Saman No: 2309-H0610-521-0600 (“Saman 600”) yang dimulakan oleh Plaintif Pertama. [13] Berpandukan kepada Pernyataan Tuntutan, Pernyataan Tuntutan Terpinda untuk kedua-dua Saman 599 dan Saman 600 tersebut, Defendan Pertama menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif telah memilih bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terlebih dahulu daripada Mahkamah Tinggi ini untuk menentukan status agama mereka. Malah, alasan-alasan yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan dan Pernyataan Tuntutan Terpinda untuk menyokong kepada tuntutannya adalah sama seperti dalam Saman Pemula di Mahkamah Tinggi ini. [14] Atas nasihat peguam cara Defendan Pertama, Defendan Pertama percaya bahawa tindak-tanduk dan perbuatan Plaintif-Plaintif memfailkan Saman 599 dan Saman 600 iaitu tuntutan pengisytiharan status agama ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sekitar 19.09.2023 membuktikan dengan jelas bahawa (a) Plaintif-Plaintif telah memilih, mengakui dan bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah; (b) Plaintif-Plaintif telah memilih, mengakui dan bersetuju bahawa sifat dan relief yang dimohon menerusi tuntutan pengisytiharan status agama di bawah Kod 521 (terdahulu 043) tersebut tertakluk kepada pemakaian Hukum Syarak sepenuhnya ke atas diri mereka; (c) Plaintif-Plaintif telah memilih, mengakui dan bersetuju untuk tertakluk kepada undang-undang negeri menerusi peruntukan dalam EPAI, ETMMS, EKMS; (d) Plaintif-Plaintif mengetahui kesan dan akibat pemfailan Saman 599 dan Saman 600 kerana pada masa material, mereka telah mencapai umur baligh, mukallaf yang berakal serta berusia 24 tahun; dan (e) Plaintif-Plaintif terhalang di sisi undang-undang daripada mengambil pendirian sebaliknya. [15] Atas nasihat peguam cara Defendan Pertama, Defendan Pertama percaya bahawa Saman 599 dan Saman 600 tersebut telah ditarik balik sekitar 14.06.2024 melalui peguam syarie yang mewakili Plaintif-Plaintif atas alasan yang hanya diketahui Plaintif-Plaintif. Namun begitu, Defendan Pertama percaya bahawa penarikan balik Saman 599 dan Saman 600 tersebut dibuat (a) sebelum Saman Pemula ini difailkan oleh Plaintif-Plaintif pada 20.12.2024; dan (b) selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dahlia Dhaima Abdullah v. Majlis Agama Islam Selangor & 1 lagi [2024] 5 CLJ 855 (“Dahlia”) diberikan pada 3.05.2024. Justeru, Defendan Pertama menyatakan penarikan balik Saman 599 dan Saman 600 tersebut dan pemfailan Saman Pemula ini bersifat pemikiran semula atau ‘after thought’ dan keseluruhan dakwaan dan pengataan Plaintif-Plaintif dalam Afidavit Sokongan 1 serta dakwaan dan pengataan ibu kandung Plaintif dalam Afidavit Sokongan 2 diwujudkan/dirangka oleh Plaintif-Plaintif untuk memenuhi prinsip yang diputuskan dalam kes Rosliza dan Dahlia sedangkan kes Plaintif-plaintif berbeza daripada kes Rosliza dan Dahlia. [16] Defendan Pertama menyatakan bahawa tindakan Plaintif-Plaintif memfailkan Saman 599 dan Saman 600 terlebih dahulu daripada Saman Pemula ini merupakan fakta yang tidak diketengahkan oleh Plaintif-Plaintif dalam mana-mana perenggan Afidavit Sokongan 1 dan Afidavit Sokongan 2 atas alasan yang hanya diketahui oleh Plaintif-Plaintif. Namun, atas nasihat peguam cara Defendan Pertama, Defendan Pertama percaya bahawa memandangkan Saman Pemula ini melibatkan permohonan mendapatkan relief di bawah undang-undang ekuiti, mereka tidak datang ke Mahkamah dengan pendedahan penuh dan tulen. [17] Defendan Pertama menyatakan bahawa penarikan balik Saman 599 dan Saman 600 tersebut tidak dapat menghapuskan fakta bahawa Plaintif-Plaintif telah terlebih dahulu pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk mendapatkan suatu ketetapan mengenai status agama mereka. Oleh itu, pengataan Plaintif-Plaintif pada perenggan 23, 24 dan 25, 25.1, 25.2 dan 25.3 Afidavit Sokongan 1 adalah dicabar sepenuhnya dan jelas menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif berkelakuan memilih Mahkamah yang hanya dilihat memihak kepada mereka atau ‘court shopping’ di sisi undang-undang dan ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Atas nasihat peguam cara Defendan Pertama, Defendan Pertama percaya bahawa keseluruhan relief yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif dalam Saman Pemula di Mahkamah ini telah dirangka dengan berhati-hati oleh Plaintif-Plaintif setelah mendapat nasihat perundangan daripada peguam cara Plaintif-Plaintif mengenai kes Dahlia dan Rosliza. Prayer 2 Saman Pemula secara umumnya memohon apa-apa deklarasi-deklarasi terhadap percanggahan antara peruntukan EPAI dengan Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan, Saman Pemula ini tidak mencabar keabsahan mana-mana peruntukan dalam EPAI dan/atau undang-undang Negeri dan dalam keadaan bukan ‘mode’ tindakan yang betul di bawah undang-undang. Ini juga merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana terdapat unsur di luar daripada tuntutan asal Plaintif-plaintif seperti mana kelihatan dalam Saman 599 dan Saman 600 dan prayer 1, 1.1, 1.2, 1.3, 1.4 Saman Pemula, iaitu tuntutan pengisytiharan status agama semata-mata. [18] Fakta dan perkara mengenai Plaintif-Plaintif tidak mengamalkan dan menganut agama Islam adalah ingin bergantung kepada prinsip kes Dahlia, tidak boleh diambil secara berasingan seperti yang dikehendaki oleh Plaintif-Plaintif. Perenggan 14 dan 15 Afidavit Sokongan 1 dan pemfailan Saman 599 dan Saman 600 ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam merupakan fakta-fakta lain yang menunjukkan Plaintif-Plaintif adalah orang Islam berdasarkan peruntukan Seksyen 2 EPAI dan/atau Hukum Syarak melainkan diperintahkan sebaliknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Fakta-fakta tersebut yang dibangkitkan oleh Plaintif-Plaintif sendiri hendaklah juga diambil kira sebagai mana yang dilakukan dalam kes Dahlia tersebut. Atas fakta-fakta ini, maka Saman Pemula ini bukan forum yang sesuai untuk menentukan status agama Plaintifplaintif. Afidavit Jawapan Defendan Kedua (Kerajaan Negeri Selangor) [19] Penolong Penasihat Undang-Undang, Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dalam afidavitnya menyatakan dan mengikrarkan bahawa kes Plaintif-Plaintif ini adalah berbeza daripada kes Rosliza yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah jelas nyata bahawa isu sama ada seseorang itu tidak pernah menjadi orang Islam i.e. termasuk dalam kes ab initio, perlulah dengan meneliti keseluruhan matriks fakta dan keadaan kes. [20] Dalam kes Plaintif-Plaintif ini, adalah tidak dipertikaikan bahawa Plaintif-Plaintif berada dalam jagaan ibu kandungnya yang beragama Islam semasa Plaintif-Plaintif memeluk Islam di PERKIM atas permohonan ibu kandung mereka sendiri. Berdasarkan kepada undang-undang yang terpakai pada masa material, Plaintif-Plaintif memeluk agama Islam dan diikuti dengan penilaian keseluruhan fakta, Plaintif-Plaintif ialah seorang Islam menurut tafsiran “orang Islam” di bawah seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. [21] Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosliza memutuskan prinsip undang-undang yang jelas bahawa permohonan untuk mengisytiharkan seseorang yang beragama Islam bukan lagi beragama Islam hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah selaras dengan seksyen 61 (3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Relief dan/atau remedi yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif ini berada di luar bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil maka Mahkamah Tinggi ini tiada bidangkuasa untuk mendengar permohonan Plaintif-Plaintif. [22] Dalam hujahan dari aspek undang-undang, Penolong Penasihat Undang-Undang terpelajar menyatakan bahawa − • merujuk kepada Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan dan Senarai II, Item 1 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa semua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa Negeri. • Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberikan Mahkamah Syariah bidang kuasa eksklusif ke atas undang-undang Syariah kerana Mahkamah Syariah adalah institusi yang kompeten berhubung dengan agama Islam. • prosiding Mahkamah Syariah tidak boleh ‘diganggu’ oleh Mahkamah Tinggi Sivil kerana Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil membentuk dua sistem perundangan yang berasingan dan Mahkamah Syariah tidak kalah (not inferior) dengan Mahkamah Sivil dari segi rayuan dan semakan kehakiman. [23] Selanjutnya, Penolong Penasihat Undang-Undang terpelajar menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif telah mengisi Borang Permohonan Pinda Kad Pengenalan Plaintif-Plaintif yang juga turut menyertakan Akaun Berkanun ibu kandung Plaintif-Plaintif. Berdasarkan Akuan Berkanun tersebut adalah jelas Plaintif-Plaintif memohon untuk menukar nama/butir-butir dalam kad pengenalan mereka atas sebab Plaintif-Plaintif telah memeluk islam dan dengan itu Plaintif-Plaintif adalah tertakluk kepada peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. [24] Penolong Penasihat Undang-Undang terpelajar menghujahkan bahawa afidavit ibu kandung Plaintif-Plaintif yang menyatakan tidak menghiraukan bantahan Plaintif-Plaintif dan menyesali tindakan melulu yang diakukannya bercanggah dengan Akuan Berkanun ibu kandung Plaintif-Plaintif yang diikrarkan pada 22.12.2015. Plaintif-Plaintif dan ibu Plaintif-Plaintif adalah terhalang daripada membuat pendirian yang berlainan daripada fakta dalam Akuan Berkanun tersebut. [25] Berkenaan dengan pemakaian keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dahlia Mahkamah Persekutuan menerima bahawa Perayu adalah seorang Islam berdasarkan deklarasi yang dipohon di Mahkamah Syariah, maka kes untuk keluar dari agama Islam (renunciation) adalah terletak dalam bidang kuasa terletak pada Mahkamah Syariah. Penilaian dan Dapatan Mahkamah [26] Saya telah meneliti Saman Pemula, afidavit, hujahan bertulis peguam cara terpelajar yang mewakili Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan dan saya telah melihat kepada dokumen yang diekshibitkan dalam afidavit-afidavit. [27] Perkara yang dimohon dalam Saman Pemula oleh Plaintif-Plaintif adalah secara khususnya memohon agar Mahkamah ini menentukan keabsahan pemelukan Islam Plaintif-Plaintif oleh PERKIM dan kebolehpercayaan agama Plaintif-Plaintif di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Perkara 5, 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. [28] Dalam kes Latifah Mat Zin v. Rosmawati Sharibun & Anor [2007] 5 CLJ 253, Federal Court, Putrajaya (Abdul Hamid Mohamad, FCJ; Ariffin Zakaria, FCJ; Augustine Paul, FCJ), Mahkamah ini memetik perenggan yang berikut yang amat jelas iaitu – “Per Abdul Hamid Mohamad FCJ delivering the judgment of the court [45] The point to note here is that both courts, civil and syariah, are creatures of statutes. Both owe their existence to statutes, the Federal Constitution, the Acts of Parliament and the State Enactments. Both get their jurisdictions from statutes ie, constitution, federal law or State law, as the case may be. So, it is to the relevant statutes that they should look to determine whether they have jurisdiction or not. Even if the syariah court does not exist, the civil court will still have to look at the statutes to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Similarly, even if the civil court does not exist, the syariah court will still have to look at the statute to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Each court must determine for itself first whether it has jurisdiction over a particular matter in the first place, in the case of the syariah courts in the States, by referring to the relevant State laws and in the case of the syariah court in the Federal Territory, the relevant Federal laws. Just because the other court does not have jurisdiction over a matter does not mean that it has jurisdiction over it. So, to take the example given earlier, if one of the parties is a non-Muslim, the syariah court does not have jurisdiction over the case, even if the subject matter falls within its jurisdiction. On the other hand, just because one of the parties is a non-Muslim does not mean that the civil court has jurisdiction over the case if the subject matter is not within its jurisdiction. [46] So, there may be cases over which neither court has jurisdiction. It may be said that it cannot be so. In my view, it can be so, because either court obtains its jurisdiction from statute, not from the fact that the other court does not have jurisdiction over the matter. [47] The problem is, everyone looks to the court to solve the problem of the legislature. Judges too, (including myself), unwittingly, took upon themselves the responsibility to solve the problem of the legislature because they believe that they have to decide the case before them one way or the other. That, in my view is a mistake. The function of the court is to apply the law, not make or to amend law not made by the legislature. Knowing the inadequacy of the law, it is for the legislature to remedy it, by amendment or by making new law. It is not the court’s function to try to remedy it. [48] There are cases in which some of the issues fall within the jurisdiction of the civil court and there are also issues that fall within the jurisdiction of the syariah court. This problem too will have to be tackled by the legislature. Neither court can assume jurisdiction over matters that it does not have just because it has jurisdiction over some of the matters arising therein. Neither court should give a final decision in a case only on issues within its jurisdiction. [49] Until the problem is solved by the legislature, it appears that the only way out now is, if in a case in the civil court, an Islamic law issue arises, which is within the jurisdiction of the syariah court, the party raising the issue should file a case in the syariah court solely for the determination of that issue and the decision of the syariah court on that issue should then be applied by the civil court in the determination of the case. But, this is only possible if both parties are Muslims. If one of the parties is not a Muslim such an application to the syariah court cannot be made. If the non-Muslim party is the would-be plaintiff, he is unable even to commence proceedings in the syariah court. If the non-Muslim party is the would-be defendant, he would not be able to appear to put up his defence. The problem persists. Similarly, if in a case in the syariah court, a civil law issue eg, land law or companies law arises, the party raising the issue should file a case in the civil court for the determination of that issue which decision should be applied by the syariah court in deciding the case. … [54] Coming back to the issue of jurisdiction in the instant appeal. We have seen that item 4(e)(i) of the Federal List, inter alia, provides that “succession, testate and intestate; probate and letters of administration” are matters within the Federal jurisdiction. However, para. (ii) of item 4(e) removes “Islamic personal law relating to ... gifts or succession, testate and intestate” from the Federal jurisdiction. This is followed by item 1 of the State List that, inter alia, provides that “Islamic law and personal and family law of persons professing the religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and intestate” are matters that fall within the State list.”. (penekanan digariskan) [29] Dalam kes ini, isu yang berbangkit adalah berkaitan bidangkuasa Mahkamah ini yang dikatakan bertembung dengan Mahkamah Syariah. Oleh itu, penilaian Mahkamah kini adalah tertumpu kepada isu kewujudan bidangkuasa tersebut tanpa perlu menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam afidavit-afidavit dengan mengandaikan keterangan-keterangan tersebut adalah sahih dan bertanyakan sama ada Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa di dalam membicarakan permohonan Plaintif-Plaintif ke atas Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [30] Dalam kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah v. Tun Mahathir Mohamad (as the President of PERKIM) & ors [2012] 7 CLJ 845 peringatan Hishamudin Yunus HMR seperti berikut: “[26] In our judgment, although we are conscious of the fact that the striking out applications are not based purely on limb (a) of O. 18 r. 19(1), and hence reliance on the supporting affidavits by the defendants are permissible, nevertheless we take the view that, in determining as to whether or not the subject-matter of the action comes within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, the court hearing the striking out applications must give due consideration to the nature of the relief sought and the content of the plaintiff’s supporting affidavit for her originating summons. The court must not at this stage embark on an in-depth evaluation of the conflicting affidavits of both sides and then endeavour to make findings of facts or of mixed law and facts, and thereafter to make a determination as to whether or not the subject-matter falls within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, as what the learned High Court judge (with respect) had done in the present case. That, in our view, with respect, besides muddling the issue, would not be the correct approach. The court must not forget that at this moment it is only hearing striking out applications. It is not yet hearing the main action. The correct approach is for the court to examine the exact nature of the relief sought and the supporting affidavit of the plaintiff’s originating summons and ask itself: assuming the facts alleged in the supporting affidavit are true, and considering the exact nature of the relief sought, would not the matter fall exclusively within the jurisdiction of the Syariah High Court? If the answer is ‘Yes’, then (and only then) the matter falls outside the jurisdiction of the civil courts. However, if the answer is in the negative, then the court must dismiss the striking out applications.”. (penekanan digariskan). [31] Mahkamah ini bertanya kepada “dirinya”, is the subject-matter of the originating summons action exclusively within the jurisdiction of the Syariah High Court? Pendapat Mahkamah: [32] Proses pemelukan Islam kanak-kanak serta status undang-undang penukaran agama kanak-kanak oleh ibu kandung yang didapati menyalahi undang-undang, fakta-fakta merangkumi kehidupan kanak- kanak dari kecil sehingga tuntutan difailkan ke Mahkamah hendaklah dinilai secara keseluruhannya. [33] Plaintif-Plaintif adalah seorang yang beragama Islam dan satu-satunya Mahkamah yang berbidang kuasa untuk menentukan status agama mereka adalah Mahkamah Tinggi Syariah. Prinsip undang-undang berkenaan dengan Perkara 121(1A) ini telah ditegaskan sekali lagi dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors And Other Appeals [2018] 3 CLJ 145 di mana Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah adalah tertakluk pada bidangkuasanya tersendiri − “[84] Thus based on the principles distilled from the above discussion, the effect of art.121(1A) in the Malaysian context can be outlined as follows: …