Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
BA-A73KJ-1312-12/2023
Magistrates Court of Malaysia30 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kixI1EeHC5gmg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 [25] Mahkamah merujuk kepada kes Diniyarif bin Fairus ‘Shaba v Jaafar bin Abu & Ors [2021] MLJU 2190. Dalam kes tersebut, peguam juga menimbulkan isu yang sama seeperti berikut: [369] In his rebuttal argume”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
2
NOOR AZMAN BIN JANTANG … PLAINTIF-PLAINTIF DAN DING MING WANG … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A) PENGENALAN [1] Kes ini merupakan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah motokar dengan nombor pendaftaran WUK3828 yang dipandu oleh plaintif kedua dengan sebuah motokar dengan nombor pendaftaran WXN2239 dipandu oleh defendan. Plaintif pertama merupakan pemilik motokar nombor pendaftaran WUK3828 dan defendan pertama adalah pemilik motokar nombor pendaftaran No WXN2239. [2] Akibat daripada kemalangan ini, motokar plaintif pertama telah mengalami kerosakkan. Plaintif-plaintif telah memfailkan tuntutan ganti rugi am dan khas terhadap defendan. [3] Kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tanggungan liabiliti di mana defendan bertanggungan liabiliti sebanyak 90% terhadap plaintif-plaintif di dalam kes ini dan plaintif-plaintif bertanggungan liabiliti sebanyak 10%. S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg [4] Plaintif-plaintif telah merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap dapatan jumlah ganti rugi yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini. Memandangkan tiada isu berkenaan liabiliti, Mahkamah ini hanya membincangkan isu berkenaan ganti rugi. B. RINGKASAN FAKTA KES [5] Pada 29.5.2022 jam lebih kurang 4.00 petang semasa plaintif kedua sedang memandu motokar WUK3828 di Bulatan Malawati, tiba-tiba sebuah motokar WXN2239 yang sedang dipandu oleh defendan telah melanggar bahagian belakang motokar milik plaintif pertama. [6] Kereta milik plaintif pertama telah dihantar ke Bengkel Walk In Towing Service Workshop yang beralamat di 30, Jalan Keluli Aj7/Aj, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor. Atas cadangan pihak bengkel, penyelaras dari Promark Adjustment Sdn Bhd telah dilantik untuk menilai kerosakan dan kos pembaikan. [7] Pihak bengkel telah melakukan pembaikan terhadap motokar milik plaintif pertama mengikut taksiran penyelaras dan plaintif-plaintif menuntut kos pembaikan sebanyak RM 10,825.34 terhadap defendan. Plaintif masih berhutangan dengan pihak bengkel ke atas kos pembaikan dan masih belum membuat bayaran. [8] Seramai 2 orang saksi bagi pihak plaintif telah hadir untuk memberikan keterangan manakala pihak defendan tidak mengemukakan sebarang saksi. Saksi-saksi yang telah hadir ke Mahkamah ini untuk memberikan keterangan mereka ialah: S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg i) SP1 : Wong Hueih Gyark-Penyelaras ii) SP2 : Noor Azman Bin Jantang - Pemandu/Plaintif Kedua C. GANTI RUGI KHAS DAN AM [9] Peguam cara defendan telah menimbulkan dua isu berkenaan kos pembaikan iaitu sama ada pihak Plaintif dapat membuktikan secara spesifik kos kerugian iaitu kos pembaikan adalah sebanyak RM10,825.34 dan sama ada pihak Plaintif telah membuat bayaran terhadap kos pembaikan. Hal ini adalah kerana plaintif pertama selaku pemilik motokar tidak hadir perbicaraan untuk memberikan keterangan berkenaan kos pembaikan mahupun bayaran dilakukan oleh plaintif pertama. Peguam cara defendan berhujah bahawa beban bukti adalah pada pihak plaintif untuk membuktikan kos-kos tersebut namun pihak plaintif hanya bergantung kepada keterangan penyelaras dan juga laporan penyelaras. Kos pembaikan yang dituntut oleh pihak plaintif adalah berdasarkan laporan penyelaras semata-mata dan tiada saksi daripada pihak bengkel mengesahkan kerja-kerja pembaikan sepertimana dalam laporan penyelaras. [10] Selanjutnya, peguam cara defendan turut berhujah bahawa tiada pembuktian dokumentasi tentang pembelian alat-alat ganti yang dipasang pada motokar plaintif pertama. Gambar yang diambil adalah selepas pembaikan dilakukan dan tidak menunjukkan motokar telah dibaiki di bengkel tersebut. Peguam cara defendan menyatakan SP2 tiada pengetahuan tentang kos pembaikan memandangkan urusan melibatkan motokar adalah dilakukan oleh plaintif pertama. Tiada keterangan bahawa SP1 juga diberikan kuasa atau arahan oleh plaintif S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg pertama untuk membuat keputusan bagi pihak plaintif untuk membaiki kereta milik plaintif pertama sepertimana dalam laporan penyelaras. [11] Peguam cara defendan juga menyatakan keterangan lisan SP2 bercanggah dengan penyataan saksi beliau. Dalam penyataan saksi, SP2 menyatakan telah menghantar motokar ke bengkel namun keterangan SP2 di Mahkamah adalah SP2 telah menghubungi pihak Nissan dan pihak towing yang menarik kereta dan SP2 tidak mempunyai pengetahuan mengenai bengkel tersebut. Selepas beberapa kali soal balas, SP2 mengakui segala urusan dilakukan oleh plaintif pertama dan tidak mempunyai pengetahuan tentang pembaikan motokar tersebut. [12] Oleh itu, memandangkan SP2 tidak terlibat dalam transaksi pembaikan maka pihak plaintif tidak dapat membuktikan telah mengalami kos pembaikan sebanyak RM10,825.34. Hal ini kerana plaintif tidak mempunyai pengetahuan kos alat ganti sebenar dan tidak boleh mengesahkan sama ada motokar telah dibaiki menggunakan alat ganti baru atau alat ganti terpakai. [13] Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2, peguam cara defendan berhujah bahawa plaintif gagal menunjukkan kerugian dan telah membelanjakan kos pembaikan tersebut. Berkenaan yuran penyelaras, SP2 dalam penyataan saksi menyatakan kos yuran penyelaras telah dibayar oleh pihak bengkel dan plaintif masih berhutang dengan bengkel. Oleh itu, tiada bukti pembayaran yuran tersebut oleh mana-mana saksi plaintif. S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg [14] Kos pengangkutan sebanyak RM150 untuk 14 hari dituntut oleh plaintif kerana kehilangan penggunaan motokar. SP2 menyatakan SP2 menggunakan pengangkutan lain seperti teksi dan grab namun tidak dapat mengemukakan sebarang resit kos pengangkutan. Oleh itu, pihak Plaintif gagal menunjukkan kerugian kos kehilangan penggunaan kenderaan sebanyak RM2100. [15] Pihak plaintif telah memplidkan untuk tuntutan bagi kos lain-lain sebanyak RM1020.00. Tiada sebarang butiran atau resit yang dikemukakan berkenaan ‘kos lain-lain’ yang dimaksudkan di dalam pernyataan tuntutan. [16] Akhirnya dihujahkan oleh pihak defendan bahawa pihak plaintif gagal menunjukkan bahawa plaintif-plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM14,615.34. [17] Peguam bela plaintif menyatakan SP1 telah mengesahkan bahawa motokar milik plaintif pertama telah dibaiki mengikut cadangan SP1. SP1 telah menyediakan laporan penyelaras (“Adjuster Report”). SP1 adalah seorang penyelaras yang berkelayakan dan bertauliah. Sistem MRC Merimen adalah sistem khas yang diperuntukkan oleh syarikat insurans. Sistem MRC menyediakan harga standard dan tetap bagi semua jenis kenderaan. [18] Peguam bela plaintif berhujah bahawa kos pembaikan yang dinyatakan di dalam laporan penyelaras disediakan oleh SP1 adalah berdasarkan Sistem MRC Merimen merupakan penilaian yang oleh disarankan oleh Bank Negara Malaysia, maka laporan taksiran oleh S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg SP1 mempunyai kuasa undang-undang (force of law), tepat, berpatutan, dan seharusnya diterima pakai oleh semua pihak. [19] Peguam bela plaintif menyatakan bil adalah berbeza mengikut bengkel dan laporan penyelaras adalah lebih dipercayai dan relevan untuk kerosakan dan kerugian kereta. Kehadiran pihak bengkel adalah tidak diperlukan memandangkan terdapat taksiran laporan penyelaras. Sekiranya, terdapat perbezaan amaun antara pihak bengkal dengan laporan penyelaras, akhirnya akan tertakluk kepada jumlah taksiran oleh penyelaras kerana kuasa undang-undang daripada arahan Bank Negara Malaysia. Bengkel hanya boleh mengikut cadangan oleh penyelaras dan tidak boleh membaiki kenderaan sesuka hati dan tertakluk pada had kos yang dinyatakan dalam laporan penyelaras. [20] Adalah tidak dapat dinafikan bahaw motokar plaintif pertama mengalami kerosakkan akibat kemalangan. Pembaikan harus dilakukan supaya motokar dapat dipulihkan kepada keadaan asal dengan selamat. SP1 telah mengesahkan pembaikan telah dilakukan ke atas motokar milik plaintif pertama. SP1 juga mengesahkan bayaran sebanyak RM670 sebagai yuran penyelaras telah dijelaskan. Oleh itu, peguam bela plaintif berhujah bahawa tuntutan ganti rugi khas bagi kos pembaikan dan yuran penyelaras telah berjaya dibuktikan melalui dokumen iaitu laporan penyelaras dan resit yuran. [21] Peguam bela plaintif menyatakan pembaikan dilakukan ke atas motokar menyebabkan plaintif tidak dapat menggunakan motokar tersebut berhari-hari lamanya. Plaintif mengalami kesusahan untuk bergerak kemana-mana bagi melaksanakan tugas hariannya. Pihak plaintif juga perlu membuat pembayaran ke atas faedah-faedah bank S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg untuk pembelian kenderaan plaintif. Kenderaan plaintif pertama juga mengalami kesusutan nilai disebabkan oleh kemalangan jalan raya tersebut. Oleh itu, pihak plaintif menuntut ganti rugi am ke atas kos pengangkutan disebabkan kehilangan penggunaan kenderaan (14 x RM150.00 sehari). [22] Pihak plaintif pohon kos kehilangan penggunaan kenderaan tersebut sekurang-kurangnya sebanyak RM150.00 sehari diawadkan kepada Plaintif atas sebab kos pengangkutan sehari yang tinggi masa kini. DAPATAN MAHKAMAH INI [23] Mahkamah hanya memberikan alasan berkenaan dengan jumlah kos atau ganti rugi memandangkan liabiliti telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. [24] Isu yang ditimbulkan oleh pihak defendan bahawa plaintif gagal membuktikan bahawa kos pembaikan kereta adalah seperti dinyatakan dalam laporan penyelaras memandangkan plaintif pertama dan wakil bengkel tidak hadir dan keterangan SP1 adalah tidak memadai untuk membenarkan tuntutan plaintif-plaintif. Berdasarkan keterangan di mahkamah, SP2 telah menerima kereta telah siap dibaiki. SP1 juga telah mengambil gambar kereta selepas dibaiki dan mengesahkan motokar milik plaintif telah dibaiki. Oleh itu, tuntutan Plaintif ditolak sepenuhnya kerana ketiadaan saksi daripada bengkel adalah tidak wajar. S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg [25] Mahkamah merujuk kepada kes Diniyarif bin Fairus ‘Shaba v Jaafar bin Abu & Ors [2021] MLJU 2190. Dalam kes tersebut, peguam juga menimbulkan isu yang sama seeperti berikut: [369] In his rebuttal argument, learned counsel for the third defendant submitted that no award should be granted for the costs of the motorcycle repairs as the plaintiff called no witness from the workshop to verify the following:
i
RM974.00 was the actual amount paid by the plaintiff; and
II
(ii) the repairs were conducted at the workshop. [26] Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen telah melihat keterangan dan memutuskan seperti berikut: [375] First, there was no dispute that the plaintiff’s motorcycle damages were not pre-existing but due to the accident. In addition, the damages to the motorcycle were apparent from the photographic evidence, Exhibits P3(H), P3(I), P3(J) and P3(K) (Pages 25 to 28 of the Agreed Bundle of Documents). [376] Second, the damages were confirmed in evidence by PW2, the investigating officer, whose testimony reveals: “S: Adakah Insp, memeriksa dan merakamkan kerosakan motosikal WC 5261 N. Tolong beritahu Mahkamah kerosakan pada motosikal tersebut. J: Pemeriksaan saya mendapati kerosakannya adalah di bahagian hadapan, cover pecah.” S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg [377] Third, the plaintiff sent his motorcycle to the workshop for repairs. He bore the costs for repairs in the amount of RM974.00. His witness statement states: “S: Berapa kos membaiki m/ sikal No. WC 5261 N? J: Kos itu sebanyak RM974.00. … S: Adakah ini resit – resit membaiki m/ sikal anda yang dikeluarkan oleh Syarikat Awe Motor Bikes? J: Ya, benar.” [378] Fourth, the plaintiff’s pieces of evidence were neither challenged nor refuted positively during cross-examination. And nor even was there any rebuttal evidence adduced to convincingly deny the plaintiff’s testimony under oath and the documentary material placed before the court. [379] Fifth, the plaintiff expressly pleaded the claim for motorcycle repairs amounting to RM974.60 in paragraph 8(f) of his amended statement of claim, constituting part of the special damages. Manifestly, it was not randomly derived out of thin air and far from being a mere bolt from the blue. The defendants were, therefore, put to notice of the respective claim. [380] Sixth, the plaintiff is a person in whose possession the repairs receipt presently is. S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg [381] In the upshot, I am fortified in my finding that, on the full spectrum of the evidence, the plaintiff had, on the balance of probabilities, proved his claim under the present heading. [27] Dalam laporan penyelaras, SP1 mengetahui bahawa usia motokar adalah 13 tahun namun SP1 telah membuat penilaian pembaikan menggunakan alat ganti jenis franchise. Walaupun sistem MRC Merimen memberikan harga penilaian yang disarankan oleh Bank Negara, namun kos pembaikan tertakluk kepada diskaun mengikut usia kereta dan nilai kereta tersebut. [28] Maka sekiranya penyelaras ingin meletakkan harga “franchise part” untuk kereta usia yang berusia 13 tahun perlu ditolak dengan peratusan yang ditetapkan oleh Bank Negara iaitu 40 %. Perkara ini adalah jelas dinyatakan oleh polisi Bank Negara dan tiada authoriti yang dikemukakan oleh SP1 bagi menyokong keterangannya. [29] Mahkamah merujuk Reynolds v Pho In Reynolds v Phoenix Insurance Co., (1978) 2 Llyod’s Rep 440, di mana prinsip ‘betterment’ adalah diputuskan dalam undang-undang insurans seperti berikut: Forbes J said : “Now the principle of betterment is so well established in the law of insurance to be departed from at this stage even though it may sometimes work hardship on the insured. It is simply that an allowance must be made because the assured is getting something new for something old.” S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg [30] Mahkamah merujuk kepada Guidelines on Claims Settlement Practices yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia di para 8.4 yang memperuntukkan seperti berikut:
8
8.4 New franchise part must be used for vehicles below 5 years old and not betterment charges applicabe. Betterment charges may only be applied when the new franchise parys are used for the vehicles aged five years and above. When betterment is applicable, the claimant should be give the option of using new non-franchise parts and/or second hand parts in order to avoid betterment charges. The insurer should explain to the claimant the rationale dan quantum of betterment. The insurer should adhere to the scale of betterment and the related guidelines set by the industry as per Appendix III. [31] Penambahbaikan dilakukan ke atas Guideline di atas, Bank Negara telah mengeluarkan Policy Document on Claims Settlement Practices pada tahun 2024 dan juga memperuntukkan kadar betterment berdasarkan usia kenderaan. Perenggan terlibat di bawah adalah dirujuk berkenaan dengan kadar betterment. Betterment Charges 11.16 An ITO must ensure that new franchise parts are used for vehicles aged below five (5) years, with no betterment charges applied.
11
11.17 An ITO shall only apply betterment charges when new franchise parts are used for vehicles aged five (5) years and above. For the avoidance doubt, an ITO shall not apply betterment charges where non-franchise parts are used for vehicles aged five (5) years and above.
11
11.18 In the event betterment charges are applied, an ITO shall:
a
adhere to the scale and maximum rates of betterment as specified in Appendix III;
b
advise the claimant in writing on the option of using new non-franchise parts or second-hand parts in order to avoid betterment charges; and
c
obtain explicit confirmation in writing from the claimant, clearly indicating the claimant’s choice with respect to the types of parts to be used and corresponding betterment charges the claimant has agreed to incur. [32] Dalam laporan penyelaras, jumlah kos adalah RM10,825.24 setelah diberikan kadar betterment 25%. Mahkamah telah memutuskan bahawa pengiraan kos alat ganti dicadangkan perlu ditolak dengan kadar diskaun 40% berdasarkan garis panduan oleh Bank Negara. Jumlah kos alat ganti selepas ditolak dengan kadar 40% adalah sebanyak RM5441.07 dan selepas mengambil kira tertakluk kepada liabiliti 90%, kos alat ganti adalah sebanyak RM4896.96. Kenderaan Plaintif tidak wajar digantikan dengan franchise baru mengambil kira usia dan bukan pemilik pertama. Laporan penyelaras adalah cadangan di mana Plaintif mempunyai tanggungjawab untuk mitigasi kos S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg pembaikan. Sekiranya pemilik masih ingin menggunakan alat ganti franchise baru maka adalah kos berlebihan tersebut perlu ditanggung oleh Plaintif. Laporan penyelaras bukan muktamad di mana Plaintif masih mempunyai budi bicara untuk memilih jenis alat ganti berdasarkan kesesuaian dan usia kenderaan. [33] Alasan yang diberikan SP1 bahawa ‘franchise part’ digunakan untuk tujuan keselamatan adalah tidak munasabah memandangkan tiada apa-apa keterangan “non franchise part”, barang terpakai atau OEM tidak selamat digunakan dan pembaikan boleh dilakukan tanpa penggantian alat-alat asal dan baru. SP1 tidak sepatutnya membuat keputusan bagi pihak plaintif untuk meneruskan pembaikan seperti mana dalam laporan penyelaras. Laporan penyelaras adalah berbentuk cadangan dan pihak plaintif mempunyai pilihan untuk membuat keputusan tentang kos yang terlibat setelah merujuk kepada pihak insurans. Penyelaras gagal mempertimbangkan usia kenderaan dan nilai kereta sebelum mencadangkan kos pembaikan yang tinggi dengan menggunakan alat ganti jenis franchise sahaja. [34] Pihak Defendan tidak memanggil saksi adjuster untuk memberikan keterangan berkenaan kos pembaikan yang terlibat. Tiada saksi daripada bengkel hadir untuk menerangkan kos upah pembaikan. Oleh itu, kos upah dalam laporan adjuster SP1 diberikan adalah anggaran dan bukan kos sebenar. Pengiraan upah dalam laporan penyelaras adalah berdasarkan anggaran masa digunakan dan bukan masa sebenar yang telah digunakan untuk melakukan pembaikan. Walaupun tiada saksi penyelaras bagi pihak Defendan yang hadir namun Defendan ada memfailkan laporan penyelaras defendan. S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg Perbandingan penilaian kos upah dilakukan dan Mahkamah menilai kos lain-lain termasuk mengecat dan upah yang munasbah adalah sebanyak RM1500 dan selepas mengambil kira liabiliti 90% maka kos yang dibenarkan adalah RM1350. [35] Plaintif menuntut kos kehilangan penggunaan kereta selama 14 hari. Berdasarkan laporan penyelaras, anggaran hari yang diperlukan untuk membaiki kenderaan adalah 14 hari. SP1 tidak memberikan keterangan bila motokar telah siap dibaiki dan SP1 tidak memberikan keterangan berkenaan tarikh gambar diambil selepas kenderaan dibaiki. SP2 juga tidak pasti berapa lama kenderaan dibaiki dan hanya memberikan anggaran 2 minggu. Jika dilihat daripada keterangan SP1 dan SP2, SP2 menyatakan kenderaan telah dihantar ke bengkel pada 30.5.2022 dan SP1 hanya hadir membuat pemeriksaan pada 11.6.2022. Dalam tempoh 12 hari, tiada apa-apa keterangan mengenai keberadaan kenderaan plaintif pertama. Kemudian, SP2 menyatakan plaintif pertama yang mengambil kenderaan di bengkel dan SP2 tidak tidak terlibat. Plaintif pertama dan wakil bengkel tidak hadir memberikan keterangan. Oleh itu, tempoh pembaikan kenderaan tidak dapat dikenal pasti dan SP2 gagal membuktikan kos pengangkutan sebanyak RM150 sehari telah dikeluarkan akibat kehilangan penggunaan kenderaan. [36] Mengikut garis panduan, kos kehilangan penggunaan kenderaan mengikut ‘Cart’ adalah RM40 sehari bagi kereta jenis 1.5cc-2.0cc. Tiada keterangan dokumen mahupun lisan daripada saksi mengenai tempoh pembaikan. Oleh itu, Mahkamah membenarkan kehilangan penggunaan kenderaan untuk 14 hari pada kadar RM40 sehari mengikut garis panduan kerana plaintif gagal menunjukkan apa-apa S/N Ai9/udfvkixI1EeHC5gmg dokumen berkenaan dengan tuntutan kos pengangkutan akibat kehilangan penggunaan kenderaan. Hujahan peguam plaintif mengenai kadar faedah bank yang perlu ditanggung adalah tidak berasas kerana keterangan SP2 menyatakan plaintif pertama telah membeli kenderaan secara tunai. Maka, hujahan peguam bela bertentangan dengan keterangan saksi sendiri. [37] Secara kesimpulan, Mahkamah hanya membenarkan kos pembaikan berjumlah RM6246.96, kos kehilangan penggunaan kereta sebanyak RM560 dan kos tindakan sebanyak RM700 bersama faedah pada kadar 5%. Mahkamah menolak tuntutan yuran adjuster sebanyak RM 670.00 kerana tidak dibuktikan telah dibayar oleh plaintif. Kos lain-lain juga ditolak kerana tidak dibuktikan. Disediakan oleh:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.