Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-45A-14-05/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
KB-45A-14-05/2024
High Court of Malaysia19 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ari tarikh tangkap dan (10) sebatan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 MRRJ. NO: B-05 (H) -97-03/2024 5. Magendran Mukunthan v. PP [2025] CLJU 1147 Pertuduhan Ke-3 49.09 gram Penjara (8) tahun dari tarikh tangkap (15.2.2021) dan (10) sebatan. 45. Berdasa”
“ill be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 vii. Trend-trend hukuman 43. Mahkamah telah mengikuti pendekatan Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Ismail Abd Rahman v. PP [2025] CLJU 3141 di mana merujuk trend hukuman dalam menimbangkan hukuman melibatkan kesalahan yang sama. 44. Berikut diper”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-45A-14-05/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
NUR LIYANA NADIA BINTI ROSLI
2
OKT 1 MOHAMMAD IZZUDDIN SAFWAN BIN MOHAMMAD RADZIF (NO. K/P: 870616355117) OKT 2 PENGHAKIMAN
1
Orang Kena Tuduh 1 (OKT 1), Nur Liyana Nadia Binti Rosli dan Orang Kena Tuduh 2 (OKT 2), Mohammad Izzuddin Safwan Bin Mohammad Radzif telah dipertuduhkan bagi satu kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta itu] kerana kesalahan mengedar dadah berbahaya iaitu dadah Methamphetamine seberat 53.64 gram yang boleh dihukum di bawah s. 39B(2) Akta yang sama.
2
Peguambela-peguambela yang mewakili kedua-dua OKT telah menghantar representasi kepada pihak Pendakwaan. Pendakwaan kemudiannya telah menerima representasi dan mengemukakan Pertuduhan Pilihan seperti berikut: Pertuduhan Pilihan (“B1”) “Bahawa kamu bersama-sama pada 07/12/2023, jam lebih kurang 4.15 pagi, bertempat di dalam di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani Selatan, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati memiliki dadah berbahaya iaitu Methaphetamine seberat 53.64 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
3
Kedua-dua OKT telah mengaku salah atas Pertuduhan Pilihan tersebut dan faham sifat dan akibat dari pengakuan salah yang telah dibuat.
4
Mahkamah telah menerima pengakuan salah kedua-dua OKT. Mahkamah telah merekodkan kedua-dua OKT bersalah dan disabitkan atas Pertuduhan Pilihan. Sebagaimana lazimnya, pihak-pihak telah diberi peluang berhujah berkaitan hukuman.
5
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman sebagaimana berikut:
i
OKT 1 dihukum penjara (9) tahun dari tarikh tangkap 07.12.2023. Hukuman sebatan dikecualikan kerana OKT 1 seorang Wanita (sila rujuk s. 289 Kanun Tatacara Jenayah).
II
(ii) OKT 2 dihukum penjara (9) tahun dari tarikh tangkap 07.12.2023 dan sebatan rotan sebanyak (10) kali.
6
Kedua-dua OKT telah terkilan dengan hukuman tersebut dan memfailkan Notis Rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan.
7
Secara ringkasnya fakta kes yang dibentangkan oleh pendakwaan [P1] seperti berikut, bertindak atas maklumat pada 07/12/2023 jam lebih kurang 4.15 pagi, bertempat di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani [Selatan], di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, Pengadu iaitu Insp. Mohamaad Fairiz Bin Nawi bersama pasukannya telah membuat satu serbuan dan tangkapan terhadap OKT 1 dan OKT 2.
8
Pengadu dan pasukannya telah ternampak sebuah motokar jenis Toyota Prius C nombor pendaftaran JNN 9131 berhenti di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani [Selatan].
9
Pengadu kemudiannya bersama pasukan serbuan telah menghampiri motokar tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis. Secara tiba-tiba motokar tersebut telah dipandu secara melulu dan telah mencuba untuk melarikan diri. Pengadu bersama pasukannya berjaya menghalang motokar tersebut menggunakan kenderaan pasukan Pengadu.
10
Sebaik sahaja motokar tersebut telah berjaya dihentikan dan berada dalam kawalan, Pengadu sekali lagi memperkenalkan diri sebagai polis kepada (1) lelaki Melayu (OKT 2) yang duduk di bahagian pemandu dan (1) perempuan Melayu (OKT 1) yang duduk di kerusi penumpang sebelah pemandu.
11
Pengadu telah menjalankan pemeriksaan tubuh badan OKT 2 dan mendapati tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
12
Sambil disaksikan oleh kedua-dua OKT dan anggota serbuan, Pengadu telah membuat pemeriksaan di dalam motokar tersebut dan telah menjumpai di atas tempat letak kaki penumpang hadapan (2) peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis syabu (anggaran berat 156.60 gram).
13
Kesemua barang kes telah dirampas oleh Pengadu dan tangkapan telah dibuat ke atas kedua-dua OKT. Pengadu telah membuat repot sebagaimana Repot Sg. Petani 035720/23.
14
Selanjutnya kesemua barang kes dan kedua-dua OKT telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat iaitu Insp. Nurfatinah Binti Hashim untuk siasatan lanjut.
15
Pegawai Penyiasat telah menghantar barang kes kepada Ahli Kimia, Haslinda Binti Ismail untuk dianalisis. Setelah dianalisis, didapati berat bersih dadah bahan tersebut ialah 155.48 gram yang mengandungi 53.64 gram Methamphetamine.
16
Ahli Kimia mengesahkan Methamphetamine disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama, Akta itu. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Peringanan OKT 1 17. Peguam Bela telah berhujah seperti berikut: i. Umur 34 tahun masa ditangkap dan kini berumur 37 tahun; ii. Pernah berkahwin sebanyak 2 kali dan kini telah bercerai; iii. Hasil perkahwinan ada 5 orang anak berumur 18, 16, 14, 13, dan 7 tahun dan semua masih bawah tanggungan; iv. Kini anak-anak dibela oleh ibu OKT berumur 57 tahun; v. Sebelum ditangkap kerja peniaga online pendapatan RM2000 sebulan; vi. Mendapat pendidikan sehingga tingkatan lima di Sekolah Sultan Ahmad Tajudin di Bandar Baru; vii. Insaf dan kesal atas kesalahan dilakukan dan berjanji tidak ulangi kesalahan yang sama atau jenayah lain; viii. Pengakuan salah telah menjimatkan masa semua pihak terlibat dan kos dijimatkan dan patut dikira sebagai faktor mitigasi; ix. Ini kesalahan pertama dan tiada rekod sebelum ini; x. Berat dadah adalah 53.64 gram Methaphetamine dan bukan berat yang keterlaluan; xi. Pohon hukuman penjara paling singkat kerana jika penjara yang panjang ia bukan sahaja menjejaskan OKT tetapi juga kelima-lima anak OKT; xii. Anak sulung baru selesai menduduki SPM; xiii. Rujuk trend-trend hukuman bagi tuduhan pilihan sebagaimana kes PP v. Neo [2009] 7 MLRH 646, berat dadah 647.3 gram methaphetamine hukuman 7 tahun penjara dan 10 sebatan dan kes PP v. Jenjira Thawornpong [2017] 1 LNS 219 hukuman 7 tahun penjara; dan xiv. Mohon hukuman penjara minima dari tarikh tangkap kerana OKT telah insaf dan ini kesalahan pertama beliau. Hujahan Peringanan OKT 2 18. Manakala Peguam Bela telah berhujah seperti berikut: i. Umur sekarang 36 tahun; ii. Anak ketiga dari 5 orang beradik; iii. Masih bujang dan belum kahwin; iv. Masa tangkapan duduk dengan bapa berumur 60 lebih dan OKT menjaga bapa yang sakit migrane; v. Pendapatan tidak tetap; vi. Rumah di Kedah; dan vii. Mohon hukuman ringan dari tarikh tangkap di Penjara Pokok Sena kerana berdekatan dengan keluarga. Hujahan Pemberatan Timbalan Pendakwa Raya 19. Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah mengemukakan hujahan pemberatan secara bertulis dan telah dibacakan (Lampiran C). 20. Secara ringkas hujahan TPR adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. Walaupun OKT-OKT telah mengaku salah, hukuman berat perlu diberikan kerana kepentingan awam perlu diberikan keutamaan berbanding kepentingan individu; Kesalahan memiliki dadah perlu diberikan perhatian serius dan kerap berlaku; Hukuman perlu mencerminkan polisi dan usaha negara membanteras dadah; dan Hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran kepada OKT-OKT dan orang lain agar tidak terjebak dengan aktiviti dadah. PERTIMBANGAN MAHKAMAH Prinsip Hukuman 21. Hukuman yang dijatuhkan hendaklah menurut undang-undang sebagai mana dalam kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 LNS 28: “A sentencing court must first and foremost bear in mind that any sentence to be passed must be in accordance to law”. 22. Hukuman yang dijatuhkan pula hendaklah memenuhi prinsip klasik retribution, deterrence, prevention and rehabilitation berkaitan tujuan hukuman tersebut dijatuhkan (Rujuk kes Reg v. JH Sargeant [1975] 60 Cr App R74 dan PP v. Nazarudin Ahmad & Ors [1993] 2 CLJ 543). 23. Hukuman bagi kesalahan di bawah s. 12(2) Akta itu dibaca bersama di bawah s. 39A(2) Akta itu memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang lima (5) tahun atau penjara seumur hidup (30) tahun dan wajib dikenakan sebatan tidak kurang sepuluh (10) kali. Faktor-faktor pertimbangan i. Pengakuan salah 24. Mahkamah telah mempertimbangkan pengakuan salah OKT-OKT yang telah menjimatkan masa mahkamah dan semua pihak yang terlibat. Juga, kos kepada kerajaan sekiranya saksi-saksi dipanggil untuk perbicaraan. 25. Mahkamah telah merujuk kepada kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 LNS 158; 175 2 MLJ 134 yang menegaskan pengakuan salah merupakan satu faktor mitigasi hukuman: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” 26. Dalam kes Zaidon Shariff v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 441 di mana Augustine Paul J telah memutuskan bahawa: “A plea of guilt is a mitigating factor as it not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Sau Soo Kin v. PP [1957] 1 LNS 158; [1957] 2 MLJ 134). It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see PP v. Ravindran & Ors. [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45).” ii. Kesalahan pertama 27. Ini merupakan kesalahan pertama bagi OKT-OKT dan tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang lain. Sepanjang tempoh tersebut OKT-OKT telahpun berusaha menjadi warganegara yang baik dan tidak melibatkan diri dalam sebarang kesalahan jenayah. 28. Oleh yang demikian, peluang kedua perlu diberikan kepada OKT-OKT ini agar tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama atau yang lain pada masa akan datang. 29. Mahkamah telah merujuk kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441; [1996] 4 MLJ 441: “A plea of guilt is a mitigating factor. In assessing sentences, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. Before passing sentence, the Court is required to call for evidence of information on the background, antecedent, and character of the convict. Such facts will form the basis upon which the adequacy or otherwise of the sentence can be reviewed on appeal”. 30. Mahkamah juga merujuk kepada kes Wong Keng Liang v. PP [2013] 1 CLJ 96 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “[12] It is trite law that the accused’s guilty plea is a mitigating factor: See PP v Sau Soo Kim [1975] 1 LNS 158 per Lee Hun Hoe J (B); and Melvani v PP [1971] 1 LNS 78 per Wee Chong Jin CJ (Singapore) (as then was) who also considered “first offender” as another mitigating factor, as has been done by Mohamed Azmi J (later FCJ) in PP v Jafa Daud [1981] 1 LNS 28. As alluded to above, learned deputy public prosecutor has taken the position that “This is the accused’s first case in Malaysia”. 31. Dalam kes PP v. Wong Shew Choong [2007] 10 CLJ 629 di mana Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa: “[14] The fact that the accused is a first offender and has no previous convictions merits consideration.” 32. Dalam kes PP v. Wan Hasrul Nizam Wan Hizamuddin [2017] 4 CLJ 389 di mana Mahkamah telah mengambil kira faktor pengakuan salah dalam meringankan hukuman. iii. Umur OKT-OKT 33. OKT 1 sekarang berumur 37 tahun dan ketika ditangkap berumur 34 tahun. Manakala OKT 2 berumur 36 tahun sekarang dan berumur 33 tahun ketika ditangkap. Dalam umur yang sedemikian, Mahkamah menganggap kedua-dua OKT mempunyai keupayaan berfikir dalam menentukan perkara yang salah dan yang tidak salah. 34. Sehubungan itu, Mahkamah berpandangan OKT-OKT telah cukup matang. OKT-OKT sewajarnya tahu bahawa tindakan mereka terlibat dalam aktiviti dadah merupakan satu kesalahan yang berat. Natijahnya mereka sedar hukuman yang bakal di terima. iv. OKT-OKT telah insaf dan menyesal 35. Dalam mitigasinya, OKT1 menzahirkan rasa keinsafan dan menyesali atas kesalahannya. Mahkamah turut mengambil kira faktor-faktor ini dalam penghukuman. Mahkamah berharap OKT-OKT tidak akan mengulangi apa-apa kesalahan jenayah pada masa akan datang. Seterusnya akan mengubah diri dan dan membuka lembaran kehidupan yang baru. v. Berat dadah 36. OKT-OKT telah diberikan Pertuduhan Pilihan atas pemilikan dadah Methamphetamine seberat 53.64 gram di bawah s. 12(2) Akta itu yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama. 37. Berat dadah ini telah melebihi 23.64 gram dari berat minimun 30 gram yang diperuntukkan di bawah s. 39A(2) Akta itu. 38. Mahkamah mengambil kira berat dadah yang dimiliki hampir satu kali ganda melebihi berat minimun yang diperuntukkan. Hukuman penjara minimun yang diperuntukkan adalah tidak kurang lima (5) tahun penjara bagi berat minumun 30 gram. Oleh yang demikian hukuman yang wajar seharusnya dua (2) kali ganda dari hukuman minima. vi. Kepentingan awam 39. Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah perlu menimbangkan kepentingan awam dan juga kepentingan individu tersebut. Negara kita telah menjadikan bahawa dadah merupakan musuh utama negara. 40. Mahkamah ini sedar kepentingan awam perlu diambil kira dalam prinsip penghukuman. Mahkamah ini bersetuju dengan pandangan YA Abdoolcader (pada masa itu) dalam kes PP v. The Ah Cheng [1976] 2 MLJ 186 di halaman 187 yang menyatakan: “sentencing generally the public interest must necessarily be one of the prime considerations ..." 41. Namun demikian, masalah dadah telah kian meruncing dan semakin meningkat dari masa ke semasa. 42. Sehubungan itu, hukuman bagi kesalahan dadah hendaklah diberikan pertimbangan yang serius agar ianya boleh memberikan keinsafan dan pengajaran kepada OKT dan juga kepada masyarakat di luar. vii. Trend-trend hukuman 43. Mahkamah telah mengikuti pendekatan Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Ismail Abd Rahman v. PP [2025] CLJU 3141 di mana merujuk trend hukuman dalam menimbangkan hukuman melibatkan kesalahan yang sama. 44. Berikut diperturunkan kes-kes di Mahkamah Rayuan seperti berikut: Bil. No. Kes Berat Methamphetamine Hukuman 1. Samsu Bin Muhamad Tahir v. PP MRRJ. NO: B- 05(M)-26-02/2021 59.85 gram Penjara (10) tahun dari tarikh tangkap dan (10) sebatan 2. Daniel Khor Chyin Shyung v. PP MRRJ. NO: K- 05(M)-407-09/2022 73.87 gram Penjara (10) tahun dari tarikh tangkap (14.5.2017) dan (10) sebatan 3. Muhammad Akif Bin Md. Yusof v. Pendakwa Raya MRRJ. No: J- 05(H)-242-07/2023 56.0 gram Penjara (10) tahun dari tarikh tangkap dan (10) sebatan 4. Amir Zaied Bin 68. Mohd Ayob v. PP 54 gram Penjara (10) tahun dari tarikh tangkap dan (10) sebatan MRRJ. NO: B-05 (H) -97-03/2024 5. Magendran Mukunthan v. PP [2025] CLJU 1147 Pertuduhan Ke-3 49.09 gram Penjara (8) tahun dari tarikh tangkap (15.2.2021) dan (10) sebatan. 45. Berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, hukuman bagi berat dadah Methamphetamine di antara 49.09 gram sehingga 73.87 gram sekitar lapan (8) sehingga sepuluh (10) tahun pemenjaraan. KESIMPULAN 46. Berdasarkan alasan-alasan yang diperincikan di atas, Mahkamah menjatuhi hukuman seperti berikut: i. OKT 1: Penjara (9) tahun dari tarikh tangkap 07.12.2023. (Hukuman sebatan dikecualikan kerana OKT 1 seorang Wanita); ii. OKT 2: Penjara (9) tahun dari tarikh tangkap 07.12.2023 dan sebatan rotan sebanyak (10) kali; dan iii. Barang kes dadah dikembalikan kepada pihak polis untuk simpanan selamat sehingga rayuan (jika ada) dilupuskan kelak. 47. Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhi ke atas OKT 1 dan OKT 2 ianya tidak terlalu ringan atau terlalu berlebihan. Bertarikh 19 Mac 2026 ................................................... (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani Kedah, Darul Aman Pendakwa Raya: Lishantini Munusamy Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah Peguam Bela OKT1: Rafidi Bin Mohamad Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi dan Mohd Hakim bin Hamran Tetuan Fong & Hakim Peguam Bela OKT2: Padmanathan a/l Kumarasamy Tetuan Padmanathan Abdul Halim & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.