S1 intraspinal nerve root) Disc protrusion at C4-C5, C5-C6, C6-C7 and C7-T1 [A disc bulge, also known as a bulging or protruding disc, is a condition where the gel-like centre of a spinal disc pushes outward against its outer ring, potentially compressing nearby nerves and causing pain or other symptoms. [20] Berdasarkan Laporan Pakar Plaintif pada mukasurat 48 Ikatan B, kecederaan ini telah menyebabkan pesakit mengalami “numbness over S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA right upper limb, cramping right upper and lower limb, radiating pain from lower back to right lower limb, low back pain, back muscle spasm, reduced sensory right lower limb, and numbness right foot at plantar region”. [21] Laporan Pakar Defendan pada mukasurat 2-3 Ikatan C turut menyatakan bahawa pesakit mengalami numbness on right side of the body, buttock pain, non-specific neck pain, right paracervical muscle spasm, weak right wrist extension and hand grip, reduced sensation at plantar aspect of right foot, weak hip flexion, knee extension and ankle plantarflexion. [22] Peguam Plaintif seterusyan menyimpulkan bahawa Plaintif Pertama mengalami keilatan yang agak teruk akibat kecederaan yang dialami oleh beliau dalam kemalangan yang berlaku sekaligus menjejaskan kehidupan beliau. [23] Oleh itu, sebagaimana dalam kes yang dirujuk diatas, Peguam Plaintif menghujahkan bahawa jumlah awad sebanyak RM 200,000.00 adalah amat sesuai dan berpatutan bagi kecederaan ini serta memohon pertimbangan yang sewajarnya daripada Mahkamah Yang Mulia ini. [24] Mahkamah ini bersetuju dengan otoriti yang dikemukakan peguam Plaintif tapi merasakan jumlah sebanyak RM180,000.00 adalah S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA munasabah kerana otoriti yang dikemukakan adalah otoriti pada tahun 2023. [25] Mahkamah ini menolak hujahan peguam Defendan yang menyatakan kecederaan ini adalah dibahagian badan yang sama dengan no 1 di atas dan kecederaan no. 6 dibawah ini. [26] Peguam Defendan hanya menghujahkan jumlah RM200,000.00 yang dihujahkan peguam Plaintif adalah tidak munasabah tanpa menyatakan jumlah yang patut dibayar. Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguam Defendan ini. [27] Untuk kecederaan faced joint arthropathy at L5/S1, ligament flavum hypertrophy on both sides of L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Mahkamah memberikan award sebanyak RM75,000.00. [28] Mahkamah ini merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif iaitu Sharmadas Senasi A/L Senasi & Anor v Seng Hoe Motors Sdn Bhd & Anor [2023] 2 PIR [40] dimana Mahkamah Sesyen Melaka telah membenarkan award sebanyak RM40,000.00 untuk kecederaan facet hypertrophy of C4/C5 level dan RM35,000.00 untuk kecederaan asteophyte fracture of C4/C5 level. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [29] Mahkamah Tinggi Melaka [2023] 2 PIR [35] di peringkat rayuan telah memutuskan bahawa “The decision of learned SCJ on both liability and damages is affirmed” [30] Peguam Plaintif hujahkan sebanyak RM100,000.00 patut diberikan kepada Plaintif Pertama. [31] Mahkamah ini bersetuju dengan otoriti yang dikemukakan peguam Plaintif tapi merasakan jumlah sebanyak RM75,000.00 adalah munasabah kerana otoriti yang dikemukakan otoriti pada tahun 2023. [32] Mahkamah ini menolak hujahan peguam Defendan yang menyatakan kecederaan ini adalah dibahagian badan yang sama dengan kecederaan no 1 dan no 4 & no 5 di atas. [33] Peguam Defendan hanya menghujahkan jumlah RM100,000.00 yang dihujahkan peguam Plaintif adalah tidak munasabah tanpa menyatakan jumlah yang patut dibayar. Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguam Defendan ini. [34] Untuk kecederaan soft tissue injury (swelling over left parietal area 2x2cm, tender) Mahkamah memberikan award sebanyak RM5,000.00. Pihak Plaintif menghujahkan sebanyak RM5,000.00 patut diberikan dengan mengemukakan otoriti Nursuhaila bt Shukri & Anor v Muhamad Hafizuddin bin Mohd Rodhy & Anor [2020] 2 PIR [30] S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA yang mana Mahkamah Sesyen Kulim telah mengawardkan sebanyak RM5,000.00 untuk kecederaan soft tissue injury. [35] Mengikut Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 untuk kecederaan ini jumlah yang patut diberikan adalah antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00. [36] Oleh yang demikian, mahkamah ini percaya berdasarkan otoriti yang diberikan peguam Plaintif jumlah RM5,000.00 adalah memadai dan berpatutan. [37] Untuk kecederaan muscle wasting – lower limb: 1cm over thigh dan upper limb: 0.5cm over arm Mahkamah memberikan award sebanyak RM5,000.00. Pihak Plaintif menghujahkan sebanyak RM7,000.00 patut diberikan. [38] Peguam Defendan pula hujahkan tiada muscle wasting dan tuntutan ini patut ditolak. [39] Mengikut Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 untuk kecederaan ini jumlah award yang patut diberikan adalah antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [40] Oleh yang demikian, mahkamah ini percaya berdasarkan otoriti yang diberikan peguam Plaintif jumlah RM5,000.00 adalah memadai dan berpatutan. [41] Untuk pain and suffering during future operation. Mahkamah ini memberikan award sebanyak RM5,000.00. Pihak Plaintif menghujahkan sebanyak RM5,000.00 patut diberikan dengan mengemukakan otoriti Nor Azizah binti Miskan v Noor Fadhilah binti Nisman & Anor [2022] 1 PIR [26] yang mana Mahkamah Sesyen Sepang mengawarkan sebanyak RM10,000.00 untuk pain and suffering during two future surgeries. [42] Mahkamah ini percaya jumlah sebanyak RM5,000.00 adalah bersesuaian dan munasabah dengan mengambil kira future operation iaitu nerve compression surgery yang perlu dijalani oleh Plaintif Pertama. Adalah amat penting untuk Plaintif Pertama menjalani prosedur ini kerana secara tidak langsung akan menyebabkan beliau melalui kesakitan untuk kesekian kalinya pada masa hadapan. [43] Jumlah ini adalah amat munasabah dan berpatutan pada hemat mahkamah ini untuk diberikan. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA Plaintif Kedua [44] Untuk kecederaan multiple abrasion wound - over upper and lower lips dan over cheek area Mahkamah memberikan award sebanyak RM5,000.00. Pihak Plaintif menghujahkan sebanyak RM7,000.00 patut diberikan. Manakala pihak Defendan menghujahkan hanya RM2,000.00 patut diberikan. [45] Mengikut Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 untuk kecederaan ini jumlah yang patut diberikan adalah antara RM1,300.00 hingga RM5,000.00. [46] Oleh yang demikian, mahkamah ini percaya berdasarkan compendium yang ada jumlah RM5,000.00 adalah memadai dan berpatutan. [47] Untuk kecederaan soft tissue injury over the head Mahkamah memberikan award sebanyak RM5,000.00. Pihak Plaintif menghujahkan sebanyak RM5,000.00 patut diberikan dengan mengemukakan otoriti Nursuhaila bt Shukri & Anor v Muhamad Hafizuddin bin Mohd Rodhy & Anor [2020] 2 PIR [30] yang mana Mahkamah Sesyen Kulim telah mengawardkan sebanyak RM5,000.00 untuk kecederaan soft tissue injury. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [48] Pihak Defendan pula menghujahkan hanya RM3,000.00 patut diberikan kepada Plaintif Kedua. [49] Mengikut Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 untuk kecederaan ini jumlah yang patut diberikan adalah antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00. [50] Oleh yang demikian, mahkamah ini percaya berdasarkan otoriti yang diberikan peguam Plaintif jumlah RM5,000.00 adalah memadai dan berpatutan. Plaintif Ketiga [51] Untuk kecederaan soft tissue injury over forehead Mahkamah memberikan award sebanyak RM5,000.00. Pihak Plaintif menghujahkan sebanyak RM5,000.00 patut diberikan dengan mengemukakan otoriti Nursuhaila bt Shukri & Anor v Muhamad Hafizuddin bin Mohd Rodhy & Anor [2020] 2 PIR [30] yang mana Mahkamah Sesyen Kulim telah mengawardkan sebanyak RM5,000.00 untuk kecederaan soft tissue injury. [52] Pihak Defendan pula menghujahkan hanya RM3,000.00 patut diberikan kepada Plaintif Ketiga. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [53] Mengikut Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 untuk kecederaan ini jumlah yang patut diberikan adalah antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00. [54] Oleh yang demikian, mahkamah ini percaya berdasarkan otoriti yang diberikan peguam Plaintif jumlah RM5,000.00 adalah memadai dan berpatutan. Gantirugi Khas Plaintif Pertama [55] Untuk kos kerosakan pakaian, kasut dan barangan berharga Mahkamah memberikan award sebanyak RM200.00. Mahkamah ini mengambil judicial notice bahawa kerosakan akan berlaku apabila berlaku kemalangan walaupun ia dibantah oleh peguam Defendan. Mahkamah ini percaya ia adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan. [56] Untuk kos Laporan Perubatan daripada Hospital Jeli Mahkamah berikan award sebanyak RM40.00. Ini kerana terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. Ianya juga dipersetujui oleh peguam Defendan. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [57] Untuk kos Laporan Perubatan dari Hospital Tanah Merah Mahkamah berikan award sebanyak RM40.00. Terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. Ianya juga dipersetujui oleh peguam Defendan. [58] Untuk kos Laporan Pakar Ortopedik daripada HUSM Mahkamah memberikan award sebanyak RM1,500.00. Ini kerana terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. Ianya juga dipersetujui oleh peguam Defendan. [59] Untuk kos carian jpj Mahkamah berikan award sebanyak RM10.00. Ini kerana terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. Ianya juga dipersetujui oleh peguam Defendan. [60] Untuk kos dokumen-dokumen polis Mahkamah membenarkan sebanyak RM20.00 sahaja. Mahkamah mengambil judicial notice bahawa satu kos perlu dikeluarkan untuk mendapatkan dokumen kerajaan. [61] Walaupun peguam Defendan menghujahkan untuk kos ini patut ditolak dan peguam Plaintif menghujahkan sebanyak RM300.00 untuk perkara ini tetapi mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan-hujahan tersebut. Jumlah RM20.00 ini adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [62] Untuk kos fisioterapi Mahkamah benarkan award sebanyak RM120.00. Setuju sebanyak 24 sesi dengan harga RM5.00 untuk satu sesi di hospital kerajaan. Dapat rawatan di hospital kerajaan maka fisioterapi di hospital kerajaan adalah memadai. [63] Meskipun peguam Plaintif menghujahkan sebanyak RM3,600.00 mahkamah menolak hujahan ini. Pihak peguam Defendan pula menghujahkan sebanyak RM100.00 patut diberikan kerana berbeza sesi yang patut Plaintif hadiri iaitu sebanyak 20 sesi sahaja. [64] Mahkamah ini berpendapat perbezaan jumlah sesi ini tidak memprejudiskan mana-mana pihak. Jumlah ini merupakan jumlah yang berpatutan dan memadai. [65] Untuk kos laporan MRI Mahkamah memberikan award sebanyak RM1,846.00 dan 1,212.50. Ini kerana terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. Jumlah ini patut dibayar oleh pihak Defendan kepada pihak Plaintif kerana Plaintif telah mengeluarkan kos untuk perkara ini. [66] Untuk kos analgesic Mahkamah memberikan award sebanyak RM1,200.00. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. [67] Peguam Plaintif berhujah berdasarkan Perenggan 1 (d) Laporan Pakar Ortopedik Plaintif di mukasurat 48 Ikatan B ia dapat disimpulkan S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA bahawa Plaintif Pertama perlu mengambil regular analgesic untuk mengurangkan kesakitan yang dialami dan kos yang terlibat adalah sebanyak RM200.00 sebulan selama 6 bulan. [68] Peguam Plaintif seterusnya menghujahkan bahawa adalah wajar keseluruhan jumlah RM1,200.00 diawardkan kepada Plaintif Pertama. [69] Manakala peguam Defendan pula menghujahkan bahawa pihak Plaintif Pertama boleh mendapatkan dari Hospital Kerajaan kos RM5.00 untuk 2 strips 20 tablets. [70] Mahkamah ini menolak hujahan peguam Defendan ini dan bersetuju untuk awardkan sebanyak RM1,200.00 kepada Plaintif Pertama. Mahkamah ini percaya ia adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan. [71] Untuk kos mecobalamin atau vitamin B12 Mahkamah memberikan award sebanyak RM1,200.00. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. [72] Peguam Plaintif berhujah berdasarkan Perenggan 1 (e) Laporan Pakar Ortopedik Plaintif di mukasurat 48 Ikatan B ia dapat disimpulkan bahawa Plaintif Pertama perlu mengambil mecobalamin atau vitamin B12 untuk mengurangkan numbness yang dialami dan kos yang terlibat adalah sebanyak RM200.00 sebulan selama 6 bulan. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [73] Peguam Plaintif seterusnya menghujahkan bahawa adalah wajar keseluruhan jumlah RM1,200.00 diawardkan kepada Plaintif Pertama. [74] Manakala peguam Defendan pula menghujahkan bahawa pihak Plaintif Pertama boleh mendapatkan dari Hospital Kerajaan kosnya adalah percuma. [75] Mahkamah ini menolak hujahan peguam Defendan ini dan bersetuju untuk awardkan sebanyak RM1,200.00 kepada Plaintif Pertama. Mahkamah ini percaya ia adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan. [76] Untuk kos lawatan pakar orthopaedic spine Mahkamah memberikan award sebanyak RM1,800.00. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. [77] Peguam Plaintif menghujahkan berdasarkan Perenggan 2 (a) Laporan Pakar Ortopedik Plaintif di mukasurat 48 Ikatan B ia dapat disimpulkan bahawa Plaintif Pertama perlu menghadiri orthopaedic spine specialist follow up. Kos yang terlibat adalah sebanyak RM300.00 bagi setiap sesi dan sebanyak 6 sisi diperlukan bagi tempoh 2 tahun iaitu setiap 4 bulan sekali. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [78] Peguam Plaintif seterusnya menghujahkan bahawa adalah wajar keseluruhan jumlah RM1,800.00 diawardkan kepada Plaintif Pertama. [79] Manakala peguam Defendan pula menghujahkan bahawa pihak Plaintif Pertama tidak patut mendapatkan sesi ini dan tuntutan ini perlu ditolak sepenuhnya. [80] Mahkamah ini menolak hujahan peguam Defendan ini dan bersetuju untuk awardkan sebanyak RM1,800.00 kepada Plaintif Pertama. Mahkamah ini percaya ia adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan. [81] Untuk kos pembedahan nerve decompression surgery Mahkamah memberikan award sebanyak RM30,000.00. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. [82] Peguam Plaintif menghujahkan berdasarkan Perenggan 2 (b) Laporan Pakar Ortopedik Plaintif di mukasurat 48 Ikatan B ia dapat disimpulkan bahawa Plaintif Pertama perlu menjalani nerve decompressin surgery yang mana melibatkan kos sebanyak RM30,000.00 di Hospital Swasta. [83] Peguam Plaintif seterusnya menghujahkan bahawa adalah wajar keseluruhan jumlah RM30,000.00 diawardkan kepada Plaintif Pertama. S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA [84] Manakala peguam Defendan pula menghujahkan bahawa pihak Plaintif Pertama boleh melakukan pembedahan tersebut Hospital Kerajaan kos RM6,000.00 sahaja. [85] Mahkamah ini menolak hujahan peguam Defendan ini dan bersetuju untuk awardkan sebanyak RM30,000.00 kepada Plaintif Pertama untuk kos ini. [86] Mahkamah ini percaya Plaintif Pertama berhak kepada servis yang terbaik yang ada iaitu melakukan pembedahan di Hospital Swasta. Mahkamah ini percaya ia adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan. [87] Untuk kos sebutharga peralatan orthosis daripada K.K Prosthetic & Orthopaedic Equipment Sdn Bhd Mahkamah memberikan award sebanyak RM500.00. Ini kerana terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. [88] Oleh kerana mahkamah ini bersetuju dengan jumlah kos peralatan orthosis seperti di bawah maka kos sebutharga ini mestilah dibayar oleh Defendan. [89] Untuk kos peralatan orthosis Mahkamah ini memberikan award RM33,570.00. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh pihak Defendan. Jumlah ini merupakan jumlah yang S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA dihujahkan oleh peguam Defendan, tiada sebab untuk peguam Defendan tidak berpuashati dengan jumlah ini. Plaintif Kedua [90] Untuk kos kerosakan pakaian, kasut dan barangan berharga Mahkamah memberikan award sebanyak RM200.00. Mahkamah ini mengambil judicial notice bahawa kerosakan akan berlaku apabila berlaku kemalangan walaupun ia dibantah oleh peguam Defendan. Mahkamah ini percaya ia adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan. [91] Untuk kos Laporan Perubatan Hospital Jeli Mahkamah memberikan award sebanyak RM40.00. Ini kerana terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. [92] Untuk kos carian JPJ Mahkamah ini memberikan award sebanyak RM10.00. Ia dipersetujui oleh peguam Defendan.Tiada sebab untuk peguam Defendan tidak berpuashati dengan jumlah ini. Plaintif Ketiga [93] Untuk kos kerosakan pakaian, kasut dan barangan berharga Mahkamah memberikan award sebanyak RM200.00. Mahkamah ini S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA mengambil judicial notice bahawa kerosakan akan berlaku apabila berlaku kemalangan. Walaupun dibantah oleh peguam Defendan mahkamah merasakan jumlah ini adalah munasabah dan berpatutan untuk diberikan. [94] Untuk kos Laporan Perubatan Hospital Jeli Mahkamah memberikan award sebanyak RM40.00. Ini kerana terdapat resit dikemukakan untuk perkara ini. [95] Untuk kos carian JPJ Mahkamah ini memberikan award sebanyak RM10.00. Ia dipersetujui oleh peguam Defendan.Tiada sebab untuk peguam Defendan tidak berpuashati dengan jumlah yang diberikan ini. KESIMPULAN [96] Berdasarkan kepada alasan-alasan dan dapatan-dapatan yang dinyatakan di atas, mahkamah yang mulia ini berpendapat bahawa keputusan mahkamah yang mulia ini adalah tepat dan bersesuaian. [97] Mahkamah yang mulia ini sekali lagi tegaskan bahawa keputusan ini adalah adil, wajar dan berpatutan kepada Plaintif dan Defendan berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas sebelum ini. Bertarikh pada 05 November 2025 S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA Nik Habri Nik Habri bin Muhamad Hakim Sesyen Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Peguam Plaintif: Pn Anis (Tetuan Kuay & Partners) Peguam Defendan: En. Asyraf (Tetuan Suat Lim & Co.) S/N nSkWRkvo20e/ZsjpTRy5rA