Content
1 MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO : JA-62-89-06/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN OOI HONG LEONG (NO K/P : 881022-14-5271) ALASAN PENGHAKIMAN
JA-62-89-06/2025
Sessions Court of Malaysia18 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ng telah menyatakan seperti berikut: “On the first issue as to whether the sentences of imprisonment should run concurrently or consecutively, the law could be found in s. 282(d) ands. 292(i) of the Criminal Procedure Code. With regard to sentence of imprisonment, s. 282(d) provides: Every **Note : Serial number will b”
“‘kesalahan serius’ kerana memperuntukkan hukuman penjara melebihi 10 tahun. 14. Mahkamah turut meneliti bahawa hukuman asal bagi kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan telah dipinda melalui “Penal Code (Admendment) Act 2014” (Akta A1471), di mana hukuman penjara yang dahulunya maksimum tujuh tahun telah dinaikk”
“l Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 dan Mahkamah Tinggi PP v Ahmad Shahirul Ali [2025] CLJU 165. Pengiktirafan Penghakiman (Judicial Notice) 28. Mahkamah merujuk kepada kes Mohd Ridwan Mohd Yusof v PP [2014] CLJU 1940; [2014] 1 LNS 1940, di mana Mahkamah Rayuan mengambil judicial notice terhadap kekerapan kes ragut, dan d”
“i yang berulang melibatkan penggunaan api menunjukkan Tertuduh sebagai seorang habitual offender yang enggan mematuhi undang-undang. 31. Selaras dengan prinsip dalam kes Sulaiman Anak Jenuwen v. PP [2017] CLJU 1317; [2017] 1 LNS 1317, rekod lampau jenayah merupakan faktor pemberatan yang relevan dan menuntut hukuman pe”
“hendaklah diutamakan berbanding kepentingan peribadi pesalah sepertimana yang ditegaskan di dalam kes Mahkamah Rayuan Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 dan Mahkamah Tinggi PP v Ahmad Shahirul Ali [2025] CLJU 165. Pengiktirafan Penghakiman (Judicial Notice) 28. Mahkamah merujuk kepada kes Mohd Ridwan Mohd Yusof v PP”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO : JA-62-89-06/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN OOI HONG LEONG (NO K/P : 881022-14-5271) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh, Ooi Hong Leong, bersama seorang lagi telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 18.6.2025 atas pertuduhan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
2
Pada 5.4.2025, sebotol kaca berisi bahan mudah terbakar dibaling ke halaman rumah pengadu sehingga mencetuskan kebakaran dan menyebabkan kerugian RM6,000. Satu notis hutang juga ditampal di pagar rumah pengadu.
3
Pertuduhan telah dibacakan dan dijelaskan dalam bahasa yang difahami oleh tertuduh melalui jurubahasa Cina. Tertuduh mengaku bersalah setelah memahami sepenuhnya butiran pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan tersebut serta hukuman yang diperuntukkan undang-undang.
4
Penyata Fakta Kes bertulis kemudiannya dibacakan di hadapan Mahkamah dan tertuduh mengakuinya tanpa sebarang bantahan. Mahkamah berpuas hati bahawa pengakuan tersebut dibuat secara sukarela, tanpa syarat, dan dengan pemahaman penuh terhadap akibatnya.
5
Sehubungan itu, Mahkamah telah mensabitkan tertuduh atas kesalahan tersebut dan menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang.
6
Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah sepeti berikut : PERTUDUHAN : “BAHAWA KAMU BERSAMA – SAMA PADA 5.4.2025 JAM LEBIH KURANG 0343 PAGI DI ALAMAT NO. 117 JALAN INDAH 1/24 TAMAN BUKIT INDAH 79100 ISKANDAR PUTERI JOHOR BAHRU, DI DALAM DAERAH ISKANDAR PUTERI DI DALAM NEGERI JOHOR, TELAH BAGI MENCAPAI NIAT BERSAMA, MELAKUKAN KHIANAT DENGAN API DENGAN NIAT UNTUK MENYEBABKAN KEROSAKAN KEPADA SEBUAH RUMAH KEDIAMAN MILIK LEE XIANG YING, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 435 KANUN KESEKSAAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN : HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI EMPAT BELAS TAHUN, DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENDA. B.
7
Perincian fakta kes ini adalah berdasarkan kepada Penyata Fakta Kes (eks. P2) yang merupakan sebahagian daripada keterangan yang diterima oleh Mahkamah seperti berikut:
1
Pada 05/04/2025 jam lebih kurang 03.43 pagi semasa Pengadu berada di rumah di alamt No. 117, Jalan Indah 1/24, Taman Bukit Indah, 79100 Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor, Pengadu terdengar satu bunyi kaca yang dibaling ke dalam kawasan tempat letak kereta rumah. Kemudian, Pengadu pergi ke bahagian luar rumahnya dan mendapati (1) botol kaca telah dibaling ke dalam kawasan rumahnya dan botol tersebut mencetuskan api di halaman rumah Pengadu dan pengadu juga dapati terdapat (1) helai notis tuntutan hutang telah ditampal di pagar rumah pengadu. Pengadu telah membuat laporan polis sepertimana Bukit Indah/1970/25.
2
Hasil siasatan, Pengadu sahkan bahawa Pengadu dan suaminya tidak pernah membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak.
3
Bertindak atas maklumat, pada 15/04/2025, jam lebih kurang 09.30 malam, pegawai tangkapan Insp Muuhammad Fikri Bin Abdul Manan bersama anggota serbuan telah pergi ke alamat Bilik 602, Hotel Pudu Plaza, Jalan 1/77C Off Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Pihak polis telah membuat pemerhatian, pasukan serbuan telah Nampak dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan pergi ke hadapan Bilik 602 itu. Pihak polis telah menahan kedua-dua lelaki tersebut yang merupakan kamu berdua dan merampas barang kes. Laporan polis terhadap tangkapan dan rampasan barang kes daripada kamu berdua sepertimana repot THSL/011403/25.
4
Siasatan polis mendapati bahawa terdapat rakaman CCTV di rumah Pengadu yang menunjukkan terdapat sebuat motokar berhenti di hadapan rumah Pengadu sebelum berlaku kebakaran tersebut. Hasil semakan mendapati motokar tersebut milik kamu, Chin Zi Ping (OKT 2).
5
Hasil analisa forensic mengesahkan tulisan tangan pada Notis Tuntutan Hutang yang ditemui di rumah Pengadu milim kamu Chin Zi Ping (OKT 2).
6
Hasil analisa forensic digital pula mendapati terdapat rakaman video di tempat kejadian dijumpai di dalam telefon bimbit milik kami, Ooi Hong Leong (OKT 1).
7
Laporan punca kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor mengesahkan punca kebakaran ialah sengaja dibakar.
8
Oleh yang demikian, kamu bersama-sama, bagi mencapai niat bersama, telah melakukan kianat dengan api niat untuk mengakibatkan kebinasaan kepada harta milik Lee Xiang Ying iaitu halaman rumahnya dan dengan jalan demikian menyebabkan kerugian berjumlah RM6,000.00 yang merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan C. SENARAI EKSHIBIT
8
Pihak Pendakwaan kemudiannya telah mengemukakan satu siri eksibit sebagai keterangan, yang dikemukakan bagi menyokong kes pendakwaan dan menjadi sebahagian daripada bahan bukti yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah seperti berikut: Perkara Ekshibit Fakta kes P1 Laporan Polis Bukit Indah /001970/25 P2 Laporan Polis THSL / 011403/25 P3 Laporan Polis Ampang/ 010711/25 P4 Gambar tempat kejadian sebanyak 8 keping P5 (A HINGGA H) Gambar pegun CCTV tempat kejadian sebanyak 4 keping P6 (A HINGGA D) Maklumat terperinci kenderaan dengan
Lampiran
Lampiran ditandakan secara kolektif P7 Laporan mengenai Punca Kebakaran oleh Jabatan Bomba P8 Laporan Analisa Forensik Mengenai Perbandingan Tulisan Tangan secara kolektif P9 Laporan Pemeriksaan Forensik Berkenaan telefon bimbit milik OKT 2- Ching Zi Ping ditandakan secara kolektif P10 D. MITIGASI SALAH 9. Tertuduh telah menyatakan mitigasi salah sepertimana berikut : (1) Tertuduh berusia 38 tahun. (2) Sebelum Tertuduh ditangkap, beliau tidak bekerja dan tiada pendapatan langsung. (3) Tertuduh mempunyai tanggungan dua orang anak umur tujuh tahun dan lapan tahun. (4) Tertuduh telah berpisah dengan isteri (5) Tertuduh juga menanggung ibu yang sakit darah tinggi umur 65 tahun (6) Bapa Tertuduh telah meninggal dunia (7) Tertuduh adalah sumber utama kesemua keluarganya (8) Tertuduh mohon hukuman penjara yang ringan (9) Tertuduh mohon hukuman penjara bermula dari Tarikh tangkap. E. HUJAHAN PEMBERATAN 10. Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar telah berhujah seperti berikut : (1) Mohon satu hukuman setimpal dimana hukuman tersebut dapat dijadikan satu pengajaran supaya Tertuduh tidak megulangi kesalahan yang sama. (2) Kedua-dua Tertuduh telah melakukan khianat dengan api dan telah sebabkan kerugian sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ribu Ringgit (RM 6,000) kepada pengadu. (3) Mohon Mahkamah ambil kira faktor kepentingan awam dimana perbuatan kedua-dua Tertuduh mendatangkan kegusaran terhadap penduduk setempat akibat dari perbuatan Tertuduhdan juga fakta terdapat Notis Tuntutan Hutang yang ditampal di rumah Pengadu menyebabkan Pengadu merasa trauma walhal Pengadu tidak pernah berhutang dengan sesiapa (4) Pohon Mahkamah berikan hukuman pemenjaraan sebagai pengajaran kepada kedua-dua Tertuduh dan ambil kira ini bukanlah kesalahan pertama bagi kedua-dua Tertuduh. (5) Kedua – dua Tertuduh sedang menjalani hukuman pemenjaraan bagi kesalahan yang sama yang mana bagi Tertuduh Pertama (Perayu) telah dijatuhkan hukuman penjara bagi kesalahan yang sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan hukuman adalah 5 tahun penjara dari Tarikh tangkap iaitu 15 April 2025. (6) Dan tambahan lagi bagi Tertuduh Kedua juga sedang menjalani hukuman bagi kesalahan yang sama dan Tertuduh yang kedua ini ada pertuduhan yang telah disabitkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu dibawah Seksyen 427 Khianat dan Seksyen 435 Khianat dengan api. (7) Selain itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada hari ini, Tertuduh Pertama (Perayu) juga telah buat pengakuan salah dan disabitkan bagi kesalahan Seksyen 435 Khianat dengan api dan Seksyen 427 Khianat. (8) Oleh yang demikian, Pendakwaan mohon hukuman pemenjaraan bagi kedua-dua Tertuduh di kira dari Tarikh sabitan dan berasingan bagi kesalahan dan hukuman yang lain. (9) Saya juga mohon hukuman tersebut dapat di jadikan satu hukuman berbentuk “Deterrence sentence” supaya masyarakat tidak melakukan kesalahan yang sama. (10) Trend hukuman bagi kesalahan ini adalah antara 4 ke 5 tahun penjara. (11) Dengan ambil kira jumlah kerugian pengadu, di dalam kes ini adalah sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ribu Ringgit (RM 6,000). F. SABITAN DAN HUKUMAN 11. Setelah Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh memahami sepenuhnya sifat dan implikasi pengakuan bersalahnya, mengakui pertuduhan tersebut secara sukarela tanpa sebarang syarat, serta menerima Penyata Fakta Kes dan eksibit yang dikemukakan tanpa bantahan, Mahkamah telah mensabitkan tertuduh atas pertuduhan tersebut. 12. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh iaitu Penjara 4 tahun bermula dari Tarikh sabitan dan denda sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM 5,000) gagal bayar 6 bulan penjara. Hukuman penjara diperintahkan berjalan secara berasingan dengan No kes : JA-62-88-06/2025. G. ANALISA MAHKAMAH BERKENAAN HUKUMAN Budi Bicara Mahkamah 13. Prinsip undang-undang yang telah kukuh menyatakan bahawa budi bicara Mahkamah merupakan asas utama dalam menetapkan hukuman bagi sesuatu kesalahan. Walaupun ruang lingkup budi bicara ini adalah luas, ia tetap tertakluk kepada pelaksanaan yang bersandarkan prinsip-prinsip kehakiman. Dengan kata lain, Mahkamah wajib mempertimbangkan prinsip-prinsip penghukuman yang berkaitan semasa membuat keputusan. Kes Mahkamah Tinggi Pendakwa Raya v Shahidi Ali & Yang Lain [2001] 2 CLJ 75 dirujuk bagi menyokong pendirian ini. Hukuman Setimpal 14. Dalam menjatuhkan hukuman terhadap seseorang pesalah, prinsip keseimbangan antara hukuman dan kesalahan adalah amat penting. Hukuman yang dikenakan hendaklah mencerminkan tahap keseriusan kesalahan serta peranan yang dimainkan oleh pesalah dalam perlakuan jenayah tersebut. Pendekatan ini selaras dengan prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya v Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559, di mana Yang Arif Mohd Zawawi Salleh HMR (pada ketika itu) telah memetik dengan persetujuan pandangan Mahkamah Agung Kanada dalam kes R v Ipeelee [2012] 1 SCR 433 dan menghuraikannya seperti berikut: [13] Sebagai suatu proposi undang-undang umum, kami ingin menyatakan bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan hendaklah setimpal ("proportionate”) dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tahap (“degree”) kebertanggungjawaban pesalah atau pesalah – pesalah. Kesalahan Serius 13. Mahkamah mengambil maklum bahawa kesalahan melakukan khianat dengan api merupakan satu kesalahan yang bersifat serius. Ini dapat dilihat melalui peruntukan Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda. Berdasarkan Seksyen 52B Kanun Keseksaan, kesalahan ini diklasifikasikan sebagai ‘kesalahan serius’ kerana memperuntukkan hukuman penjara melebihi 10 tahun. 14. Mahkamah turut meneliti bahawa hukuman asal bagi kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan telah dipinda melalui “Penal Code (Admendment) Act 2014” (Akta A1471), di mana hukuman penjara yang dahulunya maksimum tujuh tahun telah dinaikkan kepada sehingga empat belas tahun. Pindaan ini adalah sebagai langkah legislatif bagi menangani peningkatan kes-kes khianat yang pada waktu itu semakin berleluasa dan membimbangkan. 15. Mahkamah berpegang kepada prinsip bahawa niat Parlimen ketika menggubal atau meminda peruntukan undang-undang berkaitan hukuman boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan peruntukan tersebut, justeru tahap keseriusan kesalahan ini serta tujuan Parlimen memperketat dan mengukuhkan keberkesanan hukuman telah diambil kira oleh Mahkamah semasa menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Kepentingan Awam 16. Mahkamah dalam menjalankan tanggungjawab kehakiman telah meletakkan kepentingan awam sebagai asas utama dalam proses penilaian bagi menentukan hukuman yang setimpal. 17. Prinsip ini diperjelaskan di dalam nas PP v Teh Ah Cheng [1976] 2 MLJ 187 yang menyatakan: "In sentencing generally, the public interest must necessarily be one of the prime considerations public interest should never be relegated to the background and must be necessity assume the foremost importance." 18. Prinsip yang sama juga dinyatakan di dalam nas Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr. App R 164-166: "In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain consideration. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender in induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe." (penekanan diberikan) 19. Selaras dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan di atas, Mahkamah mengambil pertimbangan terhadap prinsip perundangan yang mantap iaitu kepentingan awam, yang mana dalam hal ini Mahkamah mengambil kira keperluan untuk melindungi masyarakat daripada kesalahan seumpama ini, memastikan ketenteraman awam terus terpelihara, serta memberi mesej yang jelas bahawa sebarang perlakuan yang mengganggu keamanan, keselamatan atau kepentingan umum tidak akan diberi toleransi. 20. Dalam kes dihadapan Mahkamah ini, Tertuduh telah disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api, suatu jenayah yang bukan sahaja membawa risiko kemusnahan terhadap harta benda, malah berpotensi mengancam nyawa dan keselamatan awam. 21. Merujuk kepada fakta kes sepertimana di Ekshibit P1, Tertuduh bersama seorang lagi telah melakukan perbuatan khianat dengan api yang serius dan berbahaya. Pada 5 April 2025 lebih kurang jam 3.43 pagi, sebotol kaca mengandungi bahan mudah terbakar telah dibaling ke halaman rumah Pengadu di Taman Bukit Indah, Johor Bahru sehingga mencetuskan kebakaran dan menyebabkan kerugian harta sebanyak RM6,000.00 yang mana sangat teruk dan boleh di lihat di Ekshibit P5 (A hingga H). Seterusnya merujuk kepada fakta kes, kejadian berlaku di kawasan perumahan kediaman awam pada waktu malam, iaitu ketika penghuni / Pengadu berada di dalam rumah yang mana perkara ini telah memperlihatkan risiko nyata terhadap nyawa dan keselamatan penghuni/ Pengadu tersebut. 22. Tindakan Tertuduh bersama seorang lagi turut disertai dengan elemen intimidasi, apabila satu helai notis tuntutan hutang turut ditampal di pagar rumah Pengadu. Ini menunjukkan niat jenayah yang bukan sekadar mahu menyebabkan kerosakan harta, malah menimbulkan tekanan, ketakutan dan ancaman terhadap penghuni rumah secara langsung. 23. Siasatan terperinci pihak berkuasa menunjukkan keterlibatan langsung Tertuduh Bersama seorang lagi. Rakaman CCTV sepertimana di Ekshibit P6 (A hingga D) , forensik tulisan tangan di Ekshibit P9 dan bukti digital daripada telefon bimbit di Ekshibit P10 mengesahkan bahawa Tertuduh bersama seorang lagi telah merancang dan melaksanakan perbuatan tersebut secara bersama. 24. Laporan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor sepertimana di Ekshibit P8 turut mengesahkan bahawa punca kebakaran adalah akibat pembakaran yang disengajakan dengan sumber nyalaan yang mencetuskan kebakaran ini adalah mancis atau lighter yang dinyalakan ke atas bahan mudah terbakar di hadapan rumah untuk memulakan nyalaan kebakaran. 25. Pada hemat Mahkamah, perbuatan Tertuduh merupakan suatu bentuk jenayah yang amat berbahaya dan tidak bertanggungjawab. Ia bukan sahaja melibatkan kerosakan harta benda, malah berpotensi besar untuk menyebabkan kecederaan parah atau kehilangan nyawa. Tindakan tersebut dilakukan dengan niat dan perancangan yang jelas, serta pada waktu awal pagi kira-kira jam 3.43 pagi, ketika Pengadu / penghuni rumah berada dalam keadaan tidak bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan. Perbuatan seperti ini, jika tidak dibendung, bukan sahaja mengancam keselamatan awam, malah boleh mengakibatkan kematian sekiranya api merebak atau penghuni gagal menyelamatkan diri dalam masa yang singkat. 26. Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan bahawa kesalahan sebegini tidak boleh dipandang ringan. Maka, keperluan untuk mempertahankan kepentingan awam, mencegah perlakuan serupa (deterrence), dan memastikan mesej pencegahan yang jelas disampaikan kepada masyarakat luas telah menjadi pertimbangan utama dalam pemilihan hukuman. 27. Pendekatan ini adalah sejajar dengan prinsip bahawa dalam kes-kes yang melibatkan unsur ancaman kepada keselamatan awam dan ketenteraman masyarakat, kepentingan awam hendaklah diutamakan berbanding kepentingan peribadi pesalah sepertimana yang ditegaskan di dalam kes Mahkamah Rayuan Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 dan Mahkamah Tinggi PP v Ahmad Shahirul Ali [2025] CLJU 165. Pengiktirafan Penghakiman (Judicial Notice) 28. Mahkamah merujuk kepada kes Mohd Ridwan Mohd Yusof v PP [2014] CLJU 1940; [2014] 1 LNS 1940, di mana Mahkamah Rayuan mengambil judicial notice terhadap kekerapan kes ragut, dan dengan analoginya Mahkamah ini tidak akan menutup mata terhadap peningkatan kes khianat dengan api yang semakin kerap dilaporkan di media arus perdana. Trend jenayah ini yang menggunakan api sebagai alat ugutan atau pembalasan menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan nyawa dan harta benda, justeru menuntut pendekatan hukuman yang tegas dan berprinsip. Kesalahan sama yang berulang 29. Mahkamah mengambil kira bahawa Tertuduh bukanlah pesalah kali pertama, malah sedang menjalani hukuman lima (5) tahun penjara di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan yang sama, selain turut disabitkan pada hari yang sama di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 435 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 30. Modus operandi yang berulang melibatkan penggunaan api menunjukkan Tertuduh sebagai seorang habitual offender yang enggan mematuhi undang-undang. 31. Selaras dengan prinsip dalam kes Sulaiman Anak Jenuwen v. PP [2017] CLJU 1317; [2017] 1 LNS 1317, rekod lampau jenayah merupakan faktor pemberatan yang relevan dan menuntut hukuman pencegahan. Maka, Mahkamah berpendapat bahawa ketiadaan keinsafan serta pola jenayah berulang yang ditunjukkan oleh Tertuduh jelas menghendaki hukuman lebih tegas demi kepentingan awam dan keluhuran sistem keadilan. Rayuan Mitigasi Tertuduh 32. Mahkamah telah meneliti rayuan mitigasi Tertuduh termasuk faktor peribadi yang relevan, dan mempertimbangkannya secara objektif serta adil selaras dengan prinsip keadilan dan budi bicara kehakiman seperti yang ditegaskan dalam kes Raja Izzuddin Shah v PP [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 yang menyatakan bahawa : “No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice”. Pengakuan Salah 33. Mahkamah turut mengambil kira pengakuan bersalah awal oleh Tertuduh yang mencerminkan kesediaan bertanggungjawab, menjimatkan masa serta sumber kehakiman, dan selaras dengan prinsip dalam kes PP v Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47 yang diputuskan seperti berikut : (i) The general rule is that an accused person who pleads guilty is entitled to a discount; (ii) A plea of guilty would entitle the accused to a discount of between 1/3 to 1/4 of the sentence; (iii) Failure on the part of a judge in not granting credit or discounts may result in the judge not exercising his discretion in sentencing judicially; (iv) The credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial Trend Hukuman 34. Mahkamah meneliti tren hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan demi memastikan keseragaman dan menilai kadar hukuman yang wajar selaras dengan prinsip keadilan, pencegahan dan pengajaran kepada masyarakat. Antara rujukan ialah Azuan Zakaria v PP [2019] 1 LNS 2348 (10 tahun penjara, Mahkamah Tinggi), PP v Gan Poh Hin [2024] 2 SMC 662 (5 tahun penjara, Mahkamah Sesyen), dan PP v Mohd Shafik Mirza Zainal [2019] 2 SMC 123 (6 tahun penjara, berjalan selepas hukuman lain serta pengawasan polis 12 bulan, Mahkamah Sesyen). Hukuman berjalan dari Tarikh Sabitan dan Berjalan secara berasingan dengan Kes No : JA-62-89-06/2025 35. Mahkamah percaya bahawa isu berkenaan dengan Tarikh bermulanya hukuman telah menjadi asas yang mendorong kepada rayuan Tertuduh ke Mahkamah Tinggi memandangkan rayuan mitigasi Tertuduh telah memohon kepada Mahkamah supaya Tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan dari tarikh Tertuduh ditangkap tetapi Mahkamah ini sebaliknya telah menjatuhkan hukuman penjara dari tarikh sabitan. 36. Mahkamah ini telah berpandukan kepada seksyen 282 (d) dan seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah serta prinsip undang-undang yang di nyatakan di dalam kes Mahkamah Agung dalam kes Ooi Sim Yim v PP [1990] 1 CLJ 435 di mana Mahkamah Agung telah menyatakan seperti berikut: “On the first issue as to whether the sentences of imprisonment should run concurrently or consecutively, the law could be found in s. 282(d) ands. 292(i) of the Criminal Procedure Code. With regard to sentence of imprisonment, s. 282(d) provides: Every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which the same was passed unless the Court passing such sentence otherwise directs. Whilst s. 292(i) provides that a second or subsequent terms of imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the first term of imprisonment. The combined effect of these provisions is that unless the Court imposing a sentence runs from the date on which it was passed. If it is intended that it should run not from the date it was passed, but from the expiration of some other sentence, whether imposed by the same Court at the same time or imposed by another Court at any time, then the Court must make an order accordingly. If this is done, it should be done in open Court at the time the sentence is imposed, even though the concurrent sentence which the accused would have to serve. The exact words used is immaterial provided the Judge's intention is clear”. 37. Dalam kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572, Mahkamah Rayuan telah membincangkan peruntukan s. 292 Kanun Tatacara Jenayah iaitu: that "When a person who... is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the court awarding the sentence may direct". The exercise of the discretion in determining the date of commencement of a sentence of imprisonment depends on the facts and circumstances of each case; the court will generally be guided by the one-transaction rule and the totality principle. ... Although both the offences were committed in the same manner and were of the same severity, they were unrelated. The cumulative effect of the consecutive sentences might well be 'crushing' upon the accused but this had to be balanced out against the seriousness of the offences he committed. 38. Mahkamah menegaskan bahawa secara prinsipnya sesuatu hukuman pemenjaraan hendaklah bermula dari tarikh ia dijatuhkan kecuali jika Mahkamah mengarahkan sebaliknya, dan budi bicara tersebut bergantung kepada keadaan fakta kes. 39. Dalam kes ini, Timbalan Pendakwaraya yang terpelajar telah memaklumkan bahawa Tertuduh sedang menjalani hukuman lima (5) tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bermula 15 April 2025, serta pada hari yang sama turut disabitkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam Kes No: JA-62- 89-06/2025 atas dua pertuduhan khianat, iaitu di bawah Seksyen 435 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 40. Setelah meneliti keseluruhan faktor yang relevan, termasuk perbezaan transaksi, pengadu, jumlah kerugian dan masa kejadian, Mahkamah berpandangan bahawa hukuman bagi kes ini adalah lebih adil dan munasabah jika diperintahkan berjalan dari tarikh sabitan serta berasingan daripada hukuman dalam Kes No: JA-62- 89-06/2025. RUMUSAN 41. Di akhir analisis, saya berpendapat hukuman yang telah dijatuhkan adalah mengikut undang-undang, adil, wajar dan munasabah serta setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh. Hukuman ini diharap dapat memberi mesej yang jelas kepada masyarakat mengenai keseriusan kesalahan ini, serta menjadi peringatan kepada Tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan yang sama. Bertarikh : 19 Ogos 2025 thalhabachok (THALHA BINTI BACHOK @ EMBOK MOK) HAKIM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU JOHOR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Tertuduh/ Perayu Pengarah Penjara Penjara Kajang 43000 Kajang, Selangor Bagi Pihak Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.