Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) NO. RAYUAN: BA-12ANCvC-182-12-2017
BA-12ANCvC-182-12-2017
High Court of Malaysia25 Sept 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) NO. RAYUAN: BA-12ANCvC-182-12-2017
1
NORAZMA BINTI ABDUL RAHIM (No. KP. : 670819-08-5026)
2
ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM (No. KP. : 700222-10-5033) … PERAYU-PERAYU DAN AZLAN BIN AHMI (No. KP. : 860829-56-5143) … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (No. Kandungan 1)
1
Dalam kes ini, perayu-perayu (Plaintif-plaintif) telah memfailkan suatu tindakan (Tindakan Ini) di Mahkamah Sesyen (MS) terhadap responden (Defendan). Saya akan merujuk pihak-pihak dalam penghakiman ini sebagaimana mereka dirujuk di MS.
2
Defendan telah memfailkan suatu permohonan (no. kandungan 31) untuk membatalkan Tindakan Ini (Permohonan Defendan) di bawah - 2
1
Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KM); dan
2
bidang kuasa sedia ada Mahkamah (Court’s inherent jurisdiction).
3
Puan Hakim MS yang bijaksana telah membenarkan Permohonan Defendan dan membatalkan Tindakan Ini dengan kos (Perintah MS). Justeru itu, Plaintif-plaintif merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap Perintah MS (Rayuan Ini). B. Tiga persoalan
4
Rayuan Ini menimbulkan tiga isu yang berikut:
1
apakah pendekatan yang harus diambil oleh Mahkamah dalam memutuskan suatu permohonan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1) KM (Permohonan Pembatalan)?;
2
adakah Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif-plaintif dalam kes ini (PTT) -
a
mendedahkan kausa tindakan terhadap Defendan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a) KM?;
b
remeh menurut maksud Aturan 18 kaedah 19(1)(b) KM?; 3
c
menyusahkan Defendan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(b) KM?; dan
d
merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan wajar dibatalkan di bawah -
i
Aturan 18 kaedah 19(1)(d) dan/atau Aturan 92 kaedah 4 KM; dan/atau
II
(ii) bidang kuasa sedia ada Mahkamah?; dan
3
adakah terdapat kekhilafan undang-undang apabila Puan Hakim MS yang bijaksana menjalankan kuasa bicara di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a) KM untuk membenarkan Permohonan Defendan? C. Pendekatan Mahkamah
5
Aturan 18 kaedah 19(1) dan (2) KM berbunyi seperti berikut: “Pembatalan pliding dan pengendorsan Aturan 18 kaedah 19(1) Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan bahawa -
a
ia mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah, mengikut mana-mana yang berkenaan; 4
b
ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan;
c
ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau
d
ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, dan boleh memerintahkan tindakan itu digantung atau ditolak atau penghakiman dicatatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
2
Tiada keterangan boleh diterima atas suatu permohonan di bawah subperenggan (1)(a). ” (penekanan ditambah).
6
Berkenaan dengan suatu Permohonan Pembatalan, saya mengambil pendekatan yang berikut:
1
apabila Permohonan Pembatalan dibuat di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a) KM {Permohonan Pembatalan [Perenggan (a)]} -
a
mengikut Aturan 18 kaedah 19(2) KM, Mahkamah tidak boleh menerima apa-apa keterangan - sila rujuk kepada penghakiman Ramly Ali HMR (seperti YA adalah pada ketika itu) di Mahkamah Rayuan dalam kes See Thong lwn Saw Beng Chong [2013] 3 MLJ 235, di perenggan-perenggan 9 dan 10; 5
b
Mahkamah hanya boleh mempertimbangkan pliding (pernyataan tuntutan atau pembelaan, mengikut mana-mana yang berkenaan) sahaja; dan
c
untuk tujuan Permohonan Pembatalan [Perenggan (a)], Mahkamah seharusnya menganggap bahawa isi kandungan pliding yang berkenaan adalah benar - sila lihat penghakiman Mahadev Shankar HMR di Mahkamah Rayuan dalam kes Tuan Haji Ishak bin Ismail lwn Leong Hup Holdings Bhd [1996] 1 MLJ 661, di 679;
2
untuk Permohonan Pembatalan yang dibuat di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(b), (c), (d) KM, Aturan 92 kaedah 4 KM dan bidang kuasa sedia ada Mahkamah {Permohonan Pembatalan [Selain Daripada Perenggan (a)]} -
a
Mahkamah boleh mempertimbangkan keterangan afidavit; dan
b
seandainya terdapat percanggahan dalam afidavit-afidavit mengenai sesuatu isu fakta, Mahkamah tidak boleh menyelesaikan isu tersebut berdasarkan afidavit-afidavit sahaja dan kes yang berkenaan sewajarnya dibicarakan - sila rujuk kepada Universal Trustee (M) Bhd lwn Lambang Pertama Sdn Bhd [2014] 5 AMR 57, di perenggan-perenggan 16 dan 18; dan 6
3
untuk semua Permohonan Pembatalan -
a
Mahkamah mempunyai kuasa budi bicara yang luas di bawah Aturan 18 kaedah 19(1) KM. Kuasa budi bicara sedemikian adalah jelas daripada penggunaan perkataan “boleh” (may) dalam peruntukan tersebut - sila lihat Novaviro Techology Sdn Bhd lwn QL Plantation Sdn Bhd [2018] 11 MLJ 392, di perenggan 28;
b
Aturan 18 kaedah 19(1) KM memberi kuasa budi bicara yang berikut kepada Mahkamah -
i
Mahkamah boleh memerintahkan pindaan dibuat kepada pliding - sila rujuk kepada penghakiman Mahadev Shankar HMR di Mahkamah Rayuan dalam kes Muniandy A/L Subrayan lwn Pengerusi & Ahli-ahli Lembaga Koperasi Menara Maju Bhd [1991] 1 MLJ 557, di 560 and 561;
II
(ii) Mahkamah boleh menggantungkan tindakan;
III
(iii) Mahkamah boleh membatalkan pliding;
IV
(iv) Mahkamah boleh menolak (dismiss) tindakan; dan
v
Mahkamah boleh mencatatkan penghakiman; 7
c
Mahkamah tidak seharusnya melaksanakan kuasa budi bicara untuk membatalkan sesuatu tindakan melainkan bila adalah “jelas dan nyata” (plain and obvious) untuk berbuat demikian - sila lihat penghakiman Mahkamah Agung yang diberi oleh Mohd. Dzaiddin HMA (seperti YAA adalah pada masa itu) dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd lwn United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36, di 43. Fakta bahawa suatu tindakan adalah lemah dan mungkin tidak akan berjaya, tidak mewajarkan perjalanan kuasa budi bicara Mahkamah untuk membatalkan tindakan tersebut - Bandar Builder, di muka surat 44;
d
setiap rakyat Malaysia mempunyai hak asasi (fundamental right) di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan [Perkara 5(1)] untuk diberi akses (access) kepada keadilan (Akses Asasi Kepada Keadilan) - sila rujuk kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang diberi oleh Gopal Sri Ram HMP dalam kes Sivarasa Rasiah lwn Badan Peguam Malaysia [2010] 2 MLJ 333, di perenggan 4. Akses Asasi Kepada Keadilan, antara lain, telah diambil kira dalam kes HT Maltec Consultants lwn Malaysian Resources Corp Bhd [2015] 5 AMR 607 apabila Permohonan Pembatalan ditolak dalam kes tersebut;
e
semua kaedah dalam KM, termasuk Aturan 18 kaedah 19(1) KM, “hendaklah” (shall) ditadbir oleh Mahkamah dengan 8 perhatian kepada keadilan sebagai kepentingan utama - sila lihat Aturan 1A; dan
f
(f)
Preamble
mengikut Aturan 2 kaedah 1(2) KM, objektif utama KM ialah untuk membolehkan Mahkamah menguruskan kes dengan adil. D. Adakah PTT mendedahkan kausa tindakan terhadap Defendan?
7
Penelitian PTT dalam kes ini menunjukkan dua kausa tindakan oleh Plaintif-plaintif terhadap Defendan (2 Kausa Tindakan). 2 Kausa Tindakan adalah berdasarkan perlanggaran kontrak dan diperihalkan dalam PTT seperti berikut:
1
terdapat perjalinan perjanjian jual beli Lot 1D yang dipegang di bawah hakmilik GM 4094, Lot 3703, Batu 8, Jalan Kebun, Mukim Kelang, Daerah Kelang, Negeri Selangor (Hakmilik tersebut) antara Plaintif Pertama (sebagai pembeli) dan Defendan (sebagai penjual) (Perjanjian Pertama) - perenggan 4 PTT;
2
perjanjian jual beli Lot 1C yang dipegang di bawah Hakmilik tersebut telah dibuat antara Plaintif Kedua (sebagai pembeli) dan Defendan (sebagai penjual) (Perjanjian Kedua) - perenggan 7 PTT;
3
Plaintif-plaintif telah membuat pembayaran-pembayaran separa kepada Defendan untuk hartanah-hartanah yang berkenaan di 9 bawah Perjanjian-perjanjian Pertama dan Kedua - perenggan-perenggan 6 dan 9 PTT; dan
4
Defendan telah melanggar Perjanjian-perjanjian Pertama dan Kedua - perenggan-perenggan 12 hingga 18 PTT.
8
Alasan Penghakiman Puan Hakim MS yang bijaksana (AP) adalah seperti berikut, antara lain: “Mahkamah ini pada 8.12.2017 membuat keputusan membenarkan permohonan Defendan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a) [KM] dengan kos. … DAPATAN MAHKAMAH … Defendan dalam membuat permohonan ini mendakwa Plaintif tiada kausa tindakan terhadap Defendan. … Mahkamah dapati berdasarkan pengataan Defendan dan bukti yang diekshibitkan dalam afidavitnya, didapati milikan kosong hartanah berkenaan telah diserahkan kepada Plaintif-plaintif berdasarkan fakta bahawa Plaintif-plaintif telah membuat binaan atas hartanah tersebut walaupun bayaran penuh masih belum dijelaskan kepada Defendan pada ketika itu. … Plaintif-plaintif juga didapati gagal menjelaskan melalui afidavitnya bagaimana mereka mempunyai kausa tindakan munasabah terhadap Defendan berdasarkan jumlah tuntutan yang dibuat itu. …” (penekanan ditambah). 10
9
Dengan hormatnya, Puan Hakim MS yang bijaksana telah mempertimbangkan Permohonan Pembatalan [Perenggan (a)] dengan mengambil kira keterangan affidavit [yang tidak dibenarkan di bawah Aturan 18 kaedah 19(2) KM]. Ini merupakan satu kekhilafan undang-undang (Kekhilafan Pertama).
10
Mengenai Permohonan Pembatalan [Perenggan (a)], Puan Hakim MS seharusnya menganggap bahawa isi kandungan PTT berkenaan dengan 2 Kausa Tindakan adalah benar - penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Tuan Haji Ishak bin Ismail. Ketinggalan (omission) sedemikian terjumlah kepada suatu kekhilafan undang-undang (Kekhilafan Kedua).
11
Saya mendapati bahawa PTT mendedahkan 2 Kausa Tindakan. Berlandaskan duluan (precedent) dalam kes Tuan Haji Ishak bin Ismail yang mengikat Mahkamah Tinggi mengikut doktrin stare decisis, amat jelas bahawa Permohonan Pembatalan [Perenggan (a)] harus ditolak.
12
AP tidak menyentuh tentang Permohonan Pembatalan [Selain Daripada Perenggan (a)]. Oleh kerana Permohonan Defendan termasuk alasan-alasan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(b), (d) KM dan bidang kuasa sedia ada Mahkamah, adalah wajar untuk saya memutuskan Permohonan Defendan atas alasan-alasan tersebut. 11
13
Saya memutuskan bahawa Permohonan Pembatalan [Selain Daripada Perenggan (a)] harus ditolak atas sebab-sebab yang berikut:
1
terdapat percanggahan-percanggahan antara afidavit-afidavit Plaintif-plaintif dan Defendan (Percanggahan-percanggahan tersebut) yang harus dibicarakan - sila rujuk kepada kes Universal Trustee;
2
berlandaskan Percanggahan-percanggahan tersebut, adalah tidak “jelas dan nyata” untuk membatalkan Tindakan Ini - sila lihat kes Bandar Builder;
3
dengan 2 Kausa Tindakan yang dinyatakan dalam PTT -
a
Tindakan Ini tidak remeh mengikut maksud Aturan 18 kaedah 19(1)(b) KM;
b
Tindakan Ini tidak terjumlah kepada suatu penyalahgunaan proses Mahkamah di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d), Aturan 92 kaedah 4 KM dan bidang kuasa sedia ada Mahkamah; dan
c
suatu pembatalan Tindakan Ini akan menafikan Akses Asasi Kepada Keadilan yang dimiliki oleh Plaintif-plaintif di bawah Perkara 5(1) dan dihuraikan dalam kes Sivarasa Rasiah; dan
4
walaupun diandaikan Tindakan Ini menyusahkan Defendan, memandangkan 2 Kausa Tindakan yang diperihalkan dalam PTT, Mahkamah tidak sepatutnya menjalankan kuasa budi bicara di 12 bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(b) KM untuk membatalkan Tindakan Ini - sila rujuk kepada kes Novaviro Techology, di perenggan 30. F. Wajarkah pelaksanaan kuasa budi bicara oleh Puan Hakim MS diketepikan?
14
Mengikut undang-undang kes yang mantap (settled case law), secara am, suatu pelaksanaan kuasa budi bicara oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang asal (court of original jurisdiction) tidak harus diketepikan oleh Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa rayuan (appellate court). Terdapat kekecualian-kekecualian tertentu di mana perjalanan kuasa budi bicara oleh suatu Mahkamah rendah boleh diketepikan oleh Mahkamah atasan. Saya bergantung pada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang diberi oleh Abdull Hamid Embong HMP dalam kes Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim lwn Pendakwa Raya [2010] 2 MLJ 312, di perenggan 48, seperti yang berikut (dalam bahasa asal): “[48] We are conscious that the orders made by the learned trial judge were in the exercise of his discretion. The phrase 'may issue a summons' clearly expresses this discretion given to the court. Mr Karpal Singh referred us to the case of Vasudavan v T Damodaran & Anor [1982] 2 MLJ 150 in support of the principle that an appellate court should not disturb any decision made in the proper exercise of a judge's discretion. We agree that this is a settled principle. Only that there are qualifications. Some of which are that any exercise of discretion based on an error of law or a wrong principle or irrelevant consideration or which resulted in a miscarriage of justice may be reversed by an appellate court (see Federal Court case of Vijayalakshmi 13 Devi d/o Nadchatiram v Dr Mahadevan s/o Nadchatiram & Ors [1995] 2 MLH 709). In our considered view this is exactly what has happened in this case. The learned judge here had passed over settled principles and took into consideration irrelevant matters as the basis of his decision. He had thus improperly exercised that discretion. …” (penekanan ditambah).
15
Adalah jelas bahawa Kekhilafan-kekhilafan Pertama dan Kedua telah mengakibatkan suatu ketidakadilan kepada Plaintif-plaintif. Tambahan pula, Akses Asasi Kepada Keadilan yang dimiliki oleh Plaintif-plaintif di bawah Perkara 5(1) telah dinafikan oleh Perintah MS. Rayuan Ini merupakan suatu kekecualian di mana Mahkamah Tinggi harus mengetepikan pelaksanaan kuasa budi bicara oleh Puan Hakim MS.
16
Tindakan Ini sepatutnya dihidupkan semula (reinstated) dan dibicarakan. Memandangkan isi kandungan AP, suatu bicara yang adil kes ini menghendaki Tindakan Ini didengar oleh Hakim MS selain daripada Puan HMS yang membuat Perintah MS - sila lihat penghakiman Mahkamah Rayuan yang diberi oleh Richard Malanjum HMR (seperti YAA adalah pada ketika itu) dalam kes Tan Kim Hor lwn Tan Heng Chew [2003] 1 MLJ 492, di 507.
17
Berlandaskan segala alasan di atas, saya memutuskan seperti berikut:
1
Rayuan Ini dibenarkan dan keseluruhan Perintah MS diketepikan; 14
2
Tindakan Ini dihidupkan semula dan hendaklah dibicarakan oleh Hakim MS selain daripada Puan HMS yang membuat Perintah MS; dan
3
kos Rayuan Ini dan kos Permohonan Defendan dibayar oleh Defendan kepada Perayu-perayu (tertakluk kepada fi alokatur). WONG KIAN KHEONG Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan TARIKH: 12 DISEMBER 2018 Peguam Perayu-perayu: Encik Azwan bin Abdul Wahab (Tetuan Dzahara & Associates) Peguam Responden: Encik Mohd Effendy bin Rosley (Tetuan Shah Tready & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.