Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-12BNCvC-19-06 / 2023
NA-12BNCvC-19-06/2023
High Court of Malaysia15 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-12BNCvC-19-06 / 2023
1
PENGARAH JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA
2
KETUA PENGARAH JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA
3
KERAJAAN MALAYSIA …PERAYU-PERAYU
1
WINNONA BINTI SIMON (mendakwa sebagai isteri yang sah dan orang tanggungan Cyrill Quing, Simati) (NO. K/P: 870320-49-5698) 14/10/2024 10:51:51 NA-12BNCvC-19-06/2023 Kand. 27
2
CALLISTA WANDA CYRILL (mendakwa melalui WINNONA BINTI SIMON, sebagai sahabat dan wakil yang sah)
3
CALLIANDRA WENZEL CYRIL (mendakwa melalui WINNONA BINTI SIMON, sebagai sahabat dan wakil yang sah)
4
MOHAMAD HAKIM BIN MOHAMED KHAIRUDDIN (NO. K/P: 880903-08-5411) …RESPONDEN-RESPONDEN Dalam Mahkamah Sesyen Di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
1
Winnona Binti Simon (Mendakwa Sebagai Isteri Yang Sah Dan Orang Tanggungan Cyrill Quing, Simati) (No. K/P: 870320-49-5698)
2
Callista Wanda Cyrill (Mendakwa Melalui Winnona Binti Simon, Sebagai Sahabat Dan Wakil Yang Sah) (No. K/P: 150926-12-0916)
3
Calliandra Wenzel Cyril (Mendakwa Melalui Winnona Binti Simon, Sebagai Sahabat Dan Wakil Yang Sah) (No. K/P: 180921-12-0658) …Plaintif-Plaintif
1
Mohamad Hakim bin Mohamed Khairuddin (No. K/P: 880903-08-5411)
2
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan 3. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia 4. Kerajaan Malaysia …Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 4 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 25.06.2023 (Lampiran - 1) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) bertarikh pada 12.06.2023 di mana HMS telah memutuskan bahawa tuntutan Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) terhadap Defendan Pertama (Mohamad Hakim bin Mohamed Khairuddin) dan Perayu-Perayu (Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat) dibenarkan untuk amaun sebanyak RM281,807.20 dengan kos tindakan ini secara global iaitu sejumlah RM30,000.00. [2] Pada tarikh pendengaran Notis Rayuan (Lampiran - 1) ini iaitu pada 4.06.2024, pihak Perayu-Perayu (Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat) telah memaklumkan kepada Mahkamah ini bahawa mereka tidak berhasrat untuk meneruskan rayuan ini dari segi liabiliti tetapi mereka cuma ingin meneruskan rayuan ini dari segi kuantum sahaja iaitu berkenaan dengan jumlah ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 5 Gantirugi Teruk sebanyak RM100,000.00 yang telah diawardkan oleh HMS kepada pihak Responden-Responden (Plaintif-Plaintif). [3] Selanjutnya, pihak Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) juga telah memfailkan Notis Rayuan Balas bertarikh pada 27.07.2023 (Lampiran - 6), memohon kepada Mahkamah ini untuk memberikan pampasan Gantirugi Teruk (“Aggravated Damages”) yang lebih tinggi daripada jumlah RM100,000.00 yang telah diawardkan oleh HMS kepada Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) tersebut. [4] Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca dan meneliti rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) berserta dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, maka pada 15.07.2024, Mahkamah dengan ini telah memutuskan untuk menolak Notis Rayuan (Lampiran - 1) yang dikemukakan oleh Perayu-Perayu (Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat). Selanjutnya, Mahkamah juga telah memutuskan untuk menolak Notis Rayuan Balas (Lampiran - 6) yang telah difailkan oleh Responden-Responden (Plaintif-Plaintif). ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 6 Seterusnya, Mahkamah juga telah memerintahkan bahawa kos untuk Notis Rayuan (Lampiran - 1) ini dan Notis Rayuan Balas (Lampiran - 6) adalah ditanggung oleh pihak-pihak masing-masing. [5] Pihak Perayu-Perayu (Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat) merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh pada 15.07.2024 tersebut, telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 13.08.2024 (Lampiran - 22) untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah ini yang telah menolak rayuan yang telah difailkan oleh Perayu-Perayu (Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat) di dalam tindakan ini dengan tiada sebarang perintah terhadap kos. [6] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini dan untuk kemudahan kesemua pihak, maka pihak-pihak akan dirujuk di dalam kapasiti mereka yang asal. Pihak Perayu-Perayu akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat dan Responden-Responden akan dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 7 Latar Belakang Kes [7] Di dalam kes ini, Defendan Pertama pada setiap masa material adalah merupakan Pembantu Hidupan Liar Gred G19 yang bertugas di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (“Jabatan Perhilitan”) dan bertugas berdasarkan arahan / kawalan Defendan Kedua dan / atau agennya dan / atau wakilnya yang sah. [8] Kematian Cyril Quing (“Si Mati”) pada tanggal 29.08.2018 adalah merupakan suatu kejadian yang tragis. Seorang suami dan ayah yang cergas (“fit”), aktif dan sihat walafiat telah diarahkan oleh Defendan Kedua untuk menjalankan operasi membasmi musuh tanaman di kawasan Ladang Sawit, Kampung Durian Daun, Rembau, Negeri Sembilan bersama dengan Defendan Pertama dan beberapa orang pegawai Perhilitan Negeri Sembilan yang lain. [9] Operasi untuk membasmi musuh tanaman di Kawasan Ladang sawit, Kampung Durian Daun, Rembau ini telah diketuai oleh Defendan Pertama. Selang beberapa minit operasi dijalankan, Si Mati telah menjerit memberitahu “Woi! Saya terkena tembak, berhenti tembak, berhenti tembak”. Tidak lama selepas itu Si Mati ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 8 telah rebah di sisi kenderaan dan Si Mati kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Rembau. [10] Rentetan daripada kematian Si Mati, berdasarkan daripada siasatan rapi yang telah dijalankan oleh pihak polis, Defendan Pertama telah dituduh di bawah seksyen 304A Kanun Keseksaan (KK) di Mahkamah Majistret Jenayah Rembau. Representasi Defendan Pertama telah ditolak dan pertuduhan terhadap Defendan Pertama telah diteruskan dengan perbicaraan penuh. Tuntutan Plaintif-Plaintif di Mahkamah [11] Di dalam kes ini, pihak Plaintif-Plaintif adalah merupakan balu atau isteri dan juga anak-anak yang sah kepada Si Mati (Cyril Quing). [12] Plaintif-Plaintif merupakan orang tanggungan kepada Si Mati telah memfailkan tuntutan di bawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 terhadap Defendan-Defendan atas kecuaian-kecuaian seperti yang diplidkan di dalam Writ Saman bertarikh 14.07.2020 dan Penyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif yang bertarikh 6.07.2020. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 9 [13] Tuntutan Plaintif-Plaintif yang diplidkan di dalam Penyataan Tuntutan adalah menjurus kepada isu kecuaian Defendan Pertama yang selanjutnya menyebabkan Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat secara bersesama atau berasingan bertanggungan secara vikarius atau secara peribadi. Tuntutan Plaintif-Plaintif turut melibatkan kecuaian terus dan/atau peribadi oleh Defendan Pertama hingga Defendan Keempat iaitu melanggar Prosedur Operasi Standard/Standard Operating Procedure (‘SOP’). [14] Pihak Plaintif-Plaintif turut menekankan bahawa undang-undang berkaitan tanggungan secara vikarius tidak terpakai ke atas tuntutan-tuntutan melibatkan isu ‘SOP’ memandangkan tuntutan-tuntutan tersebut diplidkan secara terus dan melibatkan Defendan Pertama hingga Ke-4 di bawah tugas dan kapasiti masing-masing. [15] Pihak Plaintif-Plaintif menuntut gantirugi-gantirugi untuk kehilangan tanggungan, kesedihan (“Bereavement”), gantirugi teruk / gantirugi keterlaluan (“Aggravated Damages”) dan juga gantirugi khas. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 10 Pembelaan Defendan-Defendan [16] Pembelaan Defendan Pertama hanya menfokuskan kepada isu:-
a
Tembakan
b
Insubordination [17] Dalam Pembelaan Terpinda Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat hanya menfokuskan terhadap isu:-
a
Tindakan Defendan Pertama yang dilakukan atas kapasiti peribadi Defendan Pertama (“frolic of his own”) dan bukan dalam tugas rasmi Defendan Pertama; dan
b
Insubordination Si Mati. Keputusan Mahkamah Sesyen [18] Selepas perbicaraan penuh, di atas imbangan kebarangkalian Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan pihak Plaintif-Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya di mana Defendan Pertama (D1) bertanggungan dalam menyebabkan kematian Si Mati. Manakala, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat adalah bertanggungan secara vikarius atas kecuaian Defendan Pertama. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 11 Analisis dan penemuan Mahkamah Isu Pertama: Sama ada Plaintif-Plaintif berhak untuk mendapat award Gantirugi Teruk / Keterlaluan [19] Gantirugi Teruk / Keterlaluan (“Aggravated Damages”) adalah satu bentuk ganti rugi untuk memberi pampasan terhadap tekanan mental yang timbul daripada keadaan-keadaan di mana tort itu telah dilakukan. Dalam lain perkataan, tindakan-tindakan Defendan-Defendan adalah keterlaluan dan memburukkan lagi kecederaan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif di dalam tindakan ini. Begitu juga, elemen ‘injury to feelings’ bukanlah semata-mata elemen yang perlu dibuktikan oleh Plaintif untuk mewajarkan Mahkamah memberikan pampasan Gantirugi Teruk kepada Plaintif. [20] Mahkamah merujuk kepada kes Hasniyati Hassan & Anor v. Kerajaan Malaysia [2022] 7 CLJ 565, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “Aggravated damages can be awarded where there are aggravating features that would result in the plaintiff not receiving sufficient compensation for the injury suffered if the award were restricted to basic damages. The aggravating features include:
a
humiliating circumstances; ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 12
b
conduct of defendant showing that they behaved in a high handed, malicious or oppressive manner; and
c
the way the litigation or trial is conducted.” [21] Seterusnya, di dalam buku teks McGregor on Damages, 19th Edn, Sweet & Maxwell, m.s 1653, para 40-002, dinyatakan: “Aggravated damages come into the picture where the injury to the claimant’s feelings is increased by the flagrancy, malevolence and the particularly unacceptable nature of the assaulting defendant’s behavior.” [22] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa di dalam menilai award gantirugi teruk / keterlaluan (“aggravated damages”), faktor-faktor kelakuan tidak wajar oleh Jabatan Perhilitan, kehilangan maruah dan martabat (“loss of indignity and pride”) yang telah dialami oleh Plaintif-Plaintif juga perlu dipertimbangkan. [23] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan fakta HMS bahawa tindakan Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat yang menyalahkan Si Mati di bawah isu “insubordination”, cuai atau sumbang cuai sebagai tidak berasas dan tidak disokong oleh keterangan saksi-saksi di Mahkamah terutamanya keterangan ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 13 yang telah diberikan oleh SD-1 (Defendan Pertama) dan SD-4 iaitu Wan Mat bin Wan Harun (Pengarah Perhilitan, Negeri Sembilan). [24] Begitu juga dengan dapatan fakta HMS bahawa pembelaan “frolic of his own” yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan adalah secara terang dan nyata tidak berasas sama sekali dan bercanggah dengan keterangan saksi Defendan-Defendan Ke-2, Ke-3 dan Ke-4 sendiri iaitu SD-4. Maka pembelaan-pembelaan ini sengaja direka “to injure the feeling of Plaintiffs” dan untuk mengelak diri dari bertanggungan dan memampas Plaintif-Plaintif. [25] Malahan, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan fakta HMS bahawa melalui keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh SD-1 dan SD-4 sendiri telah mengakui bahawa tidak ada sebarang “insubordination” yang telah dilakukan oleh Si Mati. Dalam erti kata yang lain, sudahlah Si Mati telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas rasminya, kini Defendan-Defendan Ke-2, Ke-3 dan Ke-4 cuba untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti Si Mati sebagai anggota yang kononnya ingkar kepada arahan di bawah ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 14 isu “insubordination” yang selanjutnya menjatuhkan imej dan maruah serta memberi kesan kepada Plaintif-Plaintif dalam kes ini. [26] Merujuk kepada kes Ahmad Radhiq Arbee bin Ahmad Rejal Arbee (As A Husband and Dependant Of Sharifah Shalihah Bt Sayed Abdullah, Deceased) & Ors v. Kerajaan Malaysia & Ors [2020] 1 LNS 702, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “[27] It was also highlighted that, in the instant case, the Defendant refused to admit liability and filed a Defence denying liability. Not only the Defendants deny liability in their Defence, they even put the blame on the deceased instead as can be seen in paragraphs 9.1 to 9.3 and 10.5 of their Defence as follows: … [28] Having considered the overall evidence, the surrounding circumstances relating to the manner the deceased met her death and the parties' contentions, I was satisfied that the established factors for awarding AD had been fulfilled by the Plaintiffs on the present facts. In my considered view, the Plaintiffs were correct in submitting that the contention by the Defendant in putting the blame on the deceased in their Defence has affected and injured the feelings of the Plaintiffs since the truth is that the deceased died due to the negligence of the Defendant's Hospital as admitted by the Defendant themselves when they conceded on liability which admitted only after all the documents for trial had been filed in Court and this matter was fixed for full trial.” ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 15 [27] Begitu juga, di dalam kes Yap Sao Leong & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2021] 1 LNS 33 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah menyatakan seperti berikut: “i. Blaming the mother [38] On blaming the mother not being able to deliver vaginally and then by vacuum extraction, this was evident from how PW2 was being cross examined when she was asked she could not deliver normally because she could not push and even though vacuum extraction was used, she still was unable to push (NOP/20-21). This was not to show the Defendant did all it could to save PW2 and YYH; on the contrary it showed the Defendant attributing blame to HSH not being able to deliver normally and then by vacuum extraction. [39] The unrebutted evidence of PW1 was that it was due to cephalo pelvic disproportion. It was noted that HSH height was 1.48 meters and in further examination in chief it was stated that any person less than 1.5 meters is considered short and the likelihood of cephalo pelvic disproportion where the child may experience difficulty in getting delivered is increased. There was an assessment of this disproportion when HSH was admitted but PW1 stressed it has to be a continuous assessment and not a one off. His further evidence was that when the attempt to undertake delivery by vacuum was done at 5.50am there was no documentation that the pelvic was adequate then. Given the difficulty in undertaking the delivery and the failed vacuum extraction, his opinion was there was probably cephalo pelvic disproportion. Refer to NOP/8-9. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 16 [40] PW2 had given evidence in her Q&A 56 "saya dimarah dan ditengking tanpa sebab dan prosedur-prosedur yang dijalankan di atas saya tidak diterangkan terlebih dahulu, tidak diterangkan terlebih dahulu bahawa kehamilan saya adalah berisiko tinggi ". Further in Q&A 59 she stated that it was from PW1's expert medical opinion she came to know of the Defendant's negligent acts.” [28] Oleh itu, berdasarkan kepada alasan-alasan dan nas-nas kes yang tersebut di atas, tindak-tanduk Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat yang cuba berdolak dalik untuk mengelakkan liabiliti dan tanggungjawab mereka di dalam kejadian tembakan tersebut dan sebaliknya cuba untuk menyalahkan Si Mati atas kejadian yang berlaku tersebut atas isu “insubordination”, membolehkan Plaintif-Plaintif berhak untuk mendapat Gantirugi Teruk (“Aggravated Damages”) daripada Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan juga Defendan Keempat didalam tindakan ini. [29] Selain daripada menyalahkan Si Mati, proses litigasi di dalam kes ini yang berpanjangan tanpa sebarang pengakuan liabiliti oleh Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat dari mula kes ini difailkan pada 14.07.2020 dan sehingga ke 12.6.2023. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 17 [30] Kes ini lebih memakan masa yang panjang bila mana kemudiannya Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat telah menarik diri daripada mewakili Defendan Pertama dan telah membuat permohonan untuk meminda pembelaan mereka dan telah memplidkan kecuaian yang dikatakan dilakukan oleh Defendan Pertama iaitu “frolic of his own”. Tindakan Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menyelamatkan diri mereka dari terkait dengan kecuaian Defendan Pertama yang sedang menjalankan tugas rasmi ketika tragedi meragut nyawa Si Mati tersebut berlaku. [31] Walaubagaimanapun, keterangan di dalam kes ini jelas dan terang menunjukkan tiada tindakan Defendan Pertama yang bersifat “frolic of his own” dan semuanya adalah dalam bidang tugas rasmi Defendan Pertama dan pembelaan ini telah dinafikan sendiri oleh saksi Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat iaitu SD4. [32] Seterusnya, Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Defendan-Defendan sehingga ke hari ini langsung tidak mengakui sebarang liabiliti sedangkan kecuaian-kecuaian yang ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 18 dibentangkan di Mahkamah secara jelas menunjukkan terdapat kecuaian daripada Defendan-Defendan di bawah isu kepatuhan “SOP” oleh Defendan Pertama, “SOP” yang tidak lengkap, tidak menyediakan peralatan walkie talkie yang mencukupi dan berfungsi, tiada penggunaan buku catatan serta ketiadaan latihan yang bersesuaian kepada anggota Perhilitan yang perlu disediakan oleh Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat. [33] Merujuk kepada kes Yap Sao Leong & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2021] 1 LNS 33 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[44] The claim was filed on 4-8-2019. The defendants filed a joint defence on 17-9-2019 denying any liability. Various pre-trial documents were prepared by the Defendants denying liability. On 19- 1-2020 the Court ordered the Plaintiffs to disclose their expert report to the Defendants. Even then, the Defendants maintained that they will be calling an expert to dispute liability. The Plaintiffs' expert report was produced on 2-2-2020 and there was none from the Defendants. [45] The trial of this action was fixed for 6 days in September 2020. Despite having the Plaintiffs' expert report for more than 7 months, the Defendants made no effort to resolve the case or at very least admit liability. This necessitated the Plaintiffs, their solicitors and their external leading counsel to undertake getting up to be ready for a trial on liability and quantum.” ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 19 [34] Selanjutnya, perlu ditegaskan bahawa kes ini bukanlah kes kematian dan kecederaan yang pertama berlaku yang melibatkan anggota operasi ketika operasi dijalankan oleh Jabatan Perhilitan. Keterangan ini diakui oleh saksi-saksi dari Jabatan Perhilitan sendiri. Justeru itu, tindakan menjalankan operasi bersenjata tanpa pematuhan kepada ‘SOP’ merupakan tindakan menindas Si Mati dan telah “injure the feeling” balu atau isteri dan anak-anak Si Mati. [35] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan keputusan HMS bahawa Plaintif-Plaintif adalah berhak dan layak untuk mendapatkan tuntutan untuk Gantirugi Teruk/Keterlaluan (Aggravated Damages”) dari Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat. Isu Kedua: Sama ada amaun RM100,000.00 adalah memadai untuk award Gantirugi Teruk/Keterlaluan (Aggravated Damages”) [36] Di dalam kes Yap Sao Leong & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2021] 1 LNS 33 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memberikan award sebanyak RM300,000.00 sebagai Gantirugi Teruk / Keterlaluan (“Aggravated Damages”). Begitu juga, ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 20 di dalam kes Ahmad Radhiq Arbee bin Ahmad Rejal Arbee (As A Husband and Dependant Of Sharifah Shalihah Bt Sayed Abdullah, Deceased) & Ors v. Kerajaan Malaysia & Ors [2020] 1 LNS 702, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah mengawardkan sebanyak RM300,000.00 di bawah butir Gantirugi Teruk atau Gantirugi Keterlaluan (“Aggravated Damages”) tersebut. [37] Di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa amaun sebanyak RM100,000.00 ini adalah amat munasabah, berpatutan, bersesuaian serta tidak belebihan untuk diberikan kepada Plaintif-Plaintif di bawah butir Gantirugi Teruk (“Aggravated Damages”) ini. [38] Seterusnya, Mahkamah ini juga telah mengambil kira prinsip yang dinyatakan di dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) & Anor v Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108 di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 21 Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)). [39] Selain itu, Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan-Defendan telah gagal untuk menunjukkan mana-mana bahagian dalam penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) yang dikatakan telah terkhilaf. Mahkamah mendapati bahawa tidak ada terdapat sebarang bukti bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) telah terkhilaf atau tersilap di dalam keputusan dan penghakimannya. Malahan, kesemua faktor dan alasan telah diterangkan atau dijelaskan dan telah diambilkira serta dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) di dalam alasan penghakiman beliau. [40] Begitu juga, perlu ditegaskan bahawa Mahkamah Tinggi seharusnya mengambil pendekatan lebih berhati-hati di dalam pendengaran sesuatu rayuan oleh kerana penemuan dan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) tersebut adalah ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 22 disokong melalui keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi dan juga bukti-bukti serta ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan di hadapan beliau (‘HMS’) sewaktu perbicaraan kes ini berjalan di peringkat Mahkamah Sesyen Seremban tersebut. [41] Di dalam kes, Mahmod Kailan v. Goh Seng Choon & Anor [1976] 2 MLJ 239, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- “the Appellate Court can only interfere with award of damages by the trial Court if it is shown that the trial judge has acted on a wrong principle of law or that he has misapprehend the facts or he has made a wholly erroneous estimate of the damage suffered.” [42] Selanjutnya, di dalam kes Kovalan Rajoo v. Hanif Muhamad Pauzi [2016] 2 CLJ 965, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “[12] In light of the above Federal Court’s decisions, the legal proposition in an appeal against an award for damages could be surmised as follows:
i
The onus on an appellant is a heavy one;
II
(ii) The appellant must satisfy the Appellate Court: a. That the trial judge acted on a wrong principle of law; or ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 23 b. The damages awarded was so extremely high or low to make it entirely an erroneous estimate of damages, or in other words, it is plainly unreasonable; or c. The trial judge omitted to consider some relevant materials or admitted some irrelevant considerations, resulting in the award of damages being wholly inaccurate. In other words, if the trial judge had considered the relevant materials or did not take into considerations, the trial judge would have come to an award entirely different from what he had awarded.
III
(iii) The award of damages in each case stands by itself;
IV
(iv) it is not enough for the Appellant to show there is a balance of opinion or preference.” Kesimpulan [43] Justeru itu, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa rayuan oleh Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat ini jelas tidak bermerit. Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat di bawah Lampiran - 1 dengan tiada sebarang atau apa-apa perintah terhadap kos. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 24 Disediakan oleh: t.t Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 13 haribulan Oktober 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 25 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / DEFENDAN KEDUA< DEFENDAN KETIGA DAN DEFENDAN KEEMPAT: PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Jalan Campbell 70000 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN WAN AHMAD RIDZUAN & CO F-2-3, Block F Boulevard Business Park 115 Jalan Kepayang Off Jalan Kuching 52100 Cheras Kuala Lumpur. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-19-06/2023 26 TETUAN CHE MUJI CHE NOH & CO 334-1 Jalan Haruan 5-8 Pusat Komersil Oakland 2 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.