Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
WA-56WS-104-04/2024
Sessions Court of Malaysia2 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
1
ANTARA NOREHA BINTI HJ ASMUNI
2
RUHAIDA BINTI MOHAMAD
3
ROHANI BINTI IBRAHIM
4
MUHAMMAD AZAM SHAH BIN SAMSU
5
R NUR HAFIFAH BINTI R MOHAMED (NO KP: 860521-23-7194) …PEMIUTANG PELAKSANAAN
1
EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD. [NO SYARIKAT: 201501003367 (1128699-H)] S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA
2
ZULKARNAIN BIN ENDUT
3
MAZUIN BINTI MUSTAFA (NO KP: 810731-11-5210) … PENGHUTANG PELAKSANAAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan pihak Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah yang diberikan pada 2.10.2024 yang telah menolak permohonan Penghutang-Penghutang Pelaksanaan melalui [Lampiran 9] untuk menggantung pelaksanaan dengan kos sebanyak RM 2000 diberikan kepada Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan. [2] Pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan telah memfailkan notis permohonan [Lampiran 9] di bawah Aturan 47 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau kuasa-kuasa yang sedia ada Mahkamah untuk perintah seperti berikut: a) Pelaksanaan Writ Penyitaan Dan Penjualan (Harta Tak Alih) bertarikh 03.04.2024 digantung dari tarikh notis permohonan ini sehingga notis permohonan ini didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Yang Mulia ini; S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA b) Mahkamah mengetepikan dan/atau menggantung pelaksanaan Writ Penyitaan Dan Penjualan (Harta Tak Alih) bertarikh 03.04.2024; dan c) Apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [3] Bagi permohonan ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ Saman bagi guaman sivil WA-A52NCvC-575-07/2023 bertarikh 26.07.2023 [Lampiran 1] b) Pernyataan Tuntutan bertarikh 26.07.2023 [Lampiran 3] c) Memorandum Kehadiran Defendan-Defendan (yang merupakan Penghutang dalam Pelaksanaan ini) melalui peguam cara Penghutang [Lampiran 4] d) Pernyataan Pembelaan bertarikh 05.09.2023 [Lampiran 8] e) Jawapan Kepada Pembelaan bertarikh 20.09.2023 [Lampiran 9]; f) Permohonan bagi memasukkan Penghakiman Terus bertarikh 05.10.2023 [Lampiran 10]; g) Afidavit Sokongan bagi memasukkan Penghakiman Terus yang diikrarkan oleh Pemiutang Pertama pada 05.10.2023 [Lampiran 11]; h) Perintah di bawah Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 23.11.2023 bagi Kes Asal tersebut [Kandungan 15]; i) Praecipe Untuk Writ Penyitaan Dan Penjualan bertarikh 03.04.2024 (Lampiran 1); S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA j) Writ Penyitaan Dan Penjualan (Harta Tak Alih) bertarikh 03.04.2024 (Lampiran 2); k) Notis Permohonan bertarikh 23.05.2024 (Lampiran 9); l) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Zulkarnain bin Endut pada 23.05.2024 (Lampiran 10); m) Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Noreha binti Hj Asmuni pada 20.06.2024 (Lampiran 13); n) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Zulkarnain bin Endut pada 05.07.2024 (Lampiran 15); [4] Mahkamah pada 2.10.2024 telah menolak permohonan Penghutang-Penghutang Pelaksanaan di Lampiran 9 ini dengan kos sebanyak RM 2000 diberikan Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga telah memfailkan rayuan melalui notis rayuan bertarikh 12.10.2024 merayu terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi. LATAR BELAKANG [5] Plaintif-Plaintif/Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan merupakan individu-individu yang telah menempah pakej umrah dengan syarikat Penghutang Pelaksanaan Pertama dan telah membuat bayaran penuh bagi pakej-pakej yang dipilih. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [6] Penghutang Pelaksanaan Pertama merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan antara lain menyediakan pakej pelancongan terutamanya pakej umrah dengan Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga sebagai pemegang saham dan pengarah kepada Penghutang Pelaksanaan Pertama. [7] Penghutang Pelaksanaan Pertama telah gagal menyediakan pakej umrah sebagaimana yang dijanjikan dan pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan telah menuntut bayaran balik wang dibayar daripada kesemua Penghutang-Penghutang Pelaksanaan yang terlibat melalui kes WA-A52NCvC-575-07/2023. [8] Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan telah memfailkan permohonan untuk penghakiman terus (Lampiran 10) dan permohonan tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah pada 23.11.2023. Mahkamah telah memberikan perintah sebagaimana berikut: a) Defendan-Defendan secara bersesama memulangkan semula dan/atau b) Membayar kepada Plaintif-Plaintif wang milik Plaintif-Plaintif berjumlah RM133,030.00 dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh penghakiman diberikan; c) Defendan-defendan menyerahkan pasport asal dan sijil vaksinasi asal milik P3 dan ahli keluarganya dalam masa tujuh
7
hari daripada tarikh penghakiman diberikan; d) Faedah selepas penghakiman menurut Aturan 42 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 pada kadar 5% setahun ke S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA atas jumlah penghakiman yang diputuskan pada perenggan (a) yang dikira daripada tarikh pemfailan writ ini sehingga penyelesaian penuh; e) Kos mengikut skala iaitu RM 3,000.00 yang dibayar serta-merta pada tarikh perintah diberikan; dan f) Faedah atas kos sebanyak 5% yang dikira atas kos yang diawadkan Mahkamah yang dikira bermula daripada tarikh perintah diberikan terhadap Defendan-Defendan. [9] Selepas mendapatkan penghakiman terhadap kesemua Penghutang-Penghutang pelaksanaan, Pemiutang-Pemiutang kemudiannya telah memulakan prosiding pelaksanaan dengan memfailkan Writ Penyitaan Dan Penjualan (Harta Tak Alih) terhadap kesemua Penghutang Pelaksanaan yang terlibat melalui kes WA-56WS-104-04/2024 ini. ALASAN PERMOHONAN [10] Alasan utama permohonan ini dibuat adalah kerana harta tak alih yang hendak disita dan dijual merupakan milik peribadi Pengarah Syarikat (Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga) dan bukannya milik syarikat (Penghutang Pelaksanaan Pertama). [11] Pengarah Syarikat (Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga) juga bukanlah penjamin peribadi (personal guarantor) untuk hutang-hutang syarikat (Penghutang Pelaksanaan Pertama). Tindakan penyitaan dan S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA penjualan ini sepatutnya hanya boleh dikenakan ke atas harta-harta milik syarikat (Penghutang Pelaksanaan Pertama) sahaja. [12] Pada masa yang sama, perniagaan dan pendapatan Penghutang Pelaksanaan Pertama telah dikecewakan (frustrated) oleh kejadian luar kawalan yang tidak dapat dielakkan dan telah mengalami kerugian dan kehilangan pendapatan teruk sejak tahun 2022 sehingga kini. [13] Segala akaun dan aset milik Penghutang Pelaksanaan Pertama, Kedua dan Ketiga telah dibekukan (freeze), melalui Perintah Pembekuan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang bertarikh 29.11.2023. [14] Penghutang Pelaksanaan Ketiga telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat pada bulan Februari 2024. Oleh itu, Penghutang Pelaksanaan Ketiga adalah tidak sepatutnya terlibat dalam tindakan ini. [15] Pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan menyatakan semasa kes utama berjalan, pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan mempunyai peguam. Semasa permohonan di bawah Aturan 14 dibuat, pihak peguam cara Penghutang-Penghutang Pelaksanaan menyatakan bahawa mereka telah ditamatkan perkhidmatan oleh pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [16] Namun begitu pihak peguam cara Penghutang-Penghutang Pelaksanaan telah gagal memfailkan Notis Permohonan untuk Peguam Menarik Diri dan tidak memfailkan sebarang afidavit jawapan setelah Mahkamah memberikan tempoh masa yang sepatutnya. Oleh sebab itu, penghakiman terus telah dimasukkan atas terma-terma yang telah dinyatakan di perenggan 8 di atas. [17] Pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan tidak membuat sebarang tindakan berkaitan penghakiman terus bertarikh 23.11.2023 tersebut. Pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan hanya memfailkan permohonan di Lampiran 9 ini selepas 196 hari daripada tarikh Perintah Penghakiman Terus tersebut di mana masa bagi mengenepikan sebarang Perintah Mahkamah tersebut telah lama tertutup. [18] Perintah bagi Penghakiman Terus bertarikh 23.11.2023 merupakan suatu penghakiman muktamad (Final Judgement). Oleh yang demikian, pemfailan Writ Penyitaan dan Penjualan yang berasaskan kepada Perintah Penghakiman Terus bertarikh 23.11.2023 merupakan satu prosedur yang teratur dan mengikut undang-undang. [19] Penghutang Pelaksanaan Pertama, Kedua dan Ketiga adalah bertanggungjawab secara bersama-sama bagi jumlah penghakiman berdasarkan Perintah Penghakiman Terus bertarikh 23.11.2023 yang dikeluarkan secara sah, masih terpakai dan berkuat kuasa serta tidak diketepikan. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [20] Pihak Penghutang Pelaksanaan Pertama, Kedua dan Ketiga sepatutnya memohon untuk mengetepikan perintah Penghakiman Terus tersebut terlebih dahulu dan bukannya memohon untuk menggantungkan dan/atau mengetepikan pelaksanaan yang dibuat berdasarkan perintah yang sah. [21] Isu berkaitan entiti berasingan dan isu bukan penjamin peribadi bagi hutang-hutang Penghutang Pelaksanaan Pertama sepatutnya telah dijawab semasa permohonan di bawah Aturan 14 tersebut dalam tindakan guaman sivil bernombor WA-A52NCvC-575-07/2023. [22] Penghutang-Penghutang Pelaksanaan sendiri telah mengabaikan hak dan peluangnya untuk membangkitkan perkara tersebut semasa permohonan Aturan 14 tersebut dijalankan. Penghutang-Penghutang Pelaksanaan telah gagal memastikan pihak peguam caranya menarik diri dengan betul dan melantik peguam lain. Oleh sebab tu, Penghutang-Penghutang Pelaksanaan adalah diestop dan dihalang daripada membangkitkan perkara tersebut di peringkat pelaksanaan ini. [23] Pada masa yang sama, perkara yang dibangkitkan tersebut telah pun diplidkan di dalam Pembelaan Penghutang-Penghutang Pelaksanaan dan Mahkamah telah mengambil kira perkara tersebut dalam memerintahkan suatu Penghakiman Terus terhadap Penghutang-Penghutang Pelaksanaan pada 23.11.2023. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [24] Liabiliti kepada Penghutang Pelaksanaan Ketiga masih terakru kerana Penghakiman Terus telah dimasukkan terhadap Penghutang Pelaksanaan Ketiga masih lagi pengarah berdaftar bagi Penghutang Pelaksanaan Pertama iaitu pada 23.11.2023. Peletakan jawatan selepas pada kemasukan Perintah Penghakiman Terus tidak akan menghilangkan liabiliti yang terpaut semasa Penghutang Pelaksanaan Ketiga adalah pengarah berdaftar bagi Penghutang Pelaksanaan Pertama dan akan sentiasa mengikuti Penghutang Pelaksanaan Ketiga. [25] Pada masa yang sama, Ekshibit ZE-1 Afidavit sokongan, masih jelas menunjukkan bahawa Penghutang Pelaksanaan Ketiga masih lagi seorang Pengarah yang sah di dalam Syarikat Penghutang Pelaksanaan Pertama sehingga tarikh 23.05.2024 iaitu tarikh afidavit sokongan tersebut diikrarkan. [26] Pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan telah mendapatkan penghakiman terus pada 23.11.2023 sedangkan perintah pembekuan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 telah dikeluarkan pada 29.11.2023 yakni 6 hari selepas Perintah Penghakiman Terus dikeluarkan terhadap Penghutang. Oleh sebab itu, perintah penghakiman terus sepatutnya menjadi lebih utama. [27] Pada masa yang sama, Writ Penyitaan dan Penjualan bertarikh 3.04.2024 adalah bertujuan untuk menyita aset selain wang di dalam akaun Penghutang-Penghutang Pelaksanaan bagi mendapatkan jumlah penghakiman berdasarkan Perintah Penghakiman Terus bertarikh S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA
23
23.11.2023, maka pembekuan akaun bank Penghutang adalah tidak relevan kepada Writ Penyitaan dan Penjualan di Mahkamah ini. DAPATAN MAHKAMAH [28] Permohonan ini dibuat di bawah Aturan 47 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang dinyatakan sebagaimana di bawah: Order 47. Writs of seizure and sale
1
Power to stay execution by writ of seizure and sale (O. 47, r. 1)
1
Where a judgment is given or an order made for the payment by any person of money, and the Court is satisfied, on an application made at the time of the judgment or order, or at any time thereafter, by the judgment debtor or other party liable to execution—
a
that there are special circumstances which render it inexpedient to enforce the judgment or order; or
b
that the applicant is unable from any cause to pay the money, then, notwithstanding anything in rule 2 or 3, the Court may by order stay the execution of the judgment or order by writ of seizure and sale either absolutely or for such period and subject to such conditions as the Court thinks fit. [29] Pada masa yang sama permohonan ini juga dibuat di bawah kuasa S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA sedia ada Mahkamah sebagaimana Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menyatakan sebagaimana berikut:
4
Inherent powers of the Court (O. 92, r. 4) For the removal of doubt it is hereby declared that nothing in these Rules shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the Court to make any order as may be necessary to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court. [30] Aturan 47 Kaedah 1(1) KKM 2012 telah menggariskan dua keadaan yang mewajarkan permohonan Penghutang untuk menggantungkan Pelaksanaan Writ Penyitaan dan Penjualan iaitu Penghutang perlu mengemukakan fakta bahawa terdapatnya hal keadaan khas yang menjadikan tidak suai manfaat untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu; atau bahawa pemohon itu tidak berupaya kerana apa-apa sebab jua untuk membayar wang itu. [31] Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012 pula menyatakan bahawa Mahkamah boleh memberi perintah bagi mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [32] Beban pembuktian adalah pada pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan untuk menunjukkan dalam afidavitnya bahawa pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan memenuhi masa-mana salah satu keadaan yang dinyatakan dalam Aturan 47 Kaedah 1(1) KKM 2012 tersebut atau Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [33] Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan atau tidak membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan penghakiman. Keadaan khas pada kebiasaannya menjadi alasan utama dalam menentukan sesuatu permohonan untuk menggantungkan prosiding/pelaksanaan dibenarkan atau tidak. [34] Dalam kes YK Fung Securities Sdn Bhd v Ronald Yeoh Kheng Hian [1989] 3 MLJ 490, di mana Mahkamah Tinggi merujuk kepada Halsbury's Laws of England (3rd Ed), p 35 yang menyatakan bahawa:- “The court has an absolute and unfettered discretion as to the granting or refusing of a stay, and as to the terms upon which it will grant it, and will, as a rule, only grant it if there are special circumstances, which must be deposed to on affidavit unless the application is made at the hearing.” [35] Dalam kes Mohamed Mustafa v Kandasami (No 2) [1979] 2 MLJ 126 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “On the question of stay of execution it is I think settled law that the granting of such a stay is a matter of the court's discretion, and it is true that the exercise of such discretion must be founded upon established judicial principles. One of the determining factors that calls for consideration is whether by not making an order to stay of the execution it would make the appeal if successful, nugatory in that it S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA would deprive an appellant of the results of the appeal. How pertinent that factor would be may vary according to the circumstances of each particular case.” [36] Dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors V. Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “[1] There are many factors that may constitute special circumstances and the fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one; it is an example of special circumstances. As nugatoriness is a species of special circumstances, a mere reference to it is sufficient to convey the correct legal impression, and any attempt to restrict the grant of a stay to nugatoriness, quite apart from its impropriety, will severely restrict the grounds upon which an applicant may rely. Therefore, the applicants were wrong in submitting that the nugatory approach was not a matter for consideration in this case and that only the special circumstances approach was relevant. They would have been correct if they had said that they were not relying on nugatoriness but on some other species of special circumstances” S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [37] Mahkamah merujuk pada kes Salconmas Sdn Bhd v Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri & Anor [2021] 7 MLJ 907 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan sebagaimana berikut: “[50] In an earlier case of Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86, Raja Azlan Shah J (as he then was) has decided that the court has an absolute discretion to grant or refuse a stay. In granting the stay application, the applicant must show the special circumstances in his affidavit in support. His Lordship held as follows: Although the court has an unqualified discretion to grant a stay it has never been the practice to do so unless it is supported by an affidavit of special circumstances. The law on the point is well settled. I quote a passage from Halsbury's Laws of England (3rd Ed) Vol 16, para 51 at p 35: The court has an absolute and unfettered discretion as to the granting or refusing a stay, and as to the terms upon which it will grant it, and will, as a rule, only grant it if there are special circumstances, which must be deposed to on affidavit unless the application is made at the hearing. I would also adopt a passage in Mallal's Supreme Court Practice at p 573 where the learned author said: A stay will not be allowed unless there are special circumstances. (Emphasis added.) S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [51] The principle of special circumstances has also been considered in the case of Syarikat Berpakat v Lim Kai Kok where Hashim Yeop A Sani J held that: Held: as a rule the court will only grant a stay if there are special circumstances, In this case no special circumstances had been shown to justify a stay.” [38] Rujukan juga dibuat pada kes Universal Trustee (M) Bhd v Lambang Pertama Sdn Bhd & Anor [2015] 7 MLJ 305 di mana Mahkamah Tinggi dalam menolak permohonan Defendan untuk penggantungan prosiding menyatakan sebagaimana berikut: [21] Case law does not distinguish stay of execution from stay of proceedings. Case law requires both the applicants for stay of execution and stay of proceedings to show 'special circumstances' to justify a stay. [22] I am of the view that an application for a stay of proceedings should bear a heavier burden vis a vis an applicant for a stay of execution. This is because an application to stay proceedings will hinder an expeditious disposal of a suit as decided by the following cases:
a
The Court of Appeal held in Jagdis Singh a/I Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd [2013] 4 MLJ 213 at p 222 [2013] 3 CLJ 47, at p 58, as follows: S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA It is important to stress that initiation of a suit in a court of law demands the suit will be heard expeditiously and completed without any inhibition midway. Therefore, where an application for stay of proceedings is intended to merely stop or suspend the proceedings, it will be refused. Some applicants, on seeing the weakness of their client's case, would resort to application for stay and thereby waste the time of the other party and the court. The party simply cannot resort to the interlocutory of stay proceedings on having the slightest disagreement with any ruling of a trial judge. Courts are enjoined not to encourage such unwholesome practice.” [39] Mahkamah Rayuan dalam kes Jagdis Singh a/I Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd [2013] 4 MLJ 213 telah memberi beberapa garis panduan untuk dipertimbangkan dalam permohonan untuk penggantungan prosiding ini. Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: [22] Now, what factors or principles will, and should, guide the courts in applications for a stay of an order granted by a court. These factors or principles have been reiterated in very many of cases decided by our courts. The factors or principles so enumerated are inexhaustive, and not all of them are applicable to every case. Each has its own peculiar principle. Some of the principles to be considered in the motions may be stated as follows:
a
the courts have an unimpeded discretion to grant or refuse stay. In this, like in all other instances of discretion, the court is bound to S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA exercise that discretion both judicially as well as judiciously and not erratically (see Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] 1 MLJ 116; Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86);
b
an unsuccessful party applying for a stay must show 'special circumstances'. What will constitute 'special circumstances' will no doubt vary from case to case. The fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one (see Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 MLJ 257; [2003] 4 CLJ 1 and Re Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd; Ling Beng Sung v Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd & Ors (No 2) [1976] 1 MLJ 131). The application is not granted as a matter of routine and it is not an automatic or mechanical relief slavishly followed after filing an appeal. In every matter or suit before a court of law, whether in its original or appellate stage of proceedings, the court will consider the competing rights of both parties including the applicant and respondent to justice;
c
there is a need to preserve the res or preservation of the subject matter of litigation. The courts have an obligation to protect the res for the purpose of ensuring that the appeal, if successful will not be rendered nugatory (see Erinford Properties Ltd v Cheshire County Council [1974] 2 WLR 749). But where it is shown by affidavit evidence, say by the respondent, that the res will not be destroyed or there is in fact no res, an application may not be granted;
d
where an application is an abuse of the court process, then the stay of proceedings will not be granted. A typical example of abuse of S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA court process is where a suit is duplicated or where a party employs improper and perverse procedure to obtain an advantage undeservedly;
e
it is important to stress that initiation of a suit in a court of law demands the suit will be heard expeditiously and completed without any inhibition midway. Therefore, where an application for stay of proceedings is intended to merely stop or suspend the proceedings; it will be refused. Some applicants, on seeing the weakness of their client's case, would resort to application for stay and thereby waste the time of the other party and the court. The party simply cannot resort to the interlocutory of stay proceedings on having the slightest disagreement with any ruling of a trial judge. Courts are enjoined not to encourage such unwholesome practice; and
f
an applicant for stay of proceedings must come with clean hands because what he is asking is an equitable relief. Equity will not assist the unclean. That is why the court has to look into the antecedents of the parties.” [40] Mahkamah telah meneliti afidavit yang telah difailkan dan berpendapat bahawa pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan telah gagal memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam Aturan 47 Kaedah 1(1) KKM 2012 tersebut atau Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [42] Mahkamah berpendapat bahawa Writ Penyitaan Dan Penjualan (Harta Tak Alih) ini dikeluarkan berdasarkan penghakiman yang sah. Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Penghutang-Penghutang secara bersama-sama pada 23.11.2023 merupakan penghakiman yang sah dan tidak diketepikan. Sekiranya pihak penghutang-penghutang pelaksanaan mempunyai isu berkaitan dengan penghakiman tersebut, sewajarnya pihak penghutang-penghutang penghakiman membuat permohonan yang berkaitan dengan penghakiman tersebut. [43] Dalam kes Che Wan Development Sdn Bhd V. Co-Operative Central Bank Bhd [1989] 3 MLJ 40 yang mana Mahkamah di dalam kes tersebut dengan jelas telah menyatakan seperti berikut: - “Halsbury's Laws of England (4th Ed) (1976) para 451 at p 270 which reads: ‘The special circumstances which entitle the court to stay execution of a money judgment are circumstances which go to the enforcement of the judgment and not those which go to its validity or correctness.’ [44] Mahkamah di dalam kes Che Wan Development (supra) tersebut turut memutuskan dengan lanjut berkenaan hal keadaan khas (special circumstances) seperti berikut: - “Where O 47 r 1(1) applies, the court is not to have regard to the validity or correctness of the judgment but only to concern itself with the special circumstances which are relevant to the enforcement of the S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA judgment. In other words, grounds affecting the validity or correctness of the judgment or order appealed from are not special circumstances. Merits or strong ground for an appeal are also not special circumstances. In short, neither merits or strong grounds for an appeal nor the validity or correctness of the judgment appealed from are special circumstances which would entitle the defendant to a stay of execution.” [45] Penghakiman Terus tersebut telah diperoleh setelah melalui proses Mahkamah yang betul dan sehingga kini masih tidak pernah diketepikan oleh Penghutang-Penghutang Pelaksanaan. Berdasarkan penghakiman yang diperoleh, setiap Penghutang Pelaksanaan adalah bertanggungan secara bersesama untuk memulangkan semula dan/atau membayar kepada Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan wang milik Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan berjumlah RM 133,030.00. [46] Oleh yang demikian, isu yang dibangkitkan oleh pihak Penghutang-Penghutang Penghakiman bahawa harta yang bakal di sita merupakan milik peribadi Penghutang Kedua dan Ketiga dan Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga bukanlah penjamin peribadi untuk hutang-hutang Penghutang Pelaksanaan Pertama bukanlah satu keadaan khas memandang penghakiman telah diperoleh terhadap Penghutang Kedua dan Ketiga dan Penghutang Kedua dan Ketiga perlu bertanggungjawab terhadap penghakiman yang telah diberikan. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [47] Tindakan Pelaksanaan ini adalah teratur, sah dan langsung tidak mengandungi sebarang ketidakaturan ataupun kecacatan yang membolehkan pelaksanaan ini untuk digantung. Ini kerana Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan berhak untuk membuat sitaan dan jualan terhadap harta-harta milik Penghutang Kedua dan Ketiga di samping harta-harta Penghutang Pertama bagi mendapatkan jumlah Penghakiman Terus tersebut. [48] Penghutang-Penghutang Pelaksanaan menyatakan bahawa perniagaan dan pendapatan Penghutang Pelaksanaan Pertama telah dikecewakan dengan kejadian luar kawalan yang tidak dapat dielakkan di mana Penghutang Pelaksanaan Pertama telah mengalami kerugian dan kehilangan pendapatan teruk sejak tahun 2022 sehingga kini. [49] Pihak Tabung Haji juga telah membatalkan lesen Penghutang Pelaksanaan Pertama sebagai Pengelola Jemaah Haji dan pada masa yang sama lesen Penghutang Pelaksanaan Pertama bagi pengendalian pelancongan telah digantung oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia (MOTAC). Keadaan tersebut telah memberi kesan kewangan yang amat besar kepada Penghutang Pelaksanaan Pertama. [50] Namun begitu, Mahkamah berpendapat bahawa ini bukanlah satu keadaan yang dinyatakan oleh Aturan 47 Kaedah 1 (b) KKM 2012 berkaitan ketidakupayaan pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan untuk membayar hutang yang tertunggak. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [51] Ini kerana berdasarkan afidavit yang difailkan, Penghutang-Penghutang Pelaksanaan tidak mengemukakan fakta dan ekshibit yang menunjukkan dengan jelas, yang memperincikan pendapatan Penghutang-Penghutang Pelaksanaan terlibat, bentuk dan nilai aset-aset dalam milikan kesemua Penghutang Pelaksanaan dan sebarang liabiliti lain yang ditanggung Penghutang-Penghutang Pelaksanaan bagi membuktikan ketidakupayaan kesemua Penghutang Pelaksanaan untuk membayar jumlah Penghakiman Terus. Tanpa sebarang fakta dan/atau bukti ekshibit berkenaan perkara ini, alasan perenggan (b) Aturan 47 Kaedah 1 (1) KKM 2012 tidak boleh diguna pakai oleh Penghutang-Penghutang Pelaksanaan untuk menggantungkan Pelaksanaan ini. [52] Mahkamah merujuk kepada kes YK Fung Securities Sdn Bhd v Ronald Yeoh Kheng Hian [1989] 3 MLJ 490 yang mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan seperti berikut: “As for the stay of the writ of seizure and sale, the defendant had not even complied with the requirement under O 47 r 1(3) of the Rules of the High Court 1980 in not stating his present income, as he had stated that he is now a city councilor, and his assets and liabilities in full.” [53] Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan memandangkan akaun-akaun Penghutang-Penghutang Pelaksanaan telah dibekukan, maka wajarlah pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan membuat pelaksanaan ini melalui suatu Writ sita S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA dan jualan bagi menyita dan menjual aset-aset lain Penghutang bagi mendapatkan jumlah Penghakiman Terus. [54] Tambahan pula, berdasarkan kepada Ekshibit ZE-2 Afidavit Sokongan Penghutang-Penghutang Pelaksanaan sendiri adalah jelas dapat dilihat penguatkuasaan perintah pembekuan akaun Penghutang Pertama telah lama tamat kerana perintah tersebut hanya berkuat kuasa selama 90 hari bermula daripada tarikh 29.11.2023. [55] Pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan menyatakan bahawa terdapat kes lain yang juga melibatkan Penghutang Pelaksanaan Pertama dan telah mendapat penghakiman iaitu kes Mahkamah Majistret Selayang No. BD-A72NCvC216- 08/2023 di mana akaun Simpanan Tetap (Al– Murabahah) milik Penghutang Pelaksanaan Pertama telah diperintahkan untuk digarnis. Ini bermaksud, ini bukanlah tindakan pelaksanaan yang pertama dibuat oleh mana-mana pihak yang berkepentingan terhadap mana-mana Penghutang Pelaksanaan dan perintah pembekuan aset bukanlah satu perintah yang menghalang sebarang pelaksanaan dibuat. [56] Pada masa yang sama, Mahkamah tidak dapat menerima hujahan pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan bahawa pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan sepatutnya menggunakan alternatif kaedah-kaedah penguatkuasaan penghakiman yang lain terlebih dahulu bagi mendapatkan jumlah Penghakiman Terus tersebut ke atas Penghutang Pelaksanaan Pertama tanpa perlu menyita dan menjual harta milik peribadi S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA bersama Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga melalui writ penyitaan dan penjualan ini. [57] Mahkamah berpendapat bahawa pihak Pemiutang-Pemiutang Penghakiman bebas untuk memilih mana-mana cara pelaksanaan untuk mendapatkan kembali jumlah yang terhutang di bawah penghakiman terus tersebut terutamanya apabila Penghutang Pelaksanaan Pertama telah digulung pada 17.07.2024. Pemilihan satu kaedah pelaksanaan alternatif bukanlah satu keadaan istimewa yang mewajarkan tindakan pelaksanaan ini digantung. [58] Aturan 45 Kaedah 1 KKM 2012 jelas memperuntukkan pilihan mod pelaksanaan kepada Pemiutang seperti berikut: -
1
Tertakluk kepada peruntukan kaedah-kaedah ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, yang bukan suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut
a
writ penyitaan dan penjualan;
b
prosiding orang digarnis;
c
dalam suatu hal yang kaedah 5 terpakai, suatu perintah komital. [59] Aturan 45 Kaedah 1 KKM 2012 di atas, adalah jelas dan nyata bahawa tiada langsung keperluan untuk Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan untuk S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA melaksanakan Penghakiman tersebut dengan cara prosiding orang digarnis dahulu sebelum pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan boleh melaksanakan Penghakiman tersebut dengan cara Writ Sita dan Jualan ini. Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan adalah bebas dan berkuasa penuh dalam menentukan mod pelaksanaan Penghakiman tersebut. [60] Mod Pelaksanaan Pemiutang dengan cara Writ Sita dan Jualan ini langsung tidak melanggar mana-mana undang-undang dan tiada keperluan bagi Pemiutang untuk mengarnis mana-mana akaun Penghutang sebelum Pemiutang boleh memulakan pelaksanaan melalui Writ Sita dan Jualan ini. KESIMPULAN [62] Secara keseluruhan, pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan telah gagal membuktikan bahawa mereka telah memenuhi keadaan yang digariskan oleh Aturan 47 Kaedah 1 (1) KKM 2012. Mahkamah mendapati tiada keadaan khas yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan. [63] Pada masa yang sama, pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan bukanlah seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk membayar jumlah yang terhutang sebagaimana penghakiman yang diperoleh. Penghutang Pelaksanaan Kedua dan Ketiga mengakui bahawa barangan atau harta yang bakal disita adalah milik peribadi. Ini bermaksud pihak-pihak terlibat mempunyai sumber yang boleh digunakan untuk tindakan pelaksanaan ini. S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA [64] Pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan adalah berhak untuk memulakan proses pelaksanaan dalam keadaan pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan telah memperoleh Penghakiman Terus pada 23.11.2023
Preamble
menurut prosedur undang-undang. Bagi Mahkamah pelaksanaan Writ Penyitaan Dan Penjualan (Harta Tak Alih) ini bukanlah satu tindakan yang tidak adil atau satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat tiada sebab yang mewajarkan prosiding pelaksanaan ini perlu digantung atau diketepikan. [65] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas, setelah Mahkamah menimbang dan mengambil kira kesemua kertas kausa berkaitan, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian menolak notis permohonan Penghutang-Penghutang Pelaksanaan [Lampiran 9] dengan kos sebanyak RM 2000 diberikan kepada Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 7.11.2024 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Pemiutang-Pemiutang Pelaksanaan: S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA Encik Muhammad Danial Bin Abd Majid bersama-sama Encik Abdul Jalil Salam Bin Muhamad [Tetuan Asiah & Hisam] Peguam cara Pihak Penghutang-Penghutang Pelaksanaan: Encik Hisyam Bin Yusof [Tetuan W.A. Wan Adnan & Assoc.] S/N f/1rwZ6un0Wf9OMbvCubKA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.