Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-58-11/2021
DA-22NCvC-58-11/2021
High Court of Malaysia23 Jun 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“unsustainable (see: Bandar Builder (Supra), Hubbuck & Sons Ltd V. Wilkinson, Heywood & Clard Ltd [1899] 1 QB 86; Attorney General Of The Duchy Of Lancaster V. London And North Western Railway Company [1892] CH 274). [26] The tests for striking out application under O. 18 r. of the ROC, as adopted by the Supreme Court i”
“ived of his right to have his case proceeded by a proper trial unless the claim is obviously unsustainable. The Federal Court in the case of C.C Ng & Brothers Sdn Bhd v. Government of State of Pahang [1985] CLJ 45 (Rep); [1985] 1 CLJ 235; [1985] 1 MLJ 350, had said that "the inherent power to dismiss an action summaril”
“the originality of this document via eFILING portal 10 [14] Ia sejajar dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Solai Realty Sdn Bhd v United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2013] MLJU 281 seperti berikut: “19. In another Privy Council case - Eng Mee Yong & Ors v. V Letchumanan [1979] 1 LNS 18;”
“lang untuk menuntut deklarasi bagi membatalkan keseluruhan kontrak memandangkan 80% dari kontrak tersebut telah dipenuhi oleh D1. Ini bersandarkan keputusan Mahkamah di dalam kes CKY Interior Sdn Bhd [2020] MLJU 2604 dan Damansara Realty Bhd [2011] 6 MLJ 464. **Note : Serial number will be used to verify the originalit”
“apati di peringkat ini, sebarang keterangan dikemukakan oleh para Defendan untuk menunjuk bukti bahawa ianya telah dilaksanakan (rujuk kes; Genting Highlands Bhd & ors v GM Aero Support Sdn Bhd & ors [2022] MLJU 203). [18] Di dalam masa yang sama, tuntutan P1 dan P2 bukan hanya berkaitan kelewatan bangunan disiapkan na”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-58-11/2021
1
NOR ASHIRIN BINTI HASHIM
2
MOHD FAZLI BIN AZIZ (NO. K/P: 821001-03-6127) ...PLAINTIF-PLAINTIF
1
PROPERTY LIFE DEVELOPMENT SDN. BHD.
2
SHEIKH MOHD ASRUL NIZAM BIN SHEIKH MUSTAFA @ S HAMID
3
WAN FAIZUL IRWAN BIN WAN MOHAMED
4
AIFA SUCCESS SOLUTION
5
MOHD FAIZ ADNE BIN AHMAD DUSUKI
6
KHAIRUL ARCHITECT …DEFENDAN-DEFENDAN 04/08/2022 10:45:42 DA-22NCvC-58-11/2021 Kand. 50 ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 16 dan Lampiran 17) Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan 2 Notis Permohonan di bawah A.18 k.19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) iaitu pertamanya di Kandungan 16 (K16) oleh Defendan 1 (D1) dan keduanya di Kandungan 17 (K17) oleh Defendan 2 hingga 5 (D2-D5). Kedua-duanya akan dipertimbangkan oleh Mahkamah bersekali memandangkan terdapat beberapa isu yang bersamaan. [2] Kertas-kertas kausa yang berkaitan adalah seperti berikut:
a
Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 23/11/2021;
b
Pernyataan Pembelaan D1 bertarikh 28/12/2021;
c
Pernyataan Pembelaan D2, D3, D4 dan D5 bertarikh 28/12/2021;
d
Jawapan Kepada Pembelaan D1 bertarikh 11/1/2022;
e
Jawapan Kepada Pembelaan D2, D3, D4 dan D5 bertarikh 11/1/2022;
f
Notis Permohonan D1 di bawah A18 k19 bertarikh 23/1/2022;
g
Afidavit Sokongan oleh Sheikh Mohd Asrul Nizam bin Sheikh Mustafa @ S Hamid pada 23/1/2022;
h
Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Nor Ashirin Binti Hashim pada 18/2/2022;
i
Afidavit Balasan D1 yang diikrarkan oleh Sheikh Mohd Asrul Nizam bin Sheikh Mustafa @ S Hamid pada 6/3/2022;
j
Notis Permohonan D2, D3, D4 dan D5 di bawah A.18 k.19 bertarikh 23/1/2022;
k
Afidavit Sokongan oleh Mohd Faiz Adne bin Ahmad Dasuki pada 23/1/2022;
l
Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Nor Ashirin Binti Hashim pada 17/2/2022; dan
m
Afidavit Balasan oleh Mohd Faiz Adne bin Ahmad Dasuki pada 6/3/2022 Latar Belakang Kes [3] Tuntutan Plaintif Pertama (P1) dan Plaintif Kedua (P2) ke atas kesemua Defendan adalah berasaskan kepada 2 perjanjian iaitu pertamanya, perjanjian bertarikh 14/10/2018 (Perjanjian Pertama) dan keduanya Perjanjian Tambahan di antara P1 dan D1 (Perjanjian Tambahan). Ia melibatkan pembinaan rumah oleh D1 di atas tanah milik P1 yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 713,808.00. [4] Pembiayaan bagi pembinaan rumah tersebut adalah melibatkan perjanjian pinjaman oleh P1 dan P2 dengan Public Bank bagi jumlah sebanyak RM667,000.00. Baki sebanyak RM46,808.00 telah dibayar secara tunai oleh P1 kepada D1 melalui Tetuan Salina Fazilawati & Co (selepas ini dirujuk sebagai “Peguam Pertaruhan”). [5] Kerja-kerja pembinaan tapak telah dimulakan oleh D1 sejak Disember 2018 dan beberapa siri pembayaran oleh bank pembiaya telah dilepaskan kepada D1, D2 dan D3 melalui Peguam Pertaruhan. Di dalam masa yang sama, memandangkan terdapat beberapa penambahan terhadap pembinaan, maka satu Perjanjian Tambahan Kedua telah dimasuki oleh P1 dan D1 pada 18/9/2019 (Perjanjian Tambahan Kedua). Bayaran perbezaan sebanyak RM 30,000.00 telah dijelaskan oleh P1 kepada D1 secara berperingkat. [6]
Preamble
Mengikut klausa 11.1 Perjanjian Pertama, rumah tersebut sepatutnya siap sepenuhnya dan tersedia untuk diberi pemilikan kosong pada atau sebelum 10/11/2020. Walaubagaimanapun, sehingga tarikh tamat perjanjian iaitu pada 10/11/2020 peratusan kesiapan sepenuhnya adalah sebanyak 60% sahaja. Kedua-dua Plaintif mendakwa bahawa D1 telah memungkiri Perjanjian Pertama tersebut apabila gagal menyerahkan pemilikan kosong dalam tempoh 24 bulan kalendar. [7] Kedua-dua Plaintif kini antara lain memohon satu deklarasi bahawa Perjanjian Pertama bertarikh 14/10/2018 adalah dibatalkan serta kesemua Defendan untuk membayar gantirugi am yang akan ditaksirkan kepada Plaintif-Plaintif. Prinsip undang berkaitan A18 k19 KKM 2012 [8] Berkaitan prinsip di dalam permohonan sebegini, Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 CLJ 1; [2016] 2 MLRA 263 yang telah menggariskan seperti berikut: “[25] The principles for striking out pleadings pursuant to O. 18 r. 19 of the ROC are well settled. It is only in a plain and obvious case that recourse should be had to the summary process under this rule; and this summary process can only be adopted when it can clearly be seen that a claim on the face of it is obviously unsustainable (see: Bandar Builder (Supra), Hubbuck & Sons Ltd V. Wilkinson, Heywood & Clard Ltd [1899] 1 QB 86; Attorney General Of The Duchy Of Lancaster V. London And North Western Railway Company [1892] CH 274). [26] The tests for striking out application under O. 18 r. of the ROC, as adopted by the Supreme Court in Bandar Builder (supra) are, inter alia as follows:
a
it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under the rule;
b
this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it 'obviously unsustainable';
c
it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence; and
d
If there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 of the ROC: and
e
The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. [27] The Court of Appeal, in Sivarasa Rasiah & Ors V. Che Hamzah Che Ismail & Ors [2012] 1 CLJ 75; [2012] 1 MLRA 255, had adopted the well settled principle of striking out in the following passage: A striking out order should not be made summarily by the court if there is issue of law that requires lengthy argument and mature consideration. It should also not be made if there is issue of fact that is capable of resolution only after faking viva voce evidence during trial, (see Lai Yoke Ngan & Anor V. Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305; [1997] 1 MLRA 284; [1997] 3 AMR 2458 (Federal Court)). [28] The basic test for striking out as laid down by the Supreme Court in Bandar Builder (supra) is that the claim on the face of it must be 'obviously unsustainable'. The stress is not only on the word 'unsustainable' but also on the word 'obviously' ie, the degree of unsustainability must appear on the face of the claim without having to go into lengthy and mature consideration in detail. If one has to go into lengthy and mature consideration in detail of the issues of law and/or fact then the matter is not appropriate to be struck out summarily. It must be determined at trial.” [9] Di dalam kes Boo Are Ngor (P) V. Chua Mee Liang (P) (Sued As Public Officer Of Kim Leng Tze Temple) [2009] 6 CLJ 617; [2009] 6 MLJ 145, Mahkamah Persekutuan menggunapakai dapatan Mahkamah Rayuan Singapura di dalam kes Gabriel Peter & Partners (Suing As A Firm) V. Wee Chong Jin & Ors [1997] 3 SLR(R) 649 yang menyatakan tentang prinsip "penyalahgunaan proses Mahkamah" seperti berikut: " [22] The term, 'abuse of the process of the court', in O. r. 19(1)(d), has given a wide interpretation by the courts. It includes considerations of the public policy and the interest of justice. This term signifies that the process of the court must be used bona fide and properly and must not be abused. The court will prevent the improper use of its machinery. It will prevent the judicial process from being used a s a means of vexation and oppression in the process of litigation... if an action was not brought bona fide for the purpose of obtaining relief but for some other ulterior or collateral purpose, it might be struck out as an abuse of the process of the court." [28] Di dalam kes See Thong & Anor V. Saw Beng Chong [2012] 1 LNS 817; [2013] 3 MLJ 235, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: "The words 'frivolous or vexatious' generally refer to a groundless action of statement with no prospect of success, often raised to embarrass or annoy the other party to the action. In considering whether any proceedings were vexatious or frivolous, one is entitled to and ought to look at the whole history of the matter and it is not to be determined by whether the pleading discloses a cause of action or not ( see Attorney General Of The Duchy Of Lancaster V. London & North Western Railway Co [1892] 3 Ch 274; and Re Vernazza [1959] 2 All ER 200 ). It was decided in the above case of Attorney General of the Duchy of Lancester that 'frivolous or vexatious' actions means cases which are obviously frivolous or vexatious or obviously unsustainable." Analisis dan Dapatan Mahkamah [10] Isu pertama yang dibangkitkan adalah berkaitan locus standi P2 di mana D1 serta D2-D5 menghujahkan bahawa memandangkan tiada priviti kontrak di antara P2 dengan mereka, maka P2 tiada locus untuk memfailkan saman ke atas mereka (rujuk; Hyundai Elevator Sales and Services Sky Venture Management Sdn. Bhd. (2021) MLJU 1197). [11] Mahkamah telah meneliti fakta kes ini dan mendapati bahawa walaupun P2 bukanlah merupakan pihak yang berkontrak dengan D1, namun D1 mempunyai pengetahuan yang penuh bahawa pembinaan rumah tersebut adalah melalui pinjaman pembiayaan bersama oleh P1 dan P2. Bayaran oleh peguam kepada D1 adalah melalui wang dari bank pembiaya P1 dan P2. [12] Malahan keterangan afidavit menunjukkan bahawa D1 telah berurusan dengan P2 berkaitan pembinaan rumah tersebut. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa walaupun P2 bukanlah pihak yang berkontrak secara langsung dengan D1, namun dari aspek perbuatan serta tindakan P2 serta D1, maka wujud ikatan perjanjian di antara kedua mereka. [13] Bagi Mahkamah, fakta serta keterangan ini menjadi satu yang material di dalam tuntutan oleh P1 dan P2 dan ia hanya boleh dirumuskan melalui satu perbicaraan penuh dan sama sekali tidak boleh diputuskan melalui keterangan melalui afidavit. P1 dan P2 sewajarnya tidak dinafikan hak mereka untuk mengemukakan keterangan-keterangan bagi membuktikan wujudnya ikatan perjanjian di antara mereka. [14] Ia sejajar dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Solai Realty Sdn Bhd v United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2013] MLJU 281 seperti berikut: “19. In another Privy Council case - Eng Mee Yong & Ors v. V Letchumanan [1979] 1 LNS 18; [1979] 2 MLJ 212, it was held that since there was a conflict of evidence on affidavit that could not be resolved by rejecting the evidence of one side, then the matter of conflict had to be determined by examining the deponent of the affidavit in order to determine the truth of the relevant issues.
20
Judges dealing with striking out application under Order 18 rule 19 of the RHC must always bear in mind that the power to strike a case under the Order without having to go for trial should be exercised sparingly and only in a plain and obvious case. The procedure is of a summary nature. The party affected should not be deprived of his right to have his case proceeded by a proper trial unless the claim is obviously unsustainable. The Federal Court in the case of C.C Ng & Brothers Sdn Bhd v. Government of State of Pahang [1985] CLJ 45 (Rep); [1985] 1 CLJ 235; [1985] 1 MLJ 350, had said that "the inherent power to dismiss an action summarily without permitting the Plaintiff to proceed to trial is a drastic power. It should be exercised with utmost caution" - It is a power which ought to be very sparingly exercised and only in very exceptional cases. (per Lord Herschell in Lawrence v. Norrey - as cited in C.C Ng & Brothers ).
21
Some judges described the power to strike out the Plaintiff's Statement of Claim as 'draconian' - in the sense that the Plaintiff is being deprived completely from having his day in the court of law to establish his claim by adducing evidence and calling of witnesses. If not properly exercised, the court in effect is closing its door for the Plaintiff to have his recourse to justice. If the application by the Defendant is dismissed, the case will still go for trial and the Defendant can still have his second bite of the cherry during trial. On the other hand, if the application is allowed and the case is struck out (as in the present case before us) the Plaintiff will obviously lose everything.” [15] Isu kedua yang dibangkitkan adalah berhubung dengan pemakaian Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di mana D1 dan D2-D5 menghujahkan bahawa tarikh milikan kosong adalah selewatnya pada 10/11/2020 sedangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pada 18/3/2020 sehingga 3/5/2020. Defendan menghujahkan bahawa di dalam tempoh tersebut, sektor pembinaan adalah ditutup dan ini memberi kesan kepada D1 yang terpaksa menangguhkan kerja-kerja pembinaan. [16] Bagi menjadikan Akta 342 boleh digunapakai, Mahkamah berpandangan bahawa Defendan perlu terlebih dahulu menunjukkan sama ada mereka adalah termasuk di dalam kategori yang dilindungi di bawah Akta 342 tersebut. Penelitian Mahkamah mendapati bahawa Plaintif mendakwa bahawa aktiviti pembinaan tersebut telahpun mula terhenti sejak awal bulan Februari 2020. Malahan D1 melalui D5 telah meminta bantuan kewangan daripada Plaintif-plaintif sebanyak RM 100,000.00 dan berjanji akan memulangkan wang tersebut setelah menerima bayaran kemajuan kerja 80% daripada bank pembiaya. [17] Di samping itu Akta 340 memberi kelonggaran kepada syarikat-syarikat pembinaan untuk beroperasi dengan syarat satu permohonan di buat kepada pihak yang berkaitan. Mahkamah tidak mendapati di peringkat ini, sebarang keterangan dikemukakan oleh para Defendan untuk menunjuk bukti bahawa ianya telah dilaksanakan (rujuk kes; Genting Highlands Bhd & ors v GM Aero Support Sdn Bhd & ors [2022] MLJU 203). [18] Di dalam masa yang sama, tuntutan P1 dan P2 bukan hanya berkaitan kelewatan bangunan disiapkan namun meliputi pecah kontrak yang lain seperti spesifikasi pembinaan yang tidak mengikut plan yang dipersetujui. Ini pastinya tidak diliputi oleh Akta 342 dan Mahkamah juga pasti pembuktiannya memerlukan satu perbicaraan penuh kerana ia menyentuh persoalan yang rumit serta memerlukan pembuktian menerusi perbicaraan yang penuh. [19] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa tedapat isu yang perlu dibicarakan bagi membuktikan sama ada Akta 342 tersebut terpakai di dalam kes tuntutan oleh P1 dan P2 serta pembuktian pecah kontrak yang lain. Ini semestinya tidak dapat serta tidak sewajarnya diputuskan secara permohonan sebegini. [20] Isu ketiga yang menjadi sandaran para Defendan adalah berkenaan perlanjutan masa di bawah Klausa F Perjanjian Tambahan di mana D1 dan D2-D5 menghujahkan bahawa berdasarkan klausa tersebut, D1 berhak untuk melanjutkan masa bagi kelewatan apatah lagi D1 berhadapan dengan situasi PKP dan PKPD. Menurut D1, ianya telah dimaklumkan kepada P1 melalui pesanan wassapp. [21] Klausa F Perjanjian Tambahan adalah sepertimana yang dinyatakan seperti berikut; “Sekiranya Kontraktor berpendapat bahawa pindaan, tambahan dan perubahan pada bangunan ini akan mengakibatkan tempoh masa penyerahan milikan kosong tidak dapat diserahkan mengikut jadual yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Kontrak tersebut, maka kontraktor hendaklah membuat permohonan perlanjutan masa kepada tuanpunya dan tuanpunya hendaklah membenarkan perlanjutan masa tersebut dengan syarat bahawa perlanjutan masa tersebut tidak melebihi tiga (3) bulan daripada tarikh tamat tempoh.” [22] Berdasarkan klausa ini, Mahkamah berpandangan bahawa isu yang berbangkit kini adalah sama ada terdapat satu permohonan perlanjutan masa yang sewajarnya dibuat oleh Defendan-defendan sebagai kontraktor kepada Plaintif-plaintif serta sama ada ianya telah mendapat persetujuan daripada Plaintif-plaintif. Selain itu, jika wujudpun suatu permohonan, keterangan-keterangan perlu dinilai bagi menentukan sama ada alasan yang dikemukakan adalah munasabah dan wajar. [23] Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa terdapat isu yang perlu dibicara serta diputuskan secara perbicaraan penuh untuk Mahkamah menimbangkan keterangan, iaitu secara khususnya pesanan wassapp tersebut. Iaitu sama ada ianya diterima oleh P1 dan sama ada ianya boleh diklasifikasikan sebagai memenuhi peruntukan di dalam perjanjian tersebut. Di dalam masa yang sama, isu ini juga berkait dengan isu yang kedua iaitu sama ada Defendan-defendan adalah termasuk di dalam kategori yang dilindungi di bawah Akta 342. [24] Isu keempat yang menjadi hujahan D1 adalah tuntutan P1 dan P2 ini dikatakan sebagai memprejudiskan D1 secara khususnya berkenaan spesifikasi binaan dan P1 dikatakan menghalang kerja-kerja D1. Ini pada pandangan Mahkamah dengan secara langsung menunjukkan bahawa tuntutan P1 dan P2 tidak wajar diketepikan melalui permohonan ini kerana ia adalah asas kepada tuntutan P1 dan P2. Ia memerlukan satu pembicaraan yang penuh bagi memberi peluang kepada P1 dan P2 mengemukakan keterangan ke atas dakwaan mereka. Ia sama sekali tidak wajar dilupuskan melalui satu permohonan sebegini. [25] Di dalam masa yang sama D1 turut mendakwa bahawa P1 dan P2 terhalang untuk menuntut deklarasi bagi membatalkan keseluruhan kontrak memandangkan 80% dari kontrak tersebut telah dipenuhi oleh D1. Ini bersandarkan keputusan Mahkamah di dalam kes CKY Interior Sdn Bhd [2020] MLJU 2604 dan Damansara Realty Bhd [2011] 6 MLJ 464. [26] Sekali lagi Mahkamah menegaskan bahawa yang menjadi pertikaian di dalam kes ini adalah dakwaan P1 dan P2 berkaitan pemberhentian pembinaan oleh D1. Ini telah mengakibatkan tempoh masa ianya disiapkan telah tidak dipatuhi. Oleh itu, P1 dan P2 pada pandangan Mahkamah mempunyai hak untuk membuat tuntutan kerana jika ini dapat dibuktikan, maka P1 dan P2 telah mengalami kerugian. Ia sekaligus bagi pandangan Mahkamah mewujudkan isu untuk dibicarakan secara perbicaraan penuh. [27] Mahkamah ingin sekali lagi menegaskan bahawa tuntutan P1 dan P2 ini tidak boleh dipertimbangkan melalui penyataan-penyataan di atas pliding semata-mata. Di peringkat ini tidak wajar bagi Mahkamah untuk merumuskan bahawa tuntutan P1 dan P2 adalah tidak boleh dipertahankan. Di dalam kes News Straits Times (Malaysia) Bhd v Kumpulan Kertas Niaga Sdn Bhd & anor [1985] 1 MLJ 226 Mahkamah Persekutuan menyatakan; “It is therefore clear law that in an application to strike out pleadings under order 18 rule 19(1) (a), no evidence shall be admissible, and the court must consider only the pleadings for the purpose of determining whether the Statement of Claim disclosed no reasonable cause of action or the Statement of Defence disclosed no defence. The test to be applied is whether on the face of the pleading, the court is prepared to say that the cause of action or the defence is obviously unsustainable (see AG of the Duchy of Lancaster v L and NW Ry Co) [1892] 3 Ch 274.” [28] Isu kelima adalah secara khusus oleh D2, D3 dan D5 yang menghujahkan berdasarkan kepada prinsip entiti undang-undang, kesemua mereka adalah berasingan daripada D1. Ini menjadikan D2, D3 dan D5 tidak bertanggungan ke atas D1. Hujahan ini adalah bersandarkan kepada seksyen 20A Akta Syarikat 2016. [29] Fakta yang dibangkitkan di dalam kes ini oleh P1 dan P2 adalah pembayaran telah dilakukan kepada D2, D3 dan D5 sebagai sebahagian dari wang bayaran kemajuan kerja pembinaan rumah tersebut secara peribadi. Ini sebagaimana yang dikemukakan sebagai ekshibit “NAH-2”, “NAH-3” dan “NAH-6”. Sedangkan Perjanjian dengan jelas menunjukkan bahawa pembayaran adalah sepatutnya ke atas D1 semata-mata. Oleh itu, persoalan yang ditimbulkan kini apakah hubungan D2, D3 dan D5 dengan D1 dan sama ada mereka boleh berselindung di sebalik prinsip entiti undang-undang berasingan tersebut. [30] Di dalam permohonan ini, tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh D2-D5 yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai hak serta tanggungjawab di dalam mana-mana peruntukan perjanjian-perjanjian di antara P1 dan D1 untuk menerima bayaran-bayaran tersebut. Mereka juga gagal untuk mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa mereka bertindak di atas arahan D1. [31] Ini bagi pandangan Mahkamah mewujudkan satu isu yang perlu dibicarakan melalui satu perbicaraan penuh di mana keterangan-keterangan saksi serta dokumen perlu dinilai oleh Mahkamah. Ia tidak wajar dirumuskan melalui keterangan yang dikemukakan secara afidavit. [32] Apatah lagi Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk menyingkap tirai perbadanan sesebuah syarikat untuk meletakkan bebanan tersebut ke atas ahli-ahli syarikat (rujuk: Golden Vale Golf Range [2005] 5 MLJ 64). Memandangkan D2 dan D3 adalah pengarah bagi D1 serta menerima bayaran dari peguam bagi bayaran kemajuan, maka D2 dan D3 jika boleh dibuktikan, akan bertanggungan ke atas kemungkiran oleh D1. [33] Sebagai sebuah syarikat, D1 berhak dan berkuasa di sisi undang-undang untuk menerima bayaran tersebut. Tindakan D2-D5 menerima bayaran tersebut di atas kapasiti peribadi menimbulkan banyak tandatanya berkenaan keesahan penerimaannya di sisi undang-undang (rujuk kes; Edmund Charles Liebenberg v ICB-Griffin Manufacturing Sdn Bhd & ors [2005] 5 MLJ 259). Oleh itu ia mewujudkan satu isu yang memerlukan satu perbicaraan penuh dan tidak wajar dibatalkan melalui permohonan ini. [34] Isu ini turut berkait dengan isu terakhir iaitu P1 dan P2 tidak mempunyai locus untuk menyaman D2-D5 kerana mereka bukan pihak yang berkontrak dengan P1. Bagi Mahkamah isu ini berkait dengan isu sebelum ini yang melibatkan peranan D2-D5 di mana wang kemajuan telah diterima secara peribadi oleh mereka. Persoalannya kenapa ianya diberikan kepada mereka dan apakah peranan kesemua mereka di dalam perjanjian di antara P1 dan D1 ini. [35] D2-D5 mendakwa bahawa mereka menerima wang tersebut bersandarkan kepada arahan oleh D1 sedangkan tiada keterangan kukuh yang dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini. Sebaliknya, bagi Mahkamah, penerimaan wang tersebut oleh mereka secara tidak langsung meletakkan mereka bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan tersebut disiapkan. [36] Pembuktian peranan D2-D5 ini juga bagi pandangan Mahkamah tidak wajar diputuskan hanya melalui permohonan seperti ini. Ia memerlukan keterangan yang lengkap serta teknikal dikemukakan melalui saksi-saksi. Kesimpulan [37] Secara keseluruhannya, setelah menimbang hujahan-hujahan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa terdapatnya isu yang perlu dibicarakan bagi kes ini. Sekiranya isu ini diputuskan melalui satu perbicaraan ringkas sepertimana yang dipohon oleh D1 serta D2-D5, ia akan memberi kesan yang sangat prejudis kepada P1 dan P2 serta adalah tidak adil. Keterangan-keterangan afidavit sahaja tidak memadai bagi Mahkamah ini untuk memutuskan isu-isu ini. [38] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua permohonan di K16 dan K17 adalah ditolak dengan kos bagi setiap permohonan sebanyak RM 2,5000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 4hb Ogos, 2022 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan. Pihak-pihak: Bagi Pihak Plaintif-Plaintif : Intan Nor Nadirah bt Ismail Tetuan Nasri Majdah & Nurliza Peguambela dan Peguamcara Wisma Nadia Batik Songket No. 4, Kg. Dusun Raja Panji 16100 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Pihak Defendan 1-5 : Raihana Ashikeen bt Ramlan Tetuan Rafizah Azwan & Associates Peguambela dan Peguamcara Lot 1157, Tingkat 1, Jalan Maju Seksyen 11 15000 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Defendan 6 : Aimi Shazwani Yaakob Tetuan Afifah, Wan & Aimi Shazwani Peguambela dan Peguamcara Unit No. 11F C1-06-09 Worldwide Business Park, 6th. Floor Block 2, Jalan Tinju 13/50 Seksyen 13 40675 Shah Alam, Selangor. Tarikh Bicara : 16hb. Mei, 2022 Tarikh Keputusan : 23hb. Jun, 2022 Perundangan Yang Dirujuk: A.18 k.19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Akta Syarikat 2016 Kes-Kes Yang Dirujuk: Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 CLJ 1; [2016] 2 MLRA 263 Boo Are Ngor (P) V. Chua Mee Liang (P) (Sued As Public Officer Of Kim Leng Tze Temple) [2009] 6 CLJ 617; [2009] 6 MLJ 145 Gabriel Peter & Partners (Suing As A Firm) V. Wee Chong Jin & Ors [1997] 3 SLR(R) 649 Hyundai Elevator Sales and Services Sky Venture Management Sdn. Bhd. (2021) MLJU 1197 Solai Realty Sdn Bhd v United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2013] MLJU 281 Genting Highlands Bhd & ors v GM Aero Support Sdn Bhd & ors [2022] MLJU 203 CKY Interior Sdn Bhd [2020] MLJU 2604 dan Damansara Realty Bhd [2011] 6 MLJ 464 News Straits Times (Malaysia) Bhd v Kumpulan Kertas Niaga Sdn Bhd & anor [1985] 1 MLJ 226 Golden Vale Golf Range [2005] 5 MLJ 64 Edmund Charles Liebenberg v ICB-Griffin Manufacturing Sdn Bhd & ors [2005] 5 MLJ 259
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.