan Mat (Plaintif Kedua) 1/3 bahagian. [10] Defendan-Defendan menyatakan bahawa Engku Raham bin Tuan Mat telah membina rumah kediaman di atas Tanah tersebut iaitu dalam tahun 1981 lagi iaitu sebelum Plaintif-Plaintif membina rumah masing-masing. Defendan-Defendan turut menyatakan bahawa dalam menentukan sempadan tanah berdasarkan bahagian Hartanah tersebut, si mati telah meminta supaya Hartanah tersebut disukat secara tidak rasmi oleh seorang Settlement Officer (SO) yang bertugas di Pejabat Tanah Tumpat. SO menyatakan bahawa Tanah tersebut diplotkan kepada 3 petak pada tahun 2008. SO tersebut yang kini telah bersara, telah dibawa ke Mahkamah sebagai saksi (SD2) bagi menunjukkan usaha si mati untuk membentuk sempadan tanah bagi Hartanah tersebut. Tandaan sempadan yang memplotkan 3 petak tanah (bukan pecahan sempadan rasmi) juga ditandakan dengan peket (batu simen) dan batu sempadan bagi petak tengah masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. [11] Setelah kerja sukat selesai, Engku Raham bin Tuan Mat dan Defendan-Defendan mendiami rumah mereka di atas sebahagian Hartanah tersebut sebagaimana dengan panduan sempadan yang telah dibuat. Beberapa tahun kemudian, Plaintif-Plaintif juga masing-masing membina rumah di atas Hartanah tersebut. Defendan-Defendan menyatakan bahawa ketika Engku Raham bin Tuan Mat dalam keadaan uzur, Plaintif Kedua telah menguruskan pindahmilik Hartanah tersebut kali pertama pada tahun 2009 dan juga pindahmilik kali kedua pada tahun 2012 iaitu setelah 4 bulan kematian Engku Raham bin Tuan Mat yang menjadikan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua masing-masing memperoleh 1/3 bahagian. [12] Plaintif-Plaintif pula sebaliknya mendakwa bahawa si mati tidak pernah berhasrat untuk memberikan sebahagian hakmilik Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat. Oleh itu, Plaintif-Plaintif telah memulakan suatu tuntutan sivil terhadap Defendan-Defendan dengan menyatakan bahawa pendudukan Defendan-Defendan atas Hartanah tersebut adalah tidak sah dan Defendan-Defendan adalah penceroboh. [13] Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan menafikan fakta tersebut dan menyatakan bahawa pendudukan Defendan-Defendan atas Hartanah tersebut adalah bermula dengan kebenaran oleh pemilik asal iaitu si mati yang memberi keizinan kepada semua pihak termasuk Engku Raham bin Tuan Mat untuk mendiami sebahagian Hartanah tersebut dan kebenaran tersebut tidak pernah dibatalkan pada bila-bila masa oleh si mati. Tuntutan balas Defendan-Defendan [14] Tuntutan balas Defendan-Defendan, antara lain adalah seperti berikut:
a
Bahawa Engku Raham bin Tuan Mat serta Defendan-Defendan bukannya penceroboh;
b
Bahawa Engku Raham bin Tuan Mat mempunyai hak pendaftaran (registrable right) kepada 1/3 bahagian Hartanah tersebut;
c
Bahawa Defendan-Defendan selaku pewaris yang sah kepada Engku Raham bin Tuan Mat mempunyai hak benefisial dan/atau pendaftaran daripada bahagian tanah yang dimiliki oleh Engku Raham bin Tuan Mat;
d
Bahawa pemilikan Plaintif-Plaintif sebanyak $ \frac{1}{2} $ bahagian setiap seorang yang diperoleh oleh Plaintif-Plaintif melalui No. Perserahan 3287/2012 adalah suatu pindah milik yang tidak sah dan terbatal;
e
Pemilikan berdaftar Plaintif-Plaintif sebanyak $ \frac{1}{2} $ bahagian di atas Tanah tersebut melalui No. Perserahan 3287/2012 adalah dibatalkan, manakala pemilikan berdaftar Plaintif-Plaintif sebanyak 1/3 bahagian melalui No. Perserahan 2259/2009 adalah dikekalkan;
f
Bahawa Pentadbir Tanah Pejabat Tanah dan Jajahan hendaklah membatalkan pemilikan berdaftar Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dan seterusnya mendaftarkan nama Engku Raham bin Tuan Mat sebagai pemilik berdaftar sebanyak 1/3 bahagian bagi Tanah tersebut. Ringkasan hujahan Plaintif-Plaintif [15] Plaintif-Plaintif berhujah secara ringkas, antara lain seperti berikut:
a
Plaintif-Plaintif mempunyai hakmilik yang tidak boleh disangkal ke atas Hartanah tersebut;
b
Tidak dinafikan bahawa Engku Raham bin Tuan Mat telah diberi kebenaran untuk menetap di atas Hartanah tersebut sejak 1980-an lagi, namun ia tidak menjadikan Engku Raham bin Tuan Mat atau Defendan-Defendan sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut;
c
Pemilik asal Hartanah tersebut iaitusi mati juga tidak pernah melakukan pindahmilik Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat; dan
d
Defendan-Defendan menyatakan adanya pemberian hibah daripada si mati kepada Engku Raham bin Tuan Mat, namun tiada sebarang dokumen sokongan dikemukakan yang boleh menyokong fakta ini. Oleh itu, Defendan-Defendan selaku ahli waris kepada Engku Raham bin Tuan Mat tidak boleh menyatakan mereka memiliki hak benefisial ke atas sebahagian Hartanah tersebut. Ringkasan hujahan Defendan-Defendan [16] Defendan-Defendan berhujah secara ringkas, antara lain seperti berikut:
a
Engku Raham membina rumah dan menetap di atas sebahagian Hartanah tersebut adalah dengan kebenaran Tuan Mat bin Tuan Senik atau si mati. Begitu juga Defendan-Defendan yang menetap bersama sebagai benefisiari kepada Engku Raham. Tidak ada keterangan di Mahkamah ini bahawa si mati membatalkan kebenaran kepada Engku Raham dan juga kepada Defendan-Defendan sehinggalah si mati meninggal dunia;
b
Oleh kerana Defendan-Defendan menduduki hartanah tersebut dengan kebenaran dan keizinan si mati selaku pemilik asal, maka Defendan-Defendan bukanlah penceroboh ke atas sebahagian Hartanah tersebut;
c
Keterangan SD1 amat kukuh dan boleh dipercayai bahawa tujuan ukursukat adalah untuk mengagih tanah kepada 3 anak-anaknya iaitu Engku Raham, Tuan Zaharah (Plaintif Pertama) dan Tengku Norma (Plaintif Kedua) dalam perbualannya dengan si mati sebelum kematiannya. Keterangan tersebut adalah direct evidence yang dikemukakan ke Mahkamah ini. SD1 adalah saksi hidup yang menjalankan kerja sukat, mengetahui tujuan sukat dan mengetahui bahagian tanah yang mana yang mana yang diberikan oleh si mati kepada Engku Raham;
d
Tindakan Plaintif-Plaintif adalah termasuk dalam suatu perbuatan frod yang dengan niat untuk menafikan hak-hak Engku Raham ke atas sebahagian Hartanah tersebut. Kesemuanya telah dizahirkan semasa perbicaraan kes ini yang mana saksi Defendan-Defendan dan saksi-saksi hadir memberikan keterangan mengenai keraguan pindahmilik Hartanah tersebut. Dengan wujudnya dakwaan perilaku frod yang mencemari proses perolehan tanah sebanyak $ \frac{1}{2} $ setiap seorang oleh Plaintif-Plaintif, maka pemilikan Plaintif sebanyak $ \frac{1}{2} $ setiap seorang melalui perserahan no 3287/2012 adalah tidak sah dan hendaklah dibatalkan oleh Mahkamah ini. Prinsip undang-undang [17] Berdasarkan seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan prinsip undang-undang yang mantap, beban pembuktian adalah terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya. Peruntukan tersebut diperturunkan seperti berikut: "Burden of proof
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies
102
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.". [18] Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan dalam banyak kes undang-undang. Dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697, Mahkamah Persekutuan memutuskan berkenaan prinsip undang-udang ini seperti berikut - "[51] There is an essential distinction between burden of proof and onus of proof, burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts... [52] The 'burden of proof' in s 101 is the burden to establish a case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue. The 'burden of proof' in s 102 is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The 'burden of proof in s 102 shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. To differentiate the sense used, the 'burden of proof in s 101 is 'burden of proof, while the 'burden of proof in ss 102 and 103 is dubbed 'onus of proof. In some jurisdictions, the s 101 'burden of proof' is labelled 'legal burden' while the s 102 burden of proof' is referred to as 'evidential burden'." [Penekanan ditambah] [19] Berdasarkan peruntukan dan nas-nas undang-undang di atas adalah jelas bahawa beban pembuktian dalam suatu kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian dan beban pembuktiannya terletak di bahu pihak yang mendakwa kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya. Kegagalan plaintiff atau pihak yang menuntut berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan plaintiff atau pihak yang menuntut terhadap defendan atau pihak yang dituntut ditolak oleh Mahkamah. [20] Dalam kes ini, beban pembuktian pada Plaintif-Plaintif adalah untuk membuktikan mereka pemilik berdaftar Tanah tersebut dan mereka berhak mendapat milikan kosong keseluruhan Hartanah tersebut. Ini juga akan memberikan mereka hak untuk mengusir Defendan-Defendan yang menduduki Hartanah tersebut. Manakala, beban pembuktian di pihak Defendan-Defendan adalah untuk membuktikan pendudukan mereka di atas sebahagian Hartanah tersebut adalah dengan keizinan pemilik asal iaitu si mati dan mereka berhak menduduki bahagian Hartanah tersebut sebagai ahli waris kepada Engku Raham bin Tuan Mat. Analisis dan dapatan Mahkamah Isu 1: Sama ada Plaintif-Plaintif berhak untuk menuntut milikan kosong Hartanah tersebut? [21] Tuntutan utama Plaintif-Plaintif di Mahkamah ini adalah berkait dengan milikan kosong Hartanah tersebut. Oleh itu, Mahkamah ini terlebih dahulu perlu meneliti isu pokok berkenaan pemilikan Hartanah tersebut. [22] Dalam hal ini, Mahkamah ini mengambil panduan daripada prinsip yang dinyatakan dalam kes Tan Ying Hong v. Tan Sian Sang & Ors [2010] 2 CLJ 269 di mana Zaki Tun Azmi KHN menerangkan berkenaan pemakaian seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) seperti berikut: "Let us refer to the first owner of a piece of land as"A who then transfers the same piece of land to "B" and which subsequently is transferred to "C". As far as section 340 (1) of the NLC is concerned, A's title to the land is totally indefeasible. In short if A's name appears on the registration, no one can come and claim for that title. The law will not entertain it at all. Now comes the next person, B, whose name appears in the register. If it can be shown that the title or interests obtained by B was obtained by fraud or misrepresentation by him or anyone else to which he was a party or privy then his claim to the title or interest can be defeated. (See s. 340 (2)(a) of the NLC). Otherwise B stands in the same position as A. The situation where it is proved that the registration in B's name was obtained by forgery or by means of an insufficient or void instrument is the same (See section 340 (2) (b) of the NLC). His title or interest to the land is liable to be set aside by the previous owner who has a good title. In this latter instance, there is no need to show that B was a party or privy to that forgery or to obtaining the title or interest by a void instrument. The third instance where B's title or interest could be defeated is where it was unlawfully acquired through the exercise of any power or authority conferred by any law. Section 340(2)(c) of the NLC deals with one who was for example acting in his capacity as an agent to a power of attorney. Even if C is in the same position as B, sub-section (3) also does not give protection to C unless he can show that he had acquired the title or interest in good faith and for valuable consideration. Any title or interest gained by any person thereafter is also liable to be set aside unless it could be shown that he had acquired it in good faith and for valuable consideration. This is what is called deferred indefeasibility of title. If his title or interest is challenged on similar grounds, the burden of proving there was valuable consideration and good faith lies on him." [23] Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah membuktikan mereka adalah pemilik berdaftar dan benefisial Hartanah tersebut melalui Geran Hakmilik Tanah tersebut [ekshibit P7]. Seksyen 89 KTN 1965 memperuntukkan bahawa dokumen hakmilik adalah dokumen yang memberikan bukti konklusif penama yang didaftarkan dalam geran hakmilik tanah adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut. [24] Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Bank Berhad v. LH Bintang Development Sdn & Anor [2020] CLJU 3 di mana Mahkamah memutuskan seperti yang berikut: "It is trite law that the register document of title of the Lands is conclusive evidence of the conditions, restrictions in interest and other provisions which the Lands are subject to. In this regard, reference is made to s. 89 of the National Land Code 1965 ("NLC") which reads: Section 89 - Conclusiveness of register documents of title Every register document of title duly registered under this Chapter shail, subject to the provisions of this Act, be conclusive evidence-
a
that title to the land described therein is vested in the person or body for the time being named therein as proprietor; and
b
of the conditions, restrictions in interest and other provisions subject to which the land is for the time being held by that person or body, so far as the same are required by any provision of this Act to be specified or referred to in that document." [25] Selanjutnya, Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Plaintif-Plaintif bahawa hak ketuanpunyaan Plaintif-Plaintif sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut tidak boleh disangkal diperuntukkan di bawah seksyen 340 KTN 1965 kecuali Hartanah tersebut diperolehi secara penipuan, salah nyata atau pemalsuan. Peruntukan seksyen 340 KTN 1965 diperturunkan untuk kemudahan rujukan seperti berikut: "340. Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances.
1
The title or interest of any person or body for the time being registered as proprietor of any land, or in whose name any lease, charge or easement is for the time being registered, shall subject to the following provisions of this section be indefeasible." [26] Dalam kes Teh Bee v. K Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7 Mahkamah Persekutuan memutuskan: "(3) Under Torrens System the register is everything and it would be wrong to allow an investigation as to the right of the person to appear upon the register when he holds the certificate of title." [27] Untuk memutuskan isu pemilikan Hartanah tersebut, Mahkamah ini telah menimbang keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan di Mahkamah ini. [28] SP1 iaitu suami kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua (SP2) telah memberi keterangan mengenai latar belakang pindahmilik Hartanah tersebut oleh ayah mereka iaitu si mati. SP1 dan SP2 menyatakan bahawa Hartanah tersebut pada mulanya adalah milik si mati, Tuan Mat bin Tuan Senik dan pada 6.10.2009, Tuan Mat bin Tuan Senik telah melakukan pindahmilik kepada 3 bahagian menjadikan beliau sebagai pemilik kepada 1/3 bahagian, Plaintif Pertama sebagai pemilik 1/3 bahagian dan Plaintif Kedua sebagai pemilik 1/3 bahagian. Mahkamah ini merujuk kepada P8 iaitu Borang Pindah Milik (Borang 14A) bertarikh 6.10.2009 bagi Hartanah tersebut. [29] Selanjutnya, saksi-saksi menyatakan bahawa Hartanah tersebut kemudiannya diserahkan sepenuhnya oleh si mati kepada Plaintif-Plaintif sebagaimana tertera pada ekshibit P7. Pada dapatan Mahkamah ini, keterangan-keterangan saksi-saksi ini menyokong tuntutan mereka selaras dengan bukti dokumen-dokumen yang dikemukakan dan menafikan tuntutan Defendan-Defendan. [30] Manakala, saksi-saksi Defendan SD1 dan SD2 menyatakan bahawa semasa si mati hidup, si mati telah beberapa kali memaklumkan kepada mereka bahawa si mati berniat untuk Hartanah tersebut dibahagikan kepada Engku Raham bin Tuan Mat dan juga kepada Plaintif-Plaintif. Fakta ini disokong oleh keterangan SD1 yang menyatakan dia telah diminta oleh si mati untuk membuat pengukuran bahagian dan sempadan Hartanah tersebut kerana si mati ingin membahagikan bahagian Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat dan Plaintif-Plaintif. SD3 iaitu isteri Engku Raham bin Tuan Mat juga memberikan keterangan yang sama bahawa si mati yang memberi izin untuk mereka membina rumah di atas sebahagian Hartanah tersebut dan si mati juga ada menyatakan si mati ingin membahagikan bahagian Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat dan Plaintif-Plaintif. [31] Bagi hal ini, Mahkamah ini mendapati niat sebenar mengenai Harrtanah tersebut hanya diketahui oleh si mati yang telah pun meninggal dunia. Pada dapatan Mahkamah ini, keterangan semua saksi Defendan hanya mengesahkan bahawa si mati berniat membahagikan bahagian Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat dan Plaintif-Plaintif namun tiada bukti dokumen pendaftaran hakmilik dikemukakan untuk menyokong keterangan ini. Walaupun pelan cadangan pengukuran dikemukakan melalui SD1 namun dokumen ini bukan bukti konklusif bahawa si mati turut berniat membahagikan bahagian Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat. Tambahan lagi, ia masih kekal di Mahkamah ini sebagai dokumen yang ditandakan oleh Mahkamah ini sebagai IDD15. [32] Pada pandangan Mahkamah ini, keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Defendan-Defendan menunjukkan secara samar-samar bahawa kemungkinan si mati ingin membahagikan Hartanah tersebut kepada Engku Raham dan Plaintif-Plaintif tanpa bukti dokumen yang boleh menyokong keterangan tersebut memandangkan dokumen hakmilik Hartanah tersebut menunjukkan hanya Plaintif-Plaintif sebagai pemilik berdaftar. [33] Mahkamah ini merujuk kepada keterangan saksi Defendan iaitu SD2 ketika pemeriksaan balas yang diperturunkan seperti di bawah - "S: Setuju tak tahu sama ada Tuan Mat pergi daftar atau tidak di Pejabat Tanah? J: Setuju, tak tahu S: Setuju dengan cadangan saya bahawa tak tahu Tuan Mat ni pindahmilik tanah ni kepada siapa, setuju? J: Saya tak tahu." [34] Saksi-saksi Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif telah menipu dan memperdayakan si mati untuk memindahmilik Hartanah tersebut kepada mereka. Namun pada dapatan Mahkamah ini tiada sebarang bukti untuk menyokong keterangan saksi-saksi Defendan-Defendan. Si mati sewaktu hidupnya atau ketika Engku Raham bin Tuan Mat telah meninggal dunia sekalipun tidak pernah pada bila-bila masa memindahmilik sebahagian Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat atau ahli warisnya. [35] Janji lisan yang dikatakan wujud oleh saksi-saksi Defendan-Defendan bahawa si mati turut berniat untuk menyerahkan sebahagian Hartanah tersebut kepada Engku Raham bin Tuan Mat/ahli warisnya pada pandangan Mahkamah ini tidak boleh menghalang Plaintif-Plaintif daripada menuntut milikan kosong. Jelas bahawa di antara janji lisan dan peruntukan undang-undang, pengiktirafan harus diberikan kepada peruntukan undang-undang. Ini adalah kerana kedudukan dan hak pemilik tanah berdaftar di bawah undang-undang sedia ada adalah jelas. Oleh itu, pada dapatan Mahkamah ini, keterangan mengenai janji lisan adalah kabur dan tidak selamat untuk diterima bulat-bulat oleh Mahkamah ini. Dari segi undang-undang, pemilik tanah yang berdaftar secara prima facienya berhak kepada milikan kosong tanah. Maka pihak yang mendakwa sebagai berhak menduduki tanah itu berbanding dengan pemilik berdaftar memikul beban untuk membuktikan haknya atas imbangan kebarangkalian sebagaimana yang dijelaskan oleh prinsip undang-undang yang mantap. [36] Dalam kes Lebbey Sdn Bhd v. Chong Wool Leong & Anor and Other Applications [1998] 5 MLJ 368 Mahkamah menggariskan prinsip undang-undang berkaitan hak pemilik berdaftar terhadap milikan sesuatu hartanah seperti berikut: "Held, allowing the plaintiffs application:
1
The registered owner of any land is prima facie entitled to possession of it...” [37] Oleh itu, berdasarkan prinsip torrens system dan undang-undang yang mantap, Plaintif-Plaintif selaku pemilik sah berdaftar Hartanah tersebut berhak mendapatkan perintah-perintah deklarasi berkenaan pemilikan Hartanah tersebut. Isu 2: Sama ada Defendan-Defendan telah secara salah menduduki sebahagian Hartanah tersebut? [38] Pada pendapat Mahkamah ini, fakta bahawa keberadaan Engku Raham bin Tuan Mat dan Defendan-Defendan di atas Tanah tersebut untuk satu tempoh melangkau generasi tidak memberikan kepada mereka hak atau kepentingan yang boleh didaftar ("registrable interest") ke atas Hartanah tersebut ataupun menghilangkan hak dan kepentingan Plaintif-Plaintif ke atas Hartanah tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 341 KTN 1965 seperti berikut – "341 Adverse possession not to extinguish titles or interests Adverse possession of land for any length of time whatsoever shall not constitute a bar to the bringing of any action for the recovery thereof by the proprietor or any person or body entitled to an interest therein, and accordingly, the Limitation Act 1953, shall in no circumstances operate to extinguish any title to, or interest in, land." [39] Dalam kes Masri Ahmad v. Teoh Tong Hock & 1 lagi [2014] CLJU 1929, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: [24] The submission was bereft of any merit. Section 341 of the NLC provides that adverse possession, no matter how long, does not confer title to the land. Therefore, the registered proprietor or person entitled to the land, may at any time, take action to evict the stranger or squatter in adverse possession. Consequently, section 341 of the Code, read together with section 9(2) of Act 254, in effect provided that there shall no limitation period to bar the current registered proprietor from taking action." [Penekanan ditambah] [40] Memandangkan Mahkamah ini berpandangan bahawa Defendan-Defendan tiada sebarang kepentingan yang boleh didaftar di atas Hartanah tersebut, maka Defendan-Defendan tidak berhak untuk relief-relief deklarasi dan perintah untuk mendaftarkan nama sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut dan juga tidak berhak untuk terus sambung menghuni di atas sebahagian Hartanah tersebut. [41] Mengenai tuntutan balas Defendan-Defendan sebagaimana yang dinyatakan di perenggan [14] di atas, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan bahawa Defendan-Defendan bukanlah penceroboh di atas sebahagian Hartanah tersebut. Ini kerana Mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa terdapat keizinan oleh si mati untuk Engku Raham bin Tuan Mat/ahli waris untuk mendirikan rumah kediaman di atas sebahagian Hartanah tersebut sejak sekian lamanya dan fakta keizinan oleh si mati ini juga tidak pernah dipertikaikan oleh Plaintif-Plaintif. Namun, Defendan-Defendan perlu mengosongkan rumah kediaman tersebut dan menyerahkan milikan kosong kepada Plaintif-Plaintif. Ini kerana Mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa Plaintif-Plaintif adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut berdasarkan kepada dokumen hakmilik Hartanah tersebut. [42] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa Defendan-Defendan wajar diberikan masa yang munasabah untuk membuat persiapan keluar dari rumah kediaman tersebut dan gantirugi yang sewajarnya bagi rumah kediaman tersebut yang telah diduduki sejak sekian lama. [43] Berdasarkan peruntukan dan nas-nas undang-undang di atas, adalah jelas bahawa beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil sentiasa terletak pada bahu plaintiff atau pihak yang menuntut dan ia adalah atas imbangan kebarangkalian. Kegagalan plaintiff atau pihak yang menuntut berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan plaintiff atau pihak yang menuntut terhadap defendan atau pihak yang dituntut ditolak oleh Mahkamah. [44] Dalam kes ini, setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding serta keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, Mahkamah ini mendapati Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, beban pembuktian tersebut telah berpindah kepada Defendan-Defendan untuk menafikan dakwaan dan/atau tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut di mana perkara ini telah gagal dilakukan oleh Defendan-Defendan. Keputusan [45] Maka di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan-Defendan. Mahkamah ini membenarkan sebahagian tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dan juga membenarkan sebahagian tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif sebagaimana berikut -
a
Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah dibenarkan sebagaimana berikut:
i
Plaintif-Plaintif dibenarkan untuk mendapat milikan kosong Hartanah tersebut selaku pemilik-pemilik berdaftar berdasarkan dokumen hak milik Hartanah tersebut;
II
(ii) Defendan-Defendan diperintahkan untuk mengosongkan atau menyerahkan milikan kosong bahagian yang diduduki atas Hartanah tersebut dalam masa 6 bulan dari tarikh Penghakiman ini atau penyelesaian bayaran gantirugi (mana yang terdahulu);
III
(iii) Plaintif-Plaintif untuk bayar gantirugi bangunan rumah kediaman Defendan-Defendan atas sebahagian Hartanah tersebut yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah.
b
Tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif adalah dibenarkan sebagaimana berikut:
i
Pengisytiharan bahawa Defendan-Defendan bukanlah penceroboh atas sebahagian Hartanah tersebut;
II
(ii) Bahawa Engku Raham bin Tuan Mat atau warisnya (Defendan-Defendan) mempunyai hak ekuiti (equitable rights) ke atas bangunan/rumah kediaman yang didirikan atas sebahagian 1/3 Hartanah tersebut;
III
(iii) Defendan-Defendan berhak ke atas gantirugi bangunan/rumah kediaman yang telah didirikan oleh arwah Engku Raham bin Tuan Mat atau warisnya tertakluk kepada gantirugi yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah. Bertarikh: 31 Mei 2026 Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu (1) KAUNSEL: Bagi pihak Plaintif-Plaintif Azrul Hasyimi bin Mohammad Tetuan Azrul Hasyimi & Co Bagi pihak Defendan-Defendan Amirul Hafiz bin Ramli Tetuan Hasif Azham Rizal & Co
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.