Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
BA-12B-117-11/2024
High Court of Malaysia19 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rinsip ini telah dihujahkan dengan merujuk kepada kes Chu Kim Sing & Anor v Abd Razak Amin (1999) 4 CLJ 448 yang juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Lee You Suen v Liew Lok & Ors [1967] CLJU 83, maka saya bersetuju bahawa Mahkamah ini masih boleh campur tangan dan membuat penelitian (review) keselu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
1
NUR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR [MENUNTUT SEBAGAI ISTERI YANG SAH TANGGUNGAN YANG SAH KEPADA MOHAMAD SHARIL RAMZHAN BIN MOHD RIZAL (SIMATI) UNTUK KESEDIHAN DAN KEDUKACITAAN SERTA KERUGIAN PERBELANJAAN DI BAWAH SEKSYEN 7, AKTA UNDANG-UNDANG SIVIL 1956]
2
NUR HASYA SOFEA BINTI MOHAMAD SHARIL RAMZHAN S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
4
MOHAMAD RIZAL BIN DALI
2
MUHAMMAD IRFAN HAIQAL BIN MARZUKI (NO. K/P: 980530-03-6083)) ... RESPONDEN-RESPONDEN S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
3
NOOR LELA BINTI SHAARI S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
4
MOHAMAD RIZAL BIN DALI
2
MUHAMMAD IRFAN HAIQAL BIN MARZUKI (NO. K/P: 980530-03-6083)) … DEFENDAN-DEFENDAN) DIDENGAR BERSAMA S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-119-11/2024
1
FIETHRIE AIZAT BIN ABDUL AZIZ
2
NUR HASYA SOFEA BINTI MOHAMAD SHARIL RAMZHAN S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
5
MUHAMMAD IRFAN HAIQAL BIN MARZUKI (NO. K/P: 980530-03-6083) .. RESPONDEN-RESPONDEN (DALAM PERKARA MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN NO: BD-B53KJ-18-09/2022 S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
3
NOOR LELA BINTI SHAARI S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
4
MOHAMAD RIZAL BIN DALI …PLAINTIF-PLAINTIF
2
MUHAMMAD IRFAN HAIQAL BIN MARZUKI (NO. K/P: 980530-03-6083) …DEFENDAN-DEFENDAN)
1
Rayuan ini melibatkan dua rayuan yang telah didengar bersama iaitu Rayuan No. BA-12B-117-11/2024 (Rayuan 117 – isu kuantum) dan BA-12B-119-11/2024 (Rayuan 119 – isu liabiliti). Kedua-dua rayuan ini adalah lantaran keputusan Mahkamah Sesyen Selayang bertarikh 17 Oktober 2024 dalam satu S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w tuntutan di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 berhubung kematian Mohamad Sharil Ramzhan bin Mohd Rizal (simati) akibat satu kemalangan jalan raya.
2
Rayuan 119 adalah rayuan berhubung isu liabiliti. Rayuan ini difailkan oleh Fiethrie Aizat bin Abdul Aziz, iaitu Defendan Pertama di Mahkamah Sesyen, terhadap dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang memutuskan bahawa Defendan Pertama menanggung liabiliti sebanyak 70%, simati menanggung sumbang cuai sebanyak 30%, manakala Defendan Kedua tidak bertanggungan dalam kemalangan tersebut.
3
Rayuan 117 pula adalah rayuan berhubung isu kuantum. Rayuan ini melibatkan tuntutan oleh Plaintif-Plaintif di Mahkamah Sesyen, iaitu mereka yang di bawah tanggungan simati terhadap jumlah gantirugi yang diperintahkan, dan dalam masa yang sama Fiethrie Aizat bin Abdul Aziz, selaku Responden dalam rayuan, turut merayu terhadap dapatan kuantum yang telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen.
4
Setelah meneliti keseluruhan rekod rayuan, rekod tambahan, nota keterangan saksi-saksi serta hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak, saya menolak Rayuan 119, namun membenarkan semakan terhadap peratusan sumbang cuai dengan mendapati Defendan Pertama menanggung liabiliti sepenuhnya. Rayuan 117 pula dibenarkan sebahagiannya dengan pindaan terhadap S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w jumlah kos pengkebumian dan kiraan kehilangan tanggungan, manakala dapatan lain oleh HMS dikekalkan.
5
Fiethrie Aizat bin Abdul Aziz telah memfailkan rayuan lanjut ke Mahkamah Rayuan berhubung dapatan liabiliti dan kuantum di atas. Berikut adalah alasan penghakiman saya.
6
Dalam Rayuan 119, Fiethrie Aizat bin Abdul Aziz adalah Perayu. Beliau merupakan Defendan Pertama di Mahkamah Sesyen dan adalah pemandu serta pemilik kenderaan yang telah dilanggar oleh simati dalam kemalangan tersebut.
7
Responden-Responden Pertama hingga Keempat dalam Rayuan 119 ialah Nur Hidayah binti Abu Bakar, Nur Hasya Sofea binti Mohamad Sharil Ramzhan, Noor Lela binti Shaari, dan Mohamad Rizal bin Dali. Mereka adalah Plaintif-Plaintif di Mahkamah Sesyen Selayang dan merupakan tanggungan yang sah kepada simati. Nur Hidayah binti Abu Bakar adalah isteri simati, Nur Hasya Sofea binti Mohamad Sharil Ramzhan adalah anak simati, manakala Noor Lela binti Shaari dan Mohamad Rizal bin Dali masing-masing adalah ibu dan bapa kepada simati. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
8
Muhammad Irfan Haiqal bin Marzuki adalah Responden Kelima dalam Rayuan 119. Beliau merupakan Defendan Kedua di Mahkamah Sesyen dan adalah pemandu sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian. Rakaman kamera dashcam daripada kenderaannya telah dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan di Mahkamah Sesyen.
9
Dalam Rayuan 117, Nur Hidayah binti Abu Bakar, Nur Hasya Sofea binti Mohamad Sharil Ramzhan, Noor Lela binti Shaari, dan Mohamad Rizal bin Dali adalah Perayu-Perayu. Mereka adalah Plaintif-Plaintif di Mahkamah Sesyen dan menuntut gantirugi sebagai tanggungan yang sah kepada simati di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
10
10.
117
Fiethrie Aizat bin Abdul Aziz adalah Responden dalam Rayuan Beliau merupakan Defendan Pertama di Mahkamah Sesyen dan turut merayu terhadap dapatan kuantum yang telah dibuat oleh HMS.
11
Muhammad Irfan Haiqal bin Marzuki juga adalah Responden dalam Rayuan 117. Beliau merupakan Defendan Kedua di Mahkamah Sesyen Selayang dan terhadapnya tiada dapatan liabiliti dibuat oleh HMS.
12
Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana kedudukan mereka di Mahkamah Sesyen. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
13
Kes ini berpunca daripada satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian simati, seorang penunggang motosikal nombor pendaftaran VCC 4641. Pada hari kejadian, simati sedang menunggang motosikalnya di KM 445.6 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) apabila motosikal tersebut telah melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan (WLK 9809) milik Fiethrie Aizat bin Abdul Aziz, iaitu Defendan Pertama.
14
Kenderaan Defendan Pertama berada di lorong paling kiri jalan tersebut pada masa kejadian dan dalam keadaan statik. Defendan Pertama menyatakan bahawa kenderaannya mengalami kerosakan dan stering kereta tidak dapat digerakkan. Simati pula datang dari arah belakang dan pelanggaran berlaku di bahagian belakang kenderaan Defendan Pertama.
15
Simati telah terpelanting ke kanan jalan dan kebetulan kenderaan yang dibawa oleh Defendan Kedua (Muhammad Irfan Haiqal bin Marzuki), nombor pendaftaran KFF 3768 telah melanggar simati kerana tidak sempat untuk mengelak. Rakaman dashcam daripada kenderaannya telah dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan di Mahkamah Sesyen. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
16
Simati mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia. Plaintif-Plaintif adalah isteri, anak, ibu, dan bapa kepada simati, dan mereka menuntut gantirugi sebagai tanggungan yang sah di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
17
HMS, selepas perbicaraan penuh, memutuskan bahawa Defendan Pertama cuai dan menanggung liabiliti sebanyak 70%, simati menanggung sumbang cuai sebanyak 30%, manakala Defendan Kedua tidak bertanggungan.
18
Dari alasan penghakiman yang disediakan, berikut adalah dapatan HMS:
1
HMS mendapati bahawa Defendan Pertama telah memberhentikan kenderaannya di lorong paling kiri jalan dan keadaan ini telah mewujudkan satu halangan kepada pengguna jalan raya lain, termasuk simati.
2
HMS menerima bahawa kenderaan Defendan Pertama berada dalam keadaan tidak bergerak pada masa kemalangan berlaku dan pelanggaran berlaku di bahagian belakang kenderaan tersebut. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
3
HMS berpendapat bahawa simati sepatutnya lebih berhati-hati dan memberikan perhatian terhadap keadaan lalu lintas di hadapannya, khususnya apabila menunggang di lorong kiri.
4
Berdasarkan fakta pelanggaran dari belakang dan ketiadaan kesan brek, HMS membuat inferens bahawa simati telah gagal memberikan fokus sepenuhnya semasa menunggang motosikalnya.
5
Atas pertimbangan tersebut, HMS menyimpulkan bahawa walaupun terdapat kecuaian di pihak Defendan Pertama, simati juga telah menyumbang kepada kemalangan tersebut.
6
Oleh itu, HMS mengenakan sumbang cuai sebanyak 30% terhadap simati dan menetapkan liabiliti Defendan Pertama pada kadar 70%.
7
Berhubung Defendan Kedua, HMS mendapati bahawa Defendan Kedua tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyumbang kepada kemalangan. Kehadiran Defendan Kedua di lokasi kejadian dan rakaman dashcam daripada kenderaannya tidak menunjukkan sebarang kecuaian di pihak Defendan Kedua. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w Alasan HMS Mengenai Kuantum
8
Dalam menentukan kuantum, HMS membenarkan tuntutan kehilangan tanggungan sebagai sebahagian daripada gantirugi khas. Dalam membuat kiraan tersebut, HMS telah menerima bahawa simati mempunyai pendapatan, namun mengambil jumlah RM1,000 sebulan sebagai pendapatan simati bagi tujuan pengiraan kehilangan tanggungan. HMS seterusnya menggunakan jumlah pendapatan tersebut untuk mengira kehilangan tanggungan dan memasukkannya ke dalam jumlah gantirugi khas keseluruhan sebanyak RM242,280.00.
9
HMS turut membenarkan kos tindakan sebanyak RM10,637.00. Isu-Isu Dalam Rayuan Rayuan 119 (Liabiliti)
1
Sama ada HMS terkhilaf dalam mengenakan sumbang cuai sebanyak 30% terhadap simati.
2
Sama ada HMS terkhilaf dalam menilai tahap kecuaian Defendan Pertama dan peratusan liabiliti yang dikenakan ke atasnya. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
3
Sama ada dapatan HMS bahawa Defendan Kedua tidak cuai dan tidak bertanggungan adalah selamat dan disokong oleh keterangan serta hujahan yang dikemukakan. Rayuan 117 (Kuantum)
4
Sama ada HMS terkhilaf dalam menentukan jumlah kos pengkebumian yang dibenarkan kepada Plaintif-Plaintif.
5
Sama ada HMS terkhilaf dalam menerima jumlah pendapatan simati bagi tujuan pengiraan kehilangan tanggungan tanpa alasan yang jelas berdasarkan keterangan yang dikemukakan.
6
Sama ada kiraan gantirugi bagi kehilangan tanggungan yang dibuat oleh HMS adalah selaras dengan prinsip undang-undang dan keterangan dalam rekod. Analisa dan Dapatan Rayuan 119
19
Malang sememangnya tidak berbau. Kematian simati, Mohamad Sharil Ramzhan bin Mohd Rizal, dalam kemalangan jalan raya pada hari tersebut adalah satu tragedi yang tidak dijangka dan telah mengakibatkan kehilangan besar kepada isteri, anak, dan ibu bapanya. Namun, tugas Mahkamah bukan S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w sekadar bersimpati semata-mata, tetapi perlu menilai tanggungjawab dari segi undang-undang berdasarkan keterangan, hujahan pihak-pihak, dan prinsip yang terpakai.
20
Saya mulakan dengan Rayuan 119 yang menyentuh isu liabiliti. HMS telah memutuskan bahawa Defendan Pertama cuai dan menanggung liabiliti sebanyak 70%, simati dikenakan sumbang cuai sebanyak 30%, manakala Defendan Kedua tidak bertanggungan.
21
Setelah meneliti alasan penghakiman HMS dan kedudukan undang-undang berkaitan, saya dapati tiada kekhilafan dalam dapatan HMS bahawa terdapat kecuaian di pihak Defendan Pertama dan bahawa Defendan Kedua tidak cuai dalam kemalangan ini. Dapatan tersebut adalah selari dengan keterangan dan tidak menunjukkan sebarang salah arah prinsip undang-undang.
22
Walau bagaimanapun, isu utama dalam rayuan ini adalah berkaitan sumbang cuai yang dikenakan ke atas simati. Sepertimana yang telah dihujahkan oleh Plaintif-Plaintif, sumbang cuai sebanyak 30% tersebut telah dikenakan oleh HMS berdasarkan andaian bahawa simati sepatutnya nampak, mengetahui atau menyedari bahawa kenderaan Defendan Pertama berada dalam keadaan berhenti di lorong tersebut sebelum berlakunya kemalangan. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
23
Setelah meneliti nota keterangan dan alasan HMS, saya dapati andaian ini tidak disokong oleh keterangan yang mencukupi. Sepertimana yang telah dihujahkan, keadaan arus trafik lain pada masa kejadian adalah dalam keadaan bergerak. Tiada bukti yang jelas bahawa simati mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa kenderaan Defendan Pertama berada dalam keadaan berhenti. Dalam keadaan sedemikian, adalah tidak wajar untuk mengandaikan bahawa simati gagal memberikan fokus semata-mata berdasarkan fakta pelanggaran dari belakang.
24
Saya katakan sedemikian setelah melihat rakaman dashcam pada hari kejadian yang mana akan saya bincangkan lebih lanjut selepas ini.
25
Saya juga mengambil kira hujahan bahawa lorong tempat kejadian adalah laluan susur kiri dan bukan lorong kecemasan dan fakta ini disokong oleh surat daripada PLUS yang dikemukakan sebagai Ekshibit P20. Dalam keadaan ini, simati berhak menggunakan lorong tersebut, dan penggunaan lorong itu oleh simati tidak boleh dengan sendirinya dianggap sebagai perbuatan cuai.
26
Telah dihujahkan juga bahawa kenderaan Defendan Pertama telah berhenti tanpa sebarang tanda amaran yang berkesan atau mencukupi. Perkara ini telah dikatakan mewujudkan satu halangan secara tiba-tiba kepada simati. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
27
Walaupun Defendan Pertama berhujah bahawa simati menunggang dengan laju dan gagal membrek, saya mendapati tiada keterangan kukuh yang menyokong andaian tersebut. Rakaman dashcam daripada kenderaan Defendan Kedua menunjukkan kelajuan (kenderaannya) adalah hanya pada sekitar 57 kilometer sejam. Dalam keadaan ini, adalah tidak selamat untuk membuat inferens bahawa simati menunggang secara melulu.
28
Saya telah melihat dan memainkan rakaman dashcam di Mahkamah Terbuka untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai kejadian. Dari rakaman, tampak dengan jelas, dalam keadaan motosikal simati bergerak melintasi van pemotong rumput yang parkir dibelakang kereta Defendan Pertama, pada jarak kali pertama kelihatan kereta Defendan Pertama berada pada diposisi tersebut, seakan sekelip mata, simati tidak akan dapat merumuskan yang kenderaan Defendan Pertama berada dalam keadaan statik pada lorong yang mana sepatutnya simati boleh lalui untuk ke susur naik sebelah kiri.
29
Saya berpandangan, untuk simati “menyedari” kereta Defendan Pertama tidak bergerak hanya boleh dirumus pada titik akhir yang mana dapat diperhati bahawa simati ada cuba sedikit untuk mengelak tetapi gagal dalam detik yang terlalu singkat. Maka, saya bersetuju bahawa keadaan ini telah meletakkan simati dalam situasi agony of moment, yang menghadkan S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w peluang beliau untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan mengelak sepenuhnya dalam tempoh yang singkat.
30
Walaupun tiada rayuan silang difailkan oleh Plaintif-Plaintif setelah permohonan lanjutan masa tidak dibenarkan, Mahkamah ini masih berhak menilai keseluruhan fakta kes. Prinsip ini telah dihujahkan dengan merujuk kepada kes Chu Kim Sing & Anor v Abd Razak Amin (1999) 4 CLJ 448 yang juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Lee You Suen v Liew Lok & Ors [1967] CLJU 83, maka saya bersetuju bahawa Mahkamah ini masih boleh campur tangan dan membuat penelitian (review) keseluruhan kes walaupun tiada rayuan silang difailkan dan terutamanya apabila terdapat kekhilafan yang nyata dalam dapatan fakta atau pertimbangan.
31
Setelah meneliti keseluruhan keterangan dan hujahan pihak-pihak, saya dapati bahawa alasan HMS dalam mengenakan sumbang cuai sebanyak 30% terhadap simati adalah berdasarkan pertimbangan yang salah iaitu dengan membuat andaian bahawa simati boleh melihat kenderaan Defendan Pertama pada jarak tersebut. Sepertimana yang telah saya bincangkan di atas, ianya tidak mungkin atas sebab kejadian yang berlaku hanya sekelip mata. Oleh itu, dapatan tersebut tidak boleh dikekalkan.
32
Sehubungan itu, walaupun Rayuan 119 oleh Defendan Pertama ditolak mengenai isu kewujudan kecuaian, saya mengubah S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w dapatan HMS berhubung peratusan liabiliti dan mendapati bahawa Defendan Pertama cuai sepenuhnya dan menanggung liabiliti sebanyak 100%. Dapatan HMS bahawa Defendan Kedua tidak bertanggungan adalah dikekalkan.
33
Saya seterusnya beralih kepada Rayuan 117 yang menyentuh isu kuantum. Sepertimana yang telah dihujahkan oleh Perayu-Perayu, HMS telah terkhilaf dalam mempertimbangkan kos pengkebumian sebanyak hanya RM870.00. Setelah meneliti hujahan dan keterangan yang dikemukakan, saya mengambil notis kehakiman (judicial notice) bahawa kos pengurusan jenazah sewajarnya meliputi kos lain dalam urusan pengebumian jenazah seorang muslim seperti upah imam dan kos pengangkutan. Oleh itu saya menerima cadangan bahawa jumlah RM3,000 adalah kos yang sewajarnya perlu dipertimbang dan munasabah sebagai kos pengkebumian. Maka dapatan HMS dalam perintah ini dipinda. Saya menerima rujukan kepada kes Aznum Abdul Rahman v Ghazali Ahmad & Anor (2021) 9 CLJ 121 yang memutuskan jumlah yang sama.
34
Berhubung kehilangan tanggungan, sepertimana yang telah dihujahkan oleh Plaintif-Plaintif, saya merujuk kepada slip gaji simati yang terdapat di muka surat 377 Jilid 1 Rekod Rayuan. Slip gaji tersebut menunjukkan pendapatan simati sebanyak RM3,150 sebulan. Saya dapati tiada penjelasan diberikan oleh S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w HMS dalam menerima hanya jumlah RM1,000 sebagai pendapatan simati bagi tujuan kiraan kehilangan tanggungan.
35
Dalam keadaan ini, saya mendapati bahawa pendapatan sebenar simati sebanyak RM3,150 sebulan perlu digunakan. Setelah ditolak satu pertiga sebagai kos sara hidup, multiplicand yang sesuai adalah RM2,100 sebulan. Dengan mengambil kira umur simati dan keadaan tanggungan, multiplier selama 16 tahun adalah wajar.
36
Oleh itu, jumlah gantirugi bagi kehilangan tanggungan untuk Plaintif Pertama dan Kedua adalah sebanyak RM403,200.00, dikira berdasarkan RM2,100 didarab 12 bulan dan didarab 16 tahun.
37
Mengenai isu kos tindakan yang mana HMS membenarkan kos tanpa mengira “Sanderson Order” (dalam tindakan yang melibatkan pelbagai pihak (multi-defendant litigation), di mana Defendan yang kalah diperintahkan membayar kos guaman Defendan yang berjaya secara langsung), untuk isu ini, ia adalah keputusan budibicara yang telah dibuat oleh HMS dan saya dapati tiada kekhilafan yang mewajarkan saya campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh HMS.
38
Begitu juga dengan dapatan HMS berhubung tuntutan oleh Plaintif Ketiga dan Keempat, maka ianya dikekalkan kerana tiada kekhilafan yang nyata ditunjukkan. S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
39
Setelah meneliti Rekod Rayuan dan hujahan dari semua pihak, Rayuan 119 dibenarkan dengan mengubah peratusan liabiliti kepada 100% cuai terhadap Defendan Pertama dan perintah sumbang cuai diketepikan. Keputusan HMS mengenai Defendan Kedua dikekalkan.
40
Rayuan 117 dibenarkan sebahagian dimana kos pengkebumian dibenarkan sebanyak RM3000 dan gantirugi kehilangan tanggungan ditetapkan sebanyak RM403,200.00. Dapatan HMS yang lain dikekalkan.
41
Kos rayuan dibenarkan sebanyak RM3,000 kepada Plaintiff-Plaintiff untuk Rayuan 117 dan 119 (setiap satu), serta RM3,000 kepada Defendan Kedua bagi Rayuan 119, semuanya dibayar oleh Defendan Pertama, tertakluk kepada alokator. Bertarikh: 28 Januari 2026 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w Peguam bagi pihak Perayu : Ranizan bin Mokhtar bersama Muhammad Mutmain bin Ramlan Tetuan Ranizan Abdullah & Associates Peguam bagi pihak Responden Pertama : R. Kanakkam Naidu bersama Uganeswary a/p Jagan dan Kong Jiun Yuan Tetuan M. Ravendran & Associates Peguam bagi pihak Responden Kedua : Iza Dora binti Md Hanipah Tetuan Shan & Su S/N lMYhMrnLjEyXr9rKnKmn3w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.