Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45SOM-4-12/2020 PENDAKWA RAYA LAWAN
KA-45SOM-4-12/2020
High Court of Malaysia24 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an 4 tahun penjara ke atas kedua-dua tertuduh. Namun begitu Mahkamah Rayuan telah menambah hukuman-hukuman tersebut kepada 8 tahun penjara atas rayuan Pendakwa Raya. [10] Dalam kes Nurul Islam v. PP [2016] CLJU 1381; [2016] 1 LNS 1381; [2016] 12 MLJ 433, tertuduh telah mengaku salah atas 3 pertuduhan di bawah s. 26A AT”
“to 10 years is appropriate due to the frequency of such offence being brought to this court.” [penekanan ditambah] [39] Seterusnya Mahkamah Rayuan dalam kes PP lwn. Nawi (W/N Indonesia) & Satu Lagi [2018] CLJU 1128 telah memutuskan seperti berikut: “[8] Satu perkara yang ketara dalam rayuan ini adalah hukuman 6 tahun p”
“ara umumnya, hukuman penjara yang dikenakan adalah antara 5 hingga 10 tahun dan turut bergantung kepada jumlah migran yang diseludup. [38] Dalam kes Public Prosecutor v Suahaili bin Hassan & 1 Other [2018] MLJU 381, dalam menentukan trend hukuman, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Looking at the trend”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45SOM-4-12/2020 PENDAKWA RAYA LAWAN
1
Kesemua OKT-OKT telah dihadapkan di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 [Akta 670] yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Secara spesifik, pertuduhan terhadap OKT-OKT adalah bagi kesalahan penyeludupan migran seramai 31 orang yang telah dilakukan pada 21.07.2020 jam lebih kurang 3 pagi di rumah no. 3, Kampung Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi, Kedah. S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
2
Semasa Pengurusan Kes pada 26.11.2023, pihak Pendakwaan telah mengesahkan bahawa OKT3 (warganegara Thailand) telah meninggal dunia namun begitu pertuduhan masih dikekalkan kerana semasa pertuduhan didaftarkan, OKT3 masih hidup. OKT1 dan OKT2 merupakan warganegara Bangladesh, manakala OKT4, OKT6 dan OKT 7 pula berbangsa Myanmar/Rohingya. OKT1, OKT2, OKT4, OKT6 dan OKT7 diwakili oleh Peguambela yang sama.
3
Pada 27.11.2023, OKT1, OKT2, OKT4, OKT6 dan OKT7 (“OKT-OKT PG”) telah mengaku salah atas pertuduhan terhadap mereka dan prosiding telah ditangguhkan ke satu tarikh lain bagi tujuan penyediaan Laporan Akhlak bagi OKT7 memandangkan pada tarikh kejadian sebagaimana pertuduhan, OKT7 berumur 16 tahun. OKT5 kekal dengan pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
4
Pada 24.1.2024, Laporan Akhlak OKT7 telah dikemukakan melalui eksibit P61, dan Mahkamah ini telah meneruskan dengan prosiding pengakuan salah mereka.
5
Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa pengakuan salah OKT-OKT PG dibuat tanpa bersyarat dan OKT-OKT PG faham kesan dan akibat pengakuan salah mereka, serta setelah mendengar hujahan mitigasi oleh Peguambela OKT-OKT PG dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman-hukuman seperti berikut: Hukuman terhadap OKT1, OKT2, OKT4 dan OKT6 Hukuman penjara 10 tahun bermula daripada tarikh tangkap terhadap setiap OKT. S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hukuman terhadap OKT7 Hukuman penjara 7 tahun bermula daripada tarikh tangkap selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
6
OKT-OKT PG tidak berpuashati dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini dan telah mengemukakan Notis Rayuan yang difailkan pada 31.1.2024 terhadap sabitan dan hukuman Mahkamah ini.
7
Bersangkut laporan polis Kuala Teriang/001146/20, pada 21.7.2020 jam lebih kurang 3 pagi, Insp. Mohammad Hafif bin Zailan (Pengadu) bersama sepasukan anggota polis telah membuat serbuan di sebuah rumah Nombor 3, Kampung Nyior Chabang, Mukim Bohor, Langkawi, Kedah (“rumah tempat kejadian”).
8
Pengadu dan pasukan serbuan telah membuat tangkapan ke atas 33 orang warganegara Myanmar berbangsa Rohingya dan seorang warganegara Thailand. Turut dirampas adalah sebuah motosikal Suzuki Revo berwarna biru bernombor pendaftaran KCF 9987 dan 5 buah telefon bimbit pelbagai jenama. Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan mendapati 3 orang daripada yang ditangkap merupakan ahli sindiket yang menjalankan kegiatan penyeludupan migran di daerah Langkawi, manakala migran-migran yang lain telah diseludup masuk ke dalam Malaysia melalui kawasan persisiran S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pantai berhampiran jeti Teluk Nibong, Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. 3 orang ahli sindiket tersebut adalah OKT1, OKT2 dan OKT3.
9
Hasil risikan maklumat yang dijalankan oleh pasukan serbuan, pada 22.7.2020, jam lebih kurang 1 pagi, bertempat di Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, Kuah, Langkawi, Kedah, pasukan serbuan telah berjaya menangkap 2 orang lelaki warganegara Myanmar berbangsa Rohingya yang juga disyaki anggota sindiket. 2 lelaki tersebut adalah OKT4 dan B36 (Mohd Shabo Mohd Hussin).
10
Soal siasat yang dijalankan ke atas OKT1, OKT2, OKT3, OKT4 dan B36 mendedahkan rancangan dan strategi sindiket. Hasil soal siasat mendapati terdapat 4 orang ahli sindiket yang masih bebas dan turut mendedahkan kedudukan ketua sindiket tersebut.
11
Pada 25.7.2020, jam lebih kurang 4.30 petang, pasukan serbuan kemudiannya telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah beralamat di No. 159, Kampung Batu Ara, Mukim Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah dan berjaya menahan seorang lelaki Melayu dipercayai ketua sindiket tersebut (B5). Turut dirampas 3 buah telefon bimbit milik beliau yang disyaki digunakan bagi menjalankan kegiatan penyeludupan migran.
12
Soal siasat ke atas B5 mendedahkan kedudukan 25 orang migran yang diseludup yang masih disembunyikan dan dijaga oleh 2 orang ahli sindiket di Pulau Rebak. Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan serbuan telah membuat tinjauan dan mendapati seramai 27 orang bangsa Rohingya terdampar di atas pulau tersebut. Hasil temubual dan soal siasat telah berjaya mengesan 2 anggota sindiket yang kemudiaannya telah ditangkap dan dibawa ke IPD Langkawi S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal untuk siasatan lanjut. Manakala 25 orang migran lagi telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. 2 orang anggota sindiket yang ditangkap itu adalah OKT6 dan OKT7.
13
Hasil siasatan yang dijalankan ke atas semua tangkapan mendedahkan kronologi yang membawa kepada serbuan pada 21.7.2020 di rumah tempat kejadian. Didapati bahawa terdapat sebuah kapal induk yang memuatkan lebih kurang 400 orang warganegara Myanmar yang merupakan pelarian berbangsa Rohingya berlabuh di sempadan antarabangsa berhampiran Thailand. Kapal induk tersebut telah berlayar dari perairan Teknaf, Cox’s Bazar, Bangladesh sejak bulan Mac 2020 dan telah berlabuh lebih kurang 4 bulan di perairan antarabangsa. Siasatan juga mendapati sindiket ini merancang kegiatan mereka sejak bulan Mei 2020.
14
Seterusnya, pada 17.7.2020, sindiket ini telah membuat pergerakan dari Pulau Langkawi ke perairan antarabangsa untuk mengambil 57 orang pelarian Rohingya dari kapal induk. Pada 18.7.2020, sindiket ini telah memuatkan sebanyak 57 orang pelarian ini ke dalam sebuah bot kayu milik OKT5. Perjalanan dari kapal induk ke perairan Langkawi mengambil masa lebih kurang 24 jam. Semasa dalam perjalanan, bot kayu yang dipandu oleh anggota sindiket yang masih bebas bernama Abu berbangsa Rohingya dan 2 anak kapal iaitu OKT6 dan OKT7 telah mengalami kerosakan pada bahagian enjin dan bot tersebut hanya hanyut sehingga memasuki perairan Langkawi.
15
Pada 19.7.2020, jam lebih kurang 11 malam, OKT5 telah menggunakan sebuah bot fiber milik penama Tok Mat (ahli sindiket S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang masih bebas) bagi mengangkut seramai 6 orang wanita pelarian Rohingya dari bot kayu yang rosak ke darat. Pada 20.7.2020, jam lebih kurang 1 pagi, bot fiber tersebut telah tiba di kawasan pesisir pantai berhampiran jeti Teluk Nibong. 6 orang wanita pelarian tersebut kemudiannya telah diangkut menggunakan sebuah motosikal Suzuki Revo KCF 9987. 6 orang wanita tersebut telah diangkut oleh OKT4 dan OKT1 dan dibawa ke rumah tempat kejadian dan diberi perlindungan dan makan oleh OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 di dalam rumah tersebut.
16
Pada 20.7.2020, jam lebih kurang 4 petang, OKT4 dan B36 yang sedang mencari mana-mana orang yang boleh membuat urusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengeluarkan adik kandung OKT4 dari pusat tahanan, telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atas kesalahan cuba memberi suapan/rasuah kepada penjawat awam. Kedua-dua mereka telah ditangkap dan disiasat oleh SPRM.
17
Semasa dalam siasatan SPRM, OKT4 telah mendedahkan kepada SPRM dan APMM berkaitan pendaratan yang akan berlaku pada malam tersebut. Atas tindakan pantas SPRM, APMM dan PDRM, satu OPS Benteng telah siap sedia dilaksanakan untuk membanteras sindiket penyeludupan migran ke Malaysia.
18
Pada 20.7.2020, jam lebih kurang 10.40 malam, OKT4 telah menghubungi OKT1 dan mengarahkan OKT1 untuk mengangkut pelarian Rohingya yang melibatkan 25 orang pelarian termasuk lelaki dewasa, perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam perjalanan untuk membuat pendaratan di pesisir pantai berhampiran jeti Teluk Nibong.
19
Pada jam lebih kurang 11.40 malam, tanpa disedari oleh sindiket ini, APMM telah menggunakan Agent Provocateur (AP) sebagai pemandu van telah mengangkut 25 orang pelarian dari kawasan pendaratan ke rumah tempat kejadian, sambil dipandu arah oleh OKT1 menggunakan motosikal.
20
Setelah kesemua 25 orang pelarian Rohingya ini dimasukkan ke dalam rumah tempat kejadian yang dijaga oleh OKT1, OKT2 dan OKT3, pasukan serbuan OPS Benteng telah membuat serbuan ke atas rumah tersebut. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah mengesahkan kesemua migran seramai 31 orang yang diseludup masuk tersebut tidak mempunyai sebarang rekod pergerakan masuk dan keluar yang sah di negara ini.
21
Siasatan terhadap pemilik rumah tempat kejadian iaitu Siti Aisyah binti Bulat telah mengesahkan bahawa rumah beliau telah disewa oleh OKT3 sejak bulan Jun 2020 dengan kadar sewaan RM350 sebulan.
22
Berdasarkan siasatan, didapati bahawa OKT1 berperanan sebagai penjaga rumah dan tekong darat, OKT2 pula sebagai penjara rumah, OKT4 sebagai tekong laut dan tekong darat, manakala OKT6 dan OKT7 pula kedua-duanya sebagai tekong laut. SABITAN DAN HUKUMAN Pengakuan Salah S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
23
Sebelum Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT-OKT PG, Mahkamah ini perlu memastikan bahawa OKT-OKT PG faham kesan dan akibat pengakuan salah mereka berdasarkan kepada kehendak seksyen 178(2) KTJ. Di samping itu juga, OKT-OKT PG turut diwakili oleh Peguambela sepanjang prosiding berjalan di hadapan Mahkamah ini. Semasa prosiding pengakuan salah juga, Jurubahasa Bangladesh dan Myanmar/Rohingya turut hadir dalam menterjemahkan pertuduhan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan kepada OKT-OKT PG.
24
Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa sekiranya OKT-OKT PG mengaku salah, OKT-OKT PG boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, tiada perbicaraan akan dijalankan dan OKT-OKT PG tidak boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini kecuali terhadap takat dan kesahan (extent and legality) hukuman tersebut sahaja.
25
Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT-OKT PG memahami kesan dan akibat pengakuan salah mereka terhadap pertuduhan, Mahkamah ini telah mensabitkan OKT-OKT PG atas pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman sebagaimana dinyatakan dalam perenggan [5] di atas.
26
Dalam hujahan mitigasinya Peguambela OKT telah menghujahkan perkara-perkara berikut: S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Bagi OKT1: OKT1 berbangsa Bangladesh dan berumur 30 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang masih ditanggung OKT1. Isteri OKT1 merupakan seorang surirumah. Sebelum tangkapan OKT1 bekerja sebagai buruh kontrak dengan gaji sebanyak RM80 sehari. Merupakan pencari nafkah utama keluarga. OKT1 telah mengaku salah kerana insaf atas perbuatannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. OKT1 telah mengaku salah dan ini merupakan faktor mitigasi kerana telah menjimatkan kos dan masa Mahkamah. OKT1 juga telah memberi kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat dan juga setuju untuk menjadi saksi pendakwaan jika diperlukan. Tempoh ditahan sementara menunggu perbicaraan telah dianggap sebagai satu hukuman terhadap OKT1. OKT1 dari golongan keluarga miskin dan datang ke negara ini untuk mencari nafkah. b) Bagi OKT2: OKT2 berbangsa Bangladesh dan berumur 38 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak. Sebelum tangkapan, OKT2 bekerja sebagai buruh kontrak dengan gaji sebanyak RM60 sehari. Ini merupakan kesalahan pertama OKT2. OKT2 juga merupakan pencari nafkah utama keluarga. OKT2 telah mengaku salah kerana insaf atas perbuatannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. OKT2 telah mengaku salah dan ini merupakan faktor mitigasi kerana telah menjimatkan kos dan masa Mahkamah. OKT2 juga telah memberi kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat dan juga setuju untuk menjadi saksi pendakwaan jika diperlukan; S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c) Bagi OKT4: OKT4 berumur 31 tahun dan telah berkahwin. Keluarga OKT4 juga berada di Malaysia. Sebelum ditangkap OKT4 bekerja sebagai pembantu pembinaan dengan gaji sebanyak RM80 sehari. Ini merupakan kesalahan pertama OKT4. OKT4 juga merupakan pencari nafkah utama keluarga. OKT4 telah mengaku salah kerana insaf atas perbuatannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. OKT4 telah mengaku salah dan ini merupakan faktor mitigasi kerana telah menjimatkan kos dan masa Mahkamah. OKT4 juga telah memberi kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat dan juga setuju untuk menjadi saksi pendakwaan jika diperlukan. OKT4 juga mempunyai penyakit darah tinggi yang kronik; d) Bagi OKT6: OKT6 berumur 24 tahun dan masih bujang. Mempunyai 6 orang adik beradik dan semuanya berada di Bangladesh. Sebelum ditangkap, OKT6 bekerja sebagai pembantu rumah sebanyak RM100 sehari. Ini juga merupakan kesalahan pertama OKT6 dan merupakan pencari nafkah utama keluarga. Pengakuan salah OKT6 telah menjimatkan kos dan masa semua pihak dan telah mengaku salah kerana berasa insaf. OKT6 telah memberikan kerjasama penuh dan bersetuju untuk menjadi saksi pendakwaan jika diperlukan. OKT6 telah ditangkap pada 22.7.2020 dan sudah 3 tahun 5 bulan ditahan di Penjara Alor Setar; S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e) Bagi OKT7: OKT7 kini berumur 19 tahun dan semasa ditangkap baru berumur 16 tahun. Merupakan seorang pesalah muda dan mempunyai 3 orang adik beradik. OKT7 bekerja sebagai seorang pembantu rumah dengan gaji sebanyak RM70 sehari. Ini merupakan kesalahan OKT7 yang pertama dan OKT7 telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. OKT7 telah mengaku salah dan juga telah memberikan kerjasama serta bersetuju untuk menjadi saksi pendakwaan, jika diperlukan. OKT7 telah ditangkap pada 27.7.2020 dan telah 3 tahun 5 bulan di penjara reman Sungai Petani.
27
Dalam hujahan pemberatan hukuman, pihak Pendakwa Raya telah mengemukakan hujahan bertulis dan secara umumnya telah menghujahkan faktor-faktor kepentingan awam terutamanya dalam kes melibatkan penyeludupan migran bahawa Kerajaan telah mengambil tindakan menyenaraikan kesalahan penyeludupan migran ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747] (“SOSMA”). Ini menunjukkan niat Kerajaan yang melihat kesalahan ini sebagai satu kesalahan serius yang boleh mengancam keselamatan negara. Kesalahan penyeludupan migran ini juga semakin berleluasa dan turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah lain seperti ragut, rompakan, pecah rumah dan sebagainya yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (“PATI”). Pihak Pendakwa Raya seterusnya memohon supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap OKT-OKT PG sebagai faktor deteren. Pihak Pendakwa Raya turut menyenaraikan trend hukuman bagi kesalahan sama sebagaimana dipertuduhkan S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal terhadap OKT-OKT PG dalam hujahan bertulis pemberatan hukuman beliau.
28
Budibicara menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah yang membicarakan. Sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 183 KTJ, apabila seseorang itu disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (sentence according to law). Di dalam kes Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa: “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.”
29
Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud (supra), budibicara tersebut hendaklah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan.
30
Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT-OKT PG, Mahkamah ini telah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor peringanan hukuman yang dihujahkan oleh Peguambela OKT-OKT PG.
31
Faktor bahawa OKT-OKT PG telah mengaku salah sebelum perbicaraan dijalankan dan bahawa OKT kesal dan insaf atas perbuatan mereka telah dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pengakuan salah OKT-OKT PG juga telah menjimatkan kos dan masa Mahkamah serta semua pihak-pihak yang terlibat dengan kes terhadap OKT-OKT PG ini. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
32
Namun begitu, di dalam kes Mohd Tahir Bahtiar & Satu Lagi v. PP [2018] 8 CLJ 174, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[16] Dalam konteks kes-kes penyeludupan migran, keperluan untuk menjatuhkan hukuman yang mempunyai kesan pencegahan menjadi lebih penting untuk menentukan sempadan negara tidak dibolosi, memelihara reputasi negara di peringkat antarabangsa dan mencegah anasir-anasir subversif dan penjenayah-penjenayah melakukan aktiviti-aktiviti rentas sempadan ("cross-border") yang boleh memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keamanan negara. …
c
Kesalahan yang dilakukan oleh perayu-perayu telah didorong oleh perasaan tamak dan haloba untuk mendapatkan keuntungan kewangan ("offence was motivated by financial or material gain"). Ini merupakan faktor pemberatan ("aggravating factor") yang S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig mewajarkan hukuman berat dijatuhkan oleh mahkamah. Keterangan menunjukkan bahawa bayaran telah dikenakan kepada migran-migran tersebut.
d
Kesalahan bukan dilakukan "on the spur of the moment", misalnya untuk mengelakkan apa-apa bencana tubuh atau mudarat kepada migran-migran. Kesalahan ini telah dirancang secara rapi dan tersusun di mana terdapat perjumpaan antara perayu kedua dengan migran-migran dan mereka diarahkan menukar bas di Klang dan apabila sampai di tempat kejadian, telah tersedia kereta Kenari dan teksi eksekutif untuk mengangkut mereka ke destinasi yang ditetapkan. Operasi penyeludupan yang dilakukan oleh perayu-perayu adalah "well-organised".”. [penekanan ditambah] [33] Seterusnya Mahkamah juga telah mempertimbangkan faktor bahawa OKT-OKT PG kesemuanya merupakan pesalah kali pertama dalam menentukan hukuman yang wajar dan bersesuaian terhadap mereka, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86. [34] Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT-OKT PG, Mahkamah ini telah mempertimbangkan dan memutuskan bahawa faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan dan mengatasi kepentingan-kepentingan peribadi mereka. Ini kerana kesalahan terhadap mereka melibatkan kesalahan yang serius. Kesalahan terhadap mereka sebagaimana dalam pertuduhan telah dilakukan pada tahun 2020 yang mana pada tarikh tersebut, pindaan kepada hukuman (dari tempoh maksima S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig penjara 15 tahun kepada 20 tahun) bagi peruntukan undang-undang yang sama masih belum digubal. Namun begitu, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa tujuan pindaan pada tahun 2022 kepada Akta 670 tersebut (melalui Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta A1644]) menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius kesalahan penyeludupan migran ini dan telah mengambil tindakan perundangan yang bersesuaian. Dalam hal ini, OKT-OKT PG adalah bertuah kerana hukuman penjara berdasarkan pindaan pada tahun 2022 melalui Akta A1644 tidak terpakai kepada mereka. [35] Sebagaimana diputuskan di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote apassage from the judgment of Hilbery J. inRex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:– "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.".” [penekanan ditambah] [36] Dalam hujahan mitigasi, Peguambela OKT telah turut berhujah bahawa trend hukuman bagi kes-kes di bawah peruntukan yang sama bagi Akta 670 ini adalah antara 3 hingga 5 tahun penjara. Namun begitu tiada nas undang-undang yang dikemukakan bagi menyokong hujahan tersebut. [37] Pihak Pendakwa Raya pula telah menyenaraikan trend hukuman dalam hujahan bertulis pemberatan hukuman yang dikemukakan. Secara umumnya, hukuman penjara yang dikenakan adalah antara 5 hingga 10 tahun dan turut bergantung kepada jumlah migran yang diseludup. [38] Dalam kes Public Prosecutor v Suahaili bin Hassan & 1 Other [2018] MLJU 381, dalam menentukan trend hukuman, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Looking at the trend of sentencing by this Court in the past for such an offence of smuggling under section 26A of ATIPSOM, the sentence meted out by this court in 2016 and 2017 is between 4 to 5 S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig years of imprisonment and in a recent case of similar nature, this Court sentence the accused to 6 years of imprisonment. In my view, the imprisonment sentence of between 6 to 10 years is appropriate due to the frequency of such offence being brought to this court.” [penekanan ditambah] [39] Seterusnya Mahkamah Rayuan dalam kes PP lwn. Nawi (W/N Indonesia) & Satu Lagi [2018] CLJU 1128 telah memutuskan seperti berikut: “[8] Satu perkara yang ketara dalam rayuan ini adalah hukuman 6 tahun penjara yang dikenakan ke atas kedua-dua responden di bawah s. 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) (ATIPSOM) tersebut nyata jauh menyimpang dari 'trend' hukuman yang dijatuhkan untuk kesalahan-kesalahan yang sama. [9] Dalam kes K-05(H)-301-08/2016 (Pendakwa Raya v. Abdullah bin Wajid dan seorang yang lain) kedua-dua tertuduh yang merupakan warganegara Thailand telah mengaku salah atas satu kesalahan di bawah s. 26A ATIPSOM kerana menyeludup ('trafficked”) 18 orang migran masuk ke negara ini. Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman 4 tahun penjara ke atas kedua-dua tertuduh. Namun begitu Mahkamah Rayuan telah menambah hukuman-hukuman tersebut kepada 8 tahun penjara atas rayuan Pendakwa Raya. [10] Dalam kes Nurul Islam v. PP [2016] CLJU 1381; [2016] 1 LNS 1381; [2016] 12 MLJ 433, tertuduh telah mengaku salah atas 3 pertuduhan di bawah s. 26A ATIPSOM kerana menyeludup 3 orang S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig migran masuk ke Malaysia. Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun untuk setiap satu pertuduhan tersebut dan hukuman-hukuman tersebut telah diperintahkan berjalan serentak. Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan tertuduh atas hukuman-hukuman tersebut dan seterusnya telah mengekalkan hukuman-hukuman tersebut. [11] Atas alasan ini sahaja, nyata rayuan Pendakwa Raya mempunyai merit. Tidak ada asas kenapa wujud 'disparity' dalam hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua responden dengan tertuduh-tertuduh dalam kedua-dua kes/nas yang dirujuk di atas, di mana ia melibatkan perlanggaran undang-undang yang sama dan modus operandi kesalahan yang juga hampir sama.” [40] Mahkamah ini juga telah mengambilkira bahawa kesalahan penyeludupan migran merupakan satu kesalahan yang kini semakin meningkat di negara ini dan telah menimbulkan masalah lambakan PATI di negara ini sebagaimana yang sering dilaporkan di media massa baru-baru ini tentang kewujudan ‘mini-dhaka’ di seluruh negara di samping lambakan PATI yang turut menyumbang kepada berlakunya jenayah-jenayah lain. [41] Di dalam kes PP lwn. Nawi & Satu lagi (supra), Mahkamah Rayuan turut memutuskan seperti berikut: “[12] Kes ini juga menampilkan isu-isu keselamatan dan kepentingan awam. Kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua responden dan orang-orang lain seperti responden-responden boleh dan S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig telah mendatangkan kemudaratan yang besar kepada negara baik sekarang mahupun pada masa-masa akan datang kerana pada asasnya ia mengundang kebanjiran kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) beramai-ramai secara haram ke negara ini yang tidak dapat dikawal dan dipantau kerana pendatang-pendatang tersebut masuk tanpa dokumen perjalanan yang sah atau tanpa dokumen perjalanan langsung. [13] Kebanjiran PATI yang ramai juga membawa kesan buruk kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, ekonomi negara dan peningkatan jenayah serius seperti pergaduhan, pecah rumah, pembunuhan dan penyalahgunaan dadah terutama sekali dalam hal pengedaran dadah.” [penekanan ditambah] [42] Mahkamah ini turut berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang berbentuk deteren agar dijadikan tauladan kepada OKT-OKT PG dan juga masyarakat umum keseluruhannya bahawa kesalahan penyeludupan migran akan ditangani secara tegas. Lebih-lebih lagi dalam fakta kes terhadap OKT-OKT PG ini yang menunjukkan bahawa jumlah migran yang diseludup berjumlah 31 orang, yang mana 25 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak dan kanak-kanak yang paling kecil berumur 5 tahun semasa serbuan dijalankan. Mahkamah ini memandang serius kesalahan ini lebih-lebih lagi penyeludupan yang melibatkan kanak-kanak apatah lagi terhadap kanak-kanak kecil. Fakta ini sahaja, pada pendapat Mahkamah ini mewajarkan satu hukuman yang berat dikenakan terhadap mereka. Di samping itu, fakta kes ini juga turut menunjukkan bahawa aktiviti S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig penyeludupan yang dilakukan oleh OKT-OKT PG merupakan aktiviti berbentuk sindiket. [43] Mahkamah turut mempertimbangkan bahawa kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT-OKT PG ini merupakan satu kesalahan keselamatan di bawah SOSMA. Fakta bahawa Kerajaan telah memasukkan kesalahan ini di bawah SOSMA jelas menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius kesalahan ini kerana kesannya yang boleh mengancam keselamatan negara. Di dalam kes PP lwn. Nawi & Satu lagi (supra), Mahkamah Rayuan telah turut menyatakan seperti berikut: “[14] Kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua responden juga merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara. Molek diperingatkan bahawa Parlimen telah memasukkan kesalahan di bawah s. 26A ATIPSOM tersebut ke dalam Bahagian 111A ATIPSOM. Bahagian 111A tersebut telah dimasukkan ke dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA (Akta 747), lantas mengkategorikannya sebagai kes kesalahan keselamatan yang tidak boleh dijamin. [15] Nyata sekali niat Parlimen menggubal Bahagian 111A tersebut adalah untuk memperuntukkan penalti yang berat kepada pelaku-pelaku kesalahan bagi membendung jenayah berat yang tidak bermoral ini. Mahkamah seharusnya memberi efek yang berkesan kepada niat Parlimen. Maka hukuman yang dijatuhkan sewajarnya mempunyai 'deterrent effect' untuk 'discourage' serta menghalang dan memberi pengajaran kepada kedua-dua responden atau orang-orang lain yang mempunyai S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig kecenderungan yang sama dengan responden-responden, supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh responden-responden. Dalam keadaan seperti ini wujud kewajaran untuk menjatuhkan hukuman berat untuk kesalahan-kesalahan seperti ini.”. [penekanan ditambah] [44] Merujuk kepada keputusan-keputusan kes yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman penjara 10 tahun bermula daripada tarikh tangkap terhadap OKT1, OKT2, OKT4 dan OKT6, serta hukuman penjara 7 tahun bermula daripada tarikh tangkap terhadap OKT7 bagi pertuduhan terhadap mereka adalah sesuai dan munasabah. Hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT-OKT PG juga adalah bersandarkan kepada trend keputusan-keputusan terkini bagi kes-kes penyeludupan migran dan tidaklah manifestly excessive. [45] Secara spesifik, dalam memutuskan hukuman penjara 7 tahun bermula daripada tarikh tangkap terhadap OKT7, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan syor dalam laporan akhlak (P61) yang telah dikemukakan dan fakta bahawa semasa tarikh kejadian, OKT7 masih seorang kanak-kanak. KESIMPULAN [46] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini percaya bahawa hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT-OKT PG adalah sesuai dan munasabah serta tidaklah manifestly excessive selaras dengan peruntukan undang-undang S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig yang berkenaan iaitu Akta 670 dan juga berdasarkan kepada prinsip undang-undang berkaitan hukuman yang telah ditetapkan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 21 Mac 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Noor Azrul bin Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Peguambela OKT: Nagarathinam A/L Natesan Tetuan Naga & Associates S/N 03ygpMRtj0ucY3fNapK1Ig
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.