Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
JH-A53KJ-70-06/2020
Sessions Court of Malaysia24 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“hkamah ini telah merujuk kepada kes TENAGA NASIONAL BHD V. PERWAJA STEEL SDN BHD [1995] 4 MLJ 673, di mana Hakim Low Hop Bing (pada masa itu) menyatakan seperti berikut: “Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existe”
“Legal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Error have been explained in Lim Jeh Haur v. Nicholas Thomas Philip & Anor [2019] 1 LNS 1351; [2019] MLRHU 1023, at [22] to [25], as follows: E. Should court attach any weight to IO's opinion? [22] The Defendant has”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
1
NORAHILA SYHM BINTI ABDULLAH (NO. K/P: 830423-01-6120) ISTERI MURIDAN (NO. K/P: 771130-01-5725) DAN JUGA WAKIL LITIGASI KEPADA PLAINTIF KEDUA, PLAINTIF KETIGA,
2
SITI RABIATULADWIAH BINTI SUHAIME (NO. K/P: 040613-01-1228) 771130-01-5725)
3
MUHAMMAD HYSHAMUDDIN BIN SUHAIME (NO. K/P: 071123-01-1577) 771130-01-5725)
4
MOHAMAD DANIEL HELMI BIN SUHAIME (NO. K/P: 111031-01-2103) 771130-01-5725)
5
SITI SALEHA BINTI SUHAIME (NO. K/P: 171218-01-0196) 771130-01-5725) …PLAINTIF-PLAINTIF
1
MOHD AZLAN BIN NAZRI
2
HASLAWATI BINTI MOHD HASMONI (NO. K/P: 640401-01-5488) …DEFENDAN-DEFENDAN
1
CHIAM AH BA
2
MUHAMMAD HUZAIMIE BIN HARUN (NO. K/P: 920108-01-5231) …PIHAK KETIGA PENGHAKIMAN Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, pliding dan dokumen yang difailkan serta hujahan-hujahan kedua-dua pihak Mahkamah ini memutuskan Defendan-Defendan menanggung 70% liabiliti dan Plaintif-Plaintif menanggung 30% liabiliti. Kes telah ditetapkan untuk keputusan pada hari ini melalui e-review dan setelah meneliti hujahan-hujahan kedua-dua pihak maka adalah dihakimi bahawa Defendan-Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif-Plaintif gantirugi am dan gantirugi khas (atas 100% liabiliti) seperti berikut:
1
Gantirugi Am
a
Dependency claim/Loss of support (RM2,600 sebulan x 12 bulan x 7 tahun) = RM218,400 Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM218,400
2
Gantirugi Khas
a
Kos laporan bedah siasat = RM40
b
Kos laporan polis dan rajah kasar = RM200
c
Kos laporan JPJ = RM20
d
Kos pengkebumian = RM2500
e
Kedukacitaan (Tanpa faedah) = RM10,000 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM12,760. Dan seterusnya adalah dihakimi bahawa selepas mengambil kira isu liabiliti, Defendan-Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif-Plaintif gantirugi am sebanyak RM152,880 (iaitu 70% daripada RM218,400) dan gantirugi khas sebanyak RM8,932 (iaitu 70% daripada RM12,760). Dan seterusnya Defendan-Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif-Plaintif faedah 2.5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman. Dan seterusnya Defendan-Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif-Plaintif faedah 5% setahun ke atas gantirugi am dari tarikh penyampaian writ saman sehingga tarikh penghakiman. Dan selanjutnya adalah dihakimi Defendan-Defendan membayar kepada Plaintif-Plaintif faedah pada kadar 5% setahun ke atas keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Dan kos mengikut skala. Seterusnya jumlah penghakiman yang akan dibayar kepada Plaintif itu hendaklah dibayar ke atas akaun klien Tetuan Kharen Jit & Associates. DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: JH-A53KJ-70-06/2020
1
NORAHILA SYHM BINTI ABDULLAH (NO. K/P: 830423-01-6120) ISTERI MURIDAN (NO. K/P: 771130-01-5725) DAN JUGA WAKIL LITIGASI KEPADA PLAINTIF KEDUA, PLAINTIF KETIGA,
2
SITI RABIATULADWIAH BINTI SUHAIME (NO. K/P: 040613-01-1228) 771130-01-5725)
3
MUHAMMAD HYSHAMUDDIN BIN SUHAIME (NO. K/P: 071123-01-1577) 771130-01-5725)
4
MOHAMAD DANIEL HELMI BIN SUHAIME (NO. K/P: 111031-01-2103) 771130-01-5725)
5
SITI SALEHA BINTI SUHAIME (NO. K/P: 171218-01-0196) 771130-01-5725) …PLAINTIF-PLAINTIF
1
MOHD AZLAN BIN NAZRI
2
HASLAWATI BINTI MOHD HASMONI (NO. K/P: 640401-01-5488) …DEFENDAN-DEFENDAN
1
CHIAM AH BA
2
MUHAMMAD HUZAIMIE BIN HARUN (NO. K/P: 920108-01-5231) …PIHAK KETIGA PENGHAKIMAN A.
1
Di dalam kes ini, Plaintif-Plaintif telah membawa tuntutan gantirugi terhadap Defendan-Defendan akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada 27 November 2018 di antara motosikal nombor pendaftaran JQF 705 yang ditunggang oleh si mati, motosikal nombor pendaftaran JRW 6906 yang ditunggang oleh pihak ketiga iaitu Chiam Ah Ba dan motorkar nombor pendaftaran JQS 1427 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua. Defendan Pertama telah meninggal dunia semasa kes ini berjalan.
2
Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa, pada hari kejadian, si mati telah jatuh di tengah jalan selepas terlibat dalam kemalangan dengan motosikal nombor pendaftaran JRW 6906 yang ditunggang oleh pihak ketiga iaitu Chiam Ah Ba. Selepas kemalangan dengan pihak ketiga tersebut, motorkar nombor pendaftaran JQS 1427 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua telah melanggar si mati sehingga menyebabkan kematian.
3
Manakala Defendan-Defendan pula menghujahkan bahawa punca kematian si mati adalah disebabkan terlibat dalam kemalangan dengan motosikal nombor pendaftaran JRW 6906 yang ditunggang oleh pihak ketiga iaitu Chiam Ah Ba dan bukannya disebabkan pelanggaran dengan Defendan-Defendan. Defendan-Defendan telah membawa Notis Pihak Ketiga terhadap penunggang motosikal nombor pendaftaran JRW 6906 iaitu Chiam Ah Ba dan telah memfailkan Affidavit Penyampaian.
4
Saksi-saksi yang telah memberikan keterangan dalam kes ini adalah sebanyak 4 orang iaitu: i. Vikineswary A/P Subramaniam – Pegawai Penyiasat (SP1) ii. Yong Kok Leong – Majikan Si Mati (SP2) iii. Siti Rabiatuladwiah Binti Suhaime – Plaintif Kedua (SP3) iv. Nur Najwa Binti Mustaffa – Isteri Defendan Pertama (SD1) B.
5
Setelah mendengar dan menilai keterangan saksi-saksi, meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan menimbang penghujahan kesemua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa, di atas imbangan kebarangkalian, kedua-dua pihak telah secara bersama menyumbang cuai dan bertanggungan pada kadar 70:30 di mana Defendan-Defendan menanggung 70% liabiliti dan Plaintif-Plaintif menanggung 30% liabiliti. Kos yang dibenarkan adalah mengikut skala.
6
Rayuan ini adalah rayuan oleh pihak Defendan-Defendan yang tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini mengenai isu liabiliti dan kuantum.
7
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap (‘trite law”) bahawa beban pembuktian di dalam kes sivil adalah terletak di bahu Plaintif-Plaintif untuk membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas di dalam kes sivil yang melibatkan kemalangan, di mana, beban pembuktian sentiasa terletak di bahu pihak Plaintif untuk membuktikan kecuaian pihak Defendan dan bukanlah menjadi tugas Defendan untuk membuktikan beliau tidak cuai.
8
Beban pembuktian ini juga diperuntukkan dengan jelas di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “101. (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.”
9
Selanjutnya, Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 turut memperuntukkan seperti berikut: “102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”
10
Untuk maksud yang lebih jelas bagi peruntukan Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 ini, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes TENAGA NASIONAL BHD V. PERWAJA STEEL SDN BHD [1995] 4 MLJ 673, di mana Hakim Low Hop Bing (pada masa itu) menyatakan seperti berikut: “Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. In other words, the plaintiff must prove such facts as the plaintiff desires the court to give judgment as to its right to claim against the defendant or the defendant's liability to pay the plaintiff. The burden of proof is on the plaintiff: s. 101(2). In order to succeed here, the plaintiff must prove its claim affirmatively.”
11
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kes MOHD YUSOF BIN MOHD RAKIM & ANOR VS SHANTA A/P PERIASAMY & ANOR [2006] 5 MLJ 251 at 257, di mana VT Singham J telah memutuskan seperti berikut: “It is important to be reminded that there is no duty on the part of the first defendant in the instant appeal to prove that he is not negligent for the accident until the plaintiffs have established negligence against the first defendant which the plaintiffs have failed”
12
Berdasarkan peruntukan Seksyen-Seksyen serta nas-nas perundangan yang dirujuk, beban pembuktian adalah terletak di bahu Plaintif-Plaintif dan tidak pernah berpindah kepada Defendan-Defendan. Adalah menjadi tanggungjawab Plaintif-Plaintif untuk membuktikan kesnya.
13
Oleh yang demikian, di dalam memutuskan isu liabiliti, Mahkamah ini perlu menentukan terlebih dahulu sama ada Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan kecuaian pihak Defendan-Defendan dalam kemalangan ini. Hanya setelah kecuaian berjaya dibuktikan terhadap Defendan-Defendan, barulah Mahkamah ini memutuskan seterusnya sama ada si mati telah menyumbang cuai dalam kemalangan ini.
14
Di dalam kes ini terdapat dua versi yang berbeza dari kedua-dua belah pihak mengenai bagaimana kemalangan berlaku. Memandangkan terdapat percanggahan di antara versi Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, Mahkamah perlu meneliti versi manakah yang lebih berkemungkinan atau tidak berkemungkinan (inherently probable or improbable) bersandarkan kepada keterangan-keterangan yang ada.
15
Mahkamah ini merujuk kepada kes TABARANI MOHD ARSHAD V CHAN TEN YEU [1993] 3 CLJ 1888, di mana diputuskan bahawa: “When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the testimony of the credible witnesses.”
16
Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan tidak mempertikaikan bahawa si mati telah jatuh di tengah jalan selepas terlibat dalam kemalangan dengan motosikal nombor pendaftaran JRW 6906 yang ditunggang oleh pihak ketiga iaitu Chiam Ah Ba (selepas ini dirujuk sebagai “Kemalangan Pertama”) sebelum si mati dilanggar oleh Defendan Kedua (selepas ini dirujuk sebagai “Kemalangan Kedua”).
17
Perkara yang dipertikaikan adalah sama ada si mati telah meninggal dunia semasa Kemalangan Pertama tersebut berlaku atau si mati masih hidup sehinggalah si mati terlibat dalam Kemalangan Kedua tersebut.
18
Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan dalam kes ini terutamanya keterangan SP1 iaitu Pegawai Penyiasat. Berdasarkan siasatan SP1, si mati masih hidup selepas Kemalangan Pertama. Ini adalah kerana Kemalangan Pertama hanyalah melibatkan pergeseran. Justeru itu, SP1 berpendapat bahawa ia tidak mungkin mengakibatkan kematian.
19
Di dalam mempertimbangkan keterangan SP1, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes TEO BEE LENG V. MOHD FARHAN AZIZAN ADNAN [2020] 1 LNS 612, iaitu setakat mana skop keterangan Pegawai Penyiasat harus diambil kira oleh Mahkamah diputuskan seperti berikut: “D. Whether SC could consider SP1's (investigation Officer) Opinion [17] It is clear from paragraphs 15 and 39 of the GOJ that the learned SCJ had taken into account SP1's Opinion. Even if SP1 is a credible witness, the SC should not have considered SP1's Opinion in This Action. By doing so, I find that SC has committed an error of law (1st Legal Error). The reasons for the 1st Legal Error have been explained in Lim Jeh Haur v. Nicholas Thomas Philip & Anor [2019] 1 LNS 1351; [2019] MLRHU 1023, at [22] to [25], as follows: E. Should court attach any weight to IO's opinion? [22] The Defendant has relied on the opinion evidence of the 2 IO's that the Defendant was not at fault regarding the Incident because the 1st Plaintiff had come out from the left side of the Defendant and had crossed onto the Defendant's right of way. [23] Firstly, a police officer investigating a road accident may give evidence regarding the result of his or her investigation, such as (which are not exhaustive) -
1
the nature and extent of the damage to the vehicles in question;
2
the results of an examination of the scene of accident, e.g. –
a
whether there were skid marks on the road;
b
whether the traffic lights and/or street lights were functioning at the material time; and
c
whether there were traffic signs at the scene of the accident; and
3
a sketch plan of the place of the accident. [24] The court should not attach any weight to the evidence of an IO that a particular party has been negligent or not (or words to that effect) because -
1
whether a party is liable for negligence or otherwise is to be decided by the court;
2
an IO has no personal knowledge regarding the accident. The IO's knowledge of the accident is derived solely from the results of the IO's investigation. In other words, the IO's evidence regarding who is negligent or not, constitutes hearsay evidence. I rely on the following judgment of Ong Hock Thye Ag CJ (Malaya) (sitting as a High Court Judge) in Public Prosecutor v. Siew Sung [1966] 1 MLJ 145, at 145, as follows - "The inspector's evidence that his enquiries led him to believe that the accused was owner of the machine, was rightly struck out as hearsay, upon objection raised by defence counsel. " (emphasis added); and
3
an IO's evidence regarding who is negligent or otherwise, is purely his or her opinion. The court cannot accept opinion evidence unless there is a relevant issue before the court which is beyond the court's competence wherein the court may accept an expert opinion under s. 45(1) EA. Section 45(1) EA provides as follows - "Opinions of experts 45(1) When the court has to form an opinion upon a point of foreign law or of science or art, or as to identity or genuineness of handwriting or finger impressions, the opinions upon that point of persons specially skilled in that foreign law, science or art, or in questions as to identity or genuineness of handwriting or finger impressions, are relevant facts." (emphasis added). [25] As explained in the above paragraph 24, no weight should be attached to the opinion evidence of the 2 IO's that the Defendant was not at fault regarding the Incident. " (emphasis added).”
20
Berdasarkan kes yang dirujuk di atas, Mahkamah berpandangan bahawa Mahkamah ini boleh menerima keterangan SP1 sebagai Pegawai Penyiasat mengenai kemalangan yang telah berlaku melainkan keterangannya menyangkut isu siapakah yang telah cuai atau tidak.
21
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes LILIES SURAYA ABDUL LATIB & ORS V. KHAIRUL SABRI & ORS [2019] 1 LNS 2099 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “The court should not attach any weight to the evidence of an IO that a particular party has been negligent or not (or words to that effect) because -
1
whether a party is liable for negligence or otherwise is to be decided by the court; 2) an IO has no personal knowledge regarding the accident. The IO's knowledge of the accident is derived solely from the results of the IO's investigation. In other words, the IO's evidence regarding who is negligent or not, constitutes hearsay evidence. I rely on the following judgment of Ong Hock Thye Ag CJ (Malaya) (sitting as a High Court Judge) in Public Prosecutor v. Siew Sung [1999] 2 CLJ 151; [1966] 1 MLJ 145, at 145, as follows - "The inspector's evidence that his enquiries led him to believe that the accused was owner of the machine, was rightly struck out as hearsay, upon objection raised by defence counsel. " (emphasis added); and
3
an IO's evidence regarding who is negligent or otherwise, is purely his or her opinion. The court cannot accept opinion evidence unless there is a relevant issue before the court which is beyond the court's competence wherein the court may accept an expert opinion under s. 45(1) EA.”
22
Berdasarkan keterangan SP1 bahawa si mati masih hidup selepas Kemalangan Pertama, Mahkamah ini berpandangan bahawa kematian si mati adalah berpunca daripada Kemalangan Kedua iaitu dilanggar oleh motorkar nombor pendaftaran JQS 1427 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua.
23
Setelah Plaintif-Plaintif Berjaya membuktikan bahawa kematian si mati adalah berpunca daripada Kemalangan Kedua iaitu dilanggar oleh motorkar nombor pendaftaran JQS 1427 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua, maka Mahkamah ini seterusnya perlu memutuskan sama ada si mati telah menyumbang cuai dalam kemalangan ini.
24
Dalam kes SITI ATHIRAH MOHD SAPUAN V. RAZANATUL AIN HASSAN & ANOR [2015] 6 CLJ 295, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “The claim, being a claim for the tort of negligence, the appropriate approach to be taken by the SCJ, first and foremost, was to make a finding of mixed fact and law whether or not the first defendant had breached her legal duty of care towards the plaintiff. Only once negligence has been established against the first defendant should the SCJ proceed to determine contributory negligence on the part of the plaintiff.”
25
Meskipun keterangan SP1 telah membantu Mahkamah ini memutuskan bahawa kematian si mati adalah berpunca daripada Kemalangan Kedua iaitu dilanggar oleh motorkar nombor pendaftaran JQS 1427 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua, keterangan SP1 tidak terhenti setakat itu sahaja. SP1 turut memberikan keterangan berkenaan jarak masa antara Kemalangan Pertama dan Kemalangan Kedua.
26
Keterangan SP1 adalah objektif dan tidak wajar dilihat menyebelahi tuntutan Plaintif-Plaintif semata-mata hanya disebabkan siasatan SP1 mendapati bahawa si mati masih hidup selepas Kemalangan Pertama. Mahkamah ini mendapati bahawa SP1 turut memberikan keterangan mengenai jarak masa antara Kemalangan Pertama dan Kemalangan Kedua adalah kira-kira 10-15 minit.
27
Dalam tempoh masa kira-kira 10-15 minit tersebut, keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini menunjukkan bahawa si mati berada di atas jalan raya yang juga merupakan laluan sah kepada Defendan-Defendan. Selain keterangan bahawa si mati masih hidup pada ketika itu, tiada keterangan secara langsung atau tidak langsung yang menyatakan kenapa si mati berada di atas jalan raya tersebut selama tempoh kira-kira 10-15 minit tersebut dan tidak beralih ke tepi.
28
Mahkamah ini berpandangan bahawa adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini membuat anggapan-anggapan tertentu sedangkan tiada keterangan tentang perkara tersebut dibangkitkan oleh kedua-dua pihak sepanjang perbicaraan dijalankan. Justeru itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa si mati turut menyumbang cuai dalam kemalangan ini.
29
Berkenaan prinsip sumbang cuai ini, Mahkamah ini telah merujuk kes LAI YEW SEONG VS CHAN KIM SANG [1987] CLJ REP 151; [1987] 1 CLJ 352, di mana Mahkamah Agong telah memutuskan seperti berikut: “…negligent as used in the expression 'contributory negligence,' does not mean breach of duty. It means the failure by the person to use reasonable care for the safety of himself or his property so that he becomes the author of his own wrong.”.
30
Mahkamah ini turut meneliti hujahan Defendan-Defendan berkenaan penglibatan pihak ketiga dalam kes ini iaitu penunggang motosikal nombor pendaftaran JRW 6906 dikenali sebagai Chiam Ah Ba. Defendan-Defendan telah membawa Notis Pihak Ketiga terhadap penunggang motosikal nombor pendaftaran JRW 6906 iaitu Chiam Ah Ba dan telah memfailkan Affidavit Penyampaian.
31
Plaintif-Plaintif berhujah bahawa dengan ketiadaan Penghakiman Ingkar dimasukkan terhadap Pihak Ketiga tersebut maka Mahkamah boleh menganggap tiada kecuaian di pihak Ketiga dan isu siapa punca Kemalangan Pertama tidak wujud. Plaintif-Plaintif juga menghujahkan bahawa Pihak Ketiga tidak pernah disepina untuk hadir ke Mahkamah ini.
32
Mahkamah ini telah meneliti perkara tersebut dan berpandangan bahawa selain berlakunya Kemalangan Pertama dan kewujudan Pihak Ketiga yang diakui oleh kedua-dua pihak, tiada keterangan lain di hadapan Mahkamah ini yang membolehkan Mahkamah ini mempertimbangkan isu liabiliti Pihak Ketiga dalam kes ini. Berdasarkan perkara tersebut, Mahkamah ini tidak membuat sebarang perintah berkenaan Pihak Ketiga dalam kes ini.
33
Mahkamah ini merujuk kes SABRI ABDUL TALIB AND VT LOGISTICS (M) SDN. BHD. V. TIONG MEE KOOI [2021] 1 LNS 2275, di mana Evrol Mariette Peters J, menyatakan bahawa: “The standard of proof on the Plaintiff to prove his claim was on a balance of probabilities. The term ‘balance of probabilities’ was described in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 by Denning J (as he then was) as ‘more probable than not’ and which is ‘not so high as required in a criminal case…but if the probabilities are equal, it is not discharged’. The standard, therefore, does not allow for any guesswork, speculation, surmise, or conjecture. Miller v. Minister of Pensions has been assimilated into Malaysian jurisprudence through several cases, including Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1.”.
34
Berdasarkan perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa, di atas imbangan kebarangkalian, kedua-dua pihak telah secara bersama menyumbang cuai dan bertanggungan pada kadar 70:30 di mana Defendan-Defendan menanggung 70% liabiliti dan Plaintif-Plaintif menanggung 30% liabiliti. C.
35
Dalam mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi Plaintif-Plaintif, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mengenai gantirugi am sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes KU JIA SHIUEN (AN INFANT SUING THROUGH HER MOTHER AND NEXT FRIEND, TAY PEI HOON) & ANOR V GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS [2013] 4 MLJ 108, di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)).
36
Bagi gantirugi am, Mahkamah ini memberikan gantirugi am seperti berikut:
1
Gantirugi Am
a
Dependency claim/Loss of support (RM2,600 sebulan x 12 bulan x 7 tahun) = RM218,400 i. Plaintif-Plaintif telah merujuk gaji si mati sebanyak RM3,100 sebulan dan mencadangkan sejumlah RM260,000.00 (RM3,100 x 12 bulan x 7 tahun) ii. Manakala Defendan-Defendan pula, mencadangkan sejumlah RM42,000.00 (RM500 x 12 bulan x 7 tahun) diberikan. iii. Mahkamah ini telah meneliti keterangan yang telah dikemukakan oleh SP3 iaitu anak si mati serta mengambil kira jumlah yang dinyatakan telah diberikan oleh si mati kepada keluarga sebanyak RM2,600.00 sebulan dan berpandangan bahawa jumlah tersebut adalah munasabah. Mahkamah berpandangan bahawa jumlah yang wajar diberikan kepada Plaintif-Plaintif adalah sejumlah RM218,400 (RM2,600 sebulan x 12 bulan x 7 tahun). Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM218,400
2
Gantirugi Khas
a
Kos laporan bedah siasat = RM40
b
Kos laporan polis dan rajah kasar = RM200
c
Kos laporan JPJ = RM20
d
Kos pengkebumian = RM2500 i. Item (d) di atas dipertikaikan oleh Defendan-Defendan kerana tiada resit dikemukakan. Plaintif-Plaintif telah menuntut sejumlah RM5,000. Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah 1/2 daripada jumlah tuntutan Plaintif-Plaintif.
e
Kedukacitaan (Tanpa faedah) = RM10,000 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM12,760.
37
Secara keseluruhan, selepas mengambil kira isu liabiliti, Mahkamah ini memerintahkan Defendan-Defendan membayar kepada Plaintif-Plaintif gantirugi am sebanyak RM152,880 (iaitu 70% daripada RM218,400) dan gantirugi khas sebanyak RM8,932 (iaitu 70% daripada
38
Mahkamah juga membenarkan faedah 2.5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman, faedah 5% setahun ke atas gantirugi am dari tarikh penyampaian writ saman sehingga tarikh penghakiman dan faedah pada kadar 5% setahun ke atas keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Kos adalah mengikut skala.
39
Di dalam kes ini setelah Mahkamah mendengar keterangan bersumpah dari saksi-saksi, meneliti dokumen-dokumen dan ekhibit-eksibit berkaitan yang telah dikemukakan serta membaca hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas beban imbangan kebarangkalian dan prinsip undang-undang yang ada Mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang diberikan adalah adil dan munasabah serta mengikut undang-undang. Bertarikh 6 November 2024 Sekian, terima kasih.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.