Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-23CY-1-03/2017
DA-23CY-1-03/2017
High Court of Malaysia25 Oct 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“3. Terdapat penerbitan terhadap pihak Ketiga. [23] Di dalam kes Ayob Saudi v. TS Sambanthamurthi [1989] 1 CLJ (Rep) 321, Mahkamah berkata: "In our law on libel which is governed by the Defamation Act 1957 the burden of proof lies on the Plaintiff to show:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-23CY-1-03/2017
1
1.
2
SALWANI AIDA BINTI MOHAMAD … PLAINTIF-PLAINTIF DAN NUR SUHAILA BINTI MOHAMAD … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif telah memfailkan tindakan ini kerana menurutnya Defendan telah memfitnahnya bahawa Plaintif-Plaintif berhutang dengannya melalui tulisan di dalam laman sosial “facebook” dan juga aplikasi “whatsapp” dan menuntut gantirugi sewajarnya dengan perintah-perintah lain termasuk perintah memohon maaf. Setelah perbicaraan penuh dijalankan, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif dengan kos. [2] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. 2 [3] Ini merupakan alasan-alasan tersebut. B. FAKTA KES [4] Plaintif Kedua dan Defendan adalah adik-beradik di mana Plaintif Kedua adalah kakak dan Defendan adalah adik. Plaintif Pertama adalah suami kepada Plaintif Kedua dan abang ipar kepada Defendan. Mereka berdua merupakan ahli perniagaan. Defendan adalah pemilik akaun laman sosial facebook “Suhaila Hj. Mohamad” (https://www.facebook.com/pemborongkosmetik termurah.79). [5] Di dalam kes ini, Plaintif-Plaintif telah memfailkan tindakan ke atas Defendan atas suatu tuntutan kononnya Defendan telah melakukan suatu perbuatan fitnah ke atas kedua-dua Plaintif melalui 2 medium seperti berikut: I. Di dalam laman/posting facebook (‘selepas daripada ini dirujuk sebagai ‘FB’) bertarikh 27 Februari 2017, selepas Defendan meminta maaf, dan menuntut kembali hutang bayaran kereta yang beliau tolak semula namun enggan dipedulikan kedua-dua Plaintif dan selepas Plaintif Kedua mencabar beliau, pernyataan/kata-kata yang dikatakan berbentuk fitnah seperti berikut: Dimuka surat 3, Ikatan B, ianya berbunyi seperti berikut: “Salwani Aida Riduan mat ali 3 Tolong bayar duit saya balik sebanyak 20k. Hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut tapi bila kita tuntut pun masih tak nak bayar, malu sikit dengan rumah mewah kereta mewah. Mewah di atas penderitaan orang lain. Kalau saya tak halalkan macam mana ya? Tenang hidup anda? Dah mintak cara baik tapi masih berkeras tak nak bayar. Ko nak malu dulu biar semua orang tahu. Jangan sampai bisnes anda pon down sebab kes hutang. (Ianya bersambung sehingga ke muka surat 6, Ikatan B). II. Melalui aplikasi “whatsapp” pula bertarikh 22 – 25 Februari 2017, melalui mesej PERIBADI/PERSONAL MESSAGE oleh Defendan kepada Plaintif Kedua yang mana kemudiannya Plaintif Kedua sendiri menaikkan mesej yang sama tersebut ke dalam whatsapp keluarga untuk tatapan seluruh ahli keluarga yang sedutannya berbunyi seperti berikut: “Salam kakaku. Ore mitak maaf byk deh byk nyusoh ko adk bradik. Ore akan gi letak kete rumah ma pahni. V duit balik ko ma 20k. Mulai arini kita xdok pertalian gapo2 dah. Trima kasih byk atas hinaan. 0162222696 wasap dia sediri xpola ore sruh abah kecek doh Pkul 1 toklaki mu x mari ata duit ak 16k ak akan g wat report Kalu toklaki mu tu kedaroh sgt ptih ak 16k 4 Mu suap la ank mu duit haram tu deh. Sbb meme niat sek mu doh tpu ptih ak Segala tok laki mu g ugut ak semua ak akan report Jd gapo2 ko keda ak atah palo tok laki…” (ianya bersambung ke muka surat 14 hingga 18 Ikatan B). [Bagi mesej yang sama yang Plaintif Kedua muatnaik ke dalam whatsapp keluarga, sepertimana di dalam Ekhsibit P 7B, muka surat 47 – 50 dan muka surat 53 – 55, Ikatan B.] [6]
Preamble
Menurut Plaintif, perkataan-perkataan tersebut adalah kata-kata fitnah kerana ianya tidak benar kerana Defendan tidak menceritakan perkara yang sebenar. Justeru itu, Plaintif menuntut daripada Defendan supaya memohon maaf secara terbuka kepada Plaintif tanpa syarat, menyiarkan permohonan maaf terbuka di dalam laman sosial facebook, permohonan maaf atas mesej-mesej melalui whatsapp, mengiklankan permohonan maaf di dalam akhbar harian Bahasa Melayu dan juga gantirugi sebanyak RM1,000,000.00 selain daripada gantirugi teladan, melampau dan punitive. Plaintif juga memohon satu injunksi agar Defendan atau ejennya dihalang dari memberi komen atau mengulangi penerbitan yang berunsur fitnah kepada Plaintif. C. HUJAHAN PLAINTIF [7] Plaintif menghujahkan bahawa ayat “tolong bayar balik sebanyak RM20,000.00” ini menunjukkan Defendan menuntut hutang dari Plaintif. Defendan sebenarnya tidak memasukkan cerita sebenar, kerana sebenarnya wang tersebut adalah wang 5 pendahuluan yang dibayar oleh Defendan untuk membeli kereta milik Plaintif. [8] Defendan kemudiannya telah mengembalikan kereta tersebut dan meminta semula wang tersebut. Defendan telah memfitnah apabila tidak memasukkan cerita sebenar berkenaan hutang yang dimaksudkan ke atas Plaintif-Plaintif. [9] Plaintif menghujahkan bahawa Defendan memfitnahnya dengan mengatakan Plaintif berhutang dengannya sedangkan dia tidak menerangkan dengan jelas apakah hutang itu. Malahan Defendan telah menggunakan ayat-ayat “malu sikit dengan rumah mewah kereta mewah” seolah-olah menunjukkan bahawa Plaintif menggunakan wang Defendan itu untuk membeli rumah dan kereta mewah. [10] Plaintif menghujahkan bahawa kereta tersebut diambil semula dari Defendan kerana dia tertekan dan dia juga bersetuju untuk bayar balik namun bukan dengan jumlah RM20,000.00 tapi atas budi bicaranya. Defendan bagaimanapun tidak bersetuju dengan jumlah budi bicara tersebut. [11] Plaintif menghujahkan bahawa elemen untuk kes fitnah telah berjaya dipenuhi iaitu, kata-kata yang dikeluarkan oleh Defendan ialah satu fitnah, keduanya ianya merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan ketiganya ialah disebarkan kepada pihak Ketiga. 6 [12] Seterusnya bagi elemen kedua, Plaintif menghujahkan bahawa ianya jelas kerana Defendan menggunakan dan merujuk kepada nama Plaintif-Plaintif di dalam posting/laman facebooknya. Oleh itu elemen ini juga dipenuhi. [13] Bagi elemen ketiga, Plaintif-Plaintif menghujahkan dengan memuatnaik ke laman facebook untuk paparan umum jelas menunjukkan berlakunya sebaran kepada pihak Ketiga. Oleh itu elemen fitnah telah berjaya dibuktikan oleh Plaintif. D. HUJAHAN DEFENDAN [14] Defendan menghujahkan bahawa dia bukan memfitnah Plaintif-Plaintif namun hanya menuntut semula wang yang dibayarnya daripada Plaintif sebanyak RM20,000.00 bagi tujuan membeli kereta. Plaintif sememangnya mempunyai hutang kerana Defendan telah memulangkan semula kereta yang dibelinya daripada Plaintif. [15] Malahan menurut Defendan, Plaintif-Plaintif yang mencabar Defendan untuk menularkan perkara ini dan menyatakan dia tidak kisah jika ianya ditular. [16] Justeru, Defendan menghujahkan bahawa status yang dimuatnaik olehnya ialah sesuatu yang “justified” (mempunyai justifikasi) memandangkan Plaintif mengakui wujudnya hutang kereta tersebut. Oleh itu ianya bukan fitnah lagi. 7 [17] Seterusnya Defendan menghujahkan bahawa tidak terdapat penyebaran kepada pihak Ketiga. Defendan juga menghujahkan bahawa Plaintif bukanlah dikenali dan tiada siapa yang mengenali Plaintif. Plaintif bukanlah “public figure” yang dikenali. Justeru, Defendan mempersoalkan bagaimana hendak dikatakan bahawa posting tersebut telah mencemarkan maruah dan reputasi Plaintif serta mengaibkannya. [18]
Preamble
Menurut Defendan, Plaintif tidak mengemukakan mana-mana saksi yang menunjukkan bahawa reputasinya tercemar. [19] Berkenaan dengan gantirugi yang dituntut, Defendan menghujahkan bahawa Plaintif gagal membuktikan “damages” yang dialaminya dan bagaimana status tersebut telah menyebabkan kerugian kepada perniagaannya. E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [20] Mahkamah telah menilai keterangan dan hujahan dari kedua-dua belah pihak secara “judicial appreciation of evidence” dan akan membincangkannya dari sudut elemen-elemen yang perlu dibuktikan di dalam kes fitnah. [21] Di dalam membuat penilaian dan penganalisaan, Mahkamah ini telah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang diputuskan oleh otoriti-otoriti tersohor di bawah untuk membuat dapatan sewajarnya. 8 [22] Di dalam kes Syed Husin Ali v. Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Berhad & Anor. [1973] 2 MLJ 56 diputuskan bahawa adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di dalam kes fitnah Plaintif perlu membuktikan 3 elemen seperti berikut:
1
Kata-kata/pernyataan yang diadukan (artikel) seperti mana yang diterbitkan adalah satu kata-kata fitnah atau bersifat memfitnah terhadap Plaintif;
2
Kata-kata/pernyataan fitnah tersebut merujuk kepada
3
Terdapat penerbitan terhadap pihak Ketiga. [23] Di dalam kes Ayob Saudi v. TS Sambanthamurthi [1989] 1 CLJ (Rep) 321, Mahkamah berkata: "In our law on libel which is governed by the Defamation Act 1957 the burden of proof lies on the Plaintiff to show:
i
The words are defamatory.
II
(ii) The words refer to the Plaintiff.
III
(iii) Those words were published." [24] Justeru itu, isu-isu yang perlu dibincangkan ialah:
i
Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan bersifat fitnah? 9
II
(ii) Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan merujuk kepada Plaintif?
III
(iii) Adakah pernyataan atau kata-kata Defendan tersebut telah disiarkan atau disampaikan (published) kepada pihak Ketiga? [25] Mahkamah akan membuat penganalisaan dan penelitian mengenai elemen kedua dan ketiga dahulu. [26] Bagi elemen kedua dan ketiga, iaitu pernyataan tersebut ditujukan kepada Plaintif dan ianya telah disiarkan kepada pihak Ketiga, Mahkamah berpendapat ianya bukanlah isu yang rumit. Bagi elemen kedua, ini adalah ketara kerana nama Plaintif-Plaintif dinyatakan dan tertera di dalam posting/status facebook dan whatsapp tersebut. [27] Tambahan dari itu, Defendan mengakui bahawa semasa disoal balas bahawa, orang yang dimaksudkan di dalam posting facebooknya ialah Plaintif-Plaintif. Oleh itu, bagi elemen kedua, Mahkamah berpendapat Plaintif telah berjaya membuktikannya. [28] Berkenaan dengan elemen ketiga Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa tidak berlaku penerbitan kepada pihak Ketiga. Mahkamah berpendapat, apabila Defendan memuatnaik status ke facebooknya yang ditetapkan untuk tatapan umum, maka anggapan boleh dibuat bahawa ianya telah disebarkan kepada pihak Ketiga. Tambahan lagi di dalam kes ini, ada komen-komen yang dibuat di status tersebut. Bagi 10 aplikasi whatsapp elemen ketiga ini gagal dibuktikan kerana ianya disebarkan oleh Plaintif sendiri setelah Plaintif memuatnaik sendiri ke group ahli keluarganya iaitu “Keluarga Mohamad”. Oleh itu, bagi status atau posting facebook jelas pada pandangan Mahkamah bahawa, sebaran kepada pihak Ketiga telah berlaku. Justeru, elemen ketiga ini juga telah berjaya dibuktikan. [29] Mengenai aplikasi whatsapp, apabila salah satu elemen gagal dibuktikan iaitu penerbitan kepada pihak Ketiga, oleh Defendan (memandangkan Plaintif sendiri yang menyebarkan kepada “whatsapp” ahli keluarga), maka tuntutan fitnah gugur. Maka Mahkamah tidak bercadang untuk menyentuh pernyataan-pernyataan yang dikatakan fitnah yang disebarkan melalui medium tersebut. [30] Kini Mahkamah ingin menyentuh mengenai isu utama iaitu elemen pertama iaitu sama ada perkataan yang digunakan oleh Defendan di dalam posting/laman facebook tersebut itu membawa maksud Defamatory/fitnah. Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada kes Chok Foo Choo [1999] 1 MLJ 371 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan sebagaimana berikut: "In my judgment, the test which is to be applied lies in a question: do the words published in their natural and ordinary meaning impute to the Plaintif any dishonourable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on 11 his part? If the question invites an affirmative response, then the words complained of are defamatory." [31] Seterusnya, di dalam kes yang sama dijelaskan lagi perkara ini seperti berikut: "The ordinary and natural meaning of words may be either the literal meaning or it may be an implied or inferred or an indirect meaning any meaning that does not require the support of extrinsic facts passing beyond general knowledge but it is a meaning which is capable or being detected in the language used can be part of ordinary and natural meaning of words (see Lewis v. Daily Telegraph Ltd [1963] 2 All ER 151). The ordinary and natural meaning may therefore include any implication or inference which a reasonable reader, guided not by any special but only by general knowledge and not fettered by any strict legal rules of construction, would draw from the words." [32] Mahkamah juga menggunakan pendekatan yang diguna pakai di dalam kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’Kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 393 di mana dinyatakan dan ditegaskan bahawa: “As to whether the words complained of in this case were capable of being, and were, in fact, defamatory of the plaintiff, the test to be considered is whether the words complained of were calculated to expose him to hatred, ridicule or contempt in 12 the mind of a reasonable man or would tend to lower the plaintiff in the estimation of right thinking members of society generally”. [33] Oleh itu, perkataan yang dikatakan membawa fitnah itu perlu dilihat di dalam makna semulajadi dan makna lazim perkataan tersebut. Selain itu ia juga boleh dilihat secara inferen atau tersirat, dengan mengambil kira keadaan sekeliling iaitu ianya berlaku di kalangan adik-beradik yang sama-sama berbalah di antara mereka (exchange of arguements) mengenai isu yang mana faktanya adalah memang benar. [34] Ujian yang patut digunakan oleh Mahkamah ialah seperti yang diputuskan dalam kes Keluarga Communication Sdn Bhd v. Normala Samsudin & Another Appeal [2006] 2 CLJ 46; [2006] 2 MLJ 700 yang menjelaskan di muka surat 58 (CLJ); muka surat 708 (MLJ) seperti berikut: "At the outset we would state that the test to be applied when considering whether a statement is defamatory of a plaintiff is well settled in that, it is an objective one in which it must be given a meaning a reasonable man would understand it and for that purpose, that is, in considering whether the words complained of contained any defamatory imputation, it is necessary to consider the whole article." [35] Setelah meneliti kenyataan yang dikemukakan di laman/posting “facebook” dan dibaca secara keseluruhan di dalam konteks kes 13 ini, Mahkamah berpandangan bahawa, kenyataan itu tidak merupakan satu fitnah kepada Plaintif seperti yang diplidkan di dalam plidingnya. [36] Melalui keterangan, Plaintif sebenarnya bersetuju wujudnya satu hutang dan Plaintif sanggup untuk membayar hutang tersebut namun dengan budibicaranya. Oleh itu, Mahkamah berpendapat secara tidak langsung Plaintif-Plaintif sebenarnya mengakui bahawa wujudnya hutang yang dimaksudkan namun jumlahnya bukanlah seperti yang dituntut oleh Defendan. Dengan pengakuan Plaintif ini bahawa memang benar Plaintif ada berhutang dengan Defendan, maka Defendan tidak boleh dikatakan memfitnah Plaintif. Pembelaan [37] Di dalam kes fitnah ada 3 jenis pembelaan yang terbuka kepada Defendan iaitu Pembelaan Justifikasi, Pembelaan Perlindungan Bersyarat dan Ulasan Saksama. [38] Defendan nampaknya telah memilih pembelaan justifikasi di mana pernyataan di dalam posting/laman facebook tersebut adalah fakta yang benar iaitu permintaan hutang oleh Defendan terhadap Plaintif yang Plaintif akui sendiri belum dibayar. [39] Di dalam kes Irene Fernandez v. Utusan Melayu (M) Sdn Bhd & Anor [2008] 2 CLJ 814 Mahkamah ada menyatakan seperti berikut: 14 "In a defamation action, the defence of justification is complete defence if it succeeds. And the question of malice or bad faith does not arise. But in order to succeed in the defence of justification a Defendant must establish the truth of all the material statements in the words complained of which may include defamatory comments made therein. And in order to justify such comments, it is necessary to show that the comments are the correct imputations or conclusions to be drawn from the proved facts. However the plea of justification does not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the Plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges (see s.8 of the Defamation Act 1957 and Abdul Rahman Talib v. Seenivasagam & Anor [1966] 2 MLJ 66). It also to be noted that partial justification may be useful in the mitigation of damages." [40] Di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v. Utusan Melayu (M) Bhd & Anor [2013] 3 MLJ 534 pula, Mahkamah memutuskan seperti berikut: "For defence of justification, the Defendants failed to provide that the articles published were true in substance and effect. In other words, the defence of justification requires the Defendants to prove the same to be true in substance or materially different from the truth." 15 [41] Bersandarkan otoriti-otoriti di atas, Mahkamah kini akan membuat dapatan sewajarnya memandangkan pembelaan justifikasi terpakai di dalam kes ini. [42] Ada baiknya Mahkamah menyentuh latar belakang bagaimana pernyataan-pernyataan yang dikatakan fitnah ini berlaku kerana ianya adalah penting sebab berdasarkan otoriti-otoriti di atas, tiap-tiap kes bergantung kepada fakta kes masing-masing untuk menentukan sama ada pernyataan-pernyataan tersebut boleh dikatakan sebagai fitnah atau tidak. Otoriti Abdul Rahman Talib v. Seenivasegam [supra] sendiri menyatakan “... and in order to justify such comments, it is necessary to show that the comments, are the correct imputation or conclusion to be drawn from the proved facts”. [43] Antara “Fakta-Fakta Yang Dipersetujui” berbunyi: “Telah berlaku perselisihan dalaman yang melibatkan adik-beradik yang berpunca daripada salah faham dan perselisihan keluarga berkenaan urusan pembelian tiket percutian keluarga ke Guanzhou China.” [44] Ianya berlaku apabila pihak Plaintif telah mendahulukan membayar tiket percutian keluarga ke China yang turut disertai oleh keluarga Plaintif dan keluarga Defendan dan Defendan telah lewat membayarnya selama 1 hari dan itupun bukan disengajakan. Pada 22 Februari 2017 (esoknya) Defendan (SD1) telah meminta adik iparnya, Faiz untuk membayarnya 16 kepada Plaintif. Menurut Defendan (SD1), kerana kecil hati kononnya pembayaran tersebut dibuat lewat dan juga defendan sendiri tidak membuat bayaran tersebut kepada pihak Plaintif maka Faiz telah dihalau oleh Plaintif Pertama sedangkan Plaintif Kedua sendiri yang bersetuju pembayaran boleh di buat pada hari tersebut. (Lihat Pernyataan SD1 – PSD1 soalan dan jawapan 15) [45] Ketika ini, isu hutang kereta tersebut telah wujud dan ini menjadikan perhubungan semakin keruh. (Mengenai hutang kereta akan disentuh kemudian) [46] Sementara itu, menurut SD1, dia terasa terhina dengan tindakan pihak Plaintif. Dipersoalan 15, 16 dan 17 Penyata Saksi (PSD1), SD1 ditanya dan menjawab: “15. ........... Saya dan suami juga telah dihina dengan kata-kata yang membawa maksud jika tidak ada wang, janganlah pergi “berderat” (berjalan.)
16
Apa perasaan Puan? Saya sangat berkecil hati dengan sikap mereka tersebut walhal saya tidak lewat atau sengaja melewat-lewatkan pembayaran harga tiket tersebut yang asal tujuannya boleh mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Saya turut berasa sedih, kecil hati dan terhina atas kata-kata tersebut terhadap saya sedangkan saya ini adik 17 kandung Plaintif Kedua sendiri. Sedangkan di waktu beliau susah dahulu, saya dan suami membantu termasuklah dengan cara membeli kenderaan beliau pada harga RM20,000.00. Dengan cara itu, beliau mendapat bantuan tunai pada ketika mereka memerlukan.
17
Apakah kesannya akibat perbuatan tersebut? Saya berasa sangat sedih, kecil hati dan terhina dan pada 22/2/2017 pada sebelah petang itu saya menghantar pesanan secara peribadi kepada Plaintif Kedua, kakak kandung saya itu melalui aplikasi whatsapp memohon maaf kepada beliau kerana banyak ‘menyusahkan’ adik-beradik. Saya berasa sangat sedih dan mahu memulangkan kembali kenderaan yang saya beli daripada pihak beliau dan meminta dipulangkan wang pembelian sebanyak RM20,000.00 tersebut.” [47] SD1 dan dipersetujui oleh suaminya seterusnya telah membuat keputusan muktamad untuk memulangkan kereta tersebut seperti berikut: “16. Apalagi yang Puan lakukan selain menghantar pesanan whatsapp peribadi kepada Plaintif Kedua pada 22 Februari 2017 itu? Juga pada sebelah petang hari yang sama, suami saya menghantar pesanan secara peribadi kepada Plaintif Pertama pula, abang ipar saya itu melalui aplikasi 18 whatsapp memohon maaf kepada beliau kerana banyak ‘menyusahkan’ beliau dan menyatakan hasrat mahu memulangkan kembali kenderaan tersebut.
17
Bagaimana dengan reaksi pihak Plaintif? Pihak Plaintif terus bersetuju menerima kembali kenderaan tersebut.
18
Bilakah Plaintif Pertama mengambilnya dan di mana beliau mengambil kenderaan tersebut? Plaintif Pertama mengambilnya di rumah saya TANPA TANGGUH-TANGGUH LAGI, pada keesokannya pada kira-kira pukul 8 pagi pada 23/2/2017. Pihak kami serahkan kenderaan tersebut secara baik. Namun wang pembelian yang mereka kini terhutang dengan saya langsung tidak dipulangkan sehingga ke hari ini.
20
Apa terjadi selepas itu? Bukan sahaja mereka berkeras tentang bayaran, Plaintif Pertama sebaliknya menunjukkan bahawa isu ini sesuatu yang sangat BESAR dengan mengatakan sudah jadi kes Polis dan apa-apa tuntutan perlu dibincang di Balai.
21
Apa perasaan Puan? Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Kenapa perlu jadi kes Polis sedangkan ia hanya isu hutang yang mana saya sudah sanggup bertolak ansur. 19 Lebih-lebih lagi ia hanya berpunca daripada soal tiket sahaja. Saya sedih. Saya dihina, berbalah hanya kerana isu tiket pergi melancong, sebagai adik yang tidak mahu perbalahan di dalam keluarga, saya sudah meminta bayaran walaupun saya tidak lewat membayar. Saya juga sudah memulangkan kenderaan kepada mereka. Namun pihak Plaintif berkeras tentang bayaran walaupun saya sudah mengalami kerugian. Sudahnya pihak saya pula ditunjukkan oleh pihak Plaintif kononnya ia sudah jadi kes Polis. [48] Seterusnya Defendan telah menghubungi pihak Plaintif untuk meminta duit kereta tersebut. Berikut adalah apa yang terjadi seperti di dalam PSD1 (Pernyataan Bertugas) SD1:
20
Apa yang berlaku selepas itu? Saya menghubungi Plaintif Kedua melalui aplikasi whatsapp pada 23 Februari 2017 memohon agar bayaran dibuat namun tetap tidak berhasil.
21
Apa berlaku selepas itu? Saya sengaja menyatakan mahu meviralkan keengganan mereka membayar hutang saya dengan harapan mereka mahu melunaskannya. Saya menyebut “ok metar ako nak viral” (Ok. Sekejap lagi ako nak viral) namun tetap hampa. 20 Plaintif Kedua malah menyebut “viral lah. Ako tak kisah pun. Kalu rasa tu boleh puah hati mu viral lah... Buat la nak buat gapo pon” (viral lah. Ako tak kisah pun. Kalu rasa itu boleh membuatkan kamu puas hati kamu viral lah... Buat lah nak apa nak buat apa pun).
22
Apakah kamu terus bertindak sedemikian? Apa berlaku? Tidak. Saya tidak viralkan apa-apa. Kerana saya memang tiada niat langsung untuk membuatnya. Malahan saya menghubungi Plaintif Pertama pula menyatakan permohonan maaf saya atas apa yang saya ucapkan dan lakukan. Namun katanya beliau akan berbincang dengan Peguam, sedangkan saya tidak membuat apa-apa pun sehingga perlu kepada urusan guaman. Namun saya tetap sekian kalinya meminta maaf.
23
Apakah isu antara Puan dan pihak Plaintif selesai? Tidak. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima permohonan maaf saya atas mesej peribadi saya kepada Plaintif Kedua itu dan walaupun mereka berhutang dengan saya, Plaintif Kedua pula yang bertindak memuat naik mesej peribadi saya dengan beliau ke dalam whatsapp keluarga. [49] Mengenai kereta yang dimaksudkan, Plaintif Pertama telah menjualkan kepada pihak Defendan dengan harga RM20,000.00 dan seterusnya disambung bayar setiap bulan terus kepada Bank di bawah akaun Plaintif. Pembayaran RM20,000.00 ini 21 telah dibayar oleh pihak Defendan dan diterima oleh Plaintif diikuti dengan Defendan “sambung bayar kepada bank tiap-tiap bulan”. Pihak Defendan juga tidak pernah gagal membayar kepada Bank selama 8 bulan sebanyak RM1,000.00 sebulan (ie RM1,000.00 x 8 = RM8,000.00). Jadi jumlah yang dibayar oleh Defendan ialah RM20,000.00 + RM8,000.00 = RM28,000.00. Keterangan lanjut mengenai kereta tersebut adalah seperti Pernyataan Bertulis SD1 (PSD1) seperti berikut: “18. Apakah jenis kenderaan berkenaan dan bila tarikh pembelian daripada pihak Plaintif? Kenderaan utiliti pelbagai guna Toyota Mark X ZiO bernombor pendaftaran BDQ 6666. Kalau tak silap saya, di beli daripada Plaintif pada 3/07/2016 dengan harga RM 20,000.00 dibayar secara terus kepada pihak Plaintif dan baki jumlah pinjaman saya buat sambungan pembayaran kepada pihak bank.
19
Bagaimana cara bayaran tersebut dilakukan? a. Pihak saya membayar kepada Plaintif sejumlah RM20,000.00 dengan cara tiga kali bayaran. b. Selain RM20,000.00 tersebut pihak saya juga TANPA GAGAL membuat ‘sambung bayaran’/meneruskan bayaran pinjaman Plaintif kepada pihak bank setiap bulan daripada tarikh kenderaan diambil pada bulan Julai tersebut hinggalah tarikh kenderaan diserah semula kepada Plaintif Pertama pada 23/2/2017. 22 Jumlahnya adalah RM1,000.00 sebulan selama 8 bulan menjadikan jumlahnya ansuran bulanan kepada pihak pembiaya adalah sebanyak RM8,000.00. c. Maka jumlah keseluruhan yang saya keluarkan adalah RM28,000.00.” [50] Oleh kerana Plaintif telah mengambil balik kereta tersebut, maka Defendan telah berpendapat Plaintif perlu kembalikan sekurang-kurangnya RM20,000.00 semula kepada Defendan segera dan bukannya mengikut “budi bicara” seperti yang dituntut Plaintif. Namun Plaintif masih gagal membayarnya kepada Defendan sehingga hari ini. Di dalam masa yang sama Plaintif masih menjadikan tiket kapal terbang yang hanya berjumlah RM3,500.00 itu sebagai isu. Keterangan SD1 mengenai perkara ini di dalam PSD1 adalah relevan seperti di bawah. “19. Berapa jumlah yang pihak Puan minta kembali? Saya telah mengeluarkan wang sebanyak kira-kira RM28,000.00 bagi membeli kenderaan tersebut termasuklah wang ansuran bulanan kepada pihak bank sebagai bayaran pinjaman pembiayaan kenderaan tersebut yang dibuat Plaintif Pertama dahulu tanpa gagal. Namun saya hanya minta dipulangkan kembali RM20,000.00 sahaja. Malangnya pihak Plaintif tidak bersetuju membayarnya walaupun saya sudah bertolak ansur. Bahkan Plaintif Pertama turut mengatakan pembayaran itu jika mahu dibuat pun atas budi bicara beliau sahaja.” 23 [51]
Preamble
Menurut Defendan, apa yang menyebabkan Defendan terkilan, geram dan marah ialah apabila Plaintif-Plaintif enggan membayar wang RM20,000.00 tersebut apabila diminta berkali-kali tanpa mendapat apa-apa respon dari Plaintif-Plaintif, sehinggalah hari ini. [52] Justeru, dari keterangan-keterangan, Mahkamah berpendapat Defendan bukanlah memfitnah Plaintif berhutang dengannya sebanyak RM20,000.00 kerana fakta mengenai hutang ini adalah benar dan diakui Plaintif. Hanya Plaintif tidak bersetuju dengan jumlah hutang sebenarnya, yang pada pendapat Plaintif adalah kurang dari RM20,000.00 dan hanya bersetuju untuk membayar mengikut budi bicaranya. Malahan Plaintif tidak membayar hutang ini sehingga hari ini. Sewajarnya Defendanlah yang sepatutnya memfailkan tuntutan terhadap Plaintif. F. KESIMPULAN [53] Dari keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah berpuashati di atas imbangan kebarangkalian bahawa, Plaintif gagal membuktikan bahawa pernyataan/kata-kata di laman facebook kepunyaan Defendan tersebut di dalam konteks kes ini mempunyai kata-kata/pernyataan berbentuk fitnah, (walaupun ianya bersifat kasar) kerana pernyataan-pernyataan tersebut adalah benar berkaitan dengan keberhutangan Plaintif dengan Defendan sehingga hari ini. Defendan pula telah berjaya membawa pembelaan yang bermerit iaitu pembelaan justifikasi 24 kerana pernyataan-pernyataan tersebut walaupun mungkin tidak semuanya benar namun sebahagian besarnya adalah benar. [54] Di atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa tindakan/tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00. Tarikh: 30 Mac 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur 25 Peguam Plaintif En. Shamsul Baharin bin Abdullah, Tetuan Rozma Baharin & Co, Lot 828, Tingkat 1, Jalan Sri Cemerlang,Seksyen 27, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Defendan En. Mohd Murtadza bin Mohd Mokhtar Tetuan Zayumi Murtadza & Co, Lot 2, Tingkat 1, Kompleks Niaga, Bangunan Tabung Haji, Jalan Dato Pati, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.