Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BESUT DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA SAMAN NO: TD-A53KJ-33-06/2023
TD-A53KJ-33-06/2023
Sessions Court of Malaysia1 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“[2019] 4 CLJ 609 Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[19] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950 ). Where a party on whom the burden of proof lay had discharged that burden, then the evidential burden”
“Hoo & Satu Lagi lwn. Zaharudin Abd Aziz & Satu Lagi [2016] SMCU 37, Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45; [1977] 1 LNS 45; [1978] 1 MLJ 61 FC, Yap Yew Yee v. Subramaniam & Anor [1972] CLJU 175; [1972] 1 LNS 175; [1972] 2 MLJ 53, Ng Peng Hong v. Ng Shaw Ching & Anor [2000] CLJU 23; [2000] 1 LNS 23”
“i jalan utama itu, ianya tidak melepaskannya daripada tanggungjawab untuk memastikan laluan di jalan utama itu selamat untuk dimasukinya. [19.] Dalam kes Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45, Mahkamah Persekutuan menyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this do”
“a Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45; [1977] 1 LNS 45; [1978] 1 MLJ 61 FC, Yap Yew Yee v. Subramaniam & Anor [1972] CLJU 175; [1972] 1 LNS 175; [1972] 2 MLJ 53, Ng Peng Hong v. Ng Shaw Ching & Anor [2000] CLJU 23; [2000] 1 LNS 23; [2000] 6 MLJ 403). Oleh itu, Mahkamah mendapati Defendan telah cuai dan penyebab utama”
“s of earning capacity” sebanyak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43 RM50,000. Namun dalam kes Sivakumar Avolasamy v. Chan Hoong Kok [2012] CLJU 52 dan kes Muniandie Krisnan v. Tan Kian Koon & Anor & Another Case [2021] CLJU 2145, Mahkamah Tinggi telah men”
“ar/utama tanpa terlebih dahulu berhenti dan tidak memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama boleh didapati cuai sepenuhnya (rujuk kes Haw Kian Hoo & Satu Lagi lwn. Zaharudin Abd Aziz & Satu Lagi [2016] SMCU 37, Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45; [1977] 1 LNS 45; [1978] 1 MLJ 61 FC, Yap Ye”
“he originality of this document via eFILING portal 43 RM50,000. Namun dalam kes Sivakumar Avolasamy v. Chan Hoong Kok [2012] CLJU 52 dan kes Muniandie Krisnan v. Tan Kian Koon & Anor & Another Case [2021] CLJU 2145, Mahkamah Tinggi telah menolak 50% daripada gaji asal Plaintif dan didarab dengan multiplier untuk mendap”
“ntif dan didarab dengan multiplier untuk mendapatkan “loss of earning capacity”. Kaedah pengiraan sebegini turut diakui dan disahkan penerimaannya dalam kes Muhammad Elyas Tumiran v. Abdul Aziz Ahmad [2022] CLJU 1558. Dalam keadaan ini, Mahkamah memilih untuk membenarkan ganti rugi bagi “loss of earning capacity” kepad”
“k menentukan tahap sumbang cuai Plaintif Pertama dengan merujuk kepada fakta kes dan cara pemanduan semasa kejadian (rujuk kes Jakan Letchumanan & Satu Lagi lwn. Aisha Beevi Zainal Abidin & Yang Lain [2024] CLJU 337 dan Abdul Wahab Jam Jam v. Abdul Wahab Adbullah & Anor [2008] 7 CLJ 741); ii. Seseorang yang tidak mempu”
“wad gantirugi am bagi kehilangan pendapatan masa hadapan tidak patut dibenarkan, sebaliknya Mahkamah membenarkan gantirugi am bagi “loss of earning capacity”. Dalam kes Yeo Teck Hao lwn. Tan Kok Chye [2024] CLJU 880, Mahkamah Tinggi memilih untuk membenarkan awad secara global bagi “loss of earning capacity” sebanyak *”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BESUT DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA SAMAN NO: TD-A53KJ-33-06/2023
2
CIK RUSLI BIN CHE MOOD …PLAINTIF-PLAINTIF DAN ISMAIL BIN JAHYA …DEFENDAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1.] Ini adalah tuntutan Plaintif-Plaintif ("Plaintif") terhadap Defendan untuk ganti rugi am dan khas akibat daripada kemalangan jalan raya yang dialami oleh Plaintif Pertama dengan Defendan yang berlaku pada 29.5.2022 bertempat di hadapan JPJ Besut, kampung Air Tawar, Besut Terengganu. [2.] Kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 12.30 tengahari semasa Plaintif Pertama sebagai penunggang motosikal bernombor VAC 6963 dalam perjalanan dari Kompleks Perikanan Kuala Besut menghala ke Kampung Alor Lintang untuk balik ke rumah menghantar ikan. Manakala Defendan pula memandu motokar bernombor JGT 9006 berada di bahu jalan hendak memasuki jalan utama menghala ke arah yang sama sepertimana motosikal dinaiki Plaintif Pertama. Defendan adalah juga pemilik berdaftar kepada motokar tersebut. [3.] Sepanjang perbicaraan kes berlangsung, Plaintif telah memanggil seramai lima orang saksi terdiri daripada Plaintif Pertama, dua orang majikannya, pegawai penyiasat dan seorang doktor pakar ortopedik. Manakala pihak Defendan pula telah memanggil dua orang saksi iaitu Defendan sendiri dan seorang doktor pakar ortopedik pilihan Defendan. [4.] Dalam menilai kes ini, Mahkamah telah meneliti kesemua keterangan secara lisan yang disertai dengan pernyataan bertulis saksi-saksi (PSP1 hingga PSP5 dan PSD1 hingga PSD2), meneliti ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan termasuk dokumen-dokumen dalam ikatan-ikatan dokumen, mendengar keterangan saksi-saksi yang direkodkan melalui rakaman video RVT perbicaraan dan juga menyemak catatan prosiding dalam CMS. Setelah meneliti serta mendengar keterangan saksi-saksi dan setelah mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati, di atas imbangan kebarangkalian, bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes Plaintif terhadap Defendan. [5.] Mahkamah dapati pihak Defendan bertanggungan 80% liabiliti atau kecuaian dalam kemalangan ini dan pihak Plaintif Pertama pula menyumbang cuai atau bertanggungan 20% liabiliti. Sehubungan dengan itu, tuntutan-tuntutan Plaintif terhadap ganti rugi am dan khas termasuk faedah beserta kos telah dibenarkan mengikut peratus liabiliti yang dinyatakan tersebut. [6.] Pihak Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ini telah memfailkan rayuan terhadap keputusan berkait liabiliti sahaja ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Manakala di pihak Defendan, rayuan juga dibuat terhadap kuantum yang telah dibenarkan oleh Mahkamah ini. BEBAN DAN STANDARD PEMBUKTIAN [7.] Dalam membuktikan kes ini, beban pembuktian adalah ke atas Plaintif sebagai pihak yang menuntut sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950. Dalam kes CB Media Sdn Bhd & Anor v. Kesas Sdn Bhd [2019] 4 CLJ 609 Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[19] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950 ). Where a party on whom the burden of proof lay had discharged that burden, then the evidential burden shifted to the other party. But if the party on whom the burden of proof lay failed to discharge it, the other party need not call any evidence: Hong Yik
398
Trading v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 491; [2017] 5 MLJ ” [8.] Nada yang sama ditekankan dalam kes Datuk Mohd AH Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank [2014] 6 CLJ 269, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan : "[32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See s. 103 of the Evidence Act 1950 ). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action." [9.] Manakala Mahkamah Rayuan melalui YAA Tengku Maimun Tuan Mat JCA (pada masa itu) dalam kes Randhir Singh Bhajnik Singh v. Sunildave Singh Parmar [2019] 6 CLJ 771 menyatakan: [8] We have read the appeal records and the able submissions of the parties. After giving much consideration to the submission of learned counsel for the respondent, we take the view that the appeal must be allowed. Our reasons inter alia are as follows:
a
It is trite that legal burden is on the plaintiff and the evidential burden and/or opposing evidence to rebut the plaintiff's claim on the balance of probabilities lies on the defendant. In Pan Malaysian Pools Sdn Bhd v. Kwan Tat Thai & Anor And Other Appeals [2018] 4 CLJ 323, the Court of Appeal observed: [7] It is well-established as a general rule that 'burden of proof' in a civil case is on the plaintiff but the burden will shift when the plaintiff has adduced sufficient evidence of probative value which requires the defendant to rebut the plaintiff's evidence.... (See Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253).” [10.] Seterusnya, standard pembuktian yang terpakai dalam kes-kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian seperti mana yang telah diputuskan dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: " The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not." ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN [11.] Terdapat dua (2) isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini iaitu: a. Isu liabiliti sama ada kemalangan itu semata-mata disebabkan oleh kecuaian Defendan atau disumbang cuai oleh Plaintif Pertama dan sama ada perlu ada pembahagian liabiliti di antara mereka; dan b. Jika liabiliti didapati sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya terhadap Plaintif serta Defendan, apakah kuantum ganti rugi yang sesuai (am dan khas) yang harus diberikan kepada pihak masing-masing. PENGHUJAHAN [12.] Kedua-dua pihak telah memfailkan penghujahan bertulis masing-masing. Secara ringkasnya, Plaintif berhujah bahawa Defendan bertanggungan liabiliti sebanyak 100% dalam kemalangan ini. Manakala pihak Defendan pula berhujah bahawa pihak Plaintif telah gagal membuktikan kes mereka dan memohon supaya Mahkamah menolak tuntutan Plaintif dengan kos. Selain itu, secara alternatifnya, pihak Defendan menegaskan bahawa Plaintif Pertama telah menyumbang cuai sebanyak 30% dalam kemalangan ini dan dengan itu, Mahkamah sewajarnya membenarkan sebahagian sahaja tuntutan yang dibuat oleh pihak Plaintif. LIABILITI [13.] Plaintif Pertama dan Defendan mengesahkan bahawa mereka masing-masing dari arah yang sama ketika berada di tempat kemalangan. Kedua-duanya telah mengemukakan versi yang lebih kurang sama berkenaan bagaimana kemalangan itu berlaku. Namun, terdapat sedikit perbezaan berkait tentang keadaan bagaimana Defendan bergerak dari bahu jalan masuk ke jalan utama. Dalam kes ini, tiada saksi bebas yang melihat kejadian kemalangan itu dikemukakan oleh mana-mana pihak. [14.] Versi Plaintif – Menurut Plaintif Pertama sebagai SP4, dia yang menunggang motosikal bernombor VAC 6963 dalam perjalanan dari Kompleks Perikanan Kuala Besut menuju ke arah Kampung Alor Lintang (juga menuju ke arah Kampung Raja) untuk balik ke rumahnya bagi menghantar ikan. Apabila sampai di hadapan JPJ Besut, motokar nombor JGT 9006 yang dinaiki oleh defendan dari bahu jalan sebelah kiri Plaintif Pertama telah naik ke atas jalan utama untuk membuat pusingan U dan memasuki laluan Plaintif Pertama tanpa memberikan sebarang isyarat awal. Disebabkan jarak yang dekat, Plaintif Pertama telah membrek dan tidak sempat mengelak lalu motosikalnya itu terlanggar bumper hadapan sebelah kanan motokar tersebut sehingga menyebabkan Plaintif Pertama terjatuh dan mengalami kecederaan. Motosikal yang dinaiki Plaintif Pertama juga telah mengalami beberapa kerosakan. [15.] Versi Defendan – Menurut Defendan (SD1) pula, pada masa kejadian dia memandu motokar jenis Honda Civic nombor pendaftaran JGT 9006. Dia dalam perjalanan dari kedai insurans yang berada bertentangan dengan pejabat JPJ Besut hendak menuju ke Kampung Raja. Semasa SD1 berada di bahu jalan, dia telah memberikan lampu isyarat ke kanan dan setelah memastikan tiada kenderaan dari kedua-dua arah dan selamat, dia pun meneruskan perjalanan masuk ke jalan utama. Tiba-tiba SD1 terdengar dentuman dari bucu bumper hadapan sebelah kanan dan mendapati sebuah motosikal dari arah belakangnya telah melanggar bumper hadapan sebelah kanan motokarnya itu.
Preamble
Menurut SD1 lagi, ketika kejadian dia memandu dalam kelajuan anggaran 0-10km/jam sahaja. [16.] Keterangan pegawai penyiasat – Menurut pegawai penyiasat (SP1), siasatan mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah yang sama iaitu motosikal Plaintif dari Kuala Besut menghala ke Kampung Raja, manakala motokar Defendan berada di bahu jalan di sebelah kiri jalan yang juga menghala ke Kampung Raja. Kedua-dua kenderaan dari arah yang sama. Kemalangan dikatakan berpunca daripada motokar Defendan yang datang dari bahu jalan sebelah kiri dan naik ke jalan utama sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran dengan motosikal Plaintif yang berada di laluan utama. Walaupun Plaintif Pertama dalam keteranganya menyatakan motokar Defendan cuba untuk membuat pusingan U, namun perkara ini dinafikan oleh SP1. Menurut SP1, siasatan tidak menunjukkan sedemikian. Dalam keteranganya, SP1 menegaskan seperti berikut : “PD : Kenapa tak setuju? SP1 : Pemandu motokar tidak menyatakan beliau membuat pusingan U. Beliau cuma mengatakan beliau berada di sebelah kiri dan naik ke jalan utama. PD : Jadi saya cadangkan memandangkan defendan kata dia tidak buat pusingan U, jadi kereta defendan tidak buat pusingan U? SP1 : Ya, setuju. ..... PP : Sarjan, tadi kamu kata ambil keterangan pemandu motokar, dia tidak sebut buat u-turn. Memang dia tak sebut, ikut siasatan kamu macam mana? SP1 : Ikut siasatan saya, dia daripada bahu jalan kiri naik ke jalan utama. Dan dia tidak buat u-turn. PP : Jadi setakat kamu tahu dia naik ke jalan utama, dan tidak tahu buat u-turn ke tidak? SP1 : Tak tahu. ..... Mahkamah : Rujuk pernyataan saksi bertulis tengok soalan 7 dan jawapannya, dalam jawapan kamu kata motokar dari kiri jalan hala ke Kampung Raja dan membuat pusingan U untuk menghala balik ke Kuala Besut. Tapi bila ditanya oleh peguam-peguam, kamu kata tak tahu pula dia buat u-turn. Mana satu ni kalau ikut siasatan? SP1 : Mengikut siasatan, dia tidak buat pusingan U. Mahkamah : Ni kamu kata dijawapan soalan 7 ada buat pusingan U? SP1 : Jawapan soalan 7 ada kesilapan sikit, pusingan U ni tak betul.” Seterusnya, SP1 juga mengakui bahawa dalam siasatannya didapati Defendan telah memberikan isyarat untuk bergerak, namun telah dilanggar juga oleh motosikal Plaintif. Dalam keterangannya, SP1 menyatakan seperti berikut : “PD : Berdasarkan siasatan kamu, adakah defendan telah beri isyarat sebelum bergerak naik dari bahu jalan? SP1 : Saya ada tanya dan dia beritahu ada beri isyarat. PD : Saya cadangkan bahawa bahawa dalam keadaan ini, pihak defendan telah beri isyarat untuk bergerak tetapi kemalangan berlaku apabila plaintif merempuh juga kenderaannya? SP1 : Ya benar.” Selanjutnya, SP1 merumuskan bahawa siasatan mendapati kesalahan adalah di pihak Defendan dan telah mengenakan saman di bawah Rule 6(1) LN 166/59 kerana mengubah haluan secara merbahaya sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan. [17.] Dalam kes ini, fakta yang diakui oleh kedua-dua pihak adalah motokar Defendan berada di bahu jalan sebelah kiri jalan utama yang dilalui oleh motosikal Plaintif. Kemalangan berlaku ketika motokar Defendan dari bahu jalan tersebut telah bergerak masuk ke jalan utama dan kemudiannya dilanggar oleh motosikal Plaintif yang pada ketika itu melalui jalan utama tersebut. [18.] Undang-undang jalan raya adalah jelas bahawa kenderaan yang keluar dari simpang atau bahu jalan hendaklah memberi laluan kepada kenderaan yang bergerak lurus di jalan utama. Oleh yang demikian, dalam kes ini, motosikal Plaintif sepatutnya diberikan hak laluan selamat terlebih dahulu. Manakala motokar Defendan perlu terlebih dahulu berhenti atau tunggu di bahu jalan tersebut sehingga laluan di jalan utama iaitu jalan di laluan Plaintif betul-betul kosong, lapang dan selamat, barulah motokar Defendan boleh bergerak memasuki jalan utama tersebut. Tanggungjawab ini dilihat telah diabaikan oleh Defendan dalam kes ini dan telah menyebabkan berlakunya kemalangan ini. Walaupun Defendan menegaskan bahawa dia telah memberikan lampu isyarat untuk memasuki jalan utama itu, ianya tidak melepaskannya daripada tanggungjawab untuk memastikan laluan di jalan utama itu selamat untuk dimasukinya. [19.] Dalam kes Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “When coming out of a side road onto a main road, the second defendant should select such a moment as would allow him to enter the main road with safety. Thus the second defendant had failed to do so. On the facts as well as the findings of the Court, the learned Judge should have held that the accident was caused solely by the negligence of the second defendant and that the plaintiff was in no way to be blamed for the collision.” [20.] Seterusnya dalam kes Chu Kim Sing & Anor v. Abd Razak Amin [1999] 4 CLJ 448, : "There is also a principle of law that says that a motorist travelling along a minor road has a duty to stop at the junction and allow vehicles travelling on the main road to pass first before entering the major road." [21.] Walaupun Defendan dalam keterangannya menyatakan bahawa dia telah berhenti dan tidak nampak apa-apa kenderaan di jalan utama setelah memastikan keadaan jalan, namun Mahkamah dapati keterangannya itu amat sukar untuk diterima dan dipercayai. Ini kerana sekiranya Defendan benar-benar berhenti sebelum memasuki jalan utama tersebut, adalah mustahil untuk dia tidak nampak motosikal Plaintif yang berada di jalan utama itu. Apatah lagi, penelitian Mahkamah pada gambar tempat kejadian mendapati jalan utama itu adalah lurus dan lebar serta pandangannya tidak akan terhalang dari apa-apa halangan. [22.] Tindakan Defendan yang tidak berhati-hati sewaktu memasuki jalan utama dari bahu jalan dan tidak mengendahkan kewujudan motosikal Plaintif di laluan jalan utama dengan meneruskan juga tindakan naik ke jalan utama itu adalah suatu tindakan yang membahayakan dirinya dan pengguna jalan raya yang lain. Keputusan-keputusan Mahkamah dalam kes terdahulu adalah konsisten di mana kenderaan yang keluar dari simpang atau dari bahu jalan memasuki jalan besar/utama tanpa terlebih dahulu berhenti dan tidak memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama boleh didapati cuai sepenuhnya (rujuk kes Haw Kian Hoo & Satu Lagi lwn. Zaharudin Abd Aziz & Satu Lagi [2016] SMCU 37, Kek Kee Leng v. Teresa Bong Nguk Chin & Anor [1977] CLJU 45; [1977] 1 LNS 45; [1978] 1 MLJ 61 FC, Yap Yew Yee v. Subramaniam & Anor [1972] CLJU 175; [1972] 1 LNS 175; [1972] 2 MLJ 53, Ng Peng Hong v. Ng Shaw Ching & Anor [2000] CLJU 23; [2000] 1 LNS 23; [2000] 6 MLJ 403). Oleh itu, Mahkamah mendapati Defendan telah cuai dan penyebab utama kepada berlakunya kemalangan dalam kes ini. [23.] Seterusnya, peguam Defendan ada membangkitkan isu sumbang cuai di pihak Plaintif Pertama atas faktor ketiadaan lesen menunggang motosikal dan kegagalannya untuk mengambil langkah sewajarnya untuk membrek atau mengelak daripada berlakunya kemalangan. Berkenaan ketiadaan lesen menunggang oleh Plaintif Pertama, Mahkamah sedar ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk mengenakan atau menambah liabiliti Plaintif melainkan ada keterangan yang menunjukkan bahawa ketiadaan lesen tersebut menyumbang secara langsung kepada kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh plaintif (rujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ahmad Zulfendi Anuar v. Mohd Shahril Abdul Rahman [2022] 9 CLJ 307). Dalam menilai perkara ini, Mahkamah ini membuat dapatan berikut : i. Plaintif Pertama sendiri dalam keterangannya mengakui bahawa pada masa kemalangan dia tidak mempunyai lesen memandu. Motosikal yang dia tunggang juga tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insuran. Perkara ini disahkan oleh pegawai penyiasat kes (SP1). Justeru itu, Plaintif Pertama tidak sepatutnya menunggang di atas jalan raya dan membahayakan diri sendiri dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Walaupun faktor tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan perlindungan insuran semata-mata tidak boleh digunakan untuk menilai tahap kecuaian Plaintif, Mahkamah ini berpendapat, ianya boleh digunakan untuk menentukan tahap sumbang cuai Plaintif Pertama dengan merujuk kepada fakta kes dan cara pemanduan semasa kejadian (rujuk kes Jakan Letchumanan & Satu Lagi lwn. Aisha Beevi Zainal Abidin & Yang Lain [2024] CLJU 337 dan Abdul Wahab Jam Jam v. Abdul Wahab Adbullah & Anor [2008] 7 CLJ 741); ii. Seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu/menunggang belum diuji kecekapannya memandu dan sudah tentu tidak mahir dalam undang-undang jalan raya. Fakta kes menunjukkan bahawa kawasan tempat kemalangan adalah tempat tumpuan yang terdapat banyak kedai-kedai termasuk kedai insurans dan kedai makan, ada pejabat JPJ dan ada banyak kenderaan keluar masuk. Perkara ini diakui sendiri oleh Plaintif Pertama. Namun berdasarkan kesan kerosakan teruk pada kenderaan (motokar Defendan akibat dirempuh oleh motosikal Plaintif) dan kecederaan yang dialami Plaintif Pertama, Mahkamah percaya Plaintif Pertama telah menunggang dengan kelajuan yang tidak sesuai sehingga gagal untuk mengelak dengan selamat apabila berlaku kecemasan. Jika Plaintif mempunyai lesen dan mahir dengan undang- undang jalan raya, Plaintif akan sedar bahawa dia perlu lebih berhati-hati apabila melalui tempat tumpuan sebegitu dengan memandu dengan kelajuan yang sepatutnya dan jika dilakukan sedemikian, sudah pasti kemalangan ini akan dapat dielakkan; dan iii. Tiada kesan brek direkodkan di tempat kejadian menunjukkan bahawa Plaintif Pertama telah gagal menekan brek kecemasan bagi mengelakkan kemalangan ini. Mungkin ini berpunca daripada ketidakcekapannya menunggang motosikal dan kejahilannya terhadap undang-undang jalanraya kerana tidak memiliki lesen memandu. Apatah lagi, lampu isyarat telah diberikan oleh Defendan untuk memasuki jalan utama dan perkara ini telah dipersetujui oleh pegawai penyiasat (SP1). [24.] Atas faktor-faktor tersebut, Mahkamah ini juga mendapati bahawa Plaintif Pertama telah sumbang cuai dalam kemalangan ini. Sekiranya Plaintif Pertama menunggang dengan lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan jalan serta faham dengan peraturan lalulintas, kemalangan ini mungkin boleh dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya, kemalangan yang dialami tidak seteruk yang berlaku dalam kes ini. [25.] Sehubungan dengan pemerhatian dan dapatan Mahkamah ini sebagaimana dijelaskan di atas, maka atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Defendan. Defendan didapati telah cuai dan bertanggungan 80% liabiliti dalam kes kemalangan ini, manakala terdapat juga sumbang cuai di pihak Plaintif sebanyak 20%. KUANTUM [26.] Dalam sesuatu tuntutan kemalangan, jumlah awad yang diberikan seharusnya munasabah dan bersesuaian dengan kecederaan atau kerugian yang dialami. Tujuan utama sesuatu awad diberikan adalah untuk membolehkan seseorang yang menuntut ganti rugi menjalani hidup dengan lebih sempurna setelah mengalami kecederaan atau kerugian tersebut. Dalam menentukan awad bersesuaian, rujukan telah dibuat pada hujahan kedua-dua pihak, Compendium on Personal Injury Awards yang terkini dan menggunapakai kes-kes yang telah diputuskan sebagai panduan. [27.] Berkenaan ini, Mahkamah berpandukan kepada kes-kes berikut: a. Inas Faiqah Mohd Helmi (A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: "It is trite that damages serve as compensation, not reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198. In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence.” b. Datuk Mohd All Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank [2014] 6 CLJ 269, YAA Tun Arifin Zakaria KHN, menyatakan: "The object of an award of damages is to give the claimant compensation for damage, loss or injury he has suffered. The general principle governing the measure of damages has its origin in the words of Lord Blakburn in Livingstone v. Rawyards Coal Co [1880] 5 App Cas 25 where he said: ...that sum of money which will put the party who has been injured, or who has suffered, in the same position as he would have been in if he had not sustained the wrong for which he is now getting compensation or reparation. " [28.] Setelah mempertimbangkan perkara di atas, awad yang diberikan adalah berdasarkan pada nilaian kadar 100%. Bagi gantirugi am yang dibenarkan terhadap plaintif Pertama, secara ringkasnya Mahkamah memberikan keputusan berikut : BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN/DITOLAK
1
Multiple abrasion wound right elbow. - Plaintif menuntut sebanyak - Defendan hujahkan RM2,000 adalah wajar. - Bagi “abrasions (single to multiple)”, Revised Compendium menetapkan awad dalam lingkungan RM1,300 hingga RM5,000. - Dalam hal ini, tuntutan dibenarkan sebanyak
2
Closed fractured midshaft of left femur - Plaintif hujahkan pampasan sebanyak RM50,000 adalah wajar. - Defendan hujahkan awad munasabah adalah sebanyak RM35,000. - Meneliti Revised Compendium of Personal Injury Awards (Compendium) untuk kecederaan di bahagian kaki bagi tulang femur, awad dicadangkan adalah dalam lingkungan RM21,500 hingga RM48,500 dan awad maksimum yang disyorkan dalam Revised Compendium of Personal Injury Awards (Compendium) adalah RM60,000, bergantung RM40,500 kepada sama ada kepatahan tulang telah sembuh dan cantuman tulang tidak menyebabkan kecacatan atau kependekan (shortening) tulang. Dalam kes ini, adalah disahkan oleh doktor pakar ortopedik bahawa kepatahan ini telah bercantum dan telah sembuh. Walaupun begitu, kaki kiri Plaintif disahkan mengalami kependekan sebanyak 0.5cm. Ambil kira faktor tersebut, dibenarkan RM40,500 (juga setelah mengambil kira pertindihan dengan kecederaan lain).
3
Meniscus injury - Peguam Plaintif menuntut sebanyak RM15,000. - Tiada hujahan balas di pihak Defendan. - Mahkamah dapati kewujudan kecederaan ini masih belum dapat Ditolak dipastikan dengan yakin oleh doktor pakar ortopedik (SP5). Dalam keterangannya, SP5 jelaskan bahawa kemungkinan untuk adanya meniscus injury itu hanya boleh disahkan melalui MRI. Namun MRI masih belum dibuat. - Oleh itu, tuntutan ditolak.
4
Scars - Peguam Plaintif hujahkan RM7,000 atau RM8,000 adalah wajar bagi kecederaan ini. - Peguam Defendan menegaskan bahawa ganti rugi sebanyak RM5,000 adalah memadai. - Berdasarkan laporan pakar ortopedik Plaintif (ekshibit P21) dan laporan pakar ortopedik defendan (ekshibit D21), terdapat parut-parut yang dialami oleh Plaintif RM6,300 Pertama di bahagian left hip dan left thigh. Panjang parut adalah di antara 0.5 cm hingga 7.5 cm. - Kedua-dua laporan pakar tersebut mengesahkan bahawa parut yang dialami oleh Plaintif Pertama adalah kekal dan “affect her aesthetically”. - Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised as at July 6, 2018) menetapkan seperti berikut: I. Minor scarring to leg RM1,300 hingga RM3,850 II. Extensive scarring to leg RM9,500 hingga RM18,000 III. Operation scars RM2,750 hingga RM12,000 - Oleh itu, ambil kira pertindihan (dengan kecederaan lain), maka dibenarkan awad sebanyak
5
1cm muscle wasting of right thigh and 3 cm muscle wasting of the right calf - Plaintif menuntut pampasan sebanyak RM5,000. - Defendan tidak berhujah berkenaan tuntutan ini - Bagi kecederaan ini, awad dicadangkan oleh Compendium adalah dalam lingkungan RM3,000 hingga - Didapati laporan pakar ortopedik Defendan sahkan tiada muscle wasting. Pemeriksaan pakar ortopedik pihak Defendan adalah lebih terkini. Namun, pemeriksaan pakar ortopedik pihak plaintif sahkan adanya dua muscle wasting semasa pemeriksaan dibuat olehnya. Ini menunjukkan kecederaan tersebut adalah benar-benar wujud tetapi telah sembuh. Walaupun kecederaan ini telah sembuh ketika diperiksa oleh pakar defendan, namun kesannya dapat dilihat apabila doktor pakar defendan sahkan adanya 1 cm swelling of left thigh. - Ambil kira faktor tersebut, dibenarkan sebanyak
6
Posterior cruciate ligament (PCL) laxity grade 1 - Plaintif hujahkan pampasan sebanyak RM25,000 - Defendan hujahkan awad sebanyak RM30,000 adalah munasabah setelah dikira secara global dengan kecederaan Lateral collateral ligament
LCL
laxity. - Kecederaan ini dan kecederaan lateral collateral ligament (LCL) laxity grade 1 RM45,000 adalah tertumpu di lutut sebelah kiri dan wajar dikira sebagai satu kecederaan. Bagi kecederaan left LCL laxity pula, Plaintif hujahkan pampasan juga sebanyak RM25,000. - Meneliti Revised Compendium untuk kecederaan di bahagian knee ligaments (anterior/posterior cruciate), awad dicadangkan adalah dalam lingkungan RM18,000 hingga RM30,000. Dalam kes ini, kecederaan kedua-dua ligament adalah grade 1 sahaja. Namun, doktor pakar ortopedik plaintif mengesahkan ada kemungkinan terjadinya miniscus injury juga pada bahagian lutut kiri Plaintif namun perlukan pemeriksaan MRI untuk pengesahan. Ambil kira faktor tersebut dan juga faktor pertindihan (libatkan anggota badan sama iaitu kaki kiri), maka Mahkamah benarkan awad secara global sebanyak RM45,000.
7
Left knee lateral collateral ligament (LCL) laxity - Peguam Plaintif hujahkan pampasan sebanyak RM25,000 wajar diberikan bagi kecederaan ini. - Peguam Defendan hujahkan awad sebanyak RM30,000 adalah munasabah dikira secara global sekali dengan PCL laxity - Sebagaimana dijelaskan di atas, pampasan bagi kecederaan ini telah dikira bersekali (secara global) dengan PCL laxity sebagai satu awad. Telah dibenarkan sekali dengan PCL laxity sebagai satu awad
8
Ditolak Ganti rugi kesakitan untuk pembedahan buang implant yang telah dijalankan. - Peguam Plaintif hujahkan pampasan sebanyak adalah wajar diberikan. - Pihak Defendan tidak berhujah mengenai perkara ini - Tuntutan ini ditolak
9
Ganti rugi kesakitan dan kesengsaraan akibat pembedahan pada masa hadapan. - Plaintif dalam penghujahannya menuntut sebanyak RM5,000. - Defendan tidak berhujah mengenai perkara ini. - Doktor pakar ortopedik defendan mencadangkan pembedahan ligament pada masa hadapan.
Preamble
Menurut doktor pakar ortopedik Ditolak plaintif pula, perlu dibuat MRI untuk “assessment” dalaman lutut kiri Plaintif Pertama dan juga bergantung kepada keputusan MRI tu, “planning” untuk sama ada nak buat “surgical intervention” ataupun rawatan sokongan yang lain. Plaintif sendiri dalam keterangannya tidak dapat mengesahkan sama ada ingin membuat rawatan pembedahan ataupun tidak kerana dimaklumkan ianya berisiko untuk tidak sembuh. Oleh itu, tuntutan ini hanya berdasarkan perkara speculatif semata-mata. - Dalam keadaan ini, tuntutan ini ditolak. JUMLAH KESELURUHAN RM101,800 [29.] Berkaitan awad bagi ganti rugi am yang dibenarkan oleh Mahkamah, pihak Defendan ada menghujahkan bahawa pemotongan 10% perlu dibuat untuk kesemua kecederaan atas faktor “overlapping” atau pertindihan. Berkenaan hal ini, Mahkamah bersetuju dan telah mengambil kira faktor pertindihan tersebut semasa membenarkan jumlah-jumlah awad yang dinyatakan di atas sebagaimana disyorkan dalam kes Mohamad Shahnny Rahaman @ Zainal lwn. Orathai @ Fatiman Abdullah [2009] 1 LNS 610, di mana YA Kamardin Hashim (Hakim Mahkamah Tinggi pada waktu itu) menyatakan seperti berikut: “16. Kesemua kecederaan yang dialami berserta residual adalah di kaki kanan plaintif termasuk kepatahan tulang tibia dan fibula dan 4 cm kependekan, kehilangan tulang sepanjang 1cm, bone grafting, ankle and subtler shift, bengkokan, muscle wasting, calar-calar, osteoarthritis serta parut-parut. Hampir keseluruhan berada di kaki kanan plaintif. HMS telah membuat award yang berasingan untuk kepatahan tibia dan fibula, muscle wasting, calar-calar, osteoarthritis serta parut-parut dan yang kesemuanya berjumlah RM86,000. HMS membenarkan kesemua jumlah tersbut tanpa membuat sebarang tolakan atas pertindihan sedangkan jelas kesemua kecederaan tersebut adalah bertindih. Dalam kes-kes melibatkan kecederaan di bahagian badan yang berbeza, maka cara pemberian award secara berasingan mengikut item adalah wajar (lihat Jamil bin Harun v. Yang Kamsiah [1984] 1 CLJ 11 (Rep); [1984] 1 CLJ 215; [1984] 1 MLJ 217 keputusan Mahkamah Persekutuan). Walau bagaimanapun, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membuat award secara global dan membuat tolakan atas fakta pertindihan seperti yang terjadi dalam kes kita sekarang (lihat Chong Chee Khong & Anor v. Ng Yeow Hin [1997] 4 CLJ Supp. 17; dan Wintsun Durai Samuel Vidamonickam v. Azlan bin Samad [2002] 1 LNS 239).” Penilaian ke atas Ganti Rugi Khas [30.] Dalam mempertimbangkan ganti rugi khas yang dituntut oleh Plaintif dalam tindakan ini, pembuktian yang kukuh dan jelas perlulah dikemukakan oleh Plaintif-plaintif dan bukan hanya sekadar memberikan keterangan secara lisan sahaja. [31.] Mahkamah merujuk kes Nur Farzana Aida Faizal & Others v. Kerajaan Malaysia [2022] 1 CLJ 162 yang menyatakan secara jelas bahawa ganti rugi khas perlu diplidkan serta dibuktikan dan bukan sekadar mencatatkan butiran dan diserahkan kepada Mahkamah untuk diputuskan. [32.] Bagi ganti rugi khas Plaintif Pertama, Mahkamah putuskan sebagaimana berikut : BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN/DITOLAK
1
Kos carian JPJ - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM10 - Pihak Defendan bersetuju dengan jumlah tersebut RM10 - Ada resit dikemukakan. Oleh itu, dibenarkan RM10.
2
Kos laporan perubatan Hospital Besut - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM40. - Pihak Defendan bersetuju dengan jumlah tersebut. - Ada resit dan laporan perubatan dikemukakan. Oleh itu, dibenarkan RM40.
3
Kos laporan perubatan Hospital USM - Plaintif menuntut sebanyak RM100. - Defendan bersetuju dengan jumlah tersebut. - Ada resit dan laporan perubatan telah dikemukakan. Oleh itu, dibenarkan RM100.
4
Kos bayaran bil rawatan di Hospital USM RM406 - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM406. - Pihak Defendan bersetuju dengan jumlah tersebut. - Ada resit telah dikemukakan. Oleh itu, dibenarkan RM406
5
Kos bayaran X-ray Hospital USM - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM15. - Defendan bersetuju dengan jumlah tersebut. - Ada resit telah dikemukakan. Maka, dibenarkan RM15.
6
Kos perjalanan keluarga Plaintif dari hospital ke rumah dan sebaliknya semasa Plaintif berada di hospital - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM750 ( RM50 X 15 hari). RM750 - Pihak Defendan hujahkan patut ditolak kerana tidak dibuktikan. - Mahkamah dapati plaintif menerima rawatan selama 15 hari di HUSM sebagaimana ekshibit P4. - Kos ini mahkamah benarkan sejumlah RM50.00 sehari selama 15 hari yang berjumlah RM750.00. Mahkamah berpendapat jumlah RM50.00 sehari adalah suatu kadar yang wajar dan munasabah dengan mengambil kira jarak perjalanan dan kos sara hidup masa kini. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam plaintif bahawa walaupun tiada sebarang resit belanja telah dikemukakan, mahkamah ini boleh menggunakan judicial notice bagi membenarkan awad ini sebagaimana diputuskan di dalam kes Mat jusoh Daud v. Sykt Jaya Seberang Takir Sdn Bhd [1982] CLJ (Rep) 562. - Oleh itu, adalah dibenarkan sebanyak RM750.
7
Kos kerosakan pakaian dan kehilangan barang persendirian - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM300 - Pihak Defendan hujahkan patut ditolak kerana tidak dibuktikan - Dibenarkan RM100
8
Kos laporan perubatan pakar ortopedik Klinik Aiman - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM850. - Pihak Defendan bersetuju dengan jumlah tersebut - Ada resit dan laporan perubatan pakar ortopedik dikemukakan dan doktor pakar berkenaan telah memberikan keterangan RM850 (SP5). Oleh itu, dibenarkan sebanyak RM850.
9
Kos rawatan fisioterapi masa hadapan - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM4,800. - Pihak Defendan hujahkan jumlah RM240 adalah munasabah mengambil kira kos rawatan fisioterapi di hospital kerajaan adalah hanya RM5 x 48 sesi = RM240 . - Doktor Pakar Ortopedik Plaintif ada mengesyorkan supaya plaintif menjalani 2 sesi rawatan fisioterapi setiap minggu selama 6 bulan (48 sesi) di masa hadapan dengan kos RM100 bagi satu sesi di hospital swasta (RM100 x 48 sesi = RM4,800). Mahkamah dapati jenis rawatan yang disyorkan ini ada disediakan di hospital kerajaan dan RM1,600 (tanpa faedah) sebelum ini Plaintif menjalani sesi fisioterapi di hospital kerajaan. Walaupun begitu, Plaintif berhak memilih yang terbaik untuknya (rujuk kes Romuloo Appalasamy & Anor v. Tan Seng Kee & Anor [2000] 2 CLJ 611). Oleh itu, daripada jumlah keseluruhan RM4,800 yang dituntut itu, 1/3 sahaja dibenarkan iaitu RM1,600 (tanpa faedah). Ini adalah kerana rawatan tersebut ada disediakan di Hospital Kerajaan dan prinsip "one third rule" adalah diberi pertimbangan sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Chai Yee Chong lwn. Lew Thai [2004] 2 CLJ 321; [2004] 2 MLJ 465 dan kes Muhammad Yassein Zuliskandar (A child Suing Through His Father and Next Friend; Zuliskandar Md Pechor) lwn. Kerajaan Malaysia & Ors [2019] 4 CLJ 289. - Maka, dibenarkan RM1,600 (tanpa faedah).
10
Kos “further assesment MRI of knee”. - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM2,400. - Pihak Defendan hujahkan tuntutan ini perlu ditolak. - Mahkamah dapati kedua-dua doktor pakar ortopedik mencadangkan MRI dibuat oleh Plaintif Pertama untuk mengetahui rawatan lanjut yang perlu dirancang terhadapnya.
Preamble
Menurut Doktor Pakar Ortoepdik Plaintif, kos MRI di hospital swasta antara RM1900 hingga RM2,400. Mahkamah ambil kira 1/3 sahaja daripada jumlah maksimum tersebut kerana rawatan ini ada disediakan di hospital kerajaan. RM800 (tanpa faedah) - Oleh itu, dibenarkan RM800 (tanpa faedah)
11
Kehilangan pendapatan sebenar - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM115,000 (gaji RM3,600 sebulan X 32 bulan) - Pihak Defendan hujahkan awad sebanyak RM76,800 adalah munasabah dengan kiraan (RM2,400 (RM3,600 tolak living expenses 1/3) X 32 bulan = RM76,800) - Plaintif Pertama dikatakan telah berkerja di dua tempat dalam satu hari sebagai tukang masak dan pembantu tukang masak. Kerja dan pendapatan Plaintif disahkan oleh kedua-dua majikannya iaitu SP2 dan SP3. Menurut SP2, Plaintif Pertama bekerja sebagai pembantu tukang masak di kantin sekolahnya sejak tahun 2021 lagi dengan bayaran gaji sebanyak RM50 sehari. Plaintif Pertama bekerja setiap hari kecuali hari cuti sekolah bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 2.00 atau 3.00 petang. Menurut SP2 lagi, Plaintif Pertama seorang yang rajin bekerja. SP2 juga sahkan bahawa selepas kemalangan Plaintif masih bercuti sakit sehingga sekarang dan masih belum diberhentikan. Menurut SP3 pula, Plaintif Pertama telah lama bekerja di kedai makannya sebagai tukang masak dan pembancuh air dengan bayaran gaji sebanyak RM100 sehari. Kedai makannya itu dibuka setiap hari termasuk hari cuti kecuali pada hari Selasa kedainya akan bercuti. Plaintif Pertama bekerja pada setiap hari kedai itu dibuka dan akan mula berkerja pada jam 3.00 atau 3.30 petang sehingga kedai ditutup pada jam 11.30 malam. - Berkenaan jumlah pendapatan harian Plaintif Pertama ini, ianya tidak berjaya dicabar oleh pihak Defendan. Malah dalam penghujahan pihak Defendan, jumlah tersebut diambil kira dalam mencadangkan jumlah awad yang bersesuaian kepada Plaintif Pertama. - Seterusnya diperhatikan, tiada keterangan dikemukakan berkenaan perbelanjaan Plaintif Pertama bagi menyara hidupnya (living expenses). Perkara ini juga tidak pernah disoalbalas atau dibangkitkan oleh pihak Defendan semasa Plaintif Pertama memberi keterangan. Oleh itu, tiada penolakan kos sara hidup dibuat. Rujukan dibuat terhadap kes Marappan & Anor v. Siti Rahmah Bte Ibrahim [1990] 1 CLJ(Rep) 174 dan Harcharan Singh Saudagar Singh v. Hassan Ariffin [1990] 2 CLJ 393. - Sehubungan dengan itu, Mahkamah membenarkan awad kepada Plaintif Pertama bagi tuntutan ini sebanyak dengan pengiraan berikut : • Gaji berkerja di kantin sekolah SP2 (RM50 X 20 hari bekerja = RM1,000) • Gaji bekerja di kedai makan milik SP3 (RM100 X 26 hari bekerja = RM2,600) • Jumlah keseluruhan (Gaji sehari RM3,600 x 32 bulan).
12
RM288,000 Hilang pendapatan masa hadapan - Pihak Plaintif menuntut sebanyak RM604,000 atau secara alternatifnya sebagai hilang kapasiti pekerjaan dengan jumlah sebanyak RM336,800. - Defendan hujahkan tuntutan ini perlu ditolak atau secara alternatifnya dikira sebagai hilang kapasiti pekerjaan dengan awad secara global dibenarkan sebanyak RM30,000. - Ketika hadir ke Mahkamah, pemerhatian fizikal ke atas Plaintif Pertama mendapati dia masih tidak boleh berjalan dengan baik dan terpaksa dibantu oleh orang lain semasa ingin duduk di kerusi saksi. Malah, Plaintif dilihat sering mengubah kedudukan kerana tidak boleh berada dalam kedudukan statik dalam tempoh yang lama dan dilihat menahan kesakitan. - Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan Plaintif tidak boleh bekerja sama sekali atau tidak boleh bekerja langsung di masa hadapan. Namun daripada penilaian keterangan semua saksi Plaintif dan dengan merujuk kepada laporan pakar kedua-dua pihak, apa yang pasti adalah Plaintif Pertama tidak lagi boleh membuat pekerjaan sebagai tukang masak kerana ianya merupakan suatu perkerjaan yang berat kerana melibatkan banyak pergerakan dan penggunaan tenaga yang tidak boleh dilakukan oleh Plaintif Pertama. - Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan awad bagi “loss of earning capacity” adalah lebih sesuai berbanding “loss of future earnings” kerana Plaintif Pertama masih boleh mencari pekerjaan yang lebih ringan pada masa hadapan. Apatah lagi, ada jaminan diberikan oleh majikannya bahawa Plaintif Pertama boleh diambil kembali bekerja membuat kerja-kerja ringan jika dia sudah sembuh dan membuat permohonan untuk kembali bekerja (rujuk keterangan SP2). Justeru itu, awad gantirugi am bagi kehilangan pendapatan masa hadapan tidak patut dibenarkan, sebaliknya Mahkamah membenarkan gantirugi am bagi “loss of earning capacity”. Dalam kes Yeo Teck Hao lwn. Tan Kok Chye [2024] CLJU 880, Mahkamah Tinggi memilih untuk membenarkan awad secara global bagi “loss of earning capacity” sebanyak RM50,000. Namun dalam kes Sivakumar Avolasamy v. Chan Hoong Kok [2012] CLJU 52 dan kes Muniandie Krisnan v. Tan Kian Koon & Anor & Another Case [2021] CLJU 2145, Mahkamah Tinggi telah menolak 50% daripada gaji asal Plaintif dan didarab dengan multiplier untuk mendapatkan “loss of earning capacity”. Kaedah pengiraan sebegini turut diakui dan disahkan penerimaannya dalam kes Muhammad Elyas Tumiran v. Abdul Aziz Ahmad [2022] CLJU 1558. Dalam keadaan ini, Mahkamah memilih untuk membenarkan ganti rugi bagi “loss of earning capacity” kepada Plaintif dan mengikut pengiraan sebagaimana diputuskan dalam kebanyakkan kes-kes yang dirujuk di atas. Maka
Preamble
menurut Seksyen 28(2)(d) Akta Undang-Undang Sivil (Pindaan) 1984, "purchase years" atau "multiplier" yang digunakan adalah untuk tempoh selama 16 tahun (192 bulan). Memandangkan Plaintif telah mendapat gantirugi kehilangan pendapatan sebenar dalam tempoh cuti sakit selama 32 bulan, maka tempoh 192 bulan tersebut harus ditolak 32 bulan iaitu selama 160 bulan. Oleh itu, untuk “partial loss of earning capacity” Plaintif Pertama ini, Mahkamah membenarkan jumlah sebanyak RM288,000.00 yang dikira seperti berikut: RM 1,800 (50% daripada RM 3,600) × 160 bulan = RM288,000.00. JUMLAH KESELURUHAN RM407,671 FAEDAH DAN KOS [33.] Akhirnya Mahkamah membenarkan faedah diberikan kepada plaintif untuk gantirugi am dan khas sebagaimana berikut : i. Faedah ganti rugi am pada kadar 2.5% setahun daripada tarikh penyerahan saman sehingga ke tarikh penghakiman; ii. Faedah ganti rugi khas pada kadar 2.5% setahun daripada tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman; dan iii. Faedah di atas jumlah penghakiman, pada kadar 5% setahun daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. [34.] Kos pula dibenarkan mengikut skala kos. KESIMPULAN [35.] Perkara atau tuntutan lain yang tidak dihujahkan oleh pihak-pihak adalah tidak dibenarkan. Seterusnya, Mahkamah ini berpendapat awad-awad dan kos yang dibenarkan dalam kes ini adalah wajar dan adil mengikut undang-undang. AHMAD FADHLI BIN MAHMUD HAKIM MAHKAMAH SESYEN BESUT, TERENGGANU
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.