Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-37-05/2022
KA-45A-37-05/2022
High Court of Malaysia21 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952… … As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps t”
“drugs related offences is well described by Hashim Yeop A. Sani (as he then was) in Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few y”
“LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-37-05/2022
1
OKT1 dan OKT2 telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 6/02/2022, jam lebih kurang 4.00 pagi, di hadapan rumah No D111 Jalan Puyuh 6, Taman Wira, 05150 Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 435.5 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
2
Pada 21.4.2025, susulan daripada permohonan representasi yang telah dikemukakan oleh OKT1 dan OKT2, pihak Pendakwa Raya telah menawarkan pertuduhan pilihan di bawah subseksyen 12(2) Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama bagi pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 dengan syarat OKT2 mengaku salah dan selanjutnya pertuduhan terhadap OKT1 akan ditarik balik. Pertuduhan pilihan tersebut adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 6/2/2022, jam lebih kurang 4.00 pagi di hadapan rumah No D111 Jalan Puyuh 6, Taman Wira, 05150 Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah didapati memiliki dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 435.5 gram dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Ekoran daripada tawaran pertuduhan pilihan tersebut, OKT2 telah membuat pengakuan salah dan setelah proses pengakuan salah OKT2 selesai, Pendakwa Raya telah menarik balik pertuduhan asal di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta 234 terhadap OKT2. Sebagaimana tawaran oleh pihak Pendakwa Raya, setelah OKT2 mengaku salah atas pertuduhan pilihan, pertuduhan asal terhadap OKT1 juga kemudiannya telah ditarik balik.
4
Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa pengakuan salah OKT2 dibuat tanpa bersyarat dan OKT faham kesan dan akibat pengakuan salahnya, serta setelah mendengar hujahan mitigasi oleh Peguambela OKT2 dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan memandangkan OKT2 adalah seorang wanita, selaras dengan peruntukan subseksyen 289(a) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
5
OKT2 tidak berpuashati dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini dan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
6
Berdasarkan fakta kes (eksibit P1) yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya, bertindak atas maklumat pada 6.2.2022, lebih kurang pukul 4.00 pagi, ASP Mohd Firdhaust bin Zainal (Pengadu) bersama sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Kontinjen Kedah telah nampak satu kereta Mercedes berwarna putih dengan nombor pendaftaran PPS 72 (kereta tersebut) dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah No. D111 Jalan Puyuh 6, Taman Wira, 05150 Alor Setar, Kedah.
7
Pengadu dan pasukannya telah menghampiri kereta tersebut dan mendapati OKT1 duduk di tempat pemandu bersama OKT2 yang duduk di tempat penumpang hadapan.
8
Pengadu selanjutnya telah mengarahkan OKT1 dan OKT2 untuk keluar daripada kereta tersebut. Pengadu kemudian telah memperkenalkan diri sebaga pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa Polis kepada OKT1 dan OKT2 dan meminta kedua-dua mereka mengemukakan pengenalan diri. Selanjutnya Pengadu telah menjalankan pemeriksaan tubuh badan ke atas OKT1 dan OKT2 namun tidak menemui apa-apa barang salah.
9
Pengadu dan pasukan kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke atas kereta tersebut dan hasilnya Pengadu menemui satu beg plastik berwarna hitam (eksibit P21) di bahagian bawah tempat duduk kerusi pemandu. Pemeriksaan lanjut Pengadu ke atas beg plastik berwarna hitam tersebut menemui satu paket plastik berwarna putih bertulisan hijau ‘3 layer disposable face mask’ (eksibit P23) yang mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 302 gram, dan juga satu paket plastik lutsinar (eksibit P24) di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan batu kristal disyaki dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 304 gram.
10
OKT1 kemudiannya telah menyerahkan kepada Pengadu barangan seperti yang berikut: a) Satu beg berwarna hitam jenama Braun Buffel 1887-Germany yang digalas oleh OKT1 (eksibit P11); b) Satu unit telefon bimbit jenama XIAOMI 5G berwarna hitam (eksibit P14); c) Satu unit telefon bimbit jenama REDMI berwarna hitam (eksibit P16); d) Satu unit telefon bimbit jenama XIAOMI berwarna biru (eksibit P15); e) Satu unit kunci keyless berwarna hitam berlambang Mercedes; dan f) Sebuah kereta jenis Mercedes berwarna putih bernombor pendaftaran PPS 72;
11
Seterusnya OKT2 pula telah menyerahkan kepada Pengadu satu beg tangan wanita berwarna hitam berjenama Burberry (eksibit P17) yang digalas oleh OKT2. Pemeriksaan lanjut ke atas beg tangan hitam tersebut menemui barangan seperti yang berikut: a) Satu unit telefon bimbit jenama IPHONE berwarna putih (eksibit P18); b) Satu passport atas nama OKT2 (eksibit P19); dan c) Wang tunai dalam denominasi RM100 dan RM50 berjumlah keseluruhan RM1,450.00.
12
OKT1 dan OKT2 kemudiannya telah ditangkap dan barang-barang kes dirampas oleh Pengadu. Pengadu juga telah mengeluarkan Borang Bongkaran (eksibit P3) dan menyerahkan salinan kepada kedua-dua OKT. OKT1 dan OKT2 serta barang kes telah dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kota Setar, Kedah untuk tindakan lanjut. Pengadu kemudiannya telah membuat laporan polis seperti mana Alor Setar/002309/22 (eksibit P2).
13
Insp. Basree bin Ibrahim (pegawai penyiasat) telah menerima OKT1 dan OKT2 serta barang-barang kes daripada Pengadu dan satu perakuan Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P4) antara Pengadu dan Pegawai Penyiasat telah disediakan oleh Pegawai Penyiasat.
14
Pegawai Penyiasat telah menghantar barang kes dadah kepada Encik Sobri bin Abdul Samat (ahli kimia) untuk dianalisis dan hasil analisis mendapati bahawa keseluruhan dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 435.5 gram (laporan kimia nombor makmal 22-FR-K-00868 – eksibit P9). Eksibit P9 mengesahkan bahawa Methamphetamine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
15
Sebelum Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT2, Mahkamah ini perlu memastikan bahawa OKT2 faham kesan dan akibat pengakuan salahnya berdasarkan kepada kehendak seksyen 178(2) KTJ. Di samping itu juga, OKT2 turut diwakili oleh Peguambela pada sepanjang prosiding berjalan di hadapan Mahkamah ini.
16
Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa sekiranya OKT2 mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan tersebut, OKT2 boleh dijatuhi hukuman penjara antara 5 hingga 30 tahun, tiada perbicaraan akan dijalankan dan OKT2 tidak boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini kecuali terhadap takat dan kesahan (extent and legality) hukuman tersebut.
17
Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT2 memahami kesan dan akibat pengakuan salahnya terhadap pertuduhan pilihan bagi kesalahan di bawah subseksyen 12(2) Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama, Mahkamah ini telah mensabitkan OKT2 atas pertuduhan pilihan tersebut dan telah menjatuhkan hukuman sebagaimana dinyatakan dalam perenggan [4] di atas.
18
Dalam hujahan mitigasinya Peguambela OKT2 telah menghujahkan bahawa OKT kini berumur 29 tahun dan telah mengaku salah atas pertuduhan pilihan sebaik tawaran pertuduhan pilihan dikemukakan oleh Pendakwa Raya. Pengakuan salah OKT2 ini telah menjimatkan masa dan kos perbicaraan. Jumlah dadah berbahaya terlibat pula adalah 435.5 gram Methamphetamine. Peguambela OKT2 turut mengakui prinsip undang-undang yang mengutamakan kepentingan awam. Namun begitu, kepentingan OKT2 juga harus diambilkira. OKT2 kesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan melibatkan diri dengan jenayah di masa akan datang. Peguambela OKT2 turut memohon Mahkamah ini untuk mempertimbangkan faktor rehabilitasi terhadap OKT2 dan memberikan OKT2 peluang. Kesalahan dilakukan oleh OKT2 ini adalah kesalahan pertamanya. OKT2 juga ingin mendirikan rumahtangga dengan OKT1 dan memohon supaya faktor usia OKT2 dan juga niat untuk mendirikan rumahtangga dipertimbangkan, yang mana tempoh pemenjaraan yang panjang akan menjejaskan niat OKT2 ini.
19
Peguambela OKT2 turut menghujahkan bahawa hukuman diperuntukkan di bawah subseksyen 39A(2) Akta 234 adalah hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 30 tahun. Beberapa autoriti kes turut dikemukakan di mana dihujahkan bahawa trend pemenjaraan terkini adalah antara enam hingga sembilan tahun. Peguambela OKT2 memohon supaya hukuman pemenjaraan selama 5 tahun sahaja dijatuhkan terhadap OKT2 bagi memberi peluang kepada OKT2 untuk pulang ke pangkuan keluarga dan mendirikan rumahtangga.
20
Dalam hujahan pemberatannya, pihak Pendakwa Raya telah mengemukakan hujahan lisan dan secara umumnya telah menghujahkan faktor-faktor kepentingan awam terutamanya dalam kes melibatkan dadah, impak penyalahgunaan dadah yang membawa kepada pelbagai masalah keluarga, dan pertuduhan terhadap OKT2 adalah kesalahan serius serta menyumbang kepada berlakunya jenayah sekunder. Pihak Pendakwa Raya seterusnya memohon supaya hukuman berbentuk deteren dikenakan terhadap OKT2.
21
Budibicara menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah yang membicarakan. Sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 183 KTJ, apabila seseorang OKT itu disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (sentence according to law). Di dalam kes Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa: “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.”
22
Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud (supra), budibicara tersebut hendaklah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan.
23
Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT2 bagi kesalahan pertuduhan pilihan terhadapnya, Mahkamah ini telah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor mitigasi yang dihujahkan oleh Peguambela OKT2.
24
Faktor bahawa OKT2 telah mengaku salah sebaik sahaja ditawarkan dengan pertuduhan pilihan telah dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini mengambil maklum bahawa pengakuan salah OKT2 telah serba sedikit menjimatkan kos dan masa Mahkamah serta semua pihak-pihak yang terlibat dengan kes terhadap OKT2 ini. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
25
Seterusnya Mahkamah juga telah mempertimbangkan faktor bahawa OKT2 adalah seorang pesalah kali pertama dalam menentukan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT2, sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86.
26
Peguambela OKT2 turut menyatakan bahawa berat dadah berbahaya yang terlibat iaitu Methamphetamine adalah seberat 435.5 gram sahaja. Mahkamah ini berpendapat bahawa berat dadah terlibat tidaklah rendah memandangkan berat minimum yang diperuntukkan bagi dadah jenis Methamphetamine di bawah perenggan 39A(2)(r) Akta 234 adalah seberat 30 gram. Dalam pertuduhan terhadap OKT2 ini, berat dadah yang terlibat adalah lebih daripada 14 kali ganda daripada jumlah yang diperuntukkan dalam perenggan tersebut. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa jumlah berat dadah yang terlibat adalah berat dan bukanlah satu jumlah yang boleh dipandang ringan. Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Saifulzainizam bin Mat Nasir [2021] 5 MLJ 265, berat dadah yang terlibat yang banyak mewajarkan satu hukuman deteren dijatuhkan. Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “[21] It was highlighted to us that the weight of the drugs, methamphetamine, recovered from the respondent was 103.62g.
Preamble
whereas the minimum weight for this type of dangerous drug for a charge to be preferred under a 39A(2) of the DDA is only 30g. As such, the quantity of the drug, which was more than three times the minimum, should be considered huge that ought to attract a deterrent sentence and not one that is less than half of the maximum which the LJ decided to impose. Although we have not had the benefit of the LJ’s grounds of decision, we would surmise that the LJ did not appear to have taken a sufficiently serious view of the severity of the respondent’s offence consistent with the need to safeguard the public interest. Hence, in our view, the sentence of eight years’ imprisonment imposed by the LJ is plainly and manifestly inadequate under the present circumstances.”. [penekanan ditambah] [27] Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan ini, jelas bahawa berat dadah yang terlibat dalam pertuduhan terhadap OKT2 ini tidaklah rendah. Dan berdasarkan autoriti kes tersebut juga, hukuman berbentuk deteren wajar dijatuhkan terhadap OKT2. [28] Selanjutnya, dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT2 bagi pertuduhan pilihan tersebut, Mahkamah ini telah mempertimbangkan dan memutuskan bahawa faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan dan mengatasi kepentingan-kepentingan peribadi OKT2. Ini kerana kesalahan terhadap OKT2 melibatkan kesalahan dadah yang merupakan kesalahan yang berat dan serius. OKT2 adalah dianggap bertuah kerana pertuduhan asal pengedaran dadah berbahaya terhadapnya telah ditawarkan dengan pertuduhan pilihan iaitu pemilikan dadah berbahaya di bawah subseksyen 12(2) Akta 234 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama. [29] Sebagaimana diputuskan di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote apassage from the judgment of Hilbery J. inRex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:– "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.".” [penekanan ditambah] [30] Juga di dalam kes PP v. Mohd Fazelan Md Khuzeh [2015] 9 CLJ 221, Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa bagi kesalahan melibatkan dadah berbahaya, kepentingan awam menjadi pertimbangan utama: “We were of the view that offences involving dangerous drugs ought not to be treated lightly so as not to trivialise the gravity of such offences. Public interest is a paramount consideration. The fact that the respondent is a first offender or that he had pleaded guilty ought to be weighed against the facts of the case, the circumstances in the commission of the offence, the type of drugs involved and the weight of the drugs.” [penekanan ditambah] [31] Seterusnya dalam kes Tia Ah Leng v Public Prosecutor [2004] 4 MLJ 249 telah diputuskan seperti berikut: “It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952… … As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and we believe that the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law.” [penekanan ditambah] [32] Di samping itu juga, Mahkamah ini telah mempertimbangkan faktor bahawa peruntukan undang-undang yang menetapkan hukuman bagi kesalahan terhadap OKT2 iaitu hukuman di bawah subseksyen 39A(2) Akta 234 ini menetapkan hukuman penjara untuk suatu tempoh antara 5 hingga 30 tahun. Dalam menentukan tempoh hukuman penjara yang wajar dan bersesuaian, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan berkaitan jenayah dadah adalah satu kesalahan yang serius yang boleh dilihat apabila pindaan tempoh hukuman penjara seumur hidup dipinda oleh Parlimen sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345] daripada tempoh penjara 20 tahun kepada 30 tahun. [33] Mahkamah Rayuan di dalam kes Tia Ah Leng v. PP (supra) juga telah memutuskan seperti berikut: “The effort of the legislature to curb and deter drugs related offences is well described by Hashim Yeop A. Sani (as he then was) in Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of 1973) and then in 1975 (by Act A293 of 1975). At the moment there is yet another amendment which is awaiting the Royal Assent. In the legislative exercise in the1973 penalties attached to the various offences under the law were enhanced. For the offence of possession of any dangerous drugs under section 12(2) of the Ordinance, for example, the penalty was increased from a. maximum of $10,000 fine to a maximum of $20,000 fine and the maximum imprisonment was increased from three years to five years. In the legislative exercise in 1975, among other things, a new provision (new section 39A) was inserted whereby it is provided that whoever is convicted of an offence under the Ordinance and the subject matter of which is heroin or morphine of five grammes or more in weight shall be liable to imprisonment (with no option of a fine) for a term not exceeding fourteen years and not less than three years and he shall also be liable to whipping of not less than six strokes. According to the Bill which is at the moment awaiting the Royal Assent another new provision is inserted creating a new offence of planting or cultivating any plant from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained. The punishment for the new offence is life imprisonment and whipping. It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realization albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the courts must be realistic and rational.”. [penekanan ditambah] [34] Merujuk kepada keputusan di dalam kes Tia Ah Leng (supra) di atas, walaupun pindaan kepada Akta 234 yang dinyatakan merujuk kepada pindaan terdahulu, namun begitu asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan ketika itu adalah bahawa dengan berlakunya pindaan kepada Akta 234 yang mana hukuman bagi beberapa kesalahan telah dinaikkan, maka Mahkamah wajar mengambilkira faktor ini dalam menentukan hukuman yang bersesuaian. Prinsip yang sama turut terpakai kepada kes OKT2 ini, di mana berdasarkan pindaan undang-undang terkini, hukuman bagi kesalahan di bawah subseksyen 12(2) Akta 234 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama iaitu hukuman penjara seumur hidup telah dinaikkan daripada maksimum 20 tahun kepada maksimum 30 tahun, melalui pindaan kepada seksyen 3 Akta 345. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa fakta pindaan undang-undang terkini yang melibatkan kesalahan dadah wajar dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai terhadap OKT2. [35] Dalam menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun bermula daripada tarikh ditangkap bagi pertuduhan pilihan terhadap OKT2, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan faktor deteren terhadap OKT dan juga terhadap masyarakat umum supaya dapat memberi mesej bahawa kesalahan memiliki dadah adalah satu kesalahan yang serius dan tidak boleh diambil mudah oleh masyarakat. Sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Leken @ Delem ak Gerik (M) v Public Prosecutor [2007] 3 MLJ 730 seperti berikut: “(d) Deterrence sentence is aimed not only to deter the accused from committing the offence in future but also to deter other people from committing the offence. The first is referred to as specific deterrence and the latter as general deterrence.”. [36] Dalam hujahan mitigasi, Peguambela OKT2 telah turut memohon supaya hukuman penjara minimum dijatuhkan kepada OKT2. Namun begitu, merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 1 LNS 1074 telah diputuskan seperti berikut: “[29] The Respondent also sought to rely on several High Court decisions where sentences ranging from 7-8 years' imprisonment were imposed for the same type of offence punishable under S. 39(A)
2
of the DDA for bigger quantities of dangerous drugs. [30] On these purportedly crucial points, suffice for us to say that the comparative sentences were from cases that were decided about 8 - 15 years ago. In our view, those cases do not reflect the current trend of sentencing for the offence of drug possession punishable under S. 39A (2), DDA. We agree with the Learned DPP that considering the maximum sentence prescribed under the provision, any sentence of less than 10 years' imprisonment would not be appropriate and sufficiently reflect the public interest element and the deterrent factor. It would, on the contrary, send a wrong message to would be offenders and the public at large that the Court would, in some instances, deal leniently with drug offenders charged with serious offences such as that punishable under S. 39A (2), DDA. As regards the Respondent's plea pertaining to the difficulties that he would face as a husband and father of 2 children, it is trite principle that a plea of this nature does not carry much weight as an accused person ought to have been aware of his responsibilities and the consequences of his actions before turning to a life of crime.” [penekanan ditambah] [37] Merujuk kepada alasan-alasan dinyatakan di atas dan juga keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Saifulzainizam Mat Nasir (supra), Mahkamah ini telah memutuskan bahawa hukuman penjara 9 tahun bermula daripada tarikh ditangkap bagi pertuduhan pilihan terhadap OKT2 adalah sesuai dan munasabah serta tidaklah manifestly excessive. Tiada sebatan diperintahkan memandangkan OKT2 merupakan seorang wanita, selaras dengan peruntukan subseksyen 289(a) Akta 593. [38] Dalam memutuskan hukuman tersebut juga, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan bahawa pertuduhan asal terhadap OKT2 adalah kesalahan pengedaran dadah berbahaya yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. Dengan tawaran pertuduhan pilihan oleh pihak Pendakwa Raya, OKT2 telah terlepas daripada kemungkinan dijatuhi hukuman mati. Mahkamah ini turut mengambil kira kedudukan ini dalam menentukan tempoh hukuman penjara yang sesuai dan munasabah terhadap OKT2 dengan merujuk kepada keputusan di dalam kes PP lwn. Ismail Ahmad [2020] 1 LNS 1324, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Perayu telah mengaku salah sebaik sahaja tawaran pertuduhan pilihan itu diberikan. Jelas kepada saya bahawa, Perayu telah terlepas dari kemungkinan dikenakan hukuman mati. Sehubungan dengan itu, dalam memberi pertimbangan ke atas jangka masa tempoh pemenjaraan ke atasnya, saya perlu memperingati diri saya berkaitan dengan kesalahan asal yang telah dilakukan oleh Perayu.” [penekanan ditambah] KESIMPULAN [39] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini percaya bahawa hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT2 adalah sesuai dan munasabah serta tidaklah manifestly excessive selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkenaan iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345] dan juga berdasarkan kepada prinsip undang-undang berkaitan hukuman yang telah ditetapkan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 16 Jun 2025. Timbalan Pendakwa Raya: Mohd Rizal bin Fadzil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT: Dato’ Naranya Singh s/o Asa Singh Tetuan Naran Singh & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.