Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO DA-12ANCC-1-03/2017
DA-12ANCC-1-03/2017
High Court of Malaysia26 Jun 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“NA v. Ooi Boon Leong & Ors [1981] 1 MLJ 282. Since then, there is an unbroken line of authorities including decisions of the Court of Appeal in Tan Chong Keat v. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad [2008] MLJU 289; [2008] 4 CLJ 748; Melewar Leisure Sdn Bhd v. Danaharta Managers Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 317; [2011] 1 CLJ 8”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO DA-12ANCC-1-03/2017
1
1.
2
WAN NORMAZLAN BIN CHE JAAFAR … PERAYU-PERAYU/DEFENDAN-DEFENDAN DAN CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD … RESPONDEN/PLAINTIF ALASAN PENGHAKIMAN [Interlokutari – Kandungan 12 – Membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif/(“Striking Out”)] A. LATAR BELAKANG [1] Melalui kandungan 12, Defendan telah memohon untuk membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif pada 15.6.2016 (striking out) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) di bawah Aturan 18, Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak Permohonan Defendan 2 ini. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini. [2] Mahkamah ini, setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, telah menolak rayuan Defendan-Defendan tersebut dan mengekalkan keputusan HMS dengan kos sebanyak RM2,000.00. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [4] Ini merupakan alasan-alasan tersebut. [5] Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan sebagaimana kes asal di Mahkamah Sesyen. B. FAKTA KES [6] Plaintif telah memfailkan writ saman no DA-B2NCC-5-06/2016 menuntut sejumlah RM572,997.91 iaitu dikatakan wang terhutang oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif berdasarkan Notis Subrogasi bertarikh 11.11.2007. Notis ini adalah daripada Malayan Banking Berhad kepada Plaintif dan satu perjanjian pinjaman di antara W.E.P (KEL) Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “Peminjam”) dengan Malayan Banking Berhad melalui Surat Tawaran bertarikh 21.08.2002 dan Perjanjian Pinjaman untuk satu Kemudahan Pinjaman Overdraft di bawah Direct Access Guarantee Scheme (DAGS) berjumlah RM600,000.00. 3 [7] Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah merupakan Penjamin-Penjamin kepada Perjanjian Kemudahan tersebut melalui Surat Jaminan bertarikh 2.10.2002. [8] Pihak Plaintif merupakan salah satu penjamin bayaran semula pinjaman oleh Peminjam kepada Malayan Banking Berhad melalui DAGS seperti yang dipersetujui di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian tersebut. [9] Selanjutnya juga dipersetujui di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian Pinjaman tersebut bahawa Plaintif akan mengambil alih segala hak-hak dan kepentingan Malayan Banking Berhad di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian tersebut untuk mendapatkan semua hutang yang tertunggak oleh Peminjam kepada Malayan Banking Berhad setelah pinjaman yang tertunggak oleh Peminjam dijelaskan oleh Plaintif kepada Malayan Banking Berhad. [10] Peminjam telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk mengemaskini kemudahan pinjaman tersebut dengan sempurna. Melalui Notis Subrogasi tersebut, Plaintif telah membuat bayaran tebus gadai kepada Malayan Banking Berhad bagi menyelesaikan pinjaman yang tertunggak oleh Peminjam sepertimana yang dipersetujui. [11] Satu Penghakiman bertarikh 17.4.2012 telah direkodkan terhadap Peminjam melalui Guaman Sivil No. 22-55-2011 di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu. Namun, sehingga kini jumlah 4 Penghakiman tersebut masih belum dijelaskan oleh Peminjam tersebut kepada Plaintif. [12] Plaintif telah menghantar, melalui peguamcaranya, Notis Tuntutan bertarikh 17.5.2016 secara Pos Berdaftar kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan menuntut Defendan Pertama dan Defendan Kedua menjelaskan hutang sebanyak RM572,997.91 bagi Kemudahan Pinjaman tersebut sebagai Penjamin. Namun begitu, Defendan Pertama dan Defendan Kedua gagal membayar hutang tersebut. Maka Plaintif telah membuat tuntutan sepertimana di kandungan (1). C. PERMOHONAN INTERLOKUTARI DEFENDAN-DEFENDAN DI BAWAH ATURAN 18, KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 [13] Pihak Defendan telah memfailkan Notis Permohonan bertarikh 14.11.2016 di dalam Lampiran 12 memohon agar Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dibatalkan mengikut Aturan 18 Kaedah 19(a) atau (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan menghujahkan, antara lain, seperti berikut: a) Plaintif tiada kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan dan tiada hak untuk menuntut terhadap Defendan-Defendan; b) Plaintif gagal mengemukakan Notis Tuntutan ke atas kegagalan yang didakwa berlaku sejak daripada pinjaman 5 yang dikeluarkan oleh MBB dan Notis yang dikeluarkan pada 17 Mei 2016 adalah tidak sah; c) Defendan-Defendan tidak bertanggungan pada masa material ke atas dakwaan Plaintif dan tuntutan Plaintif adalah tidak jelas, tidak mengandungi asas butir-butir tuntutan yang tepat dalam keadaan menuntut satu jumlah yang khusus “liquidated amount”; d) Tuntutan Plaintif adalah di luar tempoh masa dan doktrin laches adalah terpakai; e) Tindakan Plaintif adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. D. UNDANG-UNDANG MENGENAI PERMOHONAN INI (“STRIKING OUT”) [14] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa permohonan untuk "striking out" hanya boleh dibenarkan di dalam kes yang jelas dan nyata serta tidak dapat dipertahankan (plain and obvious) sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Berhad [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36. [15] Tugas Plaintif di dalam kes 'striking out' ialah membuktikan bahawa adanya kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan dan perbicaraan perlu diteruskan kerana terdapat isu-isu 6 yang perlu dibicarakan. Sekiranya pun, kausa tindakan tersebut adalah lemah dan tidak mempunyai prospek untuk berjaya namun selagi terdapat isu-isu yang layak dibicarakan atau isu-isu yang membawa kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan maka permohonan 'striking out' tidak sewajarnya dibenarkan sepertimana yang diputuskan di dalam kes Abu Bakar Bin Haji Yusuf v. Mohamed Hamzah Bin Hanapiah & Anor [1978] 1 LNS 2; [1978] 2 MLJ 78 seperti berikut: "As a general rule it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to this summary procedure. The mere fact that the case is weak and unlikely to succeed is no ground for striking out a pleading". E.
i
Plaintif tidak ada kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan. [16] Defendan menghujahkan bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan dan diekshibitkan oleh Plaintif tidak dapat membuktikan hak Plaintif dalam menuntut terhadap kedua-dua Defendan dan tidak membuktikan asas tuntutan Plaintif. [17] Defendan juga menghujahkan bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menerima apa-apa Notis Tuntutan daripada Malayan Banking Berhad dan Defendan-Defendan juga tidak menerima apa-apa tuntutan daripada Plaintif setelah dakwaan Plaintif bahawa 7 Plaintif telah membuat bayaran penuh kepada Malayan Banking Berhad. [18] Selain itu, Defendan-Defendan juga menghujahkan bahawa Plaintif tidak pernah mengemukakan apa-apa surat atau tuntutan atau notis kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk mengemaskini, menyempurnakan dan/atau menjelaskan apa-apa akaun dengan Plaintif. Oleh itu, Notis Tuntutan Plaintif adalah tidak sah. [19] Mahkamah merujuk kepada kes The Ka Wah Bank Ltd v. Hong Leong Bank Bhd & Ors [2000] 4 MLJ 493 untuk meneliti prinsip subrogasi. Fakta di dalam kes tersebut hampir sama dengan fakta di dalam kes ini. Secara ringkas, di dalam kes tersebut, Responden Pertama dan Responden Kedua telah memberikan satu pinjaman berjangka bersindiket berjumlah RM30 juta kepada Responden Keempat dan Responden Keempat sebagai balasan menggunakan saham-saham Responden Keempat sebagai jaminan kepada pinjaman tersebut. Selain itu, Responden Keempat telah memohon daripada Perayu satu surat kredit tunggu sedia yang tidak boleh batal sebagai balasan di mana Responden Keempat mengeluarkan sepucuk surat indemniti dan jaminan-balas yang menyebelahi Perayu. Responden Keempat telah ingkar terhadap kemudahan pinjaman tersebut dan Responden Pertama telah menuntut daripada Perayu bayaran bagi satu jumlah yang mana Perayu telah membayar jumlah tersebut. Oleh itu, Perayu menuntut daripada Responden Pertama, dividen-dividen saham-saham Responden 8 Keempat dibayar kepada Perayu berdasarkan perjanjian nyata antara Perayu dan Responden Keempat dan melalui doktrin subrogasi. [20] Setelah meneliti Surat Tawaran, Perjanjian Kemudahan dan Surat Jaminan yang dikemukakan oleh Plaintif, Mahkamah mendapati hujahan-hujahan Defendan-Defendan tidak mempunyai asas. Plaintif mempunyai kausa tindakan yang sah terhadap Defendan-Defendan berdasarkan dokumen-dokumen tersebut. Adalah jelas di dalam Mukadimah Surat Jaminan tersebut di perenggan (F) dan
g
(G) dan Seksyen 32 (a) dan (b) dalam Surat Jaminan tersebut, Defendan-Defendan telah bersetuju bahawa Malayan Banking Berhad apabila menerima pembayaran daripada Plaintif untuk menyelesaikan hutang Peminjam, hak-hak dan kepentingan Malayan Banking Berhad untuk menuntut segala keberhutangan Peminjam akan disubrogasi kepada Plaintif. [21] Di dalam kes ini, Peminjam telah gagal membuat pembayaran kepada Malayan Banking Berhad dan selanjutnya Notis Subrogasi telah dikeluarkan oleh Malayan Banking Berhad kepada Peminjam memaklumkan bahawa Malayan Banking Berhad telah memindahkan segala hak-hak dan kepentingan untuk menuntut jumlah keberhutangan di dalam akaun Peminjam kepada Plaintif. [22] Mahkamah bersetuju dengan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendapati bahawa Plaintif mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menuntut terhadap Defendan-Defendan. Defendan- 9 Defendan telah menandatangani dokumen-dokumen yang material di dalam kes ini dan sedia maklum bahawa apabila Plaintif membuat bayaran penuh setelah dituntut oleh Malayan Banking Berhad, hak-hak dan kepentingan untuk menuntut keberhutangan Malayan Banking akan disubrogasi kepada Plaintif.
II
(ii) Tuntutan Plaintif adalah tidak jelas dan tidak mengandungi asas butir-butir tuntutan yang tepat dalam keadaan menuntut satu jumlah yang khusus (“liquidated amount”) [23] Klausa 7(ii) Surat Tawaran dan Klausa 21.1 di dalam Perjanjian Kemudahan menyatakan bahawa Penyata Akaun adalah bukti yang muktamad untuk menyatakan jumlah keberhutangan Defendan-Defendan kepada Plaintif. Tuntutan Plaintif adalah berdasarkan baki yang tertunggak yang tertera di dalam Penyata Akaun. Oleh itu, Notis Tuntutan Plaintif adalah jelas dan tepat, berdasarkan dokumen-dokumen tersebut yang menyatakan satu jumlah khusus dan tepat. [24] Mahkamah merujuk kepada kes Rhb Bank Bhd v. Seni Maju Sdn Bhd & Ors [2012] 10 MLJ 1 yang mengatakan seperti berikut: “The reliance on the statements of accounts or the certificates as final and conclusive evidence of the defendants' indebtedness is a pre-arranged state between the parties. There are numerous decisions on the meaning and the value to be accorded to such statements or certificates starting from the case les celebre of 10 Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying (trading as KH Trading & Anor) [2006] 2 MLJ 685; [2006] 3 CLJ 544. The Federal Court cited and relied on the 'entrenched principles' first enunciated in its own earlier decision in Citibank NA v. Ooi Boon Leong & Ors [1981] 1 MLJ 282. Since then, there is an unbroken line of authorities including decisions of the Court of Appeal in Tan Chong Keat v. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad [2008] MLJU 289; [2008] 4 CLJ 748; Melewar Leisure Sdn Bhd v. Danaharta Managers Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 317; [2011] 1 CLJ 857 following and applying the decision in Cempaka Finance. Statements or certificates of indebtedness prepared within the terms of the agreement establish liability and actual indebtedness of the defendants in a conclusive and binding manner. The burden of proof then shifts to the defendants to disprove the amount stipulated in the statements or certificates.” [25] Adalah jelas di dalam terma-terma Surat Tawaran dan Perjanjian Kemudahan bahawa Penyata Akaun adalah bukti yang muktamad untuk menyatakan jumlah keberhutangan Defendan-Defendan kepada Plaintif. Plaintif telah mengemukakan jumlah tuntutannya seperti yang disertakan di Eksibit “NH-6” (muka surat 196 – 198 Rekod Rayuan. Klausa 7 (ii) Perjanjian Kemudahan (muka surat 119 Rekod Rayuan) telah dijelaskan peruntukan bahawa jumlah yang dituntut oleh Plaintif adalah jumlah yang muktamad berasaskan kepada penyata akaun yang disertakan di eksibit NH-6 11 (muka surat 196-198 RR). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Klausa 7 (ii) Perjanjian Kemudahan (muka surat 119 Rekod Rayuan), telah jelas memperuntukkan bahawa jumlah yang dinyatakan di dalam penyata akaun yang disediakan oleh pihak bank dianggap sebagai jumlah yang muktamad bagi tujuan undang-undang. Beban bukti adalah di atas Defendan-Defendan untuk menyangkal jumlah keberhutangan tersebut. Namun begitu, perkara ini tidak dilakukan oleh Defendan-Defendan. Justeru itu, melainkan disangkal maka secara prima facie, jumlah tersebut dianggap jumlah yang diakui. [26] Justeru itu, hujahan Defendan mengenai perkara ini adalah tidak bermerit dan ditolak.
III
(iii) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah disekat oleh Had Masa dan telah difailkan melebihi had masa. [27] Mahkamah bersetuju dengan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa kuasa dan hak Plaintif untuk menuntut terhadap Defendan-Defendan hanya bermula apabila Malayan Banking Berhad mengeluarkan Notis Subrogasi untuk Plaintif mengambil alih hak untuk menuntut keberhutangan daripada Peminjam. Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan terakru apabila Defendan-Defendan gagal mematuhi Notis Tuntutan itu di dalam 14 hari iaitu pada 2.6.2016 dan bukan pada tarikh kegagalan Peminjam untuk membayar keberhutangan sebelum daripada tarikh 12 subrogasi dan sebelum Notis Tuntutan diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan. [28] Kegagalan Defendan-Defendan untuk mematuhi Notis Tuntutan itu merupakan “event of default” seperti diperuntukkan di dalam Klausa 13.1(a) Perjanjian Kemudahan dan Klausa 1(i) dan Klausa 5(a) Surat Jaminan yang mana mencetuskan kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. [29] Justeru itu hujahan Defendan mengenai isu ini ditolak.
IV
(iv) Sama ada doktrin laches dan estoppel terpakai [30] Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim Sesyen bahawa doktrin laches dan estoppel tidak terpakai di dalam tindakan ini. Plaintif telah mengambil tindakan sewajarnya selepas hak-hak dan kepentingan untuk menuntut keberhutangan disubrogasi kepada Plaintif. Di dalam hal ini, Plaintif telah mengambil tindakan terhadap Peminjam terlebih dahulu dengan merekodkan Penghakiman bertarikh 17.4.2012. Namun, Peminjam gagal untuk mematuhi Penghakiman tersebut. Hanya selepas itu barulah Plaintif mengambil tindakan terhadap Defendan-Defendan yang bertindak sebagai Penjamin-Penjamin kepada Pinjaman tersebut. Justeru, jelas Plaintif tidak “tidur” di atas haknya, dan doktrin laches dan estoppel tidak terpakai. 13
v
Sama ada Plaintif menyalahguna proses Mahkamah [31] Merujuk kepada isu-isu yang telah dibincangkan di atas, adalah jelas Plaintif juga tidak menyalahguna proses mahkamah. Kausa tindakan Plaintif hanya dicetus setelah Notis Subrogasi daripada Malayan Banking Berhad diberikan. Plaintif sejak itu telah mengambil tindakan sewajarnya kepada Peminjam dan kemudian kepada Defendan-Defendan. Perkara ini seharusnya tidak dijadikan isu terhadap Plaintif. [32] Dengan itu, hujahan Defedan mengenai isu ini ditolak. F. KESIMPULAN [33] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah tidak berasas. Adalah undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar di dalam bidangkuasa rayuan tidak akan campur tangan dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah perbicaraan melainkan jika dapat ditunjukkan bahawa mahkamah perbicaraan secara jelas tersalah di dalam membuat keputusannya atau kurang meneliti bukti-bukti yang diberikan (Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97). Di dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan berdasarkan prinsip undang-undang dan penemuan fakta yang betul. Mahkamah mendapati bahawa kausa tindakan 14 terhadap Defendan adalah kukuh dan ada prospek untuk Plaintif berjaya di dalam tuntutan ini dan terdapat isu-isu yang ditimbulkan yang layak dibicarakan. [34] Justeru itu, berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah dengan ini menolak rayuan Defendan-Defendan dengan kos. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Tarikh: 28 November 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Peguamcara Perayu-Perayu : Puan Wan Jawahir & Encik Khuzaimi Tetuan Wan Jawahir & Takiyuddin PT 2226, Jalan Long Yunus 15200 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Peguamcara Responden/Plaintif : Puan Samsuhaili Tetuan Lua & Mansor 4355-G, Wisma Lua & Mansor Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.