Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B53F-2-03/2023
TA-B53F-3-03/2023
Sessions Court of Malaysia30 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dge does not put counsel to his election and no election in fact takes place, counsel is entitled to call his evidence just as much as if he had never made the submission. [11] Section 114(g) of the Evidence Act 1950 will also stand to support the plaintiff ’s case on facts when the defendant does **Note : Serial numbe”
“77. Kehendak undang-undang ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes KTL Sdn Bhd & Anor v Leong Oow Lai and other cases [2014] MLJU 1405 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “[34] If a document is classified as a Part C Document, the party adducing that document bears the evidentia”
“74. Dalam kes Modular Tropical Ventures (M) Sdn Bhd (In Liquidation) V George Varughese And Other Appeal [2018] MLJU 886 [di mana YA Wan Ahmad Farid PK (pada ketika itu) telah memutuskan untuk menolak dokumen yang telah sekadar ditandakan sebagai “ID” seperti berikut: “The Members Desolution [48] Learned counsel for t”
“44. Dalam kes Lim Guan Eng v Razman bin Zakaria [2022] MLJU 1052, Mahkamah Tinggi menyatakan: “[17] The fact that the defendant did not call any witness or submitted no case to answer does not necessarily mean that the evidence of the plaintiff has satisfied the”
“84. Pihak Defendan-Defendan telah merujuk kes Khalid bin Abd Samad lwn Datuk Abdullah Mat Yasim [2023] MLJU 1295 yang melibatkan isu yang serupa dengan kes ini.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B53F-2-03/2023
1
NOOR AZMAN BIN SURUDH ALI
2
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAFF BIN NOOR AZMAN NO K/P: 020123-10-1521 ...PLAINTIF-PLAINTIF MOHD SHAFIE BIN HAMZAH (NO K/P: 710204-11-5325) ...DEFENDAN MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN NOR AFFEDI [NO K/P: 021211-11-0553 ...PIHAK KETIGA DIDENGAR DAN DIBICARAKAN BERSAMA DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B53F-3-03/2023
1
NOOR AZMAN BIN SURUDH ALI
2
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAFF BIN NOOR AZMAN (NO K/P: 020123-10-1521) ...PLAINTIF-PLAINTIF SHAIDI BIN MOHAMMED (NO K/P: 640102-11-5841) ...DEFENDAN WAN YUSUF ISKANDAR BIN WAN HASSAN (NO K/P: 030723-01-1449) ... PIHAK KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan rayuan yang difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif atas keputusan yang diberikan oleh Mahkamah pada 30.11.2025 yang telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM 10,000 diberikan kepada pihak Defendan.
2
Kes TA-B53F-2-03/2023 dan TA-B53F-3-03/2023 pada asalnya difailkan di Mahkamah Tinggi dan dibicarakan bersama. Pada 22.2.2023, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah memindahkan kes ini ke Mahkamah Sesyen untuk didengar dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
3
Perbicaraan telah berjalan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Sesyen telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif pada kedua-dua kes dengan kos sejumlah RM 10,000 bagi setiap satu kes.
4
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif-Plaintif bagi kedua-dua kes ini telah memfailkan dua notis rayuan bertarikh 10.12.2025 merayu ke Mahkamah Tinggi atas keseluruhan keputusan yang diberikan.
5
Plaintif-Plaintif serta Defendan merupakan individu warganegara Malaysia.
6
Plaintif-Plaintif dan Defendan merupakan ahli suatu perniagaan dan/atau syarikat yang dikenali sebagai Phyto Science Sdn Bhd (No Syarikat: 1013730-P) yang menjalankan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (Multi-Level Marketing) di mana: a) Plaintif-Plaintif merupakan Leader dan/atau Coach suatu pasukan Phyto Science dan/atau dikenali sebagai Phyto Petaling Jaya; b) Defendan merupakan ahli pasukan Phyto Scoence di bawah pimpinan Plaintif-Plaintif sebagai Leader dan/atau Coach di mana bayaran bonus Defendan yang diperolehi melalui jualan langsung dengan cara memperkenalkan keahlian kepada orang awam akan dibayar oleh Phyto Science terus ke dalam akaun Defendan dan tidak melalui Plaintif-Plaintif. Butir-Butir Pernyataan Fitnah Oleh Defendan 7. Pada atau sekitar Jun 2021, Defendan telah menerbitkan dan/atau telah menyebabkan penerbitan suatu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang ahli Phyto Science yang lain yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Hakim Bin Nor Affedi ("terbitan fitnah tersebuf') yang mengandungi pernyataan- pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif di mana melalui pesanan ringkas tersebut, Defendan telah mendakwa, antara lain, seperti berikut: i) “Petaling jaya penipu ......1 basikal pon tadok untuk Aeron,”; ii) "Petaling jaya telah tewas ......telah terbongkar semua penipuan Petaling Jaya."; iii) "Kita jangan layan lagi Petaling Jaya,” dan iv) “Kita set set tranu ...beesatu hati pulau kan Petaling Jaya".
8
Pada atau sekitar 14 haribulan Jun 2021, Defendan telah sekali lagi menerbitkan dan/atau telah menyebabkan penerbitan suatu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dalam suatu kumpulan WhatsApp dengan nama "V8 Super Elite" yang terdiri daripada ahli-ahli Phyto Science yang lain ("terbitan fitnah tersebuf”) yang mengandungi pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif di mana melalui pesanan ringkas tersebut Defendan telah mendakwa, antara lain seperti berikut: i) “Boss leader Adib sudah bangkit menentang kemungkaran petaling jaya (emoticon)"'.
9
Pernyataan-pernyataan Defendan dalam terbitan-terbitan fitnah tersebut dalam maksud lazim dan biasa (natural and ordinary meaning) bermaksud dan/atau secara innuendo difahamkan untuk bermaksud, antara lain, bahawa: i) Plaintif-Plaintif adalah tidak boleh dipercayai dan/atau tidak berguna dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred dan/atau perniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif; ii) Plaintif-Plaintif mempunyai niat yang tidak baik dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred dan/atau perniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif; iii) Plaintif-Plaintif adalah tidak jujur dan/atau mengamalkan penipuan dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred dan/atau perniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif; iv) Plaintif-Plaintif tidak patut dihormati dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred dan/atau perniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif; v) Plaintif-Plaintif bersikap ingin menindas orang dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred dan/atau peniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif; dan vi) Reputasi dan/atau integriti Plaintif-Plaintif dalam jawatan. profesion. pekerjaan, bed dan/atau peniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif adalah dipersoalkan
10
Butir-Butir Kerosakan Dan/Atau Kerugian Pernyataan-pernyataan fitnah Defendan yang dinyatakan di atas telah menyebabkan, antara lain: i) Plaintif-Plaintif dipandang rendah oleh ahli-ahli Phyto Science yang lain dan/atau orang awam; ii) Plaintif-Plaintif kehilangan kepercayaan ahli-ahli Phyto Science yang lain dan/atau orang awam; iii) Plaintif-Plaintif dimalukan di kalangan ahli-ahli Phyto Science dan/atau orang awam; iv) Plaintif-Plaintif kehilangan ahli-ahli Phyto Science di bawah pimpinan Plaintif-Plaintif; v) Kerosakan kepada reputasi, nama baik (goodwill) dan/atau integriti Plaintif-Plaintif secara umum dan/atau dalam jawatan, profesion, pekerjaan, tred dan/atau peniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif; dan vi) Kerosakan kepada peluang masa depan Plaintif-Plaintif dalam jawatan. profesion, pekerjaan, tred dan/atau peniagaan yang dipegang dan/atau dijalankan oleh Plaintif-Plaintif.
11
Tuntutan Plaintif Plaintif-Plaintif telah melalui surat peguam cara Plaintif-Plaintif, Tetuan Rahman Rohaida yang bertarikh 13.07.2021 ("notis tuntutan tersebut"), telah memberi notis kepada Defendan mengenai terbitan-terbitan fitnah tersebut dan menuntut Defendan menarik balik secara rasmi pernyataan-pernyataan fitnah Defendan yang dinyatakan di atas, untuk menerbitkan suatu permintaan maaf secara rasmi dengan cara yang sama sepertimana terbitan-terbitan fitnah tersebut diterbitkan serta untuk membayar ganti rugi dalam jumlah sebanyak RM1,000,000.00 kepada Plaintif-Plaintif.
12
Defendan sehingga kini, bukan sahaja telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk menjawab kepada notis tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut, malah Defendan juga telah gagal dan/atau enggan menarik balik secara rasmi mana-mana pernyataan-pernyataan fitnah Defendan yang dinyatakan di atas dan/atau menerbitkan apa-apa permintaan maaf secara rasmi dan/atau membayar apa-apa ganti rugi kepada Plaintif-Plaintif.
13
Relief Yang Dipohon Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif-Plaintif adalah untuk: i) Suatu injunksi untuk menghalang Defendan sama ada melalui dirinya sendiri, agen-agennya dan/atau pekerja-pekerjanya dan/atau sesiapa sahaja yang bertindak di bawahnya atau di bawah arahan-arahan Defendan, agen-agennya dan/atau pekerja-pekerjanya, dari menerbitkan, mengeluarkan, bertutur dan/atau mengulangi dalam apa-apa cara pun pernyataan-pernyataan fitnah tersebut dan/atau perkataan-perkataan yang membawa makna yang sama dengan pernyataan-pernyataan fitnah tersebut; ii) Suatu perintah untuk Defendan menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah tersebut dan memohon maaf kepada Plaintif-Plaintif melalui suatu penerbitan pesanan ringkas dalam kumpulan WhatsApp dengan nama "V8 Super Elite" dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh Penghakiman; iii) Suatu perintah untuk Defendan menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah tersebut dan memohon maaf kepada Plaintif-Plaintif melalui suatu penerbitan dalam mana-mana akhbar tempatan Bahasa Melayu dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh Penghakiman; iv) Ganti rugi am dalam jumlah yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah dan/atau dalam jumlah yang ditaksirkan oleh Mahkamah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif; v) Ganti rugi teladan ("'exemplary damages) dalam jumlah yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah dan/atau dalam jumlah yang ditaksirkan oleh Mahkamah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif; vi) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah gantirugi yang diperintahkan oleh Mahkamah yang mulia ini daripada tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh Penghakiman; vii) Faedah pada kadar 5% setahun ke alas jumlah gantirugi yang diperintahkan oleh Mahkamah yang mulia ini daripada tarikh Penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad; viii) Kos atas dasar peguam cara-anak guam; dan ix) Sebarang relief selanjutnya dan/atau relief lain sebagaimana Mahkamah yang Mulia ini jangkakan sesuai dan patut.
14
Kes TA-B53F-3-03/2023 Kes TA-B53F-3-03/2023 adalah lebih kurang sama dengan kes TA-B53F-2-03/2023 dan hanya melibatkan Defendan yang berlainan dan pernyataan fitnah yang berlainan serta pihak ketiga yang berlainan.
15
Pihak Defendan dalam kes TA-B53F-3-03/2023 juga merupakan ahli pasukan Phyto Science di bawah pimpinan Plaintif-Plaintif sebagai Leader dan/atau Coach.
16
Pada atau sekitar Jun 2021, Defendan telah menerbitkan dan/atau telah menyebabkan penerbitan suatu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dalam suatu kumpulan WhatsApp dengan nama “V8 Super Elite” yang terdiri daripada ahli-ahli Phyto Science yang lain yang mengandungi pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif di mana melalui pesanan ringkas tersebut, Defendan telah mendakwa, antara lain, seperti berikut: i) “Tn. Azman sedang remote group-group Terengganu. Kerana terbongkar niat tak ikhlas membantu orang
17
Pada atau sekitar 14 haribulan Jun 2021, Defendan telah sekali lagi menerbitkan dan/atau telah menyebabkan penerbitan suatu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang ahli Phyto Science yang lain yang dikenali sebagai Wan Yusuf Iskandar bin Wan Hassan yang mengandungi pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif di mana melalui pesanan ringkas tersebut Defendan telah mendakwa, antara lain seperti berikut: ii) “Boss leader Adib sudah bangkit menentang kemungkaran petaling jaya (emoticon)”.
18
Pihak Plaintif telah mengulangi dakwaan dan memohon relief yang sama seperti dalam kes TA-B53F-2-03/2023.
19
Pembelaan Defendan Pihak Defendan telah melantik peguam yang sama dalam kedua-dua kes ini.
20
TA-B53F-2-03/2023 Defendan menafikan segala dakwaan Plaintif bahawa dia telah menerbitkan dan/atau telah menyebabkan penerbitan pesanan ringkas yang mengandungi pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif, kepada Pihak Ketiga iaitu Muhammad Amirul Hakim bin Nor melalui aplikasi WhatsApp.
21
Defendan menafikan segala dakwaan Plaintif bahawa beliau telah menerbitkan dan/atau telah menyebabkan penerbitan pesanan ringkas yang mengandungi pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif dalam kumpulan WhatsApp bernama “V8 Super Elite”.
22
Defendan membangkitkan pembelaan alternatif sebagaimana berikut: a) Bahawa sebarang kenyataan yang dibuat oleh Defendan kepada Pihak Ketiga (sekiranya ada dan dibuktikan) adalah merupakan perbualan peribadi antara Defendan dan Pihak Ketiga. Perbualan tersebut tidak bertujuan untuk diterbitkan dan/atau disebarkan kepada orang lain dan sekiranya terdapat sebarang penerbitan dan/atau penyebaran, ia telah dilakukan oleh Pihak Ketiga tanpa pengetahuan, kebenaran dan/atau persetujuan Defendan. b) Bahawa kenyataan-kenyataan tersebut (sekiranya ada dan dibuktikan) adalah benar dan bukan bersifat fitnah. Oleh itu, pembelaan justifikasi (“justification‟) adalah terpakai. c) Bahawa kenyataan-kenyataan tersebut (sekiranya ada dan dibuktikan) adalah suatu ulasan saksama (“fair comment”). Oleh itu, pembelaan ulasan saksama (“fair comment”) adalah terpakai.
23
Defendan membangkitkan pembelaan justifikasi (“justification”) dan/atau pembelaan ulasan saksama (“fair comment”) sebagai pembelaan alternatif berdasarkan fakta-fakta berikut: a) Plaintif Pertama telah tidak bercakap benar dan/atau tidak menepati janji-janji yang telah dibuat oleh Plaintif Pertama kepada ahli-ahli pasukan Phyto Science di Terengganu, termasuk janji oleh Plaintif Pertama untuk melatih ahli-ahli pasukan Phyto Science di Terengganu berkenaan kaedah perniagaan dan sistem Phyto Science; serta janji atau jaminan oleh Plaintif Pertama yang menjanjikan sebuah motosikal kepada Pihak Ketiga, yang juga dikenali sebagai “Aeron” dan beberapa ahli-ahli pasukan Phyto Science yang lain. b) Syahidan Adib bin Shaidi (“Adib”) semasa perjumpaan secara atas talian di kalangan ahli-ahli Phyto Science, telah membuat kenyataan berkenaan tindakan Plaintif Pertama yang tidak bercakap benar dan/atau tidak menepati janji-janji yang telah dibuat oleh Plaintif Pertama kepada ahli-ahli pasukan Phyto Science di Terengganu.
24
TA-B53F-3-03/2023 Pembelaan yang sama seperti kes TA-B53F-2-03/2023. Perbezaannya hanyalah pada fakta yang membangkitkan pembelaan justifikasi dan ulasan saksama.
25
Dalam kes TA-B53F-3-03/2023, pihak Defendan menyatakan bahawa Defendan membangkitkan pembelaan justifikasi (‘justification”) dan/atau pembelaan ulasan saksama (“fair comment”) sebagai pembelaan alternatif berdasarkan fakta-fakta berikut: a) Plaintif Pertama yang telah mengeluarkan (remove) beberapa orang ahli-ahli pasukan Phyto Science di Terengganu daripada kumpulan WhatsApp “Super Elite Trendmaker” kerana ahli-ahli pasukan Phyto Science di Terengganu tersebut telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Plaintif Pertama yang memungkiri janji untuk melatih ahli-ahli pasukan Phyto Science di Terengganu berkenaan kaedah perniagaan dan sistem Phyto Science; serta mengambil kesempatan terhadap ahli-ahli pasukan Phyto Science di Terengganu. b) Plaintif Pertama dan/atau Plaintif Kedua tidak mendaftarkan ahli-ahli Phyto Science yang direkrut oleh Syahidan Adib bin Shaidi (“Adib”), Defendan dan/atau ahli keluarga Defendan, di bawah nama Adib, Defendan dan/atau ahli keluarga Defendan, bagi membolehkan mereka memperoleh bayaran (bonus) hasil daripada ahli-ahli Phyto Science yang telah direkrut tersebut. c) Adib, Defendan dan/atau ahli keluarga Defendan tidak memperoleh apa-apa bayaran (bonus) walaupun telah memperkenalkan (recruit) hampir 30 orang ahli Phyto Science.
26
Isu-Isu yang ingin dibicarakan Isu-isu yang perlu dibicarakan adalah sama bagi kedua-dua kes. Ianya adalah sebagaimana berikut: a) Sama ada Defendan telah menerbitkan pesanan-pesanan ringkas yang dinyatakan dalam penyata tuntutan yang telah difailkan. b) Sama ada pernyataan-pernyataan Defendan dalam pesanan ringkat yang dinyatakan dalam penyata tuntutan merupakan pernyataan-pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif. c) Sama ada pembelaan justifikasi (“justification”) dan/atau pembelaan ulasan saksama (“fair comment”) terpakai kepada Defendan. d) Sama ada Plaintif-Plaintif berhak kepada relif-relif yang dipohon
27
Perbicaraan Kedua-dua kes ini pada asalnya telah difailkan di Mahkamah Tinggi. Pihak Plaintif-Plaintif kemudiannya telah meminda penyata tuntutan. Pada awalnya pihak Plaintif telah memohon ganti rugi am sebanyak RM 1 juta dan ganti rugi teladan berjumlah RM 500,000 bagi setiap satu kes. Plaintif-Plaintif kemudiannya telah memohon untuk ganti rugi am dan teladan ini ditaksirkan.
28
Oleh yang demikian, Mahkamah Tinggi telah memindahkan kes ini ke Mahkamah Sesyen memandangkan tiada jumlah tertentu bagi ganti rugi selepas pindaan dibuat.
29
Arahan-arahan berkenaan pra perbicaraan telah diberikan di Mahkamah Tinggi dan pihak-pihak telah memfailkan kesemua kertas kausa seperti fakta, isu, ringkasan kes serta dokumen di Mahkamah Tinggi.
30
Mahkamah Tinggi juga telah memasukkan penghakiman ingkar kehadiran untuk pihak ketiga dalam kedua-dua kes pada 12.1.2022.
31
Kes diteruskan di Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh. Pihak Plaintif-Plaintif telah memanggil dua orang saksi iaitu Plaintif Pertama dan juga Plaintif Kedua.
32
Pihak Defendan dalam kedua-dua kes ini telah memilih untuk tidak mengemukakan saksi dan menghujahkan tiada kes untuk dijawab (“submission of no case to answer”) terhadap tuntutan pihak Plaintif. Pihak Defendan telah diberi amaran dan telah faham kesan hujahan tiada kes untuk dijawab tersebut.
33
Mahkamah setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, kemudiannya telah memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya dan telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif ini dengan kos sebanyak RM 10,000 setiap seorang Defendan.
34
DAPATAN MAHKAMAH Tindakan pihak Plaintif-Plaintif adalah berasaskan kausa tindakan di bawah “tort fitnah”, secara khususnya libel berhubung dengan kenyataan-kenyataan fitnah yang didakwa telah diterbitkan oleh Defendan di dalam pesanan-pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp.
35
Butiran kenyataan-kenyataan tersebut terbahagi kepada dua kategori, iaitu pesanan yang dibuat oleh Defendan Mohd Shafie bin Hamzah kepada pihak ketiga iaitu Muhammad Amirul Hakim Bin Nor Affedi (“Amirul Hakim”-Kes TA-B53F-02-03/2023) dan pesanan yang dibuat oleh Defendan Shaidi bin Mohammed kepada Wan Yusuf Iskandar Bin Wan Hassan (“Wan Yusuf”-Kes TA-B53F-03- 03/2023) dan kenyataan yang kononnya dibuat melalui pesanan ringkas dalam kumpulan WhatsApp dengan nama “V8 Super Elite” oleh kedua-dua Defendan Mohd Shafie dan Shaidi.
36
Ia adalah prinsip perundangan mantap bahawa Plaintif-Plaintif selaku penuntut mempunyai beban pembuktian bagi membuktikan tuntutan mereka tersebut.
37
Ini selaras dengan Seksyen 101, Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: “101. Beban Membuktikan
1
Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu. MISALAN
a
A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh B . A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.
b
A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman bahawa dia berhak ke atas tanah tertentu yang ada dalam milikan B atas sebab fakta yang ditegaskan oleh A sebagai benar tetapi dinafikan oleh B . A mestilah membuktikan kewujudan fakta itu.”
38
Beban pembuktian akan beralih kepada Defendan-Defendan (untuk membuktikan pembelaannya) HANYA SELEPAS Plaintif memenuhi beban pembuktiannya untuk membuktikan tuntutannya tersebut terlebih dahulu.
39
Pihak Plaintif perlu membuktikan bahawa elemen-elemen fitnah iaitu: a) Kata-kata yang dibuat oleh Defendan adalah kata-kata fitnah; b) Kata-kata fitnah itu ditujukan kepada Plaintif; dan c) Kata-kata fitnah itu disebarkan kepada pihak ketiga.
40
Dalam kes Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin v. Sistem Televisyen Malaysia Bhd & Anor [2014] 3 CLJ 5605, Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: “[10] The law on defamation is rather trite. The onus lies on the plaintiff to establish, on the balance of probabilities, that the impugned statement that the defendant had published had in fact referred to the plaintiff and that it had got the tendency of bearing a defamatory meaning. There must be publication of the alleged defamatory statement and it is publication as soon as it is published to a third person. (See Ayob Saud v. TS
41
Dalam kes Pardeep Kumar a/l Om Parkash Sharma v Abdullah Sani bin Hashim (and Another Appeal) [2009] 2 MLJ 6856 Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “[24] To succeed in an action of slander, as in libel, a plaintiff has to prove that the matter complained of, which emanated from the defendant is defamatory, refers to him (an issue of identification) and was transmitted to a third person (publication). The burden of establishing those ingredients at the outset rests on the plaintiff.”
42
Pihak Defendan-Defendan dalam kes ini tidak memanggil sebarang saksi dan telah menghujahkan “no case to answer”. Pihak Defendan berhujah bahawa apabila hujahan “no case to answer” dikemukakan, ini bermaksud bagi pihak Defendan-Defendan, Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan elemen-elemen bagi tuntutannya setelah menutup kes Plaintif-Plaintif.
43
Dalam kes Mohd Nor Afandi bin Mohamed Junus v Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 3 MLJ 817 “[28] It is trite that when a submission of no case is undertaken, it means that a defendant at the close of the plaintiff’s case (in this case the appellant’s) either had not made out a case in law, or the evidence was unsatisfactory or unreliable for the court to hold that the burden had been discharged.”
44
Dalam kes Lim Guan Eng v Razman bin Zakaria [2022] MLJU 1052, Mahkamah Tinggi menyatakan: “[17] The fact that the defendant did not call any witness or submitted no case to answer does not necessarily mean that the evidence of the plaintiff has satisfied the burden of proving libel and that burden of proving on the balance of probabilities no longer applies. The evidential burden does not shift unless the plaintiff has discharged the burden of proof by the evidence led on his behalf. The burden on the plaintiff in a libel case is to satisfy by evidence the three basic elements that make up defamation. If one or more of the elements are not satisfied the “burden does not shift on the defendant.”
45
Prinsip undang-undang yang telah mantap adalah bahawa apabila seseorang defendan dalam prosiding sivil mengemukakan hujahan “no case to answer” dan memilih untuk tidak memanggil saksi, maka segala keterangan yang telah dikemukakan oleh plaintif hendaklah dianggap sebagai benar dan diterima oleh Mahkamah. Ini telah dijelaskan oleh beberapa kes sebagaimana di bawah.
46
Dalam kes Solsis (M) Sdn Bhd v Kenny Woo B’ng Tat & Anor [2020] 8 MLJ 695, Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut: “[5] Keterangan yang dikemukakan oleh plaintif dengan jelas membuktikan kes prima facie terhadap defendan-defendan bagi jumlah yang dituntut. Walaupun beban pembuktian undang-undang pada setiap masa adalah ke atas plaintif, namun, dari keterangan yang dikemukakan oleh plaintif, beban keterangan telah dialihkan kepada defendan-defendan. Oleh kerana tidak ada keterangan yang dikemukakan oleh defendan-defendan, tidak ada apa-apa untuk menyangkal keterangan yang dikemukakan oleh plaintif. Dalam hal ini, pengajuan persoalan-persoalan sahaja oleh defendan-defendan adalah tidak memadai untuk mencabar kesahihan kes yang dikemukakan oleh pihak plaintif tanpa adanya apa-apa asas keterangan. Dengan mempertimbangkan hal-hal di atas, mahkamah memutuskan bahawa hujahan tiada kes untuk dijawab oleh defendan-defendan telah gagal. Setelah memilih untuk tidak memberikan keterangan, mahkamah tiada pilihan melainkan untuk memasukkan penghakiman yang memihak kepada plaintif (lihat perenggan 89–90 & 92–94).] [88] In the decision of the Court of Appeal in Yoong Sze Fatt v Pengkalen Securities Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 85; [2010] 1 CLJ 484; Low Hop Bing JCA stated: [5] In our judgment, it is trite law that once a defendant in civil proceedings makes a submission of no case to answer and elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be correct: per Gopal Sri Ram JCA in Jaafar bin Shaari, at p 712, citing Wasakah Singh. This principle has found similar expression in a number of judgments handed down in the motherland of common law. These cases include Alexander v Rayson [1936] 1 KB 169; Boyce vWyatt Engineering&Ors [2001] EWCA Civ 692; Miller (t/a Waterloo Plant) v Cawley [2002] EWCA Civ 1100; and Benham Ltd v Kythira Investments Ltd & Anor [2003] EWCA Civ 1794 (CA). [89] While the legal burden of proof was always upon the plaintiff, from the evidence led by the plaintiff, the evidential burden had shifted to the defendants (see Randhir Singh a/l Bhajnik Singh v Sunildave Singh Parmar (the administrator of the estate of K Surjit Kaur a/p Gean Kartar Singh, deceased) [2018] 12 MLJ 166; [2019] 6 CLJ 771). Since there was no evidence led by the defendants, there was nothing to rebut the evidence tendered by the plaintiff. [90] In this regard, it was not sufficient in this case for the defendants merely to pose questions and to challenge the legitimacy of the case presented by the plaintiff without the benefit of any evidential foundation. [91] As can be seen disclosed in Benham Ltd, the standard applicable is somewhat different when a submission of no case to answer is made, and which is invariably made, without the benefit of any evidence tendered by the defendant. In such a situation, there is no countervailing evidence for the court to weigh and thus no preponderance of evidence to speak of. The court would have heard only one side’s evidence. What the court can determine is only whether upon the evidence adduced by the plaintiff, documents admitted into evidence and the cross-examination of the plaintiff ’s witnesses, a prima facie case against the defendant has been established or as put by Simon Brown LJ in Benham Ltd, ‘whether or not the claim has a reasonable prospect of success’. [92] Having regard to the evidence led by the plaintiff, the cross-examination of the plaintiff ’s witnesses, the documents that were led into evidence including the correspondences between the plaintiff and Facilipack, some of which were signed by the defendants, I am of the view that the plaintiff had indeed established a prima facie case to which the defendants must answerif the plaintiff ’s case was to be rebutted. The evidence led by the plaintiff quite clearly, to my mind, established a prima facie case against the defendants for the amounts claimed. [93] Even if there may be queries raised as to the legitimacy of the transactions in question, or various aspects of them, these queries alone without any evidential basis cannot operate such as to successfully rebut the plaintiff ’s case and the evidence led. [94] In light of the foregoing, I hold that the defendants’ submission of no case to answer fails. Having elected to call no evidence, the court is perforce to enter judgment in the plaintiff ’s favour.”
47
Dalam kes Mariya Stephen @ Fredolin Milis v Lee Guat Toh [2014] 1 MLJ 809 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: “[10] Once the plaintiff closes the cases and the defendant does not call witness the law assumes that issues on fact is not in dispute and all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true, (see Jaafar bin Shaari & Anor (suing as administrator of the estate of Shofiah bte Ahmad, deceased) v Tan Lip Eng &Anor [1997] 3 MLJ 693; [1997] 4 CLJ 509). Cases like Simirah v ChuaHock Lee & Anor [1963] 1 MLJ 239 which had relied on Lord Green MR proposition in Yuill v Yuill [1945] P 15 which require the court to put the defence counsel to ‘election’ in the event the defence choses to submit no case to answer does not have the support in the statute or rules of court and over the years through the development of case laws such as Jaafar bin Shaari, the issue of election has been whittled down. The proposition of Lord Green in respect of election reads as follows: The practice which has been laid down amount to no more than a direction to the judge to put counsel who desires to make a submission of no case to his election and to refuse to rule unless counsel elects to call no evidence. Where counsel has so elected he is, of course, bound: but if for any reason, be it through oversight or (as here) through a misapprehension as to the nature of counsel’s argument, the judge does not put counsel to his election and no election in fact takes place, counsel is entitled to call his evidence just as much as if he had never made the submission. [11] Section 114(g) of the Evidence Act 1950 will also stand to support the plaintiff ’s case on facts when the defendant does not call witness and submit no case to answer whether or not the court has cautioned the defendant. In Subry bin Hamid v Hussain bin Tan Sri Ikhwan & Anor [2006] 6 MLJ 229; [2006] 4 CLJ 57, Gopal Sri Ram JCA sitting in the Court of Appeal had dealt with the rules relating to ‘no case to answer’ and ‘election’. And inMohd Nor Afandi bin Mohamed Junus v Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 3 MLJ 81; 2008] 2 CLJ 369 the Court of Appeal in the quorum consisting of Gopal Sri Ram JCA had whittled down the strict rule stated in Yuill v Yuill. Suriyadi Halim Omar JCA (as he then was) had this to say: One last hurdle to be considered was, even though the appeal was a rehearing, bearing in mind that it emanated from a case tried by a judge alone, should it have been sent back for a new trial in the circumstances of the case (Young v Rank [1950] 2 KB 510)? Having perused the notes of proceedings, it was clear that the submission of the respondent was of no case to answer simpliciter. It was not a submission of no case to answer based on unsatisfactory or unreliable nature of the evidence led by the plaintiff, and which would have caused us some trouble in arriving at a just decision (Storey v Storey; Yuill v Yuill [1945] 1 All ER 183 CA). Having considered the matter in its entirety we found no reason whatsoever to have it remitted for a new and costly trial. On reflection even if it were ordered the presiding court would eventually have found the case for the appellant. [14] It is also well settled that once the defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true.”
48
Dalam kes Yoong Sze Fatt v Pengkalen Securities Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 85 Mahkamah memutuskan bahawa: “Held, dismissing the appeal with costs:
1
(per Low Hop Bing JCA) It is trite law that once a defendant in civil proceedings makes a submission of no case to answer and elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be correct (see para 5).
2
(per Low Hop Bing JCA) While there was no evidence of the first defendant personally instructing PW2 to trade in the shares, there was evidence that the first defendant’s employer had on behalf of the first defendant instructed PW2 to purchase the shares. This attracted the application of cl 6 of the agreement (see para 19).
3
(per Low Hop Bing JCA) If the first defendant had nothing to do with the account or the trading of the shares by his employer through the account, the first defendant as a reasonable man should have at the earliest opportunity raised a complaint or query in relation to the contract notes, contra statements and letter of demand sent to his home address. He had not done so. It was now too late to deny liability and his conduct called for the application of the doctrine of estoppel (see para 21).
4
(per Abdul Malik Ishak JCA) Having failed to protest to the transactions or usage of his account, the first defendant must now be estopped from denying the losses arising from the trades conducted onhis trading account. Parties to litigation who have continued the proceedings with knowledge of an irregularity of which they might have availed themselves were definitely estopped from afterwards setting it up (see para 37).
5
(per Abdul Malik Ishak JCA) When a submission of no case to answer has been made and coupled with the submission that no witnesses will be called, it gives rise to the unrebuttable implications that: (a) the outcome to the question of whether there is a case to answer would be that all evidence led by the plaintiff must be presumed to be correct; and (b) the burden falls on the first defendant to call evidence to rebut the plaintiff ’s case and the first defendant’s failure to do so in the absence of reasonable explanation will trigger an adverse inference to be drawn against the first defendant under s 114(g) of the Evidence Act 1950 (‘Act’) (see para 46).
6
(per Abdul Malik Ishak JCA) Since the evidence led by the plaintiff must be presumed to be true, the plaintiff had therefore satisfied the requirements under s 101 of the Act. It therefore fell on the first defendant to prove his defence under s 101. The first defendant too had to introduce such evidence as was necessary to discharge that burden under ss 102 and 103 of the Act. The first defendant’s failure to call evidence resulted in an appropriate adverse inference to be drawn against him (see para 47).”
49
Mahkamah berpendapat, walaupun keterangan yang diberikan oleh pihak Plaintif-Plaintif diterima sebagai betul dan benar, ia masih tidak dapat melepaskan beban pembuktian yang dipikul oleh pihak Plaintif-Plaintif. Pembuktian yang diberikan oleh pihak Plaintif-Plaintif masih belum mencapai tahap prima facie yang membolehkan beban bukti berpindah kepada pihak Defendan-Defendan. Ini kerana Mahkamah berpendapat bahawa pihak Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan elemen fitnah yang sepatutnya.
50
Pihak Plaintif-Plaintif berhujah bahawa kata-kata yang terlibat merupakan kata-kata fitnah memandangkan kata-kata tersebut menuduh Plaintif–Plaintif sebagai penipu dan penyalahgunaan kuasa.
51
Dalam kes Chok Foo Choo @ Chok Kee Lian v The China Press Bhd [1999] 1 MLJ 371, Mahkamah telah menegaskan prinsip berikut: “Tugas pertama mahkamah dalam tindakan fitnah ialah menentukan sama ada perkataan yang dipertikaikan itu boleh membawa makna memfitnah, dan ini adalah isu undang-undang yang bergantung kepada tafsiran perkataan tersebut dalam makna biasa dan semula jadi.”
52
Dalam kes tersebut, artikel yang diterbitkan oleh akhbar defendan menggambarkan plaintif sebagai seorang yang berpura-pura menjalankan khidmat masyarakat tetapi sebenarnya menipu orang ramai, yang secara tersirat memberi gambaran bahawa plaintif adalah seorang penipu dan pembohong. Mahkamah menyatakan bahawa: "Saya berpandangan bahawa tiada keraguan bahawa menyatakan seseorang itu penipu dan pembohong adalah satu bentuk fitnah yang serius dan menjejaskan reputasi plaintif dalam pandangan masyarakat yang berfikiran waras."
53
Pihak Plaintif-Plaintif juga berhujah bahawa Defendan-Defendan telah memfailkan tindakan terhadap pihak ketiga iaitu mereka yang didakwa menyebarkan paparan mesej WhatsApp kepada Plaintif-Plaintif yang merupakan satu pengakuan tersirat terhadap kewujudan mesej tersebut dan implikasi fitnahnya.
54
Tindakan Defendan-Defendan yang telah memfailkan saman terhadap pihak ketiga (Amirul Hakim dan Wan Yusuf) atas penyebaran kenyataan WhatsApp tersebut, dan telah merekodkan penghakiman ingkar dalam tindakan tersebut, merupakan bukti jelas dan kukuh bahawa penyebaran kenyataan fitnah tersebut sememangnya wujud.
55
Defendan-Defendan sendiri telah menyaman penyebar mesej, satu pengakuan bahawa mesej tersebut telah diterbitkan kepada pihak ketiga (termasuk Plaintif-plaintif) dan ini menunjukkan bahawa: a) Defendan-Defendan sendiri mengakui kewujudan kenyataan berkenaan; b) Defendan-Defendan mengakui bahawa kenyataan tersebut mempunyai kesan reputasi yang serius; c) Defendan-Defendan mendakwa bahawa penyebaran tersebut adalah salah dan perlu dihukum.
56
Maka, adalah satu tindakan tidak konsisten dan bercanggah apabila dalam kes ini Defendan-Defendan berhujah bahawa tiada kes terhadap mereka atau Plaintif-plaintif gagal membuktikan elemen fitnah. Ini merupakan pelanggaran prinsip “approbation and reprobation”, iaitu seseorang “litigant” tidak boleh mengambil dua pendirian bertentangan dalam isu yang sama di dua prosiding berbeza.
57
Tambahan lagi, tindakan Defendan-Defendan menyaman pihak ketiga atas penyebaran kenyataan tersebut memperkukuhkan hujahan bahawa Defendan-Defendan mengakui kenyataan tersebut benar-benar wujud, Defendan-Defendan tahu kenyataan itu berupaya mencemarkan reputasi seseorang dan oleh itu, Defendan-Defendan tidak boleh berhujah bahawa kenyataan yang sama tidak memfitnah apabila ia ditujukan kepada Plaintif-Plaintif.
58
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif-Plaintif ini. Mahkamah berpendapat bahawa apabila pihak Defendan-Defendan memfailkan tindakan terhadap pihak ketiga, ini bermaksud bahawa Defendan menafikan bahawa Defendan-Defendan bertanggungjawab terhadap tuntutan pihak Plaintif tersebut.
59
Defendan-Defendan menafikan mereka bersalah dan orang sebenarnya yang terlibat dan bertanggungjawab merupakan pihak ketiga. Walaupun terdapat perkataan-perkataan yang dikatakan fitnah tersebut disebarkan serta memberi kesan negatif serta menjejaskan reputasi yang serius, isyarat yang diperoleh daripada tuntutan terhadap pihak ketiga tersebut adalah bukan pihak Defendan yang berbuat demikian dan terdapatnya pihak lain yang bertanggungjawab atas dakwaan dan tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut.
60
Tuntutan terhadap pihak ketiga hanya akan timbul dan dilaksanakan selepas Defendan-Defenfan didapati bertanggungjawab atas tuntutan pihak Plaintif-Plaintif. Tuntutan terhadap pihak ketiga adalah berbeza serta bebas daripada tuntutan Plaintif-Plaintif dan sebarang isu berhubung tuntutan terhadap pihak ketiga hanya akan timbul dan diputuskan setelah Plaintif-Plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Defendan-Defendan.
61
Dalam kes Mat Abu Bin Man v Medical Superintendent, General Hospital, Taiping, Perak & Ors [1989] 1 MLJ 226 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “(2) Third-party proceedings for contribution should be regarded as independent of and separate from proceedings by a plaintiff against a defendant. When a defendant is made liable to the plaintiff, he then has a right open against a third party to establish that he possesses a right to contribution or indemnity from the third party. Time should begin to run from the date the defendant is liable.”
62
Dalam kes United Merchant Finance Bhd v Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 1 MLJ 657 di muka surat 662, Mahkamah Persekutuan menyatakan sebagaimana berikut: “However, as a postscript, his Lordship noted that the defendants had issued a third party notice on MUI Continental Insurance Sdn Bhd seeking an indemnity from the latter against the Majlis's claim of RM1m. In his view, the presence of the third party to the present action came within the ambit of ‘some other reason’ to warrant a trial. With respect, we do not think this is correct because third party proceedings are independent proceedings between a defendant as plaintiff and a third party as defendant (Mat Abu bin Man v Medical Superintendent General Hospital, Taiping, Perak & Ors [1989] 1 MLJ 226 (SC)). Secondly, the determination of the question in the third party proceedings has to await the determination of the issues in the plaintiff's action against the defendant (see Ng Kim Hwa v Ng See Chow & Ors [1993] 2 MLJ 155). See also Summons for Third Party Directions (Form 26) which stipulates: And that the question of the liability of the said third party to indemnify the defendant be tried at the trial of this action, but subsequent thereto.”
63
Pihak Defendan-Defendan telah mendapatkan satu Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap Pihak Ketiga susulan kegagalan Pihak Ketiga memasukkan kehadiran. Namun begitu, penghakiman tersebut masih belum dimuktamadkan atau dimeterai oleh Mahkamah. Perkara ini adalah selaras dengan Aturan 16 Kaedah 15(1)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah, yang memperuntukkan bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran bagi Pihak Ketiga hanya boleh dimuktamadkan setelah Plaintif memperolehi penghakiman terhadap Defendan.
64
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa asas kepada tindakan tort fitnah terhadap Defendan-Defendan adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa terkandung dalam perbualan WhatsApp antara Defendan dengan ‘Amirul Hakim’ dan ‘Wan Yusuf’ serta pesanan ringkas dalam kumpulan “V8 Super Elite”.
65
Tunjang kepada tindakan tort fitnah oleh Plaintif-Plaintif adalah perbualan-perbualan WhatsApp tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Plaintif-Plaintif untuk mengemukakan perbualan-perbualan WhatsApp tersebut sebagai keterangan bagi menyokong dan membuktikan tuntutannya.
66
Plaintif-Plaintif telah bergantung sepenuhnya kepada dokumen berbentuk tangkapan layar (screenshot) yang terkandung di muka surat di muka surat 35 dan 36 Ikatan Dokumen Bersama (Ikatan B) dan muka surat 29 dan 30 hingga 32 Ikatan Dokumen Bersama (Kes TA-B53F-3-03/2023).
67
Dokumen tangkapan layar tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk diklasifikasikan sebagai dokumen di Bahagian C Ikatan Dokumen Bersama, iaitu kategori dokumen yang kewujudan serta kebenaran kandungannya adalah dipertikaikan dan perlu dibuktikan mengikut kehendak undang-undang.
68
Dokumen tangkapan layar tersebut telah dikemukakan di Mahkamah untuk pengecaman dan telah ditandakan sebagai “ID” sahaja dan bukannya “P”.
69
Pihak Defendan-Defendan berhujah bahawa dokumen yang dikemukakan untuk pengecaman dan ditandakan sebagai “ID” tidak mempunyai sebarang nilai pembuktian (no evidential value). Oleh itu, sebarang rujukan kepada dokumen “ID” tersebut hendaklah diketepikan (disregard) dan tidak boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah.
70
Dalam kes Kerajaan Malaysia v Batu Kemas Industri Sdn Bhd and other appeals [2025] 3 MLJ 1, Mahkamah Rayuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “[36] This court observes that during the hearing for assessment of damages, the parties had mutually agreed to rely on the evidence adduced in the earlier trial. That means only documents marked as exhibits of the court could be considered by the subsequent court in the assessment of damages, not ID documents. It is trite law that no ID document shall be considered by the court as the same is not admitted as evidence before the court. Although the court is aware of the existence of such document which has been marked as ‘ID’, ie, identified document, the truth of the contents of that document could not be considered as its authenticity and contents are in question, until and unless it has been admitted as exhibit, or in other words admitted as evidence. It is only then the court could place any weight to such exhibit.”
71
Dalam kes Karpaya a/l Maliandy (acting through Genesan a/l Karuppiah, holder of valid power of attorney) v Kerisnan @ Krishnan a/l Malayaandy [2022] 2 MLJ 931, Mahkamah Rayuan juga menyatakan sebagaimana berikut: “[20] It has been a long established practice of the Malaysian courts that a document marked as ID is a document which has been put for identification purposes only. As such, an ID document is not considered as a properly admitted exhibit and does not form part of the evidence for the court’s consideration. It naturally follows that any evidence or testimony with regard to the said ID document shall not be relied upon by the court and ought to be disregarded as well.”
72
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan tersebut. Ia merupakan prinsip perundangan jitu bahawa dokumen yang sekadar ditandakan sebagai “ID” tidak boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah dan tidak mempunyai sebarang nilai probatif.
73
Dalam kes Joseph Thambirajah V Bank Buruh (M) Bhd (Now Known As BSN Commercial Bank (M) Sdn Bhd) [2008] 2 MLJ 773 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut berkenaan dokumen “ID”: “iv) Third notice of demand The learned High Court judge was of the view that the second notice of demand is not necessary in view of the presence of cl 14 relating to principal debtor clause in the guarantees. However, in discussing the second notice of demand, he made reference to the third notice of demand. He said ‘in any event the plaintiff has also send the notice of demand to the defendant (as a guarantor) on 10 June 1992’. We are of the view that the third letter of demand cannot be considered at all because it was not tendered in count by any witness of the respondent. It was only an identification document (‘ID’) in the non-agreed bundle and was never converted to a court exhibit. In Soo Hong & Leong Kew Moi v UMBC [1997] 1 MLJ 690 the Court of Appeal held (at p 695): During the course of the trial, various documentary exhibits were referred to by both sides and marked as exhibits to be identified (ID) since the admissibility of such documents were objected to by either side on the ground that the makers were not called. I rule that since these documents were not strictly proved as required by s 73(a) of the Evidence Act 1950 thereby deprives the opportunity to test the authenticity of their contents, such exhibits remain inadmissible. Similarly in this case, the third letter of demand is an ID and had never been converted to a court exhibit. It cannot be relied upon as an exhibit.”
74
Dalam kes Modular Tropical Ventures (M) Sdn Bhd (In Liquidation) V George Varughese And Other Appeal [2018] MLJU 886 [di mana YA Wan Ahmad Farid PK (pada ketika itu) telah memutuskan untuk menolak dokumen yang telah sekadar ditandakan sebagai “ID” seperti berikut: “The Members Desolution [48] Learned counsel for the plaintiff submitted that the SPAs made no reference at all to the three instruments. Before proceeding further, let me make a ruling on the admissibility of the Members Resolution. It was marked as ID. I think the law is quite settled on this. I can only refer to the judgment of the Court of Appeal in Joseph Thambirajah v Bank Buruh (M) Bhd [2008] 2 MLJ 773 CA when it held that: We are of the view that the third letter of demand cannot be considered at all because it was not tendered in court by any witness of respondent. It was only an identification document (‘ID’) in the non-agreed bundle and was never converted to a court exhibit. In a more recent case of Shanta a/p Manickam (suing for herself and her children being the dependants of the deceased Letchumanan a/l Subramaniam) v Teik Joo Chan Sdn Bhd & Anor [2015] 11 MLJ 721 the High Court reiterated the same proposition in that it was unarguable at law that a document marked as ID is not an exhibit and cannot be relied upon. [49] I would therefore disregard the evidence and hold that the Members Resolution is inadmissible. [50] The defendant is therefore left with two remaining instruments which are the TD and IPA.”
75
Pihak Plaintif-Plaintif telah gagal mematuhi kehendak Akta Keterangan 1950 yang mana Plaintif-Plaintif telah gagal: a) Mengemukakan pembuat (maker) dokumen tangkapan layar tersebut; b) Mengemukakan dokumen asal (primary evidence) bagi perbualan-perbualan WhatsApp tersebut; dan/atau c) Mengemukakan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dokumen tangkapan layar tersebut.
76
Dokumen tangkapan layar tersebut diklasifikasikan di bawah Bahagian C. Oleh yang demikian, Plaintif hendaklah mengemukakan dokumen tersebut melalui pembuat (maker) dokumen berkenaan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 73A Akta Keterangan 1950 (“AK 1950”).
77
Kehendak undang-undang ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes KTL Sdn Bhd & Anor v Leong Oow Lai and other cases [2014] MLJU 1405 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “[34] If a document is classified as a Part C Document, the party adducing that document bears the evidential burden to satisfy the court on a balance of probabilities the following 2 conditions of admissibility of that document (2 Conditions of
a
in accordance with the rule against documentary hearsay, the maker of the Part C Document has to be called as a witness — the Federal Court’s judgment in Capital Insurance Bhd v Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd [2005] 4 CLJ 1, at 20, 21–25 and 28. If the maker of a Part C Document cannot be called as a witness, the party adducing that document has to satisfy the court regarding the application of any one of the exceptions to the hearsay rule such as ss32(1)(a) to ss32(1)(a) [ss32(1)(i) and (j) EA only apply to criminal proceedings according to ss32(2)], 33 to 37, 73A(1), (2) and/or 90A(1) EA [s90c EA provides that s90A EA shall prevail over, among others, any other provision of EA relating to the proof of evidence];
b
“primary evidence” of the Part C Document as understood in s62 EA must be adduced in court as required by s64 EA — the Supreme Court’s decision in KPM Khidmat Sdn Bhd v Tey Kim Suie [1994] 2 MLJ 627, at 631. It is to be noted that Explanation 3 of s62 EA provides that a document produced by a computer (in compliance with s90A EA) is primary evidence. If “primary evidence” of a Part C Document is not available, s64 EA provides that “secondary evidence” [within the meaning of s63(a) to (e) EA] of the Part C Document can only be admitted as evidence if there is proof of the application of any one of the paragraphs in s65(1)(a) to (g) EA.”
78
Semasa Pemeriksaan Balas, kedua-dua Plaintif, yang memberi keterangan sebagai SP1 dan SP2, telah mengakui bahawa mereka bukan pembuat atau “maker” kepada dokumen tangkapan layar tersebut. Namun, mereka juga gagal mengemukakan sebarang keterangan untuk mengenal pasti identiti pembuat atau “maker” dokumen tangkapan layar tersebut. Keterangan SP1 dan SP2 sekadar menyatakan bahawa dokumen tangkapan layar tersebut telah diperoleh daripada seorang individu bernama “SARAYATI” yang pula didakwa menerimanya daripada ‘Amirul Hakim’ (Dalam kes TA-B53F-3-03/2023 adalah ‘Wan Yusuf). Namun begitu, kesemua individu tersebut tidak pernah dipanggil sebagai saksi untuk memberikan keterangan di Mahkamah.
79
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa pengakuan-pengakuan oleh SP1 dan SP2 yang dibuat semasa perbicaraan berkenaan perbualan-perbualan WhatsApp tersebut menunjukkan: a) Mereka tidak pernah terlibat dan tidak mempunyai pengetahuan khusus berkenaan perbualan WhatsApp yang didakwa berlaku antara Defendan dengan ‘Amirul Hakim’. (Defendan dan ‘ Wan Yusuf dalam kes TA-B53F-3-03/2023) b) Mereka tidak terlibat dan tidak mempunyai pengetahuan khusus berkenaan perbualan WhatsApp dalam kumpulan “V8 Super Elite”, kerana mereka bukan ahli kumpulan tersebut.
80
Mahkamah bersetuju bahawa tanpa keterangan oleh pembuat atau “maker” dokumen, tangkapan layar tersebut adalah merupakan “documentary hearsay” dan tidak boleh diterima sebagai keterangan yang sah di sisi undang-undang.
81
Pihak Plaintif-Plaintif juga telah gagal untuk mengemukakan dokumen asal perbualan-perbualan WhatsApp berkenaan, iaitu bukti utama (primary evidence), sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 64 AK 1950.
82
Menurut Mahkamah Tinggi di dalam kes HLC v PTL & Anor [2024] 10 MLJ 640 dokumen tangkapan layar bukan merupakan “primary evidence”, tetapi hanyalah “secondary evidence” – yang hanya boleh diterima dalam keadaan keadaan tertentu sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 65 AK 1950. “[70] Given that these were mere screenshots of the video calls and WhatsApp messages, they constituted secondary evidence. Such categorisation was in accordance with illustration
a
of s 63 of the Evidence Act, which reads: Section 63 — Secondary evidence …
a
A photograph of an original is secondary evidence of its contents, though the two have not been compared, if it is proved that the thing photographed was the original. (Emphasis added.) [72] Even if I were inclined to admit the screenshots, such acceptance would be contingent upon the petitioner’s ability to fulfill any of the criteria for adducing secondary evidence as outlined in s 65 of the Evidence Act. This section specifies the conditions under which secondary evidence may be permitted, underscoring the necessity for the petitioner to demonstrate a valid reason within these stipulations for the evidence to be considered.”
83
Menurut pihak Defendan-Defendan, Plaintif-Plaintif sepatutnya memanggil “Sarayati” dan/atau ‘Amirul Hakim’ dan/atau ‘Wan Yusuf” untuk memberi keterangan berkenaan tangkapan layar tersebut dan mengemukakan perbualan-perbualan WhatsApp yang asal dari peranti yang digunakan untuk menghasilkan tangkapan layar tersebut.
84
Pihak Defendan-Defendan telah merujuk kes Khalid bin Abd Samad lwn Datuk Abdullah Mat Yasim [2023] MLJU 1295 yang melibatkan isu yang serupa dengan kes ini.
85
Dalam kes Khalid ini, kausa tindakan juga melibatkan tuntutan tort fitnah berdasarkan tangkapan layar dari laman Facebook defendan, yang diperolehi oleh plaintif melalui pihak ketiga yang dikenali sebagai “Saudara Fikri” – dan oleh itu, bukanlah tangkapan layar yang dihasilkan oleh plaintif sendiri.
86
Mahkamah mendapati bahawa plaintif telah gagal membuktikan bahawa kenyataan yang terkandung dalam tangkapan layar tersebut berasal daripada laman Facebook milik defendan apabila plaintif telah gagal memanggil “Saudara Fikri” sebagai saksi untuk memberi keterangan berkenaan tangkapan layar tersebut. Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: “[20] Plaintif mengambil tindakan untuk tidak memanggil “Saudara Fikri” tersebut memberi keterangan. Ini pada pandangan Mahkamah dengan secara langsung menjejaskan pembuktian Plaintif ke atas URL Facebook tangkapan skrin tersebut yang tidak membolehkan Mahkamah untuk merumuskan sama ada ianya dari laman Facebook milik Defendan dan dimuatnaik oleh Defendan. [22] Berdasarkan di atas pertimbangan ini, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan bahawa P1 tersebut adalah dari laman Facebook milik Defendan. Oleh itu, apabila ianya tidak dibuktikan dari laman Facebook milik Defendan maka ianya tidak boleh dikaitkan dengan Defendan apatah lagi untuk menyatakan bahawa ianya dimuatnaik oleh
87
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa dalam kes Khalid bin Abd Samad (supra), walaupun tangkapan layar Facebook berkenaan telah diterima masuk sebagai “Eksibit P1”, Mahkamah Tinggi tetap menolaknya ekoran kegagalan plaintif untuk memanggil “Saudara Fikri”.
88
Oleh yang demikian, jika sesuatu eksibit yang diterima pun boleh ditolak oleh Mahkamah, maka dokumen yang hanya kekal sebagai “ID” seperti “ID3” dan “ID4” (“ID9” dan “ID10” bagi kes TA-B53F-3- 03/2023), jelas sekali tidak mempunyai sebarang nilai pembuktian (no evidential value) untuk menyokong tuntutan tort fitnah libel Plaintif-Plaintif.
89
Tambahan pula, pihak Plaintif-Plaintif, dalam Hujahan Plaintif, tidak pernah mencabar atau mempertikaikan status “ID3” dan “ID4” (ID9” dan “ID10” dalam kes TA-B53F-3/2023) sebagai sekadar dokumen pengecaman.
90
Plaintif-Plaintif telah gagal mengemukakan perbualan WhatsApp yang didakwa mengandungi penyataan fitnah sebagai keterangan yang sah, maka seluruh tuntutannya tidak dapat dipertahankan dan runtuh pada asasnya. Ini kerana kerana tort fitnah libel secara asasnya bergantung kepada pembuktian kewujudan penyataan bertulis dan Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan penyataan bertulis tersebut.
91
Plaintif-Plaintif telah cuba untuk memasukkan dokumen tangkapan layar tersebut sebagai keterangan di bawah Seksyen 90A AK 1950 melalui SP1 dan SP2, atas alasan bahawa dokumen tangkapan layar tersebut merupakan dokumen yang dijana oleh komputer (computer-generated document). Namun begitu, Plaintif-Plaintif telah gagal untuk memenuhi kehendak-kehendak yang diperuntukkan oleh undang-undang, bagi membolehkan mereka bergantung ke Seksyen 90A AK 1950 dalam cubaan untuk mengemukakan dokumen tangkapan layar tersebut sebagai keterangan.
92
Dalam kes Norazlanshah bin Hazali v Mohd Dziehan bin Mustapha [2019] 9 MLJ 178, untuk membolehkan sesuatu dokumen diterima masuk melalui Seksyen 90A AK 1950, pihak yang mengemukakannya hendaklah membuktikan bahawa: a) Dokumen tersebut dihasilkan oleh komputer yang digunakan dalam keadaan biasa; dan b) Dokumen tersebut dikemukakan melalui saksi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan komputer berkenaan, atau yang melaksanakan aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer tersebut. “[18] Bundle B1 contained documents categorised into Part A, Part B and Part C documents. As mentioned, these screen shots were Part C documents. No further evidence was led in respect of these screenshots. No evidence was led as to the maker of the contents of these screenshots and none were called to testify. There was no testimony as to how the screenshots were produced although under cross-examination, PW2 agreed that these documents were computer generated. If they were to be admitted as computer generated documents under s 90A of the Evidence Act 1950, there was no attempt to meet the requirements under s 90A(2) of the Evidence Act 1950 by proving that:
a
the documents were produced by a computer in the course of its ordinary use or;
b
by tendering to the court a certificate signed by a person who, either before or after the production of the documents by the computer, is responsible for:
i
the management of that computer or;
II
(ii) for the conduct of the activities for which that computer was used. [19] In fact these screenshots, being Part C documents, were also not sought to be marked as exhibits. The provisions under s 90A of the Evidence Act 1950 cater for advances in technology, while at the same time providing safeguards for ensuring the authenticity of computer generated documents. These provisions should not be viewed as mere technicalities. Much mischief can be achieved by computer wizardry and the safeguards in the Evidence Act 1950 go some way towards protecting against them. Parties to a litigation are entitled to demand that the law, as is prescribed in s 90A of the Evidence Act 1950, is adhered to. These screenshots were therefore neither proven nor admitted into evidence.”
92
Dalam kes Navi & Map Sdn Bhd v. Twinice Sdn Bhd & Ors [2011] 7 CLJ 764 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa plaintif gagal untuk mematuhi kehendak-kehendak di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. Ini kerana saksi yang mengemukakan dokumen berkenaan bukanlah pihak yang bertanggungjawab terhadap komputer yang menghasilkan dokumen tersebut. Tambahan itu, plaintif gagal untuk mengemukakan sebarang pengesahan bahawa dokumen berkenaan telah dihasilkan oleh komputer yang digunakan dalam keadaan biasa dan bahawa komputer tersebut berfungsi dengan baik pada masa dokumen itu dijana. “[13] … Section 90A of the Evidence Act allows a document produced by computer to be admitted where the maker is not called if a certificate by a person who either before or after the production of the document by the computer is responsible for the management of the operation of that computer or for the conduct of the activities for which that computer was used. In my view, there is merit in the argument of learned counsel for the defendants to the effect that exh. P29 is not valid a certificate pursuant to s. 90A of the Evidence Act 1950 to admit the printout of Skype chat. Exhibit P29 certifies that PW4 that he was the officer responsible for the management and analysis process of the hard disc known as Fujitsu MHT 2080 AH PL and not the computer that produced the said Skype chats. The certificate also did not certify that the document was produced in the course of its ordinary use or that it was in good working order.”
93
Plaintif-Plaintif (SP1 dan SP2), telah gagal memenuhi kehendak-kehendak di bawah Seksyen 90A AK 1950 sebagaimana berikut: a) Plaintif-Plaintif / SP1 dan SP2 bukanlah pihak yang menghasilkan dokumen tangkapan layar tersebut, malah tidak mengetahui identiti sebenar individu yang menghasilkan dokumen berkenaan. Keterangan mereka sekadar menyatakan bahawa dokumen tangkapan layar tersebut telah diperolehi daripada ‘Sarayati’ dan/atau ‘Amirul Hakim’. b) Plaintif-Plaintif / SP1 dan SP2 mengakui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang jenis peranti (komputer) yang digunakan untuk menghasilkan dokumen tangkapan layar tersebut. c) Plaintif-Plaintif / SP1 dan SP2 turut mengakui tidak mengetahui siapa pemilik atau pihak yang bertanggungjawab terhadap peranti (komputer) yang digunakan untuk menghasilkan dokumen tangkapan layar tersebut. d) Plaintif-Plaintif / SP1 dan SP2 juga mengakui tidak mengetahui maklumat berkenaan tujuan penggunaan biasa serta kegunaan aktiviti peranti (komputer) yang digunakan untuk menghasilkan dokumen tangkapan layar tersebut.
94
Pada masa yang sama, Plaintif-Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan yang didakwa bersifat fitnah telah diterbitkan oleh Defendan-Defendan kepada mana-mana pihak ketiga.
95
Sebahagian daripada kenyataan yang didakwa bersifat fitnah tersebut terkandung dalam perbualan WhatsApp antara Defendan-Defendan dan ‘Amirul Hakim’ dan ‘Wan Yusuf”. Namun begitu, ‘Amirul Hakim’ dan ‘Wan Yusuf’ tidak pernah dipanggil sebagai saksi untuk mengesahkan bahawa Defendan benar-benar telah menerbitkan kenyataan tersebut kepadanya.
96
Perkara yang sama juga berlaku berhubung kenyataan-kenyataan yang dikatakan bersifat fitnah dalam kumpulan “V8 Super Elite”. Tiada seorang pun ahli kumpulan tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dan mengesahkan bahawa kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan oleh Defendan-Defendan.
97
Plaintif-Plaintuf (SP1 dan SP2) bukan ahli kumpulan “V8 Super Elite”. Mereka secara jelas mengakui bahawa mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan khusus mengenai perbualan dalam kumpulan tersebut, tidak mempunyai akses kepada kumpulan tersebut, dan tidak mengetahu identiti mahupun bilangan ahli kumpulan berkenaan.
98
Mahkamah Tinggi dalam kes Ahmad Suhaimi Abdullah lwn. Amir Shariffuddin Abd Raub [2020] 1 LNS 687 telah menolak tuntutan fitnah oleh plaintif, atas kegagalannya memanggil mana-mana saksi bebas dan berkecuali untuk mengesahkan bahawa kenyataan yang didakwa telah dibuat oleh defendan adalah merujuk kepada plaintif.
99
Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “[56] Selain daripada Plaintif, isteri dan pemandu Plaintif mahkamah mendapati Plaintif sendiri tidak memanggil saksi-saksi bebas iaitu saksi-saksi yang berkaitan dan/atau mengenali dengan Plaintif (acquainted with the Plaintif) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi mengesahkan yang perkataan-perkataan di dalam posting tersebut adalah merujuk kepada Plaintif. Mahkamah mendapati isteri dan pemandu Plaintif adalah saksi yang berkepentingan kerana Plaintif sendiri telah mengakui bahawa beliau telah mengajar atau melatih saksi-saksi tersebut dalam memberi keterangan mereka di mahkamah.”
100
Memandangkan Plaintif-Plaintif tidak memanggil ‘Amirul Hakim’, ‘Wan Yusuf’ serta mana-mana ahli kumpulan “V8 Super Elite”, pihak Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan yang didakwa bersifat fitnah itu telah diterbitkan oleh defendan kepada mana-mana pihak ketiga, apatah lagi membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan tersebut merujuk kepada plaintif.
101
Pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan kesnya terhadap Defendan mengikut kehendak undang-undang, khususnya berhubung elemenelemen penting dalam tort fitnah.
102
Kes Plaintif-Plaintif bergantung pada dokumen tangkapan layar yang bukan sahaja dipertikaikan kandungannya, malah gagal dibuktikan mengikut kehendak-kehendak di bawah Akta Keterangan 1950.
103
Walaupun pihak Defendan-Defendan tidak memanggil saksi dan menghujahkan “no case to answer”, itu tidak bermaksud bahawa keterangan yang ada dapat membuktikan elemen-elemen fitnah yang seharusnya dibuktikan oleh pihak Plaintif-Plaintif.
104
Dalam kes Ganesan Ramasamy v Blue Valley Plantation Berhad
2025
1 MLRH 668, Mahkamah Tinggi telah menegaskan bahawa beban pembuktian tetap terletak pada Plaintif untuk membuktikan setiap elemen tuntutannya. Ini bermakna, jika Plaintif gagal membuktikan kewujudan penyataan fitnah bertulis, maka tidak wujud asas bagi sebarang tuntutan fitnah libel untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah. “[8] Firstly, it applies when the plaintiff’s evidence, even if accepted at face value, fails to establish a case in law. Here, the court assumes the plaintiff’s evidence is true but still finds that it does not meet the legal requirements necessary to support the claim. For example, in a breach of contract case, if the plaintiff’s evidence does not demonstrate the existence of a valid contract or a breach of essential terms, the defendant can argue that no legal case has been established. Even accepting the plaintiff’s facts as true, they may not fulfil the legal criteria for a breach of contract, allowing the court to dismiss the claim without requiring the defendant to present their case”
105
Anggapan negatif (adverse inference) terhadap Defendan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai di sini memandangkan tidak dapat dibuktikan bahawa pihak Defendan-Defendan ada menyembunyikan sebarang bukti atau menahan mana-mana saksi untuk dipanggil ke Mahkamah.
106
Dalam kes Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2 CLJ 1037, Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa anggapan negatif (adverse inference) hanya boleh dibuat sekiranya terdapat bukti bahawa sesuatu pihak menyembunyikan atau menahan bukti, dan bukannya semata-mata kerana memanggil saksi atau mengemukakan bukti. “Whether Adverse Inferences to Be Drawn Against the Defendant from the Failure to Call Any Witnesses and to Adduce Evidence [58] Learned counsel for the plaintiff also argued that the failure to adduce evidence and call any witnesses would, in his words, 'attract all the usual debilitative factors including the drawing of adverse inferences'. The statutory basis for the drawing of an adverse inference is s. 114(g) of the Evidence Act 1950 which provides that the court may presume that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it. Adverse inference under that provision can be drawn if there is a withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence (see Low Kian Boon & Anor v. PP [2010] 5 CLJ 489; [2010] 4 MLJ 425 and Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250; [1987] CLJ (Rep) 221; [1987] 1 MLJ 492). We do not detect any oblique motive on the part of the defendant in not producing any witnesses. In any event, such an inference would have been inappropriate in the context of the present case. The termination of the agreements took place around 30 years before the filing of the action. We have said earlier, as a commercial case, this was a document- heavy dispute where the pertinent evidence was reduced to writing. It would not be appropriate to draw the inference where there has been no deliberate withholding or suppression of evidence as all the relevant documents were in the plaintiff's possession.”
107
Berdasarkan alasan-alasan yang telah diberikan, Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos sebanyak RM 10,000 setiap satu kes. Kos RM 10,000 diberikan memandangkan kes ini bermula di Mahkamah Tinggi lagi dan kes ini dibicarakan sehingga akhir walaupun pihak Defendan-Defendan tidak memanggil sebarang saksi. Kedua-dua kes walaupun dibicarakan secara bersama tetapi kata-kata fitnah yang berbeza serta melibatkan pihak Defendan yang berbeza. Bertarikh: 29 Januari 2026 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Terengganu Terengganu Peguam cara bagi pihak Plaintif-Plaintif : Cik Nadia Binti Razali Tetuan Abdul, Low & Partners Peguam cara bagi pihak Defendan-Defendan : Encik Nik Mohd Radhia Bin Nik Abdul Ghani bersama-sama
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.