Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. KA-22NCVC-38-07/2020
KA-22NCvC-38-07/2020
High Court of Malaysia27 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. KA-22NCVC-38-07/2020
1
Nor Badril Binti Mohd Noor (No. K/P: 610209-02-5152) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
2
Mohd Roslan Bin Mohd Noor (No. K/P: 591207-02-5545) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
3
Noor Bin Yakub) Nordiana Binti Mohd Noor (No. K/P: 570519-02-5058) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
4
Noor Bin Yakub) Che Nor Bidari Binti Mohd Noor (No. K/P: 730313-02-5992) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
5
Noor Bin Yakub) Mohd Jamil Bin Mohd Noor (No. K/P: 550715-02-5313) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
6
Noor Bin Yakub) Mohamad Adnan Bin Mohamad Noor (No. K/P: 670731-07-5333) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
7
Noor Bin Yakub) Mohd Naeem Bin Mohd Noor (No. K/P: 681129-07-5713) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd Noor Bin Yakub) 09/07/2025 14:59:39 KA-22NCvC-38-07/2020 Kand. 123 S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A
8
Mohamad Nasir Bin Mohd Noor (No. K/P: 700616-07-5033) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
9
Noor Bin Yakub) Mohd Rabil Shah Bin Mohd Noor (No. K/P: 720614-02-5743) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
10
Noor Bin Yakub) Rosbayu Binti Mohd Noor (No. K/P: 770812-02-5440) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
11
Noor Bin Yakub) Mohd Sofian Bin Mohd Noor (No. K/P: 801201-02-5109) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd
12
Noor Bin Yakub) Mohd Ramadhan Bin Mohd Noor (No. K/P: 820714-02-6055) (menyaman sebagai individu dan/atau waris/benefisiari estet Mohd Noor Bin Yakub) --- Plaintif-Plaintif
1
Horonor Jasa Sepakat Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat : 476768-X)
2
Fatahiyah binti Haji Haron (No. K/P : 610307-02-5498) (didakwa sebagai individu dan/atau pengarah/pegawai syarikat
3
Saidina Khadijah Zaharah Khairulnisak binti Mohd Noor (No. K/P : 840214-02-5652) S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A (disaman sebagai individu dan/atau pengarah/pegawai Syarikat Defendan Pertama dan/atau waris/benefisiari estet Mohd Noor Bin
4
Mohd Zaini bin Mohd Noor (No. K/P : 760727-02-6001) (disaman sebagai individu dan/atau pengarah/pegawai Syarikat Defendan Pertama dan/atau waris/benefisiari estet Mohd Noor bin
5
Mohd Saidi Amin Shah bin Mohd Noor (No. K/P : 860509-02-5551) (disaman sebagai individu dan/atau pengarah/pegawai Syarikat Defendan Pertama dan/atau waris/benefisiari estet Mohd Noor bin
6
Wakil Diri Simati Kepada Siti Rahmah binti Othman (Meninggal Dunia) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
7
Rahmah binti Awang (No. K/P : 541202-02-5402) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
8
Siti Rahmah binti Ismail Yatim (No. K/P : 710101-02-05554) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
9
Mohd Johar bin Mohd Noor (No. K/P : 520426-02-5133) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin Yakub) S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A
10
Mohd Shahminar bin Mohd Noor (No. K/P : 621231-02-5451) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
11
Yakub) Mohamad Zulhaimi bin Mhd Noor (No. K/P : 640403-02-5321) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
12
Yakub) Mohd Badrul Shah bin Mohd Noor (No. K/P : 671104-02-5403) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
13
Yakub) Mohd Saidinar bin Mohd Noor (No. K/P : 710816-02-5451) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
14
Yakub) Mohd Nazri bin Mohd Noor (No. K/P : 671127-07-5091) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
15
Yakub) Che Rosbaya binti Mohd Noor (No. K/P : 701119-02-5654) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
16
Yakub) Mohd Zahir bin Mohd Noor (No. K/P : 741018-02-5985) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin Yakub) S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A
17
Rosmawati binti Mohd Noor (No. K/P : 831103-02-5938) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
18
Yakub) Mohd Hafiz Firdaus bin Mohd Noor (No. K/P : 870907-02-5695) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
19
Yakub) Abi Ilham bin Mohd Noor (No. K/P : 890603-02-5045) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
20
Yakub) Wakil Diri Simati Kepada Suraya binti Mohd Noor (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
21
Yakub) Jamal Sobri bin Mohd Noor (No. K/P : 720818-02-5067) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin
22
Yakub) Mohd Azhar bin Mohd Noor (No. K/P : 740308-02-5241) (disaman sebagai individu dan waris / benefisiari estet Mohd Noor bin Yakub) --- Defendan-Defendan S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini ialah Alasan Penghakiman atas keputusan Mahkamah yang telah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima (“Pemohon-Pemohon”) melalui Lampiran 101 menurut peruntukan di bawah Aturan 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”), supaya Mahkamah memutuskan secara berasingan isu undang-undang berkaitan locus standi Plaintif-Plaintif sebelum perbicaraan penuh. [2] Permohonan di Lampiran 101 adalah bersifat penentuan kerana ia akan memberi kesan langsung kepada keseluruhan tindakan serta permohonan-permohonan lain, iaitu di Lampiran 78 berkenaan dengan penzahiran dokumen dan di Lampiran 80 berkenaan dengan injunksi. [3] Mahkamah telah membenarkan permohonan Pemohon-Pemohon dalam Lampiran 101 dengan kos. Lanjutan daripada keputusan tersebut, Writ Saman Terpinda di Lampiran 5, Notis Permohonan di
Lampiran
Lampiran 78 dan Lampiran 80 menjadi akademik. [4] Plaintif-Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mengemukakan rayuan. B. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [5] Dalam tindakan ini, dua persoalan utama perlu diputuskan: S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A (a) Sama ada Plaintif-Plaintif mempunyai locus standi di sisi undang-undang untuk memfailkan tindakan ini selaku benefisiari atau waris kepada arwah Moh Nor bin Yakub terhadap Pemohon-Pemohon. Dalam tindakan utama Plaintif-Plaintif memohon pelbagai perintah termasuk pengangkatan tabir korporat Pemohon Pertama, pemindahan saham-saham syarikat, pemulangan wang hasil pelupusan aset, penzahiran dokumen syarikat serta pelbagai relif berkaitan fiduciary duties dan pelanggaran amanah. (b) Sama ada, jika jawapan bagi isu pertama adalah positif, Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan penzahiran dokumen dan injunksi seperti yang dipohon dalam Lampiran 78 dan Lampiran 80, masing-masingnya. Namun, isu ini hanya timbul sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif mempunyai locus standi. Permohonan di Lampiran 78 ialah berkenaan dengan sama ada Mahkamah boleh memerintahkan Pemohon-Pemohon mendedahkan dokumen syarikat walaupun syarikat Defendan Pertama telah digulungkan dan dikendalikan oleh Pelikuidasi. C. LATAR BELAKANG RINGKAS [6] Plaintif-Plaintif memfailkan tindakan utama di Lampiran 1 terhadap Pemohon-Pemohon, selaku individu dan/atau benefisiari kepada harta pusaka arwah Mohd Noor bin Yakub yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Haronor Jasa Sepakat Sdn. Bhd. dan aset-aset berkaitan. [7] Status Pemohon Pertama ialah sebuah syarikat yang telah digulung secara muktamad dan diletakkan di bawah pengurusan pelikuidasi. S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A D. HUJAHAN PIHAK-PIHAK [8] Pemohon-Pemohon berhujah bahawa permohonan di bawah Lampiran 101 ini difailkan oleh sebab Mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan isu undang-undang atau fakta secara berasingan tanpa memerlukan perbicaraan penuh bagi menjimatkan masa dan kos. [9] Plaintif-Plaintif merujuk kepada Aturan 33 kaedah 2 KKM 2012 di mana Mahkamah boleh menentukan isu sebelum, semasa atau selepas perbicaraan, manakala Aturan 33 kaedah 5 KKM 2012 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh membatalkan tindakan jika keputusan bagi isu permulaan melupuskan keseluruhan tindakan. Pemohon-Pemohon merujuk kepada kes Langkawi R&D Academy Sdn Bhd v KSU Kementerian Pertahanan [2012] 5 MLJ 662 Krishnan Rajan v Bank Negara Malaysia [2003] 1 MLJ 149 berhubung dengan prinsip ini. (a) ISU LOCUS STANDI Hujahan Pemohon-Pemohon [10] Pemohon-Pemohon berhujah bahawa Plaintif-Plaintif tidak mempunyai locus standi kerana: (a) Plaintif bukanlah pemegang saham berdaftar syarikat Defendan Pertama; (b) Tiada Surat Kuasa Mentadbir yang sah diperoleh berhubung estet si mati; S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A (c) Hak dan remedi yang dituntut hanya boleh dimiliki oleh pemegang saham berdaftar dan bukan benefisiari yang belum diiktiraf secara sah. [11] Oleh itu, Plaintif-Plaintif tidak lagi mempunyai locus untuk membuat tuntutan-tuntutan terhadap Pemohon Kedua hingga Kelima, sebagaimana yang dinyatakan dalam Writ Saman Terpinda bertarikh 11.8.2020 dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 3.8.2020 tersebut atas sebab-sebab yang berikut: (a) Kuasa pengarah Pemohon Kedua hingga Kelima telah terhenti (ceased); (b) Pemohon Kedua hingga Kelima kini selaku bekas pengarah Pemohon Pertama, telah functus officio; (c) Kuasa pengarah kini terletak pada pegawai penerima atau pelikuidasi; (d) Kesemua butiran harta termasuk dokumen-dokumen Pemohon Pertama (termasuk yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif) berada dalam kawalan pegawai penerima atau pelikuidasi; dan (e) Pemohon Kedua hingga Kelima kini selaku bekas pengarah Pemohon Pertama, adalah dilepaskan daripada tanggungjawab mengawal butiran harta termasuk dokumen-dokumen Pemohon Pertama. S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A Hujahan Plaintif-Plaintif [12] Plaintif-Plaintif pula berhujah bahawa mereka ialah waris sah kepada pemilik asal saham dan mempunyai hak di sisi ekuiti untuk memfailkan tindakan ini demi menjaga kepentingan mereka dalam syarikat dan harta pusaka. [13] Plaintif-Plaintif membantah permohonan Pemohon-Pemohon dalam Lampiran 101 atas alasan bahawa isu-isu yang dibangkitkan telah pun diputuskan dalam permohonan terdahulu, iaitu Notis Permohonan untuk membatalkan tindakan Plaintif-Plaintif terhadap Pemohon-Pemohon di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a,)(b),(c) dan (d) KKM 2012 di Lampiran 17 di mana ia telah didengar dan ditolak oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan. [14] Plaintif-Plaintif berhujah bahawa penggantungan Perintah Penggulungan dan kebenaran untuk meneruskan guaman telah dibenarkan. Mahkamah penggulungan telah membenarkan penggantungan Perintah Penggulungan Syarikat Haronor Jasa Sepakat Sdn Bhd pada 24.5.2023 dan memberikan kebenaran kepada Plaintif-Plaintif untuk meneruskan guaman ini. Maka, status quo syarikat Pemohon Pertama telah dikembalikan dan tindakan Plaintif terhadap Pemohon-Pemohon di Lampiran 1 adalah sah diteruskan. [15] Oleh itu, Plaintif berhujah bahawa prinsip res judicata dan isu estoppel adalah terpakai kerana isu locus standi yang dibangkitkan dalam Lampiran 101 telah pun diputuskan dalam Lampiran 17, malah rayuan Pemohon-Pemohon juga telah ditolak di semua peringkat. Plaintif-Plaintif berhujah bahawa keputusan terdahulu ini telah mewujudkan res S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A judicata dan isu estoppel yang menghalang Pemohon-Pemohon daripada membangkitkan semula isu yang sama. [16] Oleh itu, Plaintif-Plaintif memohon agar Lampiran 101 ditolak dengan kos atas alasan bahawa isu locus standi telah diputuskan sebelum ini. Maka permohonan ini membazirkan masa dan merupakan salah guna proses Mahkamah. [17] Plaintif-Plaintif telah merujuk kes Hartecon JV Sdn Bhd v Hartela Contractor Ltd [1997] 2 CLJ 104 dan Asia Commercial Finance Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 283 sebagai autoriti. (b) ISU PENZAHIRAN DOKUMEN DAN INJUNKSI [18] Plaintif-Plaintif berhujah bahawa permohonan berkenaan dengan penzahiran dokumen dan injunksi di Lampiran 78 dan Lampiran 80, masing-masingnya boleh diputuskan melalui pendengaran biasa tanpa perlu memfailkan permohonan baru Lampiran 101. [19] Oleh itu, Plaintif-Plaintif mendakwa Pemohon-Pemohon telah menyalahgunakan proses Mahkamah dengan memfailkan permohonan tambahan yang tidak perlu dan menyebabkan kelewatan dalam pendengaran Lampiran 78 dan Lampiran 80 tersebut. Plaintif-Plaintif juga menjelaskan bahawa Pemohon-Pemohon silap berkaitan dengan isu rayuan di mana rayuan di Mahkamah Rayuan yang disebut oleh Pemohon-Pemohon adalah berhubung dengan Perintah Penggulungan syarikat, bukan berkaitan Perintah Penggantungan yang membenarkan Plaintif meneruskan guaman ini. S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A E. ANALISIS DAN PERTIMBANGAN MAHKAMAH [20] Permohonan di Lampiran 101 ini adalah berlandaskan Aturan 33 kaedah 2 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Order 33.2 - MODE OF TRIAL Time of trial of questions or issues The Court may order any question or issue arising in a cause or matter, whether of fact or law or partly of fact and partly of law, and whether raised by the pleadings or otherwise, to be tried before, at or after the trial of the cause or matter, and may give directions as to the manner in which the question or issue shall be stated.”. [21] Mahkamah boleh melupuskan dan/atau membuat perintah terhadap isu-isu permulaan termasuk menolak sesuatu tindakan itu, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 33 kaedah 5, KKM 2012 yang menyebut : “Order 33 rule 5 Dismissal of action after decision of preliminary issue If it appears to the Court that the decision of any question or issue arising in a cause or matter and tried separately from the cause or matter substantially disposes of the cause or matter or renders the trial of the cause or matter unnecessary, it may dismiss the cause or matter or make such other order or give such judgment therein as may be just.” [22] Mahkamah telah meneliti prinsip undang-undang berkaitan locus standi sebagaimana dijelaskan dalam kes Kwan Sai Kuan v Municipal Council, Georgetown [1968] 1 MLJ 120 dan Dato Seri Anwar Ibrahim v Perdana Menteri Malaysia & Anor [2010] 3 CLJ 147 di S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A mana dapatan dalam kes tersebut telah menekankan bahawa seseorang plaintif mestilah menunjukkan bahawa hak peribadi atau kepentingannya adalah terjejas secara langsung oleh tindakan defendan. [23] Mahkamah mengambil perhatian bahawa Plaintif-Plaintif membawa tindakan ini atas kapasiti sebagai waris/benefisiari, namun pada masa yang sama kehendak asas undang-undang masih belum dipenuhi oleh Plaintif-Plaintif. Mahkamah mendapati bahawa Surat Kuasa Mentadbir belum diperoleh oleh Plaintif-Plaintif semasa tindakan ini difailkan. [24] Fakta kes menunjukkan bahawa Pemohon Pertama telah pun digulungkan secara muktamad pada 27 Julai 2022 dan segala urusan berkaitan dengan Permohon Pertama adalah terletak dalam bidang kuasa pelikuidasi yang dilantik. Sebagai entiti berasingan, syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 memberikan hak tindakan kepada pemegang saham berdaftar, dan bukan kepada mana-mana pihak yang hanya mendakwa sebagai benefisiari tanpa kedudukan sah. [25] Prinsip undang-undang locus standi adalah teras kepada kebolehterimaan sesuatu tindakan. Sehubungan dengan itu, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif tidak mempunyai locus standi kerana Plaintif-Plaintif tidak mempunyai kedudukan sebagai pemegang saham berdaftar, tiada surat kuasa mentadbir sah dan hak tindakan berkaitan syarikat yang digulung kini adalah di bawah pelikuidasi. S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A F. KESAN KEPADA LAMPIRAN 78 DAN LAMPIRAN 80 [26] Dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini terdapat dua permohonan interlokaturi, iaitu Notis Permohonan masing-masingnya berkaitan penzahiran dokumen di Lampiran 78 dan injunksi di Lampiran 80 yang secara jelas adalah bergantung kepada keputusan mengenai kedudukan locus standi Plaintif. [27] Pada peringkat ini, Mahkamah telah memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif tanpa locus standi yang sah. Maka Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif tidak boleh meneruskan tindakan utama di Lampiran 1, dan segala permohonan berkaitan dengannya menjadi akademik serta tidak dapat dipertahankan di sisi undang-undang. Sehubungan dengan itu, lanjutan daripada keputusan terhadap isu locus standi, permohonan penzahiran dokumen di Lampiran 78 dan permohonan injunksi di Lampiran 80 menjadi akademik dan tidak dapat diteruskan. G. KEPUTUSAN [28] Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa: (a) Permohonan Defendan-Defendan dalam Lampiran 101 dibenarkan; (b) Plaintif-Plaintif tidak mempunyai locus standi; (c) Writ Saman Terpinda di Lampiran 5, Lampiran 78 dan Lampiran 80 dibatalkan; (d) Kos sebanyak RM2,000.00 diberikan kepada Pemohon-Pemohon bagi setiap permohonan. S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A Bertarikh : 9 Julai 2025 ……………………………………………… (YA PUAN MAHAZAN BINTI MAT TAIB) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR, KEDAH Peguam Plaintif-Plaintif : Jimmy Gay Choon Hee (Tetuan Ismail Khoo & Assoc.) Peguam Defendan-Defendan : Mior Muhammad Fadhli bin Mior Shaifuddin Nurul Jannah binti Mohd Joaini (Tetuan Nurul Fadhli & Partners) S/N 4zwtbpedAEOBcOqtCeea5A
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.