1
Ini adalah Rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) YB pada 21.7.2022 menolak tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kehilangan tanggungan akibat kematian penama Zulkarnain Bin Masood, si mati dalam satu kemalangan jalanraya dengan kos.
JB-12BNCvC-11-07/2022
High Court of Malaysia29 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“apati prinsip atau pun pandangan yang diputuskan dalam kes Ng Aik Kian yang telah merujuk kepada kes Foong Yit Yoon v. Yap Tiam & Anor. [1963] 28 MLJ 104 dan kes-kes Ong Yam Chong & Anor. v. Chan Wah [1962] MLJ 184, Baker v. Market Harborough Industrial Cooperative Society Ltd. [1953] 1 WLR 1472, France v. Parkinson [1”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah Rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) YB pada 21.7.2022 menolak tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kehilangan tanggungan akibat kematian penama Zulkarnain Bin Masood, si mati dalam satu kemalangan jalanraya dengan kos.
2
Plaintif Pertama adalah isteri si mati, Plaintif Kedua adalah bapa simati dan Plaintif Ketiga adalah ibu si mati adalah tanggungan kepada Zulkarnain Bin Masood, si mati (selepas ini dirujuk sebagai simati).
3
Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan dalam penghakiman ini.
4
Rayuan adalah terhadap liabiliti dan kuantum.
5
Si mati telah meninggal dunia akibat satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 6.7.2017 lebih kurang 7.10 pagi di KM 53.8 Lebuhraya Utara-Selatan sewaktu menghala ke arah Selatan melibatkan motorkar nombor pendaftaran BFV 535 yang dipandu olehnya dan motorlori nombor pendaftaran JRE 7086 yang dimiliki oleh Defendan Kedua dan dipandu oleh Defendan Pertama.
6
Berkenaan isu liabiliti, HMS YB telah membuat penemuan-penemuan seperti berikut:- March 29, 2023 4 Versi Plaintif Simati telah meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, namun pihak Plaintif telah mengemukakan seorang saksi awam di Mahkamah iaitu Nor Asmida binti Yusoff (SP2) yang mendakwa turut terlibat dalam kemalangan tersebut ketika memandu motorkar WAY 3922. Berdasarkan keterangannya, pada masa kejadian, beliau memandu di belakang motorkar simati di lorong kanan lebuhraya sementara motorlori Defendan pula dipandu di lorong kiri lebuhraya. Tiba-tiba beliau terdengar bunyi dentuman kuat akibat tayar spare motorlori telah tercabut lalu tayar tersebut menghala ke arahnya dan berlanggar dengan bahagian depan motorkar yang dipandunya. Pada masa yang sama, motorlori telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan kanan lebuhraya menyebabkan motorkar simati yang berada di depannya tidak sempat mengelak dan melanggar belakang motorlori tersebut. Versi Defendan Defendan Pertama (SD1) pada setiap masa yang material mengatakan bahawa beliau sedang memandu motorlori JRE 7086 seorang diri di lorong kiri lebuhraya tersebut. Tiba-tiba beliau terdengar dentuman kuat di belakang motorlori menyebabkan beliau tertolak ke lorong kanan. Apabila motorlori diberhentikan di lorong kanan, beliau mendapati motorkar simati terperosok di belakang motorlori beliau. [7]
Preamble
Menurut HMS YB dalam alasan penghakimannya, memandangkan terdapat percanggahan antara versi Plaintif dan versi Defendan, beliau telah menilai keterangan pihak mana yang lebih March 29, 2023 5 berkemungkinan dan boleh dipercayai berdasarkan fakta-fakta dan faktor-faktor sekeliling dengan mengambilkira kesemua keterangan saksi dan keterangan senyap seperti rajah kasar dan gambar-gambar. [8] HMS YB kemudiannya telah membuat dapatan bahawa simati yang memandu motorkar BFV 535 telah secara tiba-tiba melanggar motorlori Defendan JRE 7086 dari belakang di lorong kiri lebuhraya, bunyi dentuman kuat yang didengar oleh SD1 (pemandu motorlori) dan SP2 (pemandu motorkar WAY 3922) adalah bunyi dentuman apabila motorkar simati melanggar belakang motorlori Defendan JRE 7086 dari belakang sehingga menyebabkan tayar “spare” motorlori tersebut tercabut dan melantun di atas jalanraya. Menurut dapatan HMS YB lagi, ketika itu motorkar SP2 yang berada di belakang (besar kemungkinan berada di lorong kanan lebuhraya) melanggar tayar “spare” motorlori tersebut. Kesan brek yang ditanda sebagai “B” dan “B1” pada rajah kasar [Ekshibit P6] adalah kesan brek motorkar simati dan bukannya kesan brek motorlori, akibat pelanggaran tersebut, motorlori telah tertolak ke lorong kanan dan motokar simati terperosok di belakang motorlori sehingga mengakibatkan kematian simati. Menurut HMS YB lagi, berdasarkan impak pelanggaran tersebut, beliau percaya motorkar simati dipandu dengan kelajuan yang tinggi sejurus sebelum pelanggaran tersebut berlaku. [9] Dalam mencapai pendapatan ini, HMS YB juga telah curiga dan musykil dengan keterangan pemandu motorkar WAY 3922 (SP2) yang memberi keterangan bahawa beliau berada di belakang motorkar simati BFV 353 atas alasan-alasan seperti berikut:- March 29, 2023 6 i) SP2 telah menunjukkan kedudukan motorkar simati BFV 535 yang berada lebih ke hadapan berbanding motorlori Defendan JRE 7086 dengan menggunakan model dan berdasarkan kedudukan yang ditunjukkan oleh SP2 tersebut, timbul persoalan bagaimana motorlori Defendan secara tiba-tiba yang berada di hadapan motorkar simati, apabila hilang kawalan lalu masuk ke lorong kanan sehingga dilanggar oleh motorkar simati. ii) Keterangan SP2 bahawa motorlori dipandu laju dan sedang memotong motorkar beliau (SP2) dan motorkar simati yang berada di sebelah kanan untuk menunjukkan pelanggaran di lorong kanan tidak boleh diterima kerana tiada serpihan kaca ditemui di lorong kanan serta tidak selari dengan impak pelanggaran tersebut yang teruk dan kuat sehingga motorkar simati terperosok di bawah motorlori sekaligus menyebabkan kematian simati dan impak pelanggaran tidak akan sebegitu sekiranya berlaku di bahagian lorong kanan. iii) Keterangan SP2 berkenaan bagaimana tayar “spare” motorlori Defendan yang terjatuh boleh menyebabkan dentuman yang kuat sehingga menyebabkan pemandu motorlori Defendan membrek secara tiba-tiba sehingga hilang kawalan dan masuk ke lorong kanan. Sekiranya tayar motorlori tercabut atau terjatuh ianya tidak akan beri kesan yang berat kepada pergerakan motorlori tersebut kerana kedudukan tayar “spare” terletak di belakang hujung badan lori dan dalam sesetangan keadaan, pemandu motorlori tidak sedar pun tayar “spare” tersebut atau terjatuh ketika motorlori sedang bergerak. March 29, 2023 7 [10] HMS YB juga mendapati keterangan Pegawai Penyiasat (SP5) lebih memihak kepada Plaintif walhal menurut SP5, keputusan beliau adalah “Refer to Magistrate”. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKENAAN “APPELLATE INTERVENTION” [11] Mahkamah yang mendengar Rayuan ini dalam melaksanakan bidangkuasa Rayuan berpandukan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes S Quarry Sdn Bhd v. Desaru Development Corporation Sdn Bhd & Ors [2019] 6 MLRA 350 seperti berikut:- “[13] Accordingly, it falls upon this court to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, this court was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. The requirement for the trial judge to have made a decision which was 'plainly wrong' before an appellate court may intervene is well settled in our appellate jurisprudence and practice. This strict requirement underscores the rationale that the appellate court should not reverse or disturb the trial judge's finding even if the appellate court is of the view that it would not have arrived at the same conclusion as the trial judge did on the evidence on the record before it. March 29, 2023 8 [14] A plainly wrong decision happens when it can be shown that there is insufficient judicial appreciation of evidence by the trial court. The requisite or correct standard to be applied is that no reasonable judge, on the evidence on record, could have reached the conclusion of the trial judge. The adverb 'plainly' does not refer to the degree of confidence felt by the appellate court that it would have reached the same conclusion as the trial judge. It does not matter, with whatever degree of certainty that the appellate court considered that it would have reached a different conclusion. What matters is whether the decision under appeal is one that no reasonable judge could have reached. [15] Whilst the aforesaid principles are well-settled, it may be appropriate to set out some instances where a decision may be described as perverse such that the judgment cannot be explained or justified by the special advantage enjoyed by the trial judge by reason of having seen and heard the witnesses testify and being tested before him. Some instances demonstrative of such occasions on the part of the trial judge include the following. It should be noted, however, that the instances are not meant to be exhaustive: - Misdirected itself on the evidence; - Failed to judicially appreciate the evidence; - Failed to consider any material evidence; - Acted on some irrelevant evidence so as to render the decision wholly erroneous; March 29, 2023 9 - Made wrong inference from facts; - Misapprehended the facts; or - Gave reasons which are unsatisfactory or contradictory of each other.” [12] Berdasarkan panduan dalam kes Mahkamah Persekutuan ini, saya akan menimbangkan di bawah ini samada HMS YB telah melakukan kesilapan untuk Mahkamah ini campur tangan dalam keputusan beliau. ANALISA DAN KEPUTUSAN [13] Plaintif-Plaintif berhujah di hadapan saya bahawa Defendan-Defendan telah cuai atas alasan-alasan berikut:- i) Lori Defendan telah mengubah haluan dari kiri ke kanan. ii) “Spare” tayar lori telah jatuh menyebabkan lorinya hilang kawalan lalu mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan. iii) Versi Plaintif adalah disokong oleh keterangan senyap iaitu kesan brek sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah Kasar (ekshibit P6). Pegawai Penyiasat (SP5) menyatakan bahawa kesan brek B dan B1 yang selari adalah dihasilkan apabila lori menekan brek apabila spare tayar tercabut, manakala kesan brek B2 yang menyerong ke kanan dihasilkan apabila lori hilang kawalan ke arah kanan. March 29, 2023 10 iv) Berdasarkan kepada siasatan Pegawai Penyiasat (SP5), kemalangan antara motorkar simati dan motorlori Defendan berlaku di lorong kanan A2-A3. Defendan Pertama (SD1) iaitu pemandu motorlori mengakui dia menggunakan lorong kiri sebelum kemalangan. v) Versi Defendan Pertama adalah tidak berkemungkinan. [14] Manakala hujahan Defendan-Defendan adalah bahawa motorkar simati telah melanggar motorlori dari arah belakang di lorong kiri yang menyebabkan motorlori Defendan tertolak ke lorong kanan akibat momentum pelanggaran dari motorkar simati yang dipandu dengan laju sehingga menyebabkan motorkar simati terperosok di belakang motorlori Defendan Pertama. [15] Mahkamah mendapati HMS YB telah dengan betulnya membuat penemuan bahawa simati yang memandu motorkarnya dengan laju di lorong kiri telah melanggar dari belakang motorlori Defendan yang dipandu di lorong kiri dan akibat impak pelanggaran yang kuat, “spare” tayar tercabut dan terlantun atas jalanraya serta motorlori Defendan telah tertolak ke lorong kanan. Manakala “spare” tayar yang tercabut dan terlantun atas jalanraya telah dilanggar oleh motorkar yang dipandu oleh SP2 yang berada di lorong sebelah kanan. [16] Mahkamah juga mendapati penemuan HMS YB ini betul kerana sebagaimana yang juga didapati oleh HMS, ini bukanlah situasi di mana salah satu tayar motorlori pecah (“burst”) yang boleh menyebabkan suatu kenderaan hilang kawalan dan terpesong ke laluan lain. Dalam kes ini, tayar “spare” yang berada di bahagian March 29, 2023 11 belakang motorlori tercabut dan terjatuh. Berat satu (1) tayar adalah sangat ringan jika dibandingkan dengan berat keseluruhan motorlori Defendan yang mengandungi muatan tayar-tayar. Dalam keadaan sedemikian, tayar “spare” yang terjatuh tidak akan memberikan sebarang impak atau kesan kepada motorlori sehingga menyebabkan motorlori Defendan hilang kawalan dan tertolak ke lorong kanan. Penemuan HMS YB bahawa apa yang menyebabkan motorlori Defendan ke sebelah kanan adalah disebabkan oleh impak kuat akibat pelanggaran oleh motorkar simati yang dipandu laju sebagai lebih “probable” adalah berasas. [17] Penemuan HMS YB ini adalah konsisten dengan fakta kedudukan motorkar simati yang terperosok di belakang motorlori sehingga menyebabkan kematian simati serta menjelaskan kesan brek yang ditanda “B” dan “B1” pada Rajah Kasar [ekshibit P6] sebagai kesan brek motorkar simati dan bukannya kesan brek motorlori. [18] Selanjutnya, HMS YB telah berpeluang mendengar keterangan saksi awam iaitu SP2 yang memandu motorkar WAY 3922 dan telah tidak dapat elak pelanggaran bersama “spare” tayar yang terjatuh daripada motorlori Defendan dan melantun di atas jalanraya dan berpeluang untuk membuat pemerhatian ke atas SP2 sewaktu memberi keterangan mengenai bagaimana kemalangan berlaku dengan menggunakan model kenderaan serta telah meragui keterangan dan kredibiliti SP2. [19] Hakim HMS YB juga telah mendapati keterangan Pegawai Penyiasat (SP5) lebih memihak kepada Plaintif walaupun keputusan kes beliau adalah “Refer to Magistrate”. March 29, 2023 12 [20] Mahkamah ini yang mendengar Rayuan tidak mempunyai asas untuk menyoal dapatan HMS YB bahawa keterangan SP2 adalah mencurigakan dan keterangan SP5 pula adalah bertentangan dengan keputusan kes beliau sendiri memandangkan HMS YB yang telah mendengar keterangan dan membuat pemerhatian terhadap kdua-dua saksi ini. [21] Mahkamah Rayuan dalam kes Renal Link (KL) Sdn. Bhd. v. Dato’ Dr. Harnam Singh [1997] 3 CLJ 225 melalui penghakiman Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut :- “In our judgment this appeal really turns upon a pure question of fact based upon the credibility of the witnesses who gave their evidence at the trial. The function of determining where, on a balance of probabilities, the truth lay is entrusted by law to the trial Court. Unless we, as a Court of appeal, are convinced that there was no judicial appreciation of the evidence by the trier of fact, or that the audio-visual advantage reserved to a trial Judge had been missed or that the findings made do not accord with the probabilities of the case when taken as a whole, it would not be open to us to intervene and upset the findings made by a trial Judge”. [22] Saya juga mendapati bahawa keterangan pemandu motorlori iaitu Defendan Pertama (SD1) bahawa beliau memandu motorlori di lorong kiri adalah konsisten sebagaimana dalam laporan polisnya [Ekshibit D8], keterangannya dalam pemeriksaan utama, soal balas dan pemeriksaan semula. March 29, 2023 13 [23] Menurut hujahan Plaintif-Plaintif, versi Defendan adalah berlainan dengan versinya dalam pembelaan iaitu tidak diplidkan bahawa motorlori Defendan yang dipandu di lorong kiri telah tertolak ke lorong kanan akibat pelanggaran dari belakang oleh motorkar yang dipandu oleh simati. Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah pun plidkan intipati utama pembelaannya dalam perenggan 5 pembelaan iaitu simati telah dengan lalai atau cuai melanggar dari belakang motorlori Defendan yang sedang bergerak pada ketika itu. [24] Malah Mahkamah mendapati Plaintif yang gagal memplidkan fakta material yang menyebabkan kemalangan iaitu motorlori Defendan dengan tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke lorong kanan akibat tayar “spare” yang tercabut dan terjatuh dan menyebabkan motorkar simati tidak dapat elak dan melanggar motorlori Defendan. Plaintif-Plaintif gagal memplidkan fakta material ini dalam Pernyataan Tuntutan mereka untuk membuktikan kecuaian di pihak Defendan-Defendan. [25] Perlu diingati, beban pembuktian dalam suatu tuntutan kecuaian adalah pada setiap waktu pada bahu Plaintif-Plaintif sebagaimana yang diputuskan dalam kes Koe Swee Hin & Anor v Annakkara Vadakath Ramachandran Menon [2002] 1 LNS 128:- “The burden is always on the plaintiff to prove his case. This burden never shifts. This has been best expressed by Hashim Yeop A. Sani J (as he then was) in Ng Chul Sia v. Maimon bte Ali [1982] 1 LNS 95; [1983] 1 MLJ 110 at page 111 when he said:- March 29, 2023 14 “When an accidental harm is done, it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person.” In a negligence action, the onus of proof rests wholly on the plaintiff whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence….. …..In other words, even after the close of the defence case the plaintiff had failed to prove negligence against the defendant. Merely admitting in the defence that there was a collision between the two vehicles does not attach negligence to the defendants. The first defendant gave his evidence and I find that the plaintiff had made no inroads in establishing the defendants’ negligence.” [26] Peguam Plaintif-Plaintif juga hujahkan bahawa HMS YB telah gagal mengambil kira keterangan Pegawai Penyiasat (SP5) bahawa tayar “spare” tercabut dan terjatuh ke atas jalanraya sebelum pelanggaran kerana adalah mustahil untuk “spare tyre” tercabut selepas pelanggaran dengan motorkar simati kerana motorkar simati terperosok ke bawah motorlori yang akan menghalang “spare” tayar tersebut daripada jatuh atas jalanraya dan juga menghalang “spare” tayar tersebut daripada bergerak menghala ke arah motorkar WAY 3922 yang dipandu oleh SP2 yang berada di laluan sama. March 29, 2023 15 [27] Mahkamah mendapati bahawa hujahan ini tidak berasas dan juga bertentangan dengan keterangan saksi Plaintif-Plaintif sendiri iaitu SP2 sendiri. Ini adalah kerana sekiranya benar “spare tyre” telah jatuh atas jalanraya sebelum pelanggaran dengan motorlori Defendan, sudah pasti motokar simati yang akan langgar “spare” tayar tersebut dan motorkarnya kemungkinan akan terhenti kerana menurut keterangan SP2, motorkar beliau berada di belakang motorkar simati di lorong kanan. [28] Mahkamah juga mendapati fakta ini tidak diplidkan oleh Plaintif dalam Penyataan Tuntutannya serta daripada keterangan Pegawai Penyiasat (SP5), Mahkamah mendapati beliau tidak melakukan penyiasatan yang lengkap dan menyeluruh untuk menyokong keterangan bahawa tayar dari motorlori tercabut dan terjatuh sebelum pelanggaran. Ianya hanya semata-mata spekulasi oleh Pegawai Penyiasat (SP5) sahaja. [29] Malah tiada keterangan juga dikemukakan samada Pegawai Penyiasat (SP5) ada menjalankan sebarang siasatan forensik untuk memastikan bagaimana “spare tyre” dari motorlori telah terjatuh atas jalanraya sebelum pelanggaran berlaku. [30] Peguam Plaintif-Plaintif selanjutnya berhujah bahawa memandangkan wujudnya 2 versi yang berlainan dan tidak dapat diputuskan bahawa pelanggaran tersebut diakibatkan oleh kecuaian siapa, maka liabiliti harus disamaratakan kepada 50/50. [31] Dalam membuat hujahan ini, Peguam Plaintif-Plaintif bergantung kepada kes Ng Aik Kian & Anor. v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp 218 di mana Hakim Abdul Malik Ishak (pada ketika itu) telah merujuk March 29, 2023 16 satu kes Mahkamah Singapura iaitu Chan Nai Inn v. Lim Choi Chay [1989] 1 MLJ 153 di mana Hakim Chan Sek Keong (pada ketika itu) dalam kes tersebut menyatakan seperti berikut:- “Since the court is unable to determine the degree of blameworthiness of each of them, both are equally to blame.” Dan seterusnya memutuskan:- “In my judgment, it is impossible to say, on the balance of probabilities, in what proportion the blame should be allocated between the first plaintiff and the defendant. The only course available would be to hold both the first plaintiff and the defendant blameworthy in equal proportion.” [32] Di sini Mahkamah ingin membuat satu pemerhatian berkenaan kes Ng Aik Kian yang Peguam Plaintif-Plaintif bergantung. Mahkamah mendapati prinsip atau pun pandangan yang diputuskan dalam kes Ng Aik Kian yang telah merujuk kepada kes Foong Yit Yoon v. Yap Tiam & Anor. [1963] 28 MLJ 104 dan kes-kes Ong Yam Chong & Anor. v. Chan Wah [1962] MLJ 184, Baker v. Market Harborough Industrial Cooperative Society Ltd. [1953] 1 WLR 1472, France v. Parkinson [1954] 1 ALL ER 739, Bray v. Palmer [1953] 1 WLR 1455 yang dirujuk dalam kes Foong Yit Yoon (supra) telah digunapakai kepada fakta kes di mana kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan adalah dari arah bertentangan (“opposite direction”) dan tiada saksi melihat March 29, 2023 17 kemalangan (“eye witness”) atau kemalangan berlaku sewaktu gelap. [33] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan prinsip dan atau pandangan dalam kes-kes tersebut tidak terpakai kepada fakta kes kita yang tidak melibatkan pelanggaran kenderaan dari arah yang bertentangan (opposite direction) tapi motorkar simati melanggar motorlori Defendan dari arah belakang. Ini adalah jelas daripada kedudukan motorkar simati selepas kemalangan iaitu terperosok di bawah motorlori di bahagian belakang motorlori. Lebih-lebih lagi dalam kes kita ada saksi awam iaitu SP2 yang memberi keterangan bahawa beliau nampak pelanggaran tersebut walaupun keterangan SP2 diragui oleh HMS atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas. [34] Saya mendapati bahawa berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Sesyen, HMS YB telah membuat satu penemuan fakta bagaimana kemalangan tersebut berlaku setelah berpeluang meneliti “demeanour” dan kredibiliti saksi-saksi serta demonstrasi bagaimana kemalangan berlaku oleh saksi SP2 dengan mengunakan model dan juga setelah menimbangkan keterangan senyap iaitu rajah kasar. Mahkamah ini yang melaksanakan bidangkuasa Rayuan tidak boleh mengusik penemuan fakta tersebut. Saya mendapati penemuan fakta yang dibuat oleh HMS YB tersebut bukanlah “plainly wrong” atau “pervese”. [35] Oleh yang demikian, Rayuan Plaintif-Plaintif terhadap liabiliti ditolak. March 29, 2023 18 KUANTUM [36] Plaintif-Plaintif juga merayu atas kuantum RM2,600.00 yang diawadkan oleh HMS YB untuk kehilangan tanggungan atas alasan sewaktu Peguam Defendan-Defendan menyoal balas isteri simati (SP3), Peguam Defendan-Defendan telah mencadangkan bahawa tak mungkin simati memberi RM3,500.00 sebulan kepada isteri (SP3) simati dan kalau bagi pun sekadar RM2,500.00 sehingga RM3,000.00 sahaja. Manakala menurut Peguam Defendan-Defendan dalam hujahan, mereka telah mencadangkan jumlah RM1,500.00 sebagai kehilangan tanggungan. [37] Saya mendapati hujahan Plaintif-Plaintif bahawa cadangan peguam Defendan bahawa simati berikan RM2,500.00 hingga RM3,000.00 kepada isteri (SP3) dalam soal balas adalah satu pengakuan dan mengikat Defendan-Defendan tidak berasas. [38] Ini adalah kerana cadangan tersebut dengan sendirinya tidak menjadi satu pengakuan di pihak Defendan-Defendan berkenaan jumlah tanggungan RM2,500.00 hingga RM3,000.00 yang diberikan oleh simati kepada isteri tanpa sebarang keterangan sokongan yang lain. Ianya adalah hanya satu cadangan sahaja dan lebih-lebih lagi telah tidak dipersetujui oleh isteri simati (SP3) dalam soal balas dan kemudiannya peguam Defendan dalam hujahan telah mencadangkan kehilangan tanggungan sebanyak RM1,500.00. [39] Walaupun peguam Defendan telah cadangkan satu jumlah kehilangan tanggungan yang lebih tinggi dalam dalam soal balas isteri simati, namun beliau telah mengubah pendiriannya sewaktu March 29, 2023 19 membuat penghujahan dengan hanya mencadangkan kehilangan tanggungan sebanyak RM1,500.00. [40] Walau apa pun cadangan yang dibuat oleh pihak-pihak dalam keterangan saksi-saksi serta hujahan masing-masing, saya berpendapat bahawa pada akhirnya Mahkamah yang harus membuat keputusan yang adil dan wajar berdasarkan keterangan sokongan. [41] Perlu diingati HMS YB juga telah memberikan awad kehilangan tanggungan sebanyak RM600.00 sebulan kepada ibu bapa simati iaitu Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga. [42] Maka jumlah keseluruhan awad kehilangan tanggungan RM2,600.00 yang diberikan oleh HMS YB adalah tidak jauh dari lingkungan RM2,500.00 hingga RM3,000.00 yang dicadangkan oleh peguam Defendan-Defendan kepada isteri simati (SP3). [43] Mahkamah juga berpandukan kepada prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes TOPAIWAH V SALLEH [1968] 1 MLJ 284 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut :- “Or another way of putting it - that it is a matter of assessment but not of calculation. So far as this Court is concerned we should, to paraphrase Greer LJ in Flint v. Levell [1935] 1 KB 354, 360 be disinclined to reverse the finding of a trial Judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum.” March 29, 2023 20 [44] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati tiada alasan yang mencukupi untuk mengusik awad RM2,600.00 bagi kehilangan tanggungan yang diberikan oleh HMS YB. [45] Rayuan Plaintif-Plaintif atas kuantum juga ditolak. KESIMPULAN [46] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati HMS YB telah dengan betulnya menolak tuntutan Plaintif-Plaintif. [47] Oleh yang demikian, saya menolak Rayuan Plaintif-Plaintif di sini dengan kos dan mengekalkan keputusan HMS YB bertarikh 21.07.2022. Bertarikh pada 29 Mac 2023 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR A/L DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel : Bagi pihak Perayu-Perayu : Teo Han Ley bersama Teo Voon Anne March 29, 2023 21 Bagi pihak Responden-Responden : Nik Mohd Hasrul Bin Nik Hamdan Peguamcara : Bagi pihak Perayu-Perayu Tetuan Teo & Associates Peguambela & Peguamcara Wisma S K Teo No. 84 & 86, Jalan Padi 1 Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru Johor [Ruj. No.: TSK/AC/6174/2017/VA/Z] Bagi pihak Responden Tetuan T.J. Goh & Co. Peguambela & Peguamcara #02-16, Block 6 Danga Bay Jalan Skudai 80200 Johor Bahru Johor [No. Ruj.: GEN/LIT/LONPAC/657/18/KLU] Tarikh Pendengaran : 6 Februari 2022 Tarikh Keputusan : 29 Mac 2023
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.