Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: NA-21NCvC-13-07/2021
NA-21NCvC-13-07/2021
High Court of Malaysia30 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: NA-21NCvC-13-07/2021
1
NURUL AZREEN BINTI SULTAN
2
HAK ASASI HIDUPAN LIAR MALAYSIA GLOBAL (NO. PENDAFTARAN: 202103220067 (IP0559710-H)) …PERAYU-PERAYU
1
ISMAIL BIN ABDULLAH
2
AMIRUL FARIES BIN IDRIS
3
MOHD SAIFUL ASNAWI BIN ABDUL MUTALIB
4
KETUA PENGARAH JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR
5
MENTERI BAGI KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI …RESPONDEN-RESPONDEN 31/01/2025 23:18:02 NA-21NCvC-13-07/2021 Kand. 82 ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 2 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO.: NA-21NCvC-13-07/2021
1
NURUL AZREEN BINTI SULTAN
2
HAK ASASI HIDUPAN LIAR MALAYSIA GLOBAL (NO. PENDAFTARAN: 202103220067 (IP0559710-H)) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. ISMAIL BIN ABDULLAH
2
AMIRUL FARIES BIN IDRIS
3
MOHD SAIFUL ASNAWI BIN ABDUL MUTALIB
4
KETUA PENGARAH JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR
5
MENTERI BAGI KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 3 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini melalui Writ Terpinda dan Pindaan Pernyataan Tuntutan Terpinda, antara lainnya, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan relif-relif seperti berikut:-
a
Suatu deklarasi bahawa pembunuhan lotong cengkong-lotong cengkong oleh Defendan Keempat adalah melanggari Seksyen 86(1)(f) Akta Pemuliharaan Hidupan
b
Suatu deklarasi bahawa operasi penembakan dengan niat untuk membunuh sebarang haiwan-haiwan “endangered” yang tersenarai di bawah IUCN dan/atau CITES adalah tindakan salah dari segi undang-undang berdasarkan
c
Suatu deklarasi bahawa operasi penembakan dengan niat untuk membunuh sebarang haiwan-haiwan yang didefinisikan sebagai haiwan terlindung dengan sepenuhnya (“totally protected animal”) di bawah Akta 716 adalah salah ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 4 dari segi undang-undang berdasarkan Seksyen 55 Akta 716; dan
d
Relif-relif lain yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini dalam keadaan kes ini [2] Seterusnya, melalui Pernyataan Pembelaannya, secara ringkas Defendan telah memplidkan pembelaan seperti berikut:-
a
susulan daripada aduan berulang yang diterima mengenai serangan lotong cengkong terhadap orang awam sehingga membahayakan nyawa, pihak Perhilitan telah membuat kawalan, pemantauan rutin, menembak halau terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menembak mati 7 ekor lotong cengkong dewasa;
b
tindakan pihak Perhilitan adalah selaras dengan Seksyen 52(1) Akta 716;
c
tindakan pihak Perhilitan melupuskan 7 ekor lotong cengkong dewasa hanya dibuat setelah mengenal pasti wujudnya keperluan (necessity) untuk menembak mati lotong cengkong tersebut; dan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 5
d
tindakan pihak Perhilitan adalah dibuat berdasarkan undang-undang sedia ada dengan suci hati dan tanpa niat jahat. [3] Setelah mendengar keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi daripada kedua belah pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, maka pada 30.10.2024, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan ini dengan kos. [4] Selanjutnya, Mahkamah juga telah menetapkan bahawa kos keseluruhan tindakan ini adalah sebanyak RM10,000.00 dan jumlah kos sebanyak RM10,000.00 ini mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan tertakluk kepada bayaran fi alokatur. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 6 [5] Plaintif merasa tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh pada 30.10.2024 tersebut di atas telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 26.11.2024, merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan berkenaan. Ringkasan Fakta Kes [6] Tindakan ini telah dimulakan oleh Plaintif-Plaintif yang tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan oleh Defendan Pertama hingga Keempat (pihak Perhilitan) pada 19.5.2021 jam lebih kurang 10.00 pagi di kawasan berhampiran Kuarters TNB Taman Raja Zainal, Port Dickson. [7] Operasi yang telah dijalankan oleh pihak Perhilitan pada tarikh tersebut adalah berkenaan satu operasi rutin pengurusan hidupan liar daerah Seremban bersangkutan aduan berulang oleh orang awam terhadap spesis lotong cengkong yang telah menyerang dan mencederakan orang awam di kawasan berhampiran Kuarters Pendidikan Seri Sentosa, Port Dickson pada 19.1.2021 dan 21.1.2021. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 7 [8] Plaintif-Plaintif yang telah tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan tersebut telah memfailkan tindakan ini bagi memohon deklarasi-deklarasi seperti yang telah dinyatakan tersebut di atas. Analisis Mahkamah Isu Pertama: Sama ada hidupan liar daripada spesis lotong cengkong yang telah melakukan serangan terhadap manusia dan harta benda di kawasan Kuarters Pendidikan Seri Sentosa, Port Dickson sekitar bulan Januari dan Mac 2021 [9] Di dalam keterangan yang telah diberikan oleh pengadu atau mangsa di dalam kes ini iaitu Jamilah binti Sharif (SD-1), SD-1 mengesahkan bahawa beliau telah diserang oleh spesis lotong cengkong di rumahnya iaitu di Kuarters Pendidikan Seri Sentosa. [10] Keterangan SD-1 mengenai spesis lotong cengkong yang telah melakukan serangan tersebut adalah disokong dengan keterangan-keterangan berikut:-
a
SD-1 menjelaskan nampak seekor monyet yang mempunyai badan bewarna kelabu hitam dan di keliling ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 8 mata bewarna putih yang dipercayai dari spesis lotong cengkong telah berada dalam rumahnya;
b
SD-1 pasti mengenai identiti lotong cengkong kerana nampak dengan jelas lotong cengkong tersebut iaitu badan bewarna kelabu hitam dan keliling mata bewarna putih dan merupakan haiwan yang sama yang telah masuk ke dalam rumahnya sebelum kejadian;
c
SD-1 berada dalam keadaan sedar pada setiap masa semasa dan selepas kejadian serangan itu berlaku;
d
SD-1 menyatakan lotong cengkong tersebut sering berada di luar kawasan rumah sebelum kejadian dan telah beberapa kali cuba untuk masuk ke rumah jirannya yang lain dan bertindak agresif dan menyerang jirannya;
e
SD-1 menyatakan bahawa hal yang berlaku kepada beliau bukanlah kejadian kali pertama yang membabitkan serangan lotong cengkong. [11] Keterangan SD-1 mengenai spesis lotong cengkong yang telah menyerangnya tersebut, telah disokong oleh keterangan yang telah diberikan oleh suami beliau iaitu Mustafa bin Muhamat (SD-2). ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 9 [12] Di dalam keterangan SD-2 kepada Mahkamah, SD-2 telah mengesahkan fakta-fakta berikut:-
a
SD-2 menyatakan bahawa jenis binatang yang menyerang isterinya memang SD-2 cukup kenal iaitu mata yang putih setompok itu, yang dipanggil lotong;
b
SD-2 menyatakan kera berwarna kelabu, lotong pula hitam ke kelabu dan berwajah tompok warna putih di sebelah mata; dan
c
SD-2 mengesahkan kera tidak mempunyai tompokan putih pada mata. [13] Oleh itu, berdasarkan keterangan SD-1 dan SD-2 tersebut di atas, dapat disimpulkan bahawa hidupan liar yang telah menyerang SD1 sehingga mendatangkan kecederaan adalah jelas dari spesis lotong cengkong iaitu berdasarkan deskripsi yang telah dijelaskan. [14] Seterusnya, keterangan SD-1 dan SD-2 mengenai spesis lotong cengkong yang telah menyerang SD-1 tersebut juga disokong oleh keterangan saksi pakar dan saksi Defendan-Defendan yang lain. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 10 [15] Di dalam keterangan Wan Mat bin Wan Harun (SD-4), selaku Pegawai Hidupan Liar di Ibu Pejabat Perhilitan, SD-4 telah mengesahkan bahawa perbezaan antara lotong cengkong dengan lotong kelabu adalah, lotong cengkong ada warna putih di keliling mata. Manakala, lotong kelabu tiada warna putih di keliling mata. [16] Begitu juga, dengan keterangan yang telah diberikan oleh saksi pakar Defendan-Defendan iaitu Hani Nabilia binti Muhd Sahimi (SD-5), Pegawai Hidupan Liar yang berkhidmat di Unit Primat, Bahagian Konservasi Hidupan Liar, Ibu Pejabat Perhilitan, di mana SD-5 telah mengesahkan bahawa untuk spesis lotong cengkong, yang paling jelas adalah kawasan matanya di mana ada terdapat satu lingkaran putih seperti memakai cermin mata berbentuk bulat. Ini adalah satu ciri yang jelas boleh nampak bagi lotong cengkong. [17] Seterusnya, di dalam keterangan Ismail bin Abdullah (SD-6), yang bertugas sebagai Pegawai Hidupan Liar yang di Jabatan Perhilitan, Negeri Sembilan, di mana SD-6 mengesahkan bahawa daripada siasatan awal yang telah dijalankan terhadap saksi-saksi kejadian di mana mereka telah menyatakan ciri-ciri spesis yang menyerang ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 11 SD-1. Berdasarkan daripada keterangan saksi kejadian, spesis lotong yang telah menyerang SD-1 adalah berwarna hitam kelabu dan juga mempunyai garisan atau tompok putih di sekeliling mata. [18] Menurut SD-6 lagi, berdasarkan maklumat ini pihak Perhilitan dapat mengenalpasti bahawa spesis lotong tersebut adalah merupakan spesis lotong cengkong berdasarkan warna badan lotong tersebut yang berwarna hitam kelabu dan juga mempunyai garisan putih ataupun tompok putih di kawasan sekeliling mata lotong tersebut. [19] Selanjutnya, SD-6 menyatakan bahawa beliau dan anggota-anggotanya telah turun ke lapangan dan membuat pemerhatian terhadap spesis tersebut dan mendapati adalah sahih bahawa spesis yang menyerang SD-1 tersebut adalah lotong cengkong. Di samping itu, menurut SD-6 lagi, hanya spesis lotong cengkong sahaja yang mempunyai garisan putih di kawasan sekeliling mata. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 12 [20] Oleh itu, berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi Defendan-Defendan ini (SD-1, SD-2, SD-4, SD-5 dan SD-6) adalah jelas terbukti bahawa spesis yang telah menyerang SD-1 tersebut adalah dari spesis lotong cengkong dan segala keterangan serta bukti-bukti ini telah gagal untuk disangkal, dicabar serta digugat oleh Plaintif-Plaintif dalam kes ini. [21] Tambahan juga, Mahkamah mendapati bahawa SD-1 dan SD-2 sememangnya telah biasa melihat akan kehadiran spesis lotong cengkong (mempunyai tompok putih di bahagian mata) di kawasan kediaman mereka. Oleh yang demikian, adalah tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi bahawa spesis lotong cengkong yang telah melakukan serangan terhadap manusia dan harta benda di Kawasan Kuarters Pendidikan Seri Sentosa, Port Dickson tersebut. Isu Kedua: Sama ada tindakan Perhilitan menembak mati 7 lotong cengkong di kawasan Kuarters TNB Taman Raja Zainal tersebut adalah wajar ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 13 [22] Seterusnya, di dalam kes ini, Plaintif-Plaintif turut mempertikaikan sama ada tindakan pihak Perhilitan menembak mati tujuh (7) lotong cengkong di kawasan Kuarters TNB Taman Raja Zainal pada 19.5.2021 tersebut adalah wajar dan patut dilaksanakan. [23] Mahkamah mendapati bahawa pihak Jabatan Perhilitan telah melakukan pemantauan dan telah mengenalpasti bahawa spesis lotong cengkong yang dilupuskan pada 19.5.2021 di Kuarters TNB Taman Raja Zainal tersebut adalah merupakan spesis atau kelompok lotong cengkong yang sama yang telah menyerang SD-1 dalam kes ini pada 21.1.2021 di Kuarters Pendidikan Seri Sentosa. [24] Berdasarkan daripada keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi Defendan-Defendan dalam perbicaraan ini adalah jelas bahawa spesis lotong cengkong yang ditembak mati tersebut telahpun dikenalpasti sebagai spesis sama yang menyerang SD-1. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 14 [25] Di dalam keterangan SD-1 kepada Mahkamah, SD-1 telah mengatakan dan mengesahkan bahawa beliau telah melihat sendiri sekumpulan lotong cengkong ini akan sering meniti melalui kabel elektrik di Kuarters Pendidikan Seri Sentosa sehingga menuju ke arah Kuarters TNB Taman Raja Zainal pada setiap hari. [26] Begitu juga, di dalam keterangan SD-2 di mana SD-2 menyatakan beliau sentiasa melihat kelibat lotong cengkong di sekitar Kuarters Pendidikan Seri Sentosa dan Kuarters TNB Taman Raja Zainal. [27] Selain itu, di dalam keterangan SD-4 kepada Mahkamah, SD-4 mengesahkan bahawa lotong hidup berkumpulan dan akan menanda kawasan sendiri. Kumpulan lotong lain tidak akan masuk ke kumpulan yang berbeza. SD-4 juga mengesahkan lotong tidak akan berpindah ke kumpulan yang lain i.e spesis dari kumpulan A tidak boleh berpindah ke kumpulan B dan tidak boleh mendominasi kumpulan B. SD-4 mengesahkan lotong ini hidup berkumpulan, akan merayau atau mendiami habitat di satu-satu kawasan tanpa melintasi atau tanpa menyeberangi sempadan kawasan yang lain. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 15 [28] Seterusnya, di dalam keterangan SD-6 pula kepada Mahkamah, SD-6 mengesahkan bahawa di kawasan serangan dan kawasan operasi rutin, hanya ada satu kumpulan lotong sahaja yang berada di sekitar di kawasan tersebut. SD-6 juga mengatakan bagi kumpulan lotong cengkong di kawasan operasi rutin, habitat sementaranya bermalam adalah di kawasan belukar rizab KTMB. [29] Manakala, dalam keterangan SD-5 kepada Mahkamah, SD-5 mengesahkan bahawa lotong adalah satu spesis yang bersifat territorial (‘kewilayahan”), jika di sesuatu kawasan itu ada kumpulan lotong, kena ambil kira home range. SD-5 juga mengesahkan bahawa terdapat banyak serangan yang berlaku di kawasan sekitar Kuarters Pendidikan Seri Sentosa dan serangan yang berlaku tidak melibatkan satu individu lotong cengkong sahaja kerana bukan satu sahaja serangan yang berlaku. Terdapat serangan-serangan lain daripada kumpulan lotong yang sama. [30] Menurut SD-5 lagi, apabila salah satu individu telah menyerang, tidak mustahil untuk individu-individu lain dalam kumpulan itu ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 16 menyerang juga. SD-5 juga mengesahkan pihak Perhilitan tahu dan telah mengenalpasti kumpulan lotong yang menyerang SD-1. [31] Selanjutnya, di dalam keterangan SD-6 kepada Mahkamah, SD-6 mengesahkan bahawa 7 ekor lotong cengkong yang ditembak mati itu adalah spesis lotong cengkong sama yang menyerang SD1 kerana hanya terdapat satu kumpulan lotong cengkong di kawasan operasi rutin yang sangat berhampiran dengan kawasan serangan. [32] Tambahan juga, di dalam keterangan saksi pakar Plaintif-Plaintif iaitu Dr. Susan Me Cheyne (SP-2), SP-2 turut mengesahkan bahawa lotong cengkong sememangnya boleh bergerak dari Kuarters Pendidikan Seri Sentosa ke Kuarters TNB Taman Raja Zainal itu. [33] Dakwaan yang menyokong bahawa hanya terdapat satu kumpulan lotong cengkong di kawasan operasi rutin (Kuarters TNB Taman Raja Zainal) dengan kawasan serangan (Kuarters Pendidikan Seri Sentosa) adalah berdasarkan kepada jarak kedua-dua kuarters ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 17 [34] Ini adalah berdasarkan kepada fakta bahawa jarak antara Kuarters Pendidikan Seri Sentosa dan Kuarters TNB Taman Raja Zainal tersebut adalah sangat berdekatan berdasarkan keterangan-keterangan berikut:-
a
SD-2 mengesahkan bahawa jarak antara Kuarters Pendidikan Seri Sentosa dengan Kuarters TNB Taman Raja Zainal adalah bersebelahan sahaja, jalan kaki boleh, bersebelahan pagar; dan
b
SD-6 juga mengesahkan jarak antara kawasan serangan dengan kawasan operasi rutin adalah dekat iaitu sekitar lebih kurang 200 meter sahaja. [35] Oleh itu, berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas, adalah jelas bahawa lotong cengkong yang ditembak mati di kawasan operasi rutin tersebut adalah merupakan kumpulan lotong cengkong yang sama yang mendiami kawasan kejadian serangan. [36] Oleh yang demikian, tindakan pihak Perhilitan menembak mati 7 lotong cengkong di kawasan Kuarters TNB Taman Raja Zainal tersebut pada 19.5.2021 adalah wajar dan adalah amat bertepatan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 18 Isu Ketiga: Sama ada lotong cengkong merupakan spesis hidupan liar yang tergolong sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya (“totally protected wildlife”) [37] Di dalam kes ini, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa kononnya spesis lotong cengkong adalah merupakan spesis ataupun haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta 716. [38] Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa spesis Lotong Cengkong (“Dusky Leaf Monkey”) atau nama saintifiknya Trachypithecus Obscurus adalah diklasifikasikan sebagai Hidupan Liar Yang Dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan bukannya Hidupan Liar Yang Dilindungi Sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta 716 tersebut. Isu Keempat: Sama ada pegawai Perhilitan Negeri Sembilan telah menembak lotong cengkong juvana atau dewasa [39] Seterusnya, merujuk kepada perenggan 11 dan perenggan 12 Pindaan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif-Plaintif, Plaintif- ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 19 Plaintif telah memplidkan bahawa pihak Perhilitan telah menembak mati sekurang-kurangnya 20 ekor lotong cengkong termasuk lotong cengkong bayi / remaja yang bewarna kuning keorenan. [40] Walaubagaimanapun, di sepanjang perbicaraan kes ini, Plaintif-Plaintif telah gagal sama sekali untuk mengemukakan sebarang bukti ataupun apa-apa keterangan kepada Mahkamah bahawa sebanyak 20 ekor lotong cengkong termasuk lotong cengkong juvana iaitu lotong cengkong bayi atau remaja yang telah ditembak. [41] Fakta ini telah disahkan sendiri oleh SP-1 (Nurul Azreen binti Sultan) semasa di peringkat soal balas di mana SP-1 mengesahkan dan mengakui bahawa tiada apa-apa bukti mahupun keterangan yang menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 20 ekor lotong cengkong termasuk lotong cengkong juvana yang telah dibunuh. [42] Oleh itu, berdasarkan kepada fakta tersebut di atas, adalah jelas bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan dakwaan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 20 mereka bahawa terdapat 20 ekor lotong cengkong termasuk lotong cengkong juvana yang telah ditembak mati oleh pihak Perhilitan. [43] Justeru itu, versi Plaintif-Plaintif kononnya terdapat sekurang-kurangnya 20 ekor lotong cengkong termasuk juvana/bayi telah ditembak mati tidak disokong oleh apa-apa keterangan lain sama ada secara lisan mahupun dokumen. Begitu juga, rakaman video yang dikemukakan oleh SP-1 sendiri cuma menunjukkan hanya terdapat seekor lotong cengkong dewasa yang telah ditembak. [44] Mahkamah ingin merujuk kepada kes Saiman Umar v Lembaga Pertubuhan Peladang [2015] 9 CLJ 153 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut:- “[41] We should remind ourselves that parties to an action are bound by their own pleadings. It is therefore necessary to make the point that the court is also bound by the pleadings in as much as the parties themselves. The most important purpose of pleadings is to plead reasonable cause of action, define the issues of fact and questions of law to be determined by the court. It is a valid argument to make that the court is constrained to decide an action on which no issue has been raised by the parties in their respective pleadings (Ambank (M) Bhd v. Luqman Kamil Muhammed Don ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 21 [2012] 3 CLJ 551; [2012] 3 MLRA 459 and Victory Avenue Mfg (M) Sdn Bhd v. Matsushita Electronic Devices (M) Sdn Bhd [2009] 1 LNS 296; [2009] 5 MLJ 243).” [45] Selanjutnya, adalah satu perundangan yang mantap bahawa beban pembuktian (burden of proof) adalah terletak kepada Plaintif-Plaintif untuk membuktikan tuntutannya. Prinsip ini dengan jelas telah diperuntukkan di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] yang memperuntukkan seperti berikut:
101
Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. [46] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal sama sekali untuk membuktikan versi Plaintif-Plaintif sebagaimana yang telah diplidkan bahawa kononnya Defendan-Defendan telah menembak mati sekurang-kurang 20 ekor lotong cengkong termasuk lotong cengkong juvana/bayi. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 22 [47] Selain itu, keterangan SD-6 yang merupakan pegawai yang terlibat dalam operasi pelupusan tersebut telah mengesahkan kepada Mahkamah, bahawa beliau dan pasukannya telah menembak mati hanya 7 ekor lotong cengkong dan tiada lotong cengkong juvana/bayi yang telah ditembak dalam operasi tersebut. [48] Keterangan SD-6 ini sama sekali tidak dicabar dan disangkal oleh peguamcara Plaintif-Plaintif semasa sesi soal balas. Peguamcara Plaintif-Plaintif sama sekali tidak mencabar keterangan SD-6 yang menyatakan bahawa hanya 7 ekor lotong cengkong yang telah ditembak mati. Justeru itu, Mahkamah haruslah menerima fakta ini. [49] Seterusnya, Mahkamah ingin merujuk kepada kes Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 212, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- “A correct statement of the law is that failure of the defence to cross examination the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of the testimony… On this point we need only say there is a general rule that failure to cross examination a winess on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness’s testimony.” ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 23 [50] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa versi Defendan-Defendan bahawa hanya 7 ekor lotong cengkong yang telah ditembak mati oleh pihak Perhilitan wajar diterima oleh Mahkamah ini berbanding dengan versi yang telah diberikan oleh Plaintif-Plaintif bahawa terdapat sekurang-kurangnya 20 ekor lotong cengkong termasuk juvana/bayi yang telah ditembak mati. Isu Kelima: Sama ada pegawai Perhilitan Negeri Sembilan telah mengambil langkah-langkah awalan sebelum membuat keputusan untuk menembak lotong cengkong tersebut [51] Selanjutnya, di dalam kes ini, Plaintif-Plaintif mendakwa telah berlakunya perlanggaran terhadap Seksyen 86(1)(f) Akta 716. [52] Di dalam Seksyen 86(1)(f) Akta 716, ia jelas memperuntukkan seperti berikut:-
86
Kezaliman terhadap hidupan liar
1
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, mana-mana orang yang- … ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 24
f
dengan sengaja melakukan atau dengan sengaja meninggalkan daripada dilakukan apa-apa yang menyebabkan apa-apa penderitaan, kesakitan atau ketidakselesaan yang tidak perlu kepada mana-mana hidupan liar;” [53] Oleh yang demikian, kata kunci utama bagi apa-apa kesalahan di bawah Seksyen 86(1)(f) Akta 716 adalah “dengan sengaja melakukan” i.e tanpa sebarang sebab atau alasan. Di dalam hal ini, adalah jelas bahawa tindakan menembak mati spesis lotong cengkong oleh pihak Perhilitan tersebut dijalankan akibat aduan berulang serangan lotong cengkong di kawasan sekitar Kuarters Pendidikan Seri Sentosa dan ia bukanlah dijalankan atau dilakukan dengan sengaja atau sewenang-wenangnya oleh pihak Perhilitan. [54] Dalam erti kata lain, pihak Perhilitan telah bertindak setelah mengenal pasti wujudnya keperluan (necessity) untuk menembak mati lotong cengkong susulan kejadian serangan yang telah berlaku sehingga menyebabkan bahaya kepada nyawa manusia. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 25 [55] Di dalam tindakan ini, adalah jelas terbukti bahawa salah seorang mangsa serangan lotong cengkong tersebut adalah SD-1. SD-1 mengesahkan bahawa beliau telah diserang oleh lotong cengkong di rumahnya di Kuarters Pendidikan Seri Sentosa pada 21.1.2021. [56] Perlu ditegaskan dalam kejadian 21.1.2021 itu, SD-1 telah diserang dan digigit oleh lotong cengkong di bahagian kepala sehingga menyebabkan kulit kepala mangsa koyak dan telah cedera parah. [57] Kecederaan yang dialami oleh SD-1 akibat serangan dan gigitan lotong cengkong ini disokong oleh keterangan SD-3 (Dr. Syahidah binti Lokman) iaitu pegawai perubatan yang telah merawat SD-1.
Preamble
Menurut keterangan SD-3, kecederaan yang dialami oleh SD-1 adalah konsisten dengan kesan gigitan oleh haiwan tersebut. [58] Perlu ditegaskan bahawa kuasa pihak Perhilitan untuk menembak mati lotong cengkong tersebut diperuntukkan di bawah Seksyen 52 Akta 716 yang memperuntukkan seperti berikut: ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 26
52
Pegawai boleh memburu hidupan liar Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, seorang pegawai yang bertindak secara suci hati dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini boleh memburu mana-mana hidupan liar jika-
a
hidupan liar itu berbahaya kepada nyawa atau harta manusia; atau
b
ia adalah perlu atau suai manfaat untuk mengelakkan hidupan liar itu daripada menderita dengan tidak sepatutnya. [59] Manakala, perkataan memburu pula didefinisikan di bawah Seksyen 3 Akta 716 sepertimana berikut:-
3
Tafsiran Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- … … … "memburu" termasuklah mengejar, memerangkap, menangkap, mengambil atau membunuh mana-mana hidupan liar dengan apa-apa cara yang ditetapkan, sama ada atau tidak hidupan liar itu pada masa itu atau kemudiannya diambil, diperangkap, ditangkap atau dibunuh;” ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 27 [60] Di dalam kes ini, adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa tindakan menembak mati lotong cengkong pada 19.5.2021 tersebut telah dijalankan oleh pegawai Perhilitan. Selanjutnya, definasi perkataan memburu pula ditafsirkan termasuk membunuh mana-mana hidupan liar dengan apa-apa cara yang ditetapkan. [61] Di dalam tindakan ini, meskipun pihak Perhilitan mempunyai kuasa untuk membunuh hidupan liar di bawah Seksyen 52 Akta 716 tersebut jika sekiranya hidupan liar tersebut berbahaya kepada nyawa atau harta manusia, namun begitu, pihak Perhilitan masih lagi bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. [62] Sehubungan itu, Mahkamah ingin merujuk kepada dokumen Pengurusan Aduan Gangguan Hidupan Liar bertarikh 31.12.2016 sebagaimana terdapat dalam Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) di Mukasurat 30 hingga 45 yang mana ia adalah SOP Perhilitan bagi pengurusan yang melibatkan aduan gangguan hidupan liar. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 28 [63] Berdasarkan dokumen Pengurusan Aduan Gangguan Hidupan Liar bertarikh 31.12.2016 tersebut, apabila pihak Perhilitan menerima aduan berkenaan gangguan hidupan liar, pihak Perhilitan perlu menjalankan siasatan berkenaan aduan yang diterima. Setelah siasatan selesai dijalankan, sekiranya tuntutan tersebut didapati berasas, pihak Perhilitan hendaklah mengambil tindakan lanjut yang diperuntukkan seperti berikut:
i
Memberikan khidmat nasihat;
II
(ii) Memasang perangkap;
III
(iii) Tangkap-pindah;
IV
(iv) Tembak halau;
v
Tembak-suntik mati; dan
VI
(vi) Tembak mati. [64] Di dalam keterangan yang telah diberikan oleh SD-6 kepada Mahkamah, SD-6 telah mengesahkan bahawa pihak Perhilitan telah mengambil kesemua tindakan awalan sebelum operasi tembak mati tersebut dijalankan. Menurut SD-6, tindakan operasi tembak mati hanya diambil setelah semua tindakan lain seperti memasang perangkap dan tembak halau adalah tidak berjaya. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 29 [65] Oleh yang demikian, ini jelas menunjukkan bahawa pihak Perhilitan telah mengambil semua tindakan bagi menguruskan aduan gangguan hidupan liar melibatkan spesis lotong cengkong di kawasan Kuarters Pendidikan Seri Sentosa tersebut seperti membuat pemantauan, memasang perangkap jebak, memasang perangkap besar, namun kesemua tindakan tersebut tidak berjaya. [66] Pihak Perhilitan juga telah mengambil tindakan selama hampir lebih 5 bulan untuk memasang perangkap tersebut, namun tiada satupun perangkap yang berjaya. Maka, bagi mengelakkan kejadian serangan berulang atau kejadian serangan yang lebih membahayakan nyawa berlaku terutamanya terhadap warga emas dan kanak-kanak, maka tindakan operasi menembak mati spesis lotong cengkong tersebut terpaksa diambil sebagai jalan terakhir. [67] Tambahan juga, saksi pakar Plaintif sendiri iaitu Dr. Susan M Cheyne (SP-2) turut mengakui bahawa pihak Perhilitan telah mengambil langkah-langkah awalan lain sebelum melupuskan lotong cengkong tersebut melalui tindakan operasi tembak mati. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 30 [68] Begitu juga, di dalam keterangan SD-2, di mana SD-2 juga mengesahkan bahawa pihak Perhilitan telah melakukan beberapa tindakan, susulan kejadian yang menimpa SD-1. SD-2 menyatakan bahawa pihak Perhilitan sentiasa datang membuat pemantauan di kawasan kejadian tersebut dan juga telah memasang perangkap. [69] Di samping itu, SD-4 juga mengesahkan bahawa tindakan tembak mati adalah merupakan tindakan terakhir yang dilakukan oleh pihak Perhilitan selepas segala tindakan lain tidak berjaya. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang sama tidak berulang berlaku terutama terhadap kanak-kanak dan penghuni ataupun penduduk di kawasan kejiranan Kuarters Pendidikan Seri Sentosa tersebut supaya selamat dari ancaman gangguan oleh hidupan liar. [70] Selain itu, SP-1 dalam keterangannya kepada Mahkamah juga mengesahkan bahawa pegawai Perhilitan menjelaskan kepadanya bahawa operasi yang dijalankan pada 19.5.2021 tersebut dibuat memandangkan lotong cengkong telah ditahap menyerang orang. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 31 [71] Mahkamah juga mendapati bahawa tindakan menembak mati lotong cengkong tersebut perlu dibuat oleh kerana masih lagi terdapat aduan berulang yang diterima mengenai serangan spesis lotong cengkong tersebut sejak Januari 2021 hinggalah pada tarikh operasi tembak mati itu dijalankan oleh Perhilitan pada 19.5.2021. [72] Seterusnya, semasa SD-1 dan SD-2 memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama, SD-1 dan SD-2 juga mengesahkan bahawa kelibat lotong cengkong masih berkeliaran di persekitaran rumah selepas kejadian serangan terhadap SD-1 tersebut berlaku. [73] Tambahan juga, perlu ditegaskan bahawa lotong cengkong yang merupakan hidupan liar juga boleh mengancam nyawa manusia pada bila-bila masa. Perkara ataupun fakta ini telah dijelaskan kepada Mahkamah oleh saksi pakar Defendan-Defendan (SD-5) yang mana ia dipersetujui oleh saksi pakar Plaintif-Plaintif (SP-2). [74] Berdasarkan daripada keterangan yang telah diberikan oleh SP-2 dan SD-5 tersebut kepada Mahkamah, dapat disimpulkan bahawa walaupun secara lahiriah spesis lotong cengkong adalah spesis ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 32 yang nampak pemalu dan tenang, namun lotong cengkong ini juga boleh bertindak agresif dan boleh mencederakan manusia sekiranya ia merasa terancam disebabkan oleh faktor kekurangan makanan dan juga akibat dari kemusnahan habitat semulajadinya. [75] Fakta ini disahkan oleh keterangan yang telah diberikan oleh SD-6 di mana SD-6 mengesahkan bahawa beliau merasa nyawanya terancam ketika operasi rutin tersebut dijalankan oleh kerana terdapat cubaan menyerang dari atas pokok oleh lotong cengkong tersebut terhadap SD-6 dengan cara melompat dan menyeringai. [76] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat keperluan mendesak untuk Defendan-Defendan menjalankan operasi menembak mati terhadap spesis lotong cengkong tersebut bagi mengelakkan kejadian serangan ke atas manusia berulang. Begitu juga, berdasarkan aduan berulang mengenai serangan lotong cengkong, maka tindakan pihak Perhilitan menembak mati lotong cengkong jelas dibuat dengan suci hati dan tanpa niat jahat. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 33 [77] Seterusnya, saksi pakar Plaintif di dalam kes ini iaitu SP-2 turut bersetuju dengan cadangan Defendan bahawa pihak Perhilitan mempunyai kuasa yang termaktub dalam Seksyen 52 Akta 716 untuk menembak mati lotong cengkong sekiranya ianya berbahaya kepada nyawa atau harta manusia dan tindakan menembak mati lotong cengkong adalah dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan. [78] Saksi pakar Defendan-Defendan iaitu SD-5 juga mengesahkan bahawa tindakan pihak Perhilitan menembak mati lotong cengkong tersebut adalah wajar memandangkan hidupan liar ini telah mengancam nyawa ataupun memusnahkan harta benda manusia. [79] Maka, jelaslah Seksyen 52 Akta 716 memberi kuasa kepada pegawai Perhilitan untuk menembak mati hidupan liar sekiranya hidupan liar itu berbahaya kepada nyawa atau harta manusia. [80] Oleh itu, berdasarkan kepada alasan ini, Mahkamah mendapati dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa operasi penembakan membunuh lotong cengkong tersebut adalah satu perlanggaran peruntukan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 34 Seksyen 86(1)(f) Akta 716 adalah sangat tidak berasas, tidak bermerit dan hendaklah ditolak oleh Mahkamah ini dengan kos. [81] Selanjutnya, Plaintif-Plaintif juga mendakwa bahawa operasi menembak mati spesis lotong cengkong yang dijalankan oleh pihak Perhilitan pada 19.5.2021 tersebut adalah salah dari segi undang-undang berdasarkan peruntukkan Seksyen 55 Akta 716. [82] Menurut Seksyen 55 Akta 716 ia jelas memperuntukkan seperti berikut:-
55
Hidupan liar yang menjadi bahaya serta-merta terhadap nyawa manusia boleh dibunuh
1
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, mana-mana orang boleh membunuh mana-mana hidupan liar jika hidupan liar itu menjadi bahaya serta-merta kepada nyawa manusia.
2
Jika bahaya serta-merta kepada nyawa manusia itu ialah akibat daripada suatu provokasi atau pencederaan terhadap hidupan liar itu oleh orang yang membunuh hidupan liar itu, orang itu adalah terlepas daripada kesalahan hanya berkenaan dengan pembunuhan hidupan liar itu tetapi dia boleh dipertuduh berkenaan dengan provokasi atau pencederaan itu di bawah seksyen 88. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 35
3
Mana-mana orang yang membunuh mana-mana hidupan liar menurut seksyen ini hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, melaporkan kepada mana-mana pegawai butir-butir mengenai kejadian itu, termasuk spesies hidupan liar yang telah dibunuh dan senjata yang telah digunakan.
4
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
5
Mana-mana hidupan liar yang dibunuh di bawah seksyen ini hendaklah menjadi harta Negeri dan hendaklah tanpa kelengahan diserahkan kepada mana-mana pegawai. [83] Oleh itu, di bawah Seksyen 55 Akta 716 ini jelas memperuntukkan mengenai kuasa ‘mana-mana orang’ untuk membunuh hidupan liar yang menjadi bahaya serta-merta terhadap nyawa manusia. [84] Dalam lain perkataan, penggunaan ayat ‘mana-mana orang’ jelas terpakai kepada orang awam dan bukannya kepada pegawai Perhilitan. Ini adalah kerana, kuasa pegawai Perhilitan untuk membunuh hidupan liar telah diperuntukkan dengan sangat jelas dan secara terperinci di bawah peruntukkan Seksyen 52 Akta 716. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 36 [85] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa peruntukan Seksyen 55 Akta 716 ini adalah tidak terpakai dan juga adalah tidak relevan sama sekali kepada pihak Defendan-Defendan dalam tindakan ini. [86] Oleh yang demikian, dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa operasi penembakan dengan niat untuk membunuh lotong cengkong ini adalah salah di bawah Seksyen 55 Akta 716 adalah sangat tidak berasas, tidak munasabah, tidak bermerit dan hendaklah ditolak. Kesimpulan [87] Oleh itu, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan.Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos. [88] Selanjutnya, Mahkamah juga telah menetapkan kos keseluruhan tindakan ini adalah sebanyak RM10,000.00 dan jumlah kos sebanyak RM10,000.00 ini mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan tertakluk kepada bayaran fi alokatur. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 37 Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 31 haribulan Januari 2025. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-13-07/2021 38 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN RAJ & SACH C-5-42, Tingkat 5 Blok Camilia, 10 Boulevard Lebuhraya SPRINT, PJU 6A 47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / DEFENDAN-DEFENDAN: PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Jalan Campbell 70000 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.