Content
December 30, 2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN NO.: JB-22NCVC-11-02/2021
JB-22NCvC-11-02/2021
High Court of Malaysia30 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ngth of time whatsoever shall not constitute a bar to the bringing of any action for the recovery thereof by the proprietor or any person or body entitled to an interest therein, and accordingly, the Limitation Act 1953, shall in no circumstances operate to extinguish any title to, or interest in, land.” [60] Dalam kes”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
December 30, 2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN NO.: JB-22NCVC-11-02/2021
1
NORMALASARI @ NORMAN SHAHFIZ BIN SALEHAN (NO. KP: 791001-01-5049) (sebagai wakil diri kepada Estet dan Harta Pusaka Salehan Bin Sapuan (No. KP: 321118-01-5011) yang telah meninggal dunia pada 18.11.1992)
2
RIBUT BINTI SAIDAN
3
MOHD ZAHIRUDDIN SHAHIDAN
4
NORDIN BIN AHMAD
5
DOLMAT BIN SALIKEN (NO. KP: 670712-01-5423) … PLAINTIF-PLAINTIF
1
AZHAR BIN MD SAMOUDIN (NO. KP: 670624-01-5511) (sebagai wakil diri kepada Estet dan Harta Pusaka 07/02/2025 14:57:36 JB-22NCvC-11-02/2021 Kand. 156 December 30, 2024 2 Md Samoudin Bin Yaton (No. KP: 420630-01-5145) yang telah meninggal dunia pada 22.08.2014)
2
AZHAR BIN MD SAMOUDIB (NO. KP: 670624-01-5511) … DEFENDAN-DEFENDAN KORAM: SURIA KUMAR A/L DURAIRAJ JOHNSON PAUL HAKIM ALASAN PENGHAKIMAN PERMULAAN [1] Pertikaian di sini melibatkan satu hartanah dikenali sebagai H.S.(M) 2208 MLO 3810 Mukim Sri Medan, Daerah Batu Pahat, Negeri Johor (“Hartanah tersebut”). [2] Pada asalnya hartanah tersebut dimiliki oleh Md Samoudin Bin Yaton, simati (Md Samoudin, simati). [3] Kemudian kononnya Salehan Bin Sapuan, simati, (Salehan, simati) telah membeli membeli Hartanah tersebut daripada Md. Samoudin, simati. December 30, 2024 3 [4] Md. Samoudin dan Salehan telah lama meninggal dunia sebelum tindakan ini dimulakan oleh Plaintif-Plaintif. LATAR BELAKANG KES [5] Latarbelakang tuntutan Plaintif-Plaintif adalah seperti berikut: -
i
Pada sekitar tahun 1977, Md Samoudin, simati dan Salehan, simati telah memasuki satu persetujuan dan persefahaman berkenaan jual beli Hartanah tersebut di mana Md Samoudin, simati bersetuju untuk menjual dan memindahmilik keseluruhan Hartanah tersebut kepada Salehan, simati.
II
(ii) Md Samoudin, simati telah membuat tawaran untuk menjual Hartanah tersebut kepada Salehan, simati disebabkan Md Samoudin, simati telah berpindah ke tanah rancangan di Felda Semencu, Kota Tinggi, Johor dan mula bermastautin di Felda Semencu, Kota Tinggi, Johor (“Felda Semencu”) sebagai peneroka Felda pada 11.10.1977. Penjualan tersebut juga dilakukan disebabkan Md Samoudin, simati memerlukan modal atau sumber kewangan untuk perbelanjaan perpindahan Felda Semencu dan tidak lagi mampu mengusahakan Hartanah tersebut yang terlebih lebih kurang 150 kilometer dari tempat kediaman baharu beliau di Felda Semencu.
III
(iii) Salehan, simati telah bersetuju untuk menerima tawaran Md Samoudin, simati untuk menjual Hartanah tersebut kepada beliau pada harga jual beli sebanyak RM14,000-00. December 30, 2024 4
IV
(iv) Keseluruhan transaksi jual beli Hartanah tersebut termasuk proses penyerahan pegangan kosong Hartanah tersebut daripada Md Samoudin, simati kepada Salehan, simati telah dilakukan di hadapan Ketua Kampung Pt. Serai Wangi, Mk. 18,83710 Parit Yaani, Yong Peng, Johor iaitu Encik Abdul Jalal Bin Miran.
v
Sebagai balasan kepada transaksi jual beli tersebut, Salehan, simati telah membuat bayaran wang tunai kepada Md Samoudin, simati sebanyak RM14,000-00 (“Harga Jual Beli”). Setelah bayaran penuh Harga Jual Beli tersebut, transaksi jual beli Hartanah tersebut telah disempurnakan dengan sepenuhnya.
VI
(vi) Walau bagaimanapun, dokumen hakmilik asal Hartanah tersebut masih dipegang oleh Md Samoudin, simati yang telah berjanji akan menyerahkan dokumen hakmilik asal tersebut sewaktu proses pindahmilik di hadapan pegawai Pejabat Pendaftaran Hakmilik Tanah kelak.
VII
(vii) Selepas sempurnanya transaksi jual beli tersebut, Salehan, simati bersama dengan keluarganya telah berpindah dan menduduki Hartanah tersebut. [6] Adalah satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Salehan, simati telah meninggal dunia pada 18.11.1992 dan hartanah tersebut tidak pernah dipindahmilik dan didaftarkan atas nama Salehan, simati pada bila-bila masa. December 30, 2024 5 [7] Asas tuntutan Plaintif-Plaintif adalah bahawa Salehan, simati adalah pemilik benefisial Hartanah tersebut. [8] Plaintif Kedua dan suami beliau, Kamaruddin Bin Kasim telah diberi kebenaran oleh Salehan, simati sekitar tahun 1982 untuk menduduki dan membeli bahagian tertentu di atas hartanah tersebut dikenali sebagai “Plot Tanah A”. [9] Rubiah Binti Hitam dan suami beliau, Abu Bakar Bin Mat Nasib telah diberi kebenaran oleh Salehan, simati sekitar tahun 1980 untuk menduduki dan membeli bahagian tertentu di atas Hartanah tersebut dikenali sebagai “Plot Tanah B”, Plaintif Ketiga iaitu anak angkat mereka kini sedang menghuni Plot Tanah B tersebut. [10] Rubiah Binti Junid telah diberi kebenaran oleh Salehan, simati sekitar tahun 1980 untuk menduduki dan membeli bahagian tertentu di atas Hartanah tersebut dikenali sebagai “Plot Tanah C”. Plaintif Keempat yang merupakan anak kandung beliau kini sedang menghuni hartanah tersebut. [11] Saliken Bin Junid dari isteri beliau Ramlah Binti Salleh telah diberi kebenaran oleh Salehan, simati sekitar tahun 1966 untuk menduduki dan membeli bahagian tertentu di atas Hartanah tersebut dikenali sebagai “Plot Tanah D”. Plaintif Kelima yang merupakan anak kandung mereka kini sedang menghuni tanah tersebut. [12] Menurut Plaintif-Plaintif Kedua sehingga Kelima, segala cukai tanah, bil elektirk dan bil air untuk plot tanah masing-masing telah diselesaikan oleh mereka. December 30, 2024 6 [13] Plaintif-Plaintif selanjutnya memplidkan bahawa pembelian Plot-Plot Tanah A sehingga D kemudiannya telah disempurnakan oleh anak Salehan, simati iaitu Mohamad Yusak Bin Salehan (No. K/P: 5068434) menurut amanah yang ditinggalkan oleh ayah beliau, dengan membuat satu Surat Akuan Penyerahan Tanah kepada Plaintif Kedua hingga Plaintif Kelima di hadapan penghulu kampung Mk XVII (Sri Medan) iaitu Encik Mistan Bin Radio (“Penghulu Kampung”) pada 23.11.1997. [14] Menurut Plaintif-Plaintif lagi transaksi penjualan Plot Tanah A sehingga D juga tidak pernah mendapat tentangan atau bantahan daripada Md Samoudin, simati. Malah pembelian Plot-Plot Tanah A sehingga D telah dilakukan setelah Md Samoudin, simati telah sendirinya memberikan akujanji untuk menyempurnakan segala pindahmilik Plot-Plot Tanah A sehingga D kepada pembeli-pemmbelinya atau waris-waris mereka iaitu Plaintif Kedua sehingga Plaintif Kelima. [15] Pada atau lebih kurang 4.2.2014, Hartanah tersebut telah dipindahmilik oleh Md. Samoudin, simati kepada anaknya, Azhar Bin Md Samoudin iaitu Defendan Kedua tanpa pengetahuan Plaintif-Plaintif. [16] Kemudian Md. Samoudin telah meninggal dunia pada 22.8.2014. [17] Plaintif Pertama iaitu anak kepada Salehan, simati telah dilantik sebagai Pentadbir Harta Pusaka Salehan, simati melalui prosiding Harta Pusaka Kecil dan membawa tindakan ini sebagai wakil diri kepada Harta Pusaka Salehan, simati. December 30, 2024 7 [18] Plaintif-Plaintif selanjutnya memplidkan bahawa dari tahun 2015 sehingga kini, Defendan Kedua telah melakukan kacau ganggu atau pencerobohan ke atas Plot Tanah A sehingga D di atas Hartanah tersebut. Butir-butir kacau ganggau dan pencerobohan tersebut juga diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. [19] Plaintif-Plaintif mendapat tahu bahawa Defendan Kedua telah mendaftarkan nama beliau sebagai pemilik berdaftar di atas Hartanah tersebut hanya selepas kematian Md. Samoudin, simati. [20] Plaintif-Plaintif Pertama hingga Keempat kemudiannya telah memasukkan Kaveat Persendirian untuk menjaga kepentingan mereka dalam Hartanah tersebut. [21] Plaintif-Plaintif juga memplidkan bahawa pendaftaran hakmilik Hartanah tersebut ke atas nama Defendan Kedua adalah batal dan tidak sah dengan memberikan butir-butir kenapa ianya batal dan tidak sah. [22] Lanjutan daripada itu, Plaintif-Plaintif menuntut satu deklarasi bahawa Plaintif Pertama adalah pembeli atau pemilik benefisial Hartanah tersebut, pindah milik Hartanah tersebut daripada Md, Samoudin, simati iaitu Defendan Pertama kepada Defendan Kedua adalah tidak sah, satu Perintah agar Defendan Kedua merobohkan bangunan yang dibina atas Hartanah tersebut serta ganti rugi. [23] Manakala Defenden Kedua memplidkan pembelaan bahawa Plaintif-Plaintif tiada locus standi untuk membawa tuntutan ini, tiada jual beli dan pindahmilik sah yang wujud antara Md Samoudin, simati dan Sapuan, simati pindahmilik Hartanah tersebut ke atas December 30, 2024 8 nama Defendan Kedua sebagai anak kandung Defendan Pertama adalah sah, tuntutan Plaintif-Plaintif dihalang oleh Akta Had Masa,
1953
[24] Defendan-Defendan juga menuntut balas terhadap Plaintif-Plaintif untuk milikan kosong Hartanah tersebut serta ganti rugi. [25] Pada akhir kes, Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos dan membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan dengan kos. Tuntutan balas Defendan-Defendan untuk milikan kosong, membatalkan kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat memotong kaveat persendirian tersebut serta menghalang kemasukkan sebarang kaveat persendirian yang baru telah dibenarkan. [26] Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini yang membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan sahaja tanpa merayu terhadap keputusan Mahkamah ini yang menolak tuntutan mereka walhal tuntutan Plaintif adalah berkait rapat dengan tuntutan balas Defendan. ANALISA DAN DAPATAN [27] Mahkamah mendapati kes ini lebih menjurus kepada penemuan fakta dan bukannya persoalan undang-undang. [28] Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan (as executor to Sl Alameloo Achi (deceased)) & Anor v. Secure Plantation Sdn Bhd 2017 5 CLJ setelah meneliti Seksyen- December 30, 2024 9 seksyen 10 dan, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 telah menyimpulkan seperti berikut: - “Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof.” [29] Manakala tahap pembuktian adalah di atas imbangan kebarangkalian sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A child suing through her father and next friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & ors (2016) 2 CLJ 885 seperti berikut: - “[13] The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of the probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not. In the case of Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, Lord Denning said the following about the standard of proof in civil cases: The... [standard of proof] ... is well settled. It must carry a reasonable degree of probability... if the evidence is such that the tribunal can say: ‘We think it more probable than not’ the burden is discharged, but, if the probabilities are equal, it is not.” [30] Plaintif Pertama (SP5) telah memberi keterangan mengenai latar belakan pembelian Hartanah tersebut oleh ayah beliau, Sapuan simati dengan merujuk kepada beberapa dokumen Pejabat Tanah berkaitan permohonan kebenaran untuk pindahmilik. Selanjutnya SP5 juga telah memberi keterangan berkenaan bagaimana Plaintif-Plaintif Kedua sehingga Kelima menghuni Plot-Plot A hingga D di December 30, 2024 10 atas Hartanah tersebut iaitu melalui kebenaran yang diberikan oleh mendiang ayahnya kepada mendiang ibubapa Plaintif-Plaintif Kedua hingga Kelima dan kemudiannya mereka telah membeli plot masing-masing atas Hartanah tersebut. [31] Manakala Plaintif Kedua (SP1), Plaintif Ketiga (SP4), Plaintif Keempat (SP2) dan Plaintif Kelima (SP3) telah memberi keterangan yang sama. Menurut keterangan mereka, ibubapa mereka telah menghuni plot-plot A hingga D Hartanah tersebut dengan memperolehi kebenaran daripada Salehan, simati serta membeli plot masing-masing daripada Salehan, simati. Mereka juga telah memberi keterangan bahawa transaksi pembelian plot masing-masing disahkan melalui Surat Akuan Penyerahan Tanah yang dimasuki oleh mereka bersama seorang lagi anak Salehan, simati iaitu Yusak bin Salehan. Akhir sekali mereka telah memberi keterangan bahawa segala bil air, bil letrik dan cukai tanah untuk plot masing-masing telah dijelaskan oleh mereka dan juga telah mengemukakan sebahagian bil-bil tersebut sebagai bukti dalam keterangan. [32] Mahkamah mendapati niat sebenar mengenai transaksi Hartanah tersebut hanya diketahui oleh Salehan Bin Sapuan, simati dan Md Samoudin Bin Yaton, simati yang telah pun meninggal dunia. [33] Plaintif Pertama (SP5) dan Defendan Kedua (SD1) tidak terlibat dalam sebarang transaksi berkaitan Hartanah tersebut antara Salehan Bin Sapuan, simati dan Md Samoudin Bin Yaton, simati serta mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan. December 30, 2024 11 [34] Saya juga mendapati walaupun Plaintif Pertama (SP5) tiada pengetahuan mengenai transaksi jual beli Hartanah tersebut antara Salehan Bin Sapuan, simati dan Md Samoudin Bin Yaton, simati kerana pada ketika itu beliau masih kecil lagi, namun Plaintif Pertama (SP5) telah memberi keterangan seolah-olah beliau mempunyai pengetahuan peribadi mengenai transaksi tersebut. [35] Adalah jelas bahawa keterangan Plaintif Pertama berkenaan transaksi jual beli Hartanah tersebut adalah hanya daripada apa yang beliau dengar daripada orang lain serta permohonan untuk kebenaran pindahmilik Hartanah tersebut. [36] Plaintif Kedua (SP1), Plaintif Ketiga (SP4), Plaintif Keempat (SP2) dan Plaintif Kelima (SP3) pula tiada pengetahuan atau terlibat dalam transaksi jual beli Hartanah tersebut antara Salehan Bin Sapuan, simati dan Md Samoudin Bin Yaton, simati. [37] Keterangan dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif untuk membuktikan Salehan Bin Sapuan, simati telah membeli Hartanah tersebut daripada Md Samoudin Bin Yaton, simati adalah samar-samar. [38] Tiada perjanjian jual beli yang wujud antara Salehan Bin Sapuan, simati dan Md Samoudin Bin Yaton, simati serta tiada bukti bahawa bayaran sebanyak RM14,000-00 telah dibuat oleh Sapuan, simati sebagai harga belian Hartanah tersebut. [39] Keterangan dokumen iaitu surat dari Pejabat Tanah berkenaan kebenaran untuk pindahmilik MLO 3810 (ID17) dan Permohonan Kebenaran Pindahmilik MLO 3810 bersama-sama Butir-butir December 30, 2024 12 Pemohon dan Penerima Pindahmilik (P18) bukanlah bukti konklusif bahawa Pejabat Tanah telah pun memberi kelulusan kebenaran untuk pindahmilik Hartanah tersebut daripada Md. Samoudin, simati kepada Salehan, simati. [40] Pengakuan oleh Ketua Kampung (P16) pula hanya memberi pengesahan mengenai hubungan keluarga Samoudin, simati dan Salehan, simati dan bukannya mengenai transaksi jualbeli Hartanah tersebut. [41] Manakala surat kepada Pegawai Pentadbir Tanah Daerah berkenaan Permohonan Tukar Milik Tanah (ID15) yang menyatakan bahawa Md Samoudin Bin Yaton telah menyerahkan Lot 3810 kepada sepupu beliau, Salehan Bin Sapuan, simati tidak lengkap kerana ianya tidak ditandatangani oleh Md Samoudin Bin Yaton, isteri dan anak beliau. Malah Salehan Bin Sapuan, simati sendiri sebagai bakal penerima Lot 3810 juga tidak menandatangani surat tersebut. Maka tiada nilai yang boleh diberikan kepada surat tersebut untuk menyokong tuntutan Plaintif-Plaintif bahawa wujudnya transaksi jual beli Hartanah tersebut dari Md Samoudin, simati kepada Salehan, simati pada harga RM14,000.00. [42] Keterangan yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan juga menunjukkan secara samar-samar bahawa kemungkinan Hartanah tersebut sebenarnya telah dipajakkan oleh Md Samoudin Bin Yaton, simati kepada Salehan Binti Sapuan, simati dengan suratan hakmilik dipegang oleh pihak ketiga. Ini adalah kepada berdasarkan Surat Perjanjian Penyerahan Hartanah antara Saadiah Bin Sarif sebagai ejen atau broker Hartanah tersebut dan Defendan Kedua December 30, 2024 13 (P20), Surat Perjanjian Penyerahan Hartanah antara Yusak Bin Salehan sebagai pemilik Hartanah tersebut dan Saadiah Bin Sarif sebagai penerima Hartanah tersebut (P21) serta dari keterangan lisan SD1. Apakah aturcara atau terma-terma sebenar pajakan tersebut juga tidak diketahui. [43] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan Salehan, simati telah membeli Hartanah tersebut daripada Md Samoudin, simati pada harga belian RM14,000.00 serta transaksi tersebut telah disempurnakan. [44] Maka Mahkamah membuat penemuan bahawa Plaintif Pertama yang membawa tuntutan ini bagi pihak harta pusaka Salehan, simati telah gagal untuk membuktikan atas imbangan kebarangalian bahawa harta pusaka Salehan, simati mempunyai kepentingan yang boleh didaftar (“registrable interest”) ke atas Hartanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara (Disemak 2020). [45] Plaintif-Plaintif juga berhujah bahawa Sapuan, simati mempunyai kepentingan benefisial ke atas Hartanah tersebut kerana wujud satu amanah konstruktif (“constructive trust”) antara Md. Samoudin, simati dan Sapuan, simati berkenaan Hartanah tersebut. [46] Walaubagaimanapun Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal untuk memplidkan isu amanah konstruktif dalam Pernyataan Tuntutan mereka. Dalam kes Tan Keng Yong & Anor v Tan Hwa Ling & Ors [2022] 3 CLJ 274, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - “[73] Related to the same issue, we are of the opinion that by merely praying for particularising the material facts to support a claim on December 30, 2024 14 constructive trust, is insufficient to fulfil the requirement of the law on pleadings. Obviously, from their pleadings, the plaintiffs failed to lay down a clear and precise issues of constructive trust so as to give the defendants a fair and a proper notice of the case that they have to meet to enable them to frame and prepare their case for trial and more so, to inform the court what are the precise matters in issue between the plaintiffs and the defendants which the court has to determine.” [47] Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif adalah dihalang daripada menimbulkan isu ini. [48] Selanjutnya, sekiranya benar-benar wujud transaksi jual beli Hartanah tersebut antara Salehan Binti Sapuan, simati dan Md Samoudin Bin Yaton, simati sebagaimana yang diplidkan oleh Plaintif Pertama dalam Pernyataan Tuntutan, maka kausa tindakan Plaintif Pertama adalah berdasarkan kontrak. [49] Berdasarkan kepada fakta kes di sini dan undang-undang kontrak, Salehan, simati sepatutnya sewaktu riwayat hidupnya membawa satu tuntutan terhadap Defendan Pertama iaitu Md Samoudin, simati berdasarkan kausa tindakan untuk kemungkiran kontrak dan menuntut relief pelaksanaan spesifik terhadap Md Samoudin, simati untuk melaksanakan dan menyempurnakan perjanjian jual beli Hartanah tersebut. [50] Tetapi Salehan, simati sewaktu riwayat hidupnya atau pun melalui harta pusaka sekarang beliau gagal untuk membawa tuntutan sedemikian terhadap harta pusaka Md. Samoudin, simati. [51] Namun suatu tuntutan berdasarkan kemungkiran kontrak tersebut akan dihalang oleh batasan had masa sekarang kerana satu December 30, 2024 15 tempoh masa yang sangat lama iaitu melebihi 6 tahun sudah berlalu. [52] Menurut Seksyen 6 (1) (a) Akta Had Masa 1953, batasan had masa untuk satu tuntutan menurut kemungkiran kontrak adalah 6 tahun sahaja. Maka tuntutan Plaintif Pertama terhadap Defendan-Defendan dihalang oleh batasan had masa. [53] Manakala berkaitan dengan isu locus standi pula, Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif Pertama tiada locus standi untuk membawa tuntutan ini kerana Suratkuasa Mentadbir iaitu Borang F yang dikeluarkan oleh Pejabat Harta Pusaka Kecil untuk harta pusaka Salehan, simati tidak menyenaraikan Hartanah tersebut sebagai aset simati. Oleh yang demikian, menurut Defendan-Defendan, Plaintif Pertama tidak mempunyai kuasa untuk membawa tuntutan untuk mendapatkan Hartanah tersebut. [54] Pada pendapat saya, hujahan Defendan-Defendan ini tidak berasas. Ini adalah kerana Plaintif Pertama yang telah pun dilantik sebagai Pentadbir Harta Pusaka Salehan, simati dan beliau membawa tindakan ini untuk mendapatkan Hartanah tersebut yang kononnya telah dibeli oleh Salehan, simati daripada Md Samoudin, simati melalui satu transaksi jual beli. Tindakan Plaintif Pertama adalah untuk melindungi kepentingan estet Salehan, simati. Lebih-lebih lagi Plaintif Pertama adalah seorang benefiasiri yang mempunyai ekuiti dalam harta puska tersebut. Pendapat saya ini disokong oleh keputusan dalam kes Al Rashidy bin Kassim & Ors v Rosman bin Roslan [2007] 4 MLJ 297 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: - December 30, 2024 16 “[18] We agree with the view expressed by the Singapore Court of Appeal in that the special circumstances should not be confined solely to cases where the personal representative had defaulted in recovering the property of the estate. We are of the view that all the circumstances of the case ought to be considered by the court in arriving at a just result. Secondly, following Re Atkinson and Omar Ali bin Mohd., we think the beneficiary has at least an equity in the estate of the deceased to entitle the beneficiary to seek on behalf of the estate the remedy of a declaratory judgment. [19] In the present case the action was commenced by the beneficiaries of the estate in order to regain the said land from the respondent whom they alleged had by fraudulent means transferred the land to himself. The respondent had also entered upon the land and damaged the fruit trees and demolished buildings found on the said land. Further, the said land is liable to be sold by the respondent to a third party. In that event the said land may be lost forever… [20] Thus, the appellants have had to act fast in order to protect and preserve the estate of the deceased. Therefore, on the facts of this case, we find, there exist special circumstances for the beneficiaries to commence legal action against the respondent qua beneficiaries for the purpose of protecting and preserving the asset of the estate. Quite apart from that we also hold that the beneficiaries in the present case have at least an equity in the estate of the deceased to entitle them to seek a declaratory judgment. Thus, on the above grounds are agree with the learned counsel for the appellants that the appellants in this case had the locus standi to commence this action at least for the limited purpose of protecting and preserving the asset of the estate.” [55] Kesimpulannya Mahkamah mendapati Plaintif Pertama gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan atas December 30, 2024 17 imbangan kebarangkalian bahawa Salehan, simati adalah pembeli atau pemilik benefisial hartanah tersebut serta pembelian Hartanah tersebut telah pun disempurnakan. [56] Manakala berkenaan tuntutan oleh Plaintif-Plaintif Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima pula terhadap Defendan-Defendan yang mewarisi plot-plot A hingga D atas Hartanah tersebut daripada ibubapa mereka, Kamaruddin Bin Kasim, Rubiah Binti Hitam, Abu Bakar Bin Mat Nasib, Rubiah Binti Junid dan Saliken Bin Junid, Mahkamah memutuskan tiada sebarang privi antara mereka bersama Md Samoudin Bin Yaton, simati berkenaan Hartanah tersebut. [57] Surat Akuan Penyerahan Tanah (P1, ID6, ID11 danID 12) yang dimasuki oleh ibubapa Plaintif-Plaintif Kedua, Ketiga dan Keempat bersama Yusak serta Surat Akuan Penyerahan Tanah (m.s. Ikatan B) yang dimasuki oleh Plaintif Kelima bersama Yusak tidak memberi sebarang kepentingan yang boleh didaftar (“registrable interest”) ke atas Hartanah tersebut kepada mereka menurut Kanun Tanah Negara (Disemak 2020). [58] Fakta bahawa keberadaan Plaintif Kedua hingga Plaintif Kelima di atas Hartanah tersebut untuk satu tempoh melangkau generasi tidak memberikan kepada mereka hak atau kepentingan yang boleh didaftar (“registrable”) ke atas Hartanah tersebut ataupun mengecewakan hak dan kepentingan Defendan Kedua ke atas Hartanah tersebut. [59] Ini adalah kerana Seksyen 341 Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) memperuntukkan seperti berikut: - December 30, 2024 18 “341 Adverse possession not to extinguish titles or interests Adverse possession of land for any length of time whatsoever shall not constitute a bar to the bringing of any action for the recovery thereof by the proprietor or any person or body entitled to an interest therein, and accordingly, the Limitation Act 1953, shall in no circumstances operate to extinguish any title to, or interest in, land.” [60] Dalam kes Masri Ahmad v Teoh Tong Hock & 1 lagi [2014] 1 LNS 1929, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - “[24] The submission was bereft of any merit. Section 341 of the NLC provides that adverse possession, no matter how long, does not confer title to the land. Therefore, the registered proprietor or person entitled to the land, may at any time, take action to evict the stranger or squatter in adverse possession. Consequently, section 341 of the Code, read together with section 9(2) of Act 254, in effect provided that there shall no limitation period to bar the current registered proprietor from taking action.” [61] Kausa tindakan Plaintif Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima sepatutnya adalah terhadap harta pusaka Salehan Bin Sapuan, simati atau Mohamad Yusak Bin Salehan berdasarkan kepada Surat Akuan Penyerahan Tanah tersebut dan bukannya terhadap Defendan-Defendan. [62] Malah, bagi Plaintif-Plaintif Kedua, Ketiga dan Keempat, tuntutan tersebut harus dibawa terhadap harta pusaka Salehan Bin Sapuan, simati atau Mohamad Yusak Bin Salehan oleh harta pusaka ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia. [63] Lebih-lebih lagi, Mahkamah juga mendapati tiada relief-relief yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif Kedua hingga Kelima dalam December 30, 2024 19 Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan-Defendan dan mereka telah bersetuju sewaktu disoal balas oleh peguam Defendan-Defendan mengenai perkara ini. [64] Maka Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima tiada locus standi untuk membawa tuntutan ini terhadap Defendan-Defendan serta mereka tidak mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan. [65] Tambahan lagi, memandangkan Mahkamah mendapati Plaintif Pertama telah gagal untuk membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian, maka Plaintif Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima juga gagal untuk membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan-Defendan. [66] Memandangkan Plaintif Pertama tiada sebarang kepentingan yang boleh didaftar atas Hartanah tersebut, maka Plaintif Pertama tidak berhak untuk relief-relief deklarasi dan satu Perintah terhadap Pendaftar Hakmilik Negeri Johor untuk mendaftarkan nama Plaintif Pertama sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut. [67] Lanjutan daripada penemuan Mahkamah di atas, Plaintif-Plaintif juga tidak berhak kepada satu Perintah agar Defendan Kedua merobohkan bangunan yang telah didirikan atas Hartanah tersebut. [68] Manakala berkenaan tuntutan untuk Gantirugi terhadap Defendan-Defendan, Plaintif-Plaintif telah bersetuju melalui peguam mereka yang mereka tidak akan meneruskan tuntutan untuk gantirugi ini. [69] Maka, tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak dengan kos. December 30, 2024 20 TUNTUTAN BALAS [70] Keterangan dokumen iaitu suratan hakmilik Hartanah tersebut dan keterangan lisan Defendan Kedua (SD1) Defendan Kedua adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut kini sejak 4.2.2014. Defendan Kedua telah memperolehi Hartanah tersebut daripada ayahnya Md. Samoudin, simati atas balasan kasih sayang melalui Memorandum Pindahmilik bertarikh 12.1.2014. [71] Fakta bahawa Defendan Kedua adalah pemilik berdaftar pada masa kini tidak dipertikaikan oleh Plaintif-Plaintif. [72] Memandangkan Mahkamah telah pun membuat penemuan bahawa Plaintif-Plaintif tidak mempunyai kepentingan yang boleh didaftar ke atas Hartanah tersebut, maka Plaintif-Plaintif gagal mengecewakan (“defeat”) pemilikan berdaftar Defendan Kedua ke atas Hartanah tersebut. [73] Selanjutnya adalah juga fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Plaintif-Plaintif Kedua hingga Kelima menghuni di atas plot-plot A hingga D di atas hartanah tersebut pada masa kini. [74] Memandangkan Plaintif-Plaintif tiada kepentingan yang boleh didaftar ke atas Hartanah tersebut mereka dan tuntutan mereka telah ditolak, maka Plaintif-Plaintif Kedua, ketiga, Keempat dan Kelima tidak berhak untuk terus sambung menghuni di atas Hartanah tersebut. December 30, 2024 21 [75] Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan untuk mendapatkan milikan kosong Hartanah tersebut daripada Plaintif-Plaintif. [76] Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa untuk tempoh masa pengembalian milikan kosong tersebut dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh penghakiman. [77] Plaintif telah memplidkan dalam perenggan 29 Pernyataan Tuntutan butir-butir kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga. Manakala Defendan-Defendan dalam perenggan 23 Pembelaan menafikan bahawa Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga mempunyai sebarang kepentingan dalam Hartanah tersebut untuk memasukkan kaveat-kaveat persendirian tersebut. [78] Memandangkan Mahkamah telah pun memutuskan Plaintif-Plaintif tiada kepentingan yang boleh didaftar ke atas Hartanah tersebut mereka dan tuntutan mereka ditolak, Mahkamah juga membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan agar kaveat-kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga dipotong oleh Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat serta Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat menghalang kemasukkan sebarang kaveat persendirian yang baru. [79] Manakala berkenaan tuntutan untuk Gantirugi terhadap Plaintif-Plaintif, Defendan-Defendan telah bersetuju melalui peguam mereka yang mereka untuk tidak akan meneruskan tuntutan ini. December 30, 2024 22 [80] Defendan-Defendan juga diawadkan kos untuk tuntutan balas mereka yang dibenarkan. Bertarikh pada 30 Disember 2024 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR DJ PAUL Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel: - Bagi pihak Plaintif-Plaintif : Haziq Bin Ishak bersama Enda Noratika Binti Nordin dan Mazni Binti Mohamad Ikhwan Bagi pihak Defendan-Defendan : Hishamudin Bin A. Aziz dan Syajana Sri Rahani Bt Sabtu Peguamcara: - Bagi pihak Perayu Tetuan Enda & Haziq Peguambela Dan Peguamcara December 30, 2024 23 192-01, Jalan Adda 7 Taman Adda Heights 81100 Johor Bahru [Ruj. No.: EH/L108/1221/HZ] Bagi pihak Defendan-Defendan Tetuan Hishamudin Aziz & Co. Peguambela & Peguamcara No. 50, 1st Floor Jalan Perdana 15 Off Jalan Abdul Rahman 84000 Muar, Johor [Ruj. No.: HADCO/CV-0449/2021(M)] Tarikh Pendengaran : 18 Julai 2024, 5 Ogos 2024, 8 September 2024, 22 Oktober 2024, 23 Oktober 2024, 27 Oktober 2024 Tarikh Keputusan : 30 Disember 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.