Content
DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI, KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN SIVIL NO :DA-172NCC-4-01/2024
DA-A72NCC-4-01/2024
Magistrates Court of Malaysia18 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“es PRINCE COURT MEDICAL CENTRE SDN BHD V LIM YOKE HAR & ORS [2024] CLJU 2332 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan yang berikut:- [63] "Adverse inference under section 114 Illustration [g] of the Evidence Act is drawn against Prince Court Medical Centre for failure to call witnesses to shed light on the non-disclosu”
“keterangan gagal dikemukakan oleh pihak Defendan dengan tidak memanggil mana-mana saksi ketika perbicaraan. [16] Mahkamah merujuk kepada kes PRINCE COURT MEDICAL CENTRE SDN BHD V LIM YOKE HAR & ORS [2024] CLJU 2332 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan yang berikut:- [63] "Adverse inference under section 114 Illustr”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI, KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN SIVIL NO :DA-172NCC-4-01/2024
1
NOR FARIZAN BINTI MOHD SHUKRI
2
SURILAWATI BIN MOHD SHUKRI (NO. K/P: 880406-29-5540) ….PLAINTIF-PLAINTIF DAN NOORMAYANTIE BINTI AZMI (NO. K/P: 930812-03-5366) ….DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah alasan penghakiman bagi rayuan Defendan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang membenarkan tuntutan Plaintif-plaintif ke atas Defendan untuk mendapat perintah-perintah yang berikut: a) Bahawa Defendan membayar kepada Plaintif Pertama jumlah sebanyak RM41,887.47 dalam tempoh (7) hari dari tarikh Penghakiman; b) Bahawa Defendan membayar kepada Plaintif Kedua jumlah sebanyak RM20,957.15 dalam tempoh (7) hari dari tarikh Penghakiman; c) Faedah 5% setahun terhadap jumlah RM41,887.47 bermula dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh; d) Faedah 5% setahun terhadap jumlah RM20,957.15 bermula dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh; dan e) Kos FAKTA KES [2] Defendan merupakan pihak yang menawarkan skim pelaburan emas murah dan Plaintif-plaintif merupakan pihak yang telah memasuki skim pelaburan yang diperkenalkan oleh Defendan. [3] Defendan telah memperkenalkan sebuah pakej emas murah yang berdasarkan transaksi dimana Plaintif-plaintif membeli emas dari Defendan bagi satu tempoh dan keuntungan dari pembelian tersebut akan diberikan kepada Plaintif-plaintif selepas tamat sesuatu tempoh. [4] Skim diatas adalah bertujuan sebagai satu skim pelaburan yang berlandaskan kepada turun naik (“fluctuation”) harga pasaran emas. [5] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua masing-masing telah membeli dan melanggan pakej emas murah dengan Defendan, dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Nik Hafizah Erra Farhanah binti Nik Abdul Hadi (selepas ini dirujuk sebagai “ejen sah Defendan”) dan sebahagian dari pembayaran juga dibuat secara terus kepada Akaun Defendan bagi pakej emas tersebut. [6] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua masing-masing mengharapkan pulangan wang sepertimana ditawarkan di dalam pakej emas tersebut. Jumlah wang yang dimasukkan serta keuntungan yang dijangka terima oleh Plaintif Pertama adalah sebanyak RM43,887.47, manakala bagi Plaintif Kedua, jumlah yang dijangka diterima adalah sebanyak RM20,957.15.
a
Sama ada Plaintif-plaintif telah membeli dan melanggan Pakej Emas Murah bersama Defendan. [7] Plaintif Pertama dan Kedua telah membeli atau memasuki suatu skim pelaburan emas yang ditawarkan oleh Defendan dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun ejen sah Defendan. Sebahagian pembayaran juga dibuat secara terus ke akaun Defendan bagi pakej emas tersebut. [8] Pada awalnya terdapat pembayaran dibuat oleh Defendan kepada Plaintif-plaintif namun Defendan telah gagal mulai Oktober 2023 untuk membuat pembayaran pulangan keuntungan kepada Plaintif Pertama dan Kedua bagi pembelian emas tersebut. Plaintif Pertama dan Kedua telah menuntut pemulangan pulangan keuntungan tersebut namun diberikan pelbagai alasan oleh Defendan. [9] Plaintif-Plaintif telah berkomunikasi sendiri dengan Defendan bagi menuntut pembayaran pulangan keuntungan skim pelaburan emas tersebut namun Defendan masih gagal melaksanakannya. [10] Defendan pada 9.01.2024 telah membuat bayaran RM2000 kepada Plaintif Pertama kononnya sebagai pulangan keuntungan bagi tarikh 17.10.2023. Terdapat unsur pengakuan keberhutangan dari pihak Defendan dengan pembayaran jumlah wang tersebut. [12] Merujuk kepada kes IBAI GOLF & COUNTRY CLUB BHD V LAMAN KEJORA SDN BHD [2019] 12 MLJ 446, Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa:- [23] "I am of the view that based on the AFS, the audit confirmation by En Anuar dated 18 August 2018 (p 232, encl 7) and his audit confirmation dated & March 2018 (0 236, end 7) and finaly and very significants), the clear and unqualified and unequivocal confirmation by MAC (pp 132-134, enc/ 7) (who were/are the plaintiffs own auditors), the debt due by the plaintiff to the defendant is in fact admitted. The plaintiff is accordingly estopped from seeking to deny the existence of the debt, or in purporting to dispute the debt. ………. [32] The consequences where a debt is admitted was discussed in Lafarge Concrete (M) Sdn Bhd v Gold Trend Builders Sdn Bhd [2012] 6 MLJ 817, where the Court of Appeal held at paras [111, [20] and [21] that if the debt was admitted, then there could not be any bona fide or genuine dispute as to the debt." [13] Berdasarkan kes ini, pembayaran RM2000 yang dibuat oleh Defendan kepada Plaintif Pertama adalah bersamaan dengan pengakuan keberhutangan Defendan kepada Plaintif-plaintif. Defendan adalah dihalang daripada menafikan tanggungjawab beliau untuk melunaskan hutang tersebut. [14] Sewaktu perbicaraan, saksi-saksi Plaintif dipanggil untuk memberikan keterangan, namun Defendan tidak memanggil walaupun seorang saksi untuk memberikan keterangan bagi menguatkan pembelaan Defendan. [15] Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 digunapakai oleh pihak Plaintif yang menyatakan:- “114. The court may presume the existence of any fact which it likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. The court may presume-
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it,” [15] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa pihak defendan telah memberikan gambaran bahawa suatu bukti atau keterangan gagal dikemukakan oleh pihak Defendan dengan tidak memanggil mana-mana saksi ketika perbicaraan. [16] Mahkamah merujuk kepada kes PRINCE COURT MEDICAL CENTRE SDN BHD V LIM YOKE HAR & ORS [2024] CLJU 2332 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan yang berikut:- [63] "Adverse inference under section 114 Illustration [g] of the Evidence Act is drawn against Prince Court Medical Centre for failure to call witnesses to shed light on the non-disclosure of the incident reports prepared by the nurses on duty and an internal nursing review conducted after the fall despite opportunity given by the Court. ….. [69] In any event the person [or persons] in Prince Court Medical Centre who made the decision not to report was never called to testify. The Court will draw an adverse inference under section 114 Illustration [g] EA against Prince Court Medical Centre for failure to call this witness." [17] Di dalam kes SABAH SHELL PETROLEUM CO LTD & ANOR V THE OWNERS OF AND/OR ANY OTHER PERSONS INTERESTED IN THE SHIP OR VESSEL THE 'BORCOS TAKDIR [2012] 5 MLJ 515 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut:- [91]"... this is a fit case for an adverse inference to be drawn under s 114(g) of the Evidence Act 1950, the inference being that if the master had been called, his evidence on this issue would have been unfavourable to the defendant. Sarkar on Evidence (14th Ed), at p 1547) deals with the application of this sub-section thus: — Presumption From Not Calling Witnesses Acquainted With Facts and Keeping the Adversary Out of Possession of Evidence Everything is to be presumed against a party who keeps his adversary out of the possession of evidence by taking means of retaining the evidence in his own custody. A similar presumption may also arise when a party does not call witnesses who are within his reach and are acquainted with the facts of the case... When a party failed to call as his witness the principal person involved and who was in a position to give a firsthand account of the matter in controversy and who could have refuted on oath the allegation on the other side, it is legitimate to drawn an adverse inference (Seth Maganmal v Daibarilal 47 CLJ 222; 54 MLJ 208 court may draw adverse inference against a party who being in a position to adduce better evidence deliberately abstains from doing so ... [92] This appears to be a fit and proper case for this court to draw an inference under s 114(g) because the master here could have been subpoenaed to give evidence by the defendant. As stated above, the plaintiff has proved a prima facie case whether by the application of res ipsa loquitur or by proving the basic elements of negligence. The master's evidence was not essential on these facts for Shell to establish a prima facie case. As such the onus shifted to the defendant to rebut the inference of negligence that had arisen. The person best placed to explain fully the events of the day would have been the master. Notwithstanding that the master could have been called, the defendant chose not do so, stating that he was unco-operative. Given the singular importance of his evidence and the failure of the defendant to subpoena him, the only conclusion that can reasonably be drawn is that the master's evidence, if produced, would affect the defendant adversely. Such an inference is accordingly drawn" [18] Berdasarkan kes-kes yang dirujuk, adalah selamat di atas imbangan kebarangkalian bagi mahkamah untuk mengandaikan wujud suatu fakta atau keterangan yang gagal diberikan di mahkamah oleh pihak Defendan dengan tujuan menyembunyikan perkara tersebut kerana keterangan saksi tersebut jika dipanggil, tidak memihak kepada kes Defendan. [19] Secara kesimpulannya bagi isu awal ini, Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif-plaintif telah membeli pakej emas dengan Defendan dan berhak untuk mendapatkan bayaran modal dan pulangan keuntungan sebagaimana yang dijanjikan. [20] Isu-isu yang lain adalah tidak perlu dikupas oleh Mahkamah ini kerana bukti keberhutangan Defendan keatas Plaintif-plaintif telah lengkap dihujahkan dalam isu awal ini. KEPUTUSAN MAHKAMAH [21] Berdasarkan penelitian ke atas kertas kausa, keterangan-keterangan saksi-saksi Plaintif yang dipanggil ketika perbicaraan, hujahan pihak-pihak selepas perbicaraan penuh, dan pemakaian Seskyen 114(g) Akta Keterangan 1950, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif-plaintif dengan kos mengikut skala. Bertarikh : 15 MEI 2025 (AMIN RASHIDI BIN RAMLI) Majistret Mahkamah Majistret Kota Bharu Kaunsel Peguamcara Plaintif-Plaintif Peguamcara Defendan Tetuan Wan Ahmad Ridzuan & Co. Tetuan Nazri Awang & AAssociates F-2-3, Block F, Boulevard Business Park, No. 483, Tingkat 1, Blok K, 115, Jalan Kepayang, Off Jalan Kuching, Jalan Kota Jelasin KJ8/1, Jalan Perniagaan Bandar Baru Tunjong, 51200, Kuala Lumpur 16010, Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.