Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AG-62JSK-12-07/2022 DI ANTARA PENDAKWARAYA
AG-62JSK-12-07/2022
Sessions Court of Malaysia11 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(d) Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405) [64] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bi”
“[1987] 2 CLJ 405) [64] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, fakta kes telahpun dibentangkan di sepanjang perbicaraan kes ini yang mana mangsa sendir”
“ur saksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas OKT. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: "[9] In any event, sentencing is an exercise of discretion by the trial Judg”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AG-62JSK-12-07/2022 DI ANTARA PENDAKWARAYA
1
NOOR DANIAL HAMIZAN BIN MOHD NOOR
2
MUHAMMAD AZEEM BIN ABDUL RAHMAN
3
MOHAMAD ARIFF HAIKAL BIN ARAPIN (NO. KP: 010327-08-0583) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ketiga tiga OKT telah dituduh pertama kali di mahkamah ini pada 29.7.2022 bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 375B Kanun Kesiksaan. Pertuduhan yang dirangka ke atas OKT OKT adalah seperti berikut: PERTUDUHAN Bahawa kamu bersama-sama pada 14/07/2022 jam lebih kurang 0100 hrs hingga 0200 hrs, di alamat rumah tidak bernombor Taman Dovenby, 31100 Sg. Siput (U) dalam daerah Sungai Siput (U) dalam negeri Perak telah melakukan rogol berkumpulan ke atas Farrah Balqist Qhumaira Binti Fakhrurrozi no. kad pengenalan 060719-05-0290 berumur 15 tahun 11 bulan dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 375B Kanun Keseksaan. [2] OKT OKT tidak mengaku salah ke atas pertuduhan yang dibacakan dan minta untuk dibicarakan. Semasa perbicaraan dijalankan, OKT pertama diwakili oleh peguam Encik Ahmad Shamil Azad dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir manakala OKT kedua dan OKT ketiga diwakili oleh Encik Mahinderjit Singh dari Tetuan Mahinderjit, Meor & Associates. [3] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 9 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan yang dikemukakan terhadap OKT. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap OKT OKT dan OKT OKT telah diperintahkan untuk membela diri. [4] Pihak pembelaan telah mengemukakan seramai 3 orang saksi iaitu OKT OKT sendiri. Di akhir kes pihak pembelaan, Mahkamah telah mensabitkan OKT OKT bersalah ke atas pertuduhan dan seterusnya OKT OKT telah dikenakan hukuman seperti berikut: OKT 2 dan OKT 3 Tarikh hukuman: 11.06.2025 OKT 2 dan OKT 3 dengan ini dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dari tarikh sabitan. OKT OKT juga dikenakan perintah pengawasan selama 2 tahun selepas habis tempoh tahanan penjara dan diperintahkan menjalani kaunseling semasa tahanan di dalam penjara. OKT 1 Tarikh hukuman: 11.07.2025 Bon Kelakuan Baik untuk tempoh selama 3 tahun di bawah peruntukan Seksyen 91(1)(b) dengan menandatangani 1 bon berjumlah RM6,000 (dengan bayaran) dengan 2 orang penjamin yang mana salah seorang penjamin bukan ahli keluarga terdekat OKT. OKT juga diperintahkan untuk melaporkan diri di balai polis Sungai Siput 1 bulan sekali (setiap hari Isnin) di sepanjang tempoh Bon Kelakuan Baik berkuatkuasa. OKT juga diperintahkan untuk berada di rumah dari pukul 9 malam sehingga 7 pagi pada setiap hari sehingga tempoh Bon Kelakuan Baik selesai. Perintah mahkamah ini akan diberikan kepada Balai Polis untuk direkodkan dan sekiranya OKT didapati melanggar perintah ini, OKT boleh ditahan semula dan dikemukakan ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman penjara mengikut peruntukan hukuman yang ditetapkan di bawah kesalahan ini. [5] Kini mahkamah mengemukakan alasan-alasan yang membawa kepada keputusan tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN [6] Dalam kes ini di akhir kes pembelaan mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes yang melampaui keraguan yang munasabah. Keputusan ini dibuat setelah mahkamah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi saksi yang telah dikemukakan di sepanjang perbicaraan kes ini. Ketiga tiga OKT telah pun disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman. Ini juga bermaksud satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan setelah mahkamah mendengar keterangan saksi saksi yang dikemukakan di pihak pendakwaan (Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah). [7] Hakim Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram di dalam kes Looi Kow Chai v Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, telah menjelaskan mengenai maksud prima facie di dalam keputusannya. “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silence, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [8] Seterusnya di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, maksud prima facie telah dijelaskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. [9] Walaubagaimana pun mahkamah ini tetap akan membincangkan mengenai pembuktian kes di peringkat prima facie. Di dalam kes Balachandran V PP juga, Hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.” [10] Pihak pendakwaan telah memanggil saksi saksi berikut untuk membuktikan kes mereka: SP1: Ramlah binti Yahya, ibu mangsa/Pengadu SP2: Farrah Balqist Qhumaira binti Fakhrurrozi, mangsa kanak kanak SP3: Koperal Mohd Irwan bin Che Aris, Jurufoto SP4: Nurul Mazliana binti Mohd Fauzi, kawan mangsa SP5: Doktor Choe Wen Sze, Doktor pakar sakit puan SP6: Inspektor Marshila binti Azizan @ Mat Hizan, pegawai tangkapan SP7: Inspektor Siti Syakilla Azmira binti Abd Aziz, pegawai kawad cam SP8: Inspektor Ahmad Firdaus bin Abdullah, Pegawai Penyiasat [11] Merujuk kepada Seksyen 375B Kanun Kesiksaan ia menyatakan:
375B
Whoever commits gang rape shall be punished with imprisonment for a term of not less than ten years and not more than thirty years. Explanation — Where a woman is raped by one or more in a group of persons acting in furtherance of their common intention, each of the persons shall be deemed to have committed gang rape within the meaning of this section. [12] Jika melihat peruntukan di bawah Seksyen 375B ini, maka elemen elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah: i. Mangsa seorang kanak kanak perempuan; ii. Adanya kemasukan (penetrasi) kemaluan OKT OKT ke dalam kemaluan mangsa; iii. OKT OKT mempunyai niat bersama untuk merogol mangsa. [13] Untuk menentukan apakah elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka definisi “rogol” haruslah dijelaskan terlebih dahulu. Mengikut definisi am seperti yang dinyatakan di dalam Cambridge Dictionary (https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english-malaysian/rape), rogol (rape) bermaksud: “the crime of having sexual intercourse with a woman against her will” [14] Menurut peruntukan di bawah Seksyen 375 Kanun Kesiksaan, kesalahan rogol ditakrifkan seperti berikut:
375
A man is said to commit “rape” who, except in the case hereinafter excepted, has sexual intercourse with a woman under circumstances falling under any of the following descriptions:
a
against her will;
b
without her consent; Mangsa adalah seorang kanak kanak [15] Di dalam kes ini keterangan jelas menunjukkan bahawa semasa kejadian rogol berlaku, mangsa belum mencapai umur 16 tahun. Pemeriksaan telah dibuat ke atas kad pengenalan dan sijil lahir mangsa (P2) dan disahkan juga oleh ibu mangsa sendiri. Isu ini juga tidak dipertikaikan oleh peguambela. Oleh itu peruntukan di bawah Seksyen 375 (f) terpakai di dalam kes ini yang mana hubungan seksual tetap dianggap rogol jika mangsa wanita belum lagi mencapai umur 16 tahun. Section 375 (f): with or without her consent, when she is under sixteen years of age. Adanya penetrasi/hubungan seksual antara mangsa dan OKT OKT [16] Seksyen 375 ini juga memberikan penjelasan berkenaan maksud “hubungan seksual” yang mana ia menyatakan: Explanation—Penetration is sufficient to constitute the sexual intercourse necessary to the offence of rape. [17] Keterangan mangsa adalah keterangan utama yang menceritakan perihal kejadian rogol. Semasa hadir ke mahkamah, mangsa telah berumur 17 tahun. Mangsa bukan seorang kanak kanak yang berada dalam usia mentah malah tidak ada sebarang laporan menunjukkan mangsa mengalami tahap kerendahan IQ atau mempunyai sebarang masalah mental. Mangsa boleh faham soalan yang ditanyakan oleh Pendakwaraya dan peguambela dan jawapan yang diberikan oleh mangsa juga adalah berkaitan. [18] Mangsa telah memberikan keterangan secara bersumpah di mahkamah dan faham keperluan bercakap yang benar. Di dalam keterangannya di mahkamah, mangsa telah dapat menceritakan perihal kejadian dengan baik dan konsisten. Mangsa telah memberi keterangan bukan saja berkenaan kejadian rogol tersebut tetapi juga keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) yang berlaku di luar dari waktu kejadian yang dapat mengaitkan dan menyokong keterangan beliau berkenaan kejadian rogol tersebut. Berikut adalah keterangan SP2 semasa pemeriksaan utama yang relevan dan berkaitan dengan kejadian yang dinyatakan di dalam pertuduhan; • Pada 12.7.2022 saya ada minta izin mak saya untuk tidur di rumah kawan saya nama Athirah dan duduk di Flat impiana sebab ada latihan bola jaring. • Saya start keluar rumah 13.7.2022 pada jam 2 petang. • Pada 14.7.2022 saya berada di sebuah rumah kosong di Dovenby. • Pada jam lebih kurang 5 petang Mazliana ajak keluar dengan abang abang angkat dia pergi ke Meru pada jam 8 malam nanti dan saya setuju. • Pada pukul 8 malam kami keluar, diambil oleh 2 orang lelaki iaitu Danial dan Kimi. • 2 lelaki itu datang menaiki 2 buah m/sikal. • Mereka bawa kami jalan jalan dulu dan kemudian dalam jam 10 malam kami pergi ke sebuah kedai makan di kawasan Meru juga. • Saya naik m/sikal dengan Danial dan Mazliana naik dengan Kimi. • Masa mula mula tu kami 4 orang saja lepas tu dalam 30 minit datang lagi 3 orang iaitu Azim, Haikal dan 1 orang lelaki melayu yang saya tak tahu nama. • Masa mula mula di kedai makan saya tak tahu lagi nama Azim dan Haikal. Lepas tu masa di rumah kosong baru Mazliana bagitahu nama mereka. • Dalam pukul 12 malam baru kami semua gerak dari kedai makan itu. • Mereka bawa saya ke Sungai Siput tanpa pengetahuan saya. • Mazliana yang ajak mereka ke Sungai Siput. • Saya bonceng m/sikal dengan Danial dan mereka bawa saya ke sebuah rumah kosong di Dovenby. • Mazliana juga ikut sekali naik motor. • Rumah itu di kawasan perumahan dan baru nak buat rumah. Sebelah rumah tu ada orang duduk juga. • Seingat saya masa tu dalam pukul 1 pagi dan tarikh jadi 14.7.2022. • Sampai di rumah itu saya masuk sebuah bilik dan duduk di situ dulu bersama Danial dan Azeem. • Rumah tu rumah setingkat dan ada 2 bilik, ada 1 bilik air dan ada dapur di bahagian belakang. • Rumah tu gelap juga dan hanya diterangi lampu jalan saja. • Dalam rumah tu tak ada lampu. • Rumah ni jenis rumah terbiar, banyak hutan dan semak, tidak ada pintu dan tidak ada pagar. • Di rumah itu ada Mazlina, wawan, Kimi, Danial, Azim, Haikal saya dan 1 lagi lelaki yang saya tak tahu nama. • Pada mulanya saya dan Danial bersembang dan lepak macam biasa. Lepas tu Danial datang pada saya dan pegang payudara saya. • Dia datang dari belakang dan pegang payu dara saya. PP: Rujuk saksi dengan 10 keping gambar tempat kejadian kepada saksi (saksi membuat penjelasan berkenaan semua gambar) • Gambar a, b dan c adalah jalan belakang ke rumah. • Gambar d adalah laluan masuk ikut pintu belakang. • Gambar c adalah pintu belakang. • Gambar a adalah pandangan dari depan rumah. • Gambar g adalah pintu depan rumah. • Gambar j adalah bilik tempat kami lakukan hubungan seks • Saya masuk ke dalam bilik itu sebab Azeem, Danial ajak masuk. • Beberapa orang yang lain masuk ke bilik yang satu lagi iaitu Mazliana, wawan, Kimi, Haikal dan 1 lagi. • Saya tahu Danial dan Azeem masuk dalam bilik itu sebab rumah itu tidaklah berapa gelap sangat sebab ada lampu jalan dan masih boleh nampak muka diorang. • Saya boleh pastikan mereka sebab sejak dari kedai makan memang mereka saja berada bersama saya. Mahkamah: Gambar tempat kejadian – ID3 (a-j) • Selepas dia pegang sebelah payu dara saya, Danial ada tanya pada saya okey ke dia pegang payudara saya. • Saya cakap saya okey. • Selepas itu dia mula pegang kedua dua payu dara saya dengan guna kedua dua tangan dia. • Masa tu saya dalam keadaan duduk atas karpet atas lantai. • Azeem cuma tengok saja. • Lepas dia raba payu dara saya, dia buka baju dan singlet saya guna kedua dua tangan dia. • Masa tu saya pakai sweater dan dia buka zip sweater saya dan kemudian singlet dan bra saya. Masa itu Danial masih di belakang saya. • Masa tu saya ada juga perasaan takut dan biasa saja. • Saya biarkan saja Danial buat begitu. • Saya biarkan saja sebab saya tak berani nak lawan. • Danial buka bra saya dari belakang dengan buka cangkuk bra. • Kemudian Danial baringkan saya dalam keadaan terlentang di atas karpet dalam bilik itu kemudian dia buka seluar saya dan seluar dalam saya. • Masa ini Danial duduk melutut dan dia duduk di hujung kaki saya. • Masa itu saya pakai seluar track suit panjang dan Danial tarik seluar track suit dan seluar dalam saya ke bawah sampai habis. Saya dalam keadaan bogel. • Kemudian Danial berdiri dan dia buka seluar dia. Masa itu Danial pakai baju lengan panjang berbelang hitam putih. • Kemudian Danial melutut balik dekat kaki saya dan dia buka dan kangkangkan kaki saya guna tangan dia. Masa itu kaki saya berbentuk M. • Kemudian Danial masuk di celah kangkang saya dan dia baring atas saya. • Masa dia baring, dia cuba masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. • Saya angkat sikit kepala dan badan saya untuk tengok cara dia masukkan kemaluan dia. • Saya nampak kemaluan dia. Kemaluan dia tidak berapa panjang, besar sederhana saja. Kemaluan dia berbentuk bulat dan panjang. • Saya boleh nampak sebab dekat gambar j, di luar tingkap itu ada 1 tiang lampu PB: Saya pohon direkodkan bahawa saksi merujuk kepada gambar yang belum lagi diakui kandungannya. • Jika ikut gambar h, tingkap berada di sebelah kiri dinding. • Dia cuba masukkan kemaluan dia dalam 2-3 kali juga dan bila dia dah dapat masukkan, dia henjutkan badan dia perlahan lahan sehingga kemaluan dia keluar masuk dalam kemaluan saya. • Danial tidak baring sangat. Badan kami tak bersentuh. Danial tampung badan dia guna kedua dua tangan dia. Dan sebab itu saya nampak kemaluan dia masuk kemaluan saya. • Kaki saya masih dalam bentuk M dan saya yang buat sendiri. • Danial buat pergerakan henjut dan keluar masuk dalam lebih kurang 15 minit. • Penglihatan saya masa itu jelas dan saya buka mata. • Kemudian Danial keluarkan kemaluan dia dan dia pancutkan air mani dia ke atas kemaluan saya. • Saya nampak dia pancutkan air mani dia. • Azim masih ada di situ dan dia tengok saja kami. • Danial lap air mani dia guna sehelai kain. Saya tak tahu mana dia dapat kain itu. • Saya hanya baring saja di situ. • Kemudian Azeem terus datang dekat saya dan dalam posisi yang sama macam Danial dia memasukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. • Masa itu saya nampak Azeem telah pun buka seluar dia. Dia buka seluar dia masa tengah berdiri. Dia tak buka baju. • Masa itu Danial pun ada dalam bilik itu dan dia tengok. • Azeem duduk di celah kangkang saya dan seperti Azeem dia tampung badan dengan kedua tangan dia dan dia masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. • Panjang kemaluan Azeem lebih sikit dari kemaluan Danial dan saiz dia sama juga tidak terlalu besar. • Azeem henjutkan badan lebih kurang 15 minit juga. • Masa itu penglihatan saya masih jelas. • Saya biarkan saja Azeem datang pada saya sebab saya dah tidak ada tenaga hendak lawan. • Masa itu saya rasa sedap, sakit dan pedih. • Lepas 15 minit masukkan kemaluan dia, dia keluarkan kemaluan dia dan pancutkan air mani dia di longgokan sampah yang ada dalam bilik itu. • Saya nampak dia bangun dan pancutkan air mani dia di longgokan sampah dalam bilik itu. • Tempat longgokan sampah itu tak jauh lebih kurang antara saya dan DPP. • Azeem membelakangkan saya pada masa itu dan saya nampak air mani itu jatuh. • Lepas itu Azeem tidak buat apa-apa. Danial masih dalam bilik itu dan dia sudah berpakaian lengkap. • Lepas buat hubungan seks dengan Azeem, saya dapat bangun kejap dan duduk. Kemudian Haikal yang datang dari bilik sebelah, dia masuk ikut pintu dan dia suruh dia baring. • Saya masa itu duduk bersila dan saya masih berbogel. • Masa itu Haikal tidak pakai seluar dan hanya berbaju. • Saya baring terlentang dan kaki saya berbentuk M. • Sama macam Danial, Haikal dalam posisi yang sama. Dia tampung badan dengan kedua dua tangan dia dan dia masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. • Kemaluan Haikal tidak panjang dan tidak terlalu besar juga. • Saya nampak dia masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya. • Saya rasa sakit dan pedih. • Haikal masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan saya tak sampai 5 minit, dia henjut henjut dan dia keluarkan kemaluan dia dan tak pancutkan air mani. • Saya tak nampak dia pancutkan air mani dia. • Dia keluarkan kemaluan dia dan dia pergi ke bilik yang satu lagi yang ada Mazliana. • Masa itu Danial dan Azeem ada di bilik itu dan mereka tengok perbuatan Haikal pada saya. • Lepas itu saya bangun dan pakai pakaian saya semula. • Saya kenal Haikal dan Azeem masa di luar rumah, masa parking motor. Mazliana yang kenalkan mereka pada saya. • Saya kenal mereka sebab saya boleh nampak mereka dengan jelas. • Mereka ada dalam mahkamah hari ini. • Danial duduk di bahagian kiri, Azeem di tengah tengah dan seorang lagi adalah Haikal (OKT OKT dicam) PB: kami pohon direkodkan bahawa OKT OKT dicam di dalam mahkamah dengan hanya 3 orang OKT saja yang ada di dalam kandang salah. • Lepas pakai baju saya duduk seorang diri dekat motor sementara tunggu mereka semua keluar. • Saya tak pasti yang lain tu buat apa dalam rumah. • Masa saya keluar dari dalam bilik, tidak ada sesiapa di ruang tamu rumah. • Saya tunggu mereka dalam 10 minit juga. • Lepas tu Mazliana cakap dia tak nak susahkan mereka semua hantar kami ke Flat impiana jadi dia call kenalan dia untuk ambil kami di situ. • Kenalan dia sampai lebih kurang pukul 5 pagi. • Kenalan dia adalah 3 orang lelaki. Mereka datang menaiki 1 buah kereta warna merah. • Kami naik kereta dan pulang ke flat impiana. • Lepas itu kami masuk rumah dan tidur. [19] Mahkamah telah meneliti demeanour dan menimbangkan keterangan SP2 sejak dari pemeriksaan utama sehingga beliau disoal balas oleh peguambela. Mahkamah dapati keterangan SP2 adalah konsisten, tidak bercanggah dan sangat menyakinkan (unusually convincing). SP2 tetap dengan pendiriannya bahawa adanya kemasukan (penetrasi) kemaluan OKT OKT ke dalam kemaluannya dan tidak goyah apabila digasak dengan soalan soalan peguambela yang cuba memerangkap, menidakkan perbuatan OKT OKT serta cuba mengalihkan kesalahan ke atas diri SP2. Mahkamah juga dapati SP2 dengan yakin dan tegas menyatakan bahawa OKT OKT sememangnya telah melakukan perbuatan rogol seperti yang diceritakannya kepada mahkamah. [20] Walaupun peguam cuba menimbulkan isu motif tidak baik di pihak mangsa dengan menimbulkan keterangan bahawa ibu mangsa telah meminta sejumlah bayaran supaya OKT OKT menanggung anak yang dilahirkan oleh mangsa, namun keterangan tersebut tidak relevan dan tidak berkaitan dengan elemen elemen pertuduhan. Perbicaraan kes ini tetap diteruskan dengan saksi saksi yang berkaitan. [21] Selain dari keterangan mangsa, rakan mangsa iaitu Nurul Mazliana binti Mohd Fauzi (SP4) turut dipanggil memberikan keterangan. SP4 turut bersama mangsa bermula dari Flat Impiana kemudian ke Bulatan Meru sehingga ke tempat kejadian iaitu di Taman Dovenby. Keterangan SP4 yang berkautan dengan pertuduhan adalah seperti berikut: - Kejadian rogol itu berlaku pada 14/7/2022. - Saya nampak Farah dirogol. - Kami pergi makan lepas tu datang ke Dovenby. - Hakimi dan Daniel datang ambil saya dan Farah dekat Menglembu. - Saya datang Menglembu di Flat Impiana untuk melepak dan Farah datang hari lain. Saya datang dulu ke situ dari dia. - Flat Impiana tu kepunyaan kakak angkat saya. - Kalau tak silap saya, Farah datang situ untuk melepak jugak. - Saya yang chat Hakimi untuk datang ke Menglembu dan ajak keluar makan dan lepak. - Saya kenal Hakimi melalui kawan. - Kami keluar pada waktu malam tapi tak ingat pukul berapa. - Pada masa itu saya baru kenal Hakimi dalam beberapa minggu. - Sebelum itu saya pernah keluar dengan Hakimi sekali dua. - Saya juga kenal dengan Danial lebih kurang sama dengan Hakimi. - Saya dan Danial kawan je. - Sebelum kejadian ini saya juga pernah keluar dengan Danial. - Hakimi tdak ada di mahkamah ini. Danial ada (SP4 mengecam Danial dan tunjuk OKT 1) - Mula mula kami pergi kedai makan di Meru. Masa gerak dari flat tu ada saya, Farah, Danial dan Hakimi. - Danial dan Hakimi datang naik motor. - Saya naik dengan Hakimi dan Danial naik dengan Farah. - Bila di kedai makan ada kawan kawan Hakimi yang lain termasuk Azeem. - Masa di kedai makan saya dan Farah tak makan, hanya lepak kat luar. - Mula mula Farah dan Danial gerak dulu lepas tu saya tanya Hakimi mereka gerak ke mana dan Hakimi cakap mereka pergi Dovenby, jadi kami follow la di belakang. - Lepas makan kami gerak ke Dovenby. - Saya tak ingat pukul berapa kami gerak ke Dovenby. - Kami pergi ke sebuah rumah kosong di belakang sekali. - Hakimi masuk ke lorong belakang tempat parking motor dan saya masuk dalam rumah. - Saya masuk rumah ikut pintu belakang sebab pintu depan tak boleh sebab semak. - Kemudian saya nampak Danial dan Farah tak pakai baju. - Saya nampak mereka di bilik sebelah iaitu bilik depan sekali. - Mula mula Danial dengan Farah sampai dulu. Kemudian saya dan Hakimi sampai. - Saya nampak Danial sebab ada cahaya lampu jalan dari luar sebab rumah tu tak ada tingkap. - Saya nampak Farah tengah baring dan Danial dalam keadaan hendak berdiri. - Danial dan Farah berbogel sepenuhnya. - Saya tak tegur pun Farah dan Danial dan terus masuk ke bilik sebelah. - Saya masuk ke bilik sebelah dengan Hakimi. - Saya lepak saja dengan Hakimi. - Kemudian Azeem dengan kawan kawan dia yang lain datang. Jarak masa tak lama pun selepas kami sampai. - Mua mula mereka lepak dengan saya. - Bila Danial siap pakai baju, Azeem dan Haikal ada buat dengan Farah. - Saya kenal Azeem sama macam saya kenal Hakimi dan Danial dan saya juga pernah jumpa dia sebelum ini. - Azeem ada dalam mahkamah hari ini. (Saksi tunjuk kepada OKT 2) - Saya dah kenal lama dengan Haikal. - Haikal datang ke kedai makan dengan kawan dia dan terserempak dengan kami. - Rumah Haikal dekat kawasan Dovenby itu juga. - Haikal ada dalam mahkamah hari ini iaitu dalam kandang salah duduk hujung, dekat pintu masuk kandang. (OKT 3 dicam) - Saya masuk ke bilik sebelah Farah. - Saya nampak Azeem dan Haikal buat dengan Farah tapi tidak buat bersama. - Saya nampak sebab saya mengintai mereka dari bilik sebelah. - Bilik tu tak ada pintu, tak ada tingkap dan rumah dah lama tinggal. - Saya mengintai dari pintu. - Saya nampak kemaluan Azeem dan saya nampak dia tengah main dengan cik Farah. - Saya nampak Farah baring menelentang dan Azeem dalam keadaan melutut. - Saya nampak Azeem on the way nak masukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan Farah. - Kemudian saya masuk dalam bilik dan saya tidak tengok habis. - Saya nampak kemaluan Azeem panjang dan saya nampak kemaluan Azeem nak masuk ke dalam kemaluan Farah. - Masa tu Haikal di bilik sebelah dengan saya. - Danial juga ada dalam bilik sebelah bersama saya. - Azeem ada dengan Farah tak lama sangat. - Lepas dah siap Azeem, Haikal pulak. - Saya tahu Azeem dah selesai sebab dia keluar dari bilik dan masuk bilik sebelah. - Kemudian Haikal masuk bilik sebelah iaitu bilik Farah. - Masa saya mengintai, saya nampak Farah dan Haikal tak pakai baju saja. - Saya nampak Farah dalam keadaan baring dan Haikal duduk melutut. - Selepas Azeem selesai dengan Farah dia main dengan saya pula. - Saya main dengan Azeem sebelum Haikal habis main dengan Farah. - Kawan kawan yang lain ada dalam bilik bersama saya. - Masa saya main dengan Azeem, kawan kawan lain duduk saja di situ. - Selepas semua dah bersiap, saya contact kawan saya nama Dillan suruh datang ambil saya. - Dillan datang ambil saya dan Farah balik dan hantar semula ke flat. - Masa tu masih gelap tapi saya tak ingat pukul berapa. PP: Rujuk saksi dengan P3 (A-J) - Ini adalah gambar rumah kosong yang saya cakap tadi. - Gambar a adalah lorong nak masuk ke rumah itu. - Gambar b dan c adalah lorong tadi seperti di a. - Motorsikal Hakimi masuk ikut lorong d, b dan c. - Gambar d adalah pintu nak masuk sebab nak masuk dalam rumah tu kena redah daun banyak. - E adalah pintu masuk di belakang rumah. - F gambar pintu depan. - G adalah pintu depan. - H adalah gambar bilik. - Bilik Farah adalah bilik pertama sebab ada lampu. Bilik saya bilik kedua, tak ada lampu. - Gambar I adalah cik Farah. - Bilik yang Farah tunjuk adalah bilik yang dia duduk. - Gambar j adalah tempat Farah main. - Maksud saya tak ada tingkap adalah tak ada cermin tingkap, kosong saja. Cahaya masuk melalui tingkap tu sebab ada lampu jalan dekat situ. - Jika rujuk gambar j, saya nampak kepala Farah menghala ke bucu dinding dan kaki hala ke pintu bilik. - Lepas Dillan hantar balik, saya dan Farah terus masuk ke rumah dan tak keluar ke mana mana. [22] OKT OKT telah dicamkan semasa di mahkamah oleh mangsa dan SP4. Walaupun mangsa pertama baru mengenali OKT OKT semasa tarikh kejadian dan pertama kali melihat mereka, namun pengecaman yang dibuat oleh mangsa adalah jelas dan mangsa yakin dengan keputusannya. Keterangan mangsa disokong dengan keterangan SP4. Walaupun pengecaman dibuat semasa OKT OKT berada di dalam kandang salah, tetapi SP4 memang telah lama mengenali OKT OKT sebelum kejadian itu. SP4 juga tahu bahawa OKT OKT ini tinggal di Taman Dovenby dan pernah berjumpa dengan OKT OKT sebelum kejadian. Oleh itu walaupun banyak prosedur kawad cam yang tidak dipatuhi, namun pengecaman OKT OKT di mahkamah semasa perbicaraan adalah selamat untuk diterima. [23] Keterangan mangsa bahawa beliau telah dirogol juga telah disokong dengan keterangan SP4 yang mana SP4 menyaksikan sendiri keadaan Danial dan mangsa yang berbogel di dalam bilik di rumah kosong itu. SP4 juga menceritakan tentang aturan kejadian rogol tersebut yang mana Danial yang pertama merogol Farah, kemudian Azeem dan seterusnya Haikal. Malah keterangan SP4 juga menyatakan dia nampak kemaluan Azeem dan nampak Azeem memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan Farah kerana dia mengintai dari bilik sebelah. [24] Selain itu mangsa dan SP4 juga telah dapat mengecam tempat kejadian dengan baik. Gambar tempat kejadian P3 (A-J) telah dirujuk kepada mangsa dan SP4 dan keterangan mereka adalah sama dan mengesahkan itu adalah tempat kejadian rogol berlaku. Keadaan rumah kosong, tempat parking motor, jalan masuk ke rumah itu serta kedudukan bilik semuanya adalah konsisten antara satu sama lain. [25] Keterangan mangsa dan SP4 bahawa mereka keluar dari Fkat Impiana dan pergi ke bulatan Meru juga adalah konsisten. Keterangan kedua dua mereka bahawa mereka tidak masuk ke kedai makan dan hanya lepak di luar juga adalah konsisten. Juga pergerakan mereka ke rumah kosong di Taman Dovenby adalah konsisten sehingga lah kejadian yang berlaku dan sehingga mereka selesai dan diambil oleh kawan SP4 bernama Dillan. [26] Pihak pendakwaan telah bertanyakan soalan berkaitan tentang kejadian secara terperinci dan semua soalan tersebut dapat dijawab dengan baik oleh mangsa. Tentang bagaimana pergerakan mangsa dari Taman Dovenby sehinggalah kepada bagaimana kejadian rogol berlaku, semuanya dapat diceritakan dengan baik dan yakin oleh mangsa. Oleh itu mahkamah berpendapat sekiranya mangsa sengaja mereka reka cerita, tidak mungkin mangsa akan dapat memberikan jawapan yang sebegitu kerana soalan soalan yang ditanyakan kepada mangsa bukanlah soalan soalan yang telah dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu. Mangsa telah ditanyakan soalan soalan tersebut secara lisan di mahkamah dan mangsa dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan tanpa ragu ragu. Adalah mustahil seseorang yang tidak mengalami kejadian itu sendiri dapat menceritakan dan memberikan jawapan tersebut. Oleh itu mahkamah memutuskan bahawa elemen terdapatnya hubungan seksual (penetrasi) diantara OKT OKT dengan mangsa telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT OKT mempunyai niat bersama untuk merogol mangsa [27] Pertuduhan yang dikemukakan adalah di bawah Seksyen 375B iaitu perbuatan rogol dilakukan secara berkumpulan. Oleh itu pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT OKT memang mempunyai niat secara bersama untuk merogol mangsa. Bagi memutuskan elemen ini kronologi kejadian hendaklah diselusuri. [28] Adalah fakta yang jelas bahawa kesemua OKT telah bersahabat baik sejak dari kecil. Mereka juga tinggal di kawasan perumahan yang sama iaitu di Taman Dovenby. Mereka bertiga juga selalu lepak bersama dan port lepak utama mereka adalah di rumah kosong tempat kejadian. Jarak tempat kejadian dari rumah mereka juga adalah dekat sahaja dan boleh sampai dengan berjalan kaki. Pada tarikh kejadian mereka semua ada pergi ke Bulatan Meru dan lepak di sebuah kedai makan tomyam. Mereka semua lepak dalam masa antara 30-40 minit di situ. [29] Kronologi kejadian bermula apabila Danial (OKT 1) dan Hakimi mengambil mangsa dan SP4 di Flat Impiana. Mangsa membonceng motorsikal yang ditunggang oleh OKT 1 manakala SP4 membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Hakimi. Mereka semua pergi ke Bulatan Meru Ipoh. Semasa di sana, mangsa dan SP4 duduk di luar kedai tomyam manakala Hakimi dan OKT 1 masuk ke dalam kedai makan tomyam di situ bersama beberapa kawan mereka yang lain. [30] Tidak lama kemudian Azeem (OKT2) dan Haikal (OKT 3) datang dengan menaiki motorsikal. OKT 2 dan OKT 3 juga turut lepak bersama OKT 1 dan kawan kawan mereka yang lain di dalam kedai makan itu. Tidak lama kemudian, OKT 1 keluar membawa mangsa pusing pusing dengan menaiki motorsikal dan terus mengajak mangsa ke rumah kosong di Taman Dovenby. Mengikut keterangan SP4, beliau tahu OKT 1 membawa mangsa ke Taman Dovenby apabila dia bertanya kepada Hakimi. Ini bermaksud Danial telah memaklumkan kepada Hakimi ke mana dia akan membawa mangsa. [31] Kemudian SP4 dan Hakimi juga mengikuti dan pergi ke Taman Dovenby. Apabila sampai di rumah kosong itu, SP4 melihat OKT 1 dan mangsa dalam keadaan berbogel di dalam bilik kosong di dalam rumah itu (bilik tempat kejadian telah dicamkan oleh mangsa dan SP4). SP4 dan Hakimi masuk ke dalam bilik kedua yang berada di sebelah bilik tempat mangsa berada. Tidak lama kemudian OKT 2 dan OKT 3 sampai serentak ke rumah itu. OKT 2 dan OKT 3 datang ke situ berjalan kaki kerana rumah mereka dekat saja dengan tempat kejadian. Semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula, SP4 memang menegaskan bahawa jarak masa kehadiran mereka ke rumah itu dan kehadiran Azeem dan Haikal adalah tidak lama. Semasa OKT 1 masih lagi bersama mangsa di dalam bilik pertama, Azeem (OKT 2) telahpun sampai. Ini menunjukkan bahawa mereka semua telah berbincang dan membuat perancangan untuk membawa mangsa ke rumah kosong itu semasa berada di kedai makan tomyam. Keadaan rumah kosong yang uzur, daif dan menakutkan itu juga menunjukkan ada niat tidak baik yang ingin dilakukan oleh OKT OKT ke atas mangsa. Sekiranya mereka tidak mempunyai niat untuk melakukan hubungan seksual, kenapa harus memilih tempat yang sunyi dan menakutkan sebegini yang tidak mungkin akan dimasuki oleh orang lain? Tempat ini jelas jauh dan terasing dari penduduk kawasan itu. Fakta ini saja boleh menimbulkan syak wasangka tentang niat sebenar OKT OKT ini. [32] Berkenaan dengan hubungan seks yang berlaku antara mangsa dan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 walaupun ada keterangan yang bercanggah antara mangsa dan SP4 samada kesemua OKT ada bersama di dalam bilik bersama Farah atau tidak, ia tidak menggoyahkan pertuduhan. Elemen yang penting adalah terdapat penetrasi kemaluan OKT OKT ke dalam kemaluan mangsa. Aturan hubungan seksual yang berlaku adalah jelas iaitu Danial (OKT 1), Azeem (OKT 2) dan akhir sekali Haikal (OKT 3). Berkenaan samada terdapat air mani yang dikeluarkan atau tidak, ia tidak menjadi isu kerana jika ada bukti yang kukuh bahawa adanya penetrasi, ia sudah mencukupi di dalam kes ini. [33] SP4 adalah saksi yang turut berada di tempat kejadian. Malah SP4 ada di permulaan cerita iaitu dari Flat Impiana sehingga selesai kejadian di tempat kejadian. Mahkamah telah meneliti demeanour SP4 dan keterangan yang diberikan semasa di mahkamah. Mahkamah berpendapat beliau telah memberikan keterangan yang jujur dan sebenar tentang kejadian yang telah berlaku. Malah beliau jujur memberitahu telah melakukan hubungan seks dengan Hakimi juga pada malam itu di bilik no. 2. Keterangan SP4 juga adalah kukuh dan tidak goyah apabila disoal balas oleh peguambela. Keterangan SP4 menyokong keterangan mangsa tentang keberadaan OKT OKT di tempat kejadian dan pergerakan mereka dari Flat Impiana hingga ke tempat kejadian di Taman Dovenby. Keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) iaitu mangsa melihat OKT 1 dan mangsa berbogel di dalam bilik tempat kejadian dapat menyokong bahawa dalam keadaan begitu circumstantial evidence memungkinkan telah berlaku hubungan seksual antara OKT 1 dan mangsa. [34] Kemudiannya SP4 sendiri tegas dengan jawapannya bahawa dia melihat Azeem memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa. Walaupun rumah tersebut adalah rumah tinggal, namun keterangan saksi saksi adalah jelas bahawa terdapat satu lampu jalan yang memberikan cahaya ke dalam bilik itu tambahan pula bilik itu tidak ada tingkap. [35] Soalan soalan peguam berkenaan tindakan mangsa yang tidak menjerit, melarikan diri atau meminta bantuan sesiapa adalah tidak relevan memandangkan mangsa masih di bawah umur. Walaupun tidak wujud unsur paksaan dan ugutan dan terdapat kerelaan, undang undang adalah mantap bahawa hubungan seksual itu tetap menjadi satu kesalahan rogol yang boleh dikenakan tindakan undang undang. [36] Oleh itu mahkamah telah menilai secara maksima kesemua fakta yang telah dibentangkan di mahkamah ini. Secara keseluruhannya, mahkamah dapati keterangan saksi saksi pendakwaan adalah konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh mangsa kanak kanak. Tidak ada keterangan yang bercanggah yang diberikan oleh saksi saksi malah mereka semua mengulang keterangan yang sama seperti mana yang disampaikan kepada mangsa. [37] Adalah mustahil sekiranya mangsa sengaja mereka reka cerita tentang kejadian rogol yang berlaku. Sekiranya mangsa menipu di mahkamah, sudah pasti keterangannya kepada pihak pihak lain juga akan berbeza beza kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk bercerita secara teliti dan terperinci melainkan beliau mengalami sendiri kejadian tersebut. [38] Bagi pegawai penyiasat pula, beliau adalah saksi yang berkecuali. Beliau adalah penjawat awam yang bertanggungjawab untuk menyiasat kes kes yang diadukan di balai polis. Beliau tidak mengenali mangsa, ahli keluarganya dan juga OKT. SP8 hanya mengetahui berkenaan kes apabila laporan polis dibuat dan beliau menjalankan siasatan menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan samada terdapat kesalahan yang telah dilakukan atau tidak. SP8 juga telah menyoal siasat saksi saksi yang berkait dengan kes ini termasuk OKT OKT dan setelah berpuas hati dengan bukti bukti yang ada, telah mencadangkan agar OKT OKT dituduh di mahkamah dan seterusnya cadangan tersebut diluluskan oleh pihak TPR. [39] Berkenaan keterangan doktor pakar, memang beliau tidak dapat mengetahui apakah puncanya yang menyebabkan koyakan di hymen mangsa. Beliau hanya boleh menyimpulkan akibat kemasukan objek tumpul yang boleh termasuk salah satunya zakar lelaki. Tidak ada specimen sperma milik OKT yang dapat dikesan dan tidak ada apa-apa bukti DNA yang boleh mengaitkan OKT dengan kejadian. Namun sejarah (history) yang diberikan oleh mangsa adalah konsisten dengan keterangannya di mahkamah dan juga kepada pegawai penyisat (SP8). Daripada sejarah yang diberikan, doktor pakar telah membuat rumusan bahawa ia selari dengan hasil pemeriksaannya bahawa terdapat koyakan di bahagian hymen mangsa. [40] Oleh itu berdasarkan keterangan mangsa dan disokong oleh keterangan saksi-saksi yang lain, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertuduhan di bawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan. Daripada keterangan keterangan yang ada di mahkamah ini yang meliputi keterangan lisan saksi saksi, keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) dan keterangan dokumentasi, telah dibuktikan bahawa pada tarikh dan masa kejadian, OKT telah merogol mangsa yang masih di bawah umur 16 tahun. Atas dapatan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT OKT. OKT OKT dengan ini telah diperintahkan untuk membela diri. KES PIHAK PEMBELAAN [41] Di peringkat pembelaan, prinsip undang-undang yang telah ditetapkan adalah pihak pembelaan perlu mengemukakan keterangan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan jika OKT ingin dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan. Di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di mukasurat 316: “However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” [42] Di dalam kes Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1, Augustine Paul J telah membincangkan isu yang sama dan memutuskan: “The degree of proof required to establish a prima facie case is easiest demonstrated by asking ourselves what the court should do after the defence is called, if the accused elects to remain silent, calls no evidence and cannot come up with any good reason why the earlier conclusion was wrong ... Thus unqualified, and unrebutted the court has to convict on the very same material.” [43] Kes Public Prosecutor v Saare Hama & Anor [2001] 4 MLJ 480 at p 492 pula memutuskan: After the defence is called, and if the accused elects to remain silent, calls no evidence, and cannot come up with any good reason why the earlier conclusion was wrong for whatever reason, or pointing out some inherent weakness in the prosecution case he may have overlooked earlier, the case will be said to have been proved beyond reasonable doubt. [44] OKT di dalam kes ini telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi (Seksyen 173(ha) Kanun Acara Jenayah). Penelitian mahkamah adalah keterangan bela diri OKT OKT juga mengesahkan bahawa mangsa berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa kejadian. Cuma setiap OKT menafikan adanya perbincangan untuk membawa mangsa ke rumah itu dan menafikan adanya berlaku hubungan seksual dengan mangsa. Berikut adalah keterangan OKT 1 semasa pemeriksaan utama. PEMERIKSAAN UTAMA - Pada hari itu dalam jam 10 lebih malam saya ada keluar melepak dengan kawan saya nama Kimi. Saya tidak ingat nama penuh Kimi. - Masa itu saya ada di rumah kemudian Kimi call saya melalui whatsapp dan ajak saya melepak. - Dia cakap pada saya yang dia nak ajak saya keluar lepak. - Saya boleh cam Kimi. - Kimi ajak saya melepak di kedai tom yam Meru. - Saya pergi naik motor. Kimi naik motor dia dan saya naik motor saya. - Kimi naik motor LC 135 dan motorsikal saya Y15. - Kami bawa 2 motorsikal sebab Kimi kata dia nak bawa kawan dia. - Kawan Kimi ada di Flat Menglembu. Kawan Kimi itu adalah 2 perempuan. 1 nama Farah dan 1 nama Yana. - Saya kenal salah satu kawan perempuan tu iaitu Yana. - Saya kenal Yana melalui seorang kawan dan saya pernah jumpa dia sebelum tarikh 13.7.2022. - Saya tidak tahu umur Yana. - Saya berinteraksi dengan Yana sebelum ini melalui kawan. - Saya tidak kenal dengan Farah. - Sebelum 13.7.2022 saya tidak pernah jumpa Farah. - Pada 13.7.2022, saya telah kenal Yana dalam 3-4 bulan. - Kawan yang kenalkan saya dengan Yana adalah Ee. - Saya keluar rumah untuk lepak dalam jam 10 lebih malam. - Saya gerak dengan Kimi. - Mula mula kami gerak ke Flat Menglembu di Ipoh. - Jarak rumah saya ke Flat Mengelumbu adalah lebih dari 10 km. Jarak masa adalah dalam 30-40 minit. - Tujua saya ke Flat Menglembu adalah untuk ambil kawan. - Saya sampai ke Flat Menglembu lebih kurang jam 11 lebih malam. - Bila sampai, kami tunggu di bawah rumah flat. - Lepas tu saya tunggu kawan saya dan en Kimi call Yana dan Farah. - Kemudian Yana dan Farah turun dan kami plan nak pergi ke kedai tom yam Meru. - Kami nak pergi situ untuk lepak makan dan minum. - Kimi yang cadangkan kami pergi ke situ. - Selain dari pergi kedai makan, kami tidak ada buat rancangan lain. - Farah naik dengan saya dan Yana naik dengan Kimi dan mereka setuju nak pergi kedai tomyam. - Farah naik dengan saya sebab dia kata nak naik dengan saya sebab tidak ada kenderaan lain nak pergi. - Lepas tu kami terus gerak ke kedai tom yam Meru. - Jarak perjalanan kami ke kedai tom yam adalah dalam 15 - 30 minit. - Masa itu kami berempat saja. - Kami sampai ke kedai tom yam dalam jam 12. - Masa kami sampai di kedai tom yam, tidak ada sesiapa lagi ada di situ hanya kami berempat. - Saya dan Kimi masuk dalam kedai, makan dan minum tapi Farah dan Yana tak masuk kedai. - Mereka berdua duduk di parking motor, di depan kedai makan. - Saya tidak ingat nama kedai makan ini. - Dalam 15 minit kemudian, Azim datang. - Azim ada dalam mahkamah hari ini iaitu yang pakai cermin mata (Azim dicam). - Azim datang untuk makan dan minum. - Lepas Azim datang, kemudian dalam 5 minit Haikal datang. - Haikal ada di mahkamah hari ini iaitu yang pakai baju kolar tak pakai cermin mata (Haikal dicam) - Haikal datang berdua dengan kawan saya seorang lagi iaitu Aiman. - Yang ada di situ adalah Haikal, Azim, Hakimi, Farah dan Yana. - Saya kenal Kimi sebab kami telah berkawan dari kecil. - Kimi juga tinggal satu taman dengan saya di Taman Dovenby. - Azim, Aiman dan Haikal juga tinggal satu taman yang sama dengan saya. - Kami lepak di situ lebih kurang 30 minit. - Kami tidak ada buat sebarang perancangan masa sembang sembang di situ. - Kami juga tidak ada rancangan nak pergi mana mana lepas itu. - Aiman yang paling tua antara kami iaitu berumur 25 tahun dan saya yang paling muda 17 tahun. - Masa saya lihat Farah pertama kali, saya agak umur dia dalam 17 atau 18 tahun sebab gaya dia, tinggi dia dan badan. - Pada bila bila masa dia tidak ada bagitahu saya umur sebenar dia. - Dia juga tidak ad abagitahu saya sama ada dia bersekolah atau tidak. - Dia juga tidak ada bagitahu saya bagaimana dia boleh kenal Yana. - Masa saya bawa Farah naik motor saya, saya rasa suka pada dia. - Lepas makan makan di kedai, saya pergi jalan jalan naik motor dengan Farah. - Kami pusing pusing bulatan Meru. Mula mula saya yang ajak Farah dan dia jawab okey. - Masa pusing pusing itu hanya saya dan Farah saja. - Masa itu Kimi dan lain lain ada di kedai makan lagi. - Masa saya nak pergi pusing pusing dengan Farah saya ada bagitahu en Kimi dan dia kata okey. - Saya jalan jalan dalam masa 5-10 minit. - Farah kelihatan okey saja masa saya bawak dia pusing pusing naik motor. - Dia tidak ada tunjukkan reaksi apa apa. - Semasa Farah naik motor, dia ada pegang saya dari belakang. - Lepas tu saya bergerak ke Taman Dovenby dengan Farah. - Farah tahu saya nak ke Taman Dovenby sebab saya tanya dia dulu. - Saya tanya dia nak tak lepak di Taman Dovenby dan dia kata okey. - Sebelum tu saya tidak ada rancang pun nak bawa dia ke Taman Dovenby. - Saya nak ajak dia melepak untuk bersembang saja. - Saya bawa Farah ke rumah belakang berdekatan dengan padang. - Rumah itu rumah kosong. - Saya pilih rumah itu sebab nak lepak situ. - Situ memang port lepak saya dan kawan kawan iiatu Haikal, Kimi, Azim dan Wawan dan Poncai. - Taman Dovenby ini memang rumah kawasan tempat saya tinggal. - Di situ ada dalam 100-150 buah rumah. - Saya dah tinggal di kawasan itu dalam 20 tahun. - Biasanya kami akan sembang dan parking motor di port lepak itu. - Saya jarang pergi ke situ. - Masa saya dan Farah pergi ke sana, hanya kami berdua saja. - Farah tidak pernah pada bila bila masa membantah utuk pergi ke Taman Dovenby. - Kami tiba di Taman Dovenby lebih kurang jam 12 lebih malam. - Perjalanan kami ke sana ambil masa lebih kurang 15-20 minit. - Saya nak bawa Farah ke sana sebab saya nak luangkan masa lebih lama dengan dia. - Rumah kosong itu di bahagian belakang gelap dan depan cerah sebab ada cahaya. - Rumah saya duduk tu kosong dan hujung, selang 1 rumah ada orang duduk. - Keadaan rumah tu usang. - Saya pilih rumah usang itu sebab….(saksi kata dia tidak boleh ingat kenapa) - Saya tahu bahaya pergi rumah usang itu. - Saya jarang pergi ke situ. - Rumah itu tidak ada lampu. - Saya parking rumah di belakang rumah kosong. - Farah tidak ada tunjukkan apa apa reaksi masa sampai situ. - Semasa saya sampai, tidak ada sesiapa di rumah itu. - Di sekitar rumah itu ada rumah yang berpenghuni. - Lepas tu saya ajak Farah masuk ke dalam rumah. Farah tdak ada kata apa apa dan tidak tunjuk apa apa reaksi. - Farah ikut saya masuk ke dalam. - Saya masuk ke rumah itu ikut pintu belakang. - BIasanya kami akan lepak di bahagian ruang tamu. - Ruang tamu rumah itu kosong. Tidak ada apa apa barang. - Pintu belakang itu tidak ada pintu masuk. - Saya duduk di ruang tamu dengan Farah. - Rumah itu ada ruang tamu, 2 bilik, 2 tandas dan 1 dapur. - Sepanjang saya tinggal di Taman Dovenby, rumah itu tidak ada penghuni. - Masa di ruang tamu, saya peluk Farah sebab saya ada perasaan minat pada dia. - Farah pun peluk saya balik. - Kemudian saya ajak dia masuk bilik nombor 1. - Farah kata okey dan dia ikut. - Pada masa itu saya anggap dia seronok sebab dia ikut saja saya. - Ikut ketinggian, saya lebih tinggi dari Farah. - Bilik itu kosong tidak ada perabot, ada tingkap tetapi tidak ada bingkai. - Dalam bilik itu ada cahaya. Cahaya itu datang dari bahagian depan sebab ada lampu jalan. - Tujuan saya bawa Farah masuk bilik sebab saya nak cium dia. - Mula mula saya cium bibir dia dan pegang buah dada dia. - Farah juga ada tindak balas yang sama dan dia layan je apa yang saya buat. - Tidak ada pada bila bila masa dia tolak saya atau suruh saya berhenti. - Farah tidak tepis masa saya pegang buah dada dia dan dia layan je tindakan saya. - Farah juga pegang pegang badan saya. - Masa iu saya dalam keadaan berpakaian. - Kemudian saya buka baju Farah. Farah tidak melawan dan dia dalam keadaan stim. - Pada bila bila masa dia tidak ada minta saya berhenti buat semua tu. - Lepas buka baju dia, saya buka bra dia dan saya jilat buah dada Farah. Farah tidak menghalang saya buat begitu. - Masa itu sudah 10 minit sejak saya sampai ke taman itu. - Masa itu en Kimi datang sebab saya dengar bunyi motor dia. Ada 1 biji motor yang datang. - Bunyi itu tidak dekat sangat dan saya dengar ia datang ke arah pintu belakang. - Lepas itu saya terkejut sebab tahu ada orang datang. - Kimi tahu saya nak ke rumah ini. - Saya tak rancang supaya dia join saya ke rumah itu. - Saya pun stop perbuatan saya dan en Kimi masuk ke rumah itu. - Kimi masuk ikut pintu belakang iaitu pintu yang saya masuk tadi. - Dari pintu bilik 1 saya boleh nampak ruang tamu tapi tak boleh nampak pintu belakang. - Masa saya duduk di pintu bilik pertama saya nampak en Kimi masuk. - Saya tidak cakap apa apa pada dia. - Masa tu saya masih berpakaian dan Farah separuh bogel. - Kimi datang dengan Yana. - Kimi dan Yana masuk bilik no 2 iaitu di sebelah bilik no 1. - Lepas tu saya pergi pada Kimi. Farah masih dalam bilik 1. - Saya lepak dengan Kimi dan Yana di bilik no 2. - Kimi tidak nampak apa yang saya buat dengan Farah di bilik 1. - Saya tidak ada cerita pada Kimi apa yang saya buat di bilik 1. - Masa itu Kimi dan Yana duduk depan saya. - Saya tidak tahu kenapa Kimi datang ke tempat itu. - Saya ada bagitahu Kimi yang saya nak ke tempat ini. PB: Rujuk rajah kasar P17 kepada saksi. - Saya dan Farah duduk di bilik bertanda X (rujuk P17b) - Pilik no 2 adalah bilik sebelah bilik X. - Jarak masa Kimi sampai adalah lebih kurang 20 minit selepas saya sampai. - Saya sembang dengan Kimi pasal motor, pasal tempat kerja. - 5 minit kemudian, Azim datang naik motor. - Masa itu Farah dalam bilik nombor 1. - Azim masuk ikut dari pintu belakang dan masuk bilik no 2. - Azim datang seorang diri. - Saya dan Azim lepak bersama Kimi dan Yana. - Kemudian Azim pergi ke bilik no 1. - Saya tidak tahu apa yang Azim buat di bilik no 1 bersama Farah. - Saya masih duduk di bilik no 2 bersama Kimi dan Yana. - Masa saya duduk di bilik no 2 saya tidak ada dengar apa apa dari bilik no 1. - Saya tidak ada dengar orang jerit minta tolong atau bunyi orang bergaduh. - Dalam bilik no 2 tidak ada perabot. - Kami duduk atas lantai. - Masa itu kepala Yana atas riba Kimi. - Saya tidak pasti samada mereka berdua ada sebarang hubungan. - Lepas itu lebih kurang 10 minit, Haikal pula datang dengan jalan kaki. - Haikal masuk dari pintu belakang dan masuk ke bilik no 2. - Jarak rumah usang itu ke rumah saya sangat dekat iaitu ke jalan besar depan mahkamah. - Kalau saya jerit, orang di rumah saya boleh dengar. - Bila Haikal datang, dia masuk bilik no 2. - Haikal juga lepak di bilik no 2. - Azim ada dalam bilik no 1 dalam lebih kurang 10 minit. - Kemudian Azim keluar dan masuk ke bilik no 2. - Saya tidak pasti kenapa Azim datang ke rumah itu. - Saya tidak rancang untuk Azim datang ke rumah itu. - Saya tidak ada bagitahu Azim yang saya nak ke rumah itu. - Saya tidak pasti kenapa Haikal datang ke rumah itu sebab saya tdak ada bagitahu dia saya nak ke rumah itu. - Saya tidak ada rancang dengan Haikal untuk pergi ke rumah itu. - Lepas Azim masuk bilik no 2 kami sambung borak. - Lepas tu Haikal masuk bilik no 1. Dia tidak ada bagitahu kenapa dia masuk bilik no 1. - Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam bilik no 1 pada masa itu sebab saya tidak ada dengar bunyi apa apa. Saya juga tidak ada jenguk untuk tengok. - Saya tidak ada dengar bunyi jeritan atau orang minta tolong dari bilik no 1. - Tidak ada sesiapa lagi datang ke rumah itu selepas Haikal. - Haikal berada dalam bilik no 1 lebih kurang 5 minit. - Lepas itu Haikal masuk ke bilik no 2. - Lepas itu kami sambung borak di bilik no 2 iaitu dalam 10-15 minit. - Masa itu Farah dah pakai baju dan kami semua gerak dan lepak kat luar belakang rumah kosong itu. - Kami lepak dalam 5 minit dan tiba tiba ada kereta datang ambil Yana dan farah dan mereka berdua balik. - Kereta itu jenis Volkswagen. Saya tidak kenal pemandu kereta itu tapi ada 3 orang. [45] Berkenaan keterangan dari OKT 2 (SD2), ringkasan keterangan beliau adalah seperti berikut: - Kimi yang memanggil OKT datang ke kedai makan tomyam. - OKT 2 pergi ke sana menaiki motorsikal. - Dalam 10-15 minit OKT 3 pula sampai bersama Aiman. - Mereka semua bersembang dalam kedai tomyam lebih kurang dalam 30-40 minit. - Tidak nampak perempuan nama Farah dan Yana dalam kedai makan. - Selepas makan mereka bersurai bersama sama dan OKT 2 balik ke rumah seorang diri. - Tidak nampak Kimi dan Danial balik dengan siapa. - Tidak ada bagitahu sesiapa yang dia akan balik ke rumah. - Bila sampai rumah, dalam 10-15 minit Kimi call dan suruh datang ke rumah kosong (tempat kejadian). - Tempat kejadian itu adalah tempat lepak OKT 2 dan kawan kawan sejak kecil iaitu sejak umur 13 tahun. - Kimi, Danial, dan Haikal adalah kawan baik sejak 10 tahun. - Kimi tidak ada bagitahu bahawa ada 2 perempuan di rumah kosong itu. - OKT 2 pergi ke rumah kosong dengan menaiki motorsikal. Jarak hanya 5 minit dari rumah. - Bila masuk rumah nampak Kimi dan Danial (OKT 1) ada di ruang tamu. OKT 2 berbual bual dengan Kimi dan Danial. - Kemudian OKT 2 nampak perempuan nama Mazliana dalam bilik. OKT 2 kenal Mazliana sebab pernah berjumpa sebelum ini. - OKT 2 tidak ada tanya Mazliana dia datang dengan siapa ke rumah itu. - Ini pertama kali Mazliana dan Farah dibawa ke tempat kejadian. - Selepas berbual dengan Mazliana, OKT 2 pergi ke ruang tamu dan berbual semula dengan OKT 1 dan Kimi. - Dalam lebih kurang 1 minit OKT 2 nampak kelibat perempuan dalam bilik no. 1 sedang duduk berdekatan pintu bilik. - OKT 2 tidak ada tanya Kimi dan Danial siapa perempuan dalam bilik itu. - Kedua dua bilik tidak ada pintu. - OKT 2 terus masuk ke dalam bilik no 1 dan nampak seorang perempuan yang dia tidak pernah kenal sebelum ini. - OKT 2 mula berkenalan dengan perempuan itu. - OKT 2 mengaku ada pegang, raba dan cium mangsa tetapi tidak ada masukkan kemaluannya dalam kemaluan mangsa. - Farah juga tidak bogel semasa di dalam bilik itu. [46] Berkenaan keterangan dari OKT 3 (SD3), ringkasan keterangan beliau adalah seperti berikut: - Aiman datang ke rumah OKT 3 dan ajak ke kedai makan tomyam di Meru. - OKT 3 pergi ke sana menaiki kereta Aiman. - Mereka semua bersembang dalam kedai tomyam lebih kurang dalam 30-40 minit. - Tidak nampak perempuan nama Farah dan Yana dalam kedai makan. - Selepas makan mereka bersurai bersama sama dan OKT 3 balik ke rumah dengan Aiman. - Bila sampai rumah, dalam beberapa minit Kimi call dan suruh datang ke rumah kosong (tempat kejadian). - Tempat kejadian itu adalah tempat lepak OKT 3 dan kawan kawan sejak kecil iaitu sejak umur 13 tahun. - Kimi, Danial, Azeem dan OKT 3 adalah kawan baik sejak 10 tahun. - Kimi tidak ada bagitahu bahawa ada 2 perempuan di rumah kosong itu. - OKT 3 pergi ke rumah kosong dengan berjalan kaki saja. - Bila masuk rumah nampak Kimi dan Danial (OKT 1) ada di ruang tamu. OKT 3 berbual bual dengan Kimi dan Danial. - Kemudian handphone OKT 3 terjatuh dan dia nampak seorang perempuan dalam bilik nombor 2. - OKT 3 masuk ke dalam bilik no 2 dan berbual bual sekejap dengan Mazliana. - OKT tidak tanya Mazliana dia datang dengan siapa malam itu. - OKT 3 tidak ada melakukan hubungan seks dengan Mazliana. - Selepas berbual dengan Mazliana, OKT 3 pergi ke ruang tamu dan berbual semula dengan OKT 1 dan Kimi. - Kemudian OKT 3 nampak kelibat seorang perempuan dalam bilik no. 1 sedang duduk berdekatan pintu bilik sedang main handphone. - OKT 3 tidak ada tanya Kimi dan Danial siapa perempuan dalam bilik itu. - OKT 3 tidak mengintai dahulu tetapi terus masuk ke dalam bilik no 1 dan nampak seorang perempuan yang dia tidak pernah kenal sebelum ini. - OKT 3 mula berkenalan dengan perempuan itu dan tanya nama perempuan itu. OKT 3 berada dalam bilik itu sekejap saja dalam 5 minit. - OKT 3 mengaku ada pegang, raba dan cium mangsa tetapi tidak ada masukkan kemaluannya dalam kemaluan mangsa. - Farah juga tidak bogel semasa di dalam bilik itu. [47] Rumusan yang mahkamah perolehi dari keterangan OKT OKT ini adalah seperti berikut: a. Ketiga tiga OKT adalah sahabat baik sejak dari kecil dan tinggal di taman perumahan yang sama iaitu di Taman Dovenby; b. Tempat kejadian merupakan tempat lepak kegemaran mereka sejak beberapa tahun iaitu sejak dari sekolah rendah lagi; c. Rumah itu adalah rumah usang dan tidak ada berpenghuni juga tidak selamat untuk diduduki; d. OKT 1 dan Kimi mengambil mangsa di Flat Impiana dan membawa mangsa dan Liyana ke Bulatan Meru; e. Tidak lama kemudian Azeem dan Haikal pun tiba dan mereka semua lepak di kedai makan tomyam lebih kurang 30 minit; f. Kemudian OKT 1 membawa mangsa pusing pusing menaiki motor dan terus ke Taman Dovenby; g. OKT 1 telah memberitahu Kimi tentang rancangannya untuk membawa mangsa ke Taman Dovenby; h. OKT 1 sampai ke tempat kejadian dengan mangsa; i. Tidak lama kemudian Kimi dan Liyana sampai; j. Kemudian Azeem dan Haikal datang; k. Keterangan OKT 1 konsisten dengan keterangan mangsa dan Liyana iaitu OKT 1 dan Kimi mengambil mangsa dan Yana di Flat Impiana, lepak di bulatan Meru dan dibawa ke tempat kejadian. l. Gambaran tempat kejadian adalah sama dengan apa yang dijelaskan oleh mangsa seperti rumah tinggal, penuh dengan semak samun, masuk dari pintu belakang, ada 2 bilik yang tidak ada pintu, ada 1 lampu jalan berdekatan dan cahaya masuk ke bilik. m. Terdapat keterangan yang bercanggah antara keterangan OKT 1 dan juga keterangan OKT 2 dan OKT 3. OKT 1 mengatakan OKT 2 dan OKT 3 ada masuk ke bilik no 2 dan mereka lepak bersama Kimi dan Yan tetapi di dalam keterangan OKT 2 dan OKT 3 mereka mengatakan mereka hanya berjumpa dengan OKT 1 dan Kimi di ruang tamu sahaja. [48] Oleh itu keterangan bela diri OKT OKT pada pendapat mahkamah adalah satu keterangan yang direka reka dan afterthought. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Prosecutor v Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 3 MLJ 827 memutuskan: [50] We agreed with the learned DPP that this defence is a recent invention. It was never suggested to PW2, PW3 and the investigating officer, PW5, rendering it to be an afterthought incapable of being accorded its due weight. On the other hand PW2 and PW3’s evidence on how and where they found the said luggage tag was unshaken to the end. [49] Secara keseluruhannya, mahkamah berpendapat keterangan bela diri OKT OKT hanyalah satu penafian semata mata (bare denial), afterthought dan sengaja direka reka bagi melepaskan diri dari pertuduhan. Tidak ada bukti dan saksi saksi lain yang dikemukakan untuk menyokong keterangan beliau. Di dalam kes Mahkamah Rayuan Mr Losali v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 694 diputuskan:
2
The appellant failed to raise any reasonable doubt that the appellant was in fact actively involved and was the principal organiser in supplying the drugs in question. The defence of the appellant was a bare denial. The defence of bare denial is no defence. The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges (see paras 53–55). [50] Walaupun keterangan OKT OKT saling menyatakan tidak ada hubungan seks berlaku antara mereka dan mangsa dan setiap mereka juga tidak nampak OKT OKT lain melakukan hubungan seks dengan mangsa, namun fakta yang sangat jelas adalah ketiga tiga mereka adalah sahabat baik sejak dari kecil. Tempat kejadian adalah tempat lepak utama mereka. Mereka juga tinggal di kawasan taman yang sama dengan tempat kejadian iaitu Taman Dovenby. Jadi keterangan setiap OKT harus diterima secara berhati hati kerana mereka adalah saksi saksi berkepentingan. Mereka dituduh secara bersama di mahkamah ini jadi setiap dari mereka akan cuba membantu sesama mereka agar terlepas dari pertuduhan dan seterusnya hukuman. Kes ini juga sudah berlarutan agak lama jadi OKt OKT mempunyai banyak masa untuk berbincang dan mereka reka keterangan mereka agar selari dan konsisten. [51] Namun, cerita rekaan sangat sukar untuk ditegakkan kerana cerita yang tidak benar benar berlaku adalah seperti kisah dongeng dan imaginasi. Boleh bertukar tukar dan adakalanya tersasar. Begitu juga dengan keterangan OKT OKT. Keterangan yang paling jelas berbeza adalah kedudukan OKT 1 dan Kimi semasa OKT 2 dan OKT 3 sampai ke rumah itu. OKT 1 mengatakan dia dan Kimi berada di dalam bilik no 2 bersama Mazliana dan OKT 2 dan OKT 3 juga berjumpa mereka di dalam bilik no. 2. Tetapi semasa keterangan OKT 2 dan OKT 3, mereka mengatakan mereka berbual sekejap sahaja dengan OKT 1 dan Kimi di ruang tamu sahaja. [52] Juga adalah cerita paling tidak logik apabila OKT 2 dan OKT 3 membuat cerita nampak kelibat perempuan dalam bilik dan terus pergi ke arah perempuan perempuan itu tanpa bertanya kepada OKT 1 dan Kimi siapakah perempuan itu. Rumah itu adalah rumah tinggal, penuh dengan kawasan semak samun, jauh dari orang lain, masa itu juga sudah tengah malam, cahaya samar samar…kalau orang normal tidak akan berani hendak mendekati atau pergi terus kepada kelibat perempuan itu tanpa memastikan samada itu adalah manusia atau tidak. [53] Tindakan OKT 2 dan OKT 3 yang tidak langsung bertanya OKT 1 dan Kimi tentang siapa perempuan itu, jelas menunjukkan mereka sudah tahu bahawa Farah dan Mazliana ada di rumah itu. Mereka terus masuk berjumpa Farah atas satu tujuan iaitu hendak melakukan hubungan seksual yang telah dirancang bersama sama terlebih dahulu semasa di kedai makan tom yam Meru. [54] Berkenaan dengan OKT 1 pula, dia tidak kenal mangsa sebelum kejadian. Tarikh kejadian adalah pertama kali dia mengenali mangsa. Keterangan mangsa bahaw dia bermint dengan mangsa adalah satu keterangan yang sengaja direka reka sahaja. Jika benar OKT 1 berniat baik dan mahu menjalinkan hubungan serius dengan mangsa, sudah pasti dia tidak akan membawa mangsa ke tempat sebegitu dan sudah pasti juga dia tidak akan membiarkan rakan rakannya yang lain untuk turut melakukan hubungan seksual dengan mangsa. Oleh itu niat OKT ini adalah jelas. OKT 1 ingin membawa mangsa ke rumah kosong itu bagi tujuan untuk melakukan hubungan seksual sahaja dan kemudian membiarkan kawan kawannya pula melakukan hubungan seksual dengan mangsa. [55] Oleh itu berdasarkan keterangan-keterangan di atas dan juga penilaian maksima mahkamah ke atas keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah ini, mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan satu keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan dan ini bermakna pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes yang melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT OKT. OKT OKT dengan ini disabitkan bersalah ke atas pertuduhan. ALASAN PENGHAKIMAN TERHADAP HUKUMAN [56] Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang diijatuhkan ke atas OKT adalah adil (impartially) dan munasabah. Ini adalah kerana mahkamah telah pun membuat penilaian dan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta yang dibentangkan dan mengikuti prinsip prinsip keadilan dan peruntukan undang undang yang telah ditetapkan (established judicial principles). Mahkamah juga menjatuhkan hukuman tersebut tanpa dipengaruhi atau ditekan oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Jafa bi Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 yang mana YA Mohamed Azmi H telah memutuskan seperti berikut: "A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles…..” [57] Seksyen 183CPC memperuntukkan: "If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law." [58] Adalah undang undang mantap bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah terletak di bawah budibicara mahkamah yang membicarakan kes tersebut (trial court). Ini adalah kerana mahkamah bicara telah mendengar dan dapat menilai serta menimbangkan keterangan keterangan saksi tersebut. Mahkamah bicara juga berpeluang meneliti demenour saksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas OKT. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: "[9] In any event, sentencing is an exercise of discretion by the trial Judge. The law simply provides, as in most cases, a spectrum of sentences - from the minimum to the maximum. The trial Court has to choose the appropriate sentence in each case within the spectrum by giving consideration to the peculiar circumstances of each case and all the relevant factors." [59] Prinsip yang sama juga telah dipakai di dalam kes R v. Ball [1951] 35Cr App R 164: "....our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe...." [60] Satu lagi kes yang mengguna pakai prinsip yang sama adalah kes New Tuck Shen v. PP [1982] CLJ Rep 606; [1982] 1 MLJ 27: "The right to impose punishment on a guilty party is absolutely the discretion of the court. It will exercise that power judicially but will not tolerate any encroachment or even semblance of encroachment either by the prosecution or the defendant in respect of such right". [61] Merujuk kembali kepada kes di hadapan mahkamah ini, OKT di dalam kes ini telah dituduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan. Hukuman bagi kesalahan tersebut sekiranya disabitkan bersalah adalah pemenjaraan selama tempoh tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih tiga puluh tahun. [62] Melihat kepada tempoh maksima hukuman penjara yang ditetapkan, adalah jelas bahawa hukuman penjara yang mahkamah jatuhkan ke atas OKT 2 dan OKT 3 iaitu 10 tahun penjara adalah masih lagi di dalam lingkungan hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan yang dilakukan oleh OKT di bawah seksyen ini dan masih lagi di dalam bidangkuasa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. [63] Di dalam menentukan berapa lama hukuman penjara yang akan dikenakan ke atas OKT, Mahkamah telah menimbangkan beberapa faktor seperti berikut:
a
jenis kesalahan dan keseriusannya (gravity of the offence);
b
fakta kes;
c
rayuan yang dikemukakan oleh OKT untuk meringankan hukuman; dan
d
Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405) [64] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, fakta kes telahpun dibentangkan di sepanjang perbicaraan kes ini yang mana mangsa sendiri telah hadir memberikan keterangan dan keterangan mangsa juga telah disokong dengan keterangan saksi saksi pendakwaan yang lain. [65] Kepentingan awam juga adalah faktor yang dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah perlu memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan bukan semata-mata menjadi satu pengajaran kepada OKT OKT supaya OKT OKT insaf dan kesal atas kesalahannya tetapi dalam masa yang sama juga diharapkan hukuman itu dapat menjadi pengajaran dan amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Mahkamah juga sedar dengan peningkatan statistik kes kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak [66] Di dalam kes PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (as His Lordship then was) berkata: In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed. [67] Mahkamah sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengadili dan membuat keputusan atas kesalahan jenayah yang diadukan, hendaklah bersikap adil, telus dan saksama dan menunjukkan keseriusan dan sokongan untuk membenteras kesalahan jenayah. Hukuman yang mahkamah jatuhkan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tahap penglibatan tertuduh di dalam kesalahan itu (Pendakwa Raya lwn Siau Boon Po [2009] 3 MLJ 424). Prinsip ini juga diakui dalam kes: R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: "....proportionality...is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,...it promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender...." [68] Selain dari faktor faktor di atas, mahkamah juga telah menimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh OKT OKT dan juga hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwaraya. Adalah disahkan bahawa OKT OKT tidak mempunyai sebarang rekod lampau bagi kesalahan jenayah yang lain atau yang sama. Namun kesalahan yang dilakukan oleh OKT OKT adalah sangat serius dan tidak dapat ditutupi dan dipertimbangkan dengan rayuan rayuan yag dikemukakan. Kebajikan, keselamatan dan perasaan mangsa adalah perlu lebih diutamakan berbanding OKT OKT. [69] Mangsa di dalam kes ini telah mengandung dan melahirkan seorang anak. Walaupun tidak ada keputusan DNA dikemukakan untuk mengesahkan siapa bapa kepada anak itu namun ini menunjukkan kesan yang perlu ditanggung oleh seorang kanak kanak perempuan akibat daripada satu hubungan seksual. Lelaki boleh melepaskan diri begitu saja tetapi seorang perempuan terpaksa menanggung kesan yang lebih besar. Bukan saja terpaksa menanngung malu dengan tohmahan orang ramai tetapi juga terpaksa membesarkan seorang anak semasa masih lagi sedang bersekolah. [70] Berkenaan dengan hukuman ke atas OKT 1, beliau adalah seorang kanak kanak semasa tarikh kejadian iaitu 17 tahun 9 bulan. Semasa tarikh hukuman, beliau seorang pesalah muda. Laporan sosial telah dikemukakan di mahkamah untuk dipertimbangkan. Peguambela juga telah mengemukakan rayuan Panjang lebar dan memohon OKT 1 diletakkan di bawah Bon Kelakuan Baik. [71] Mahkamah telah menimbangkan Laporan Sosial, rayuan peguambela dan hujahan pemberatan hukuman Timbalan Pendakwaraya dan memerintahkan seperti berikut: Bon Kelakuan Baik untuk tempoh selama 3 tahun di bawah peruntukan Seksyen 91(1)(b) dengan menandatangani 1 bon berjumlah RM6,000 (dengan bayaran) dengan 2 orang penjamin yang mana salah seorang penjamin bukan ahli keluarga terdekat OKT. OKT juga diperintahkan untuk melaporkan diri di balai polis Sungai Siput 1 bulan sekali (setiap hari Isnin) di sepanjang tempoh Bon Kelakuan Baik berkuatkuasa. OKT juga diperintahkan untuk berada di rumah dari pukul 9 malam sehingga 7 pagi pada setiap hari sehingga tempoh Bon Kelakuan Baik selesai. Perintah mahkamah ini akan diberikan kepada Balai Polis untuk direkodkan dan sekiranya OKT didapati melanggar perintah ini, OKT boleh ditahan semula dan dikemukakan ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman penjara mengikut peruntukan hukuman yang ditetapkan di bawah kesalahan ini. [72] Mahkamah memberikan perintah tersebut atas alasan OKT 1 masih kanak kanak semasa kejadian dan masih tidak berfikiran matang dan senang dipengaruhi oleh kawan kawan lain. OKT 1 mempunyai sokongan kuat dari keluarga yang memberi jaminan akan memantau tingkah laku OKT selepas ini. OKT juga dilihat komited untuk mengubah hidup ke arah lebih baik dan ingin sambung belajar. Oleh itu mahkamah berpendapat wajar OKT 1 diberi peluang untuk mengubah cara hidupnya di luar dengan sokongan dan pemantauan keluarga. Dalam masa yang sama beberapa syarat ketat telah dikenakan untuk mengawal langkah OKT 1 agar tidak terjebak dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral. [73] Oleh itu berdasarkan kesemua alasan di atas, Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT OKT adalah adil, wajar, dan munasabah setelah mahkamah mengambil kira keseluruhan keterangan dan fakta kes. Mahkamah berharap tempoh hukuman penjara yang dikenakan ini akan dapat memberikan keinsafan yang sebenarnya kepada OKT 2 dan OKT 3 untuk menjadi masyarakat yang lebih berguna kepada negara apabila dibebaskan kelak. Mahkamah juga berharap peluang yang diberikan kepada OKT 1 ini akan dimanfaatkan sebaiknya dan agar OKT OKT betul betul insaf dan kesal atas kesalahan yang telah dilakukan. Tarikh: 29 September 2025 Rohaida (ROHAIDA BINTI ISHAK) Hakim Sesyen Mahkamah Kuala Kangsar Perak. Nama Timbalan Pendakwaraya: Puan Nur Aqilah Syaza binti Ariffin Nama peguambela: Encik Shamil Azad bin bagi pihak OKT 1 Encik Mahinderjit Singh bagi pihak OKT 2 dan OKT 3
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.