Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52C-1-01/2022
CA-B52C-1-01/2022
Sessions Court of Malaysia12 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sqyBt7l5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 Alizatul Khair Osman JCA: [49] Firstly, it is trite that under s. 101 and s. 102 of the Evidence Act 1950, the burden is on the plaintiff to prove its case. [50] By way of emphasis and for ease of reference we”
“ay v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly th”
“2. On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] The case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounde”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52C-1-01/2022
1
ANTARA Norasmuna Aili Binti Ahmad [Identity Card No.: 770817115250]
2
Wan Izzah Iwana Nadjmin Binti Wan Ahmad Izuan [Identity Card No.: 990812115096] [SURIA ROSMAH & ASSOCIATES] …PLAINTIF-PLAINTIF DAN Nor Hayati Binti Mat Yusof [Identity Card No.: 770712065680] [IBRAHIM & FUAADAH] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (SELEPAS BICARA PENUH DENGAN SAKSI) LATARBELAKANG KES [1] Plaintif telah melantik Defendan untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian ke atas premis perniagaan Plaintif iaitu The Sky Inn S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g di Teluk Cempedak sebagai sebuah “guess house”/rumah penginapan mengikut pelan yang telah dieprsetujui kedua-dua pihak (selepas ini akan dirujuk sebagai “Premis Tersebut”). [2]
Preamble
Menurut perjanjian, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut perlu disiapkan dalam masa satu (1) bulan bermula Februari 2020 dan berakhir Mac 2020 tetapi telah dipersetujui bahawa tempoh tersebut dilanjutkan sehingga April 2020 atas permintaan Defendan. [3] Defendan telah mengemukakan satu Sebut Harga bertarikh 20/2/2020 berjumlah RM74,800.00. Berikutan itu, Plaintif telah membuat bayaran deposit 50% iaitu sebanyak 37,400.00. Defendan kemudian telah meminta Plaintif membuat bayaran seterusnya dan Plaintif telah mengemukakan bayaran sebanyak RM28,000.00 pada 24/4/2020. [4] Atas permintaan dan representation Defendan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian sedang berjalan dan Defendan memerlukan modal untuk meneruskan dan menyiapkan kerja-kerja, Plaintif telah membuat bayaran secara keseluruhan kepada Defendan sebanyak RM105,400.00. [5] Pada semua masa material, Plaintif dan juga pereka/penyelia Plaintif iaitu En. Hafiz telah memberi peringatan, membuat aduan dan teguran kepada En. Abdullah As Syarif di pihak Defendan S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g supaya melaksanakan kerja-kerja dengan sempurna, mencapai fungsi pembinaan dan pengubahsuaian serta menyiapkan kerja dalam masa yang telah dijanjikan tetapi Defendan gagal berbuat demikian. [4] Plaintif tidak berpuashati dengan kerja-kerja Defendan dan telah mengarahkan Defendan untuk memperbaiki kecacatan dan ketidaksempurnaan serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan tetapi Defendan gagal berbuat demikian. Sebaliknya Defendan telah meninggalkan barang-barang, longgokan sampah, bahan-bahan pembinaan sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada operator-operator rumah persinggahan berdekatan sehingga Plaintif mendapat aduan. [5] Sehingga November 2020, Defendan masih gagal menyiapkan kerja-kerja sebagaimana dijanjikan walaupun pelbagai aduan telah dibuat oleh pihak Plaintif. [6] Pada 17/11/2020, Defendan telah meninggalkan tapak projek. Plaintif telan menilai kerosakan dan kecacatan kerja yang ditinggalkan oleh Defendan dan terpaksa menanggung kos membaikpulih serta mengalami kerugian pendapatan sebagaimana dirancang. Oleh itu, Plaintif menuntut kerugian sebagaimana dalam penyataan tuntutan. S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g [7] Defendan dalam pembelaan menegaskan bahawa kerja-kerja tidak dapat disiapkan atas alasan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak telah bersetuju untuk melanjutkan masa. [8] Defendan menyatakan bahawa apa-apa kecacatan telah diperbaiki. [9] Pada 17/11/2020, Defendan telah pergi ke tapak projek untuk berbincang dengan Plaintif tentang tunggakan bayaran yang belum dijelaskan oleh Plaintif serta berbincang cara baik tentang penambahbaikan kerja-kerja yang diarahkan oleh Plaintif kepada tukang-tukang Defendan yang tiada dalam sebut harga tetapi Defendan telah dimakihamun dan dihalau keluar. Oleh demikian, Defendan telah keluar dari tapak projek dengan meninggalkan barang-barang di tapak sementara menunggu Plaintif mengarahkan Defendan meneruskan kerja dan membayar tunggakan yang ada. [10] Tiba-tiba, Defendan mendapat tahu dari “Facebook” bahawa Plaintif telah melantik kontraktor lain bagi projek tersebut. Defendan kemudian telah membuat satu laporan polis. [11] Defendan menyatakan bahawa butiran kecacatan yang dinyatakan oleh Plaintif telah diperbaiki oleh Defendan dan/atau ia tidak berlaku semasa Defendan berada di tapak projek. S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g [12] Defendan menafikan bahawa kerugian yang dialami oleh Plaintif adalah disebabkan oleh Defendan. [13] Mahkamah setelah mendengar keterangan saksi dan menilai segala eksibit yang dikemukakan, pada 12/9/2025 telah memutuskan sebagaimana berikut: Perenggan 17 (i) Jumlah sebanyak RM104,128.00 – dibenarkan; Perenggan 17 (ii) Jumlah sebanyak RM105,400.00 yang telah dibayar kepada Defendan dikembalikan semula kepada Plaintif-Plaintif – ditolak; Perenggan 17 (iii) Gantirugi Khas sebanyak RM147,142.44 yang merangkumi:
a
Kerugian pendapatan bagi jualan bilik-bilik dan minuman (beverages) yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif bagi bulan Mei 2020 hingga November 2020 sebanyak RM117,430.04 – dibenarkan;
b
Kos-kos bayaran sewa, deposit dan bayaran utility dari bulan Mei 2020 hingga November 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM29,705.40 – dibenarkan; Perenggan 17 (iv) Gantirugi Am dan gantirugi teladan atas perlanggaran kontrak – ditolak; S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g Perenggan 17 (v) Faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman yang diputuskan oleh Mahkamah ini dikira daripada tarikh pemfailan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan sehingga tarikh penjelasan penuh – dibenarkan; Perenggan 17 (vi) kos RM13,000.00. [14] Terkilan dengan keputusan tersebut, pihak Defendan telah memfailkan satu Notis Rayuan di Lampiran 45 atas keseluruhan keputusan berhubung isu liability, kuantum dan juga kos. [15] Tiada Notis Rayuan Balas di pihak Plaintif bagi keputusan tersebut. DAPATAN MAHKAMAH [1] Perbicaraan telah dijalankan dengan Plaintif memanggil 3 orang saksi manakala Defendan telah memanggil 2 orang saksi. [2] Dalam membuktikan sesuatu kes sivil, beban pembuktian adalah atas imbangan kebarangkalian. Secara asasnya, beban terletak pada pihak Plaintif. [3] Melalui kes SAMPO MATERIALS (M) SDN BHD v. TENAGA NASIONAL BHD, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2015] 9 CLJ 902, Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut: JUDGMENT S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g Alizatul Khair Osman JCA: [49] Firstly, it is trite that under s. 101 and s. 102 of the Evidence Act 1950, the burden is on the plaintiff to prove its case. [50] By way of emphasis and for ease of reference we reproduce below ss. 101 and 102 of the Evidence Act 1950:
101
Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.
102
On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] The case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly the plaintiff must establish his case. If S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g he fails to do so, it will not avail him to turn around and say that the defendant has not established his. (emphasis added) [4] Mahkamah merujuk keputusan dalam kes Mahkamah Rayuan HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD V. WOO THIN CHONG [2018] 2 MLRA 321 yang memutuskan seperti berikut: "[43] It was trite that while it was true that the overall burden of proving a civil claim on a balance of probabilities was on the party bringing the action (the plaintiff), a party who alleged or relied upon a particular fact had the onus or responsibility to establish on evidence the existence of that fact.” [5] Dalam pembelaan Defendan pula, Defendan hanya meletakkan beban kepada Plaintif untuk membuktikan tuntutan mereka. Tiada isu lain yang dibangkitkan oleh Defendan selain daripada alasan kelewatan disebabkan oleh PKP dan juga jika ada apa-apa kerugian/kecacatan, ia telah dibaikpulih oleh Defendan atau bukan disebabkan oleh pihak Defendan. [6] Dalam tindakan ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa adalah fakta yang tidak dinafikan terdapat kelewatan penyiapan kerja oleh Defendan seperti mana yang dipersetujui dalam perjanjian. Defendan juga tidak mempertikaikan bahawa Defendan telah keluar tapak projek pada 17/11/2020. Jika dilihat daripada keterangan lisan S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g dan juga pengakuan saksi-saksi, tempoh akhir setelah lanjutan diberikan sepatutnya adalah pada April 2020. [7] Fakta ini juga telah disokong oleh eksibit P4 iaitu perbualan Whatsapp antara SD1 dan SP1. sehingga 3/10/2020, SD1 mengakui kerja masih belum siap dan tidak sempurna tetapi dalam masa yang sama, masih memohon masa 2 minggu kepada SP1 untuk menyelesaikan isu berbangkit. [8] Isu yang dibangkitkan oleh Defendan dalam pembelaan bahawa mereka perlu lanjutan masa kerana disebabkan PKP, Defendan tidak dapat menjalankan kerja di tapak. Keterangan ini adalah bercanggah dengan keterangan SD1 dan SD2 sendiri apabila kedua-dua saksi Defendan mengakui mereka hadir buat kerja di tapak semasa tempoh PKP. Ini adalah selari dengan keterangan saksi Plaintif bahawa ada kerja dijalankan dalam tempoh PKP bahkan ada sebahagian bayaran telah dibuat oleh Plaintif kepada Defendan pada 27/9/2020 sebanyak RM28,000.00 iaitu bagi tempoh yang dikatakan sebagai tempoh PKP. [9] Walaupun tidak pernah diplidkan oleh Defendan dalam pembelaan mereka, terdapat isu dibangkitkan semasa perbicaraan bahawa kelewatan adalah juga disebabkan antara lain permintaan Plaintif S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g yang dari masa ke semasa memberi pelbagai arahan-arahan kerja tambahan. [10] Dalam hal ini, Plaintif telah merujuk kepada beberapa eksibit sebagaimana invois, sebut harga dan bayaran yang telah dibuat. Adalah tidak dinafikan, jika ada sekalipun kerja-kerja tambahan, ia bukan satu factor kepada kelewatan ini. [11] Pihak Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa apa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak telah dibincangkan bersama dan isu tersebut tidak pernah dibangkitkan pada bila-bila masa. Jika dirujuk juga daripada keterangan yang ada, nilai projek dan bayaran yang dibuat oleh Plaintif juga sudah tidak sama dari perjanjian asal disebabkan perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak sebelum ini. [12] Keterangan saksi-saksi Plaintif tidak dapat disangkal oleh pihak Defendan bahkan eksibit perbualan Whatsapp (P4 dan P5) yang telah dikemukakan jika dibaca secara keseluruhan, menjelaskan keaadaan sebenar. P4 dan P5 adalah diakui dan tidak pernah dicabar oleh SD1 dan SD2. [13] Masalah yang ditimbul adalah disebabkan masalah dalaman pihak Defendan. Perbualan Whatsapp tersebut tidak pernah dipertikaikan S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g oleh pihak Defendan. Pihak Defendan pula gagal memberikan bukti menentang keterangan di pihak Plaintif berhubung isu ini. [14] Daripada keterangan perbualan Whatsapp yang ada, Mahkamah boleh ringkaskan bahawa SD1 dan SD2 mengakui secara secara terang kesilapan mereka. Defendan akui kerja tidak siap tetapi Plaintif masih membuat bayaran sebagaimana dimohon. Sebab Plaintif membuat bayaran adalah atas permintaan Defendan untuk modal dan juga atas dasar membantu bagi tujuan mempercepatkan kerja/urusan memandangkan Defendan telah bercerita Panjang lebar masalah dalaman yang dihadapi Defendan. [15] SD1 juga akui bahawa keterangan yang ada bukan semata-mata bergantung kepad aperbualan lisan tetapi pihak-pihak juga bergantung kepada quotation/sebut harga yang dikeluarkan. Jika dilihat sebut harga Defendan, ia dikeluarkan melepasi tempoh kontrak sedangkan keterangan dan dokumen dipiohak Plaintif menunjukkan bahawa arahan telah diberikan lebih awal. Defendan adalah pihak yang suka melambat-lambatkan kerja dan bertangguh, ini jelas daripada perbualan Whatsapp yang dikemukakan. [16] Oleh itu, dari keseluruhan keterangan yang ada, isu kelewatan serahan tapak projek yang sempurna mengikut persetujuan adalah tidak dinafikan dan ia adalah akibat daripada kecuaian pihak S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g Defendan sepenuhnya. Masalah dalaman Defendan bukan pembelaan dan alasan kukuh kerja tidak dapat disiapkan sebagaimana dipersetujui. [17] Plaintif mendakwa kerja-kerja bukan sahaja tidak disiapkan oleh Defendan sebagaimana dipersetujui dalam perjanjian bahkan kerja-kerja yang dijalankan juga mempunyai banyak kecacatan dan perlu kepada pembaikan. [18] Plaintif mendakwa ia adalah disebabkan oleh kecuaian di pihak Defendan. Sebagaimana dipersetujui kedua-dua pihak, Defendan telah meninggalkan tapak pada 17/11/2020. Pada tahap itu, tiada pengesahan peratus kesiapan kerja di tapak atau apa-apa pemeriksaan bersama dilakukakan kedua-dua pihak. [19] Mahkamah ingin merujuk kepada kronologi kes ini di mana Defendan dalam kes ini telah memfailkan tuntutan terhadap Plaintif dalam satu tindakan lain di Mahkamah Sesyen 2 bagi menuntut jumlah bayaran tunggakan bagi kerja-kerja yang dikatakan telah disiapkan bagi projek ini (projek yang sama). Tindakan tersebut telah diputuskan sehingga ke rayuan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi telah menolak tuntutan Defendan bagi dan hanya membenarkan jumlah RM8,800.00 sahaja. S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g [20] Walaupun Mahkamah ini menilai tuntutan di sini berdasarkan keterangan yang ada dalam perbicaraan ini, ini secara tidak langung menunjukkan bahawa Defendan dalam tuntutan satu lagi gagal menunjukkan tahap kesiapan penuh kerja/kesempunaan kerja pada tarikh akhir Defendan meninggalkan tapak projek. [21] Daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif dalam perbicaraan ini, terdapat kerja-kerja yang perlu diselesaikan oleh pihak Plaintif dan juga pembaikan kecacatan bagi kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Defendan di tapak projek. [22] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Plaintif telah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan kerugian di pihak Plaintif (mitigate the losses) apabila Plaintif dengan segera melantik pihak ketiga meneruskan kerja-kerja terbengkalai yang Defendan telah tinggalkan. [23] Plaintif telah melantik SP3 sebagai pihak ketiga bagi tujuan ini.
Preamble
Menurut SP3, beliau adalah pihak yang sediakan pelan pada peringkat awal untuk projek tersebut atas arahan Defendan. SP3 tidak bekerja secara langsung dalam projek tersebut tetapi telah diarahkan oleh Plaintif untuk menyelaras kerja-kerja tapak memandangkan timbul pelbagai masalah ditapak setelah Defendan dilantik. S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g [24] SP3 telah diarahkan oleh Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja sewajarnya. SP3 telah masuk tapak projek 2 minggu selepas Defendan keluar daripada tapak projek. Kerja-kerja yang telah dijalankan adalah sebagaimana dinyatakan dalam Perenggan 14 Penyataan Tuntutan Plaintif. [25] SP3 telah memberikan keterangan terpeinci beserta gambar (P10) menerangkan kerja-kerja yang dilaksanakan serta kecacatan yang ditinggalkan oleh Defendan. Defendan membalas keterangan ini dan mencabar keterangan SP3. Walaupun begitu, Defendan tidak pernah mengemukakan apa-apa dokumen atau keterangan mempertikaikan dokumen dan gambar yang dikemukakan oleh Plaintif. [26] Sebagai contoh, SP3 telah memberikan keterangan beliau telah membuat kerja-kerja bagi septik tank. SP3 telah kemukakan gambar. Walaubagaimanapun, Defendan menyangkal keterangan tersebut dan menyatakan bahawa Defendan telah menyiapkan septic tank sebelum meninggalkan tapak. Gambar yang dirujuk oleh SP3 adalah berbeza dengan penerangan Defendan. Defendan pula sebaliknya gagal menunjukkan bukti samada gambar septik tank yang telah Defendan siapkan atau invois bagi bayaran kesiapan septic tank mahupun laporan menunjukkan sedemikian. S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g [27] Mahkamah juga merujuk kepada perbualan Whatsapp yang telah dikemukakan oleh pihak Plaintif. Adalah jelas daripada keseluruhan perbualan tersebut, pihak Plaintif telah berulangkali menegur, menasihatkan serta memberi amaran kepada Defendan tentang mutu kerja Defendan sepanjang Defendan di tapak projek. Defendan hanya meminta maaf, berdiam diri tetapi tidak mengambil tindakan sewajarnya. [28] Dalam masa yang sama, apabila SD1 dirujuk dengan gambar eksibit P10 semasa Pemeriksaan Balas, SD1 setuju P10 diambil selepas 17/11/2020 iaitu tarikh selepas Defendan meninggalkan tapak projek. Terdapat juga gambar menunjukkan SP3 dan pekerja-pekerjanya sedang menjalankan kerja-kerja di tapak pada 3/1/201. Oleh demikian, Plaintif telah Berjaya membuktikan fakta ini yang mana gagal dicabar oleh pihak Defendan. [29] Bagi kerja-kerja yang telah dijalankan oleh Pihak Ketiga (SP3), Plaintif telah mengeluarkan perbelanjaan dan kos sebanyak RM14,128.00 sebagaimana di eksibit P13. SP3 pula telah mengaku terima bayaran daripada pihak Plaintif bagi kerja-kerja yang telah dijalankan. [30] Pihak Defendan membantah bagi tuntutan ini dengan berhujah bahawa pihak Plaintif gagal mengemukakan laporan kesiapan kerja S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g oleh pihak professional, gagal menjalankan pemeriksaan bersama di tapak juga gagal mengemukakan sijil kesiapan (certificate of completion dan compliance). [31] Dalam isu ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa perjanjian ini pada dasarnya dimuktamadkan melalui persetujuan Plaintif dan Defendan secara perbincangan bersama. Segala progress kerja dan juga apa-apa arahan selanjutnya juga dibicangkan secara bersama. Tiada apa-apa perjanjian bertulis atau terma-terma jelas. Walaupun begitu, Plaintif masih berhak menerima hasil kerja sebagaimana dijanjikan oleh pihak Defendan. [32] Plaintif dalam masa yang sama berhak untuk mendapat apa yang dijanjikan. Disebabkan tindakan cuai Defendan, Plaintif telah dinafikan hak-hak tersebut. Dalam masa yang sama, sebagai seorang indivdu yang berhasrat untuk menjadi pengusaha rumah penginapan, setelah banyak kos dikeluarkan dan dengan janji yang telah diberikan, Plaintif telah mengalami banyak kerugian. Masa adalah emas bagi sesuatu perniagaan. Kelewatan bermakna kerugian. [33] Oleh demikian, tindakan Plaintif melantik pihak ketiga menyempurnakan kerja tergendalai bagi mencapai maksud dan tujuan asal adalah betul. Kerja telah dilaksanakan dan disiapkan S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g oleh Pihak Ketiga. Ia adalah bukti yang tidak dapat dicabar. Pihak Ketiga telah mengeluarkan kos darisegi bahan dan upah tenaga kerja. Kos ini pula telah dituntut kepada Plaintif dan telah dibuat bayaran oleh pihak Plaintif kepada Pihak Ketiga. [34] Samada jumlah tersebut munasabah, berlebihan atau tidak patut bukan isu untuk dipertikaikan di pihak Defendan. Jika projek sempurna disiapkan dan mencapai tahap dan mutu yang dihadrapkan, kos tambahan tidak sepatutnya timbul. [35] Plaintif juga pada masa yang sama telah membuat bayaran kepada Pihak Ketiga bagi kerja-kerja yang dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Plaintif sendiri tidak membantah hal ini dan berpuashati dengan hasil kerja Pihak Ketiga dan membuat bayaran tanpa bantahan. [36] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif-plaintif telah berjaya untuk membuktikan kes mereka terhadap Defendan. Keterangan SD1 dan SD2 adalah penafian semata-mata sedangkan eksibit dan keterangan lain membuktikan sebaliknya. [37] Oleh itu, setelah meneliti Ikatan Pliding, keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit, hujahan dan otoriti kesemua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan sebagaimana berikut: S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g a) Perenggan 17 (i) Jumlah sebanyak RM104,128.00 – dibenarkan;
1
Ini adalah bagi kos kerja-kerja pembaikan yang dituntut semula oleh pihak Plaintif terhadap pihak Defendan.
2
Walaupun terdapat kerja-kerja telah dijalankan oleh Defendan ditapak projek tersebut, masih terdapat kerja-kerja yang belum disiapkan, terbengkalai, cacat (defective) dan tidak diambil tindakan sewajarnya oleh Defendan untuk memperbetulkan dan membaikpulih keadaan.
3
Plaintif telah membuktikan kos bagi kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Defendan dan juga kerugian akibat kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang dipersetujui.
4
Plaintif telah mengalami kerugian akibat kegagalan Defendan melaksanakan kerja-kerja sebagaimana dijanjikan.
5
Keterangan saksi-saksi Plaintif menyokong tuntutan Plaintif manakala Defendan gagal membuktikan sebaliknya. b) Perenggan 17 (ii) Jumlah sebanyak RM105,400.00 yang telah dibayar kepada Defendan dikembalikan semula kepada Plaintif-Plaintif – ditolak; S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g Tidak dinafikan ada kerja yang telah dilaksanakan oleh Defendan. Oleh itu, jumlah yang telah dibayar bagi kerja-kerja tersebut sebagaimana diperenggan 17 (ii) adalah ditolak. Ia bukanlah satu jumlah yang perlu dipulangkan semula oleh Defendan kepada Plaintif kerana ia adalah upah atau jumlah bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Ini juga telah diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi. c) Perenggan 17 (iii) Gantirugi Khas sebanyak RM147,142.44 yang merangkumi:
a
Kerugian pendapatan bagi jualan bilik-bilik dan minuman (beverages) yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif bagi bulan Mei 2020 hingga November 2020 sebanyak RM117,430.04 – dibenarkan;
b
Kos-kos bayaran sewa, deposit dan bayaran utility dari bulan Mei 2020 hingga November 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM29,705.40 – dibenarkan;
1
Plaintif telah mengemukakan bukti dokumen berhubung tuntutan ini. Tidak dapat dinafikan projek telah lama terbengkalai dan Plaintif tidak dapat meneruskan tujuan perniagaan beliau iaitu menguruskan rumah penginapan. S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g
2
Tujuan rumah penginapan adalah bagi membuka peluang ia disewakan. Dalam masa yang sama, Plaintif boleh mendapatkan hasil sampingan daripada jualan makanan dan minuman,
3
Dalam masa yang sama, bil utility masih perlu dibayar walaupun bilik tidak berpenghuni. Kelewatan menjalankan perniagaan adalah kerugian yang meningkat dari hari ke hari.
4
Ia juga salah satu kerugian yang tidak dapat dipertikaikan dalam hal ini dan Mahkamah dapati pihak Plaintif telah Berjaya membuktikan kerugian tersebut. d) Perenggan 17 (iv) Gantirugi Am dan gantirugi teladan atas perlanggaran kontrak – ditolak; e) Perenggan 17 (v) Faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman yang diputuskan oleh Mahkamah ini dikira daripada tarikh pemfailan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan sehingga tarikh penjelasan penuh – dibenarkan; f) Perenggan 17 (vi) kos RM13,000.00 Sekian untuk pertimbangan YAH. S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g Disediakan oleh: Sazlina Safie …………………………… Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2, Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang. Tarikh :18/11/2025 PEGUAMCARA PLAINTIF: CIK ROSMAH BT ROSLI CIK JULIANA BT ABU BAKAR TETUAN SURIA ROSMAH CIK UMI UMAIRAH BT RUPAWON [TETUAN SURIA ROSMAH & ASSOCIATES] PEGUAMCARA DEFENDAN: EN. NIK MOHAMAD ANUAR BIN BADIRUDDEEN [TETUAN IBRAHIM & FUAADAH] S/N oIBL/dPxNUGzlsqyBt7l5g
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.